SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
1
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
KRISIS:
“TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
26-27 MAC APRIL 2019
AUDITORIUM,
HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
E-PROSIDING
PENGANJUR:
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
2
HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
E-PROSIDING
PERSIDANGAN KAUNSELING
PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM
MASYARAKAT”
CETAKAN PERTAMA 2019
©Hakcipta Hospital Rehabilitasi Cheras(HRC),2019
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian
daripada kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan apa cara sekalipun
sama ada secara elektronik, fotokopio, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras.
Penerbit:
Unit Psikologi Kaunseling
Hospital Rehabilitasi Cheras
Jalan Yaacob Latif
56000 Bandar Tun Razak
Cheras, Kuala Lumpur
PerpustakaanNegaraMalaysiaDataPengkatelogan-dalam-Penerbitan.
eISBN978-967-13784-3-4
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
5
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK
Hakcipta
Sidang Editor
Sekalung Penghargaan
Isi Kandungan
Isu Pemerdagangan Manusia Di Malaysia Dan Kesan
Psikologi Terhadap Mangsa, Keluarga Dan Masyarakat
Nurul Amirah Hamzah, Nooraini Othman, Wardatul Aishah Musa
Penilaian Semula Proses Pelaksanaan Komponen Pra
Penilaian Dalam Modul Intervensi Bengkel Interaktif
Suharyati Binti Mat Daud, Norhayati binti Mohd Noor
Anak Sebagai Identified Patient (IP) Dalam Kaunseling
Keluarga: Analisis Tiga Kajian Kualitatif Kaunseling Keluarga
Norhayati Mohd Noor,Mazita Ahmad, Umi Nur Hidayah, Zulkifle
Malek
Kesahan Modul Pencegahan Penderaan Kanak-Kanak
Berdasarkan Pandangan Pakar
Oleh: Ahmad Jazimin Bin Jusoh, Pau Kee, Mohd Noor Saper,
Taquddin Abd Mukti ,Abd Aziz Yatim,Priyalatha Govindasamy
Unsur Pendidikan Dalam Teromba Menjadi Panduan
Hidup Bermasyarakat
Oleh: Prof.Madya Dr. Ani Binti Haji Omar
Perbezaan Personaliti Pelajar Berdasarkan Jantina
Program Pengajian Pendidikan
Muhammad Bazlan Mustafa, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed
Sofian Syed Salim, Mohammad Nasir Bistaman
Seeking And Sharing Information About Illegal Drug:
Malaysian’s Preferences And Concerns
Chie Qiu Ting, Associate Professor Dr.Tam Cai Lian, Dr. Gregory
Bonn
Effects Of Sleep Hygiene Psychoeducation On Sleep
Qualityand Stress Level: A Pilot Randomised Control Trial
Dr Anne Noor Sri Juwaneeta Jamaludin, Muhammad Ashraff
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
18
PENILAIAN SEMULA PROSES PELAKSANAAN KOMPONEN PRA PENILAIAN
DALAM MODUL INTERVENSI BENGKEL INTERAKTIF
Suharyati binti Mat Daud
Fakulti Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Norhayati binti Mohd. Noor
Fakulti Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Abstrak
Modul Intervensi Bengkel Interaktif (MIBI) adalah satu modul pemulihan keluarga bertujuan
melaksanakan intervensi pemulihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah berdasarkan
penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001. Modul ini dilaksanakan melalui penglibatan keluarga
kanak-kanak yang bertujuan meningkatkan kendiri anak-anak melalui kefungsiaan keluarga.
Kajian ini bertujuan menilai semula komponen pra penilaian dalam MIBI yang merangkumi
temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga yang
menjadi amalan kaunselor. Pendekatan kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes dan
teknik persampelan bertujuan melibatkan 6 orang kaunselor berdaftar di Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah Hulu Langat. Pemungutan data melalui temubual mendalam dengan
soalan protokol separa stuktur yang disediakan berdasarkan modul yang sedia ada dan
literatur kajian lepas. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 12 plus.
Hasil kajian menunjukkan bahawa semua kaunselor mengakui telah melaksanakan komponen
pra penilaian seperti mana yang ada di dalam modul. Kajian ini turut membincangkan
cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kaunselor di dalam komponen ini
agar keberkesanan Bengkel Interaktif dapat dipertingkatkan.
Kata kunci: Modul Intervensi Bengkel Interaktif; Komponen Pra Penilaian; Kaunseling Keluarga
Pengenalan
Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana kanak-kanak yang berusia di bawah umur 18
tahun yang melakukan kesalahan jenayah diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk
menghadiri Bengkel Interaktif. Pada tahun 2002, perintah Bengkel Interaktif telah
dikuatkuasakan ke atas ibu atau bapa atau penjaga dengan ditemani anak (pesalah remaja)
untuk menghadirinya di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti yang
diperintahkan. Perintah Bengkel Interaktif ini sememangnya memerlukan penglibatan keluarga
dalam membantu perawatan tingkahlaku delinkuen remaja.
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
19
Keluarga merupakan pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja
(Zainuddin & Norazmah 20011). Baik dan buruk tingkahlaku seseorang remaja adalah
hasil didikan daripada keluarga. Azyyati (2013) berpendapat remaja yang berpotensi
dalam salah laku remaja dan devian adalah daripada berlatar belakangkan sistem
keluarga yang tidak berfungsi di mana perubahan-perubahan tingkahlaku individu
dalam keluarga tidak berjalan lancar. Ini disokong oleh dapatan kajian dalam
Norruzeyati (2016) bahawa sikap ibu bapa yang terlalu tegas, selalu mengarahkan untuk
melakukan kerja-kerja rumah, suka berleter, kurang kawalan, bersikap lepas tangan,
kurang mengambil berat dalam pencapaian anak di sekolah dan terlibat dengan jenayah
menyumbang kepada risiko tingkah laku delinkuen anak-anak. Ruang ini memberi
peluang kepada anak-anak untuk mencari kawan yang boleh menerima dan memberi
kegembiraan kepada mereka. Justeru, hubungan kekeluargaan mempunyai perkaitan
yang sangat kuat dalam pembentukan tingkah laku anak-anak. Mohamad Khairi et.al
(2016) dalam kajiannya mendapati hubungan yang renggang di antara ibu bapa dan
anak-anak memberi kesukaran dalam membentuk nilai murni dalam diri anak-anak.
Selain itu, gaya komunikasi yang tidak berkesan turut menyukarkan kemesraan dalam
hubungan.
Apabila anak remaja gagal melihat keluarga sebagai satu persekitaran yang sihat
dan boleh membahagiakan mereka serta gangguan interaksi yang berkesan
menyebabkan jiwa remaja memberontak dan boleh mendorong mereka bertingkahlaku
negatif. Ibu bapa yang sering bertengkar antara satu sama lain akan menyebabkan
suasana rumah kurang aman. Jika tidak dibendung dari awal, akan terhasil tingkah laku
delinkuen yang lebih serius sehingga mengganggu pembentukan sebuah keluarga yang
sejahtera bahkan boleh merebak sehingga dari satu generasi ke satu generasi yang lain.
Modul Intervensi Bengkel Interaktif
Pengendalian kes Bengkel Interaktif adalah berdasarkan Modul Intervensi Bengkel Interaktif
(MIBI). Modul yang dibangunkan oleh Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia dengan bantuan kepakaran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan
Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu modul rawatan pemulihan tingkah
laku pesalah remaja dan kefungsian keluarga. Modul ini berperanan sebagai panduan dalam
melaksanakan perkhidmatan kaunseling bagi kes Bengkel Interaktif di Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (Modul Intervensi Bengkel Interaktif 2010).
Terdapat tiga bahagian dalam modul ini. Bahagian A adalah kaunseling dan Retreat Keluarga,
Bahagian B adalah alat ujian psikologi dan Bahagian C adalah program psikopendidikan. MIBI
mempunyai tiga komponen utama iaitu pra penilaian, intervensi dan pasca penilaian. Setiap
komponen mempunyai fasa-fasa dan aktiviti tertentu yang perlu dilakukan ketika
mengendalikan Bengkel Interaktif. Komponen pra penilaian mengandungi empat fasa iaitu
temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga.
Komponen intervensi mengandungi tiga fasa iaitu kaunseling, psikopendidikan dan Retreat
Keluarga. Komponen pasca penilaian mengandungi empat fasa iaitu temubual akhir,
penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga.
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
20
Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada komponen pra
penilaian sahaja bersesuaian dengan tujuan kajian ini untuk menilai semula komponen pra
penilaian dalam MIBI merangkumi temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga
dan perbincangan keluarga. Obejktif dalam kajian ini adalah untuk menilai semula proses
perlaksanaan komponen pra penilaian dalam Modul Intervensi Bengkel Interaktif dan
menjawab persoalan kajian tentang bagaimana proses perlaksanaan komponen pra penilaian
dalam Modul Intervensi Bengkel Interaktif ini dibuat.
Metodologi
Kajian pendekatan kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi meneroka proses
pelaksanaan komponen pra penilaian dalam MIBI di kalangan kaunselor. Dalam kajian ini data
kajian dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam. Rakaman temubual dijalankan
dalam satu pusingan. Data temubual ditranskrip kepada penulisan verbatim selepas temubual
selesai. Temubual secara mendalam dijalankan berpandu kepada soalan protokol separa
stuktur yang disediakan berdasarkan modul yang sedia ada dan literatur kajian lepas. Contoh
soalan temubual adalah:
1) (1). Boleh tuan/ puan kongsikan apa yang difahami tentang pelaksanaan
komponen pra penilaian Modul Intervensi Bengkel Interaktif?; (2). Boleh puan
kongsikan bagaimana pelaksanaan komponen pra penilaian ini dilaksanakan di
pejabat puan?; (3). Pada pengalaman tuan/puan, bagaimana komponen pra
penilaian membantu keberkesanan Modul Intervensi Bengkel Interaktif?; (4).
Apa pandangan tuan/puan tentang komponen pra penilaian Bengkel Interaktif?
Peserta kajian
Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga
Kaunselor Malaysia. Empat peserta kajian adalah kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Sembilan, seorang kaunselor dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Peserta kajian telah dipilih secara teknik
persampelan bertujuan mengikut kriteria yang telah ditetapkan iaitu 3 tahun berpengalaman
dalam mengendalikan kes Bengkel Interaktif, mempunyai latihan sekurang-kurangnya di
peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling, berdaftar dengan Lembaga Kaunselor
Malaysia (mempunyai sijil amalan) dan sukarela.
Analisis Data
Proses analisis data dalam kajian ini adalah berdasarkan tematik. Pembentukan tema dan sub
tema adalah berasaskan perbincangan bersama penyelia dan membaca transkripsi berulang
kali dari satu baris ke satu baris. Pengkaji telah mengeluarkan tema melalui kata kunci yang
terhasil daripada data dan mengeluarkan tema melalui keterangan ayat terhadap kata kunci
tertentu. Pengkaji menggunakan perisian NVivo 12 plus sebagai alat untuk menguruskan data
yang telah ditranskrip. Bagi memastikan tema-tema ynag terhasil adalah tepat, pengkaji telah
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
21
membaca berulang-ulang kali untuk memberi makna kepada ayat di dalam verbatim dan
membuat semakan bersama penyelia.
Dapatan kajian
Kajian MIBI ini merupakan kajian yang melihat semula bagaimana perlaksanaannya yang
dijalankan sejak 2001 sehinggalah tahun 2019. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan proses
pra penilaian Modul Intervensi Bengkel Interaktif yang melibatkan 6 orang pegawai psikologi
(kaunselor) di JKM melibatkan 5 langkah iaitu i. rujukan kes dari Pegawai Akhlak, ii.
temuramah awal, iii. penaksiran individu dan keluarga, iv. perbincangan keluarga dan v.
konferen kes. Kelima-lima langkah ini terdapat persamaan dan perbezaan turutan
perlaksanaannya dalam kalangan kaunselor dan juga modul yang sedia ada.
Dapatan kajian menunjukkan di dalam langkah 1 kaunselor melakukan 3 tindakan iaitu
terima kes rujukan mahkamah, teliti dan analisis laporan dan menghubungi klien. Manakala
langkah 2 kaunselor menjalankan temubual awal. Langkah ketiga adalah proses penaksiran
psikologi bertujuan membolehkan kaunselor mendapat maklumat yang mendalam berkaitan
dengan stuktur keluarga. Langkah kempat, kaunselor membuat tindakan memanggil keluarga
bagi tujuan perbincangan. Langkah terakhir adalah konferen kes yang memerlukan kaunselor
duduk berbincang dengan pegawai akhlak berkaitan dengan perkembangan kes.
Langkah 1: Rujukan kes mahkamah
Perkhidmatan kaunseling Bengkel Interaktif bermula apabila mahkamah menjatuhkan
perintah kepada ibu bapa /ibu / bapa/penjaga ditemani kanak-kanak untuk hadir ke Bengkel
Interaktif yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perintah mahkamah ini akan
dibawa oleh Pegawai Akhlak berserta satu laporan akhlak yang akan dirujuk kepada kaunselor.
Dalam Langkah 1, kaunselor perlu melaksanakan tiga tindakan iaitu terima kes rujukan
mahkamah, teliti dana analisis laporan serta menghubungi klien.
Tindakan: Terima kes rujukan mahkamah.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawadalam prosespra penilaian kaunselor akan
memulakan tindakan apabila mereka menerima kes kanak-kanak rujukan mahkamah
yang dirujuk oleh Pegawai Akhlak. Kesemua peserta kajian di dalam kajian ini
mengakui bahawa tindakan pertama yang mereka akan ambil adalah menerima kes
yang dirujuk secara formal. Menurut PK1, PK 2 dan PK4 proses pra penilaian bermula
apabila Pegawai Akhlak merujuk dan menyerahkan laporan akhlak yang telah mendapat
perintah mahkmah kepada kanak-kanak yang telah melalui perbicaraan dan didapati
bersalah.
peringkat permulaan biasanya kes Bengkel Interaktif ni dirujuk oleh
Pegawai Akhlak. K, apabila Pegawai Akhlak saya rujuk saje kes
Bengkel…
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
22
Peserta Kajian 1
Ok er..pra penilaian ni mmg kita akan sepertimana di daerah lain juga kita akan dapat
kes ini rujukan daripada kanak-kanak yang mana Unit Kanak-Kanak salah satu ruang
er.. kerjanya adalah berkaitan dengan kes pemulihan akhlak kanak-kanak yg mane
salah satu kesnya adalah beyond control dan sebagainya mungkin menyebabkan
termasuk juga dalam bon berkelakuan baik.
Peserta Kajian 2
pra penilaian ni dalam bengkel dalam modul bengkel interaktif pra
penilaian ni adalah permulaan lah. Permulaan pada kita mula-mula
kita terima. Terima kes tu. Maknanya setelah kes direfer kepada kita
oleh pegawai akhlak.
Peserta Kajian 4
Menurut PK3 dan PK 6 proses pra penilaian penting bagi membolehkan intervensi
Bengkel Interaktif dijalankan kepada kes kanak-kanak rujukan mahkamah selari dengan
objektif pemulihan akhlak kanak-kanak. Tanpa proses pra penilaian yang tepat boleh
menyebabkan proses pemulihan gagal yang turut juga menggagalkan pencapaian objektif Akta
Kanak-Kanak 2001.
Kalau ikutkan modul intervensi Bengkel Interaktif ini bahagian
penilaian merupakan kompenen yang sebagaimana yang kamu sebut
tu yang perlu dilaksanakan kepada klien yang terlibat, yang
dirujuklah..Klien yang telah dirujuk daripada bahagian kanak-kanak
yang diperintahkan di bawah Bengkel Interaktif ini untuk
dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan.
Peserta kajian 3
Okay apa yang saya faham. Di mana kita bekerja pun memang ikut
pada Bengkel Interaktif lah.
Peserta kajian 6
Tindakan: Teliti dan analisis laporan
Setelah kes dirujuk oleh Pegawai Akhlak, kaunselor meneruskan tindakannya dengan meneliti
dan menganalisis kes melalui laporan akhlak yang disediakan. Kebiasaannya, laporan akhlak
disertakan bersama dengan salinan perintah mahkamah. Dalam kajian ini hanya PK 1 yang
menceritakan berkaitan laporan akhlak.
Ok, untuk intake interview ni biasa penilaian awal kita semasa klien
tu datang. Kita tidak mengenali klien tu lagi. Kita hanya kenali klien
melalui laporan akhlak yang kita terima maknanya saya baca
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
23
laporan akhlak tu, kemudian saya tengok dulu klien saya, saya tulis
dalam pelaporan kita.
Peserta kajian 1
macam saya bagitahu tadi saya memang akan baca dulu laporan
akhlak dia. Saya akan tengok, teliti satu-satu.
Peserta kajian 1
Proses penelitian dan analisis laporan akhlak adalah sangat penting untuk mengenali latar
belakang diri dan keluarga klien di peringkat awal. Kaunselor akan lebih bersedia untuk
berhadapan dengan kes baru yang mana setiap kes mempunyai keunikannya tersendiri.
Kebiasaannya, format keseluruhan laporan akhlak adalah sama. Ia mengandungi butiran
peribadi kanak-kanak, latar belakang keluarga, ulasan berkaitan persekolahan atau pekerjaan,
tingkah laku, hubungan dengan ahli keluarga dan rekod kesalahan serta cadangan Pegawai
Akhlak. Laporan akhlak yang berkualiti membantu kaunselor untuk memberi maklumat yang
tepat terhadap klien dan keluarga dan seterusnya memudahkan kaunselor untuk meneruskan
tindakan yang selanjutnya. Menurut PK 1, penelitian dan analisis laporan akhlak dibuat
tertumpu kepada 4 perkara iaitu aspek persekolahan anak, tingkah laku anak, hubungan anak
dengan keluarga dan cadangan Pegawai Akhlak.
Saya akan tengok dari sudut persekolahan dia, lepas tu saya akan
tengok tingkah laku dia, er.. hubungan dia dan cadangan Pegawai
Akhlak, maksudnya kat sini cadangan ni kenapa kanak-kanak ni
difikirkan perlu untuk menjalani Bengkel Interaktif.
Peserta kajian 1
Tindakan: Menghubungi klien
Di pihak kaunselor, kes-kes yang telah diteliti pelaporannya akan diambil tindakan segera iaitu
dengan menghubungi klien. Berdasarkan prosedur kerja yang ditetapkan, kaunselor perlu
menghubungi klien dalam tempoh 5 hari bekerja dan menetapkan tarikh pertemuan awal
dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh rujukan kes diterima. Menepati proses kerja ini
adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya isu seperti kegagalan hadir Bengkel
Interaktif dan mengambil mudah terhadap perintah mahkamah. Bagi melaksanakan tindakan
ini, kaunselor diberi pilihan sama ada menghubungi klien melalui panggilan telefon atau surat
kiriman pos. Menurut PK 6, tindakan susulan yang dilakukan setelah menerima perintah
mahkamah dan laporan akhlak daripada Pegawai Akhlak adalah menghubungi klien.
Jadi apabila kita mendapat haa… perintah Mahkamah dan juga
laporan sosial rujukan daripada Pegawai Kanak-Kanak, yang
pertama dalam masa 14 hari saya akan menelefon lah. Menelefon
untuk tetapkan sesi temu janji dengan klien.
Peserta kajian 6
Bagi PK 3 pula, kelaziman yang dilakukan selepas menerima rujukan kes daripada Pegawai
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
24
Akhlak adalah mengeluarkan surat untuk menetapkan pertemuan.
Okay, lazimnya kalau ikutkan prosesnya yang dilaksanakan bahagian Pegawai Psikologi sendiri
lah, macam saya sendiri akan keluarkan surat panggilan kepada klien yang dirujuk itu, untuk
kita tentukan pertemuan.
Peserta kajian 3
Langkah 2: Temubual Awal
Langkah 2 iaitu memerlukan kaunselor melakukan temubual awal kepada klien. Tarikh
pertemuan awal perlu ditetapkan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh rujukan kes
diterima daripada Pegawai Akhlak. Temubual awal adalah satu pertemuan pertama di antara
kaunselor dengan klien secara bersemuka. Pertemuan ini perlu dihadiri oleh kanak-kanak
bersama ibu bapa / ibu/ bapa/ penjaga yang bertindak sebagai penjamin. Kesemua peserta
kajian menyatakan pelaksanaan tentang temubual awal di pejabat sendiri dan yang
membezakan adalah proses perlaksanaannya mengikut kreativiti kaunselor tersendiri. Dalam
langkah ini, tindakan yang dilakukan oleh kaunselor adalah mengisi borang profil klien,
melibatkan bersama Pegawai Akhlak untuk memberi taklimat, membina hubungan dengan
klien, memberi maklumat berkaitan Bengkel Interaktif, mengenalpasti masalah dan
mendengar peluahan isi hati klien.
Tindakan: Mengisi borang profil klien
Borang profil klien adalah satu borang butiran peribadi klien berserta ibu/ bapa/ penjaga.
Borang ini mengandungi maklumat asas kanak-kanak dan keluarga yang perlu diisi terlebih
dahulu sebelum temubual awal dijalankan. Mengikut Prosedur Kerja 2018, borang profil klien
perlu dihantar kepada klien berserta surat panggilan temubual awal untuk dilengkapi sebelum
sesi temubual awal dijalankan. PK 4 dan PK 5 menyatakan berkaitan borang profil klien.
haa… borang profile klien tu. Kita isikan borang tu kita dah buka file kita dah buat temu ramah
awal lah. Awal kes tu kan. Jadi kita isikan la borang-borang tu yang mana basic dia tanya tu
kan.
Peserta kajian 4
Er..Flow kalau dalam ikut modul lah biasa akan sesi pertama tu akan ada intake interview.
Lepas tu kita akan dapatkan profile klien,
Peserta kajian 5
Tambahan daripada PK 5, sewaktu melengkapkan borang ini, komunikasi dua hala berlaku di
antara kaunselor dan klien di mana kaunselor menyoal dengan lebih mendalam untuk
mendapatkan maklumat. Borang profil klien dijadikan sebagai salah satu alat untuk
mengumpul maklumat klien sebanyak mungkin. Melalui temubual yang dijalankan, kaunselor
dapat mengumpulkan maklumat latar belakang diri klien dan keluarga dengan lebih terperinci
untuk membantu kaunselor lebih memahami diri kanak-kanak dan bentuk keluarga semasa.
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
25
Kadang-kadang daripada borang er..profil klien tu sendiri kita dah dapat tahu sedikit sebanyak
background keluarga. Bila once er..kita tanya er..pekerjaan keluarga,adik-beradik, hubungan
keluarga maksudnya mak ayah tu masih berkahwin ataupun bercerai, dah kahwin lain
ataupun er.. ada mak ayah tapi tak duduk dengan mak ayah, duduk dengan nenek so
maklumat tu banyak kita dapat masa er..bila kita isi profile, profile klien tu lah untuk kita
er...take note. Dan bila kita tanya pula pasal apa ni pelajaran ada klien er..last pada perintah
dia masih belajar tapi pada lepas perintah dah tak belajar. So kita dapat di situ apa dia punya
pelan untuk kita halakan sesi seterusnya lah.
Peserta kajian 5
Tindakan: Melibatkan bersama Pegawai Akhlak untuk memberi taklimat
Dalam mengendalikan kes Bengkel Interaktif, kaunselor dan Pegawai Akhlak akan sentiasa
berkomunikasi dan berhubung untuk memastikan kelancaran proses Bengkel Interaktif itu
sendiri. Walaupun keduanya memainkan peranan yang berbeza, masing-masing mempunyai
komitmen tersendiri bagi setiap kes Bengkel Interaktif. Peranan kaunselor lebih terarah
kepada intervensi dalam Bengkel Interaktif manakala Pegawai Akhlak tertumpu kepada aspek
perundangan Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan tanggungjawab kanak-kanak dan penjamin
terhadap Bengkel Interaktif dan implikasi ketidakhadiran pada pertemuan yang ditetapkan.
Situasi ini dijelaskan oleh PK 5 dan PK 6.
Pernah juga pada sesi pertama Kak Nad libatkan Pegawai Akhlak. Sebab bila melibatkan
perintah er...soal jawab daripada ibu bapa, penjaga ataupun klien memang libatkan Pegawai
Akhlak lah. So dari segi perintah secara maksudnya undang-undang atau pun seksyen apa
semua Pegawai Akhlak akan explain. So dari segi Bengkel Interaktif perlaksanaan Bengkel
Interaktif Kak Nad akan lebih ada sesi pertama tu lebih kepada kita nak maklumkan pada dia
apa yang akan terjadi dan pada klien apa yang dia nak tanya pada kita. Ha.. Ini lah
kebanyakan untuk sesi pertama lah. Kebanyakan nya macam tu.
Peserta kajian 5
Okay selepas itu, perbincangan keluarga dijalankan, penaksiran keluarga dijalankan,
penaksiran individu semua. Kemudian, akan ada 1 sesi perjumpaan dengan Pegawai Akhlak.
Kebiasaannya dalam pertemuan pertama, saya akan panggil Pegawai Akhlak sendiri untuk
menerangkan tentang perintah Mahkamah tu dengan lebih jelas kepada keluarga. So Pegawai
Akhlak akan tahu kita panggil bila klien dan dia pun dapat memberi maklumat la kepada klien.
Di samping itu, juga kita memaklumkan kepada Pegawai Akhlak bahawa klien ini menjalani
apa klien ini sedang menjalani apa? Apa rawatan-rawatan yang sesuai untuk dia?. Haa… itu
sahaja lah.
Peserta kajian 6
Tindakan: Membina hubungan dengan klien
Dalam proses temubual ini juga kaunselor perlu membina hubungan dengan klien. Membina
hubungan dengan klien adalah perkara yang wajar dilakukan agar klien berasa selesa,
membina kepercayaan klien terhadap kaunselor dan menggalakkan klien untuk hadir Bengkel
Interaktif seperti yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Hubungan yang baik dalam
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
26
pertemuan awal boleh meramal kerjasama daripada klien sepanjang tempoh tersebut. Hasil
dari hubungan baik yang dibina dapat membantu mencapai objektif dan matlamat Bengkel
Interaktif itu sendiri. Proses membina hubungan dalam temu bual awal ini dijelaskan oleh PK
3, PK 5 dan PK 6.
okay, kalau temubual awal lazimnya kita merujuk apa ni.. kalau ikutkan apa yang dah di
sampaikan kepada kita ni, dengan rujukan kes dari bahagian akhlak, apa-apa yang melibatkan
perintah dia kan.. jadi, kita sebenarnya kadang-kadang membina rapport je peringkat awal ni
temu bual awal ni,..
Peserta kajian 3
kebaikan intake interview memang kita kena buat lah untuk kita bina rappo dulu dengan klien.
So memang dia sangat membantu dan memudahkan kita untuk dapat maklumat awal.
Peserta kajian 5
Jadi pertama kita akan buat sesi temu bual awal lah. Dekat sini kita akan mengambil kira dari
segi laporan sosial lah. Kita menyemak kembali bagaimana keluarga bilangan keluarga semua
lah. Kita berkenalan dengan klien kita dan juga keluarga.
Peserta kajian 6
Tindakan: Memberi maklumat berkaitan Bengkel Interaktif
Tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh kaunselor adalah memberi maklumat berkaitan
Bengkel Interaktif. Kebiasaannya, klien tidak mempunyai sebarang idea berkaitan Bengkel
Interaktif. Klien hanya menyedari ianya adalah satu bentuk perintah yang perlu dihadiri dan
terdapat klien yang langsung tidak mengambil endah berkaitan perintah ini.
Walaubagaimanapun, hanya PK 5 yang menjelaskan memberi maklumat mengenai Bengkel
Interaktif dalam temubual awal.
Tapi, kalau kebanyakannya klien tu ibu bapa tu ibu bapa tu lebih kerja sendiri kerja kampung.
Jadi kadang-kadang sesi pertama tu lebih er ada satu kebanyakan sesi pertama tu interview
jer. Sebabnya nak tahu pasal perintah tu macam mana dia nak tahu limitasi dia macam mana.
Peserta kajian 5
So dari segi Bengkel Interaktif perlaksanaan Bengkel Interaktif Kak Nad akan lebih ada sesi
pertama tu lebih kepada kita nak maklumkan pada dia apa yang akan terjadi dan pada klien
apa yang dia nak tanya pada kita. Ha.. Ini lah kebanyakan untuk sesi pertama lah. Kebanyakan
nya macam tu.
Peserta kajian 5
Tindakan: Mengenalpasti masalah
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
27
Selain daripada itu, kaunselor juga bertindak mengenalpasti masalah yang berlaku dalam
keluarga tersebut sewaktu menjalankan sesi temubual awal. Gaya komunikasi dan bahasa-
bahasa badan yang dipamerkan oleh klien sewaktu temubual awal diperhati oleh kaunselor.
Segala tingkah laku klien dalam sesi temubual awal adalah maklumat yang penting kepada
kaunselor. Dapatan kajian ini menunjukkan hanya PK 4 menceritakan berkaitan tindakan ini.
Dan kita ada juga temu bual daripada situ la kita dapat capture apa masalah. Kadang-kadang
kita daripada tu duduk tengok pengalaman-pengalaman lepas tu kita dapat tahu dah
komunikasi mak dengan anak. Mak dia sepatutnya teman dia lah ni ada yang kita datang
bersama kan Bengkel Interaktif kita kata mak dia kena datang. So kita dah panggil dia buat
ujian semua, dari situ kita perhati komunikasi dia kita tengok kadang di situ juga kadang-
kadang mak ayah apa bergaduh kan., di situ lah, mak anak bergaduh kesefahaman tu tak ada
di situ juga kita boleh capture cara gaya style apa parenting mak ayah tu kan.
Peserta kajian 4
Tindakan: Mendengar peluahan klien
Apabila hubungan telah terbina, klien perlahan-lahan akan berasa selesa dan menanamkan
kepercayaan kepada kaunselor. Sikap empati dan keterbukaan yang diamalkan oleh kaunselor
membuka ruang kepada klien untuk meluahkan perasaan terhadap apa yang telah terjadi.
Antara tindakan lain yang dilakukan oleh kaunselor adalah mendengar segala peluahan klien
dalam sesi temubual awal ini seperti yang diakui oleh PK 5.
Kadang-kadang sesi pertama pun dah ada sesi yang melontarkan ketidakpuasan hati nak nak
kalau kes yang disabit kesalahan atas kesalahan orang lain anak dia kena. Kadang-kadang
masa tu dah jadi sharing dah. So jadi kadang-kadang sesi ni bergantung kepada er..keadaan
klien lah.
Peserta kajian 5
Langkah 3: Penaksiran psikologi
Langkah 3 memerlukan kaunselor menjalankan penaksiran psikologi. Penaksiran psikologi yang
dijalankan kepada klien melibatkan penaksiran individu dan keluarga. Dalam buku panduan
MIBI, penaksiran individu yang dicadangkan untuk mengukur konsep kendiri (TSCS), personaliti
(HSPQ) dan minat kerjaya (SDS) manakala bagi penaksiran keluarga pula untuk mengukur
kefungsian keluarga (FACES III). Kesemua peserta kajian bersetuju menggunakan FACES III
untuk mengukur kefungsian keluarga seperti yang dinyatakan oleh PK 2, PK 4 dan PK 5.
Dapatan kajian menunjukkan kaunselor tidak terikat untuk mmenjalankan mana-mana
penaksiran terlebih dahulu dan bergantung kepada kaunselor itu sendiri.
Tindakan: Menjalankan penaksiran keluarga
Penaksiran keluarga adalah satu penaksiran psikologi yang ditadbir kepada kanak-kanak dan
ibu atau bapa atau penjaga menggunakan Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales
III (FACES III). FACES III digunakan untuk mengukur persepsi ahli keluarga dari aspek kejelekitan
(cohesion) dan kebolehsuaian (adaptability) yang digunakan bagi tujuan diagnosis dan
perancangan rawatan menggunakan Model Circumplex seperti yang dinyatakan oleh PK 2, PK
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
28
4 dan PK 5.
FACES kepada keluarga,
Peserta kajian 2
Kita juga gunakan FACES III untuk mak dan ayah tu.
Peserta kajian 4
FACES III pada apa ni ibu bapa dan klien ibu atau bapa atau klien atau penjaga lah.
Peserta kajian 5
FACES III berperanan membantu kaunselor mengenalpasti struktur keluarga semasa. Sebelum
mentadbir, kaunselor akan menyerahkan borang persetujuan termaklum bagi menjalani ujian
psikologi, membaca arahan dan meminta klien untuk menjawab dengan jujur. Dapatan yang
diperoleh membantu kaunselor untuk menilai bentuk keluarga semasa klien seterusnya
merancang intervensi yang bersesuaian kepada klien seperti yang dinyatakan oleh PK 5 dan PK
6.
Dan komponen yang dalam pra penilaian ni yang sedikit sebanyak membantu adalah er..
FACES III. FACES III ni kadang-kadang er..dia orang sedar bila tick tu dia orang sedar bila
hubungan keluarga dia orang macam mana tapi dia orang tak nak suarakan.
Peserta kajian 5
Biasanya lah. Biasanya dapatan awal tu, FACES III, pra penaksiran sangat-sangat membantu
lah untuk kita faham dia punya kefungsian keluarga gitu.
Peserta kajian 5
Okay, yang pertama kita mesti hendaklah nak dapatkan keadaan keluarga bagaimana. So
melalui ujian FACES III itu lah yang memberi gambaran yang sebenar lah. Bagaimana keadaan
keluarga itu, serba sedikit memberi maklumat kepada kita untuk perancangan rawatan.
Peserta kajian 6
Tindakan: Menjalankan penaksiran individu
Kesemua peserta dalam kajian ini mengakui penaksiran inidividu yang digunakan melibatkan
kanak-kanak adalah alat ukuran Tennesse Self Concept Scale (TSCS) bagi mengukur konsep
kendiri kanak-kanak. Menurut PK 2, PK 5 dan PK 6 TSCS ditadbir kepada kanak-kanak sahaja
untuk melihat konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
TSCS adalah konsep kendiri yang kita boleh lihat kepada er.. kanak-kanak tersebut untuk
perkara-perkara lain contohnya kalau dia masih bersekolah dari segi perkembangan
pembelajaran dia akan datang, kalau yang tengah mencari peluang pekerjaan dari segi nilai
karakter dia untuk membantu dia mencapai kerjaya yang dia nak.
Peserta kajian 2
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
29
…..dan satu tu TSCS lah.
Peserta kajian 5
Begitu juga dengan inventori TSCS dan sebagainya lah.
Peserta kajian 6
Pendekatan yang digunakan oleh kaunselor adalah berbeza dan bergantung kepada
kekreatifan kaunselor itu sendiri. Selain dari TSCS yang merupakan penaksiran wajib kepada
klien yang boleh membaca dan memahami, terdapat peserta kajian yang turut menggunakan
penaksiran lain seperti High School Personality Questionnaire (HSPQ) untuk mengukur
personality dan Self Directed Search (SDS) untuk mengukur minat kerjaya. PK 3 dan PK 4
menyatakan alat ujian ini digunakan kepada klien-klien mereka.
……dan juga ada yang melibatkan ujian yang berkaitan dengan HSPQ tu lah..
Peserta kajian 3
Macam kami di KL hari tu, kita penaksiran individu ni kita bagi ujian-ujian lah untuk kita tahu
konsep apa kendiri kita gunakan TSCS, personaliti dia, ujian personaliti, minat kerjaya, SDS kita
buat lah
Peserta kajian 4
PK 2 pula mempunyai pandangan yang berbeza dan justifikasi tersendiri untuk tidak mentadbir
ujian HSPQ dan SDS kepada klien. Menurut PK 2, bilangan item yang banyak dalam kedua-dua
alat ujian ini tidak bersesuaian untuk ditadbir kepada klien dengan melihat kepada latar
belakang diri klien.
Pada saya, saya membuat benda yang wajib saja kerana kita dapat klien yang berbeza latar
belakang. Jadi kita tak boleh nak memastikan bahawa semua ujian psikologi yang memang
bertujuan keberkesanan yang baik kepada klien tersebut. Tapi, ada klien kita dapat pandai
membaca, dapat memahami dengan baik dan ada yang sebaliknya.
Peserta kajian 2
Jadi kalau bagi yang HSPQ personaliti ni bagi saya adalah nilai tambah sebab dan jua minat
kerjaya SDS adalah nilai tambah sebab benda ni ada yang bersesuaian dan ada yang tak
bersesuaian sebab salah satunya soalan terlalu banyak,
Peserta kajian 2
Selain dari HSPQ dan SDS, TSCS juga mengandungi banyak item iaitu sebanyak 100 item. Apa
yang membezakan adalah TSCS merupakan penaksiran yang wajib kepada kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak mampu membaca dan memahami konsep yang terdapat dalam alat
ujian tersebut, maka kanak-kanak perlu mengambil ujian ini. Namun begitu, pengendaliannya
mengikut kekreatifan kaunselor itu sendiri seperti yang dinyatakan oleh PK 5.
Cuma TSCS tu er..sebab item banyak bila kadang-kadang kalau bagi sekali harung dia tak
boleh nak fikir biasa Kak Nad akan hold ke sesi seterusnya untuk TSCS.
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
30
Peserta kajian 5
Tambahan dari penaksiran TSCS, SDS dan HSPQ yang dibincangkan di atas, peserta
kajian turut menyatakan penggunaan alat ukuran Youth At Risk Screening Questionaire (YRSQ)
pada peringkat penaksiran individu. YRSQ diisi oleh kanak-kanak untuk menilai dirinya dan diisi
oleh penjamin sebagai penilaian terhadap kanak-kanak berbeza dengan TSCS, SDS dan HSPQ
yang hanya diisi oleh kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh PK 5 dan PK 2.
Lepas tu YRSQ untuk ibu bapa penjaga dan klien…
Peserta kajian 5
Begitu juga dengan YRSQ, YRSQ ni dia, er.. ibu bapa dia macam bukan lah menilai tapi dia
boleh stick, tick balik anak dia ni macam mana? Dan klien tu sendiri pun boleh tick sendiri balik
pada diri dia lah.
Peserta kajian 5
Jadi saya ambil benda yang wajib sahaja kerana pada saya YRSQ ni boleh kita lihat dari segi
nilai diri pada kanak-kanak tersebut,..
Peserta kajian 2
Langkah 4: Perbincangan keluarga
Langkah 4 memerlukan kaunselor untuk melaksanakan perbincangan keluarga. Dalam langkah
4 tindakan yang perlu dilakukan oleh kaunselor untuk memanggil semula klien dalam sesi yang
lain bagi menghadiri perbincangan keluarga dan merancang intervensi yang bersesuaian untuk
klien. Skop perbincangan keluarga tertumpu kepada perbincangan laporan pra penaksiran
yang telah dilalui oleh klien serta perancangan intervensi. Dapatan dari pra penaksiran individu
dan keluarga membantu kaunselor untuk mencadangkan intervensi yang bersesuaian kepada
keluarga.
Tindakan: Memanggil klien ke sesi perbincangan keluarga
Perbincangan keluarga perlu dilaksanakan dalam sesi yang berbeza untuk memberi laluan
kepada kaunselor menyediakan laporan pra penaksiran psikologi seperti yang dinyatakan oleh
PK 1 dan PK 4.
Dalam situ akan saya buat pelaporan kemudian dan kemudian akan dipanggil untuk
perundingan keluargalah untuk next step seterusnya.
Peserta kajian 1
Kemudian kita akan panggil pula 1 hari yang lain untuk perbincangan keluarga.
Peserta kajian 4
Tindakan: Merancang intervensi kepada klien
Setelah menyiapkan laporan pra penaksiran psikologi, kaunselor kebiasaannya dapat
menggambarkan intervensi yang bersesuaian untuk kliennya. Perancangan ini dibuat bersama-
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
31
sama klien dalam perbicangan keluarga supaya klien jelas bagaimana intervensi ditentukan
dan mengapa intervensi tersebut dirancangan kepada keluarga berkenaan. Dapatan kajian
menunjukkan hanya PK 4 dan PK 6 menerangkan situasi ini.
Maknanya kita datang, kita panggil dia untuk kita bincang lah apa intervensi yang bersesuaian
kan.
Peserta kajian 4
Selepas itu, kita akan haa…berbincang dengan keluarga dengan klien mengenai
keadaaan..keadaan klien itu sendiri mengenai kes yang telah dilakukan oleh klien dan juga
perancangan dan rawatan untuk klien itu sendiri.
Peserta kajian 6
Langkah 5: Konferen kes
Seterusnya, langkah 5 merupakan fasa yang terakhir dalam komponen pra penilaian sebelum
meneruskan peringkat intervensi. Dalam langkah ini tindakan yang perlu dilakukan oleh
kaunsleor adalah mengadakan perbincangan bersama Pegawai Akhlak.
Tindakan: Mengadakan perbincangan bersama Pegawai Akhlak
Kerjasama di antara kaunselor dan Pegawai Akhlak adalah sangat penting dalam tempoh
perintah. Dalam tempoh ini juga komunikasi di antara dua pihak ini perlu sentiasa ada bagi
mengemaskini sebarang perkembangan kes. Tugas kaunselor tertumpu kepada intervensi
manakala Pegawai Akhlak pula perlu menitikberatkan dari segi tanggungjawab dan peraturan
yang perlu dipatuhi oleh klien. Perbincangan bersama Pegawai Akhlak untuk menjelaskan dan
membincangkan laporan pra penaksiran psikologi, perkembangan kes dan bentuk intervensi.
Dapatan kajian menunjukkan hanya PK 4 yang melaksanakan konferen kes bersama Pegawai
Akhlak.
Okay haa…dan kita buat juga kadang-kadang selepas tu daripada ni kita buat juga apa
perbincangan dengan Pegawai Akhlak. Kita ada case conference juga la. Daripada
berdasarkan ujian tu, kita buat perbincangan dengan Pegawai Akhlak. Jadi bersama la
bermakna apa intervensi yang sesuai psiko-pendidikan jenis apa ker kaunseling ker apa kan.
Kaunseling keluarga ker apa kan Haa.. itu la…
Peserta kajian 4
Perbincangan
Modul Intervensi Bengkel Interaktifdiselaraskan bagi membantu kaunselor di Jabatan
Kebajikan Masyarakat melaksanakan perkhidmatan kaunseling Bengkel Interaktif dalam
membuat rawatan pemulihan keluarga yang bermasalah. Kesemua langkah yang dinyatakan
dalam modul ini adalah melibatkan anak dan keluarga sama ada ibu atau bapa atau penjaga
yang telah diperintahkan menghadiri Bengkel Interaktif. Kajian ini dijalankan untuk melihat
langkah-langkah yang digunakan oleh kaunselor dalam mengendalikan kes Bengkel Interaktif.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat langkah dalam komponen MIBI di
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
32
peringkat pra penilaian yang sewajarnya dilaksanakan dalam mengendalikan kes kanak-kanak
yang melakukan kesalahan jenayah yang menggunakan pendekatan keluarga.
Walaubagaimanapun dapatan kajian menunjukkan kaunselor yang melaksanakan Bengkel
Interaktif ini telah menjalankan lima langkah yang berbeza dengan apa yang telah tertulis di
dalam komponen MIBI.
Dalam kajian ini, terdapat perbezaan dan persamaan di kalangan kaunselor dari segi
perlaksanaan langkah-langkah dalam pra penilaian. Lima langkah ini adalah rujukan kes
mahkamah, temubual awal, penaksiran individu dan keluarga, perbincangan keluarga dan
konferen kes berbeza dengan empat langkah dalam MIBI iaitu temubual awal, penaksiran
individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga. Langkah pertama yang dinyatakan
oleh kaunselor dalam proses pra penilaian ini adalah apabila menerima rujukan kes daripada
Pegawai Akhlak. Ia adalah selari dengan perlaksanaan intervensi untuk kanak-kanak yang
melakukan jenayah ini yang bertujuan untuk membantu individu atau kumpulan tersebut
mencari jalan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dialami serta membolehkan
individu tersebut menjalani kehidupan bermasyarakat secara normal (Wan Ibrahim, Andek
Masnah & Zainab 2007).
Dalam langkah kedua, hampir kesemua kaunselor menunjukkan perbezaan dalam
perlaksanaan sesi temubual awal. Pemilihan pendekatan yang berbeza ini disebabkan faktor
perbezaan latar belakang diri klien dari segi sosio budaya, bahasa, taraf pendidikan dan
sebagainya. Kaunselor juga mengambil kira situasi klien yang hadir secara dirujuk adalah
berbeza dengan klien yang hadir mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara sukarela.
Kaunselor perlu kreatif dalam mengendalikan klien Bengkel Interaktif agar intervensi dapat
disempurnakan dengan baik dan seterusnya membantu perubahan yang positif kepada
keluarga.
Langkah ketiga menunjukkan perbezaan yang ketara antara yang diperoleh dalam dapatan
kajian dan komponen model itu sendiri. Kesemua kaunselor menyatakan bahawa YRSQ yang
mengukur tingkah laku anak adalah penaksiran individu berbeza dengan komponen model
yang menunjukkan YRSQ adalah satu senarai semak yang terdapat dalam temubual awal dan
bukannya sebagai satu penaksiran individu. Walaupun begitu, semua kaunselor menyatakan
persamaan dalam mentadbir YRSQ di peringkat pra penilaian. Sebilangan kaunselor juga hanya
menjalankan penaksiran individu yang wajib sahaja iaitu YRSQ, FACES III dan TSCS kerana lebih
mudah kepada pihak klien dengan bilangan item yang lebih mudah dan sedikit.
Seterusnya, bagi langkah perbincangan keluarga dan konferen kes bersama Pegawai
Akhlak hanya dinyatakan oleh segelintir peserta kajian sahaja. Perbincangan keluarga adalah
satu tindakan yang memerlukan klien untuk memahami struktur keluarga semasa. Bahkan
langkah ini juga adalah satu ruang perbincangan tentang perancangan intervensi yang bakal
dilalui seterusnya agar struktur keluarga semakin harmoni berbanding sebelumnya. Walaupun
begitu, pengkaji yakin walaupun hanya PK 4 sahaja yang menyatakan tentang konferen kes,
komunikasi dan perbincangan ada dilaksanakan secara tidak langsung.
Sehingga kini, belum ada sebarang kajian yang dijalankan berkaitan penilaian semula
modul Bengkel Interaktif. Beberapa cadangan penambahbaikan dinyatakan oleh responden
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
33
untuk penambahbaikan modul dan keberkesanannya kepada klien. Penggunaan alat ujian yang
bersesuaian dengan situasi diri klien adalah yang paling banyak dinyatakan oleh responden.
Alat ujian sedia ada yang bersesuaian boleh dikekalkan dan menggantikan alat ujian seperti
FACES III kepada Skala Tingkahlaku Delinkuen (STLD) ataupun menggunakan alat ujian yang
lebih ringkas untuk mengukur konsep kendiri klien. Alat-alat ujian yang baru seperti saringan
dadah, saringan mental dan saringan tingkah laku seksual adalah bersesuaian dengan keadaan
kes semasa.
Selain itu, penglibatan daripada agensi lain juga diyakini dapat membantu
keberkesanan intervensi. Antara cadangan kerjasama agensi yang dinyatakan adalah pihak
sekolah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kerjasama
pihak yang berkaitan dalam membantu klien Bengkel Interaktif diyakini dapat mengubah diri
klien ke arah yang lebih positif di samping kaunseling keluarga serta intervensi lain yang
dihadiri. Kebiasaannya, anak-anak remaja yang terlibat dengan kesalahan jenayah dan
diperintahkan hadir Bengkel Interaktif kerana tiada minat meneruskan persekolahan, tidak
melakukan sebarang pekerjaan, merokok, bergaul dengan kawan-kawan yang tidak baik selain
dari faktor keluarga dan sebagainya.
Rumusan
Secara keseluruhan, melalui dapatan dan perbincangan ini menunjukkan bahawa semua
kaunselor mengakui telah melaksanakan komponen pra penilaian seperti mana yang ada di
dalam modul. Apa yang membezakan adalah kaedah perlaksanaan mengikut kekreatifan
kaunselor itu sendiri. Walaupun kaedah yang digunakan adalah berbeza, jelas menunjukkan
peringkat pra penilaian adalah satu peringkat yang sangat penting dalam komponen Model
Intervensi Bengkel Interaktif apabila semua kaunselor berusaha untuk mencapai objektif dan
matlamat Bengkel Interaktif melalui pendekatan kekeluargaan selari dengan Akta Kanak-Kanak
2001. Penambahbaikan perlu dilakukan untuk menambah keberkesanan modul sedia ada.
Cadangan penambahbaikan yang disyorkan diyakini dapat memberi kesan yang lebih positif
kepada diri klien Bengkel Interaktif.
PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL
“KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT”
34
Rujukan
Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md Sham & Salasiah Hanin Hamjah. (2013). Ciri-ciri remaja
berisiko: Kajian literatur. Islamiyyat 35(1) 2013: 111-119
Mohamad Khairi et al. (2016). “Perspektif Ibu Bapa Terhadap Permasalahan dan Cabaran
Dalam Pembentukan Nilai Murni Pelajar.” Sains Humanika 8: 9-16.
Norruzeyati Che Mohd Nasir. (2016). Aspek-aspek Keluarga dan Penglibatan Remaja
Perempuan Dalam Tingkah Laku Delinkuensi. Geografi. Vol.4, No. 2.
Wan Abdul Kader Wan Ahmad & Fatimah Yusooff. 2010. Modul Intervensi Bengkel
Interaktif. 2010.Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Modul intervensi bengkel
interaktif. Kuala Lumpur: Penerbit: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Wan Ibrahim, Andek Masnah & Zainab. (2007). “Intervensi Masalah Sosial Dalam Keluarga
Melayu Di Malaysia: Pendekatan Kesedaran Tasawwuf.” Malaysia Journal of
Administration. Vol. 4. 59-75
Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). “Faktor-Faktor Yang mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.
Journal of Education Pschology & Counseling. Vol. 1. 115-140.

More Related Content

Similar to OPTIMIZING MIBI

review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangganur fara
 
Program layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswa
Program layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswaProgram layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswa
Program layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswaPsikopedagogia uad
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingLatiSigub
 
Modul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yang
Modul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yangModul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yang
Modul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yangyaya' Suryaningsih
 
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full textDigital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full textsindhu winata
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dininrukmana rukmana
 
Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...
Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling  MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling  MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...
Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...Hudenk Hudunx
 
Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...
Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...
Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...Psikopedagogia uad
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Yee Ivy
 
Modul 2 Praktik Kebid III
Modul 2 Praktik Kebid IIIModul 2 Praktik Kebid III
Modul 2 Praktik Kebid IIIpjj_kemenkes
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11
Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11
Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11thila thilaga
 

Similar to OPTIMIZING MIBI (20)

review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Program layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswa
Program layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswaProgram layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswa
Program layanan bimbingan klasikal untuk meningkatkan self control siswa
 
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunselingMenangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
Menangani disiplin mengikut intervensi kaunseling
 
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mzFull fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
Full fyp 2018 humaidatul fikriyah mz
 
Modul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yang
Modul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yangModul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yang
Modul anticipatory guidance terhadap perubahan pola asuh orang tua yang
 
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full textDigital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
Digital 20253132 t 28497-analisis penyebab-full text
 
Jurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia diniJurnal pola asuh pada usia dini
Jurnal pola asuh pada usia dini
 
Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...
Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling  MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling  MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...
Prinsip-Prinsip Bimbingan Konseling MATAKULIAH BIMBINGAN KONSELING STAIN SAL...
 
Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...
Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...
Pengaruh bimbingan preceptorship model kognitif sosial terhadap peningkatan k...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
Kajiantindakanpengurusanpembelajarandisiplinpelajarsekolahrendahdisekolahband...
 
Artikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosialArtikel.masalah.sosial
Artikel.masalah.sosial
 
Modul 2 Praktik Kebid III
Modul 2 Praktik Kebid IIIModul 2 Praktik Kebid III
Modul 2 Praktik Kebid III
 
work ethics
work ethicswork ethics
work ethics
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11
Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11
Jurnal psikologi dan kaunseling 2020 bil11
 
Art therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issuesArt therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issues
 
355 692-1-sm
355 692-1-sm355 692-1-sm
355 692-1-sm
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 

OPTIMIZING MIBI

  • 1. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 1 PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL KRISIS: “TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 26-27 MAC APRIL 2019 AUDITORIUM, HOSPITAL REHABILITASI CHERAS E-PROSIDING PENGANJUR:
  • 2. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 2 HOSPITAL REHABILITASI CHERAS E-PROSIDING PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” CETAKAN PERTAMA 2019 ©Hakcipta Hospital Rehabilitasi Cheras(HRC),2019 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarulang mana-mana bahagian daripada kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopio, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras. Penerbit: Unit Psikologi Kaunseling Hospital Rehabilitasi Cheras Jalan Yaacob Latif 56000 Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur PerpustakaanNegaraMalaysiaDataPengkatelogan-dalam-Penerbitan. eISBN978-967-13784-3-4
  • 3. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 5 SENARAI KANDUNGAN TAJUK Hakcipta Sidang Editor Sekalung Penghargaan Isi Kandungan Isu Pemerdagangan Manusia Di Malaysia Dan Kesan Psikologi Terhadap Mangsa, Keluarga Dan Masyarakat Nurul Amirah Hamzah, Nooraini Othman, Wardatul Aishah Musa Penilaian Semula Proses Pelaksanaan Komponen Pra Penilaian Dalam Modul Intervensi Bengkel Interaktif Suharyati Binti Mat Daud, Norhayati binti Mohd Noor Anak Sebagai Identified Patient (IP) Dalam Kaunseling Keluarga: Analisis Tiga Kajian Kualitatif Kaunseling Keluarga Norhayati Mohd Noor,Mazita Ahmad, Umi Nur Hidayah, Zulkifle Malek Kesahan Modul Pencegahan Penderaan Kanak-Kanak Berdasarkan Pandangan Pakar Oleh: Ahmad Jazimin Bin Jusoh, Pau Kee, Mohd Noor Saper, Taquddin Abd Mukti ,Abd Aziz Yatim,Priyalatha Govindasamy Unsur Pendidikan Dalam Teromba Menjadi Panduan Hidup Bermasyarakat Oleh: Prof.Madya Dr. Ani Binti Haji Omar Perbezaan Personaliti Pelajar Berdasarkan Jantina Program Pengajian Pendidikan Muhammad Bazlan Mustafa, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Sofian Syed Salim, Mohammad Nasir Bistaman Seeking And Sharing Information About Illegal Drug: Malaysian’s Preferences And Concerns Chie Qiu Ting, Associate Professor Dr.Tam Cai Lian, Dr. Gregory Bonn Effects Of Sleep Hygiene Psychoeducation On Sleep Qualityand Stress Level: A Pilot Randomised Control Trial Dr Anne Noor Sri Juwaneeta Jamaludin, Muhammad Ashraff
  • 4. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 18 PENILAIAN SEMULA PROSES PELAKSANAAN KOMPONEN PRA PENILAIAN DALAM MODUL INTERVENSI BENGKEL INTERAKTIF Suharyati binti Mat Daud Fakulti Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Norhayati binti Mohd. Noor Fakulti Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Abstrak Modul Intervensi Bengkel Interaktif (MIBI) adalah satu modul pemulihan keluarga bertujuan melaksanakan intervensi pemulihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah berdasarkan penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001. Modul ini dilaksanakan melalui penglibatan keluarga kanak-kanak yang bertujuan meningkatkan kendiri anak-anak melalui kefungsiaan keluarga. Kajian ini bertujuan menilai semula komponen pra penilaian dalam MIBI yang merangkumi temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga yang menjadi amalan kaunselor. Pendekatan kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes dan teknik persampelan bertujuan melibatkan 6 orang kaunselor berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat. Pemungutan data melalui temubual mendalam dengan soalan protokol separa stuktur yang disediakan berdasarkan modul yang sedia ada dan literatur kajian lepas. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo 12 plus. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua kaunselor mengakui telah melaksanakan komponen pra penilaian seperti mana yang ada di dalam modul. Kajian ini turut membincangkan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kaunselor di dalam komponen ini agar keberkesanan Bengkel Interaktif dapat dipertingkatkan. Kata kunci: Modul Intervensi Bengkel Interaktif; Komponen Pra Penilaian; Kaunseling Keluarga Pengenalan Berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana kanak-kanak yang berusia di bawah umur 18 tahun yang melakukan kesalahan jenayah diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk menghadiri Bengkel Interaktif. Pada tahun 2002, perintah Bengkel Interaktif telah dikuatkuasakan ke atas ibu atau bapa atau penjaga dengan ditemani anak (pesalah remaja) untuk menghadirinya di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat seperti yang diperintahkan. Perintah Bengkel Interaktif ini sememangnya memerlukan penglibatan keluarga dalam membantu perawatan tingkahlaku delinkuen remaja.
  • 5. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 19 Keluarga merupakan pengaruh utama dalam kehidupan seseorang remaja (Zainuddin & Norazmah 20011). Baik dan buruk tingkahlaku seseorang remaja adalah hasil didikan daripada keluarga. Azyyati (2013) berpendapat remaja yang berpotensi dalam salah laku remaja dan devian adalah daripada berlatar belakangkan sistem keluarga yang tidak berfungsi di mana perubahan-perubahan tingkahlaku individu dalam keluarga tidak berjalan lancar. Ini disokong oleh dapatan kajian dalam Norruzeyati (2016) bahawa sikap ibu bapa yang terlalu tegas, selalu mengarahkan untuk melakukan kerja-kerja rumah, suka berleter, kurang kawalan, bersikap lepas tangan, kurang mengambil berat dalam pencapaian anak di sekolah dan terlibat dengan jenayah menyumbang kepada risiko tingkah laku delinkuen anak-anak. Ruang ini memberi peluang kepada anak-anak untuk mencari kawan yang boleh menerima dan memberi kegembiraan kepada mereka. Justeru, hubungan kekeluargaan mempunyai perkaitan yang sangat kuat dalam pembentukan tingkah laku anak-anak. Mohamad Khairi et.al (2016) dalam kajiannya mendapati hubungan yang renggang di antara ibu bapa dan anak-anak memberi kesukaran dalam membentuk nilai murni dalam diri anak-anak. Selain itu, gaya komunikasi yang tidak berkesan turut menyukarkan kemesraan dalam hubungan. Apabila anak remaja gagal melihat keluarga sebagai satu persekitaran yang sihat dan boleh membahagiakan mereka serta gangguan interaksi yang berkesan menyebabkan jiwa remaja memberontak dan boleh mendorong mereka bertingkahlaku negatif. Ibu bapa yang sering bertengkar antara satu sama lain akan menyebabkan suasana rumah kurang aman. Jika tidak dibendung dari awal, akan terhasil tingkah laku delinkuen yang lebih serius sehingga mengganggu pembentukan sebuah keluarga yang sejahtera bahkan boleh merebak sehingga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Modul Intervensi Bengkel Interaktif Pengendalian kes Bengkel Interaktif adalah berdasarkan Modul Intervensi Bengkel Interaktif (MIBI). Modul yang dibangunkan oleh Bahagian Kaunseling dan Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dengan bantuan kepakaran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu modul rawatan pemulihan tingkah laku pesalah remaja dan kefungsian keluarga. Modul ini berperanan sebagai panduan dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling bagi kes Bengkel Interaktif di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Modul Intervensi Bengkel Interaktif 2010). Terdapat tiga bahagian dalam modul ini. Bahagian A adalah kaunseling dan Retreat Keluarga, Bahagian B adalah alat ujian psikologi dan Bahagian C adalah program psikopendidikan. MIBI mempunyai tiga komponen utama iaitu pra penilaian, intervensi dan pasca penilaian. Setiap komponen mempunyai fasa-fasa dan aktiviti tertentu yang perlu dilakukan ketika mengendalikan Bengkel Interaktif. Komponen pra penilaian mengandungi empat fasa iaitu temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga. Komponen intervensi mengandungi tiga fasa iaitu kaunseling, psikopendidikan dan Retreat Keluarga. Komponen pasca penilaian mengandungi empat fasa iaitu temubual akhir, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga.
  • 6. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 20 Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada komponen pra penilaian sahaja bersesuaian dengan tujuan kajian ini untuk menilai semula komponen pra penilaian dalam MIBI merangkumi temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga. Obejktif dalam kajian ini adalah untuk menilai semula proses perlaksanaan komponen pra penilaian dalam Modul Intervensi Bengkel Interaktif dan menjawab persoalan kajian tentang bagaimana proses perlaksanaan komponen pra penilaian dalam Modul Intervensi Bengkel Interaktif ini dibuat. Metodologi Kajian pendekatan kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes bagi meneroka proses pelaksanaan komponen pra penilaian dalam MIBI di kalangan kaunselor. Dalam kajian ini data kajian dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam. Rakaman temubual dijalankan dalam satu pusingan. Data temubual ditranskrip kepada penulisan verbatim selepas temubual selesai. Temubual secara mendalam dijalankan berpandu kepada soalan protokol separa stuktur yang disediakan berdasarkan modul yang sedia ada dan literatur kajian lepas. Contoh soalan temubual adalah: 1) (1). Boleh tuan/ puan kongsikan apa yang difahami tentang pelaksanaan komponen pra penilaian Modul Intervensi Bengkel Interaktif?; (2). Boleh puan kongsikan bagaimana pelaksanaan komponen pra penilaian ini dilaksanakan di pejabat puan?; (3). Pada pengalaman tuan/puan, bagaimana komponen pra penilaian membantu keberkesanan Modul Intervensi Bengkel Interaktif?; (4). Apa pandangan tuan/puan tentang komponen pra penilaian Bengkel Interaktif? Peserta kajian Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Empat peserta kajian adalah kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, seorang kaunselor dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Peserta kajian telah dipilih secara teknik persampelan bertujuan mengikut kriteria yang telah ditetapkan iaitu 3 tahun berpengalaman dalam mengendalikan kes Bengkel Interaktif, mempunyai latihan sekurang-kurangnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kaunseling, berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (mempunyai sijil amalan) dan sukarela. Analisis Data Proses analisis data dalam kajian ini adalah berdasarkan tematik. Pembentukan tema dan sub tema adalah berasaskan perbincangan bersama penyelia dan membaca transkripsi berulang kali dari satu baris ke satu baris. Pengkaji telah mengeluarkan tema melalui kata kunci yang terhasil daripada data dan mengeluarkan tema melalui keterangan ayat terhadap kata kunci tertentu. Pengkaji menggunakan perisian NVivo 12 plus sebagai alat untuk menguruskan data yang telah ditranskrip. Bagi memastikan tema-tema ynag terhasil adalah tepat, pengkaji telah
  • 7. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 21 membaca berulang-ulang kali untuk memberi makna kepada ayat di dalam verbatim dan membuat semakan bersama penyelia. Dapatan kajian Kajian MIBI ini merupakan kajian yang melihat semula bagaimana perlaksanaannya yang dijalankan sejak 2001 sehinggalah tahun 2019. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan proses pra penilaian Modul Intervensi Bengkel Interaktif yang melibatkan 6 orang pegawai psikologi (kaunselor) di JKM melibatkan 5 langkah iaitu i. rujukan kes dari Pegawai Akhlak, ii. temuramah awal, iii. penaksiran individu dan keluarga, iv. perbincangan keluarga dan v. konferen kes. Kelima-lima langkah ini terdapat persamaan dan perbezaan turutan perlaksanaannya dalam kalangan kaunselor dan juga modul yang sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan di dalam langkah 1 kaunselor melakukan 3 tindakan iaitu terima kes rujukan mahkamah, teliti dan analisis laporan dan menghubungi klien. Manakala langkah 2 kaunselor menjalankan temubual awal. Langkah ketiga adalah proses penaksiran psikologi bertujuan membolehkan kaunselor mendapat maklumat yang mendalam berkaitan dengan stuktur keluarga. Langkah kempat, kaunselor membuat tindakan memanggil keluarga bagi tujuan perbincangan. Langkah terakhir adalah konferen kes yang memerlukan kaunselor duduk berbincang dengan pegawai akhlak berkaitan dengan perkembangan kes. Langkah 1: Rujukan kes mahkamah Perkhidmatan kaunseling Bengkel Interaktif bermula apabila mahkamah menjatuhkan perintah kepada ibu bapa /ibu / bapa/penjaga ditemani kanak-kanak untuk hadir ke Bengkel Interaktif yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perintah mahkamah ini akan dibawa oleh Pegawai Akhlak berserta satu laporan akhlak yang akan dirujuk kepada kaunselor. Dalam Langkah 1, kaunselor perlu melaksanakan tiga tindakan iaitu terima kes rujukan mahkamah, teliti dana analisis laporan serta menghubungi klien. Tindakan: Terima kes rujukan mahkamah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawadalam prosespra penilaian kaunselor akan memulakan tindakan apabila mereka menerima kes kanak-kanak rujukan mahkamah yang dirujuk oleh Pegawai Akhlak. Kesemua peserta kajian di dalam kajian ini mengakui bahawa tindakan pertama yang mereka akan ambil adalah menerima kes yang dirujuk secara formal. Menurut PK1, PK 2 dan PK4 proses pra penilaian bermula apabila Pegawai Akhlak merujuk dan menyerahkan laporan akhlak yang telah mendapat perintah mahkmah kepada kanak-kanak yang telah melalui perbicaraan dan didapati bersalah. peringkat permulaan biasanya kes Bengkel Interaktif ni dirujuk oleh Pegawai Akhlak. K, apabila Pegawai Akhlak saya rujuk saje kes Bengkel…
  • 8. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 22 Peserta Kajian 1 Ok er..pra penilaian ni mmg kita akan sepertimana di daerah lain juga kita akan dapat kes ini rujukan daripada kanak-kanak yang mana Unit Kanak-Kanak salah satu ruang er.. kerjanya adalah berkaitan dengan kes pemulihan akhlak kanak-kanak yg mane salah satu kesnya adalah beyond control dan sebagainya mungkin menyebabkan termasuk juga dalam bon berkelakuan baik. Peserta Kajian 2 pra penilaian ni dalam bengkel dalam modul bengkel interaktif pra penilaian ni adalah permulaan lah. Permulaan pada kita mula-mula kita terima. Terima kes tu. Maknanya setelah kes direfer kepada kita oleh pegawai akhlak. Peserta Kajian 4 Menurut PK3 dan PK 6 proses pra penilaian penting bagi membolehkan intervensi Bengkel Interaktif dijalankan kepada kes kanak-kanak rujukan mahkamah selari dengan objektif pemulihan akhlak kanak-kanak. Tanpa proses pra penilaian yang tepat boleh menyebabkan proses pemulihan gagal yang turut juga menggagalkan pencapaian objektif Akta Kanak-Kanak 2001. Kalau ikutkan modul intervensi Bengkel Interaktif ini bahagian penilaian merupakan kompenen yang sebagaimana yang kamu sebut tu yang perlu dilaksanakan kepada klien yang terlibat, yang dirujuklah..Klien yang telah dirujuk daripada bahagian kanak-kanak yang diperintahkan di bawah Bengkel Interaktif ini untuk dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan. Peserta kajian 3 Okay apa yang saya faham. Di mana kita bekerja pun memang ikut pada Bengkel Interaktif lah. Peserta kajian 6 Tindakan: Teliti dan analisis laporan Setelah kes dirujuk oleh Pegawai Akhlak, kaunselor meneruskan tindakannya dengan meneliti dan menganalisis kes melalui laporan akhlak yang disediakan. Kebiasaannya, laporan akhlak disertakan bersama dengan salinan perintah mahkamah. Dalam kajian ini hanya PK 1 yang menceritakan berkaitan laporan akhlak. Ok, untuk intake interview ni biasa penilaian awal kita semasa klien tu datang. Kita tidak mengenali klien tu lagi. Kita hanya kenali klien melalui laporan akhlak yang kita terima maknanya saya baca
  • 9. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 23 laporan akhlak tu, kemudian saya tengok dulu klien saya, saya tulis dalam pelaporan kita. Peserta kajian 1 macam saya bagitahu tadi saya memang akan baca dulu laporan akhlak dia. Saya akan tengok, teliti satu-satu. Peserta kajian 1 Proses penelitian dan analisis laporan akhlak adalah sangat penting untuk mengenali latar belakang diri dan keluarga klien di peringkat awal. Kaunselor akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan kes baru yang mana setiap kes mempunyai keunikannya tersendiri. Kebiasaannya, format keseluruhan laporan akhlak adalah sama. Ia mengandungi butiran peribadi kanak-kanak, latar belakang keluarga, ulasan berkaitan persekolahan atau pekerjaan, tingkah laku, hubungan dengan ahli keluarga dan rekod kesalahan serta cadangan Pegawai Akhlak. Laporan akhlak yang berkualiti membantu kaunselor untuk memberi maklumat yang tepat terhadap klien dan keluarga dan seterusnya memudahkan kaunselor untuk meneruskan tindakan yang selanjutnya. Menurut PK 1, penelitian dan analisis laporan akhlak dibuat tertumpu kepada 4 perkara iaitu aspek persekolahan anak, tingkah laku anak, hubungan anak dengan keluarga dan cadangan Pegawai Akhlak. Saya akan tengok dari sudut persekolahan dia, lepas tu saya akan tengok tingkah laku dia, er.. hubungan dia dan cadangan Pegawai Akhlak, maksudnya kat sini cadangan ni kenapa kanak-kanak ni difikirkan perlu untuk menjalani Bengkel Interaktif. Peserta kajian 1 Tindakan: Menghubungi klien Di pihak kaunselor, kes-kes yang telah diteliti pelaporannya akan diambil tindakan segera iaitu dengan menghubungi klien. Berdasarkan prosedur kerja yang ditetapkan, kaunselor perlu menghubungi klien dalam tempoh 5 hari bekerja dan menetapkan tarikh pertemuan awal dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh rujukan kes diterima. Menepati proses kerja ini adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya isu seperti kegagalan hadir Bengkel Interaktif dan mengambil mudah terhadap perintah mahkamah. Bagi melaksanakan tindakan ini, kaunselor diberi pilihan sama ada menghubungi klien melalui panggilan telefon atau surat kiriman pos. Menurut PK 6, tindakan susulan yang dilakukan setelah menerima perintah mahkamah dan laporan akhlak daripada Pegawai Akhlak adalah menghubungi klien. Jadi apabila kita mendapat haa… perintah Mahkamah dan juga laporan sosial rujukan daripada Pegawai Kanak-Kanak, yang pertama dalam masa 14 hari saya akan menelefon lah. Menelefon untuk tetapkan sesi temu janji dengan klien. Peserta kajian 6 Bagi PK 3 pula, kelaziman yang dilakukan selepas menerima rujukan kes daripada Pegawai
  • 10. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 24 Akhlak adalah mengeluarkan surat untuk menetapkan pertemuan. Okay, lazimnya kalau ikutkan prosesnya yang dilaksanakan bahagian Pegawai Psikologi sendiri lah, macam saya sendiri akan keluarkan surat panggilan kepada klien yang dirujuk itu, untuk kita tentukan pertemuan. Peserta kajian 3 Langkah 2: Temubual Awal Langkah 2 iaitu memerlukan kaunselor melakukan temubual awal kepada klien. Tarikh pertemuan awal perlu ditetapkan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh rujukan kes diterima daripada Pegawai Akhlak. Temubual awal adalah satu pertemuan pertama di antara kaunselor dengan klien secara bersemuka. Pertemuan ini perlu dihadiri oleh kanak-kanak bersama ibu bapa / ibu/ bapa/ penjaga yang bertindak sebagai penjamin. Kesemua peserta kajian menyatakan pelaksanaan tentang temubual awal di pejabat sendiri dan yang membezakan adalah proses perlaksanaannya mengikut kreativiti kaunselor tersendiri. Dalam langkah ini, tindakan yang dilakukan oleh kaunselor adalah mengisi borang profil klien, melibatkan bersama Pegawai Akhlak untuk memberi taklimat, membina hubungan dengan klien, memberi maklumat berkaitan Bengkel Interaktif, mengenalpasti masalah dan mendengar peluahan isi hati klien. Tindakan: Mengisi borang profil klien Borang profil klien adalah satu borang butiran peribadi klien berserta ibu/ bapa/ penjaga. Borang ini mengandungi maklumat asas kanak-kanak dan keluarga yang perlu diisi terlebih dahulu sebelum temubual awal dijalankan. Mengikut Prosedur Kerja 2018, borang profil klien perlu dihantar kepada klien berserta surat panggilan temubual awal untuk dilengkapi sebelum sesi temubual awal dijalankan. PK 4 dan PK 5 menyatakan berkaitan borang profil klien. haa… borang profile klien tu. Kita isikan borang tu kita dah buka file kita dah buat temu ramah awal lah. Awal kes tu kan. Jadi kita isikan la borang-borang tu yang mana basic dia tanya tu kan. Peserta kajian 4 Er..Flow kalau dalam ikut modul lah biasa akan sesi pertama tu akan ada intake interview. Lepas tu kita akan dapatkan profile klien, Peserta kajian 5 Tambahan daripada PK 5, sewaktu melengkapkan borang ini, komunikasi dua hala berlaku di antara kaunselor dan klien di mana kaunselor menyoal dengan lebih mendalam untuk mendapatkan maklumat. Borang profil klien dijadikan sebagai salah satu alat untuk mengumpul maklumat klien sebanyak mungkin. Melalui temubual yang dijalankan, kaunselor dapat mengumpulkan maklumat latar belakang diri klien dan keluarga dengan lebih terperinci untuk membantu kaunselor lebih memahami diri kanak-kanak dan bentuk keluarga semasa.
  • 11. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 25 Kadang-kadang daripada borang er..profil klien tu sendiri kita dah dapat tahu sedikit sebanyak background keluarga. Bila once er..kita tanya er..pekerjaan keluarga,adik-beradik, hubungan keluarga maksudnya mak ayah tu masih berkahwin ataupun bercerai, dah kahwin lain ataupun er.. ada mak ayah tapi tak duduk dengan mak ayah, duduk dengan nenek so maklumat tu banyak kita dapat masa er..bila kita isi profile, profile klien tu lah untuk kita er...take note. Dan bila kita tanya pula pasal apa ni pelajaran ada klien er..last pada perintah dia masih belajar tapi pada lepas perintah dah tak belajar. So kita dapat di situ apa dia punya pelan untuk kita halakan sesi seterusnya lah. Peserta kajian 5 Tindakan: Melibatkan bersama Pegawai Akhlak untuk memberi taklimat Dalam mengendalikan kes Bengkel Interaktif, kaunselor dan Pegawai Akhlak akan sentiasa berkomunikasi dan berhubung untuk memastikan kelancaran proses Bengkel Interaktif itu sendiri. Walaupun keduanya memainkan peranan yang berbeza, masing-masing mempunyai komitmen tersendiri bagi setiap kes Bengkel Interaktif. Peranan kaunselor lebih terarah kepada intervensi dalam Bengkel Interaktif manakala Pegawai Akhlak tertumpu kepada aspek perundangan Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan tanggungjawab kanak-kanak dan penjamin terhadap Bengkel Interaktif dan implikasi ketidakhadiran pada pertemuan yang ditetapkan. Situasi ini dijelaskan oleh PK 5 dan PK 6. Pernah juga pada sesi pertama Kak Nad libatkan Pegawai Akhlak. Sebab bila melibatkan perintah er...soal jawab daripada ibu bapa, penjaga ataupun klien memang libatkan Pegawai Akhlak lah. So dari segi perintah secara maksudnya undang-undang atau pun seksyen apa semua Pegawai Akhlak akan explain. So dari segi Bengkel Interaktif perlaksanaan Bengkel Interaktif Kak Nad akan lebih ada sesi pertama tu lebih kepada kita nak maklumkan pada dia apa yang akan terjadi dan pada klien apa yang dia nak tanya pada kita. Ha.. Ini lah kebanyakan untuk sesi pertama lah. Kebanyakan nya macam tu. Peserta kajian 5 Okay selepas itu, perbincangan keluarga dijalankan, penaksiran keluarga dijalankan, penaksiran individu semua. Kemudian, akan ada 1 sesi perjumpaan dengan Pegawai Akhlak. Kebiasaannya dalam pertemuan pertama, saya akan panggil Pegawai Akhlak sendiri untuk menerangkan tentang perintah Mahkamah tu dengan lebih jelas kepada keluarga. So Pegawai Akhlak akan tahu kita panggil bila klien dan dia pun dapat memberi maklumat la kepada klien. Di samping itu, juga kita memaklumkan kepada Pegawai Akhlak bahawa klien ini menjalani apa klien ini sedang menjalani apa? Apa rawatan-rawatan yang sesuai untuk dia?. Haa… itu sahaja lah. Peserta kajian 6 Tindakan: Membina hubungan dengan klien Dalam proses temubual ini juga kaunselor perlu membina hubungan dengan klien. Membina hubungan dengan klien adalah perkara yang wajar dilakukan agar klien berasa selesa, membina kepercayaan klien terhadap kaunselor dan menggalakkan klien untuk hadir Bengkel Interaktif seperti yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Hubungan yang baik dalam
  • 12. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 26 pertemuan awal boleh meramal kerjasama daripada klien sepanjang tempoh tersebut. Hasil dari hubungan baik yang dibina dapat membantu mencapai objektif dan matlamat Bengkel Interaktif itu sendiri. Proses membina hubungan dalam temu bual awal ini dijelaskan oleh PK 3, PK 5 dan PK 6. okay, kalau temubual awal lazimnya kita merujuk apa ni.. kalau ikutkan apa yang dah di sampaikan kepada kita ni, dengan rujukan kes dari bahagian akhlak, apa-apa yang melibatkan perintah dia kan.. jadi, kita sebenarnya kadang-kadang membina rapport je peringkat awal ni temu bual awal ni,.. Peserta kajian 3 kebaikan intake interview memang kita kena buat lah untuk kita bina rappo dulu dengan klien. So memang dia sangat membantu dan memudahkan kita untuk dapat maklumat awal. Peserta kajian 5 Jadi pertama kita akan buat sesi temu bual awal lah. Dekat sini kita akan mengambil kira dari segi laporan sosial lah. Kita menyemak kembali bagaimana keluarga bilangan keluarga semua lah. Kita berkenalan dengan klien kita dan juga keluarga. Peserta kajian 6 Tindakan: Memberi maklumat berkaitan Bengkel Interaktif Tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh kaunselor adalah memberi maklumat berkaitan Bengkel Interaktif. Kebiasaannya, klien tidak mempunyai sebarang idea berkaitan Bengkel Interaktif. Klien hanya menyedari ianya adalah satu bentuk perintah yang perlu dihadiri dan terdapat klien yang langsung tidak mengambil endah berkaitan perintah ini. Walaubagaimanapun, hanya PK 5 yang menjelaskan memberi maklumat mengenai Bengkel Interaktif dalam temubual awal. Tapi, kalau kebanyakannya klien tu ibu bapa tu ibu bapa tu lebih kerja sendiri kerja kampung. Jadi kadang-kadang sesi pertama tu lebih er ada satu kebanyakan sesi pertama tu interview jer. Sebabnya nak tahu pasal perintah tu macam mana dia nak tahu limitasi dia macam mana. Peserta kajian 5 So dari segi Bengkel Interaktif perlaksanaan Bengkel Interaktif Kak Nad akan lebih ada sesi pertama tu lebih kepada kita nak maklumkan pada dia apa yang akan terjadi dan pada klien apa yang dia nak tanya pada kita. Ha.. Ini lah kebanyakan untuk sesi pertama lah. Kebanyakan nya macam tu. Peserta kajian 5 Tindakan: Mengenalpasti masalah
  • 13. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 27 Selain daripada itu, kaunselor juga bertindak mengenalpasti masalah yang berlaku dalam keluarga tersebut sewaktu menjalankan sesi temubual awal. Gaya komunikasi dan bahasa- bahasa badan yang dipamerkan oleh klien sewaktu temubual awal diperhati oleh kaunselor. Segala tingkah laku klien dalam sesi temubual awal adalah maklumat yang penting kepada kaunselor. Dapatan kajian ini menunjukkan hanya PK 4 menceritakan berkaitan tindakan ini. Dan kita ada juga temu bual daripada situ la kita dapat capture apa masalah. Kadang-kadang kita daripada tu duduk tengok pengalaman-pengalaman lepas tu kita dapat tahu dah komunikasi mak dengan anak. Mak dia sepatutnya teman dia lah ni ada yang kita datang bersama kan Bengkel Interaktif kita kata mak dia kena datang. So kita dah panggil dia buat ujian semua, dari situ kita perhati komunikasi dia kita tengok kadang di situ juga kadang- kadang mak ayah apa bergaduh kan., di situ lah, mak anak bergaduh kesefahaman tu tak ada di situ juga kita boleh capture cara gaya style apa parenting mak ayah tu kan. Peserta kajian 4 Tindakan: Mendengar peluahan klien Apabila hubungan telah terbina, klien perlahan-lahan akan berasa selesa dan menanamkan kepercayaan kepada kaunselor. Sikap empati dan keterbukaan yang diamalkan oleh kaunselor membuka ruang kepada klien untuk meluahkan perasaan terhadap apa yang telah terjadi. Antara tindakan lain yang dilakukan oleh kaunselor adalah mendengar segala peluahan klien dalam sesi temubual awal ini seperti yang diakui oleh PK 5. Kadang-kadang sesi pertama pun dah ada sesi yang melontarkan ketidakpuasan hati nak nak kalau kes yang disabit kesalahan atas kesalahan orang lain anak dia kena. Kadang-kadang masa tu dah jadi sharing dah. So jadi kadang-kadang sesi ni bergantung kepada er..keadaan klien lah. Peserta kajian 5 Langkah 3: Penaksiran psikologi Langkah 3 memerlukan kaunselor menjalankan penaksiran psikologi. Penaksiran psikologi yang dijalankan kepada klien melibatkan penaksiran individu dan keluarga. Dalam buku panduan MIBI, penaksiran individu yang dicadangkan untuk mengukur konsep kendiri (TSCS), personaliti (HSPQ) dan minat kerjaya (SDS) manakala bagi penaksiran keluarga pula untuk mengukur kefungsian keluarga (FACES III). Kesemua peserta kajian bersetuju menggunakan FACES III untuk mengukur kefungsian keluarga seperti yang dinyatakan oleh PK 2, PK 4 dan PK 5. Dapatan kajian menunjukkan kaunselor tidak terikat untuk mmenjalankan mana-mana penaksiran terlebih dahulu dan bergantung kepada kaunselor itu sendiri. Tindakan: Menjalankan penaksiran keluarga Penaksiran keluarga adalah satu penaksiran psikologi yang ditadbir kepada kanak-kanak dan ibu atau bapa atau penjaga menggunakan Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales III (FACES III). FACES III digunakan untuk mengukur persepsi ahli keluarga dari aspek kejelekitan (cohesion) dan kebolehsuaian (adaptability) yang digunakan bagi tujuan diagnosis dan perancangan rawatan menggunakan Model Circumplex seperti yang dinyatakan oleh PK 2, PK
  • 14. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 28 4 dan PK 5. FACES kepada keluarga, Peserta kajian 2 Kita juga gunakan FACES III untuk mak dan ayah tu. Peserta kajian 4 FACES III pada apa ni ibu bapa dan klien ibu atau bapa atau klien atau penjaga lah. Peserta kajian 5 FACES III berperanan membantu kaunselor mengenalpasti struktur keluarga semasa. Sebelum mentadbir, kaunselor akan menyerahkan borang persetujuan termaklum bagi menjalani ujian psikologi, membaca arahan dan meminta klien untuk menjawab dengan jujur. Dapatan yang diperoleh membantu kaunselor untuk menilai bentuk keluarga semasa klien seterusnya merancang intervensi yang bersesuaian kepada klien seperti yang dinyatakan oleh PK 5 dan PK 6. Dan komponen yang dalam pra penilaian ni yang sedikit sebanyak membantu adalah er.. FACES III. FACES III ni kadang-kadang er..dia orang sedar bila tick tu dia orang sedar bila hubungan keluarga dia orang macam mana tapi dia orang tak nak suarakan. Peserta kajian 5 Biasanya lah. Biasanya dapatan awal tu, FACES III, pra penaksiran sangat-sangat membantu lah untuk kita faham dia punya kefungsian keluarga gitu. Peserta kajian 5 Okay, yang pertama kita mesti hendaklah nak dapatkan keadaan keluarga bagaimana. So melalui ujian FACES III itu lah yang memberi gambaran yang sebenar lah. Bagaimana keadaan keluarga itu, serba sedikit memberi maklumat kepada kita untuk perancangan rawatan. Peserta kajian 6 Tindakan: Menjalankan penaksiran individu Kesemua peserta dalam kajian ini mengakui penaksiran inidividu yang digunakan melibatkan kanak-kanak adalah alat ukuran Tennesse Self Concept Scale (TSCS) bagi mengukur konsep kendiri kanak-kanak. Menurut PK 2, PK 5 dan PK 6 TSCS ditadbir kepada kanak-kanak sahaja untuk melihat konsep kendiri kanak-kanak tersebut. TSCS adalah konsep kendiri yang kita boleh lihat kepada er.. kanak-kanak tersebut untuk perkara-perkara lain contohnya kalau dia masih bersekolah dari segi perkembangan pembelajaran dia akan datang, kalau yang tengah mencari peluang pekerjaan dari segi nilai karakter dia untuk membantu dia mencapai kerjaya yang dia nak. Peserta kajian 2
  • 15. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 29 …..dan satu tu TSCS lah. Peserta kajian 5 Begitu juga dengan inventori TSCS dan sebagainya lah. Peserta kajian 6 Pendekatan yang digunakan oleh kaunselor adalah berbeza dan bergantung kepada kekreatifan kaunselor itu sendiri. Selain dari TSCS yang merupakan penaksiran wajib kepada klien yang boleh membaca dan memahami, terdapat peserta kajian yang turut menggunakan penaksiran lain seperti High School Personality Questionnaire (HSPQ) untuk mengukur personality dan Self Directed Search (SDS) untuk mengukur minat kerjaya. PK 3 dan PK 4 menyatakan alat ujian ini digunakan kepada klien-klien mereka. ……dan juga ada yang melibatkan ujian yang berkaitan dengan HSPQ tu lah.. Peserta kajian 3 Macam kami di KL hari tu, kita penaksiran individu ni kita bagi ujian-ujian lah untuk kita tahu konsep apa kendiri kita gunakan TSCS, personaliti dia, ujian personaliti, minat kerjaya, SDS kita buat lah Peserta kajian 4 PK 2 pula mempunyai pandangan yang berbeza dan justifikasi tersendiri untuk tidak mentadbir ujian HSPQ dan SDS kepada klien. Menurut PK 2, bilangan item yang banyak dalam kedua-dua alat ujian ini tidak bersesuaian untuk ditadbir kepada klien dengan melihat kepada latar belakang diri klien. Pada saya, saya membuat benda yang wajib saja kerana kita dapat klien yang berbeza latar belakang. Jadi kita tak boleh nak memastikan bahawa semua ujian psikologi yang memang bertujuan keberkesanan yang baik kepada klien tersebut. Tapi, ada klien kita dapat pandai membaca, dapat memahami dengan baik dan ada yang sebaliknya. Peserta kajian 2 Jadi kalau bagi yang HSPQ personaliti ni bagi saya adalah nilai tambah sebab dan jua minat kerjaya SDS adalah nilai tambah sebab benda ni ada yang bersesuaian dan ada yang tak bersesuaian sebab salah satunya soalan terlalu banyak, Peserta kajian 2 Selain dari HSPQ dan SDS, TSCS juga mengandungi banyak item iaitu sebanyak 100 item. Apa yang membezakan adalah TSCS merupakan penaksiran yang wajib kepada kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak mampu membaca dan memahami konsep yang terdapat dalam alat ujian tersebut, maka kanak-kanak perlu mengambil ujian ini. Namun begitu, pengendaliannya mengikut kekreatifan kaunselor itu sendiri seperti yang dinyatakan oleh PK 5. Cuma TSCS tu er..sebab item banyak bila kadang-kadang kalau bagi sekali harung dia tak boleh nak fikir biasa Kak Nad akan hold ke sesi seterusnya untuk TSCS.
  • 16. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 30 Peserta kajian 5 Tambahan dari penaksiran TSCS, SDS dan HSPQ yang dibincangkan di atas, peserta kajian turut menyatakan penggunaan alat ukuran Youth At Risk Screening Questionaire (YRSQ) pada peringkat penaksiran individu. YRSQ diisi oleh kanak-kanak untuk menilai dirinya dan diisi oleh penjamin sebagai penilaian terhadap kanak-kanak berbeza dengan TSCS, SDS dan HSPQ yang hanya diisi oleh kanak-kanak seperti yang dinyatakan oleh PK 5 dan PK 2. Lepas tu YRSQ untuk ibu bapa penjaga dan klien… Peserta kajian 5 Begitu juga dengan YRSQ, YRSQ ni dia, er.. ibu bapa dia macam bukan lah menilai tapi dia boleh stick, tick balik anak dia ni macam mana? Dan klien tu sendiri pun boleh tick sendiri balik pada diri dia lah. Peserta kajian 5 Jadi saya ambil benda yang wajib sahaja kerana pada saya YRSQ ni boleh kita lihat dari segi nilai diri pada kanak-kanak tersebut,.. Peserta kajian 2 Langkah 4: Perbincangan keluarga Langkah 4 memerlukan kaunselor untuk melaksanakan perbincangan keluarga. Dalam langkah 4 tindakan yang perlu dilakukan oleh kaunselor untuk memanggil semula klien dalam sesi yang lain bagi menghadiri perbincangan keluarga dan merancang intervensi yang bersesuaian untuk klien. Skop perbincangan keluarga tertumpu kepada perbincangan laporan pra penaksiran yang telah dilalui oleh klien serta perancangan intervensi. Dapatan dari pra penaksiran individu dan keluarga membantu kaunselor untuk mencadangkan intervensi yang bersesuaian kepada keluarga. Tindakan: Memanggil klien ke sesi perbincangan keluarga Perbincangan keluarga perlu dilaksanakan dalam sesi yang berbeza untuk memberi laluan kepada kaunselor menyediakan laporan pra penaksiran psikologi seperti yang dinyatakan oleh PK 1 dan PK 4. Dalam situ akan saya buat pelaporan kemudian dan kemudian akan dipanggil untuk perundingan keluargalah untuk next step seterusnya. Peserta kajian 1 Kemudian kita akan panggil pula 1 hari yang lain untuk perbincangan keluarga. Peserta kajian 4 Tindakan: Merancang intervensi kepada klien Setelah menyiapkan laporan pra penaksiran psikologi, kaunselor kebiasaannya dapat menggambarkan intervensi yang bersesuaian untuk kliennya. Perancangan ini dibuat bersama-
  • 17. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 31 sama klien dalam perbicangan keluarga supaya klien jelas bagaimana intervensi ditentukan dan mengapa intervensi tersebut dirancangan kepada keluarga berkenaan. Dapatan kajian menunjukkan hanya PK 4 dan PK 6 menerangkan situasi ini. Maknanya kita datang, kita panggil dia untuk kita bincang lah apa intervensi yang bersesuaian kan. Peserta kajian 4 Selepas itu, kita akan haa…berbincang dengan keluarga dengan klien mengenai keadaaan..keadaan klien itu sendiri mengenai kes yang telah dilakukan oleh klien dan juga perancangan dan rawatan untuk klien itu sendiri. Peserta kajian 6 Langkah 5: Konferen kes Seterusnya, langkah 5 merupakan fasa yang terakhir dalam komponen pra penilaian sebelum meneruskan peringkat intervensi. Dalam langkah ini tindakan yang perlu dilakukan oleh kaunsleor adalah mengadakan perbincangan bersama Pegawai Akhlak. Tindakan: Mengadakan perbincangan bersama Pegawai Akhlak Kerjasama di antara kaunselor dan Pegawai Akhlak adalah sangat penting dalam tempoh perintah. Dalam tempoh ini juga komunikasi di antara dua pihak ini perlu sentiasa ada bagi mengemaskini sebarang perkembangan kes. Tugas kaunselor tertumpu kepada intervensi manakala Pegawai Akhlak pula perlu menitikberatkan dari segi tanggungjawab dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh klien. Perbincangan bersama Pegawai Akhlak untuk menjelaskan dan membincangkan laporan pra penaksiran psikologi, perkembangan kes dan bentuk intervensi. Dapatan kajian menunjukkan hanya PK 4 yang melaksanakan konferen kes bersama Pegawai Akhlak. Okay haa…dan kita buat juga kadang-kadang selepas tu daripada ni kita buat juga apa perbincangan dengan Pegawai Akhlak. Kita ada case conference juga la. Daripada berdasarkan ujian tu, kita buat perbincangan dengan Pegawai Akhlak. Jadi bersama la bermakna apa intervensi yang sesuai psiko-pendidikan jenis apa ker kaunseling ker apa kan. Kaunseling keluarga ker apa kan Haa.. itu la… Peserta kajian 4 Perbincangan Modul Intervensi Bengkel Interaktifdiselaraskan bagi membantu kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan perkhidmatan kaunseling Bengkel Interaktif dalam membuat rawatan pemulihan keluarga yang bermasalah. Kesemua langkah yang dinyatakan dalam modul ini adalah melibatkan anak dan keluarga sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang telah diperintahkan menghadiri Bengkel Interaktif. Kajian ini dijalankan untuk melihat langkah-langkah yang digunakan oleh kaunselor dalam mengendalikan kes Bengkel Interaktif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat empat langkah dalam komponen MIBI di
  • 18. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 32 peringkat pra penilaian yang sewajarnya dilaksanakan dalam mengendalikan kes kanak-kanak yang melakukan kesalahan jenayah yang menggunakan pendekatan keluarga. Walaubagaimanapun dapatan kajian menunjukkan kaunselor yang melaksanakan Bengkel Interaktif ini telah menjalankan lima langkah yang berbeza dengan apa yang telah tertulis di dalam komponen MIBI. Dalam kajian ini, terdapat perbezaan dan persamaan di kalangan kaunselor dari segi perlaksanaan langkah-langkah dalam pra penilaian. Lima langkah ini adalah rujukan kes mahkamah, temubual awal, penaksiran individu dan keluarga, perbincangan keluarga dan konferen kes berbeza dengan empat langkah dalam MIBI iaitu temubual awal, penaksiran individu, penaksiran keluarga dan perbincangan keluarga. Langkah pertama yang dinyatakan oleh kaunselor dalam proses pra penilaian ini adalah apabila menerima rujukan kes daripada Pegawai Akhlak. Ia adalah selari dengan perlaksanaan intervensi untuk kanak-kanak yang melakukan jenayah ini yang bertujuan untuk membantu individu atau kumpulan tersebut mencari jalan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang dialami serta membolehkan individu tersebut menjalani kehidupan bermasyarakat secara normal (Wan Ibrahim, Andek Masnah & Zainab 2007). Dalam langkah kedua, hampir kesemua kaunselor menunjukkan perbezaan dalam perlaksanaan sesi temubual awal. Pemilihan pendekatan yang berbeza ini disebabkan faktor perbezaan latar belakang diri klien dari segi sosio budaya, bahasa, taraf pendidikan dan sebagainya. Kaunselor juga mengambil kira situasi klien yang hadir secara dirujuk adalah berbeza dengan klien yang hadir mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara sukarela. Kaunselor perlu kreatif dalam mengendalikan klien Bengkel Interaktif agar intervensi dapat disempurnakan dengan baik dan seterusnya membantu perubahan yang positif kepada keluarga. Langkah ketiga menunjukkan perbezaan yang ketara antara yang diperoleh dalam dapatan kajian dan komponen model itu sendiri. Kesemua kaunselor menyatakan bahawa YRSQ yang mengukur tingkah laku anak adalah penaksiran individu berbeza dengan komponen model yang menunjukkan YRSQ adalah satu senarai semak yang terdapat dalam temubual awal dan bukannya sebagai satu penaksiran individu. Walaupun begitu, semua kaunselor menyatakan persamaan dalam mentadbir YRSQ di peringkat pra penilaian. Sebilangan kaunselor juga hanya menjalankan penaksiran individu yang wajib sahaja iaitu YRSQ, FACES III dan TSCS kerana lebih mudah kepada pihak klien dengan bilangan item yang lebih mudah dan sedikit. Seterusnya, bagi langkah perbincangan keluarga dan konferen kes bersama Pegawai Akhlak hanya dinyatakan oleh segelintir peserta kajian sahaja. Perbincangan keluarga adalah satu tindakan yang memerlukan klien untuk memahami struktur keluarga semasa. Bahkan langkah ini juga adalah satu ruang perbincangan tentang perancangan intervensi yang bakal dilalui seterusnya agar struktur keluarga semakin harmoni berbanding sebelumnya. Walaupun begitu, pengkaji yakin walaupun hanya PK 4 sahaja yang menyatakan tentang konferen kes, komunikasi dan perbincangan ada dilaksanakan secara tidak langsung. Sehingga kini, belum ada sebarang kajian yang dijalankan berkaitan penilaian semula modul Bengkel Interaktif. Beberapa cadangan penambahbaikan dinyatakan oleh responden
  • 19. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 33 untuk penambahbaikan modul dan keberkesanannya kepada klien. Penggunaan alat ujian yang bersesuaian dengan situasi diri klien adalah yang paling banyak dinyatakan oleh responden. Alat ujian sedia ada yang bersesuaian boleh dikekalkan dan menggantikan alat ujian seperti FACES III kepada Skala Tingkahlaku Delinkuen (STLD) ataupun menggunakan alat ujian yang lebih ringkas untuk mengukur konsep kendiri klien. Alat-alat ujian yang baru seperti saringan dadah, saringan mental dan saringan tingkah laku seksual adalah bersesuaian dengan keadaan kes semasa. Selain itu, penglibatan daripada agensi lain juga diyakini dapat membantu keberkesanan intervensi. Antara cadangan kerjasama agensi yang dinyatakan adalah pihak sekolah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kerjasama pihak yang berkaitan dalam membantu klien Bengkel Interaktif diyakini dapat mengubah diri klien ke arah yang lebih positif di samping kaunseling keluarga serta intervensi lain yang dihadiri. Kebiasaannya, anak-anak remaja yang terlibat dengan kesalahan jenayah dan diperintahkan hadir Bengkel Interaktif kerana tiada minat meneruskan persekolahan, tidak melakukan sebarang pekerjaan, merokok, bergaul dengan kawan-kawan yang tidak baik selain dari faktor keluarga dan sebagainya. Rumusan Secara keseluruhan, melalui dapatan dan perbincangan ini menunjukkan bahawa semua kaunselor mengakui telah melaksanakan komponen pra penilaian seperti mana yang ada di dalam modul. Apa yang membezakan adalah kaedah perlaksanaan mengikut kekreatifan kaunselor itu sendiri. Walaupun kaedah yang digunakan adalah berbeza, jelas menunjukkan peringkat pra penilaian adalah satu peringkat yang sangat penting dalam komponen Model Intervensi Bengkel Interaktif apabila semua kaunselor berusaha untuk mencapai objektif dan matlamat Bengkel Interaktif melalui pendekatan kekeluargaan selari dengan Akta Kanak-Kanak 2001. Penambahbaikan perlu dilakukan untuk menambah keberkesanan modul sedia ada. Cadangan penambahbaikan yang disyorkan diyakini dapat memberi kesan yang lebih positif kepada diri klien Bengkel Interaktif.
  • 20. PERSIDANGAN KAUNSELING PROFESIONAL “KRISIS: TSUNAMI DALAM MASYARAKAT” 34 Rujukan Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md Sham & Salasiah Hanin Hamjah. (2013). Ciri-ciri remaja berisiko: Kajian literatur. Islamiyyat 35(1) 2013: 111-119 Mohamad Khairi et al. (2016). “Perspektif Ibu Bapa Terhadap Permasalahan dan Cabaran Dalam Pembentukan Nilai Murni Pelajar.” Sains Humanika 8: 9-16. Norruzeyati Che Mohd Nasir. (2016). Aspek-aspek Keluarga dan Penglibatan Remaja Perempuan Dalam Tingkah Laku Delinkuensi. Geografi. Vol.4, No. 2. Wan Abdul Kader Wan Ahmad & Fatimah Yusooff. 2010. Modul Intervensi Bengkel Interaktif. 2010.Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Modul intervensi bengkel interaktif. Kuala Lumpur: Penerbit: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Wan Ibrahim, Andek Masnah & Zainab. (2007). “Intervensi Masalah Sosial Dalam Keluarga Melayu Di Malaysia: Pendekatan Kesedaran Tasawwuf.” Malaysia Journal of Administration. Vol. 4. 59-75 Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. (2011). “Faktor-Faktor Yang mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of Education Pschology & Counseling. Vol. 1. 115-140.