tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
Pembangunan mapan dalam islam kuiz 3
1. PEMBANGUNAN MAPAN
DALAM ISLAM
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
(HORMAT MENGHORMATI)
NAMA : MEOR SHAHRIZAN FAISAL BIN MOHAMAD ANUAR
NO MATRIK : A157691
DISEDIAKAN UNTUK : PROF DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. Definisi
Hormat menghormati didefinisikan sebagai mempunyai pandangan yang tinggi
terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan,
menghargai, menjunjung tinggi, memuliakan, menerima dan mematuhi.
Secara ringkas, menghormati seseorang bererti melayani dengan penuh sopan,
memandang tinggi kepadanya dan menghargai kebaikannya.
3. ANTARA DALIL ALLAH SWT DAN HADIS
Pertama : Menghormati kedua ibu bapa
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 23:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat
baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-
duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun) ".
4. Kedua : Menghormati sesama manusia
Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 18:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah atau
kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong;
Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur, lagi
membanggakan diri".
5. Ketiga : Menghormati Guru
Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan
bagai ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang
yang berguna pada masa akan datang.
Suatu hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Belajarlah
ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah
orang yang kamu belajar ilmu dari mereka." (Riwayat at-
Thabrani)
6. Cara-cara Mengamalkannya
1. Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain
2. Mewujudkan persefahaman dan kerjasama
3. Melatih dari supaya berkelakuan sopan
4. Menyedari hidup ini mempunyai suatu undang-undang
5. Melatih diri supaya tidak emosional
7. Kelebihan Hormat Menghormati
Mendapat keredhaan Allah SWT
Dikasihi Rasul SAW
Dipandang tinggi oleh masyarakat
Jiwa sentiasa tenang dan tenteram
Berjaya di dunia dan di akhirat
Hubungan kekeluargaan bertambah erat
8. Akibat Tidak Saling Menghormati
Dimurkai Allah dan Rasul
Dipandang hina oleh masyarakat
Dipulau oleh sahabat dan rakan rakan
Jiwa sentiasa resah
Hidup kacau bilau
Institusi kekeluargaan akan berpecah belah