SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
THNING/BPK/PEERS.2014 1
PPEENDIDIKAN KEESIHATAN RREPRODUKTIF DAN SSOSIAL (PPEEEERRSS)
DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
1. Latar Belakang
1.1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dijalankan melalui kurikulum
Pendidikan Kesihatan dalam sistem pendidikan Malaysia.
1.2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan PEERS sejak 1989 di
sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata
pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain
seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
1.3. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan
membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan
keintiman sesama insan.
1.4. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan
kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya
berfokus kepada isu seksual.
2. Penggunaan Istilah
2.1 “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002).
2.2 “Pendidikan Seksualiti” (2003 – 2005).
2.3 “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan
Kabinet pada 20 Disember 2006.
2.4 Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di
Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita.
3. Konsep dan Objektif
3.1 Konsep dan objektif PEERS merupakan aspek penting yang perlu difahami secara jelas
dan mendalam dalam menentukan kerangka serta hala tuju pelaksanaan pendidikan
tersebut.
3.2 Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif,
bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko.
3.3 PEERS memberi kesedaran dan membantu murid :
3.3.1 membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial
3.3.2 menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil
berat tentang kesihatan seksual
THNING/BPK/PEERS.2014 2
3.3.3 membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang
bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.
4. Kandungan PEERS (75%) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan - digubal berdasarkan
kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran.
Rajah 1 : Skop Kurikulum Pendidikan Kesihatan
4.1 Kesihatan diri dan reproduktif - aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.
4.2 Penyalahgunaan bahan - kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok,
dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.
4.3 Kemahiran pengurusan mental dan emosi - kemahiran pengurusan konflik dan stres
dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
4.4 Kekeluargaan - kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan
tanggungjawab ahli dalam keluarga.
4.5 Perhubungan - kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang
positif dalam persaudaraan serta persahabatan.
4.6 Pencegahan penyakit - pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada
penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.
4.7 Keselamatan - langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan
dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,
termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan
orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.
PEERS (75%)
 Kesihatan diri
dan reproduktif
 Penyalahgunaan
bahan
 Kemahiran
pengurusan
mental dan emosi
 Kekeluargaan
 Perhubungan
 Pencegahan
penyakit
 Keselamatan
Pemakanan
(15%)
Pertolongan
Cemas
(10%)
THNING/BPK/PEERS.2014 3
5. Fokus PEERS dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan
5.1 Tahap Satu Sekolah Rendah
Perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri,
kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara
kehormatan diri serta pengurusan perasaan.
5.2 Tahap Dua Sekolah Rendah
Pengurusan konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran
memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit
seksual dan kemahiran berkata TIDAK kepada rokok, alkohol serta dadah.
5.3 Menengah Rendah
Kemahiran kecekapan psikososial (life skills) menangani situasi berisiko, pengurusan
stres, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti seksual,
orientasi seksual, perhubungan, dan kesan buruk rokok, alkohol serta dadah.
5.4 Menengah Atas
Kemahiran kecekapan psikososial menangani situasi berisiko, kestabilan emosi dan
mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, pemerdagangan
manusia, langkah pengawalan dan pencegahan rokok, alkohol serta dadah.
6. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Kesihatan
6.1 Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan
ditambah baik dari semasa ke semasa.
6.2 Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai
satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.
6.3 Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar
sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
6.4 Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula
dengan Tahun 1 KSSR pada tahun 2011. Kurikulum Pendidikan Kesihatan merangkumi
75% elemen PEERS.
7. Hasrat KPM
7.1 Gejala sosial dan salah laku seksual mengakibatkan pelbagai masalah, baik pada
peringkat keluarga, masyarakat mahupun negara. Masyarakat Malaysia perlu
berganding tenaga dalam membanteras gejala sosial. Kita ingin melihat generasi muda
yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa depan terdiri daripada insan
THNING/BPK/PEERS.2014 4
yang sihat sejahtera. Ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara melalui
peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita.
7.2 Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan
masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan
penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya
ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang
sempurna.
7.3 Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita
menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dan singkatannya
ialah PEERS.
7.4 PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah
hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid
memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada
masa kini dan masa depan.
Unit Pendidikan Kesihatan
Sektor Kesenian dan Kesihatan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
01 Mac 2014

More Related Content

What's hot

2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6yunanuar
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Fariz Salim
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4ciktetey
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanHBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanTeacher Nasrah
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 

What's hot (13)

2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan KesihatanHBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 

Similar to Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3sallehuddin misnon
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Kickstory
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Azzam Yusof
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Azmi Ngah
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5DingCS
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Erwin Joseph
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1hanif5339
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolah01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolahPuskesmas Cahu
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2Mohd Riza Ryza
 
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2Cikgu Jumrah
 

Similar to Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (20)

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolah01 buku juknis keswa di sekolah
01 buku juknis keswa di sekolah
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2
 
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
 

Recently uploaded

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 

Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan

  • 1. THNING/BPK/PEERS.2014 1 PPEENDIDIKAN KEESIHATAN RREPRODUKTIF DAN SSOSIAL (PPEEEERRSS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 1. Latar Belakang 1.1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dijalankan melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dalam sistem pendidikan Malaysia. 1.2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan PEERS sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 1.3. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. 1.4. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. 2. Penggunaan Istilah 2.1 “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002). 2.2 “Pendidikan Seksualiti” (2003 – 2005). 2.3 “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006. 2.4 Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita. 3. Konsep dan Objektif 3.1 Konsep dan objektif PEERS merupakan aspek penting yang perlu difahami secara jelas dan mendalam dalam menentukan kerangka serta hala tuju pelaksanaan pendidikan tersebut. 3.2 Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko. 3.3 PEERS memberi kesedaran dan membantu murid : 3.3.1 membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial 3.3.2 menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual
  • 2. THNING/BPK/PEERS.2014 2 3.3.3 membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan. 4. Kandungan PEERS (75%) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan - digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Rajah 1 : Skop Kurikulum Pendidikan Kesihatan 4.1 Kesihatan diri dan reproduktif - aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. 4.2 Penyalahgunaan bahan - kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK. 4.3 Kemahiran pengurusan mental dan emosi - kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. 4.4 Kekeluargaan - kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. 4.5 Perhubungan - kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. 4.6 Pencegahan penyakit - pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. 4.7 Keselamatan - langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. PEERS (75%)  Kesihatan diri dan reproduktif  Penyalahgunaan bahan  Kemahiran pengurusan mental dan emosi  Kekeluargaan  Perhubungan  Pencegahan penyakit  Keselamatan Pemakanan (15%) Pertolongan Cemas (10%)
  • 3. THNING/BPK/PEERS.2014 3 5. Fokus PEERS dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan 5.1 Tahap Satu Sekolah Rendah Perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan. 5.2 Tahap Dua Sekolah Rendah Pengurusan konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual dan kemahiran berkata TIDAK kepada rokok, alkohol serta dadah. 5.3 Menengah Rendah Kemahiran kecekapan psikososial (life skills) menangani situasi berisiko, pengurusan stres, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti seksual, orientasi seksual, perhubungan, dan kesan buruk rokok, alkohol serta dadah. 5.4 Menengah Atas Kemahiran kecekapan psikososial menangani situasi berisiko, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, pemerdagangan manusia, langkah pengawalan dan pencegahan rokok, alkohol serta dadah. 6. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Kesihatan 6.1 Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. 6.2 Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain. 6.3 Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). 6.4 Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 KSSR pada tahun 2011. Kurikulum Pendidikan Kesihatan merangkumi 75% elemen PEERS. 7. Hasrat KPM 7.1 Gejala sosial dan salah laku seksual mengakibatkan pelbagai masalah, baik pada peringkat keluarga, masyarakat mahupun negara. Masyarakat Malaysia perlu berganding tenaga dalam membanteras gejala sosial. Kita ingin melihat generasi muda yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa depan terdiri daripada insan
  • 4. THNING/BPK/PEERS.2014 4 yang sihat sejahtera. Ini adalah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara melalui peningkatan kualiti modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan kita. 7.2 Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. 7.3 Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dan singkatannya ialah PEERS. 7.4 PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan. Unit Pendidikan Kesihatan Sektor Kesenian dan Kesihatan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 01 Mac 2014