SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN SATU
2010
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DRAF
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
TAHUN SATU
PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2010
DRAF
DRAF
KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN v
2. MATLAMAT v
3. OBJEKTIF v
4. FOKUS v
5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
vi
6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU vii
7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM vii
8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN viii
9. PENILAIAN ix
10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 1
DRAF
DRAF
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup
serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan
dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada pendidikan
kesihatan reproduktif dan sosial (75%), pemakanan (15%)
dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam
penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan
terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama
iaitu :
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan.
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
Sosial
(75%)
Pemakanan
(15%)
Pertolongan
Cemas
(10%)
DRAF
DRAF
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,
keselamatan dan pertolongan cemas.
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui
kurikulum Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat
untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap,
nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan
keintiman sesama insan.
Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau
hubungan seks semata-mata. Pendidikan kesihatan
reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek
biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah
amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
Objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah
untuk membantu murid :
(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan
reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan
masyarakat;
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan
keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara
bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
 Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan
penjagaan kesihatan reproduktif.
(ii) Penyalahgunaan bahan
 Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu
rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran
berkata ‘TIDAK’.
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi
 Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
DRAF
DRAF
(iv) Kekeluargaan
 Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,
peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
(v) Perhubungan
 Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta
persahabatan.
(vi) Pencegahan penyakit
 Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
(vii) Keselamatan
 Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam, serta akta
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita.
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah
(35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial
75% 26 waktu = 780 minit
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan
menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan
menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti
bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang
sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi
pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan
standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada
semua murid.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang
ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan
mesti ditaksir. Pendekatan menggunakan standard menuntut
guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian
murid.
DRAF
DRAF
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan
perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi
tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan
penghayatan nilai.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan
Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran :
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir,
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi
penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup
seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait
dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu
Pendidikan Kesihatan.
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk
membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara
kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah
perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman
dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta
komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta
pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk
aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,
simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran
seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina
semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan
ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan
perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang
selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara
nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,
keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,
kejujuran dan kerjasama.
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
menguasai kemahiran berkomunikasi, membina
perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam
menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
DRAF
DRAF
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman
murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur
dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar
murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap
kecerdasan.
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)
adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran kehidupan seharian, memberi
kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang
berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat
manfaat yang maksimum.
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi
dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu
digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran
abad ke-21.
PENILAIAN
1. Kaedah Penilaian
 Pemerhatian dan penilaian berterusan
 Penilaian fizikal secara berkala
 Penilaian hasil kerja
 Senarai semak
 Lisan
2. Kekerapan Penilaian
Penilaian dijalankan sepanjang masa.
3. Ciri-ciri Penilaian
 Penilaian secara menyeluruh
 Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan
pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan
kemahiran, status kesihatan dan amalan harian
 Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan
antara murid
 Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit.
4. Penggunaan Hasil Penilaian
Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan
dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil
penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi
meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki
pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat
sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid,
ibu bapa dan guru lain.
DRAF
DRAF
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1. Menjaga kebersihan tubuh badan;
2. Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat;
3. Mengenali ubat;
4. Mengurus emosi;
5. Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain;
6. Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan;
7. Mencegah jangkitan penyakit berjangkit; dan
8. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
DRAF3
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Kesihatan Diri dan Reproduktif
1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan.
1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri.
1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.
1.1.1 Mengenali bahagian tubuh – kepala, badan, tangan, kaki dan
genital.
1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat.
1.2.1 Memahami kepentingan menjaga kebersihan diri.
1.2.2 Menjaga kebersihan diri – kepala, badan, tangan, kaki dan
genital dengan cara mandi yang betul.
1.2.3 Menjaga kebersihan tangan dan kaki – cara dan masa
mencuci dengan betul.
1.2.4 Menjaga kebersihan kuku tangan dan kaki – cara membersih
dan memotong kuku dengan betul.
1.2.5 Menjaga kesihatan gigi – menggosok gigi dengan cara yang
betul dan mengurangkan makanan yang boleh merosakkan
gigi.
1.2.6 Menjaga kebersihan organ genital – cara dan masa mencuci
organ genital dengan betul.
1.3.1 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri.
1.3.2 Mengelak daripada berkongsi alatan keperluan diri – sikat,
berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan dan minum.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
DRAF4
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Pemakanan
1.4 Mengetahui jenis makanan harian.
1.5 Mengetahui makanan serta minuman yang bersih dan
selamat.
1.4.1 Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat.
1.4.2 Mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai mengikut
waktu makan (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam).
1.5.1 Menentukan ciri-ciri makanan dan minuman yang bersih dan
selamat.
1.5.2 Mengamalkan cara menyimpan makanan dan minuman yang
betul.
1.5.3 Menjelaskan kepentingan makanan dan minuman yang bersih
dan selamat.
1.5.4 Menyedari kepentingan pengambilan air yang cukup.
1.5.5 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang
cukup, bersih dan selamat.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
DRAF5
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Penyalahgunaan Bahan
1.6 Mengetahui pelbagai jenis ubat. 1.6.1 Mengenali pelbagai jenis ubat.
1.6.2 Mengenal pasti tujuan ubat digunakan.
1.6.3 Menyedari bahawa ubat boleh membahayakan kesihatan –
salah guna pengambilan ubat, ubat yang berubah warna,
rasa, bau, rupa, tamat tempoh.
1.6.4 Mematuhi preskripsi doktor apabila mengambil ubat.
1.6.5 Menyedari kepentingan ubat disimpan di tempat yang selamat.
1.6.6 Memberi sebab ubat seseorang tidak selamat untuk orang lain.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
DRAF6
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Pengurusan Mental dan Emosi
2.1 Memahami perasaan.
2.2 Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi.
2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih,
takut, marah dan malu.
2.1.2 Membezakan antara kehendak dan keperluan.
2.2.1 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai mengikut
situasi.
2.2.2 Menyuarakan keperluan dan kehendak diri dengan cara yang
betul.
2.2.3 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa
kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluan emosi.
2.2.4 Mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai di rumah
dan di sekolah.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
DRAF7
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Kekeluargaan
2.3 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga. 2.3.1 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.2 Menyedari peranan ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.3 Menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam
keluarga/penjaga.
2.3.4 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.5 Mengambil maklum ibu bapa, penjaga dan orang dewasa
yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan untuk
mendapat maklumat.
2.3.6 Mengenal pasti ahli dalam rumah.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
DRAF8
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Perhubungan
2.4 Mengetahui perhubungan dengan ibu bapa/penjaga,
ahli keluarga, rakan sebaya dan individu lain.
2.5 Mengetahui buli.
2.4.1 Menjalin hubungan berkekalan dengan ibu bapa, ahli keluarga,
rakan sebaya dan orang lain.
2.4.2 Menetapkan batas hubungan antara diri dengan ibu bapa,
ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.
2.4.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat.
2.4.4 Berkata TIDAK/ JANGAN kepada sentuhan tidak selamat.
2.4.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabila berlaku
sentuhan tidak selamat.
2.4.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dan berkongsi dengan
orang lain.
2.5.1 Mengenal pasti perbuatan buli.
2.5.2 Mengenal pasti pembuli dan mangsa.
2.5.3 Bertindak dengan cara yang betul untuk menghadapi dan
menangani buli.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
9
SULIT
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Penyakit
3.1 Mengetahui kuman.
3.2 Mengetahui penyakit berjangkit
- penyakit kulit
- penyakit tangan, kaki dan mulut
- demam selesema
- jangkitan cacing.
3.1.1 Menyedari kuman organisma yang berbahaya.
3.1.2 Menceritakan cara kuman merebak.
3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman merebak.
3.1.4 Menyedari kepentingan mencegah kuman.
3.2.1 Mengenali penyakit berjangkit.
3.2.2 Menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.
3.2.3 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri kepada
orang lain dan sebaliknya.
3.2.4 Menunjuk cara meminta bantuan jika terdapat masalah
kesihatan daripada orang yang boleh dipercayai.
3.2.5 Mengamalkan kebersihan diri.
SULIT Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah
TAHUN SATU
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN
SULIT10
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Keselamatan
3.3 Mengetahui keselamatan diri di rumah, sekolah, taman
permainan dan tempat awam.
3.3.1 Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri
serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau
penjaga.
3.3.2 Mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali.
3.3.3 Mengenal pasti beberapa situasi tidak selamat di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam.
3.3.4 Menyenaraikan barangan keperluan rumah yang berbahaya
jika disentuh, ditelan, atau dihidu.
3.3.5 Memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika terjumpa
alat-alat berbahaya.
3.3.6 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu
ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan
kecemasan.
3.3.7 Menunjukkan cara meminta bantuan semasa berlaku
kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan.

More Related Content

What's hot

Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANshi3yda
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHananie Halim
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 

What's hot (10)

Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsr
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 

Similar to 3 dokumen standard pk kssr tahun 1

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Kickstory
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3sallehuddin misnon
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Azzam Yusof
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Azmi Ngah
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5DingCS
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Erwin Joseph
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmNas Lin
 
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.pptnzaheira80
 
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013CIKGU AHMAD
 

Similar to 3 dokumen standard pk kssr tahun 1 (20)

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dokumen standard pk
Dokumen standard pkDokumen standard pk
Dokumen standard pk
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsm
 
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
3. kurikulum pendidikan kesihatan.ppt
 
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik   feb 2013
Dsp p kesihatan tahun 2 tambahbaik feb 2013
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 

More from Vijaen Cool

Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...
Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...
Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...Vijaen Cool
 
Pengenalan program i think sjkt tamil vijaen
Pengenalan program i think sjkt tamil vijaenPengenalan program i think sjkt tamil vijaen
Pengenalan program i think sjkt tamil vijaenVijaen Cool
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaen
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaenTakwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaen
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaenVijaen Cool
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)Vijaen Cool
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)Vijaen Cool
 
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015Vijaen Cool
 
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015Vijaen Cool
 
Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)
Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)
Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)Vijaen Cool
 
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Vijaen Cool
 
Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2
Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2
Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2Vijaen Cool
 
11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)Vijaen Cool
 
Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3
Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3
Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3Vijaen Cool
 
4 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 3
4 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 34 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 3
4 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 3Vijaen Cool
 
2 dokumen standard pj kssr tahun 1
2 dokumen standard pj kssr tahun 12 dokumen standard pj kssr tahun 1
2 dokumen standard pj kssr tahun 1Vijaen Cool
 
1 dokumen standard kssr matematik tahun 1 sjkt
1 dokumen standard kssr matematik tahun 1  sjkt1 dokumen standard kssr matematik tahun 1  sjkt
1 dokumen standard kssr matematik tahun 1 sjktVijaen Cool
 
Modul pengajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pengajaran tmk tahun 3 sjktModul pengajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pengajaran tmk tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Modul pembelajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pembelajaran tmk tahun 3 sjktModul pembelajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pembelajaran tmk tahun 3 sjktVijaen Cool
 

More from Vijaen Cool (20)

Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...
Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...
Borang Permohonan BPDGA32 Urusan 2015 PELAKSANAAN PENGISIAN PEGAWAI PERKHIDMA...
 
Pengenalan program i think sjkt tamil vijaen
Pengenalan program i think sjkt tamil vijaenPengenalan program i think sjkt tamil vijaen
Pengenalan program i think sjkt tamil vijaen
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaen
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaenTakwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaen
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 vijaen
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final(1)
 
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015
 
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015Minggu & hari  persekolahan sjkt serdang 2015
Minggu & hari persekolahan sjkt serdang 2015
 
Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)
Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)
Takwim sekolah sjkt serdang 2015(new)
 
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
Panduan pengajaran-pend-kesihatan-thn-2
 
Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2
Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2
Panduan pengajaran-pend-jasmani-thn-2
 
11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
11 dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
 
Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3
Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3
Panduan pengajaran-pendidikan-jasmani-tahun-3
 
5 dsv ds t3
5 dsv ds t35 dsv ds t3
5 dsv ds t3
 
4 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 3
4 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 34 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 3
4 dokumen standard dunia sains dan teknologi sjkt tahun 3
 
2 dokumen standard pj kssr tahun 1
2 dokumen standard pj kssr tahun 12 dokumen standard pj kssr tahun 1
2 dokumen standard pj kssr tahun 1
 
1 dokumen standard kssr matematik tahun 1 sjkt
1 dokumen standard kssr matematik tahun 1  sjkt1 dokumen standard kssr matematik tahun 1  sjkt
1 dokumen standard kssr matematik tahun 1 sjkt
 
Modul pengajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pengajaran tmk tahun 3 sjktModul pengajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pengajaran tmk tahun 3 sjkt
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Modul pembelajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pembelajaran tmk tahun 3 sjktModul pembelajaran tmk tahun 3 sjkt
Modul pembelajaran tmk tahun 3 sjkt
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 

3 dokumen standard pk kssr tahun 1

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 2010 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DRAF
  • 2. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 2010
  • 3. DRAF DRAF KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN v 2. MATLAMAT v 3. OBJEKTIF v 4. FOKUS v 5. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN vi 6. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU vii 7. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM vii 8. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN viii 9. PENILAIAN ix 10. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU 1
  • 4. DRAF DRAF PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. FOKUS Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu : Modul 1 : Kesihatan Fizikal Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (75%) Pemakanan (15%) Pertolongan Cemas (10%)
  • 5. DRAF DRAF Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. Pendidikan ini bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. Pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Objektif Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial adalah untuk membantu murid : (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat; (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial merangkumi : (i) Kesihatan diri dan reproduktif  Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. (ii) Penyalahgunaan bahan  Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata ‘TIDAK’. (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi  Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
  • 6. DRAF DRAF (iv) Kekeluargaan  Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. (v) Perhubungan  Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. (vi) Pencegahan penyakit  Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. (vii) Keselamatan  Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun) Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial 75% 26 waktu = 780 minit Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit ORGANISASI STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan mesti ditaksir. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.
  • 7. DRAF DRAF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran : 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
  • 8. DRAF DRAF 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasan. 7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21. PENILAIAN 1. Kaedah Penilaian  Pemerhatian dan penilaian berterusan  Penilaian fizikal secara berkala  Penilaian hasil kerja  Senarai semak  Lisan 2. Kekerapan Penilaian Penilaian dijalankan sepanjang masa. 3. Ciri-ciri Penilaian  Penilaian secara menyeluruh  Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian  Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid  Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit. 4. Penggunaan Hasil Penilaian Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
  • 9. DRAF DRAF OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1. Menjaga kebersihan tubuh badan; 2. Mengambil makanan dan minuman yang cukup, bersih serta selamat; 3. Mengenali ubat; 4. Mengurus emosi; 5. Menghormati diri, ibu bapa, ahli keluarga dan orang lain; 6. Menjalin perhubungan yang sihat dan berkekalan; 7. Mencegah jangkitan penyakit berjangkit; dan 8. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
  • 10. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL DRAF3 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Kesihatan Diri dan Reproduktif 1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan. 1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri. 1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri. 1.1.1 Mengenali bahagian tubuh – kepala, badan, tangan, kaki dan genital. 1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat. 1.2.1 Memahami kepentingan menjaga kebersihan diri. 1.2.2 Menjaga kebersihan diri – kepala, badan, tangan, kaki dan genital dengan cara mandi yang betul. 1.2.3 Menjaga kebersihan tangan dan kaki – cara dan masa mencuci dengan betul. 1.2.4 Menjaga kebersihan kuku tangan dan kaki – cara membersih dan memotong kuku dengan betul. 1.2.5 Menjaga kesihatan gigi – menggosok gigi dengan cara yang betul dan mengurangkan makanan yang boleh merosakkan gigi. 1.2.6 Menjaga kebersihan organ genital – cara dan masa mencuci organ genital dengan betul. 1.3.1 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri. 1.3.2 Mengelak daripada berkongsi alatan keperluan diri – sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan makan dan minum.
  • 11. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL DRAF4 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Pemakanan 1.4 Mengetahui jenis makanan harian. 1.5 Mengetahui makanan serta minuman yang bersih dan selamat. 1.4.1 Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat. 1.4.2 Mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai mengikut waktu makan (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam). 1.5.1 Menentukan ciri-ciri makanan dan minuman yang bersih dan selamat. 1.5.2 Mengamalkan cara menyimpan makanan dan minuman yang betul. 1.5.3 Menjelaskan kepentingan makanan dan minuman yang bersih dan selamat. 1.5.4 Menyedari kepentingan pengambilan air yang cukup. 1.5.5 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang cukup, bersih dan selamat.
  • 12. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL DRAF5 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Penyalahgunaan Bahan 1.6 Mengetahui pelbagai jenis ubat. 1.6.1 Mengenali pelbagai jenis ubat. 1.6.2 Mengenal pasti tujuan ubat digunakan. 1.6.3 Menyedari bahawa ubat boleh membahayakan kesihatan – salah guna pengambilan ubat, ubat yang berubah warna, rasa, bau, rupa, tamat tempoh. 1.6.4 Mematuhi preskripsi doktor apabila mengambil ubat. 1.6.5 Menyedari kepentingan ubat disimpan di tempat yang selamat. 1.6.6 Memberi sebab ubat seseorang tidak selamat untuk orang lain.
  • 13. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL DRAF6 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Pengurusan Mental dan Emosi 2.1 Memahami perasaan. 2.2 Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi. 2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu. 2.1.2 Membezakan antara kehendak dan keperluan. 2.2.1 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai mengikut situasi. 2.2.2 Menyuarakan keperluan dan kehendak diri dengan cara yang betul. 2.2.3 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluan emosi. 2.2.4 Mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai di rumah dan di sekolah.
  • 14. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL DRAF7 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Kekeluargaan 2.3 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga. 2.3.1 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga. 2.3.2 Menyedari peranan ahli dalam keluarga/penjaga. 2.3.3 Menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalam keluarga/penjaga. 2.3.4 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam keluarga/penjaga. 2.3.5 Mengambil maklum ibu bapa, penjaga dan orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan untuk mendapat maklumat. 2.3.6 Mengenal pasti ahli dalam rumah.
  • 15. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL DRAF8 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Perhubungan 2.4 Mengetahui perhubungan dengan ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan individu lain. 2.5 Mengetahui buli. 2.4.1 Menjalin hubungan berkekalan dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain. 2.4.2 Menetapkan batas hubungan antara diri dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain. 2.4.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat. 2.4.4 Berkata TIDAK/ JANGAN kepada sentuhan tidak selamat. 2.4.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabila berlaku sentuhan tidak selamat. 2.4.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dan berkongsi dengan orang lain. 2.5.1 Mengenal pasti perbuatan buli. 2.5.2 Mengenal pasti pembuli dan mangsa. 2.5.3 Bertindak dengan cara yang betul untuk menghadapi dan menangani buli.
  • 16. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN SATU MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 9 SULIT STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Penyakit 3.1 Mengetahui kuman. 3.2 Mengetahui penyakit berjangkit - penyakit kulit - penyakit tangan, kaki dan mulut - demam selesema - jangkitan cacing. 3.1.1 Menyedari kuman organisma yang berbahaya. 3.1.2 Menceritakan cara kuman merebak. 3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman merebak. 3.1.4 Menyedari kepentingan mencegah kuman. 3.2.1 Mengenali penyakit berjangkit. 3.2.2 Menceritakan cara penyakit berjangkit merebak. 3.2.3 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri kepada orang lain dan sebaliknya. 3.2.4 Menunjuk cara meminta bantuan jika terdapat masalah kesihatan daripada orang yang boleh dipercayai. 3.2.5 Mengamalkan kebersihan diri.
  • 17. SULIT Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah TAHUN SATU MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN SULIT10 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Keselamatan 3.3 Mengetahui keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. 3.3.1 Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga. 3.3.2 Mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali. 3.3.3 Mengenal pasti beberapa situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. 3.3.4 Menyenaraikan barangan keperluan rumah yang berbahaya jika disentuh, ditelan, atau dihidu. 3.3.5 Memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika terjumpa alat-alat berbahaya. 3.3.6 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan. 3.3.7 Menunjukkan cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan.