SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 
PENDIDIKAN KESIHATAN 
TAHUN TIGA 
2012 
DRAF
DOKUMEN STANDARD 
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH 
(KSSR) 
MODUL TERAS ASAS 
PENDIDIKAN KESIHATAN 
TAHUN 3 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2012 
© Kementerian Pelajaran Malaysia 
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam 
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum 
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, 
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN Muka Surat 
1. RUKUN NEGARA v 
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi 
3. PENDAHULUAN 1 
4. MATLAMAT 1 
5. OBJEKTIF 1 
6. FOKUS 1 
7. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 2 
8. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3 
9. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3 
10. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 
11. PENILAIAN 5 
12. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 6 
13. MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL 7 
14. MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 11 
15. MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN 13 
iii
RUKUN NEGARA 
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita 
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam 
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu 
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang 
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat 
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin 
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi 
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; 
membina satu masyarakat progresif yang akan 
menggunakan sains dan teknologi moden; 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan 
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita 
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: 
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN 
v
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha 
berterusan ke arah lebih memperkembangkan 
potensi individu secara menyeluruh dan 
bersepadu untuk melahirkan insan yang 
seimbang dan harmonis dari segi intelek, 
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan 
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan 
warganegara Malaysia yang berilmu 
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak 
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan 
mencapai kesejahteraan diri serta 
memberikan sumbangan terhadap 
keharmonian dan kemakmuran keluarga, 
masyarakat dan negara. 
vi
PENDAHULUAN 
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan 
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara 
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi 
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik 
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek 
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan 
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat 
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. 
MATLAMAT 
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal 
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran 
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat 
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup 
serta jangka hayat panjang yang berkualiti. 
OBJEKTIF 
Murid boleh : 
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan 
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; 
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan 
dan penyakit; dan 
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani 
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. 
FOKUS 
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan 
Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), 
pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan 
untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan 
Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. 
Pendidikan Kesihatan 
Reproduktif dan 
Sosial (PEERS) 
(75%) 
Pertolongan 
Cemas 
(10%) 
Pemakanan 
(15%) 
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan 
terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan 
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama 
iaitu : 
Modul 1 : Kesihatan Fizikal 
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta 
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus 
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan 
penyalahgunaan bahan. 
1
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial 
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi 
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan 
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental 
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. 
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran 
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan 
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, 
keselamatan dan pertolongan cemas. 
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL 
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN 
KESIHATAN 
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar 
melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah 
satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan 
dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap 
identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. 
PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau 
hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi 
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal 
dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat 
dalam kehidupan. 
Objektif PEERS adalah untuk membantu murid : 
(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan 
reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan 
masyarakat 
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya 
murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan 
keluarga sebagai institusi asas manusia serta 
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi 
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan 
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara 
bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan 
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. 
PEERS merangkumi : 
(i) Kesihatan diri dan reproduktif 
ƒ Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, 
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, 
dan penjagaan kesihatan reproduktif. 
(ii) Penyalahgunaan bahan 
ƒ Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu 
rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran 
berkata TIDAK. 
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi 
ƒ Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, 
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. 
2
(iv) Kekeluargaan 
ƒ Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, 
peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. 
(v) Perhubungan 
ƒ Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran 
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta 
persahabatan. 
(vi) Pencegahan penyakit 
ƒ Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan 
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, 
genetik, keturunan dan mental. 
(vii) Keselamatan 
ƒ Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, 
taman permainan dan tempat awam, serta akta 
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, 
termasuk kemahiran mengelak diri daripada 
ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang 
perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman 
serta kecemasan. 
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah 
(35 waktu setahun) 
Pendidikan Kesihatan 
Reproduktif dan Sosial 
(PEERS) 
75% 26 waktu = 780 minit 
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit 
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit 
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan 
menetapkan Standard Kandungan dan Standard 
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama 
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti 
bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang 
sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi 
pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan 
standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada 
semua murid. 
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik 
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan 
dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan 
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 
3
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria 
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang 
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard 
yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh 
murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. 
Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk 
lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan 
Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan 
perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari 
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, 
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu 
memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan 
dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan 
penghayatan nilai. 
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan 
Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam 
pengajaran dan pembelajaran : 
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang 
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur 
ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui 
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, 
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi 
penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran 
daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup 
seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung 
kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran 
disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk 
membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan 
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. 
Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara 
kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan 
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah 
perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman 
dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta 
komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta 
pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. 
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk 
aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, 
simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran 
seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk 
melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina 
semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan 
ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan 
perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang 
selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara 
nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, 
keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, 
kejujuran dan kerjasama. 
4
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan 
oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk 
menguasai kemahiran berkomunikasi, membina 
perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, 
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam 
menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman 
murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur 
dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar 
murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam 
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang 
berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap 
kecerdasan. 
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) 
adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi 
permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi 
kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang 
berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. 
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka 
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat 
manfaat yang maksimum. 
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti 
Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi 
dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu 
digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran 
abad ke-21. 
PENILAIAN 
1. Kaedah Penilaian 
ƒ Pemerhatian dan penilaian berterusan 
ƒ Penilaian fizikal secara berkala 
ƒ Penilaian hasil kerja 
ƒ Senarai semak 
ƒ Lisan 
2. Kekerapan Penilaian 
Penilaian dijalankan sepanjang masa. 
3. Ciri-ciri Penilaian 
ƒ Penilaian secara menyeluruh 
ƒ Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan 
pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan 
kemahiran, status kesihatan dan amalan harian 
ƒ Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan 
antara murid 
ƒ Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit. 
4. Penggunaan Hasil Penilaian 
Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan 
dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil 
penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi 
meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki 
pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat 
sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, 
ibu bapa dan guru lain. 
5
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 
1. Menjaga kebersihan anggota seksual dan kehormatan diri; 
2. Mengetahui batas sentuhan dan cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat; 
3. Memilih makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan dan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti; 
4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok; 
5. Mengetahui keistimewaan diri sendiri dan cara meningkatkan penghargaan kendiri menerusi amalan positif; 
6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang 
mengalami masalah kesihatan; 
7. Mengetahui cara menangani konflik antara adik beradik dan rakan sebaya serta menghargai persahabatan; 
8. Mencegah penyakit bawaan nyamuk daripada merebak; 
9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; dan 
10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan. 
6
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
7 
Kesihatan Diri dan Reproduktif 
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta 
perkembangan fizikal yang sihat. 
1.1.1 Menyatakan anggota seksual seperti bibir, payu dara, 
punggung dan genital. 
1.1.2 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan anggota 
seksual. 
1.1.3 Menyatakan cara menjaga kebersihan anggota seksual. 
1.1.4 Mengamalkan penjagaan kebersihan anggota seksual 
dalam kehidupan harian. 
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk 
menangani pengaruh dalaman serta luaran yang 
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. 
1.2.1 Menyatakan batas sentuhan pada anggota seksual. 
1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
8 
Pemakanan 
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat 
serta selamat. 
1.3.1 Mengenal pasti kumpulan zat makanan seperti 
karbohidrat, protein, lemak dan vitamin. 
1.3.2 Memilih jenis makanan mengikut waktu makan harian. 
1.3.3 Memilih makanan yang sesuai antara waktu makan 
harian iaitu minum pagi, minum petang dan makan lewat 
malam. 
1.3.4 Mengamalkan pemakanan yang sihat dengan 
mengurangkan pengambilan gula, garam dan lemak. 
1.3.5 Menyatakan kesan pengambilan makanan dalam kuantiti 
berlebihan atau berkurangan . 
1.3.6 Menyatakan kesan obesiti terhadap kesihatan diri.
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
Penyalahgunaan Bahan 
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan 
serta berkemahiran menangani situasi berisiko 
terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 
1.4.1 Mengenal pasti bahan tembakau selain daripada rokok 
iaitu rokok daun, cerut dan paip. 
1.4.2 Menyatakan kandungan bahan berbahaya yang terdapat 
dalam rokok. 
1.4.3 Menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan dan 
persekitaran. 
1.4.4 Berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan 
rokok. 
9
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
Pengurusan Mental dan Emosi 
2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara 
mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental 
dalam kehidupan harian. 
2.1.1 Menyatakan maksud penghargaan kendiri. 
2.1.2 Menyatakan keistimewaan diri sendiri. 
2.1.3 Menyatakan cara meningkatkan penghargaan kendiri 
melalui amalan positif. 
Kekeluargaan 
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta 
kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek 
kesihatan keluarga. 
2.2.1 Menyatakan kepentingan mengeratkan hubungan 
kekeluargaan. 
2.2.2 Menyatakan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
2.2.3 Menyatakan peranan keluarga dalam memberi sokongan 
kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan. 
11
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
Perhubungan 
2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal 
dan komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. 
2.3.1 Menyatakan konflik yang berlaku antara adik beradik dan 
rakan sebaya. 
2.3.2 Menyatakan cara menangani konflik. 
2.3.3 Menyatakan kepentingan hubungan persahabatan yang 
sihat. 
2.3.4 Menyatakan cara menghargai persahabatan. 
2.3.5 Mengamalkan aktiviti sihat bersama rakan. 
12
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
Penyakit 
3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta 
mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. 
3.1.1 Menyatakan penyakit bawaan nyamuk iaitu demam 
denggi dan demam malaria. 
3.1.2 Mengenal pasti gejala dan tanda demam denggi serta 
demam malaria. 
3.1.3 Mengenal pasti cara demam denggi dan demam malaria 
merebak. 
3.1.4 Menyatakan cara mencegah demam denggi dan demam 
malaria. 
Keselamatan 
3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan 
mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial 
dalam kehidupan harian. 
3.2.1 Mengenal pasti situasi yang boleh mengancam 
keselamatan diri. 
3.2.2 Menyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri. 
3.2.3 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika 
berlaku ancaman terhadap keselamatan diri. 
3.2.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di 
rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. 
13
DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 
Pertolongan Cemas 
3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan 
bertindak dengan bijak mengikut situasi. 
3.3.1 Mengenal pasti situasi kecemasan. 
3.3.2 Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan yang sering 
berlaku. 
3.3.3 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika 
berlaku kecemasan dan kecederaan. 
14
Terbitan: 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
Aras 4-8, Blok E9 
Kompleks Kerajaan Parcel E 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62604 PUTRAJAYA 
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015akwan_0105
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)nzaheira80
 
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2Azian Sabli
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 21.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 2marshiza
 
118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom
118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom
118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahromNur Ismail
 
4. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 1
4. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 14. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 1
4. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 1Razah Dollah
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5Safiah Sulaiman
 
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Cikgu Jumrah
 
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Razah Dollah
 
Rph pendidikan kesihatan thn 4 kekeluargaan
Rph pendidikan kesihatan thn 4  kekeluargaanRph pendidikan kesihatan thn 4  kekeluargaan
Rph pendidikan kesihatan thn 4 kekeluargaanLisnah Morin
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 

What's hot (15)

RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
RPT PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 2015
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
 
Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015Rpt (pk) thn 5 2015
Rpt (pk) thn 5 2015
 
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
Rpt pendidikan kesihatan 5 v2
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 21.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
 
118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom
118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom
118379581 rpt-pendidikan-kesihatan-tahun-3-kssr-by-c ikgu-sahrom
 
notes-rph-pjk
notes-rph-pjknotes-rph-pjk
notes-rph-pjk
 
4. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 1
4. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 14. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 1
4. dskp pendidikan kesihatan tahun 5 terkini 1
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
 
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
 
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
 
Rph pendidikan kesihatan thn 4 kekeluargaan
Rph pendidikan kesihatan thn 4  kekeluargaanRph pendidikan kesihatan thn 4  kekeluargaan
Rph pendidikan kesihatan thn 4 kekeluargaan
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 

Similar to Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3

Ds pk thn 3
Ds pk thn 3Ds pk thn 3
Ds pk thn 3SKPA_2
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6yunanuar
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4ciktetey
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Erwin Joseph
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Fariz Salim
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Azzam Yusof
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Azmi Ngah
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5DingCS
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 

Similar to Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3 (20)

Ds pk thn 3
Ds pk thn 3Ds pk thn 3
Ds pk thn 3
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp kssr pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013Draf dskp tahun 4 2013
Draf dskp tahun 4 2013
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
Dskp pendidikan kesihatan kssr t5
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 

Recently uploaded

Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 

Recently uploaded (20)

Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 

Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 2012 DRAF
  • 2.
  • 3. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. Cetakan Pertama 2012 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. KANDUNGAN Muka Surat 1. RUKUN NEGARA v 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi 3. PENDAHULUAN 1 4. MATLAMAT 1 5. OBJEKTIF 1 6. FOKUS 1 7. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 2 8. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3 9. ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3 10. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 11. PENILAIAN 5 12. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA 6 13. MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL 7 14. MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 11 15. MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN 13 iii
  • 6.
  • 7. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
  • 8. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. vi
  • 9. PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. FOKUS Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) (75%) Pertolongan Cemas (10%) Pemakanan (15%) Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu : Modul 1 : Kesihatan Fizikal Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. 1
  • 10. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Objektif PEERS adalah untuk membantu murid : (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. PEERS merangkumi : (i) Kesihatan diri dan reproduktif ƒ Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. (ii) Penyalahgunaan bahan ƒ Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK. (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi ƒ Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. 2
  • 11. (iv) Kekeluargaan ƒ Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. (v) Perhubungan ƒ Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. (vi) Pencegahan penyakit ƒ Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. (vii) Keselamatan ƒ Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun) Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) 75% 26 waktu = 780 minit Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit ORGANISASI STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3
  • 12. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran : 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup seharian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. 4
  • 13. 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasan. 7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21. PENILAIAN 1. Kaedah Penilaian ƒ Pemerhatian dan penilaian berterusan ƒ Penilaian fizikal secara berkala ƒ Penilaian hasil kerja ƒ Senarai semak ƒ Lisan 2. Kekerapan Penilaian Penilaian dijalankan sepanjang masa. 3. Ciri-ciri Penilaian ƒ Penilaian secara menyeluruh ƒ Perkara yang dinilai merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap, penguasaan kemahiran, status kesihatan dan amalan harian ƒ Criterion-based evaluation dan bukan perbandingan antara murid ƒ Proses dan kaedah penilaian tidak terlalu rumit. 4. Penggunaan Hasil Penilaian Penilaian Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah. Hasil penilaian digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. 5
  • 14. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1. Menjaga kebersihan anggota seksual dan kehormatan diri; 2. Mengetahui batas sentuhan dan cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat; 3. Memilih makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan dan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti; 4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok; 5. Mengetahui keistimewaan diri sendiri dan cara meningkatkan penghargaan kendiri menerusi amalan positif; 6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan; 7. Mengetahui cara menangani konflik antara adik beradik dan rakan sebaya serta menghargai persahabatan; 8. Mencegah penyakit bawaan nyamuk daripada merebak; 9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; dan 10. Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan. 6
  • 15. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 7 Kesihatan Diri dan Reproduktif 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. 1.1.1 Menyatakan anggota seksual seperti bibir, payu dara, punggung dan genital. 1.1.2 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual. 1.1.3 Menyatakan cara menjaga kebersihan anggota seksual. 1.1.4 Mengamalkan penjagaan kebersihan anggota seksual dalam kehidupan harian. 1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. 1.2.1 Menyatakan batas sentuhan pada anggota seksual. 1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
  • 16. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 8 Pemakanan 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat. 1.3.1 Mengenal pasti kumpulan zat makanan seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin. 1.3.2 Memilih jenis makanan mengikut waktu makan harian. 1.3.3 Memilih makanan yang sesuai antara waktu makan harian iaitu minum pagi, minum petang dan makan lewat malam. 1.3.4 Mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam dan lemak. 1.3.5 Menyatakan kesan pengambilan makanan dalam kuantiti berlebihan atau berkurangan . 1.3.6 Menyatakan kesan obesiti terhadap kesihatan diri.
  • 17. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Penyalahgunaan Bahan 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 1.4.1 Mengenal pasti bahan tembakau selain daripada rokok iaitu rokok daun, cerut dan paip. 1.4.2 Menyatakan kandungan bahan berbahaya yang terdapat dalam rokok. 1.4.3 Menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan dan persekitaran. 1.4.4 Berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok. 9
  • 18.
  • 19. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Pengurusan Mental dan Emosi 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian. 2.1.1 Menyatakan maksud penghargaan kendiri. 2.1.2 Menyatakan keistimewaan diri sendiri. 2.1.3 Menyatakan cara meningkatkan penghargaan kendiri melalui amalan positif. Kekeluargaan 2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. 2.2.1 Menyatakan kepentingan mengeratkan hubungan kekeluargaan. 2.2.2 Menyatakan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan. 2.2.3 Menyatakan peranan keluarga dalam memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan. 11
  • 20. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Perhubungan 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. 2.3.1 Menyatakan konflik yang berlaku antara adik beradik dan rakan sebaya. 2.3.2 Menyatakan cara menangani konflik. 2.3.3 Menyatakan kepentingan hubungan persahabatan yang sihat. 2.3.4 Menyatakan cara menghargai persahabatan. 2.3.5 Mengamalkan aktiviti sihat bersama rakan. 12
  • 21. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Penyakit 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. 3.1.1 Menyatakan penyakit bawaan nyamuk iaitu demam denggi dan demam malaria. 3.1.2 Mengenal pasti gejala dan tanda demam denggi serta demam malaria. 3.1.3 Mengenal pasti cara demam denggi dan demam malaria merebak. 3.1.4 Menyatakan cara mencegah demam denggi dan demam malaria. Keselamatan 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian. 3.2.1 Mengenal pasti situasi yang boleh mengancam keselamatan diri. 3.2.2 Menyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri. 3.2.3 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku ancaman terhadap keselamatan diri. 3.2.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam. 13
  • 22. DRAF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Pertolongan Cemas 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. 3.3.1 Mengenal pasti situasi kecemasan. 3.3.2 Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku. 3.3.3 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku kecemasan dan kecederaan. 14
  • 23.
  • 24. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk