SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN KESIHATAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
TAHUN EMPAT
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN EMPAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran
negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
DRAF
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
FOKUS 1
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
2
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 5
PENTAKSIRAN 6
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT 9
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 11
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 15
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 18
DRAF
DRAF
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup
serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan
dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),
pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan
untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan
terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama
iaitu :
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan.
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
Sosial (PEERS)
(75%)
Pemakanan
(15%)
Pertolongan
Cemas
(10%)
1
DRAF
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,
keselamatan dan pertolongan cemas.
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN
KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar
melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah
satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan
dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap
identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.
PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau
hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal
dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat
dalam kehidupan.
Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :
(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan
reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan
masyarakat;
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan
keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara
bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.
PEERS merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
 Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,
dan penjagaan kesihatan reproduktif.
(ii) Penyalahgunaan bahan
 Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu
rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran
berkata TIDAK.
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi
 Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
2
DRAF
(iv) Kekeluargaan
 Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,
peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
(v) Perhubungan
 Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta
persahabatan.
(vi) Pencegahan penyakit
 Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
(vii) Keselamatan
 Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam, serta akta
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,
termasuk kemahiran mengelak diri daripada
ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang
perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman
serta kecemasan.
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah
(35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial
(PEERS)
75% 26 waktu = 780 minit
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan
menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti
bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang
sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi
pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan
standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada
semua murid.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
3
DRAF
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard
yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh
murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru.
Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk
lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan
perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu
memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan
dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan
penghayatan nilai.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan
Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran :
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir,
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi
penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup
harian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait
dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin
ilmu Pendidikan Kesihatan.
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk
membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara
kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah
perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman
dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta
komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta
pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk
aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,
simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran
seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina
semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan
ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan
perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang
selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara
nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,
keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,
kejujuran dan kerjasama.
4
DRAF
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
menguasai kemahiran berkomunikasi, membina
perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam
menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman
murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur
dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar
murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap
kecerdasan.
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)
adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi
kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang
berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat
manfaat yang maksimum.
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi
dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu
digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran
abad ke-21.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid
yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran
berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.
Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan enam aspirasi yang
diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada
peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak
tahun 1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini
menekan kepada pemikiran dari aras rendah hingga aras
tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum
mata pelajaran.
5
DRAF
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
dan nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, dan nilai serta
memberi justifikasi
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian
masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan
alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking
Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar
bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam Pendidikan Kesihatan dirancang dan
dikendalikan oleh guru pada peringkat sekolah. Perkara yang
ditaksir merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan
sikap dan nilai, penguasaan kemahiran, status kesihatan
serta amalan harian. Hasil pentaksiran digunakan untuk
tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan
memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan dibuat pada
peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada
murid, ibu bapa dan guru lain.
Standard Prestasi
Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk
menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi mengandungi enam tahap penguasaan
yang disusun secara hirarki dari pencapaian terendah hingga
pencapaian tertinggi. Setiap pernyataan tahap penguasaan
ditafsir secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi
gambaran holistik tentang pencapaian murid.
6
DRAF
Tafsiran umum pernyataan tahap penguasaan adalah
seperti yang berikut :
Tafsiran pernyataaan Standard Prestasi bagi Pendidikan
Kesihatan adalah seperti yang berikut :
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
1 Mempunyai pengetahuan tentang asas
kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
persekitaran.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial dan persekitaran.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi.
3 Memahami kepentingan dan boleh
mengurus penjagaan diri, pengurusan
mental, emosi dan sosial, serta kesihatan
dan keselamatan diri.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur
atau secara sistematik.
4 Memperkembangkan aspek penjagaan diri
serta pengurusan mental, emosi dan sosial
terhadap keluarga dan masyarakat.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
pada situasi baharu, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal
dan bersikap positif.
5 Mempunyai kemahiran kecekapan
psikososial dalam mengurus hidup secara
positif dan sihat.
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif serta
boleh dicontohi.
6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan
untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran kehidupan harian, meningkatkan
literasi kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
7
DRAF
DRAF
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam;
2. Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi negatif
untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri;
3. Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia;
4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol;
5. Memilih cara mengurus konflik dan stres;
6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial;
7. Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan yang
sesuai dalam pelbagai situasi;
8. Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes;
9. Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan
10. Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu
mula untuk kecederaan ringan.
9
DRAF
DRAF
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.1 Mengetahui
dan
memahami
pertumbuhan
serta
perkembangan
fizikal yang
sihat.
1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh.
1.1.2 Menyatakan tanda-tanda akil baligh
bagi lelaki dan perempuan.
1.1.3 Menyatakan perubahan fizikal lelaki
dan perempuan apabila akil baligh.
1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran haid.
1.1.5 Menjelaskan tiada gangguan aktiviti
harian semasa haid.
1.1.6 Menjelaskan cara pengurusan diri
apabila mengalami haid dan ihtilam.
1.1.7 Mengenal pasti perubahan yang
mungkin dialami semasa haid.
1 Menyatakan maksud akil baligh.
2 Menceritakan tanda-tanda dan perubahan
fizikal apabila akil baligh.
3 Menghitung tempoh kitaran haid dan
menjelaskan dengan contoh cara mengurus
diri semasa mengalami haid serta ihtilam.
4 Menjelaskan melalui contoh perubahan yang
mungkin dialami semasa haid dan perubahan
tersebut tidak mengganggu aktiviti harian.
5 Memilih dan mengamalkan cara pengurusan
diri yang betul semasa akil baligh.
6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain
tentang cara pengurusan diri yang betul
semasa akil baligh.
11
DRAF
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.2 Mendemonstrasi
keupayaan dan
kemahiran untuk
menangani
pengaruh
dalaman serta
luaran yang
mempengaruhi
kesihatan diri
dan reproduktif.
1.2.1 Menyatakan cara menghargai
perubahan fizikal pada diri sendiri.
1.2.2 Menyatakan cara menghormati
perubahan fizikal individu lain.
1.2.3 Menyatakan cara menangani
pelbagai situasi negatif terhadap
perubahan fizikal pada diri sendiri,
rakan dan keluarga.
1.2.4 Menyatakan batas sentuhan untuk
menjaga keselamatan dan
kehormatan diri.
1 Memberi contoh perubahan fizikal pada diri
sendiri.
2 Menjelaskan cara menghargai perubahan
fizikal pada diri sendiri dan cara menghormati
perubahan fizikal individu lain.
3 Melakar dan menjelaskan perubahan fizikal
pada diri sendiri serta individu lain, dan
memberi contoh batas sentuhan.
4 Menjelaskan melalui contoh cara menangani
pelbagai situasi negatif terhadap perubahan
fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga.
5 Mewajarkan batas sentuhan untuk menjaga
keselamatan dan kehormatan diri.
6 Mencadangkan cara menangani pelbagai
situasi negatif kepada orang lain untuk
menjaga keselamatan dan kehormatan diri.
12
DRAF
PEMAKANAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.3 Mengetahui dan
mengamalkan
pemakanan
yang sihat serta
selamat.
1.3.1 Melakar dan melabel Piramid
Makanan Malaysia.
1.3.2 Mengenal pasti kumpulan
makanan mengikut aras Piramid
Makanan Malaysia.
1.3.3 Menyatakan kepentingan
pengambilan pelbagai jenis
makanan berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia.
1.3.4 Menjelaskan kepentingan
pengambilan sarapan yang sihat.
1.3.5 Menjelaskan kepentingan kualiti
pembungkusan dan maklumat
yang terdapat pada label makanan
iaitu tarikh luput dan kandungan
bahan.
1 Melukis dan menamakan aras Piramid
Makanan Malaysia.
2 Memberi contoh makanan mengikut aras
Piramid Makanan Malaysia dan faedah
pengambilan sarapan.
3 Menjelaskan dengan contoh kepentingan
pengambilan pelbagai jenis makanan
berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
4 Menghubungkaitkan status kesihatan dengan
kepentingan kualiti pembungkusan dan
maklumat yang terdapat pada label makanan.
5 Memilih makanan berdasarkan kualiti
pembungkusan dan maklumat yang terdapat
pada label makanan.
6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain
tentang kepentingan memilih pelbagai jenis
makanan yang sihat berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia dalam kehidupan harian.
13
DRAF
PENYALAHGUNAAN BAHAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.4 Mengetahui
jenis dan kesan
penyalahgunaan
bahan serta
berkemahiran
menangani
situasi berisiko
terhadap diri,
keluarga dan
masyarakat.
1.4.1 Menyatakan contoh makanan dan
minuman yang mengandungi
alkohol berdasarkan label.
1.4.2 Menyatakan kesan jangka masa
pendek terhadap fizikal dan mental
akibat pengambilan alkohol.
1.4.3 Menyatakan kesan jangka masa
panjang terhadap fizikal dan mental
akibat pengambilan alkohol.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada
pengambilan dan pembelian
makanan serta minuman
beralkohol.
1.4.5 Mendemonstrasi cara
menyebarkan maklumat berkaitan
kesan pengambilan alkohol
kepada ahli keluarga dan rakan
sebaya.
1 Mengenal pasti contoh makanan dan
minuman yang mengandungi alkohol
berdasarkan label.
2 Memberi contoh kesan jangka masa pendek
dan jangka masa panjang terhadap fizikal
serta mental akibat pengambilan alkohol.
3 Menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK
kepada pengambilan dan pembelian
makanan serta minuman beralkohol.
4 Menganalisis kesan jangka masa pendek dan
kesan jangka masa panjang akibat
pengambilan alkohol terhadap diri, keluarga
serta masyarakat.
5 Mencadangkan cara mengelak pengambilan
dan pembelian makanan serta minuman
beralkohol.
6 Menyebarkan maklumat berkaitan kesan
pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan
rakan sebaya.
14
DRAF
MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
2.1 Mengetahui
pelbagai jenis
emosi,
kepentingan
dan cara
mengurus
emosi untuk
meningkatkan
kesihatan
mental
dalam
kehidupan
harian.
2.1.1 Menyatakan maksud konflik dan
stres.
2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda konflik
dan stres dalam diri sendiri.
2.1.3 Menyatakan punca konflik dan
stres dalam diri sendiri.
2.1.4 Menyatakan kesan konflik dan
stres terhadap diri sendiri.
2.1.5 Memilih cara mengurus konflik
dan stres.
1 Menulis maksud konflik dan stres.
2 Menerangkan tentang tanda-tanda dan punca
konflik dalam diri sendiri.
3 Menjelaskan dengan contoh kaitan antara
kesan konflik dengan stres dalam diri sendiri.
4 Mengenal pasti langkah-langkah untuk
melakukan intervensi terhadap konflik dan
stres dalam diri sendiri.
5 Mengesyorkan cara-cara mengurus konflik dan
stres terhadap diri sendiri.
6 Mencadangkan cara membantu orang lain
mengurus konflik dan stres dalam kehidupan
harian.
15
DRAF
KEKELUARGAAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
2.2 Mengetahui
peranan diri
sendiri dan ahli
keluarga serta
kepentingan
institusi
kekeluargaan
dalam aspek
kesihatan
keluarga.
2.2.1 Menjelaskan kepentingan
hubungan kekeluargaan.
2.2.2 Menerangkan peranan dan
tanggungjawab ahli keluarga
dalam mencegah serta
menangani gejala sosial.
2.2.3 Menjelaskan kepentingan
sokongan ahli keluarga dalam
menangani gejala sosial.
1 Menyatakan kepentingan hubungan
kekeluargaan, dan peranan serta
tanggungjawab ahli keluarga.
2 Menceritakan kepentingan hubungan
kekeluargaan.
3 Menjelaskan dengan contoh kepentingan
hubungan kekeluargaan dalam mencegah dan
menangani gejala sosial.
4 Menghuraikan kepentingan sokongan ahli
keluarga dalam mencegah serta menangani
gejala sosial.
5 Membahaskan dalam kalangan rakan
berkenaan kepentingan sokongan ahli keluarga
dalam menangani gejala sosial.
6 Mencadangkan cara penyelesaian masalah
untuk menangani gejala sosial dalam sesebuah
keluarga.
16
DRAF
PERHUBUNGAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
2.3 Mengetahui dan
mengaplikasi
kemahiran
interpersonal
serta
komunikasi
berkesan dalam
kehidupan
harian.
2.3.1 Menjelaskan kepentingan
menyayangi diri sendiri dan ahli
dalam keluarga.
2.3.2 Menyatakan cara meluahkan
perasaan kasih sayang dalam
keluarga.
2.3.3 Mempamerkan cara meluahkan
perasaan yang sesuai dalam
pelbagai situasi.
1 Menyatakan kepentingan menyayangi diri
sendiri dan ahli dalam keluarga.
2 Menceritakan kepentingan menyayangi diri
sendiri dan ahli dalam keluarga serta cara
meluahkan perasaan kasih sayang.
3 Menunjuk cara menyayangi diri sendiri dan
cara meluahkan perasaan kasih sayang
kepada ahli dalam keluarga.
4 Membezakan cara meluahkan perasaan
kasih sayang dalam pelbagai situasi.
5 Mengesyorkan cara meluahkan perasaan
yang bersesuaian dengan pelbagai situasi
dalam keluarga.
6 Menghasilkan karya untuk meluahkan
perasaan kasih sayang terhadap diri sendiri
dan ahli dalam keluarga.
17
DRAF
MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN
PENYAKIT
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
3.1 Mengetahui
jenis penyakit
dan cara
mencegah serta
mengelak risiko
penyakit dalam
kehidupan
harian.
3.1.1 Menyatakan penyakit tidak
berjangkit seperti penyakit jantung,
asma, penyakit buah pinggang
dan diabetes.
3.1.2 Mengenal pasti simptom dan
tanda penyakit tidak berjangkit
seperti penyakit jantung, asma,
penyakit buah pinggang dan
diabetes.
3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak
berjangkit seperti penyakit jantung,
asma, penyakit buah pinggang
dan diabetes sekiranya tidak
dikawal.
3.1.4 Menjelaskan cara mencegah
penyakit tidak berjangkit seperti
penyakit jantung, asma, penyakit
buah pinggang dan diabetes.
1 Menyebut contoh jenis penyakit yang tidak
berjangkit.
2 Memberi contoh simptom dan tanda penyakit
yang tidak berjangkit.
3 Mencari maklumat tentang penyakit tidak
berjangkit melalui media massa.
4 Menghuraikan kesan penyakit tidak berjangkit
kepada pesakit sekiranya tidak dikawal.
5 Mempraktikkan cara mencegah penyakit tidak
berjangkit.
6 Menyebar luas maklumat berkaitan penyakit
tidak berjangkit dan cara pencegahannya
kepada orang lain.
18
DRAF
KESELAMATAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
3.2 Mengetahui
kepentingan
menjaga
keselamatan diri
dan
mendemonstrasi
kemahiran
kecekapan
psikososial
dalam
kehidupan
harian.
3.2.1 Menyatakan maksud rakan
sebaya.
3.2.2 Menerangkan peranan rakan
sebaya.
3.2.3 Membezakan pengaruh positif dan
negatif rakan sebaya.
3.2.4 Menjelaskan cara-cara mengatasi
pengaruh negatif rakan sebaya.
3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya yang
boleh dijadikan suri teladan.
1 Menyatakan maksud rakan sebaya.
2 Menjelaskan peranan rakan sebaya.
3 Membanding beza pengaruh positif dan
negatif rakan sebaya serta kesannya terhadap
diri sendiri.
4 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan
suri teladan.
5 Membahaskan cara-cara mengatasi pengaruh
negatif rakan sebaya.
6 Menghasilkan karya tentang ciri rakan sebaya
yang boleh dijadikan suri teladan.
19
DRAF
PERTOLONGAN CEMAS
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
3.3 Mengetahui
asas
pertolongan
cemas
dan
kepentingan
bertindak
dengan
bijak mengikut
situasi.
3.3.1 Menyatakan maksud bantu mula.
3.3.2 Mengenal pasti jenis kecederaan
ringan seperti luka, calar, lebam
dan terseliuh.
3.3.3 Menyatakan langkah-langkah yang
diambil semasa memberi bantu
mula untuk kecederaan ringan
3.3.4 Menjelaskan kepentingan bantu
mula mengikut situasi.
1 Menyatakan maksud bantu mula.
2 Memberi contoh jenis-jenis kecederaan
ringan.
3 Menerangkan kepentingan bantu mula
mengikut situasi.
4 Menyusun langkah-langkah yang perlu
diambil ketika memberi bantú mula untuk
kecederaan ringan.
5 Menunjuk cara langkah-langkah yang diambil
semasa memberi bantú mula untuk
kecederaan ringan.
6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain
tentang bantu mula untuk kecederaan ringan.
20

More Related Content

What's hot

Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)Nur Shafikah
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4ciktetey
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANshi3yda
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5Safiah Sulaiman
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmNas Lin
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 

What's hot (10)

Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
 
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsm
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 

Viewers also liked

Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Hisham Haron
 
Dskp pendidikan jasmani_dan_pendidikan
Dskp pendidikan jasmani_dan_pendidikanDskp pendidikan jasmani_dan_pendidikan
Dskp pendidikan jasmani_dan_pendidikantunteja2008
 
Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)
Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)
Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)Eliza Ramlee
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3ridzuan8289
 
RT pjpk tingkatan 4
RT pjpk tingkatan 4RT pjpk tingkatan 4
RT pjpk tingkatan 4Khat Erin
 
Pendidikan kesihatan Tahun 3
Pendidikan kesihatan Tahun 3Pendidikan kesihatan Tahun 3
Pendidikan kesihatan Tahun 3lee johnny
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan jasmani (rekreasi)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan jasmani (rekreasi)Rpt kssr tahun 6   pendidikan jasmani (rekreasi)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan jasmani (rekreasi)lindalinlin
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5DingCS
 
(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4
(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4
(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4encikudang
 
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3Nas Lin
 
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2Nas Lin
 
Rt pjpk tingkatan 5
Rt pjpk tingkatan 5Rt pjpk tingkatan 5
Rt pjpk tingkatan 5Khat Erin
 
Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017
Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017
Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017Nor Juliewati Ayob
 
TMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUT
TMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUTTMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUT
TMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUTJasleen Razali
 
Slot 4 & 5 input, output & storan
Slot 4 & 5 input, output & storanSlot 4 & 5 input, output & storan
Slot 4 & 5 input, output & storanictpermas
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)En Asyraf
 
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4muhammad
 

Viewers also liked (20)

Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
 
Dskp pendidikan jasmani_dan_pendidikan
Dskp pendidikan jasmani_dan_pendidikanDskp pendidikan jasmani_dan_pendidikan
Dskp pendidikan jasmani_dan_pendidikan
 
Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)
Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)
Dskp pjpk tahun 1 semakan (1)
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 3
 
RT pjpk tingkatan 4
RT pjpk tingkatan 4RT pjpk tingkatan 4
RT pjpk tingkatan 4
 
Pendidikan kesihatan Tahun 3
Pendidikan kesihatan Tahun 3Pendidikan kesihatan Tahun 3
Pendidikan kesihatan Tahun 3
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan jasmani (rekreasi)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan jasmani (rekreasi)Rpt kssr tahun 6   pendidikan jasmani (rekreasi)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan jasmani (rekreasi)
 
Peranti komputer
Peranti komputerPeranti komputer
Peranti komputer
 
RPT PEND. KESIHATAN TAHUN 4 2015
RPT PEND. KESIHATAN TAHUN 4 2015RPT PEND. KESIHATAN TAHUN 4 2015
RPT PEND. KESIHATAN TAHUN 4 2015
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4
(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4
(155363327) rpt pendidikan jasmani tahun 4
 
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan3
 
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2
Pppmpendidikanjasmanidankesihatan tingkatan2
 
Rt pjpk tingkatan 5
Rt pjpk tingkatan 5Rt pjpk tingkatan 5
Rt pjpk tingkatan 5
 
Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017
Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017
Sk rpt pen. kesihatan tahun 2 2017
 
TMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUT
TMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUTTMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUT
TMK TAHUN 4 PERANTI OUTPUT DAN INPUT
 
Slot 4 & 5 input, output & storan
Slot 4 & 5 input, output & storanSlot 4 & 5 input, output & storan
Slot 4 & 5 input, output & storan
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
 
Rpt tmk tahun 4
Rpt tmk tahun 4Rpt tmk tahun 4
Rpt tmk tahun 4
 
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
 

Similar to KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Kickstory
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3sallehuddin misnon
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1hanif5339
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanKetenanganHati
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPaan Artcreative
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Razah Dollah
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Rozita Mohamad Nadzir
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)nzaheira80
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHananie Halim
 

Similar to KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN (18)

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
 
Dokumen standard pk
Dokumen standard pkDokumen standard pk
Dokumen standard pk
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Hsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsrHsp p kesihatan_kbsr
Hsp p kesihatan_kbsr
 

More from Erwin Joseph

Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Erwin Joseph
 
Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2Erwin Joseph
 
491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4Erwin Joseph
 
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)Erwin Joseph
 
Borang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkiniBorang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkiniErwin Joseph
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asasErwin Joseph
 

More from Erwin Joseph (7)

Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
Panduan pengajaran pendidikan jasmani tahun 3
 
Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2Keselamatan bangunan 2
Keselamatan bangunan 2
 
Piramid makanan
Piramid makananPiramid makanan
Piramid makanan
 
491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4491351 k hidup-tahun-4
491351 k hidup-tahun-4
 
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
Sistem penilaian kokurikulum 2007(1)
 
Borang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkiniBorang pendaftaran r01 terkini
Borang pendaftaran r01 terkini
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
 

Recently uploaded

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 

Recently uploaded (20)

Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 

KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN KESIHATAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DRAF TAHUN EMPAT
  • 2.
  • 3. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
  • 4. Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 7. DRAF KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN PENDAHULUAN 1 MATLAMAT 1 OBJEKTIF 1 FOKUS 1 PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 2 CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3 ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 5 PENTAKSIRAN 6 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT 9 MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 11 MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 15 MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 18
  • 9. DRAF PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. FOKUS Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu : Modul 1 : Kesihatan Fizikal Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) (75%) Pemakanan (15%) Pertolongan Cemas (10%) 1
  • 10. DRAF Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Objektif PEERS adalah untuk membantu murid : (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat; (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. PEERS merangkumi : (i) Kesihatan diri dan reproduktif  Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. (ii) Penyalahgunaan bahan  Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK. (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi  Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. 2
  • 11. DRAF (iv) Kekeluargaan  Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. (v) Perhubungan  Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. (vi) Pencegahan penyakit  Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. (vii) Keselamatan  Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun) Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) 75% 26 waktu = 780 minit Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit ORGANISASI STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3
  • 12. DRAF Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran : 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup harian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. 4
  • 13. DRAF 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasan. 7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan enam aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah hingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran. 5
  • 14. DRAF KBAT Penerangan Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. PENTAKSIRAN Pentaksiran dalam Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru pada peringkat sekolah. Perkara yang ditaksir merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap dan nilai, penguasaan kemahiran, status kesihatan serta amalan harian. Hasil pentaksiran digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan dibuat pada peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Standard Prestasi mengandungi enam tahap penguasaan yang disusun secara hirarki dari pencapaian terendah hingga pencapaian tertinggi. Setiap pernyataan tahap penguasaan ditafsir secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. 6
  • 15. DRAF Tafsiran umum pernyataan tahap penguasaan adalah seperti yang berikut : Tafsiran pernyataaan Standard Prestasi bagi Pendidikan Kesihatan adalah seperti yang berikut : Tahap Penguasaan Tafsiran Tahap Penguasaan Tafsiran 1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran. 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran. 3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial, serta kesihatan dan keselamatan diri. 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 4 Memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat. 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 5 Mempunyai kemahiran kecekapan psikososial dalam mengurus hidup secara positif dan sihat. 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. 6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, meningkatkan literasi kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. 7
  • 16. DRAF
  • 17. DRAF OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam; 2. Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi negatif untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri; 3. Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia; 4. Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol; 5. Memilih cara mengurus konflik dan stres; 6. Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial; 7. Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi; 8. Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes; 9. Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan 10. Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan. 9
  • 18. DRAF
  • 19. DRAF MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. 1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh. 1.1.2 Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan. 1.1.3 Menyatakan perubahan fizikal lelaki dan perempuan apabila akil baligh. 1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran haid. 1.1.5 Menjelaskan tiada gangguan aktiviti harian semasa haid. 1.1.6 Menjelaskan cara pengurusan diri apabila mengalami haid dan ihtilam. 1.1.7 Mengenal pasti perubahan yang mungkin dialami semasa haid. 1 Menyatakan maksud akil baligh. 2 Menceritakan tanda-tanda dan perubahan fizikal apabila akil baligh. 3 Menghitung tempoh kitaran haid dan menjelaskan dengan contoh cara mengurus diri semasa mengalami haid serta ihtilam. 4 Menjelaskan melalui contoh perubahan yang mungkin dialami semasa haid dan perubahan tersebut tidak mengganggu aktiviti harian. 5 Memilih dan mengamalkan cara pengurusan diri yang betul semasa akil baligh. 6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang cara pengurusan diri yang betul semasa akil baligh. 11
  • 20. DRAF Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. 1.2.1 Menyatakan cara menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri. 1.2.2 Menyatakan cara menghormati perubahan fizikal individu lain. 1.2.3 Menyatakan cara menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga. 1.2.4 Menyatakan batas sentuhan untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri. 1 Memberi contoh perubahan fizikal pada diri sendiri. 2 Menjelaskan cara menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan cara menghormati perubahan fizikal individu lain. 3 Melakar dan menjelaskan perubahan fizikal pada diri sendiri serta individu lain, dan memberi contoh batas sentuhan. 4 Menjelaskan melalui contoh cara menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga. 5 Mewajarkan batas sentuhan untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri. 6 Mencadangkan cara menangani pelbagai situasi negatif kepada orang lain untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri. 12
  • 21. DRAF PEMAKANAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat. 1.3.1 Melakar dan melabel Piramid Makanan Malaysia. 1.3.2 Mengenal pasti kumpulan makanan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia. 1.3.3 Menyatakan kepentingan pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. 1.3.4 Menjelaskan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat. 1.3.5 Menjelaskan kepentingan kualiti pembungkusan dan maklumat yang terdapat pada label makanan iaitu tarikh luput dan kandungan bahan. 1 Melukis dan menamakan aras Piramid Makanan Malaysia. 2 Memberi contoh makanan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia dan faedah pengambilan sarapan. 3 Menjelaskan dengan contoh kepentingan pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. 4 Menghubungkaitkan status kesihatan dengan kepentingan kualiti pembungkusan dan maklumat yang terdapat pada label makanan. 5 Memilih makanan berdasarkan kualiti pembungkusan dan maklumat yang terdapat pada label makanan. 6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang kepentingan memilih pelbagai jenis makanan yang sihat berdasarkan Piramid Makanan Malaysia dalam kehidupan harian. 13
  • 22. DRAF PENYALAHGUNAAN BAHAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 1.4.1 Menyatakan contoh makanan dan minuman yang mengandungi alkohol berdasarkan label. 1.4.2 Menyatakan kesan jangka masa pendek terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol. 1.4.3 Menyatakan kesan jangka masa panjang terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol. 1.4.4 Berkata TIDAK kepada pengambilan dan pembelian makanan serta minuman beralkohol. 1.4.5 Mendemonstrasi cara menyebarkan maklumat berkaitan kesan pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. 1 Mengenal pasti contoh makanan dan minuman yang mengandungi alkohol berdasarkan label. 2 Memberi contoh kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap fizikal serta mental akibat pengambilan alkohol. 3 Menunjuk cara kemahiran berkata TIDAK kepada pengambilan dan pembelian makanan serta minuman beralkohol. 4 Menganalisis kesan jangka masa pendek dan kesan jangka masa panjang akibat pengambilan alkohol terhadap diri, keluarga serta masyarakat. 5 Mencadangkan cara mengelak pengambilan dan pembelian makanan serta minuman beralkohol. 6 Menyebarkan maklumat berkaitan kesan pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. 14
  • 23. DRAF MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian. 2.1.1 Menyatakan maksud konflik dan stres. 2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam diri sendiri. 2.1.3 Menyatakan punca konflik dan stres dalam diri sendiri. 2.1.4 Menyatakan kesan konflik dan stres terhadap diri sendiri. 2.1.5 Memilih cara mengurus konflik dan stres. 1 Menulis maksud konflik dan stres. 2 Menerangkan tentang tanda-tanda dan punca konflik dalam diri sendiri. 3 Menjelaskan dengan contoh kaitan antara kesan konflik dengan stres dalam diri sendiri. 4 Mengenal pasti langkah-langkah untuk melakukan intervensi terhadap konflik dan stres dalam diri sendiri. 5 Mengesyorkan cara-cara mengurus konflik dan stres terhadap diri sendiri. 6 Mencadangkan cara membantu orang lain mengurus konflik dan stres dalam kehidupan harian. 15
  • 24. DRAF KEKELUARGAAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. 2.2.1 Menjelaskan kepentingan hubungan kekeluargaan. 2.2.2 Menerangkan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam mencegah serta menangani gejala sosial. 2.2.3 Menjelaskan kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial. 1 Menyatakan kepentingan hubungan kekeluargaan, dan peranan serta tanggungjawab ahli keluarga. 2 Menceritakan kepentingan hubungan kekeluargaan. 3 Menjelaskan dengan contoh kepentingan hubungan kekeluargaan dalam mencegah dan menangani gejala sosial. 4 Menghuraikan kepentingan sokongan ahli keluarga dalam mencegah serta menangani gejala sosial. 5 Membahaskan dalam kalangan rakan berkenaan kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial. 6 Mencadangkan cara penyelesaian masalah untuk menangani gejala sosial dalam sesebuah keluarga. 16
  • 25. DRAF PERHUBUNGAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. 2.3.1 Menjelaskan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga. 2.3.2 Menyatakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga. 2.3.3 Mempamerkan cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi. 1 Menyatakan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga. 2 Menceritakan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga serta cara meluahkan perasaan kasih sayang. 3 Menunjuk cara menyayangi diri sendiri dan cara meluahkan perasaan kasih sayang kepada ahli dalam keluarga. 4 Membezakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam pelbagai situasi. 5 Mengesyorkan cara meluahkan perasaan yang bersesuaian dengan pelbagai situasi dalam keluarga. 6 Menghasilkan karya untuk meluahkan perasaan kasih sayang terhadap diri sendiri dan ahli dalam keluarga. 17
  • 26. DRAF MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN PENYAKIT Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. 3.1.1 Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.2 Mengenal pasti simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes sekiranya tidak dikawal. 3.1.4 Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 1 Menyebut contoh jenis penyakit yang tidak berjangkit. 2 Memberi contoh simptom dan tanda penyakit yang tidak berjangkit. 3 Mencari maklumat tentang penyakit tidak berjangkit melalui media massa. 4 Menghuraikan kesan penyakit tidak berjangkit kepada pesakit sekiranya tidak dikawal. 5 Mempraktikkan cara mencegah penyakit tidak berjangkit. 6 Menyebar luas maklumat berkaitan penyakit tidak berjangkit dan cara pencegahannya kepada orang lain. 18
  • 27. DRAF KESELAMATAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian. 3.2.1 Menyatakan maksud rakan sebaya. 3.2.2 Menerangkan peranan rakan sebaya. 3.2.3 Membezakan pengaruh positif dan negatif rakan sebaya. 3.2.4 Menjelaskan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya. 3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan. 1 Menyatakan maksud rakan sebaya. 2 Menjelaskan peranan rakan sebaya. 3 Membanding beza pengaruh positif dan negatif rakan sebaya serta kesannya terhadap diri sendiri. 4 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan. 5 Membahaskan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya. 6 Menghasilkan karya tentang ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan. 19
  • 28. DRAF PERTOLONGAN CEMAS Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. 3.3.1 Menyatakan maksud bantu mula. 3.3.2 Mengenal pasti jenis kecederaan ringan seperti luka, calar, lebam dan terseliuh. 3.3.3 Menyatakan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan 3.3.4 Menjelaskan kepentingan bantu mula mengikut situasi. 1 Menyatakan maksud bantu mula. 2 Memberi contoh jenis-jenis kecederaan ringan. 3 Menerangkan kepentingan bantu mula mengikut situasi. 4 Menyusun langkah-langkah yang perlu diambil ketika memberi bantú mula untuk kecederaan ringan. 5 Menunjuk cara langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantú mula untuk kecederaan ringan. 6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang bantu mula untuk kecederaan ringan. 20