Kolokium Siswazah dan Prasiswazah Pengajian Arab dan Tamadun Islam (e-KOSPATI 3.0) 2021
7-9 Julai 2021; SlideShare.net & Channel YouTube
Pembentang: Ahmad Ezzudin Zakariah & Md Nor Abdullah
Anjuran:
1. Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam (PPATI), FPI, UKM
2. Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), FPI, UKM
3. Duta Pembelajaran Aktif @PPATI-ArabIC, FPI, UKM
4. Kluster Peradaban dan Kepelbagaian Budaya, FPI, UKM
1. Analisis Istifham dalam
surah al-Acraf
PENYELIA:
Dr Mad Nor bin Abdullah
CALON:
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810)
PUSAT KAJIAN BAHASA ARAB DAN TAMADUN ISLAM
PROGRAM PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM
2. • Al-Qur’an merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW dan satu-satunya
kitab yang akan kekal hingga ke hari kiamat. Begitu pentingnya mempelajari
bahasa dalam al-Qur’an sehinggakan seseorang yang tidak mengenal bahasa akan
menimbulkan rasa kerdil dalam diri mereka.
• Antara cara mempelajari bahasa al-Quran adalah dengan mempunyai pengetahuan
tentang ‘ilmu ma’ani. Antara skop perbahasan ilmu ma’ani termasuklah kalam
khabari, insya’i dan sebagainya.
• Di dalam al-Qur’an, terdapat ayat-ayat yang menyampaikan maklumat serta
pesanan kepada umat manusia melalui uslub insya’i khususnya dalam bentuk
istifham yang terletak tidak kira pada awal, tengah mahupun akhir ayat.
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 2/12
3. • Melihat konteks istifham, perkataan استفهام adalah merupakan
kata terbitan atau masdar yang diambil dari perkataan استفهم.
Secara etimologi, istifham bermaksud meminta keterangan atau
meminta penjelasan. Melihat dari sudut terminologi pula, al-
Zarkasyi (1980) telah menyatakan bahawa istifham adalah
mencari sebuah pemahaman tentang sesuatu perkara yang tidak
diketahui. Selain itu, jika dilihat di dalam kitab al-Balaghah al-
Wadihah, istifham dapat didefinisikan sebagai mencari
keterangan tentang sesuatu yang sebelumnya tidak diketahui
(Mustofa Amin 1961).
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 3/12
4. PERMASALAHAN KAJIAN
• Dalam meniliti bentuk istifham, masalah yang dihadapi adalah untuk
menentukan makna-makna istifham kerana ianya bukan sahaja membawa
kepada makna asal ayat istifham tersebut, tetapi istifham juga memiliki
makna kiasan lebih-lebih lagi di dalam al-Qur’an.
• Seorang ulama’ balaghah iaitu al-Zarkasyi (1984) mendefinisikan istifham
sebagai keupayaan mencari pengetahuan tentang sesuatu perkara yang tidak
diketahui sebelum ini atau sesuatu perkara yang bersifat tidak jelas akan
kesahihannya.
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 4/12
5. PERSOALAN KAJIAN
1.
2.
Bagaimanakah konsep istifham dalam
bahasa Arab?
3. Apakah elemen estetik gaya bahasa istifham dalam
surah al-Acraf?
Apakah gaya bahasa istifham yang terdapat
dalam al-Qur’an?
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 5/12
6. Mengkaji gaya bahasa istifham dalam
al-Qur’an.
Mengkaji konsep istifham dalam konteks
bahasa Arab.
Menganalisis elemen estetik gaya bahasa
istifham dalam surah al-Acraf.
2.
3.
1.
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 6/12
7. LIMITASI KAJIAN
Perbincangan berkaitan istifham dalam surah al-Acraf akan
memfokuskan kepada elemen estetik gaya bahasa istifham yang
terdapat pada surah tersebut. Di samping itu, penulis turut
memperincikan lagi skop kajian dimana kajian ini hanya
berfokuskan kepada ayat satu hingga seratus di dalam surah al-
Acraf.
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 7/12
9. DEFINISI BAHASA:
Menurut Ibn Manzur (1999) dalam kitab penulisan beliau iaitu
‘Lisan al-cArab’, perkataan isitfham adalah berasal dari perkataan
(
فهم
–
يفهم
–
فهما
) yang membawa maksud meminta pengetahuan
terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan hati.
ISTILAH:
Menurut al-Zarkasyi (1984) istifham dari sudut istilah adalah
keupayaan mencari pengetahuan tentang sesuatu perkara yang tidak
diketahui atau sesuatu perkara yang bersifat samar-samar akan
kesahihannya.
Adawat
istifham
Dalam konteks bahasa Arab, antara adawat istifham termasuklah
hamzah (apakah) , hal (adakah), ma (apa), man (siapa), kaifa
(bagaimana), mata (bila), ayyana (bilamana), annâ (darimana), kam
(berapa), aina (dimana) dan ayyu (apa/siapa) (Fuad Ni’mah t.t).
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 9/12
10. GAYA BAHASA
ISTIFHAM DALAM
AL-QUR’AN
1. Taqrir (penegasan)
2. Taswiyah (penyamaan)
3. Nafi (Menidakkan)
4. Tacajjub (kekaguman atau
kehairanan)
5. Tamanni (harapan yang mustahil
dicapai)
6. Taczim (pengagungan)
7. Tahqir (penghinaan)
8. Istibtho’ (menganggap lambat)
9. Istibcad (pengecualian)
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 10/12
10. Inkar (pengingkaran)
11. Taubikh (pencelaan)
12. Wacid (ancaman)
13. Tahwil (menakut-nakutkan)
14. Tanbih (peringatan)
15. Tashwiq (memberi galakan)
16. Amar (perintah)
17. Nahi (larangan)
11. Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 11/12
Analisis Istifham dalam surah
al-Acraf dari ayat 1 hingga 100.
Terdapat 24 ayat
yang mengandungi
Istifham .
Hampir kesemuanya
membawa makna
kiasan seperti taqrir,
nafi, nahi dan
sebagainya.
12. PENUTUP
Intihanya, kajian ilmiah yang berfokuskan kepada tiga objektif ini
merupakan sebuah kajian kualitatif pengumpulan data yang bergantung
secara keseluruhan kepada keadah kepustakaan. Data yang ditemui pula
kemudiannya dianalisis dengan teliti. Fokus utama kajian adalah estetika
gaya bahasa istifham dan berdasarkan kajian –kajian terdahulu yang telah
dilakukan, dapatlah disimpulkan bahawa istifham merupakan antara
bidang kajian yang dijalankan oleh para sarjana balaghah sejak dahulu
sehingga kini.
Ahmad Ezzudin bin Zakariah (A167810) 12/12