2. Pengenalan
Kohlrabi adalah daripada keluarga
kobis. Bahagian batangnya yang bengkak adalah
bahagian yang dimakan. Walaupun Kohlrabi
jarang ditanam di negara kita, jangan risau
kerana ia sesuai ditanam. Ia tahan panas dan
kering.
3. Tanah
Kohlrabi tidak perlukan tanah yang
dalam. Akarnya tidak tumbuh dalam. Gunakan
tanah yang kaya dengan organik. Jika telah
tanam kobis atau kailan sebelum ini, tambahkan
baja organik dan biarkan selama 1 hingga 2
minggu.
5. Menyemai
Semai benih sedalam 1 cm. Jarakkan antara
benih 15 cm. Jika tanam atas tanah, semai
dalam barisan. Jarakkan antara barisan 30
cm. Benih kan bercambah antara 1 hingga 7
hari.
7. Tuai
Kohlrabi dapat dituai kira-kira 80 hari selepas
disemai. Kalau tanam sendiri jangan tunggu
terlalu besar sebab ia akan berserat dan rasanya
menjadi terlalu kuat. Saiz paling enak ialah
apabila batangnya sebesar bola tennis.