SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Tanamsendiri Terung – Oleh Iskandar Ab Rashid dari
http://www.tanamsendiri.com
Terung atau nama Latinnya Solanum melongena adalah tumbuhan sayur buah yang
sesuai ditanam di negara kita. Ada 16 jenis benih terung boleh diperolehi daripada
tanamsendiri.com. Terung bukannya tanaman baru. Ia telah ditanam di negara Cina
dan India sejak 6000 tahun dahulu.
Daripada soalan yang pengarang terima, diandaikan terung bukannya suatu yang
mudah untuk disemai. Bagaimanapun, apabila pokok terung telah kukuh, ia mudah
dijaga.
Tanah yang macamana sesuai untuk tanam terung?
Terung tak cerewet. Mana-mana tanah yang longgar dan tidak menakung air sesuai
untuk tanam terung. Jika struktur tanah kurang sesuai, anda hanya perlu ubah suai
sedikit. Misalnya jika tanah terlalu berpasir, tambah sedikit tanah liat. Jika tanah
mengandungi terlalu banyak tanah liat, tambah sedikit pasir. Untuk memastikan
tanah mampu menyimpan air, gaulkan baja organik atau kompos.
Terung gemarkan nitrogen, fosforus dan kalium. Jadi boleh letakkan lebih sedikit
baja organik, serta sedikit abu tanaman.
Nak letak bekas terung tempat panas atau tempat teduh?
Terung perlukan cahaya yang banyak. Letak tempat panas.
Apakah pH yang sesuai untuk pokok terung?
Terung gemar tanah dengan pH antara 5.5 hingga 6.5. Jangan risau jika tiada meter
pH. Julat ini adalah julat pH tanah yang lazim. Kecualilah jika anda berada di
kawasan bukit batu kapur atau kawasan tepi laut, kebiasaanya anda tak perlu risau
tentang pH tanah untuk tanaman terung.
Nak semai benih terung dalam bekas semaian ker?
Boleh juga. Pengarang gunakan dulang semaian. Mana-mana bekas yang tidak
menakung air OK aja.
Nak guna tanah yang macamana untuk semai benih?
Mana-mana tanah yang mampu menyimpan air. Benih terung belum perlukan
nutrien, jadi bahan media semaian, misalnya tanah gambut, sabut kelapa, sabut kelapa
sawit, semuanya boleh dgunakan. Tanah kebun (tanah atas, topsoil) boleh digunakan.
Boleh juga guna tanah kebun yang dicampur dengan humus. Cuma jangan guna
tanah yang digaul dengan arang atau abu kerana ia tidak sesuai. Kandungan garam
yang terlalu tinggi mampu menggangu percambahan benih terung.
Ketika menyemai, pastikan …
Ketika menyemai letakkan bekas semaian di tempat yang terlindung daripada hujan.
Pastikan tanah sentiasa lembap.
Nak kena rendam dulu ker benih?
Elok juga rendam dalam air suam antara 2 hingga 8 jam. Tak rendam pun tak apa,
cuma lambat sedikit benih bercambah.
Berapa hari ambil masa untuk bercambah?
Walaupun kadang-kadang benih dari tanamsendiri cepat bercambah, jangkamasa
benih bercambah lazimnya antara 14 hngga 21 hari, iaitu 2 hingga 3 minggu.
Biasanya saya akan terima panggilan daripada rakan-rakan kerana menyangka
mendapat benih yang tidak bernas. Bernas, cuma rakan-rakan perlu sabar menanti.
Banyak mana nak tanam pokok terung?
Jika nak tanam untuk makan sendiri, saya syorkan 2 pokok untuk setiap ahli keluarga
yang makan terung. Nak tanam lebih, lagi baik. Seeloknya jangan tanam kurang,
bimbang kempunan. ;P
Bila nak alih cambahan?
Alih bila daun sebenar kelihatan, iaitu ketika daun ke tiga dan keempat kelihatan.
Biasanya 2 minggu selepas benih bercambah.
Nak tanam berapa pokok dalam satu pasu?
Tanam satu pokok. Jika ada banyak ruang kosong, tanam sawi atau salad dalam
ruang tersebut.
Jika tanam atas batas?
Jika tanam atas batas, jarakkan batas antara batas 60 hingga 90 cm, aitu 2 hingga 3
kaki.
Jika nak tanam secara intensif?
45 cm (1.5 kaki) pun ok juga.
Perlu membaja di peringkat awal?
Elok gaulkan dulu tanah dengan baja organik. Siram dan biarkan selama 1 hingga 2
minggu. Letak banyak baja. Jika buat begini, tak perlu tambah baja selepas
menanam.
Perlu merumput?
Perlu, jangan bazirkan ruang dan baja untuk tumbuhan yang tidak diingini.
Seeloknya cabut rumpai seminggu sekali. Cabut aja, jangan cangkul kerana akar
pokok terung tak tumbuh dalam.
Perlu siram ker?
Jika tak hujan, siram untuk pastikan tanah kekal lembap.
Perlu membaja?
Kan dah letak baja sebelum mengalih. Memadai siram dengan teh kompos
tanamsendiri.
Perlu pasang sungkup?
Elok juga, misalnya tutup tanah dengan pelepah kelapa, atau jerami jagung, atau
cebisan tempurung untuk kekalkan kelembapan tanah.
Perlu pangkas?
Bila pokok dah tumbuh setinggi satu kaki, cubit buang tunas utama untuk hasilkan
pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi.
Makhluk perosak?
Jika pokok lemah lazimnya lalat puth akan menyerang. Lalat buah juga kadang-
kadang menyerang buah. Jadi untuk pastikan serangan makhluk perosak kurang,
pastikan pokok subur. Macam kita juga, kalau badan lemah, mudah terkena jangkitan
penyakit.
Bila nak tuai?
Jika menanam untuk makan sendiri, tuai ketika buah paling enak rasanya, iaitu ketika
buah paling berkilau. Bila buah mula pudar, rasa pahit semakin kuat.
Mana nak dapatkan benih terung?
SMS/WhatsApp 0175009364

More Related Content

What's hot

KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranKHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranZasni @ Zaxx
 
T1 tanaman hiasan
T1 tanaman hiasanT1 tanaman hiasan
T1 tanaman hiasanmnorzainiz
 
Pembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksPembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksWISMARIZAH
 
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Juradi Durjari
 
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semulaTanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semulaLiza MoKa
 
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...amuradhamid edidik edu my
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamJuradi Durjari
 
ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Renek
ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan RenekALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Renek
ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Reneksiti norihan
 
Shanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasan
Shanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasanShanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasan
Shanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasanShanmugam Thiagoo
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasanTanaman hiasan
Tanaman hiasanLia Sofea
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahTatang Kostaman
 
Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2Ziana J
 
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksModul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksNurul Eiqa
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DLeonardo Leo
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusimokbeb
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)MNapi
 
Bab 6 tanaman hiasan ting 1
Bab 6 tanaman hiasan ting 1Bab 6 tanaman hiasan ting 1
Bab 6 tanaman hiasan ting 1Ziana J
 

What's hot (20)

KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranKHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
 
pokok renek
pokok renekpokok renek
pokok renek
 
T1 tanaman hiasan
T1 tanaman hiasanT1 tanaman hiasan
T1 tanaman hiasan
 
Pembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seksPembiakan tumbuhan secara seks
Pembiakan tumbuhan secara seks
 
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
 
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semulaTanaman Hiasan : Pemasuan semula
Tanaman Hiasan : Pemasuan semula
 
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
Buku pertanian-pendidikan-khas-tulisan-abdul-murad-abd-hamid-smk-sri-rahmat-j...
 
T2 tanaman hiasan
T2 tanaman hiasanT2 tanaman hiasan
T2 tanaman hiasan
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan Menanam
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasan Tanaman hiasan
Tanaman hiasan
 
ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Renek
ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan RenekALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Renek
ALN 103.tumbuhan Hiasan Kumpulan Renek
 
Shanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasan
Shanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasanShanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasan
Shanmugam kh tingkatan 2 tanaman hiasan
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasanTanaman hiasan
Tanaman hiasan
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
 
Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2Bab 5 tanaman hiasan ting 2
Bab 5 tanaman hiasan ting 2
 
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksModul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusim
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
 
Bab 6 tanaman hiasan ting 1
Bab 6 tanaman hiasan ting 1Bab 6 tanaman hiasan ting 1
Bab 6 tanaman hiasan ting 1
 

Similar to Tanamsendiri Terung

Similar to Tanamsendiri Terung (10)

Durian belanda
Durian belandaDurian belanda
Durian belanda
 
Asinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhanAsinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhan
 
ABM Unit 14 2014 TP SMKYK
ABM Unit 14 2014 TP SMKYKABM Unit 14 2014 TP SMKYK
ABM Unit 14 2014 TP SMKYK
 
Presentation2renek
Presentation2renekPresentation2renek
Presentation2renek
 
Rancangan buku hijau
Rancangan buku hijau Rancangan buku hijau
Rancangan buku hijau
 
ABM Unit 14
ABM Unit 14ABM Unit 14
ABM Unit 14
 
Tut betik tanam dalam pasu
Tut betik tanam dalam pasuTut betik tanam dalam pasu
Tut betik tanam dalam pasu
 
ABM Unit 14 TP SMKYK 2014
ABM Unit 14 TP SMKYK 2014ABM Unit 14 TP SMKYK 2014
ABM Unit 14 TP SMKYK 2014
 
Pembiakan tanaman-hiasan
Pembiakan tanaman-hiasanPembiakan tanaman-hiasan
Pembiakan tanaman-hiasan
 
1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang
 

More from Iskandar Rashid

Cara membancuh pekatan larutan teh kompos
Cara membancuh pekatan larutan teh komposCara membancuh pekatan larutan teh kompos
Cara membancuh pekatan larutan teh komposIskandar Rashid
 
Mengapa Putik Bunga Gugur
Mengapa Putik Bunga GugurMengapa Putik Bunga Gugur
Mengapa Putik Bunga GugurIskandar Rashid
 
Memasukkan teks ke dalam gambar
Memasukkan teks ke dalam gambarMemasukkan teks ke dalam gambar
Memasukkan teks ke dalam gambarIskandar Rashid
 

More from Iskandar Rashid (7)

Cara membancuh pekatan larutan teh kompos
Cara membancuh pekatan larutan teh komposCara membancuh pekatan larutan teh kompos
Cara membancuh pekatan larutan teh kompos
 
Tanamsendiri kucai
Tanamsendiri kucaiTanamsendiri kucai
Tanamsendiri kucai
 
Kenali benih ketumbar
Kenali benih ketumbarKenali benih ketumbar
Kenali benih ketumbar
 
Khasiat Biji Labu
Khasiat Biji LabuKhasiat Biji Labu
Khasiat Biji Labu
 
Tanam Sendiri Kohlrabi
Tanam Sendiri KohlrabiTanam Sendiri Kohlrabi
Tanam Sendiri Kohlrabi
 
Mengapa Putik Bunga Gugur
Mengapa Putik Bunga GugurMengapa Putik Bunga Gugur
Mengapa Putik Bunga Gugur
 
Memasukkan teks ke dalam gambar
Memasukkan teks ke dalam gambarMemasukkan teks ke dalam gambar
Memasukkan teks ke dalam gambar
 

Tanamsendiri Terung

  • 1. Tanamsendiri Terung – Oleh Iskandar Ab Rashid dari http://www.tanamsendiri.com Terung atau nama Latinnya Solanum melongena adalah tumbuhan sayur buah yang sesuai ditanam di negara kita. Ada 16 jenis benih terung boleh diperolehi daripada tanamsendiri.com. Terung bukannya tanaman baru. Ia telah ditanam di negara Cina dan India sejak 6000 tahun dahulu. Daripada soalan yang pengarang terima, diandaikan terung bukannya suatu yang mudah untuk disemai. Bagaimanapun, apabila pokok terung telah kukuh, ia mudah dijaga. Tanah yang macamana sesuai untuk tanam terung? Terung tak cerewet. Mana-mana tanah yang longgar dan tidak menakung air sesuai untuk tanam terung. Jika struktur tanah kurang sesuai, anda hanya perlu ubah suai sedikit. Misalnya jika tanah terlalu berpasir, tambah sedikit tanah liat. Jika tanah mengandungi terlalu banyak tanah liat, tambah sedikit pasir. Untuk memastikan tanah mampu menyimpan air, gaulkan baja organik atau kompos. Terung gemarkan nitrogen, fosforus dan kalium. Jadi boleh letakkan lebih sedikit baja organik, serta sedikit abu tanaman. Nak letak bekas terung tempat panas atau tempat teduh? Terung perlukan cahaya yang banyak. Letak tempat panas. Apakah pH yang sesuai untuk pokok terung? Terung gemar tanah dengan pH antara 5.5 hingga 6.5. Jangan risau jika tiada meter pH. Julat ini adalah julat pH tanah yang lazim. Kecualilah jika anda berada di kawasan bukit batu kapur atau kawasan tepi laut, kebiasaanya anda tak perlu risau tentang pH tanah untuk tanaman terung. Nak semai benih terung dalam bekas semaian ker? Boleh juga. Pengarang gunakan dulang semaian. Mana-mana bekas yang tidak menakung air OK aja. Nak guna tanah yang macamana untuk semai benih? Mana-mana tanah yang mampu menyimpan air. Benih terung belum perlukan nutrien, jadi bahan media semaian, misalnya tanah gambut, sabut kelapa, sabut kelapa sawit, semuanya boleh dgunakan. Tanah kebun (tanah atas, topsoil) boleh digunakan.
  • 2. Boleh juga guna tanah kebun yang dicampur dengan humus. Cuma jangan guna tanah yang digaul dengan arang atau abu kerana ia tidak sesuai. Kandungan garam yang terlalu tinggi mampu menggangu percambahan benih terung. Ketika menyemai, pastikan … Ketika menyemai letakkan bekas semaian di tempat yang terlindung daripada hujan. Pastikan tanah sentiasa lembap. Nak kena rendam dulu ker benih? Elok juga rendam dalam air suam antara 2 hingga 8 jam. Tak rendam pun tak apa, cuma lambat sedikit benih bercambah. Berapa hari ambil masa untuk bercambah? Walaupun kadang-kadang benih dari tanamsendiri cepat bercambah, jangkamasa benih bercambah lazimnya antara 14 hngga 21 hari, iaitu 2 hingga 3 minggu. Biasanya saya akan terima panggilan daripada rakan-rakan kerana menyangka mendapat benih yang tidak bernas. Bernas, cuma rakan-rakan perlu sabar menanti. Banyak mana nak tanam pokok terung? Jika nak tanam untuk makan sendiri, saya syorkan 2 pokok untuk setiap ahli keluarga yang makan terung. Nak tanam lebih, lagi baik. Seeloknya jangan tanam kurang, bimbang kempunan. ;P Bila nak alih cambahan? Alih bila daun sebenar kelihatan, iaitu ketika daun ke tiga dan keempat kelihatan. Biasanya 2 minggu selepas benih bercambah. Nak tanam berapa pokok dalam satu pasu? Tanam satu pokok. Jika ada banyak ruang kosong, tanam sawi atau salad dalam ruang tersebut. Jika tanam atas batas? Jika tanam atas batas, jarakkan batas antara batas 60 hingga 90 cm, aitu 2 hingga 3 kaki. Jika nak tanam secara intensif? 45 cm (1.5 kaki) pun ok juga. Perlu membaja di peringkat awal? Elok gaulkan dulu tanah dengan baja organik. Siram dan biarkan selama 1 hingga 2
  • 3. minggu. Letak banyak baja. Jika buat begini, tak perlu tambah baja selepas menanam. Perlu merumput? Perlu, jangan bazirkan ruang dan baja untuk tumbuhan yang tidak diingini. Seeloknya cabut rumpai seminggu sekali. Cabut aja, jangan cangkul kerana akar pokok terung tak tumbuh dalam. Perlu siram ker? Jika tak hujan, siram untuk pastikan tanah kekal lembap. Perlu membaja? Kan dah letak baja sebelum mengalih. Memadai siram dengan teh kompos tanamsendiri. Perlu pasang sungkup? Elok juga, misalnya tutup tanah dengan pelepah kelapa, atau jerami jagung, atau cebisan tempurung untuk kekalkan kelembapan tanah. Perlu pangkas? Bila pokok dah tumbuh setinggi satu kaki, cubit buang tunas utama untuk hasilkan pokok yang rimbun dan tidak terlalu tinggi. Makhluk perosak? Jika pokok lemah lazimnya lalat puth akan menyerang. Lalat buah juga kadang- kadang menyerang buah. Jadi untuk pastikan serangan makhluk perosak kurang, pastikan pokok subur. Macam kita juga, kalau badan lemah, mudah terkena jangkitan penyakit. Bila nak tuai? Jika menanam untuk makan sendiri, tuai ketika buah paling enak rasanya, iaitu ketika buah paling berkilau. Bila buah mula pudar, rasa pahit semakin kuat. Mana nak dapatkan benih terung? SMS/WhatsApp 0175009364