SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
SEMESTER SEPTEMBER/2019
MPU3112
HUBUNGAN ETNIK
NAMA PELAJAR : NURHADIBAH BINTI MOHD HARON
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :
PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 OBJEKTIF 2
3.0 AKTIVITI/PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK
INTEGRASI KAUM DALAM MASYARAKAT.
3-7
4.0 IMPAK AKTIVITI YANG BERCORAK INTEGRASI KAUM
YANG DIJALANKAN DALAM MASYARAKAT.
8-11
5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG INDIVIDU/
PERTUBUHAN SYARIKAT TIDAK AKTIF DALAM
AKTIVITI/PROGRAM BERCORAK INTEGRASI KAUM.
12-13
6.0 KESIMPULAN 14
7.0 LAPORAN REFLEKSI 15
8.0 RUJUKAN 16
1
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan Raja
Berpelembagaan. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan setelah dijajah
oleh beberapa empayar besar seperti British, Portugis dan Jepun. Hasil daripada penjajahan ini,
impak besar yang ditinggalkan adalah lahirnya rakyat yang berbilang kaum terdiri dari 3 kaum
utama iaitu Cina, Melayu dan India. Namun, satu lagi tarikh bersejarah iaitu 16 September 1963,
Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura dan membentuk negara
Malaysia. Namun, Singapura telah membuat keputusan untuk keluar dari Malaysia pada 9 Ogos
1965. Maka pertambahan kaum dari Sabah dan Sarawak yang mana majoritinya terdiri dari kaum
Bumiputera terhasil.
Oleh yang demikian, kepelbagaian kaum yang wujud di nagara ini telah mencetuskan pelbagai
cabaran sekaligus memberi impak kepada kerajaan dalam mewujudkan sebuah negara yang aman
dan harmoni. Pada 13 Mei 1967, satu tarikh keramat yang tidak akan dilupakan oleh rakyat
Malaysia apabila negara di isytihar darurat setelah berlakunya rusuhan kaum yang meragut nyawa
serta harta benda. Kejadian ini merupakan satu titik hitam bagi sejarah negara yang menunjukkan
bahawa masalah perkauman di negara ini berada di kemuncaknya. Hasil daripada insiden
tersebut, wujudnya Rukun Negara adalah untuk membentuk Malaysia sebuah negara yang bebas
dari masalah perkauman.
Bagi mengekalkan perpaduan negara, semua pihak memainkan peranan yang dalam memastikan
kedaulatan negara terjamin. Sekiranya perpaduan tidak dapat dikekalkan, maka jatuhlah maruah
negara sebagai negara yang berdaulat. Semua pihak tanpa mengira kaum perlu bergabung bagi
mewujudkan sebuah negara yang maju. Hal ini demikian kerana, pembangunan negara adalah
elemen utama dalam Wawasan 2020 yang diusahakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr
Mahathir.
2
2.0 OBJEKTIF
Berpandukan soalan tugasan yang diberikan, objektif tugasan ini adalah untuk:
I. Mengenal pastibentuk aktiviti/program yang dapat memupuk integrasi kaum dalam
masyarakat.
II. Mengenal pasti impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum yang dijalankan dalam
masyarakat.
III. Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang individu/pertubuhan syarikat tidak aktif
dalam program/aktiviti bercorak integrasi kaum.
3
3.0 AKTIVITI/PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK INTEGRASI KAUM DALAM
MASYARAKAT.
Sehingga kini, Malaysia masih mampu mengekalkan perpaduan kaum dan tidak mempunyai isu-
isu besar yang melibatkan berlakunya rusuhan antara kaum. Namun begitu, rakyat Malaysia
termasuk pihak kerajaan tidak boleh bersenang-lenang dan berada dalam keadaan yang selesa.
Sebaliknya, lebih baik jika semua pihak berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum
agar negara lebih harmoni dan berkembang maju apabila adanya kerjasama antara kaum
terutamanya dalam pembangunan negara. Oleh itu, terdapat beberapa program yang boleh
dijalankan agar perpaduan kaum tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.
3.1 Malam Kebudayaan
(sumber: https://www.diarymama.com/wow-kl/)
4
Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, khasnya Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian memainkan peranan penting bagi menjalankan malam kebudayaan ini.
Malam kebudayaan merupakan malam di mana pelbagai kaum akan berkumpul dan
mempersembahkan budaya masing-masing dari segi tarian, pakaian, nyanyian dan sebagainya.
Tidak dinafikan bahawa malam kebudayaan ini sering dilakukan di peringkat sekolah mahupun
universiti, namun ianya tidak mencukupi dan perlu di kembangkan di peringkat kebangsaan untuk
semua rakyat Malaysia. Pada malam tersebut, pelbagai pertandingan boleh dijalankan bagi
menarik minat para peserta dan tetamu.
Dengan adanya malam kebudayaan ini, rakyat Malaysia akan lebih saling mengenali dan
mendalami budaya masing-masing seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Selain
itu, malam kebudayaan juga memainkan peranan untuk anak-anak muda khususnya untuk
mengenali kebudayaan warisan budaya yang kian lupa dek arus pembangunan yang rancak.
Remaja kini lebih banyak terpengaruh dengan budaya luar yang tidak sepatutnya dijadikan contoh
seterusnya telah menyebabkan kerosakan akhlak dalam kalangan remaja. Oleh itu, malam
kebudayaan ini bukan sahaja dapat membentuk remaja yang lebih baik, malah dapat memupuk
integrasi antara kaum di negara ini.
3.2 “Larian untuk Semua”
(sumber: http://www.astroawani.com/foto-malaysia/fit-malaysia-johor-2460/khairy-
jamaluddin-melepaskan-peserta-peserta-larian-27099)
5
Sukan merupakan salah satu cara untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia. Hal ini telah
dibuktikan dalam kejayaan beberapa orang atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik di Rio pada
tahun 2016. Antara atlet yang berjaya meraih pingat ialah Datuk Lee Chong Wei, Pandelela
Rinong dan Azizul Hasni Awang cukup membuktikan bahawa walaupun Malaysia mempunyai
pelbagai kaum tetapi masih mampu berkejasama untuk mengharumkan nama negara di persada
dunia.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengadakan satu program yang berbentuk kesukanan untuk semua
rakyat. Antara program yang boleh dilakukan adalah larian terbuka dengan bertemakan “Larian
Untuk Semua”. Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan penting untuk menjayakan
program ini. Tema Larian Untuk Semua bermaksud larian ini diadakan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan umur agar semangat ini dapat diterapkan kepada semua
masyakat tanpa mengira peringkat umur. Sekiranya anak-anak dibawa untuk program seperti ini,
sudah tentu semangat perkauman dapat di terap sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Kerjasama dan semangat yang terjalin semasa larian membantu untuk mengeratkan hubungan
antara kaum. Selain memupuk integrasi antara kaum, program ini juga dapat menyihatkan tubuh
badan agar lebih cergas seterusnya dapat mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan
rakyat Malaysia.
3.3 Program Pertukaran Pelajar
(sumber: https://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2018/11/school_students_0401.jpg)
6
Bagi memupuk integrasi antara kaum, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan bagi
memupuk sifat ini sejak dibangku sekolah. Oleh itu, kerajaan perlulah komited untuk
memperkasakan sekolah kebangsaan kerana hanya sekolah satu aliran sahaja dapat mendidik serta
memupuk integrasi kaum dalam kalangan generasi muda. Sekolah vernakular tidak mampu untuk
menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, sekolah vernakular
seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
menggunakan bahasa pengantar masing-masing.
Namun begitu, cadangan untuk menghapuskan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan
menyeluruh kerana masih ada rakyat Malaysia yang tidak berfikiran terbuka kerana bimbang
anak-anak mereka akan terpengaruh dengan budaya kaum lain. Jadi, kerajaan boleh mengadakan
Program Pertukaran Pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular. Program ini
diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar yang terpilih untuk berada di sekolah kebangsaan
agar pelajar tersebut dapat bergaul dengan pelajar berbilang kaum dan apabila pelajar tersebut
pulang ke sekolahnya, dia dapat menceritakan pengalamnya kepada pelajar lain.
Walaupun program ini tidak melibatkan semua pelajar, tetapi kesedaran itu dapat disebarkan
kepada pelajar lain. Harapan program seperti ini dapat menyedarkan rakyat bahawa sekolah
vernakular tidak lagi wajar dan perlu dimansuhkan.
3.4 Aktiviti gotong-royong
(sumber: https://survinthar.wordpress.com/2017/01/24/first-blog-post/)
7
Aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti paling mudah untuk di laksanakan kerana aktiviti ini
tidak melibatkan peruntukan yang tinggi dan hanya memerlukan komitmen dari semua pihak bagi
menjayakannya. Aktiviti ini boleh diadakan di seluruh negara tanpa mengira kawasan dan taraf.
Sesuai dengan slogan oleh pihak kerajaan, “Negara Bersih, Rakyat Sihat”. Aktiviti gotong-royong
dapat memupuk integrasi kaum terutamanya kawasan yang dihuni oleh berbilang kaum. Semua
penduduk tanpa mengira kaum akan bekerjasama untuk membersihkan kawasan mereka agar
mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan jauh dari penyakit yang tidak diundang.
8
4.0 IMPAK AKTIVITI YANG BERCORAK INTEGRASI KAUM YANG DIJALANKAN
DALAM MASYARAKAT.
Keamanan negara melalui integrasi kaum di Malaysia perlulah dikekalkan dan
dikukuhkan lagi dengan program-program yang bermanfaat seperti malam kebudayaan,
“Larian Untuk Semua” dan program pertukaran pelajar antara sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan. Aktiviti seperti ini jelas membuktikan banyak impak positif yang
boleh kita ambil untuk kebaikan negara.
4.1 Malam Kebudayaan
(http://www.ukm.my/news/Latest_News/pelajar-baharu-ukm-pamer-bakat-seni-
budaya/)
Banyak impak malam kebudayaan yang boleh kita perolehi. Program ini dapat menyatukan rakyat
negara ini yang berbilang kaum melalui pendekatan budaya pelbagai kaum dan keunikan budaya
masing-masing. Sebagai contoh, keunikan pakaian tradisional, tarian, dan nyanyian pelbagai
kaum dapat membuka mata rakyat Malaysia bahawa setiap kaum ada nilai mereka yang tersendiri
yang kaya dengan kesopanan. Pada asasnya tiada kaum yang menggalakkan pemakaian yang
menjolok mata, namun begitu ramai masyarakat negara ini khususnya anak-anak muda yang
terpengaruh dengan budaya luar seperti budaya barat.
9
Lagu-lagu tradisional tidak lagi berkumandang di corong-corong radio dan genre luar juga
menjadi kegilaan rakyat masa kini. Sedangkan lagu-lagu tradisional mempunyai nilai-nilai murni
yang wajar diikuti , bukannya lagu luar yang mempunyai lirik-lirik tidak sopan dan boleh
merosakkan akhlak rakyat negara ini. Oleh itu, malam kebudayaan ini memainkan peranan yang
besar untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan dalam diri masyarakat dan memperkenalkan
keunikan kepelbagian budaya di Malaysia. Dengan ini, integrasi antara kaum dapat di pupuk dan
keamanan Malaysia dapat di kekalkan.
4.2 “Larian Untuk Semua”
(sumber: https://mykampusradio.com/sukan-dan-politik-di-malaysia/)
Program sukan seperti larian ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat bukan sahaja dapat
memupuk integrasi antara kaum, malahan dapat mempromosikan gaya hidup sihat. Integrasi yang
terjalin hasil daripada kerjasama berpasukan semasa larian dapat mengeratkan lagi hubungan
antara kaum. Hal ini demikian kerana, larian ini boleh disertai secara berkumpulan dan
digalakkan untuk mempelbagaikan kaum dalam setiap kumpulan. Secara tidak langsung, masing-
masing akan memberikan semangat kepada ahli mereka yang lain.
10
Di samping itu, larian ini boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak kecil.
Oleh itu, ibu bapa menjadi elemen penting bagi menjadi suri tauladan kepada anak-anak mereka
agar bergaul dan memupuk integrasi kaum. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, kerana
apabila mereka sudah besar, sulit untuk ibu bapa membentuk anaknya. Jadi, program
membudayakan sukan ini bukan sahaja dapat memupuk integrasi kaum malah dapat
mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara sentiasa aman dan masyarakat jauh dari penyakit
kronik.
4.3 Program Pertukaran Pelajar
(sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/memupuk-
semangat-perpaduan-dan-patriosme)
Sekolah vernakular merupakan salah satu punca integrasi kaum tidak terjalin kerana pengasingan
kaum di sekolah berkenaan mewujudkan jurang antara kaum. Program pertukaran pelajar ini
memainkan peranan yang penting bagi membuka minda masyarakat Malaysia bahawa hubungan
baik antara kaum perlu diterapkan sejak dibangku sekolah. Sekolah kebangsaan merupakan
tunjang utama untuk menyatukan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, sekolah
kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.
Amalan membudayakan Bahasa Melayu ini bukan sahaja dapat menyatukan masyarakat pelbagai
kaum, malah dapat membuktikan bahawa Bahasa Melayu bukan sahaja untuk kaum Melayu,
tetapi merupakan Bahasa Kebangsaan negara ini. Ibu bapa memainkan peranan penting agar
membuka minda mereka bahawa Bahasa Melayu merupakan teras perpaduan kaum dan
merupakan nadi bagi mengekalkan keamanan negara. Oleh hal yang demikian, program
11
pertukaran pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular ini dapat mendedahkan
keindahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
4.4 Aktiviti gotong-royong
(sumber: http://ashshuaraa.blogspot.com/2017/01/gotong-royong-dapat-mewujudkan-
hubungan.html)
Hasil dari kerjasama yang terjalin semasa gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara
kaum. Semangat untuk sama-sama mengekalkan kebersihan kawasan tempat tinggal ini bukan
sahaja dapat memupuk integrasi kaum malah dapat menjauhkan diri dari penyakit denggi. Hal ini
demikian kerana, nyamuk aedes tidak akan membiak sekiranya kawasan itu bersih dan tiada
takungan air.
Hidup bermasyarakat perlulah saling bantu membantu seperti kata pepatah, yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bukan itu sahaja, aktiviti gotong-royong ini juga dapat
menyatukan penduduk sesebuah kawasan yang mungkin tidak pernah bersua muka walaupun
tinggal dalam satu kawasan dan memberi peluang kepada mereka untuk saling mengenali antara
satu sama lain. Sudah jelas bahawa aktiviti gotong-royong ini memberikan banyak manfaat
disamping memupuk integrasi kaum.
12
5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG INDIVIDU/ PERTUBUHAN
SYARIKAT TIDAK AKTIF DALAM AKTIVITI/PROGRAM BERCORAK INTEGRASI
KAUM.
Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya bagi memupuk
integrasi kaum dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa faktor
yang menghalang seseorang untuk aktif dalam program yang dijalankan menyebabkan tujuan
utama program tersebut dijalankan tidak tercapai.
5.1 Malam Kebudayaan
Malam kebudayaan sepatutnya menjadi satu tarikan kerana banyak persembahan yang akan
dipersembahkan, tetapi salah satu kelemahan program ini yang menjadi punca individu atau
mana-mana pertubuhan tidak mengambil bahagian adalah kerana strategi pengiklanan yang
kurang berkesan. Hal ini demikian kerana, program peringkat kebangsaan ini seharusnya di
iklankan lebih meluas. Pada era pemodenan ini, pelbagai cara untuk mengiklankan program ini
informasi ini tersebar lebih meluas.
Antara strategi yang boleh digunakan adalah melalui pengiklanan di televisyen. Pihak kerajaan
perlulah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengiklankan
program ini dengan jelas di televisyen. Selain itu, media sosial juga merupakan alat perantaraan
untuk menyebarkan sesuatu berita dengan cepat terutamanya kepada generasi muda. Jelaslah
bahawa pengiklanan yang kurang berkesan merupakan faktor utama orang ramai tidak aktif dalam
program ini. Apabila pengiklanan kurang berkesan, maklumat yang cuba disampaikan tidak
tercapai dan hasilnya orang ramai tidak mengetahui akan kewujudan program yang bermanfaat
seperti ini.
5.2 “Larian Untuk Semua”
Program larian terbuka seperti ini semestinya menelan belanja yang tinggi dan kebiasaannya
peserta akan dikenakan bayaran penyertaan untuk pemberian baju, pingat, makanan dan
minuman. Namun begitu, yuran yang dikenakan seharusnya berpatutan dan tidak membebankan.
Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai latar belakang. Yuran
penyertaan tidak sepatutnya membebankan para peserta.
Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana peruntukan untuk
Kementerian Belia dan Sukan boleh digunakan untuk menampung sebahagian dari kos program
ini. Ini kerana, program ini merupakan program membudayakan sukan agar masyarakat
13
mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping memupuk integrasi kaum. Yuran penyertaan yang
tinggi akan menyebabkan individu atau pertubuhan teragak-agak untuk melibatkan diri dalam
program ini.
5.3 Program Pertukaran Pelajar
Antara individu yang sukar untuk aktif dalam program ini ialah ibubapa sendiri. Hal ini demikian
kerana, ada sesetengah ibubapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam
program ini. Mereka bimbang anak-anak mereka terdedah dengan pergaulan pelbagai kaum dan
akan pengaruh dengan budaya kaum lain.
Perkara ini terjadi kerana masih ramai ibubapa yang berfikiran kolot, di mana mereka sering
berfikiran negatif terhadap kaum-kaum lain. Perasaan syak wasangka telah menyebabkan
integrasi kaum sukar dicapai. Generasi muda merupakan golongan yang perlu diberi pendekatan
mengenai integrasi kaum kerana mereka merupakan penentu masa depan negara. Sekiranya
mereka integrasi kaum dapat dipupuk sejak dibangku sekolah, maka perpaduan kaum dapat
dikekalkan kepada generasi seterusnya.
5.4 Aktiviti gotong-royong
Kekangan masa merupakan salah satu faktor utama seseorang individu itu tidak aktif dalam
aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini lebih
berkerjaya dan sibuk membanting tulang untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Perkara ini
bergerak selari dengan arus pemodenan zaman yang mengutamakan pangkat dan harta. Lebih
jelas dilihat di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, kadar sara hidup meningkat memaksa
rakyat untuk berkerja keras demi menyara kehidupan.
Akibat dari faktor ini, aktiviti seperti gotong-royong ini tidak lagi mendapat sambutan dalam
kalangan masyarakat. Walaupun aktiviti ini kebiasaannya dilakukan pada hujung minggu,
kebanyakan masyarakat lebih memilih untuk berehat di rumah setelah penat bekerja di hari
minggu. Jadi peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk berehat dan meluangkan masa
bersama keluarga.
14
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, integrasi kaum merupakan elemen penting bagi mengekalkan keamanan
sesebuah negara dan merupakan tunjang utama bagi memajukan sesebuah negara. Keunikan
Malaysia yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum tetapi masih dapat mengekalkan keamanan
negara perlu di jadikan contoh kepada negara-negara luar.
Justeru, masyarakat perlu saling memahami bagi mencapai salah satu matlamat utama Wawasan
2020 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu “mewujudkan negara
Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi
sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian,
bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai
kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”(Tun Dr Mahathir, 1991). Hubungan kaum yang
harmoni adalah kunci kepada sebuah negara yang maju dan stabil..Oleh itu, negara memerlukan
rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
15
7.0 LAPORAN REFLEKSI
Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada tutor-tutor saya yang banyak membantu sama ada atas talian mahupun semasa kelas
tutorial. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya di
saat saya hampir putus asa. Banyak halangan dan dugaan yang saya tempuhi terutamanya untuk
membahagikan masa antara komitmen di tempat kerja dan tugasan. Namun, berbekalkan kekuatan
diri saya mampu menyempurnakan tugasan ini pada masa yang ditetapkan.
Dalam pembelajaran ini, saya telah memperoleh banyak ilmu yang baru saya ketahui mengenai
pembentukan etnik di Malaysia. Sebagai rakyat negara ini, kita seharusnya terus berusaha untuk
mengekalkan keharmonian negara dengan memupuk perpaduan kaum yang terdiri daripada
Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Keharmonian negara agak dapat dicapai sekiranya semua
masyarakat saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Perbezaan
agama dan kaum tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bersatu padu.
Negara kita akan disegani oleh negara-negara luar sekiranya kita dapat membuktikan bahawa
kepelbagaian kaum bukan penghalang untuk membina sebuah negara yang maju. Rukun Negara
yang telah diwujudkan pada 1970 bertujuan mencapai satu pegangan atau pengertian terhadap
aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan
masing-masing. Setiap rakyat Malaysia perlulah berpegang dengan prinsip Rukun Negara agar
kejadian hitam pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum tidak akan berulang lagi.
Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya untuk lebih memahami dan mendalami
konsep perpaduan yang sekian lama menjadi matlamat utama kerajaan Malaysia. Saya juga
mempelajari usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan keharmonian rakyat
Malaysia
16
RUJUKAN
1. https://www.academia.edu/36191761/Cabaran_Dan_Langkah-
langkah_Pihak_Kerajaan_Dalam_Mewujudkan_Perpaduan_Kaum_Serta_Kepentin
gan_Pengekalan_Perpaduan_Di_Malaysia_-_Komunikasi_dan_Penyiaran_Islam_e-
Folio_
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020

More Related Content

What's hot

Outreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
Outreach Kemasukan ke Kolej VokasionalOutreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
Outreach Kemasukan ke Kolej VokasionalFatin Aminah Abdul Latif
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1aimm reka
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahyulin_eunice
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaMahyuddin Khalid
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notesElayne Khaw
 
Teori Kemoralan Sosial - Bab 2
Teori Kemoralan Sosial - Bab 2Teori Kemoralan Sosial - Bab 2
Teori Kemoralan Sosial - Bab 2Izzuddin Norrahman
 
teori struktural fungsional
teori struktural fungsionalteori struktural fungsional
teori struktural fungsionalSuff Fyee
 
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islamTeori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islamKu Ahmad Fatakhsya
 
tamadun melayu titas
tamadun melayu titastamadun melayu titas
tamadun melayu titassabbysamura
 
Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003Farhah Amir
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMBiani Mawal
 
Hegemoni barat
Hegemoni baratHegemoni barat
Hegemoni baratPermata Biru
 
Faktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islamFaktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islamAdila Shahida Azmi
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnikINSTAQLIM
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan PeradabanStacksApp
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)Nursyuhadah Rahwi
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISINur Fareha
 
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNorain Binti Jaafar
 

What's hot (20)

Outreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
Outreach Kemasukan ke Kolej VokasionalOutreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
Outreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
 
Dasar Awam 1
Dasar Awam 1Dasar Awam 1
Dasar Awam 1
 
Contoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalahContoh pernyataan masalah
Contoh pernyataan masalah
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notes
 
Teori Kemoralan Sosial - Bab 2
Teori Kemoralan Sosial - Bab 2Teori Kemoralan Sosial - Bab 2
Teori Kemoralan Sosial - Bab 2
 
teori struktural fungsional
teori struktural fungsionalteori struktural fungsional
teori struktural fungsional
 
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islamTeori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
Teori hierarki keperluan maslow menurut pandangan islam
 
tamadun melayu titas
tamadun melayu titastamadun melayu titas
tamadun melayu titas
 
Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003Mobiliti sosial.ppt 2003
Mobiliti sosial.ppt 2003
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
 
Hegemoni barat
Hegemoni baratHegemoni barat
Hegemoni barat
 
Faktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islamFaktor faktor kemerosotan tamadun islam
Faktor faktor kemerosotan tamadun islam
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PERKEMBANGAN DI EROPAH)
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 

Similar to Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum

Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaMiccaill Casparov
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnikAndy Hadzran
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanismakie
 
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikHubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut temauum
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13NurulHazrati
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraShe Dah
 
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASIHUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASIAshikin Azeman
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhirnuradiba
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integritiJacq95
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalSuriati Raman
 

Similar to Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum (20)

Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Waj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysiaWaj 3106 konsep 1-malaysia
Waj 3106 konsep 1-malaysia
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Usaha
UsahaUsaha
Usaha
 
Kepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduanKepentingan perpaduan
Kepentingan perpaduan
 
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan EtnikHubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
Hubungan Etnik UiTM 2017 - Pengenalan kepada Modul Hubungan Etnik
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Karangan ikut tema
Karangan ikut temaKarangan ikut tema
Karangan ikut tema
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negaraFaktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
Faktor faktor yang mempengaruhi proses penggubalan dasar-dasar bagi negara
 
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASIHUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Usaha integriti
Usaha integritiUsaha integriti
Usaha integriti
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 

More from Heather Strinden

53 Best Technical Report Example RedlineSP
53 Best Technical Report Example RedlineSP53 Best Technical Report Example RedlineSP
53 Best Technical Report Example RedlineSPHeather Strinden
 
Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.
Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.
Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.Heather Strinden
 
Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10
Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10
Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10Heather Strinden
 
TEEL Paragraph Sentence Starters Word Mat
TEEL Paragraph Sentence Starters Word MatTEEL Paragraph Sentence Starters Word Mat
TEEL Paragraph Sentence Starters Word MatHeather Strinden
 
Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.
Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.
Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.Heather Strinden
 
College Essay Essentials A Step-By-Step Guide To Writ
College Essay Essentials A Step-By-Step Guide To WritCollege Essay Essentials A Step-By-Step Guide To Writ
College Essay Essentials A Step-By-Step Guide To WritHeather Strinden
 
How To Write A Presentation Us. Online assignment writing service.
How To Write A Presentation  Us. Online assignment writing service.How To Write A Presentation  Us. Online assignment writing service.
How To Write A Presentation Us. Online assignment writing service.Heather Strinden
 
Narrative Essay Writing PPT. Online assignment writing service.
Narrative Essay Writing  PPT. Online assignment writing service.Narrative Essay Writing  PPT. Online assignment writing service.
Narrative Essay Writing PPT. Online assignment writing service.Heather Strinden
 
Expository Story. Exposition In A Story Why Background Infor
Expository Story. Exposition In A Story Why Background InforExpository Story. Exposition In A Story Why Background Infor
Expository Story. Exposition In A Story Why Background InforHeather Strinden
 
How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.
How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.
How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.Heather Strinden
 
All You Need To Know About Sociology Essay Writing Ser
All You Need To Know About Sociology Essay Writing SerAll You Need To Know About Sociology Essay Writing Ser
All You Need To Know About Sociology Essay Writing SerHeather Strinden
 
Annotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional Content
Annotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional ContentAnnotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional Content
Annotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional ContentHeather Strinden
 
Aristotle S Topics And Informal Reasoning
Aristotle S Topics And Informal ReasoningAristotle S Topics And Informal Reasoning
Aristotle S Topics And Informal ReasoningHeather Strinden
 
Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...
Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...
Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...Heather Strinden
 
3 Th Stage 2Nd Course
3 Th Stage 2Nd Course3 Th Stage 2Nd Course
3 Th Stage 2Nd CourseHeather Strinden
 
A LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MINING
A LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MININGA LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MINING
A LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MININGHeather Strinden
 
5 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 2020
5 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 20205 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 2020
5 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 2020Heather Strinden
 
Arabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of Al
Arabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of AlArabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of Al
Arabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of AlHeather Strinden
 
An Inquiry-Based Case Study For Conservation Biology
An Inquiry-Based Case Study For Conservation BiologyAn Inquiry-Based Case Study For Conservation Biology
An Inquiry-Based Case Study For Conservation BiologyHeather Strinden
 
An Introduction To Environmental Auditing
An Introduction To Environmental AuditingAn Introduction To Environmental Auditing
An Introduction To Environmental AuditingHeather Strinden
 

More from Heather Strinden (20)

53 Best Technical Report Example RedlineSP
53 Best Technical Report Example RedlineSP53 Best Technical Report Example RedlineSP
53 Best Technical Report Example RedlineSP
 
Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.
Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.
Empathy Answer - PHDessay.Com. Online assignment writing service.
 
Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10
Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10
Argumentative Essay Topics Dealing With Children - 10
 
TEEL Paragraph Sentence Starters Word Mat
TEEL Paragraph Sentence Starters Word MatTEEL Paragraph Sentence Starters Word Mat
TEEL Paragraph Sentence Starters Word Mat
 
Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.
Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.
Can Money Buy Happiness Essay - The Writing Center.
 
College Essay Essentials A Step-By-Step Guide To Writ
College Essay Essentials A Step-By-Step Guide To WritCollege Essay Essentials A Step-By-Step Guide To Writ
College Essay Essentials A Step-By-Step Guide To Writ
 
How To Write A Presentation Us. Online assignment writing service.
How To Write A Presentation  Us. Online assignment writing service.How To Write A Presentation  Us. Online assignment writing service.
How To Write A Presentation Us. Online assignment writing service.
 
Narrative Essay Writing PPT. Online assignment writing service.
Narrative Essay Writing  PPT. Online assignment writing service.Narrative Essay Writing  PPT. Online assignment writing service.
Narrative Essay Writing PPT. Online assignment writing service.
 
Expository Story. Exposition In A Story Why Background Infor
Expository Story. Exposition In A Story Why Background InforExpository Story. Exposition In A Story Why Background Infor
Expository Story. Exposition In A Story Why Background Infor
 
How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.
How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.
How To Make Fun Cursive N. Online assignment writing service.
 
All You Need To Know About Sociology Essay Writing Ser
All You Need To Know About Sociology Essay Writing SerAll You Need To Know About Sociology Essay Writing Ser
All You Need To Know About Sociology Essay Writing Ser
 
Annotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional Content
Annotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional ContentAnnotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional Content
Annotating Musical Theatre Plots On Narrative Structure And Emotional Content
 
Aristotle S Topics And Informal Reasoning
Aristotle S Topics And Informal ReasoningAristotle S Topics And Informal Reasoning
Aristotle S Topics And Informal Reasoning
 
Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...
Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...
Activity-Based Rail Freight Costing A Model For Calculating Transport Costs I...
 
3 Th Stage 2Nd Course
3 Th Stage 2Nd Course3 Th Stage 2Nd Course
3 Th Stage 2Nd Course
 
A LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MINING
A LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MININGA LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MINING
A LITERATURE REVIEW ON PHISHING EMAIL DETECTION USING DATA MINING
 
5 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 2020
5 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 20205 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 2020
5 Important Deep Learning Research Papers You Must Read In 2020
 
Arabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of Al
Arabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of AlArabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of Al
Arabic Writing Challenges Faced By Students In Collegiate 1 Of Al
 
An Inquiry-Based Case Study For Conservation Biology
An Inquiry-Based Case Study For Conservation BiologyAn Inquiry-Based Case Study For Conservation Biology
An Inquiry-Based Case Study For Conservation Biology
 
An Introduction To Environmental Auditing
An Introduction To Environmental AuditingAn Introduction To Environmental Auditing
An Introduction To Environmental Auditing
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Assignment OUM Hubungan Etnik-Integrasi Kaum

  • 1. SARJANA MUDA PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEMESTER SEPTEMBER/2019 MPU3112 HUBUNGAN ETNIK NAMA PELAJAR : NURHADIBAH BINTI MOHD HARON NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM
  • 2. ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 OBJEKTIF 2 3.0 AKTIVITI/PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK INTEGRASI KAUM DALAM MASYARAKAT. 3-7 4.0 IMPAK AKTIVITI YANG BERCORAK INTEGRASI KAUM YANG DIJALANKAN DALAM MASYARAKAT. 8-11 5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG INDIVIDU/ PERTUBUHAN SYARIKAT TIDAK AKTIF DALAM AKTIVITI/PROGRAM BERCORAK INTEGRASI KAUM. 12-13 6.0 KESIMPULAN 14 7.0 LAPORAN REFLEKSI 15 8.0 RUJUKAN 16
  • 3. 1 1.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi dan Raja Berpelembagaan. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan setelah dijajah oleh beberapa empayar besar seperti British, Portugis dan Jepun. Hasil daripada penjajahan ini, impak besar yang ditinggalkan adalah lahirnya rakyat yang berbilang kaum terdiri dari 3 kaum utama iaitu Cina, Melayu dan India. Namun, satu lagi tarikh bersejarah iaitu 16 September 1963, Tanah Melayu telah bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura dan membentuk negara Malaysia. Namun, Singapura telah membuat keputusan untuk keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Maka pertambahan kaum dari Sabah dan Sarawak yang mana majoritinya terdiri dari kaum Bumiputera terhasil. Oleh yang demikian, kepelbagaian kaum yang wujud di nagara ini telah mencetuskan pelbagai cabaran sekaligus memberi impak kepada kerajaan dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Pada 13 Mei 1967, satu tarikh keramat yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia apabila negara di isytihar darurat setelah berlakunya rusuhan kaum yang meragut nyawa serta harta benda. Kejadian ini merupakan satu titik hitam bagi sejarah negara yang menunjukkan bahawa masalah perkauman di negara ini berada di kemuncaknya. Hasil daripada insiden tersebut, wujudnya Rukun Negara adalah untuk membentuk Malaysia sebuah negara yang bebas dari masalah perkauman. Bagi mengekalkan perpaduan negara, semua pihak memainkan peranan yang dalam memastikan kedaulatan negara terjamin. Sekiranya perpaduan tidak dapat dikekalkan, maka jatuhlah maruah negara sebagai negara yang berdaulat. Semua pihak tanpa mengira kaum perlu bergabung bagi mewujudkan sebuah negara yang maju. Hal ini demikian kerana, pembangunan negara adalah elemen utama dalam Wawasan 2020 yang diusahakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir.
  • 4. 2 2.0 OBJEKTIF Berpandukan soalan tugasan yang diberikan, objektif tugasan ini adalah untuk: I. Mengenal pastibentuk aktiviti/program yang dapat memupuk integrasi kaum dalam masyarakat. II. Mengenal pasti impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum yang dijalankan dalam masyarakat. III. Mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang individu/pertubuhan syarikat tidak aktif dalam program/aktiviti bercorak integrasi kaum.
  • 5. 3 3.0 AKTIVITI/PROGRAM YANG DAPAT MEMUPUK INTEGRASI KAUM DALAM MASYARAKAT. Sehingga kini, Malaysia masih mampu mengekalkan perpaduan kaum dan tidak mempunyai isu- isu besar yang melibatkan berlakunya rusuhan antara kaum. Namun begitu, rakyat Malaysia termasuk pihak kerajaan tidak boleh bersenang-lenang dan berada dalam keadaan yang selesa. Sebaliknya, lebih baik jika semua pihak berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum agar negara lebih harmoni dan berkembang maju apabila adanya kerjasama antara kaum terutamanya dalam pembangunan negara. Oleh itu, terdapat beberapa program yang boleh dijalankan agar perpaduan kaum tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan. 3.1 Malam Kebudayaan (sumber: https://www.diarymama.com/wow-kl/)
  • 6. 4 Pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, khasnya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian memainkan peranan penting bagi menjalankan malam kebudayaan ini. Malam kebudayaan merupakan malam di mana pelbagai kaum akan berkumpul dan mempersembahkan budaya masing-masing dari segi tarian, pakaian, nyanyian dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa malam kebudayaan ini sering dilakukan di peringkat sekolah mahupun universiti, namun ianya tidak mencukupi dan perlu di kembangkan di peringkat kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia. Pada malam tersebut, pelbagai pertandingan boleh dijalankan bagi menarik minat para peserta dan tetamu. Dengan adanya malam kebudayaan ini, rakyat Malaysia akan lebih saling mengenali dan mendalami budaya masing-masing seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Selain itu, malam kebudayaan juga memainkan peranan untuk anak-anak muda khususnya untuk mengenali kebudayaan warisan budaya yang kian lupa dek arus pembangunan yang rancak. Remaja kini lebih banyak terpengaruh dengan budaya luar yang tidak sepatutnya dijadikan contoh seterusnya telah menyebabkan kerosakan akhlak dalam kalangan remaja. Oleh itu, malam kebudayaan ini bukan sahaja dapat membentuk remaja yang lebih baik, malah dapat memupuk integrasi antara kaum di negara ini. 3.2 “Larian untuk Semua” (sumber: http://www.astroawani.com/foto-malaysia/fit-malaysia-johor-2460/khairy- jamaluddin-melepaskan-peserta-peserta-larian-27099)
  • 7. 5 Sukan merupakan salah satu cara untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia. Hal ini telah dibuktikan dalam kejayaan beberapa orang atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik di Rio pada tahun 2016. Antara atlet yang berjaya meraih pingat ialah Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong dan Azizul Hasni Awang cukup membuktikan bahawa walaupun Malaysia mempunyai pelbagai kaum tetapi masih mampu berkejasama untuk mengharumkan nama negara di persada dunia. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengadakan satu program yang berbentuk kesukanan untuk semua rakyat. Antara program yang boleh dilakukan adalah larian terbuka dengan bertemakan “Larian Untuk Semua”. Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan penting untuk menjayakan program ini. Tema Larian Untuk Semua bermaksud larian ini diadakan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan umur agar semangat ini dapat diterapkan kepada semua masyakat tanpa mengira peringkat umur. Sekiranya anak-anak dibawa untuk program seperti ini, sudah tentu semangat perkauman dapat di terap sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kerjasama dan semangat yang terjalin semasa larian membantu untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Selain memupuk integrasi antara kaum, program ini juga dapat menyihatkan tubuh badan agar lebih cergas seterusnya dapat mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. 3.3 Program Pertukaran Pelajar (sumber: https://media.ohbulan.com/wp-content/uploads/2018/11/school_students_0401.jpg)
  • 8. 6 Bagi memupuk integrasi antara kaum, pihak kerajaan perlulah memainkan peranan bagi memupuk sifat ini sejak dibangku sekolah. Oleh itu, kerajaan perlulah komited untuk memperkasakan sekolah kebangsaan kerana hanya sekolah satu aliran sahaja dapat mendidik serta memupuk integrasi kaum dalam kalangan generasi muda. Sekolah vernakular tidak mampu untuk menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Namun begitu, cadangan untuk menghapuskan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan menyeluruh kerana masih ada rakyat Malaysia yang tidak berfikiran terbuka kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh dengan budaya kaum lain. Jadi, kerajaan boleh mengadakan Program Pertukaran Pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular. Program ini diadakan bagi mendedahkan kepada pelajar yang terpilih untuk berada di sekolah kebangsaan agar pelajar tersebut dapat bergaul dengan pelajar berbilang kaum dan apabila pelajar tersebut pulang ke sekolahnya, dia dapat menceritakan pengalamnya kepada pelajar lain. Walaupun program ini tidak melibatkan semua pelajar, tetapi kesedaran itu dapat disebarkan kepada pelajar lain. Harapan program seperti ini dapat menyedarkan rakyat bahawa sekolah vernakular tidak lagi wajar dan perlu dimansuhkan. 3.4 Aktiviti gotong-royong (sumber: https://survinthar.wordpress.com/2017/01/24/first-blog-post/)
  • 9. 7 Aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti paling mudah untuk di laksanakan kerana aktiviti ini tidak melibatkan peruntukan yang tinggi dan hanya memerlukan komitmen dari semua pihak bagi menjayakannya. Aktiviti ini boleh diadakan di seluruh negara tanpa mengira kawasan dan taraf. Sesuai dengan slogan oleh pihak kerajaan, “Negara Bersih, Rakyat Sihat”. Aktiviti gotong-royong dapat memupuk integrasi kaum terutamanya kawasan yang dihuni oleh berbilang kaum. Semua penduduk tanpa mengira kaum akan bekerjasama untuk membersihkan kawasan mereka agar mereka dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan jauh dari penyakit yang tidak diundang.
  • 10. 8 4.0 IMPAK AKTIVITI YANG BERCORAK INTEGRASI KAUM YANG DIJALANKAN DALAM MASYARAKAT. Keamanan negara melalui integrasi kaum di Malaysia perlulah dikekalkan dan dikukuhkan lagi dengan program-program yang bermanfaat seperti malam kebudayaan, “Larian Untuk Semua” dan program pertukaran pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Aktiviti seperti ini jelas membuktikan banyak impak positif yang boleh kita ambil untuk kebaikan negara. 4.1 Malam Kebudayaan (http://www.ukm.my/news/Latest_News/pelajar-baharu-ukm-pamer-bakat-seni- budaya/) Banyak impak malam kebudayaan yang boleh kita perolehi. Program ini dapat menyatukan rakyat negara ini yang berbilang kaum melalui pendekatan budaya pelbagai kaum dan keunikan budaya masing-masing. Sebagai contoh, keunikan pakaian tradisional, tarian, dan nyanyian pelbagai kaum dapat membuka mata rakyat Malaysia bahawa setiap kaum ada nilai mereka yang tersendiri yang kaya dengan kesopanan. Pada asasnya tiada kaum yang menggalakkan pemakaian yang menjolok mata, namun begitu ramai masyarakat negara ini khususnya anak-anak muda yang terpengaruh dengan budaya luar seperti budaya barat.
  • 11. 9 Lagu-lagu tradisional tidak lagi berkumandang di corong-corong radio dan genre luar juga menjadi kegilaan rakyat masa kini. Sedangkan lagu-lagu tradisional mempunyai nilai-nilai murni yang wajar diikuti , bukannya lagu luar yang mempunyai lirik-lirik tidak sopan dan boleh merosakkan akhlak rakyat negara ini. Oleh itu, malam kebudayaan ini memainkan peranan yang besar untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan dalam diri masyarakat dan memperkenalkan keunikan kepelbagian budaya di Malaysia. Dengan ini, integrasi antara kaum dapat di pupuk dan keamanan Malaysia dapat di kekalkan. 4.2 “Larian Untuk Semua” (sumber: https://mykampusradio.com/sukan-dan-politik-di-malaysia/) Program sukan seperti larian ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat bukan sahaja dapat memupuk integrasi antara kaum, malahan dapat mempromosikan gaya hidup sihat. Integrasi yang terjalin hasil daripada kerjasama berpasukan semasa larian dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. Hal ini demikian kerana, larian ini boleh disertai secara berkumpulan dan digalakkan untuk mempelbagaikan kaum dalam setiap kumpulan. Secara tidak langsung, masing- masing akan memberikan semangat kepada ahli mereka yang lain.
  • 12. 10 Di samping itu, larian ini boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak kecil. Oleh itu, ibu bapa menjadi elemen penting bagi menjadi suri tauladan kepada anak-anak mereka agar bergaul dan memupuk integrasi kaum. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, kerana apabila mereka sudah besar, sulit untuk ibu bapa membentuk anaknya. Jadi, program membudayakan sukan ini bukan sahaja dapat memupuk integrasi kaum malah dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat agar negara sentiasa aman dan masyarakat jauh dari penyakit kronik. 4.3 Program Pertukaran Pelajar (sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/memupuk- semangat-perpaduan-dan-patriosme) Sekolah vernakular merupakan salah satu punca integrasi kaum tidak terjalin kerana pengasingan kaum di sekolah berkenaan mewujudkan jurang antara kaum. Program pertukaran pelajar ini memainkan peranan yang penting bagi membuka minda masyarakat Malaysia bahawa hubungan baik antara kaum perlu diterapkan sejak dibangku sekolah. Sekolah kebangsaan merupakan tunjang utama untuk menyatukan rakyat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Amalan membudayakan Bahasa Melayu ini bukan sahaja dapat menyatukan masyarakat pelbagai kaum, malah dapat membuktikan bahawa Bahasa Melayu bukan sahaja untuk kaum Melayu, tetapi merupakan Bahasa Kebangsaan negara ini. Ibu bapa memainkan peranan penting agar membuka minda mereka bahawa Bahasa Melayu merupakan teras perpaduan kaum dan merupakan nadi bagi mengekalkan keamanan negara. Oleh hal yang demikian, program
  • 13. 11 pertukaran pelajar antara sekolah kebangsaan dan sekolah vernakular ini dapat mendedahkan keindahan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 4.4 Aktiviti gotong-royong (sumber: http://ashshuaraa.blogspot.com/2017/01/gotong-royong-dapat-mewujudkan- hubungan.html) Hasil dari kerjasama yang terjalin semasa gotong-royong dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Semangat untuk sama-sama mengekalkan kebersihan kawasan tempat tinggal ini bukan sahaja dapat memupuk integrasi kaum malah dapat menjauhkan diri dari penyakit denggi. Hal ini demikian kerana, nyamuk aedes tidak akan membiak sekiranya kawasan itu bersih dan tiada takungan air. Hidup bermasyarakat perlulah saling bantu membantu seperti kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bukan itu sahaja, aktiviti gotong-royong ini juga dapat menyatukan penduduk sesebuah kawasan yang mungkin tidak pernah bersua muka walaupun tinggal dalam satu kawasan dan memberi peluang kepada mereka untuk saling mengenali antara satu sama lain. Sudah jelas bahawa aktiviti gotong-royong ini memberikan banyak manfaat disamping memupuk integrasi kaum.
  • 14. 12 5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG INDIVIDU/ PERTUBUHAN SYARIKAT TIDAK AKTIF DALAM AKTIVITI/PROGRAM BERCORAK INTEGRASI KAUM. Pelbagai cara dan usaha boleh dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya bagi memupuk integrasi kaum dalam kalangan masyarakat negara ini. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menghalang seseorang untuk aktif dalam program yang dijalankan menyebabkan tujuan utama program tersebut dijalankan tidak tercapai. 5.1 Malam Kebudayaan Malam kebudayaan sepatutnya menjadi satu tarikan kerana banyak persembahan yang akan dipersembahkan, tetapi salah satu kelemahan program ini yang menjadi punca individu atau mana-mana pertubuhan tidak mengambil bahagian adalah kerana strategi pengiklanan yang kurang berkesan. Hal ini demikian kerana, program peringkat kebangsaan ini seharusnya di iklankan lebih meluas. Pada era pemodenan ini, pelbagai cara untuk mengiklankan program ini informasi ini tersebar lebih meluas. Antara strategi yang boleh digunakan adalah melalui pengiklanan di televisyen. Pihak kerajaan perlulah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengiklankan program ini dengan jelas di televisyen. Selain itu, media sosial juga merupakan alat perantaraan untuk menyebarkan sesuatu berita dengan cepat terutamanya kepada generasi muda. Jelaslah bahawa pengiklanan yang kurang berkesan merupakan faktor utama orang ramai tidak aktif dalam program ini. Apabila pengiklanan kurang berkesan, maklumat yang cuba disampaikan tidak tercapai dan hasilnya orang ramai tidak mengetahui akan kewujudan program yang bermanfaat seperti ini. 5.2 “Larian Untuk Semua” Program larian terbuka seperti ini semestinya menelan belanja yang tinggi dan kebiasaannya peserta akan dikenakan bayaran penyertaan untuk pemberian baju, pingat, makanan dan minuman. Namun begitu, yuran yang dikenakan seharusnya berpatutan dan tidak membebankan. Hal ini demikian kerana, masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai latar belakang. Yuran penyertaan tidak sepatutnya membebankan para peserta. Pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini kerana peruntukan untuk Kementerian Belia dan Sukan boleh digunakan untuk menampung sebahagian dari kos program ini. Ini kerana, program ini merupakan program membudayakan sukan agar masyarakat
  • 15. 13 mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping memupuk integrasi kaum. Yuran penyertaan yang tinggi akan menyebabkan individu atau pertubuhan teragak-agak untuk melibatkan diri dalam program ini. 5.3 Program Pertukaran Pelajar Antara individu yang sukar untuk aktif dalam program ini ialah ibubapa sendiri. Hal ini demikian kerana, ada sesetengah ibubapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka terlibat dalam program ini. Mereka bimbang anak-anak mereka terdedah dengan pergaulan pelbagai kaum dan akan pengaruh dengan budaya kaum lain. Perkara ini terjadi kerana masih ramai ibubapa yang berfikiran kolot, di mana mereka sering berfikiran negatif terhadap kaum-kaum lain. Perasaan syak wasangka telah menyebabkan integrasi kaum sukar dicapai. Generasi muda merupakan golongan yang perlu diberi pendekatan mengenai integrasi kaum kerana mereka merupakan penentu masa depan negara. Sekiranya mereka integrasi kaum dapat dipupuk sejak dibangku sekolah, maka perpaduan kaum dapat dikekalkan kepada generasi seterusnya. 5.4 Aktiviti gotong-royong Kekangan masa merupakan salah satu faktor utama seseorang individu itu tidak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong ini. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini lebih berkerjaya dan sibuk membanting tulang untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Perkara ini bergerak selari dengan arus pemodenan zaman yang mengutamakan pangkat dan harta. Lebih jelas dilihat di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur, kadar sara hidup meningkat memaksa rakyat untuk berkerja keras demi menyara kehidupan. Akibat dari faktor ini, aktiviti seperti gotong-royong ini tidak lagi mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat. Walaupun aktiviti ini kebiasaannya dilakukan pada hujung minggu, kebanyakan masyarakat lebih memilih untuk berehat di rumah setelah penat bekerja di hari minggu. Jadi peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
  • 16. 14 6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, integrasi kaum merupakan elemen penting bagi mengekalkan keamanan sesebuah negara dan merupakan tunjang utama bagi memajukan sesebuah negara. Keunikan Malaysia yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum tetapi masih dapat mengekalkan keamanan negara perlu di jadikan contoh kepada negara-negara luar. Justeru, masyarakat perlu saling memahami bagi mencapai salah satu matlamat utama Wawasan 2020 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu “mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”(Tun Dr Mahathir, 1991). Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada sebuah negara yang maju dan stabil..Oleh itu, negara memerlukan rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
  • 17. 15 7.0 LAPORAN REFLEKSI Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tutor-tutor saya yang banyak membantu sama ada atas talian mahupun semasa kelas tutorial. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya di saat saya hampir putus asa. Banyak halangan dan dugaan yang saya tempuhi terutamanya untuk membahagikan masa antara komitmen di tempat kerja dan tugasan. Namun, berbekalkan kekuatan diri saya mampu menyempurnakan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Dalam pembelajaran ini, saya telah memperoleh banyak ilmu yang baru saya ketahui mengenai pembentukan etnik di Malaysia. Sebagai rakyat negara ini, kita seharusnya terus berusaha untuk mengekalkan keharmonian negara dengan memupuk perpaduan kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan banyak lagi. Keharmonian negara agak dapat dicapai sekiranya semua masyarakat saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Perbezaan agama dan kaum tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bersatu padu. Negara kita akan disegani oleh negara-negara luar sekiranya kita dapat membuktikan bahawa kepelbagaian kaum bukan penghalang untuk membina sebuah negara yang maju. Rukun Negara yang telah diwujudkan pada 1970 bertujuan mencapai satu pegangan atau pengertian terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan masing-masing. Setiap rakyat Malaysia perlulah berpegang dengan prinsip Rukun Negara agar kejadian hitam pada 13 Mei 1969, iaitu rusuhan kaum tidak akan berulang lagi. Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya untuk lebih memahami dan mendalami konsep perpaduan yang sekian lama menjadi matlamat utama kerajaan Malaysia. Saya juga mempelajari usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menyuburkan keharmonian rakyat Malaysia