SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
Negara China mengamalkan sistem pemerintahan beraja bercorak dinasti
dari tahun 2205 hingga 1911 M. Dinasti pertama ialah Dinasti Hsia manakala
yang terakhir ialah Dinasti Manchu. Antara dinasti yang terkenal ialah Dinasti
Chin, Dinasti Ming dan Dinasti Ching. Gelaran “maharaja” mula digunakan
oleh Shih Huang Ti yang merupakan pengasas empayar di negara China.
Dinasti Ching bermula sebagai Dinasti Chin pada tahun 1616 M dan Nurhaci
sebagai Maharaja. Dinasti Ching juga berasal dari Manchuria juga dikenali
sebagai Dinasti Manchu. Pada tahun 1618 M, anak Nurhaci, Abahai
menyerang Korea dan menamakan semula dinastinya kepada Ching. Dinasti
Ching berakhir pada tahun 1912 M. Antara peranan maharaja dalam sistem
pemerintahan negara China pada zaman dinasti Ching ialah bidang eksekutif,
bidang ketenteraan, bidang kehakiman dan perundangan, bidang ekonomi
dan bidang intelektual dan keagamaan.
Dalam bidang eksekutif semasa era Dinasti Ching, maharaja mempunyai
kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan.Dasar-dasar seperti dasar
keterbukaan dan dasar tutup pintu ditentukan oleh maharaja. Maharaja juga
berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan.
Maharaja Dinasti Ching telah menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan
badan canselori pusat atau Chung-shu-sheng. Maharaja mendapatkan
nasihat daripada Sekretariat Agung yang bertugas menerima memorial setiap
hari dan mendrafkan dikri-dikri diraja. Dalam memastikan pembesar
menjalankan arahan sepenuhnya, maharaja menubuhkan Lembaga Penapis
atau Censorate untuk menjadi mata dan telinga maharaja. Maharaja
meluluskan kenaikan pangkat dan mengurniakan gelaran dan darjah
kebesaran kepada pembesar. Maharaja juga perlu mengetuai angkatan
tentera dalam medan peperangan dan maharaja juga perlu menandatangani
perjanjian dengan kuasa-kuasa asing.
Selain itu, Maharaja Dinasti Ching juga berperanan sebagai ketua tentera.
Pada peringkat awal pemerintahan Dinasti Ching, tugas maharaja dalam
bidang ketenteraan terbukti apabila menghadapi penentangan terhadap
bekas keluarga Dinasti Ming di Nanking dan penentangan Wu San-kuei pada
tahun 1681. Maharaja Chien-lung (1736-1795M) terkenal sebagai maharaja
ketenteraan semasa era Dinasti Ching. Baginda menjalankan kempen
ketenteraan bagi meluaskan empayar Ching hingga melintasi kawasan China
sebenar. Kawasan seperti Annam, Turkestan dan Burma menjadi negara
naungan China.
Seterusnya, maharaja juga berperanan dalam bidang kehakiman dan
perundangan. Dalam bidang kehakiman dan perundangan, Maharaja Dinasti
Ching merupakan sumber undang-undang negara. Pada tahun 1729,
Maharaja Yung Cheng menubuhkan Majlis Agung yang mengambil peranan
Sekretariat Agung. Maharaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan
undang-undang yang disediakan oleh Majlis Agung. Dalam sistem kehakiman
dan perundangan China, hukuman adalah secara kolektif dan sesorang itu
akan dianggap bersalah sehingga dia berjaya membuktikan dia tidak bersalah.
Maharaja Chien Lung mengendalikan kes-kes rayuan dan juga memberikan
pengampunan kepada sesorang yang didapati melakukan kesalahan.
Di samping itu, Maharaja Dinasti Ching juga memainkan peranan penting
dalam bidang ekonomi. Pada era Dinasti Ching, China mengalami Revolusi
Pertanian Komersial yang membawa kemakmuran dalam ekonomi. Aktiviti
ekonomi semakin rancak kesan penggunaan mata wang perak terutamanya
pada era pemerintahan Maharaja Kangsi. Baginda mewajibkan penggunaan
mata wang perak dalam pembayaran cukai. Peningkatan ekonomi telah
menggalakkan rasuah di kalangan pegawai pemungut cukai. Bagi
mengelakkan pegawai kerajaan mengamalkan rasuah, Maharaja Yung Cheng
telah menaikkan gaji mereka. Maharaja Kangsi turut menjalankan aktiviti
perdagangan dengan pedagang Barat dan membuka beberapa stesen cukai
terutamanya di Canton pada tahun 1685M. Pada tahun 1725M semasa era
pemerintahan Maharaja Yung Cheng, sistem Cohong diperkenalkan sebagai
orang tengah dengan pedagang Barat.
Akhir sekali, Maharaja juga berperanan dalam menguruskan bidang
intelektual dan keagamaan. Maharaja Dinasti Ching memastikan bidang
pendidikan berkembang pesat dengan menjadi penaung dalam bidang
pembelajaran, memberi bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan
menerbitkan kitab-kitab serta ensiklopedia. Selain itu, Maharaja Dinasti Ching
mengendalikan peperiksaan awam di peringkat daerah dan bandar serta
terlibat secara langsung dalam pengendalian peperiksaan awam di istana
maharaja. Maharaja juga akan memilih sepuluh orang calon terbaik dalam
peperiksaan yang dijalankan. Maharaja juga akan menyampaikan ceramah
kepada penuntut-penuntut di Kolej Imperial. Dalam bidang keagamaan pula,
Maharaja Dinasti Ching menjadi ketua agama dan mengetuai upacara
pemujaan.
Kesimpulannya, menjelang zaman Dinasti Ching terdapat sistem
pemerintahan yang teratur dan sistematik. Sistem pemerintahan ini juga
dapat melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan ekonomi. Pemerintahan
beraja di China berakhir dengan tamatnya pemerintahan Dinasti Ching pada
tahun 1912M. Kematian Maharaja Kuang-Hse diikuti oleh Maharani Dowager
pada tahun 1908 membawa kesan ke atas masyarakat China. Ini
mencetuskan idea pemodenan yang membawa kepada Revolusi China pada
tahun 1911M. Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan beraja Dinasti
Ching juga menghapuskan sistem pemerintahan beraja di China.

More Related Content

Similar to Peranan Maharaja dalam sistem pemerintahan Negara China pasa zaman dinasti Ching

Sejarah kerajaan holing (kalingga)
Sejarah kerajaan holing (kalingga)Sejarah kerajaan holing (kalingga)
Sejarah kerajaan holing (kalingga)Fikrul Ilmi
 
REVOLUSI_jepang _pptx.pptx
REVOLUSI_jepang _pptx.pptxREVOLUSI_jepang _pptx.pptx
REVOLUSI_jepang _pptx.pptxMafrizalYanuar
 
Projek titas
Projek titasProjek titas
Projek titas6787
 
Peradaban Lembah Sungai Kuning. PPT
Peradaban Lembah Sungai Kuning. PPTPeradaban Lembah Sungai Kuning. PPT
Peradaban Lembah Sungai Kuning. PPTPramesti Widya Utami
 
Materi 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptxMateri 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptxAgustinus Astono
 
Peradaban china kuno
Peradaban china kunoPeradaban china kuno
Peradaban china kunokhairunfirda
 
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaanPertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaansmk batu sapi
 
Kerajaan kalingga power point
Kerajaan kalingga power pointKerajaan kalingga power point
Kerajaan kalingga power pointSiti Nur Khotimah
 
pemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di englandpemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di englandQaseh Nur Husna
 
Ekonomi masyarakat tamadun china
Ekonomi masyarakat tamadun chinaEkonomi masyarakat tamadun china
Ekonomi masyarakat tamadun chinaMalar Muthiah
 
kerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdf
kerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdfkerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdf
kerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdfpancaparhusip1
 
TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...
TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...
TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...Billah Fendy
 
Peradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 Pekanbaru
Peradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 PekanbaruPeradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 Pekanbaru
Peradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 PekanbaruTWin AlfansuRi's
 
KERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIA
KERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIAKERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIA
KERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIAFarah Latiff
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuKOSPATI UKM
 

Similar to Peranan Maharaja dalam sistem pemerintahan Negara China pasa zaman dinasti Ching (20)

Sejarah kerajaan holing (kalingga)
Sejarah kerajaan holing (kalingga)Sejarah kerajaan holing (kalingga)
Sejarah kerajaan holing (kalingga)
 
REVOLUSI_jepang _pptx.pptx
REVOLUSI_jepang _pptx.pptxREVOLUSI_jepang _pptx.pptx
REVOLUSI_jepang _pptx.pptx
 
Raja mutlak
Raja mutlakRaja mutlak
Raja mutlak
 
Makala peradapan cina
Makala peradapan cinaMakala peradapan cina
Makala peradapan cina
 
Sejarah china
Sejarah chinaSejarah china
Sejarah china
 
Projek titas
Projek titasProjek titas
Projek titas
 
Peradaban Lembah Sungai Kuning. PPT
Peradaban Lembah Sungai Kuning. PPTPeradaban Lembah Sungai Kuning. PPT
Peradaban Lembah Sungai Kuning. PPT
 
Materi 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptxMateri 3 - Hukum Adat.pptx
Materi 3 - Hukum Adat.pptx
 
Peradaban china kuno
Peradaban china kunoPeradaban china kuno
Peradaban china kuno
 
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaanPertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
 
Kerajaan kalingga power point
Kerajaan kalingga power pointKerajaan kalingga power point
Kerajaan kalingga power point
 
pemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di englandpemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di england
 
Ekonomi masyarakat tamadun china
Ekonomi masyarakat tamadun chinaEkonomi masyarakat tamadun china
Ekonomi masyarakat tamadun china
 
Ekonomi masyarakat tamadun china
Ekonomi masyarakat tamadun chinaEkonomi masyarakat tamadun china
Ekonomi masyarakat tamadun china
 
kerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdf
kerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdfkerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdf
kerajaankalinggapowerpoint-131230063007-phpapp01.pdf
 
TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...
TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...
TAMADUN CHINA KEPELBAGAIAN FALSAFAH DAN AGAMA TAMADUN CHINA INSTITUSI POLITIK...
 
Tamadun china
Tamadun chinaTamadun china
Tamadun china
 
Peradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 Pekanbaru
Peradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 PekanbaruPeradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 Pekanbaru
Peradaban Lembah Sungai Kuning - SMA NEGERI 1 Pekanbaru
 
KERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIA
KERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIAKERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIA
KERAJAAN MONGOL: PENGARUH TERHADAP TAMADUN ISLAM, CINA DAN INDIA
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARElviraDemona
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxJajang Sulaeman
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxcupulin
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMPNiPutuDewikAgustina
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanNesha Mutiara
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945nrein671
 
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatankonsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatanSuzanDwiPutra
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfEirinELS
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa  PemrogramanMateri Bab 6 Algoritma dan bahasa  Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa PemrogramanSaeranSaeran1
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriFarhanPerdanaRamaden1
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...luqmanhakimkhairudin
 
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptxKegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptxWulanEnggarAnaskaPut
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANGilangNandiaputri1
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatankonsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa  PemrogramanMateri Bab 6 Algoritma dan bahasa  Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptxKegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
 

Peranan Maharaja dalam sistem pemerintahan Negara China pasa zaman dinasti Ching

  • 1. Negara China mengamalkan sistem pemerintahan beraja bercorak dinasti dari tahun 2205 hingga 1911 M. Dinasti pertama ialah Dinasti Hsia manakala yang terakhir ialah Dinasti Manchu. Antara dinasti yang terkenal ialah Dinasti Chin, Dinasti Ming dan Dinasti Ching. Gelaran “maharaja” mula digunakan oleh Shih Huang Ti yang merupakan pengasas empayar di negara China. Dinasti Ching bermula sebagai Dinasti Chin pada tahun 1616 M dan Nurhaci sebagai Maharaja. Dinasti Ching juga berasal dari Manchuria juga dikenali sebagai Dinasti Manchu. Pada tahun 1618 M, anak Nurhaci, Abahai menyerang Korea dan menamakan semula dinastinya kepada Ching. Dinasti Ching berakhir pada tahun 1912 M. Antara peranan maharaja dalam sistem pemerintahan negara China pada zaman dinasti Ching ialah bidang eksekutif, bidang ketenteraan, bidang kehakiman dan perundangan, bidang ekonomi dan bidang intelektual dan keagamaan. Dalam bidang eksekutif semasa era Dinasti Ching, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan.Dasar-dasar seperti dasar keterbukaan dan dasar tutup pintu ditentukan oleh maharaja. Maharaja juga berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan. Maharaja Dinasti Ching telah menghapuskan jawatan Perdana Menteri dan badan canselori pusat atau Chung-shu-sheng. Maharaja mendapatkan nasihat daripada Sekretariat Agung yang bertugas menerima memorial setiap hari dan mendrafkan dikri-dikri diraja. Dalam memastikan pembesar menjalankan arahan sepenuhnya, maharaja menubuhkan Lembaga Penapis atau Censorate untuk menjadi mata dan telinga maharaja. Maharaja meluluskan kenaikan pangkat dan mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar. Maharaja juga perlu mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan dan maharaja juga perlu menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa asing. Selain itu, Maharaja Dinasti Ching juga berperanan sebagai ketua tentera. Pada peringkat awal pemerintahan Dinasti Ching, tugas maharaja dalam bidang ketenteraan terbukti apabila menghadapi penentangan terhadap bekas keluarga Dinasti Ming di Nanking dan penentangan Wu San-kuei pada tahun 1681. Maharaja Chien-lung (1736-1795M) terkenal sebagai maharaja ketenteraan semasa era Dinasti Ching. Baginda menjalankan kempen ketenteraan bagi meluaskan empayar Ching hingga melintasi kawasan China sebenar. Kawasan seperti Annam, Turkestan dan Burma menjadi negara naungan China. Seterusnya, maharaja juga berperanan dalam bidang kehakiman dan perundangan. Dalam bidang kehakiman dan perundangan, Maharaja Dinasti Ching merupakan sumber undang-undang negara. Pada tahun 1729, Maharaja Yung Cheng menubuhkan Majlis Agung yang mengambil peranan Sekretariat Agung. Maharaja mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang yang disediakan oleh Majlis Agung. Dalam sistem kehakiman dan perundangan China, hukuman adalah secara kolektif dan sesorang itu akan dianggap bersalah sehingga dia berjaya membuktikan dia tidak bersalah. Maharaja Chien Lung mengendalikan kes-kes rayuan dan juga memberikan pengampunan kepada sesorang yang didapati melakukan kesalahan.
  • 2. Di samping itu, Maharaja Dinasti Ching juga memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. Pada era Dinasti Ching, China mengalami Revolusi Pertanian Komersial yang membawa kemakmuran dalam ekonomi. Aktiviti ekonomi semakin rancak kesan penggunaan mata wang perak terutamanya pada era pemerintahan Maharaja Kangsi. Baginda mewajibkan penggunaan mata wang perak dalam pembayaran cukai. Peningkatan ekonomi telah menggalakkan rasuah di kalangan pegawai pemungut cukai. Bagi mengelakkan pegawai kerajaan mengamalkan rasuah, Maharaja Yung Cheng telah menaikkan gaji mereka. Maharaja Kangsi turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan pedagang Barat dan membuka beberapa stesen cukai terutamanya di Canton pada tahun 1685M. Pada tahun 1725M semasa era pemerintahan Maharaja Yung Cheng, sistem Cohong diperkenalkan sebagai orang tengah dengan pedagang Barat. Akhir sekali, Maharaja juga berperanan dalam menguruskan bidang intelektual dan keagamaan. Maharaja Dinasti Ching memastikan bidang pendidikan berkembang pesat dengan menjadi penaung dalam bidang pembelajaran, memberi bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab-kitab serta ensiklopedia. Selain itu, Maharaja Dinasti Ching mengendalikan peperiksaan awam di peringkat daerah dan bandar serta terlibat secara langsung dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja. Maharaja juga akan memilih sepuluh orang calon terbaik dalam peperiksaan yang dijalankan. Maharaja juga akan menyampaikan ceramah kepada penuntut-penuntut di Kolej Imperial. Dalam bidang keagamaan pula, Maharaja Dinasti Ching menjadi ketua agama dan mengetuai upacara pemujaan. Kesimpulannya, menjelang zaman Dinasti Ching terdapat sistem pemerintahan yang teratur dan sistematik. Sistem pemerintahan ini juga dapat melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan ekonomi. Pemerintahan beraja di China berakhir dengan tamatnya pemerintahan Dinasti Ching pada tahun 1912M. Kematian Maharaja Kuang-Hse diikuti oleh Maharani Dowager pada tahun 1908 membawa kesan ke atas masyarakat China. Ini mencetuskan idea pemodenan yang membawa kepada Revolusi China pada tahun 1911M. Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan beraja Dinasti Ching juga menghapuskan sistem pemerintahan beraja di China.