Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1. Dokumen tersebut membahas tentang pengertian dan hukum jual beli saham menurut perspektif Islam
2. Terdapat saham yang halal, haram, dan syubhah berdasarkan aktivitas perusahaan tersebut
3. Ada beberapa kelebihan dan risiko dari berinvestasi saham seperti mudah dicairkan namun berisiko kerugian
2. PENGERTIAN DARI SEGI BAHASA
Dari perkatan arab ‘Sahm’ mempunyai pelbagai
makna antaranya nasib atau bahagian seperti
firma Allah:
Maksudnya : (dengan satu keadaan yang
memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu
menjadilah dia dari orang2 yang kalah yang
digelunsurkan (ke laut)
3. DALIL QURAN
‘Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah
kamu batalkan amal-amal kamu!” (Surah Muhammad 47:33)
4. Ajaran islam adalah ajaran yang universal dan menyeluruh. Untuk itu,
Allah memerintahkan manusia agar mengikutinya secara kaffah
walaupun islam lahir di abad yang jauh dari manusia zaman kini.
Tetapi, nilai-nilai islam tidak akan berubah.Walaupun teknologi
sentiasa berubah, tetapi permasalahan nilai dasar islam tetap akan
ada.Termasuk dalam hal ini masalah ekonomi syariah atau ekonomi
yang berasaskan akan islam.
Salah satu masalah ekonomi yang menjadi sorotan dan banyak keraguan di
dalamnya dari masyarakat adalah adanya tentang jual beli saham. Jual beli saham
menjadi hal yang kontroversial, padaha hal ini dilakukan oleh orang-orang yang
kelas ekonominya tinggi, para pengusaha, dan pejabat-pejabat negara atau
pemangku kepentingan.
5. PENGERTIAN DARI SEGI ISTILAH
Saham ialah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh
syarikat sebagai alat pemilikan.
6. SAHAM MENURUT AHLI EKONOMI
Bahagian tertentu pemodal sesebuah syarikat harta dan bahagian ini
mewakili sebahagian tertentu modal syarikat menerusi pemilikan skrip
saham bagi setiap pemodal. Ini dilihat sebagai suatu cara bagi
pengesahan hak milikya dalam sesebuah syarikat
Skrip saham atau dokumen yang sah yang diberikan kepada setiap
pemodal sebagai mengesahkan pemilikannya kerana setiap saham
yang diberi kepada pemodal memberikannya suatu hak dalam syarikat
mengikut peraturan yang selayaknya. Jumhur fuqaha’ kontemporari
berpendapat bahawa Islam secara umumnya mengharuskan penerbitan
dan jual beli saham, dengan syarat tidak mengandungi unsur-unsur
yang haram seperti riba, gharar, perniagaan benda yang haram dan
unsur-unsur haram yang lain. Oleh itu, hukum sesuatu saham
berbeza mengikut sifat sham tersebut dan jenisnnya.
7. HUKUM JUAL BELI SAHAM
Halal
• Syarikat yang
aktivitnya halal.
• Hukumnya harus
bermuamalah
dengan saham
syarikat.
Haram
• Syarikat yang
aktivitinya haram
• Seperti bank yang
mengamalkan riba,
syarikat pembuatan
arak dan
sebagainya.
Hukumnya haram
secara itifaq.
Syubhah
• Syarikat yang aktivitinya Syubhah.
• Syarikat yang mengeluarkan
perkhidmatan dan barangan yang halal,
tetapi kadangkala bermuamalah dengan
urusniaga yang haram seperti seperti
syarikat barangan elektrik, ubat-ubatan ,
kenderaan dan lain yang mebiayai aktiviti
syarikat dengan pinjama ribawi atau
urusniagqa yang melibatkan riba. Para
fuqaha, kontemporari berselisih
pendapat tentang masalah ini kepada
tigaa pendapat:
• Pendapat pertama; Haram bermuamalah
dengan saham syarikat ini selagi mana
tidak 100% halal.
• Pendapat kedua: Harus bermuamalaah
dengan saham syarikat ini tetapi dengn
syarat, berdasarkan kaedah fiqh dan nas
yang terbina di atas aas memudahkan
dan memudahkan dan mengangkat
kesusahan
• Pendapat ketiga: Makruh
8. KEBAIKAN JUAL BELI SAHAM
1. Mudah Dicairkan
Pelabur saham boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada
bila-bila masa.
2.Tidak Remeh, Tidak Cerewet. Patuh Syariah & Selamat
Urusniaga jual beli saham adalah mudah kerana boleh dibuat melalui
smartphone menggunakan platform yang disediakan oleh Broker.Tidak perlu
lagi telefon remisier macam dulu-dulu.Saham ini haram? Sehingga Jun 2016,
terdapat 669 syarikat patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia. Urusniaga
jual beli saham juga adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti
(SC) dan Bursa Malaysia.
9. 3. Boleh Dilakukan Secara PartTime
Tidak perlu berhenti kerja.Tidak perlu tengok harga saham setiap hari.Tidak perlu
tergesa-gesa membeli saham sesuatu syarikat. Lakukan analisa anda di waktu lapang.
Waktu malam atau hujung minggu juga boleh. Setelah yakin dengan saham yang ingin
dibeli, urusan pembelian boleh dibuat secara online menggunakan smartphone anda.
4. Jumlah KeuntunganTiada Batasan
Jika melabur dalam unit amanah, keuntungan hanyalah berdasarkan apa yang
diumumkan oleh unit amanah tersebut. Namun pelaburan saham di Bursa Malaysia,
jika anda mempunyai ILMU yang betul, keuntungan yang diperolehi adalah tiada
batasan. Malah untuk meraih keuntungan 100% adalah tidak mustahil. Jika silap beli
pula, boleh rugi 100%.
10. 5. Bebas Membuat Keputusan Sendiri
Seorang pelabur boleh membuat keputusan sendiri sama bila nak membeli
& menjual saham, nak untung cepat atau
hanya bercadang meraih dividen.Tiada siapa akan
marah anda dan tiada siapa boleh mengarah anda. Anda bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas duit anda.
Tetapi jika tiada ilmu, memang susah nak buat keputusan.
6. Keuntungan SahamTidak Dikenakan Cukai (IncomeTax)
Keuntungan pelaburan saham adalah dikecualikan cukai kerana ianya
adalah keuntungan modal (Capital GainTax).
Keuntungan modal yang dikenakan cukai di Malaysia adalah yang
membabitkan jual beli hartanah. Jadi, tidak kira berapa
banyak sekalipun keuntungan pelaburan anda, ianya bebas cukai!
11. 7. Keuntungan Saham Boleh Dizakatkan
Bila saham yang dijual mendapat keuntungan, maka keuntungan ini
boleh dizakatkan.
Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham
kepada 2 kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun
dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada
setahun.
12. KEKURANGAN JUAL BELI SAHAM
Risiko kerugian
Harga tidak stabil
Pulangan tinggi risiko pun tinggi
14. PELABURAN SAHAM MENURUT PANDANGAN
ISLAM
Saham tersebut mestilah
bebas daripada unsur riba’
Pelaburan saham bukanlah
di dalam syarikat korporat
atau perdagangan yang
berurus niaga dalam
perkara-perkara haram.
Saham yang dibeli mestilah
tidak mempunyai unsur-
unsur spekulasi.
15. CONTOH SAHAMYANG PATUH SYARIAH
TOP SAHAM PATUH SYARIAH DI BURSA MALAYSIA BAGITAHUN 2018
Merge Energy
DufuTechnology Corporation
Watta Holding
Le Swee Liat Group
Caely Holdings
Pansar Berhad
PMBTechnology
16. CONTOH SAHAMYANG MENIPU
INFO
Syarikat yang sedang diambil tindakan oleh JSJK:
1.MGSB
2.CAPITAL FOSTER ADVISOR
3.PELABURAN EMAS ROYAL GOLD
4.KONGSI MAKAN
5.RICHWAY
6.MONSPACE
7.MFACE/MBI
8.SAHAM - CENTURY DINASTY
9.BOOKCOIN
10.FOREX - FXUNITED
11.FOREX -TRIGERFX
17. CARA MENGETAHUI STATUS SYARIAH
SUATU SAHAM
Terdapat konsep Islamic Capital Market (ICM) di dalam pasaran bursa saham Malaysia yang
mana ianya meliputi pasaran saham, Islamic bond (sukuk) dan pelbagai lagi instrument
kewangan berlandaskan shariah.
Di Malaysia pelaburan saham Islamik bermula seawal tahun 1960an ketika mana Tabung
Haji mula diperkenalkan. Pada tahun 1983 Malaysia mengetengahkan Islamic Banking Act
(Akta Perbankan Islam) pada tahun 1983 dan Takaful Act pada tahun 1984.
Terdapat Shariah Advisory Council di dalam Bursa Malaysia yang bertanggungjawab untuk
penetapan kriteria-kriteria yang membolehkan sesuatu saham itu patuh syariah ataupun
tidak.
Antara fungsi utama SAC adalah memberikan nasihat di dalam perkembangan ICM dan
termasuklah perkembangan instrument-instrument kewangan yang baru menepati asas
konsep Islam.
SAC juga menjadi pusat rujukan utama untuk kesemua hal-hal dan isu-isu berkaitan ICM dan
prinsip-prinsip Shariah.
Mufti kerajaan, Pakar-pakar Shariah dan ahli-ahli akademik, serta ikon-ikon korporat yang
ternama mengepalai SAC untuk memandu arah tuju ICM di Malaysia.
Ahli-ahli SAC akan di pilih setiap 2 tahun sekali.