SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

                                      (MTD 1013)

                              SEMESTER 2 SESI 2010/2011

                                TUGASAN KUMPULAN:

               INISIATIF PERISIAN SOSIAL DI TANJONG MALIM

                                     KUMPULAN A



                                   DISEDIAKAN OLEH:

                         NAMA                                       NO MATRIK
NOOR MELLISA BT AZLAN                                               D20072030862
SITI AZIZAH BT SADELI                                               D20092030866
ZARINA BT SULEIMAN                                                  D20092030867
NUR HIDAYATI BT ISMAIL                                              D20092031737
ROSE DIANI BT ZAINI                                                 D20092031738



                                   DISEDIAKAN UNTUK:

                         ENCIK NORHISHAM B MOHAMAD NORDIN

                  PENSYARAH PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

                        UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

                              35900, TANJONG MALIM, PERAK

                                 PERAK DARUL RIDZUAN
Isi kandungan




Perkara                                              Muka Surat

1.0   Pengenalan                                         1

2.0   Objektif                                           1

3.0   Penyataan Masalah                                  2

4.0   Latar Belakang Butik                               2

      4.1    Nama dan Alamat Butik                       2

      4.2    No.Tel/Faks/E-Mel/Laman Sosial              3

      4.3    Sejarah Butik                               3

      4.4    Butiran Butik                               3

      4.5    Lokasi Butik                                6

5.0   Pemilihan Aplikasi                                 7

      5.1    Maklumat Wix.com                            8

6.0   Proses Pelaksanaan Projek                         10

7.0   Proses Promosi                                    18

8.0   Refleksi                                          19

9.0   Laporan Bergambar                                 20
Senarai Rajah




Perkara                    Muka Surat

Rajah 1                        4

Rajah 2                        5

Rajah 3                        5

Rajah 4                        6

Rajah 5                        6

Rajah 6                        7

Rajah 7                        7

Rajah 8                        8

Rajah 9                        8

Rajah 10                       9

Rajah 11                       9

Rajah 12                       9

Rajah 13                      12

Rajah 14                      13

Rajah 15                      14

Rajah 16                      14

Rajah 17                      15

Rajah 18                      15
Rajah 19   16

Rajah 20   16

Rajah 21   17

Rajah 22   17

Rajah 23   18

Rajah 24   19
1.0    Pengenalan

Kajian ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat
(MTD1013). Selain itu, ia bertujuan untuk melihat sejauh mana perisian sosial digunakan oleh
masyarakat awam di Tanjong Malim, Perak dalam mempromosikan perniagaan mereka. Perisian
sosial merupakan sistem perisian yang membenarkan pengguna berinteraksi dan berkongsi data.
Antara perisian sosial yang popular ialah Facebook, MySpace, Bebo, Flickr, Youtube serta
laman-laman komersial seperti Amazon.com dan eBay. Kebanyakan aplikasi ini berkongsi ciri-
ciri seperti API, reka bentuk berorientasikan perkhidmatan dan keupayaan muat naik data dan
media. Aplikasi perisian sosial melibatkan alat perhubungan dan alat interaktif. Alat-alat
perhubungan biasanya mengawal penangkapan, penyimpanan dan penyampaian komunikasi. Ia
lazimnya ditulis dan melibatkan audio dan video.

       Dengan demikian, melalui kajian dibuat dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh komuniti Tanjong Malim untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan meluas tanpa
melibatkan kos yang banyak. Malah, kajian ini juga dapat mendedahkan komuniti Tanjong
Malim tentang kelebihan menggunakan perisian sosial dalam perniagaan mereka.

       Kami telah memilih sebuah butik pengantin di Pekan Tanjong Malim sebagai tempat
untuk kami membuat kajian di dalam projek ini. Oleh kerana Pekan Tanjong Malim merupakan
tempat yang kecil dan mempunyai penduduk yang tidak ramai, maka masyarakat di sini mungkin
kurang terdedah dengan perisian sosial.




2.0    Objektif

Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu :

1. Untuk mempromosikan perniagaan komuniti Tanjong Malim.

2. Memperkenalkan perisian sosial kepada komuniti perniagaan kecil.

3. Untuk memenuhi kehendak Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat (MTD1013).
3.0       Penyataan Masalah

1. Komuniti Tanjong Malim khususnya masyarakat awam kurang pendedahan kepada perisian
      sosial.




4.0       Latar Belakang Butik

Bahagian ini akan menerangkan serba sedikit tentang butik perkahwinan yang dipilih untuk
menjalankan kajian.




4.1       Nama dan Alamat Butik




                      No. 2 Jalan Rumah Rehat, Bangunan Arked MDTM,

                      35900 Tanjong Malim, Perak
4.2    No.Tel / Faks / E-Mel / Laman Sosial




              No.Tel         : 016-3712062

              E-Mel          : dayuindah.boutique@gmail.com

              Facebook       : www.facebook.com/dayuindah30

              Blog           : www.dayuindahboutique.blogspot.com




4.3    Sejarah Butik

Butik D’Ayu Indah ini merupakan sebuah butik yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan
dengan pelbagai pakej ditawarkan. Butik ini ditubuhkan pada tahun 2004 oleh seorang guru
tadika yang ingin dikenali sebagai Puan Noorlida. Selama tujuh tahun beroperasi, butik ini telah
mempunyai pelanggan tetap dan telah mendapat banyak tempahan untuk perkahwinan.




4.4    Butiran Butik

Pengasas butik ini memperkenalkan butik beliau melalui pertolongan kenalan yang sudah
mempunyai pengalaman dalam perniagaan ini. Beliau turut memperkenalkan perniagaan ini
secara kecilan melalui saudara-mara. Butik D’Ayu Indah menawarkan pelbagai pakej
perkahwinan dan pakej fotografi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pelbagai koleksi
pakaian pengantin yang dijahit sendiri dan dibeli dari luar. Butik ini menyediakan koleksi
pakaian pengantin yang terkini iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Koleksi pakaian pengantin
adalah terdiri daripada Lace, French Lace, Songket, Gown, Coat dan lain-lain. Pelanggan boleh
memilih rekaan sendiri dan Butik D’Ayu Indah akan mereka pakaian yang dikehendaki mengikut
saiz pelanggan. Butik ini juga menyediakan perkhidmatan pemasangan pelamin di rumah
pengantin tanpa mengecas kos pengangkutan. Pelamin yang disediakan adalah berkonsepkan
moden dan ringkas. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin rumah dan pelamin dewan.
Dari segi hiasan pelamin, pelanggan boleh menentukan tema yang dikehendaki.

       Selain itu, butik ini juga menyediakan perkhidmatan solekan pengantin, inai mehdi,
tempahan hantaran, tempahan bunga telur, hiasan bilik tidur, makan beradab, katering dan
kanopi. Bagi pelanggan yang berminat untuk memasuki kelas solekan, butik ini juga sedia
menawarkan kelas solekan dengan harga yang berpatutan. Terdapat sepuluh pakej perkahwinan
yang ditawarkan iaitu dengan harga yang paling murah ialah sebanyak RM700 hingga RM2700.
Untuk pakej fotografi pula, butik ini mempunyai jurugambar khas untuk bakal mempelai. Pakej
fotografi yang ditawarkan ialah antara RM500 hingga RM1200. Pelanggan yang tidak mahu
menempah secara pakej boleh menempah secara berasingan setiap barang perkahwinan tersebut.

       Butik D’Ayu Indah menerima tempahan sama ada melalui telefon atau online. Ini
memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan mengikut pilihan mereka. Di
samping itu, butik ini juga mempunyai stokis seperti barangan Alfio Raldo, Satinni, Masterway,
Westica dan lain-lain kosmetik. Butik ini dibuka enam hari seminggu kecuali hari Ahad bermula
jam sembilan pagi hingga pukul lima petang.




             Rajah 1 : Tepak sireh yang menjadi barangan hantaran pengantin
Rajah 2 : Mahkota yang menjadi pilihan pengantin perempuan




           Rajah 3 : Antara koleksi aksesori pengantin
Rajah 4 : Antara koleksi pakaian pengantin



4.5    Lokasi Butik

Butik D’Ayu Indah terletak di Pekan Tanjong Malim iaitu kira-kira dua kilometer dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Rajah 5 : Peta Tanjong Malim




                                                                         Butik D’Ayu
                                                                            Indah


                       Rajah 6 : Peta kedudukan Butik D’Ayu Indah




5.0   Pemilihan Aplikasi

Kami telah memilih untuk menggunakan Wix.com sebagai platform untuk membantu pemilik
butik memperluaskan perniagaan beliau. Memandangakan butik ini sudah mempunyai akaun
Facebook dan Blog sendiri, maka kami membuat keputusan memilih aplikasi lain untuk
mempelbagaikan kaedah memperkenalkan butik ini kepada masyarakat luar bukan sahaja di
Tanjong Malim, malah di seluruh Malaysia.
Rajah 7 : Logo Wix.com



5.1    Maklumat Wix.com

Laman web Wix.com merupakan sebuah laman web yang mana pengguna tidak perlu membayar
untuk mendaftar. Laman web ini adalah berasaskan perisian flash iaitu setiap item yang terdapat
di dalam laman web ini adalah bergantung kepada penggunaan flash tanpa perlu pengaturcaraan.
Namun demikian, bagi yang ingin mempunyai domain atau tapak sendiri, mereka perlu
membayar domain tersebut. Wix.com menggunakan kaedah drag and drop iaitu pengguna
hanya perlu memilih reka bentuk dan item-item yang ingin dimasukkan ke dalam laman web
yang ingin dibina. Kelebihan Wix.com ialah ia mempunyai enjin carian yang mesra kerana
menggunakan kod HTML.




                              Rajah 8 : Laman hadapan Wix.com




                           Rajah 9 : Antara template yang disediakan
Rajah 10 : Antara butang Add yang disediakan




Rajah 11 : Antara butang Background yang disediakan




 Rajah 12 : Antara butang My Files yang disediakan
Pengguna boleh menerbitkan laman web yang dibuat dengan menekan pada butang
publish pada bahagian atas laman web. Laman web yang siap dibuat perlu di save dan di preview
untuk melihat hasil kerja sebelum diterbitkan dalam enjin carian. Setiap item yang perlu
dimasukkan adalah mengikut kreativiti pengguna.




6.0    Proses Pelaksanaan Projek

Untuk menjalankan projek ini memerlukan beberapa perancangan yang teliti dengan
mengenalpasti projek apa yang ingin dilaksanakan. Antaranya:

1. Kenalpasti kedai yang ingin dijalankan kajian

  Kami berbincang bersama ahli kumpulan untuk mengambil kedai butik dalam projek ini.
  Kemudian kami membuat tinjauan kedai butik yang didapati di Pekan Tanjung Malim.
  Apabila menemui pemilik sesebuah butik, kami perlu meminta kebenaran supaya dengan
  kebenaran memudahkan untuk kami menyatakan tujuan projek yang kami ingin dilaksanakan
  supaya pemilik kedai dapat memberi kerjasama apa yang ingin diperlukan semasa projek ini
  dijalankan. Terdapat juga kekangan bagi kami untuk mendapatkan kebenaran dan komitmen
  daripada pemilik kedai-kedai tersebut, Sekiranya tidak diberikan kebenaran daripada pemilik
  kedai, jadi tidak dapat membantu dalam pojek yang ingin dilaksanakan ini, oleh itu kami
  perlu mencari kedai butik yang dapat memberi kebenaran dan komitmen dalam pelaksanan
  projek ini. Pencarian kedai butik terhenti setelah pemilik Butik D’Ayu Indah memberi
  kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas kedai butiknya. Untuk menjalankan projek ini,
  kami perlu menerangkan kepada pemilik apa yang diperlukan. Kami memilih Butik D’Ayu
  Indah kerana mudah untuk kami berhubung dengan pemilik butik ini yang sudi bekerjasama
  dengan kami.




 2.Temubual yang pertama

  Dalam temujanji ini kami mendapatkan maklumat tentang kedai tersebut seperti penubuhan
  kedai butik tersebut, berapa orang bekerja, hari dan waktu bekerja, dan         pelanggan.
Pn.Noorlida juga membuka kelas untuk mengajar solekan kepada sesiapa yang berminat
 dalam solekan dengan cara yang betul. Dengan mengetahui latar belakang kedai ini, jadi
 mudah bagi kumpulan kami untuk melaksanakan projek ini untuk memasukkan maklumat-
 maklumat dalam laman web WiX.com.




3. Temubual yang kedua

 Perjumpaan seterusnya,kami mendapatkan maklumat secara terperinci tentang penubuhan
 awal Butik D’Ayu Indah dan perkhidmatan yang disediakan di butik tersebut. Pn. Noorlida
 memberi pamplet kepada kami yang mempunyai senarai perkhidmatan dan pakej yang
 disediakan di samping menemubual beliau. Kemudian, kami bertanya tentang perisian sosial
 yang telah digunakan bagi memperkenalkan, memperluaskan dan memperkembangkan bisnes
 tersebut. Pemilik Butik D’Ayu Indah ini menyatakan telah mempunyai blog dan facebook.




 4. Analisa Maklumat

  Setelah menemubual pemilik butik ini, kami membuat analisis daripada maklumat yang
 diperolehi untuk mencari perisian yang sesuai untuk digunakan dan bukan perisian yang telah
 sedia ada bagi kedai butik tersebut seperti blog dan facebook. Kami memastikan untuk
 mendapatkan perisian yang belum digunapakai lagi oleh butik tersebut. Selain itu juga,
 perisian yang digunakan dapat memberi tarikan dan user friendly kepada pengguna.




5. Aplikasi perisian yang sesuai

  Perisian yang kami pilih adalah Perisian WiX.com yang digunakan untuk mengaplikasikan
 maklumat dan perkhidmatan kedai butik tersebut yang diperolehi daripada pemilik kedai.
 Oleh itu, dengan WiX.com ini dapat mempersembahkan tentang Butik D’Ayu Indah. Secara
 tidak langsung dapat membantu mempromosikan dan memperkembangkan perniagaan butik
 ini.
WiX.Com adalah senang untuk dikendalikan kerana mudah bagi pengguna untuk
memasukkan data yang diperlukan. Dengan WiX, menggunakan secara drop and drag editor
dan HTML code. WiX juga dapat mengawal keywork, description and meta tag information
daripada tetapan dalam editor.




6. Pembangunan Laman Web WiX.Com

Laman         web        Butik       D’Ayu       Indah       boleh       dilayari      di
www.wix.com/dayuindahboutique/dayuindahboutique. Dalam laman web ini, dibahagikan
kepada 7 bahagian iaitu laman utama, koleksi pakaian, koleksi pelamin, pakej perkahwinan,
pakej fotografi, sumber untuk berhubung dengan butik ini dan video. Bahagian-bahagian ini
dipecahkan supaya mudah bagi pengguna untuk mengetahui dan memilih yang mana mereka
suka untuk akses. Setiap bahagian mempunyai maklumat yang berbeza . Apabila mengakses
pada laman web butik ini terpapar laman utama. Laman utama adalah penting untuk
memberitahu dan menyampaikan maklumat apa yang terkandung didalamnya serta dapat
mengakses kepada bahagian-bahagian lain.




                                 Rajah 13 : Laman utama
Apabila membuka laman web ini, anatarmuka laman utama Butik D’Ayu Indah
diapparkan. Dalam laman utama ini dinyatakan lokasi Butik D’Ayu Indah supaya pelanggan
dapat mengetahuinya di mana lokasi Butik D’Ayu Indah. Di samping itu juga menyatakan
perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh butik tersebut seperti berinai, menempah
hantaran, makan beradap dan sebagainya. Keistemewaan pada butik tersebut diberitahu supaya
pelanggan dapat mengetahui berkenaan dengan butik ini dan dapat membezakan dengan butik
lain. Butik D’Ayu Indah menerima tempahan melalui telefon dan online. Sekiranya terdapat
tempahan, Pn.Noorlida tidak mengenakan caj tambahan seperti kos pengangkutan dan lain-lain.
Pn.Noorlida menjaga hati pelanggan dengan mengutamakan citarasa pelanggan. Bentuk pelamin
dan hiasan pelamin mengikut keadaan dan sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan fesyen
pakaian yang berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dengan demikian Pn. Noorlida perlu
mengetahui perkembangan semasa tentang pakaian, bentuk pelamin dan sebagainya.




                              Rajah 14 : Antaramuka koleksi pakaian


       Ini adalah antaramuka paparan bagi koleksi pakaian. Pengguna yang melawat laman web
ini perlu mengklik pada koleksi pakaian dan akan dipaparkan seperti di atas. Untuk melihat
koleksi pakaian dengan jelas, perlu mengklik pada setiap slide dan kelihatan imej yang jelas
pakaian yang dipakai oleh model-model. Pelbagai jenis koleksi pakaian dapat dilihat seperti di
bawah ini:
Rajah 15 : Koleksi pakaian pengantin yang digayakan oleh model



      Untuk melihat koleksi pelamin, pengguna boleh mengklik pada perkataan koleksi
pelamin tersebut dan paparan antaramuka dipaparkan. Pelbagai bentuk pelamin dapat di reka
mengikut kehendak pelanggan. Pengguna boleh klik pada butang seterusnya untuk melihat
contoh-contoh koleksi pelamin yang di buat oleh butik ini. Pelanggan boleh menentukan tema
bagi pelamin yang dikehendaki daripada Pn.Noorlida. Untuk hiasan pelamin Pn.Noorlida
menggunakan bunga yang berkualiti dan bunga-bunga segar. Antara contoh-contoh hiasan
pelamin:




                            Rajah 16 : Koleksi gambar pelamin
Rajah 17 : Antara koleksi pelamin




       Paparan di atas adalah anataramuka bagi pakej perkahwinan. Apabila pengguna ingin
melihat pakej perkahwinan perlu klik pada perkataan pakej perkahwinan tersebut dan terpapar
antaramuka bagi pakej perkahwinan. Terdapat sepuluh pakej perkahwinan. Setiap pakej
mempunyai harga yang berlainan dan kategori tertentu. Harga pelamin antara RM 700 –
RM2700. Sebagai contoh bagi pakej RM700 adalah sepasang pakaian bersanding, andaman dan
solekan serta aksesori. Bagi pakej RM 2700 adalah pelamin, sepasang pakaian bersanding,
sepasang pakaian berinai, 4 pasang persalinan, gaun/blazer, Andaman dan solekan sebanyak 2
kali. Pelanggan boleh memilih pakej yang dikehendaki. Pakej perkahwinan lain-lain, ini adalah
pakej mengikut kehendak pelanggan di mana setiap pemilihan dari pelanggan seperti peralatan
dan pakaian mempunyai harga masing-masing.




                              Rajah 18 : Paparan pada pakej B
Rajah 19 : Paparan pada pakej E




                            Rajah 20 : Paparan pada pakej lain-lain




       Pakej FotografiPaparan di atas adalah antaramuka bagi pakej perkahwinan. Penguna
perlu klik pada perkataan pakej fotografi. Dari paparan tersebut, didapati dua jenis pakej. Satu
pakej untuk perkahwinan dan satu pakej untuk potret keluarga. Bagi pakej fotografi perkahwinan
terdapat dua pakej dan harga adalah RM500 dan RM900. Setiap pakej mempunyai tawaran yang
tertentu. Pada pakej perkahwinan bagi harga RM900 terdapat dua pilihan, oleh itu pelanggan
boleh memilih pakej yang diingini. Bagi pakej fotografi untuk potret keluarga terdapat tiga pakej
dan harga RM250, RM350 dan RM500.
Rajah 21 : Antaramuka hubungi kami



       Paparan bagi antaramuka untuk pelanggan dapat menghubungi Butik D’Ayu Indah.
Dalam paparan ini pelanggan boleh mengetahui lokasi bagi Butik D’Ayu Indah melalui peta.
Dengan alamat mudah untuk mengunjungi ke Butik D’Ayu Indah. Penggunaan e-mel dan
telefon adalah cara yang mudah untuk berkomunikasi. Pelbagai cara dapat dilakukan oleh
pelanggan bagi menghubungi pemilik Butik D’Ayu Indah sekiranya ingin menggunakan atau
mengetahui secara terperincin perkhidmatan dari Butik D’Ayu Indah.




                  Rajah 22 : Pilihan untuk menghubungi Butik D’Ayu Indah
Rajah 23 : Antaramuka video




       Paparan video ini terdapat koleksi pakaian pengantin, koleksi pelamin, hiasan makan
beradap, solekan dan fotografi.




7.0    Proses Promosi

Dengan laman web yang menggunakan wix.com yang telah dibangunkan ini, dapat
dipromosikan dengan dihubungkan melalui Facebook. Oleh itu, dengan mudah orang lain dapat
mengakses laman web Butik D’Ayu Indah dengan diperkenalkan mmenggunakan rangkaian
sosial yang banyak pengguna. Butik ini bukan sahaja untuk pelanggan yang hendak berkahwin,
terbuka juga kepada orang lain sekiranya ingin mengguna perkhidmatan seperti solekan untuk ke
majlis-majlis
Rajah 24 : Laman Web butik di link kepada Facebook




8.0    Refleksi

Dalam kajian ini, kami dapat mengetahui wix.com adalah salah satu cara digunakan untuk
mempromosikan Butik D’Ayu Indah bagi mengembangkan operasi perniagaan ini. Promosi
perniagaan dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai rangkaian sosial. Tetapi rangkaian
sosial yang sesuai perlu di ambil kira supaya perniagaan dapat di kembangkan secara meluas.

       Selain itu, mendapat pengetahuan tentang perisian sosial wix.com. Perisian sosial
mempunyai pelbagai jenis tetapi pengetahuan tentang jenis-jenis perisian sosial adalah terhad
kerana mengikut pengguna yang ramai. Persepsi daripada pengguna tentang perisian sosial
wix.com adalah mudah dan dapat digunakan bagi memperkenalkan dan mengembangkan
perniagaan. Paparan gambar yang agak menarik dengan menggunakan wix.com.

       Setelah menemubual pemilik kedai Butik D’Ayu Indah, kami dapat mengetahui bahawa
bukan perkara yang mudah untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan. Banyak sekali
dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum perniagaan dapat berkembang dengan baik.
Ketekunan dan kesabaran adalah perlu dalam membuat perniagaan. Apabila berdepan dengan
pelanggan, pelbagai ragam pelanggan yang dapat ditemui. Oleh itu, semangat yang kuat dan
berfikiran positif perlu dalam diri setiap perkara yang ingin dilakukan.
9.0   Laporan Bergambar

More Related Content

What's hot

CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATRahsia Anggun
 
rancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenrancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenmohdhelmi25
 
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananKerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananSherly Jewinly
 
asas pembudayaan keusahawanan
asas pembudayaan keusahawananasas pembudayaan keusahawanan
asas pembudayaan keusahawananmirey
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANNor Syazwani
 
Pemasaran Restoran
Pemasaran  RestoranPemasaran  Restoran
Pemasaran RestoranHome
 
Proposal studi kelayakan_bisnis_cafe
Proposal studi kelayakan_bisnis_cafeProposal studi kelayakan_bisnis_cafe
Proposal studi kelayakan_bisnis_cafe20risman
 
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 
Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan
Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan
Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan Naiina Jhanggiani
 
Keripik Renyah Enak bro
Keripik Renyah Enak bro Keripik Renyah Enak bro
Keripik Renyah Enak bro desirezeki
 

What's hot (19)

Lembu
LembuLembu
Lembu
 
CONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKATCONTOH PROFILE SYARIKAT
CONTOH PROFILE SYARIKAT
 
rancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozenrancangan perniagaan frozen
rancangan perniagaan frozen
 
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananKerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
 
asas pembudayaan keusahawanan
asas pembudayaan keusahawananasas pembudayaan keusahawanan
asas pembudayaan keusahawanan
 
RANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAANRANCANGAN PERNIAGAAN
RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
Cadangan kertas cadangan perniagaan jan 2019
 
Wafafida
WafafidaWafafida
Wafafida
 
Rp percetakan
Rp percetakanRp percetakan
Rp percetakan
 
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANYProfil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
Profil ILTU owned by PASSION BEAUTY TRAINING COMPANY
 
frozen-food
frozen-foodfrozen-food
frozen-food
 
Profil slc one
Profil slc oneProfil slc one
Profil slc one
 
profile melawati
 profile melawati profile melawati
profile melawati
 
Rp dobi
Rp dobiRp dobi
Rp dobi
 
Pemasaran Restoran
Pemasaran  RestoranPemasaran  Restoran
Pemasaran Restoran
 
Proposal studi kelayakan_bisnis_cafe
Proposal studi kelayakan_bisnis_cafeProposal studi kelayakan_bisnis_cafe
Proposal studi kelayakan_bisnis_cafe
 
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)
 
Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan
Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan
Analisis Perusahaan Studi Kelayakan Bisnis pada Rumah Makan
 
Keripik Renyah Enak bro
Keripik Renyah Enak bro Keripik Renyah Enak bro
Keripik Renyah Enak bro
 

Similar to Repot butik d'ayu indah

Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...
Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...
Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...'Putra Indonesia'
 
Bahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptx
Bahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptxBahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptx
Bahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptxPuspaNovitaSari1
 
113693704 contoh-proposal-usaha-warnet
113693704 contoh-proposal-usaha-warnet113693704 contoh-proposal-usaha-warnet
113693704 contoh-proposal-usaha-warnetWage Susilo
 
WOW Mobile Asia bm slide
WOW Mobile Asia bm slideWOW Mobile Asia bm slide
WOW Mobile Asia bm slideMohd Zaiham
 
Bisnes internet
Bisnes internetBisnes internet
Bisnes internetEbisnes
 
Sia , putri nur musrimah , suryanih , stiami
Sia , putri nur musrimah , suryanih , stiamiSia , putri nur musrimah , suryanih , stiami
Sia , putri nur musrimah , suryanih , stiamiPutri nur musrimah
 
Contoh Proposal usaha fashion
Contoh Proposal usaha fashionContoh Proposal usaha fashion
Contoh Proposal usaha fashionManchester United
 
Proposal resmi tefa multimedia
Proposal resmi tefa multimediaProposal resmi tefa multimedia
Proposal resmi tefa multimediasambastudio
 
Proposal usaha disro
Proposal usaha disroProposal usaha disro
Proposal usaha disroyudha17
 
Global CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia WorldGlobal CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia Worldbisnis terbaru
 
Proposal jual beli online
Proposal jual beli onlineProposal jual beli online
Proposal jual beli onlinePutri Nugraheni
 
Proposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashion
Proposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashionProposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashion
Proposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashionHery budiyanto
 
7,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 2018
7,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 20187,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 2018
7,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 2018FirinMohammad
 
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale waeProposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale waeLiafatra Thohir
 

Similar to Repot butik d'ayu indah (20)

Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...
Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...
Curriculum Vitae SAPUTRA. Entrepreneur Muda Indonesia, Pembicara, Trainer Ent...
 
LPJ ISMAIL.pdf
LPJ ISMAIL.pdfLPJ ISMAIL.pdf
LPJ ISMAIL.pdf
 
Bahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptx
Bahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptxBahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptx
Bahan Ajar Bisnis Digital_upload.pptx
 
Proposal zeus net
Proposal zeus netProposal zeus net
Proposal zeus net
 
Tugas bussiness plan
Tugas bussiness planTugas bussiness plan
Tugas bussiness plan
 
BISNIS DIGITAL.pptx
BISNIS DIGITAL.pptxBISNIS DIGITAL.pptx
BISNIS DIGITAL.pptx
 
113693704 contoh-proposal-usaha-warnet
113693704 contoh-proposal-usaha-warnet113693704 contoh-proposal-usaha-warnet
113693704 contoh-proposal-usaha-warnet
 
WOW Mobile Asia bm slide
WOW Mobile Asia bm slideWOW Mobile Asia bm slide
WOW Mobile Asia bm slide
 
Bisnes internet
Bisnes internetBisnes internet
Bisnes internet
 
Sia , putri nur musrimah , suryanih , stiami
Sia , putri nur musrimah , suryanih , stiamiSia , putri nur musrimah , suryanih , stiami
Sia , putri nur musrimah , suryanih , stiami
 
Contoh Proposal usaha fashion
Contoh Proposal usaha fashionContoh Proposal usaha fashion
Contoh Proposal usaha fashion
 
Proposal resmi tefa multimedia
Proposal resmi tefa multimediaProposal resmi tefa multimedia
Proposal resmi tefa multimedia
 
Proposal usaha disro
Proposal usaha disroProposal usaha disro
Proposal usaha disro
 
Global CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia WorldGlobal CINTURY INT Asia World
Global CINTURY INT Asia World
 
Buku Panduan
Buku PanduanBuku Panduan
Buku Panduan
 
Proposal jual beli online
Proposal jual beli onlineProposal jual beli online
Proposal jual beli online
 
EPORTFOLIO.pdf
EPORTFOLIO.pdfEPORTFOLIO.pdf
EPORTFOLIO.pdf
 
Proposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashion
Proposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashionProposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashion
Proposal Ipteks bagi produk ekspor (IbPE) fashion
 
7,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 2018
7,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 20187,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 2018
7,wira usaha, Mohamad Mustagfirin, Hapzi ali, proposal ,mercu buana, 2018
 
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale waeProposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
Proposal perusahaan jasa percetakan online bale wae
 

Recently uploaded

MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxJajang Sulaeman
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMPNiPutuDewikAgustina
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASNursKitchen
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxDewiUmbar
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxrani414352
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfEirinELS
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDsulistyaningsihcahyo
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfsubki124
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptxfurqanridha
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...luqmanhakimkhairudin
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 

Repot butik d'ayu indah

  • 1. PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (MTD 1013) SEMESTER 2 SESI 2010/2011 TUGASAN KUMPULAN: INISIATIF PERISIAN SOSIAL DI TANJONG MALIM KUMPULAN A DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO MATRIK NOOR MELLISA BT AZLAN D20072030862 SITI AZIZAH BT SADELI D20092030866 ZARINA BT SULEIMAN D20092030867 NUR HIDAYATI BT ISMAIL D20092031737 ROSE DIANI BT ZAINI D20092031738 DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK NORHISHAM B MOHAMAD NORDIN PENSYARAH PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 35900, TANJONG MALIM, PERAK PERAK DARUL RIDZUAN
  • 2. Isi kandungan Perkara Muka Surat 1.0 Pengenalan 1 2.0 Objektif 1 3.0 Penyataan Masalah 2 4.0 Latar Belakang Butik 2 4.1 Nama dan Alamat Butik 2 4.2 No.Tel/Faks/E-Mel/Laman Sosial 3 4.3 Sejarah Butik 3 4.4 Butiran Butik 3 4.5 Lokasi Butik 6 5.0 Pemilihan Aplikasi 7 5.1 Maklumat Wix.com 8 6.0 Proses Pelaksanaan Projek 10 7.0 Proses Promosi 18 8.0 Refleksi 19 9.0 Laporan Bergambar 20
  • 3. Senarai Rajah Perkara Muka Surat Rajah 1 4 Rajah 2 5 Rajah 3 5 Rajah 4 6 Rajah 5 6 Rajah 6 7 Rajah 7 7 Rajah 8 8 Rajah 9 8 Rajah 10 9 Rajah 11 9 Rajah 12 9 Rajah 13 12 Rajah 14 13 Rajah 15 14 Rajah 16 14 Rajah 17 15 Rajah 18 15
  • 4. Rajah 19 16 Rajah 20 16 Rajah 21 17 Rajah 22 17 Rajah 23 18 Rajah 24 19
  • 5. 1.0 Pengenalan Kajian ini dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat (MTD1013). Selain itu, ia bertujuan untuk melihat sejauh mana perisian sosial digunakan oleh masyarakat awam di Tanjong Malim, Perak dalam mempromosikan perniagaan mereka. Perisian sosial merupakan sistem perisian yang membenarkan pengguna berinteraksi dan berkongsi data. Antara perisian sosial yang popular ialah Facebook, MySpace, Bebo, Flickr, Youtube serta laman-laman komersial seperti Amazon.com dan eBay. Kebanyakan aplikasi ini berkongsi ciri- ciri seperti API, reka bentuk berorientasikan perkhidmatan dan keupayaan muat naik data dan media. Aplikasi perisian sosial melibatkan alat perhubungan dan alat interaktif. Alat-alat perhubungan biasanya mengawal penangkapan, penyimpanan dan penyampaian komunikasi. Ia lazimnya ditulis dan melibatkan audio dan video. Dengan demikian, melalui kajian dibuat dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh komuniti Tanjong Malim untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan meluas tanpa melibatkan kos yang banyak. Malah, kajian ini juga dapat mendedahkan komuniti Tanjong Malim tentang kelebihan menggunakan perisian sosial dalam perniagaan mereka. Kami telah memilih sebuah butik pengantin di Pekan Tanjong Malim sebagai tempat untuk kami membuat kajian di dalam projek ini. Oleh kerana Pekan Tanjong Malim merupakan tempat yang kecil dan mempunyai penduduk yang tidak ramai, maka masyarakat di sini mungkin kurang terdedah dengan perisian sosial. 2.0 Objektif Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu : 1. Untuk mempromosikan perniagaan komuniti Tanjong Malim. 2. Memperkenalkan perisian sosial kepada komuniti perniagaan kecil. 3. Untuk memenuhi kehendak Kursus Pengurusan Teknologi Maklumat (MTD1013).
  • 6. 3.0 Penyataan Masalah 1. Komuniti Tanjong Malim khususnya masyarakat awam kurang pendedahan kepada perisian sosial. 4.0 Latar Belakang Butik Bahagian ini akan menerangkan serba sedikit tentang butik perkahwinan yang dipilih untuk menjalankan kajian. 4.1 Nama dan Alamat Butik No. 2 Jalan Rumah Rehat, Bangunan Arked MDTM, 35900 Tanjong Malim, Perak
  • 7. 4.2 No.Tel / Faks / E-Mel / Laman Sosial No.Tel : 016-3712062 E-Mel : dayuindah.boutique@gmail.com Facebook : www.facebook.com/dayuindah30 Blog : www.dayuindahboutique.blogspot.com 4.3 Sejarah Butik Butik D’Ayu Indah ini merupakan sebuah butik yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan dengan pelbagai pakej ditawarkan. Butik ini ditubuhkan pada tahun 2004 oleh seorang guru tadika yang ingin dikenali sebagai Puan Noorlida. Selama tujuh tahun beroperasi, butik ini telah mempunyai pelanggan tetap dan telah mendapat banyak tempahan untuk perkahwinan. 4.4 Butiran Butik Pengasas butik ini memperkenalkan butik beliau melalui pertolongan kenalan yang sudah mempunyai pengalaman dalam perniagaan ini. Beliau turut memperkenalkan perniagaan ini secara kecilan melalui saudara-mara. Butik D’Ayu Indah menawarkan pelbagai pakej perkahwinan dan pakej fotografi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pelbagai koleksi pakaian pengantin yang dijahit sendiri dan dibeli dari luar. Butik ini menyediakan koleksi pakaian pengantin yang terkini iaitu berkonsepkan moden dan trendy. Koleksi pakaian pengantin adalah terdiri daripada Lace, French Lace, Songket, Gown, Coat dan lain-lain. Pelanggan boleh memilih rekaan sendiri dan Butik D’Ayu Indah akan mereka pakaian yang dikehendaki mengikut saiz pelanggan. Butik ini juga menyediakan perkhidmatan pemasangan pelamin di rumah pengantin tanpa mengecas kos pengangkutan. Pelamin yang disediakan adalah berkonsepkan
  • 8. moden dan ringkas. Koleksi pelamin adalah terdiri daripada pelamin rumah dan pelamin dewan. Dari segi hiasan pelamin, pelanggan boleh menentukan tema yang dikehendaki. Selain itu, butik ini juga menyediakan perkhidmatan solekan pengantin, inai mehdi, tempahan hantaran, tempahan bunga telur, hiasan bilik tidur, makan beradab, katering dan kanopi. Bagi pelanggan yang berminat untuk memasuki kelas solekan, butik ini juga sedia menawarkan kelas solekan dengan harga yang berpatutan. Terdapat sepuluh pakej perkahwinan yang ditawarkan iaitu dengan harga yang paling murah ialah sebanyak RM700 hingga RM2700. Untuk pakej fotografi pula, butik ini mempunyai jurugambar khas untuk bakal mempelai. Pakej fotografi yang ditawarkan ialah antara RM500 hingga RM1200. Pelanggan yang tidak mahu menempah secara pakej boleh menempah secara berasingan setiap barang perkahwinan tersebut. Butik D’Ayu Indah menerima tempahan sama ada melalui telefon atau online. Ini memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuat tempahan mengikut pilihan mereka. Di samping itu, butik ini juga mempunyai stokis seperti barangan Alfio Raldo, Satinni, Masterway, Westica dan lain-lain kosmetik. Butik ini dibuka enam hari seminggu kecuali hari Ahad bermula jam sembilan pagi hingga pukul lima petang. Rajah 1 : Tepak sireh yang menjadi barangan hantaran pengantin
  • 9. Rajah 2 : Mahkota yang menjadi pilihan pengantin perempuan Rajah 3 : Antara koleksi aksesori pengantin
  • 10. Rajah 4 : Antara koleksi pakaian pengantin 4.5 Lokasi Butik Butik D’Ayu Indah terletak di Pekan Tanjong Malim iaitu kira-kira dua kilometer dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 11. Rajah 5 : Peta Tanjong Malim Butik D’Ayu Indah Rajah 6 : Peta kedudukan Butik D’Ayu Indah 5.0 Pemilihan Aplikasi Kami telah memilih untuk menggunakan Wix.com sebagai platform untuk membantu pemilik butik memperluaskan perniagaan beliau. Memandangakan butik ini sudah mempunyai akaun Facebook dan Blog sendiri, maka kami membuat keputusan memilih aplikasi lain untuk mempelbagaikan kaedah memperkenalkan butik ini kepada masyarakat luar bukan sahaja di Tanjong Malim, malah di seluruh Malaysia.
  • 12. Rajah 7 : Logo Wix.com 5.1 Maklumat Wix.com Laman web Wix.com merupakan sebuah laman web yang mana pengguna tidak perlu membayar untuk mendaftar. Laman web ini adalah berasaskan perisian flash iaitu setiap item yang terdapat di dalam laman web ini adalah bergantung kepada penggunaan flash tanpa perlu pengaturcaraan. Namun demikian, bagi yang ingin mempunyai domain atau tapak sendiri, mereka perlu membayar domain tersebut. Wix.com menggunakan kaedah drag and drop iaitu pengguna hanya perlu memilih reka bentuk dan item-item yang ingin dimasukkan ke dalam laman web yang ingin dibina. Kelebihan Wix.com ialah ia mempunyai enjin carian yang mesra kerana menggunakan kod HTML. Rajah 8 : Laman hadapan Wix.com Rajah 9 : Antara template yang disediakan
  • 13. Rajah 10 : Antara butang Add yang disediakan Rajah 11 : Antara butang Background yang disediakan Rajah 12 : Antara butang My Files yang disediakan
  • 14. Pengguna boleh menerbitkan laman web yang dibuat dengan menekan pada butang publish pada bahagian atas laman web. Laman web yang siap dibuat perlu di save dan di preview untuk melihat hasil kerja sebelum diterbitkan dalam enjin carian. Setiap item yang perlu dimasukkan adalah mengikut kreativiti pengguna. 6.0 Proses Pelaksanaan Projek Untuk menjalankan projek ini memerlukan beberapa perancangan yang teliti dengan mengenalpasti projek apa yang ingin dilaksanakan. Antaranya: 1. Kenalpasti kedai yang ingin dijalankan kajian Kami berbincang bersama ahli kumpulan untuk mengambil kedai butik dalam projek ini. Kemudian kami membuat tinjauan kedai butik yang didapati di Pekan Tanjung Malim. Apabila menemui pemilik sesebuah butik, kami perlu meminta kebenaran supaya dengan kebenaran memudahkan untuk kami menyatakan tujuan projek yang kami ingin dilaksanakan supaya pemilik kedai dapat memberi kerjasama apa yang ingin diperlukan semasa projek ini dijalankan. Terdapat juga kekangan bagi kami untuk mendapatkan kebenaran dan komitmen daripada pemilik kedai-kedai tersebut, Sekiranya tidak diberikan kebenaran daripada pemilik kedai, jadi tidak dapat membantu dalam pojek yang ingin dilaksanakan ini, oleh itu kami perlu mencari kedai butik yang dapat memberi kebenaran dan komitmen dalam pelaksanan projek ini. Pencarian kedai butik terhenti setelah pemilik Butik D’Ayu Indah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas kedai butiknya. Untuk menjalankan projek ini, kami perlu menerangkan kepada pemilik apa yang diperlukan. Kami memilih Butik D’Ayu Indah kerana mudah untuk kami berhubung dengan pemilik butik ini yang sudi bekerjasama dengan kami. 2.Temubual yang pertama Dalam temujanji ini kami mendapatkan maklumat tentang kedai tersebut seperti penubuhan kedai butik tersebut, berapa orang bekerja, hari dan waktu bekerja, dan pelanggan.
  • 15. Pn.Noorlida juga membuka kelas untuk mengajar solekan kepada sesiapa yang berminat dalam solekan dengan cara yang betul. Dengan mengetahui latar belakang kedai ini, jadi mudah bagi kumpulan kami untuk melaksanakan projek ini untuk memasukkan maklumat- maklumat dalam laman web WiX.com. 3. Temubual yang kedua Perjumpaan seterusnya,kami mendapatkan maklumat secara terperinci tentang penubuhan awal Butik D’Ayu Indah dan perkhidmatan yang disediakan di butik tersebut. Pn. Noorlida memberi pamplet kepada kami yang mempunyai senarai perkhidmatan dan pakej yang disediakan di samping menemubual beliau. Kemudian, kami bertanya tentang perisian sosial yang telah digunakan bagi memperkenalkan, memperluaskan dan memperkembangkan bisnes tersebut. Pemilik Butik D’Ayu Indah ini menyatakan telah mempunyai blog dan facebook. 4. Analisa Maklumat Setelah menemubual pemilik butik ini, kami membuat analisis daripada maklumat yang diperolehi untuk mencari perisian yang sesuai untuk digunakan dan bukan perisian yang telah sedia ada bagi kedai butik tersebut seperti blog dan facebook. Kami memastikan untuk mendapatkan perisian yang belum digunapakai lagi oleh butik tersebut. Selain itu juga, perisian yang digunakan dapat memberi tarikan dan user friendly kepada pengguna. 5. Aplikasi perisian yang sesuai Perisian yang kami pilih adalah Perisian WiX.com yang digunakan untuk mengaplikasikan maklumat dan perkhidmatan kedai butik tersebut yang diperolehi daripada pemilik kedai. Oleh itu, dengan WiX.com ini dapat mempersembahkan tentang Butik D’Ayu Indah. Secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan dan memperkembangkan perniagaan butik ini.
  • 16. WiX.Com adalah senang untuk dikendalikan kerana mudah bagi pengguna untuk memasukkan data yang diperlukan. Dengan WiX, menggunakan secara drop and drag editor dan HTML code. WiX juga dapat mengawal keywork, description and meta tag information daripada tetapan dalam editor. 6. Pembangunan Laman Web WiX.Com Laman web Butik D’Ayu Indah boleh dilayari di www.wix.com/dayuindahboutique/dayuindahboutique. Dalam laman web ini, dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu laman utama, koleksi pakaian, koleksi pelamin, pakej perkahwinan, pakej fotografi, sumber untuk berhubung dengan butik ini dan video. Bahagian-bahagian ini dipecahkan supaya mudah bagi pengguna untuk mengetahui dan memilih yang mana mereka suka untuk akses. Setiap bahagian mempunyai maklumat yang berbeza . Apabila mengakses pada laman web butik ini terpapar laman utama. Laman utama adalah penting untuk memberitahu dan menyampaikan maklumat apa yang terkandung didalamnya serta dapat mengakses kepada bahagian-bahagian lain. Rajah 13 : Laman utama
  • 17. Apabila membuka laman web ini, anatarmuka laman utama Butik D’Ayu Indah diapparkan. Dalam laman utama ini dinyatakan lokasi Butik D’Ayu Indah supaya pelanggan dapat mengetahuinya di mana lokasi Butik D’Ayu Indah. Di samping itu juga menyatakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh butik tersebut seperti berinai, menempah hantaran, makan beradap dan sebagainya. Keistemewaan pada butik tersebut diberitahu supaya pelanggan dapat mengetahui berkenaan dengan butik ini dan dapat membezakan dengan butik lain. Butik D’Ayu Indah menerima tempahan melalui telefon dan online. Sekiranya terdapat tempahan, Pn.Noorlida tidak mengenakan caj tambahan seperti kos pengangkutan dan lain-lain. Pn.Noorlida menjaga hati pelanggan dengan mengutamakan citarasa pelanggan. Bentuk pelamin dan hiasan pelamin mengikut keadaan dan sentiasa berubah-ubah. Begitu juga dengan fesyen pakaian yang berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dengan demikian Pn. Noorlida perlu mengetahui perkembangan semasa tentang pakaian, bentuk pelamin dan sebagainya. Rajah 14 : Antaramuka koleksi pakaian Ini adalah antaramuka paparan bagi koleksi pakaian. Pengguna yang melawat laman web ini perlu mengklik pada koleksi pakaian dan akan dipaparkan seperti di atas. Untuk melihat koleksi pakaian dengan jelas, perlu mengklik pada setiap slide dan kelihatan imej yang jelas pakaian yang dipakai oleh model-model. Pelbagai jenis koleksi pakaian dapat dilihat seperti di bawah ini:
  • 18. Rajah 15 : Koleksi pakaian pengantin yang digayakan oleh model Untuk melihat koleksi pelamin, pengguna boleh mengklik pada perkataan koleksi pelamin tersebut dan paparan antaramuka dipaparkan. Pelbagai bentuk pelamin dapat di reka mengikut kehendak pelanggan. Pengguna boleh klik pada butang seterusnya untuk melihat contoh-contoh koleksi pelamin yang di buat oleh butik ini. Pelanggan boleh menentukan tema bagi pelamin yang dikehendaki daripada Pn.Noorlida. Untuk hiasan pelamin Pn.Noorlida menggunakan bunga yang berkualiti dan bunga-bunga segar. Antara contoh-contoh hiasan pelamin: Rajah 16 : Koleksi gambar pelamin
  • 19. Rajah 17 : Antara koleksi pelamin Paparan di atas adalah anataramuka bagi pakej perkahwinan. Apabila pengguna ingin melihat pakej perkahwinan perlu klik pada perkataan pakej perkahwinan tersebut dan terpapar antaramuka bagi pakej perkahwinan. Terdapat sepuluh pakej perkahwinan. Setiap pakej mempunyai harga yang berlainan dan kategori tertentu. Harga pelamin antara RM 700 – RM2700. Sebagai contoh bagi pakej RM700 adalah sepasang pakaian bersanding, andaman dan solekan serta aksesori. Bagi pakej RM 2700 adalah pelamin, sepasang pakaian bersanding, sepasang pakaian berinai, 4 pasang persalinan, gaun/blazer, Andaman dan solekan sebanyak 2 kali. Pelanggan boleh memilih pakej yang dikehendaki. Pakej perkahwinan lain-lain, ini adalah pakej mengikut kehendak pelanggan di mana setiap pemilihan dari pelanggan seperti peralatan dan pakaian mempunyai harga masing-masing. Rajah 18 : Paparan pada pakej B
  • 20. Rajah 19 : Paparan pada pakej E Rajah 20 : Paparan pada pakej lain-lain Pakej FotografiPaparan di atas adalah antaramuka bagi pakej perkahwinan. Penguna perlu klik pada perkataan pakej fotografi. Dari paparan tersebut, didapati dua jenis pakej. Satu pakej untuk perkahwinan dan satu pakej untuk potret keluarga. Bagi pakej fotografi perkahwinan terdapat dua pakej dan harga adalah RM500 dan RM900. Setiap pakej mempunyai tawaran yang tertentu. Pada pakej perkahwinan bagi harga RM900 terdapat dua pilihan, oleh itu pelanggan boleh memilih pakej yang diingini. Bagi pakej fotografi untuk potret keluarga terdapat tiga pakej dan harga RM250, RM350 dan RM500.
  • 21. Rajah 21 : Antaramuka hubungi kami Paparan bagi antaramuka untuk pelanggan dapat menghubungi Butik D’Ayu Indah. Dalam paparan ini pelanggan boleh mengetahui lokasi bagi Butik D’Ayu Indah melalui peta. Dengan alamat mudah untuk mengunjungi ke Butik D’Ayu Indah. Penggunaan e-mel dan telefon adalah cara yang mudah untuk berkomunikasi. Pelbagai cara dapat dilakukan oleh pelanggan bagi menghubungi pemilik Butik D’Ayu Indah sekiranya ingin menggunakan atau mengetahui secara terperincin perkhidmatan dari Butik D’Ayu Indah. Rajah 22 : Pilihan untuk menghubungi Butik D’Ayu Indah
  • 22. Rajah 23 : Antaramuka video Paparan video ini terdapat koleksi pakaian pengantin, koleksi pelamin, hiasan makan beradap, solekan dan fotografi. 7.0 Proses Promosi Dengan laman web yang menggunakan wix.com yang telah dibangunkan ini, dapat dipromosikan dengan dihubungkan melalui Facebook. Oleh itu, dengan mudah orang lain dapat mengakses laman web Butik D’Ayu Indah dengan diperkenalkan mmenggunakan rangkaian sosial yang banyak pengguna. Butik ini bukan sahaja untuk pelanggan yang hendak berkahwin, terbuka juga kepada orang lain sekiranya ingin mengguna perkhidmatan seperti solekan untuk ke majlis-majlis
  • 23. Rajah 24 : Laman Web butik di link kepada Facebook 8.0 Refleksi Dalam kajian ini, kami dapat mengetahui wix.com adalah salah satu cara digunakan untuk mempromosikan Butik D’Ayu Indah bagi mengembangkan operasi perniagaan ini. Promosi perniagaan dapat dilakukan dengan menggunakan pelbagai rangkaian sosial. Tetapi rangkaian sosial yang sesuai perlu di ambil kira supaya perniagaan dapat di kembangkan secara meluas. Selain itu, mendapat pengetahuan tentang perisian sosial wix.com. Perisian sosial mempunyai pelbagai jenis tetapi pengetahuan tentang jenis-jenis perisian sosial adalah terhad kerana mengikut pengguna yang ramai. Persepsi daripada pengguna tentang perisian sosial wix.com adalah mudah dan dapat digunakan bagi memperkenalkan dan mengembangkan perniagaan. Paparan gambar yang agak menarik dengan menggunakan wix.com. Setelah menemubual pemilik kedai Butik D’Ayu Indah, kami dapat mengetahui bahawa bukan perkara yang mudah untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan. Banyak sekali dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum perniagaan dapat berkembang dengan baik. Ketekunan dan kesabaran adalah perlu dalam membuat perniagaan. Apabila berdepan dengan pelanggan, pelbagai ragam pelanggan yang dapat ditemui. Oleh itu, semangat yang kuat dan berfikiran positif perlu dalam diri setiap perkara yang ingin dilakukan.
  • 24. 9.0 Laporan Bergambar