Modul guru tahun 3 num

3,050 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,050
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
136
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Modul guru tahun 3 num

  1. 1. NKRA
  2. 2. i KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI LINUS NUMERASI MODUL GURU TAHUN 3 Terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum 2012
  3. 3. ii Cetakan Pertama 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Dicetak oleh:
  4. 4. iii PENGENALAN National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (LINUS). Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan. Konsep tersebut dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dihasilkan untuk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan. Modul ini boleh diguna pakai sebagai pencetus idea. Namun begitu, guru juga boleh mengubah suai dan mengembangkan lagi aktiviti dan latihan yang dicadangkan. Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru, pensyarah institusi pendidikan guru dan wakil bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang turut menyumbangkan idea dan kepakaran untuk menghasilkan modul ini.
  5. 5. iv
  6. 6. v 1.0 DEFINISI NUMERASI Numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS. 3.0 OBJEKTIF Objektif Program Numerasi adalah memastikan murid berupaya: i. menyebut, menulis, membilang, menyusun, menentukan nilai digit dan tempat bagi nombor hingga 1000 ii. menguasai fakta asas tambah iii. menguasai fakta asas tolak iv. menguasai fakta asas darab v. menguasai fakta asas bahagi vi. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik yang mudah dalam wang, menyatakan masa dan waktu, ukuran panjang, jisim dan isi padu cecair. 4.0 ORGANISASI KANDUNGAN Modul guru program LINUS ini dihasilkan mengikut unit. Terdapat sepuluh unit dan bagi setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi nombor bulat hingga 100, tambah dan tolak dalam lingkungan 1000, darab dan bahagi dalam lingkungan sifir dua, lima, sepuluh dan empat, wang hingga RM100, masa dan waktu, ukuran panjang, jisim dan isi padu cecair. Pendekatan yang digunakan dalam program LINUS (Numerasi) ini ialah pendekatan pembelajaran masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.
  7. 7. vi Kandungan Kemahiran Numerasi Tahun 3 1. Nombor bulat hingga 1000 2. Tambah dalam lingkungan 1000 3. Tolak dalam lingkungan 1000 4. Darab 5. Bahagi 6. Wang hingga RM1000 7. Masa dan waktu 8. Ukuran panjang 9. Jisim 10. Isi padu cecair Hasil Pembelajaran Tahun 3 Pada akhir Tahun 3 murid berupaya: 1. Menyebut nombor hingga 1000. 2. Mengenal pasti angka hingga 1000. 3. Membilang hingga 1000 objek dengan membuat kumpulan seratus-seratus dan sepuluh-sepuluh. 4. Menulis angka hingga 1000. 5. Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seribu'. 6. Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seribu'. 7. Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 1000. 8. Menyusun nombor hingga 1000: a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun. b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun. c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun. d) membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun. e) membilang seratus-ratus secara tertib menaik dan tertib menurun. 9. Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang. 10. Meletakkan nombor mengikut urutan pada garis nombor. 11. Menganggarkan kuantiti objek hingga 1000.
  8. 8. vii 12. Membundarkan sebarang nombor dalam linkungan 1000 kepada puluh yang terdekat. 13. Menambah hingga tiga nombor tanpa mengumpul semula yang melibatkan hingga nombor tiga digit. 14. Menambah dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 15. Menambah tiga nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 16. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam situasi harian. 17. Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula. 18. Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 19. Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula. 20. Menolak tiga nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 21. Mengenal operasi tolak sebagai songsangan operasi tambah. 22. Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam situasi harian. 23. Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan: a) bahan konkrit b) gambar c) garis nombor 24. Menulis ayat matematik tambah berulang: a) tiga-tiga b) enam-enam c) tujuh-tujuh d) lapan-lapan e) sembilan-sembilan 25. Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan. 26. Membina sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 dengan berpandukan: a) objek b) gambar c) garis nombor
  9. 9. viii 27. Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000. 28. Menyatakan secara spontan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 mengikut: a) tertib menaik b) rawak c) salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi hasil darab tertentu. 29. Mengkelaskan kepada kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh- tujuh dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan dengan menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan: a) objek b) gambar c) garis nombor 30. Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti: a) pengumpulan b) pengongsian c) tolak berturut-turut d) songsangan operasi darab 31. Membina ayat matematik yang melibatkan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8 dan 9 berpandukan: a) objek konkrit b) gambar c) garis nombor 32. Melengkapkan ayat matematik bahagi yang melibatkan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000. 33. Menyatakan secara spontan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut: a) tertib menaik. b) rawak. salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu dalam pembahagian apabila disoal. 34. Menggunakan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 bagi: a) mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik bahagi yang diberi. b) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dua nombor.
  10. 10. ix 35. Menyatakan nilai wang dalam ‘RM’ dan 'sen'. 36. Menukarkan a) duit syiling sehingga RM10 b) wang kertas sehingga RM100. 37. Menukarkan ringgit kepada sen dan sebaliknya. 38. Menambah wang sehingga RM1000. 39. Menolak wang sehingga RM1000. 40. Mendarab wang jawapannya tidak lebih daripada RM1000. 41. Membahagi wang yang jumlahnya tidak lebih daripada RM1000. 42. Menyelesaikan masalah yang melibatkan wang dalam situasi harian. 43. Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit. 44. Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit. 45. Membaca jadual waktu yang mudah 46. Membaca kalender 47. Menggunakan unit bagi waktu dan mengetahui hubungan di antara: a) tahun dan bulan b) minggu dan hari Menukarkan minggu kepada hari dan sebaliknya. 48. Menambah unit bagi waktu dalam: a) jam b) minit 49. Menolak unit bagi waktu dalam: a) jam b) minit 50. Mendarab unit bagi waktu dalam: a) jam b) minit 51. Membahagi unit bagi waktu dalam: a) jam b) minit 52. Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dalam situasi harian.
  11. 11. x 53. Mengukur dan mencatat panjang objek menggunakan unit piawai: a) meter b) sentimeter 54. Membandingkan panjang dua objek menggunakan unit piawai. a) meter b) sentimeter 55. Menganggarkan panjang objek dalam: a) meter b) sentimeter 56. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara meter dan sentimeter. 57. Menambah unit panjang dalam: a) meter b) sentimeter 58. Menolak unit panjang dalam: a) meter b) sentimeter 59. Mendarab unit panjang dalam: a) meter b) sentimeter 60. Membahagi unit panjang dalam: a) meter b) sentimeter 61. Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam situasi harian. 62. Membaca skala kepada senggatan terdekat. 63. Menentukan dan mencatat jisim objek menggunakan unit piawai: a) kilogram b) gram 64. Membandingkan jisim dua objek menggunakan unit piawai: a) kilogram b) gram 65. Menganggarkan jisim objek dalam: a) kilogram b) gram
  12. 12. xi 66. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara kilogram dan gram. 67. Menambah unit bagi jisim dalam: a) kilogram b) gram 68. Menolak unit bagi jisim dalam: a) kilogram b) gram 69. Mendarab unit bagi jisim dalam: a) kilogram b) gram 70. Membahagi unit bagi jisim dalam: a) kilogram b) gram 71. Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim dalam situasi harian. 72. Membaca skala kepada senggatan terdekat. 73. Menentukan dan mencatat isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter b) mililiter 74. Membandingkan isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter b) mililiter 75. Menganggar isi padu cecair dalam unit: a) liter b) mililiter 76. Mengetahui dan menggunakan hubungan di antara liter dan mililiter. 77. Menambah unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 78. Menolak unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter
  13. 13. xii 79. Mendarab unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 80. Membahagi unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter b) mililiter 81. Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam situasi harian. 5.0 PENDEKATAN NUMERASI DALAM PEMBINAAN MODUL Disarankan guru melaksanakan pengajaran dengan menekankan pendekatan yang dicadangkan. a. Pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri: Pastikan bahawa murid mempunyai pengetahuan asas yang kukuh sebelum memperkenalkan kemahiran yang baru. Murid yang belum dapat menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula, khusus untuk memperbetulkan ketidakfahaman mereka. Walau bagaimanapun, pengajaran semula ini harus menggunakan strategi yang berbeza dari pengajaran sebelumnya. b. Pendekatan ansur maju (berperingkat): Perkenalkan konsep matematik bermula daripada perkara yang senang kepada yang susah, daripada yang konkrit kepada abstrak, dan daripada kontekstual kepada konstruktif. c. Pendekatan didik hibur: Perlu diingat murid yang mengikuti program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam pembelajaran, aktiviti yang disampaikan perlu menggunakan pendekatan yang menarik, melalui cara penyampaian yang paling berkesan. Konsep didik hibur melalui nyanyian, permainan dan penggunaan bahan manipulatif yang menarik disarankan untuk diaplikasi dalam pengajaran. d. Pendekatan penggabungjalinan kemahiran: Guru perlu menggabungjalinkan suatu kemahiran dengan kemahiran yang lain mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, dalam tajuk ’Bahagi’ kemahiran mendarab harus diaplikasi.
  14. 14. xiii 6.0 PENJELASAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 3 Tujuan Modul Guru Ini Dibina Modul guru ini dibina berujuan supaya:  murid dapat menggunakan deria mereka semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.  murid dapat meneroka, menjalankan eksperimen, membuat tekaan berdasarkan pemerhatian mereka dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti yang menyeronokkan.  murid dapat mengawal pembelajaran kendiri melalui pendekatan ansur maju. Mengenai Modul Ini Modul ini:  mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dibina dan disusun supaya mudah dilaksanakan oleh guru dan diikuti oleh murid.  mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menekankan penanaman konsep Matematik melalui aktiviti didik hibur.  mencadangkan penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan.  mencadangkan soalan-soalan terarah dalam konteks matematik yang dapat mengukuhkan pemahaman murid.  mencadangkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan murid. Saya mendengar, saya lupa. Saya melihat, saya ingat. Saya melakukan, saya faham.
  15. 15. xiv Petunjuk Modul (B) UNIT 1.1 (A) UNIT DAN TAJUK (C) HASIL PEMBELAJARAN (F)LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN (E) PERBENDAHARAAN KATA (G) AKTIVITI PENGUKUHAN(H) MUKA SURAT (D) BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Lekatkan Petak 1000 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor ‘121’ hingga 200 mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama- sama. 2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 1000. Soal jawab: Pejamkan mata kamu. Sebutkan nombor … (sebutkan suatu nombor) Hingga nombor … (sebutkan suatu nombor yang lebih besar) 3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain. 4. Tunjuk suatu nombor pada Petak 1000 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut. 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain. 6. Edarkan Petak 1000 dan pen marker kepada setiap murid. 7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 1000 masing-masing dan pamerkan. 8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain. 9. Edarkan lembaran kerja 1.1. 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 1000, rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 1000. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod Cuisenaire yang betul. 3. Minta murid bertukar peranan. 4. Ulangi aktiviti dengan nombor-nombor yang lain. Murid Berupaya: 1. Menyebut nombor hingga 1000. 2. Mengenalpasti angka hingga 1000. Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 1000 bersaiz besar 2. Petak 1000 (Rujuk BBM ms. 1) 3. Pen marker Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 1000 (Rujuk BBM ms. 1) 2. Rod Cuisenaire Angka Bilang Nombor Rawak Sebut UNIT I.I UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN HASIL PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGUKUHAN BAHAN BANTU BELAJAR 1
  16. 16. xv Penerangan Modul Bil. Perkara Penerangan (A) Unit Dan Tajuk Nombor siri bagi unit dan tajuknya. (B) Unit 1.1 Nombor siri bagi sesi pengajaran dan pembelajaran dalam suatu unit. Contohnya: Unit 1.1 menunjukkan Unit 1, sesi pengajaran dan pembelajaran pertama. (C) Standard Pembelajaran  Disesuaikan dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 2 (KSSR). (D) Bahan Bantu Mengajar  Mudah disediakan oleh guru.  Templat sedia cetak disediakan.  Praktikal dan boleh digunakan berulang kali. (E) Perbendaharaan Kata  Diperkenalkan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Perlu diulang penggunaannya seberapa kerap yang mungkin, baik dalam sesi pengajaran yang sama mahupun dalam sesi pengajaran lain, dalam konteks yang serupa.  Murid perlu digalakkan menggunakannya di sepanjang aktiviti pembelajaran. (F) Langkah-Langkah Pengajaran  Ringkas dan sistematik.  Menekankan pemahaman konsep.  Menyeronokkan dan berpusatkan murid serta tertumpu kepada suatu kemahiran pada suatu masa. (G) Aktiviti Pengukuhan  Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang dapat memperkukuhkan pemahaman murid.  Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang berbeza tetapi menerapkan konsep matematik yang sama.  Ia mencadangkan langkah-langkah pengajaran yang menggalakkan penerokaan lanjut bagi kemahiran matematik yang sama. (H) Muka Surat Muka surat.
  17. 17. xvi KANDUNGAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 3 UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 1 NOMBOR BULAT HINGGA 1000 1.1 Menyebut nombor hingga 1000. 1 1 Mengenal pasti angka hingga 1000. 1.2 Membilang hingga 1000 objek dengan membuat kumpulan seratus-seratus dan sepuluh-sepuluh. 2 2 1.3 Menulis angka hingga 1000. 4 - Membaca nombor dalam perkataan hingga 1000. Menulis nombor dalam perkataan hingga 1000. 1.4 Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 1000. 6 - 1.5 Menyusun nombor hingga 1000: a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun 8 - b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun 10 - c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun 12 - d) membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun 14 - e) membilang seratus-seratus secara tertib menaik dan tertib menurun 16 3 - 7 1.6 Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang. 18 - Meletakkan nombor mengikut urutan pada garis nombor. 1.7 Menganggarkan kuantiti objek hingga 1000. 23 - 1.8 Membundarkan sebarang nombor dalam linkungan 1000 kepada puluh yang terdekat. 25 -
  18. 18. xvii UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 2 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 2.1 Menambah hingga tiga nombor tanpa mengumpul semula yang melibatkan nombor hingga tiga digit. 27 8 2.2 Menambah dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 29 9 2.3 Menambah tiga nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 31 10 - 11 2.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam situasi harian. 34 12 3 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 3.1 Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula. 35 - 3.2 Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 38 13 3.3 Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula 43 14 3.4 Menolak tiga nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 45 - 3.5 Mengenal operasi tolak sebagai songsangan operasi tambah. 48 15 3.6 Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam situasi harian. 51 16 -18 4 DARAB 4.1 Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan: a) bahan konkrit 53 -b) gambar c) garis nombor 4.2 Menulis ayat matematik tambah berulang: a) tiga-tiga 55 - b) enam-enam c) tujuh-tujuh d) lapan-lapan e) sembilan-sembilan
  19. 19. xviii UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 4 DARAB (Sambungan) Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh-tujuh dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan berpandukan: 4.3 a) objek 58 -b) gambar c) garis nombor 4.4 Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan. 60 - 4.5 Membina sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 dengan berpandukan: a) objek konkrit 63 19 - 22b) gambar c) garis nombor 4.6 Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000. 66 - 4.7 Menyatakan secara spontan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 mengikut: a) tertib menaik 70 23 - 26 b) rawak 75 27 - 28 c) salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi hasil darab tertentu. 78 29 - 32 4.8 Menggunakan sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, seratus dan seribu bagi: a) mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik darab yang diberi. 83 - b) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban dua nombor. -
  20. 20. xix UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 5 BAHAGI 5.1 Mengkelaskan kepada kumpulan tiga-tiga, enam-enam, tujuh-tujuh dan lapan-lapan dan sembilan-sembilan dengan menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan: a) objek 85 33 - 34b) gambar c) garis nombor 5.2 Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti: a) pengumpulan 87 35 - 37 b) pengongsian 89 38 - 42 c) tolak berturut-turut 91 - d) songsangan operasi darab 94 43 - 45 5.3 Membina ayat matematik yang melibatkan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8 dan 9 berpandukan: a) objek konkrit 97 -b) gambar c) garis nombor 5.4 Melengkapkan ayat matematik bahagi yang melibatkan sifir 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000. 101 46 5.5 Menyatakan secara spontan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 mengikut: a) tertib menaik 103 - b) rawak 104 47 - 49 c) salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu dalam pembahagian apabila disoal 106 50 - 51 5.6 Menggunakan pembahagian dengan 3, 6, 7, 8, 9, 100 dan 1000 bagi: a) mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik bahagi yang diberi. 109 - b) menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dua nombor.
  21. 21. xx UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 6 WANG HINGGA RM1000 6.1 Menyatakan nilai wang dalam ‘RM’ dan 'sen'. 111 - 6.2 Menukarkan: a) duit syiling sehingga RM10. 114 - b) wang kertas sehingga RM1000. 116 - 6.3 Menukarkan ringgit kepada sen dan sebaliknya. 118 52 6.4 Menambah wang sehingga RM1000. 120 53 - 56 6.5 Menolak wang sehingga RM1000. 121 57 - 60 6.6 Mendarab wang, jawapannya tidak lebih daripada RM1000. 123 - 6.7 Membahagi wang yang jumlahnya tidak lebih daripada RM1000. 125 - 6.8 Menyelesaikan masalah yang melibatkan wang dalam situasi harian. 127 61 - 65 7 MASA DAN WAKTU 7.1 Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit. 129 66 Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit. 7.2 Membaca jadual waktu yang mudah. 132 67 7.3 Membaca kalendar. 134 68 -69 7.4 Menggunakan pertukaran unit di antara: a) minit dan saat 136 - b) tahun dan bulan 138 70 c) minggu dan hari 139 71 7.5 Menambah unit bagi waktu dalam: a) jam 141 72 - 73 b) minit 143 74 7.6 Menolak unit bagi waktu dalam: a) jam 145 - b) minit 147 -
  22. 22. xxi UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 7.7 Mendarab unit bagi waktu dalam: a) jam 150 75 b) minit 152 76 7.8 Membahagi unit bagi waktu dalam: a) jam 154 77 b) minit 157 78 - 80 7.9 Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dalam situasi harian. 160 81 8 UKURAN PANJANG 8.1 Membaca skala kepada senggatan terdekat. 161 - 8.2 Mengukur dan mencatat panjang objek menggunakan unit piawai: a) meter 164 82 - 88 b) sentimeter 8.3 Membandingkan panjang dua objek menggunakan unit piawai: a) meter 166 89 - 90 b) sentimeter 8.4 Menganggarkan panjang objek dalam: a) meter 168 91 - 92 b) sentimeter 8.5 Pertukaran unit di antara meter dan sentimeter. 171 93 8.6 a) Menambah unit panjang dalam meter 172 94 b) Menambah unit panjang dalam sentimeter 8.7 a) Menolak unit panjang dalam meter 174 95 b) Menolak unit panjang dalam sentimeter 8.8 a) Mendarab unit panjang dalam meter 175 - b) Mendarab unit panjang dalam sentimeter 8.9 a) Membahagi unit panjang dalam meter 177 96 - 99 b) Membahagi unit panjang dalam sentimeter 8.10 Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam situasi harian. 179 100 - 101
  23. 23. xxii UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 9 JISIM 9.1 Membaca skala kepada senggatan terdekat. 181 102 9.2 Menentukan dan mencatat jisim objek menggunakan unit piawai: a) kilogram 183 103 b) gram 9.3 Membandingkan jisim dua objek menggunakan unit piawai: a) kilogram 185 104 b) gram 9.4 Menganggarkan jisim objek dalam: a) kilogram 187 105 b) gram 9.5 Pertukaran unit di antara kilogram dan gram. 189 105 9.6 Menambah unit bagi jisim dalam: a) kilogram 191 106 b) gram 9.7 Menolak unit bagi jisim dalam: a) kilogram 193 107 - 108 b) gram 9.8 Mendarab unit bagi jisim dalam: a) kilogram 195 109 b) gram 9.9 Membahagi unit bagi jisim dalam: a) kilogram 196 110 - 113 b) gram 9.10 Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim dalam situasi harian. 198 114
  24. 24. xxiii UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM 10 ISI PADU CECAIR 10.1 Membaca skala kepada senggatan terdekat. 199 115 10.2 Menentukan dan mencatat isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter 202 116 - 118 b) mililiter 10.3 Membandingkan isi padu cecair menggunakan unit piawai: a) liter 204 119 b) mililiter 10.4 Menganggarkan isi padu cecair dalam: a) liter 206 120 b) mililiter 10.5 Pertukaran unit di antara liter dan mililiter. 208 121 10.6 Menambah unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter 211 122 - 123 b) mililiter 10.7 Menolak unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter 213 124 b) mililiter 10.8 Mendarab unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter 215 125 b) mililiter 10.9 Menbahagi unit bagi isi padu cecair dalam: a) liter 218 126 - 127 b) mililiter 10.10 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu cecair dalam situasi harian. 220 128
  25. 25. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 1 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: 1. Menyebut nombor hingga I000. 2. Mengenal pasti angka hingga I000. 1. Lekatkan Petak 1000 bersaiz besar pada papan tulis. Sebut dan tunjukkan nombor ‘121’ hingga ‘200’ mengikut urutan. Minta murid menyebutnya bersama-sama. 2. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membilang daripada nombor tersebut mengikut urutan tanpa merujuk kepada Petak 1000. Soal jawab: Pejamkan mata kamu. Sebutkan nombor ... (sebutkan suatu nombor) hingga nombor ... (sebutkan suatu nombor yang lebih besar) 3. Ulangi langkah 2 dengan siri nombor yang lain. 4. Tunjuk suatu nombor pada Petak 1000 secara rawak. Minta murid menyebut nombor tersebut. 5. Ulangi langkah 4 dengan nombor-nombor yang lain. 6. Edarkan Petak 1000 dan pen marker kepada setiap murid. 7. Sebut suatu nombor secara rawak. Minta murid membulatkan nombor tersebut pada Petak 1000 masing- masing dan pamerkan. 8. Ulangi langkah 7 dengan nombor-nombor yang lain. 9. Edarkan Lembaran Kerja 1.1. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Petak 1000 bersaiz besar 2. Petak 1000 (Rujuk BBM ms. 1) 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Petak 1000 (Rujuk BBM ms. 1) 2. Rod Cuisenaire PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Angka Bilang Nombor Rawak Sebut 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan Petak 1000 dan rod Cuisenaire yang mencukupi kepada setiap pasangan. 2. Sebutkan suatu nombor secara rawak. Murid pertama diminta menunjukkan nombor tersebut pada Petak 1000. Murid kedua pula diminta menunjukkan bilangan rod Cuisenaire yang betul. 3. Minta murid bertukar peranan. 4. Ulangi aktiviti dengan nombor-nombor yang lain. UNIT I.I
  26. 26. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 2 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membilang hingga I000 objek dengan membuat kumpulan seratus-seratus dan sepuluh-sepuluh. Aktiviti 1 1. Lekatkan satu kad petak I00 pada papan tulis. 2. Bimbing murid membilang seperti berikut: 3. Lekatkan dua kad petak I00 pada papan tulis. 4. Bimbing murid membilang seperti berikut: 5. Ulangi aktiviti di atas hingga 10 kad petak seratus. 6. Lekatkan satu kad petak I00 dan empat kad jalur 10 pada papan tulis. 7. Bimbing murid membilang seperti berikut: 8. Lekatkan dua kad petak I00 dan empat kad jalur 10 pada papan tulis. 9. Bimbing murid membilang seperti berikut: 10. Ulangi aktiviti di atas hingga 940. Aktiviti 2 1. Lekatkan satu kad petak I00, tiga kad jalur 10 dan 2 kad unit pada papan tulis. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad petak I00 (Rujuk BBM ms. 2) 2. Kad jalur (Rujuk BBM ms. 2) 3. Kad unit (Rujuk BBM ms. 2) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad petak I00 (Rujuk BBM ms. 2) 2. Kad jalur (Rujuk BBM ms. 2) 3. Kad unit (Rujuk BBM ms. 2) UNIT I.2 Satu ratus Dua ratus Satu ratus empat puluh Dua ratus empat puluh
  27. 27. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 3 2. Bimbing murid membilang seperti berikut: 3. Lekatkan satu kad petak I00, empat kad jalur 10 dan 2 kad unit pada papan tulis. 4. Bimbing murid membilang seperti berikut: 5. Ulangi aktiviti di atas hingga 192. 6. Edarkan Lembaran Kerja 1.2. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Bilang Nombor Rawak Sebut Seratus-seratus Sepuluh-sepuluh 1. Minta murid duduk secara berpasangan. 2. Edarkan kad petak I00 dan kad jalur. 3. Minta murid pertama mengambil kad petak I00 dan kad jalur I0 dalam apa-apa bilangan. (Dalam lingkungan 1000) 4. Minta murid kedua membilang dan menyebut nilainya. 5. Minta murid bertukar peranan. 6. Ulangi aktiviti dengan memberikan contoh-contoh lain. Satu ratus tiga puluh dua Satu ratus empat puluh dua
  28. 28. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 4 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: 1. Menulis angka hingga I000. 2. Membaca nombor dalam perkataan hingga I000. 3. Menulis nombor dalam perkataan hingga I000. 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 2. Lekatkan satu kad nombor pada papan tulis. Minta murid menyebut nombor tersebut dan menuliskannya pada papan tulis masing-masing. 3. Lekatkan kad perkataan nombor tersebut di bawah kad nombor tadi. Minta murid mengeja dan membaca perkataan bersama-sama dan menulisnya pada papan tulis masing-masing. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan nombor-nombor lain. 5. Sebut suatu nombor dan minta murid menulis angka dan perkataan bagi nombor tersebut pada papan tulis masing-masing. 6. Ulangi langkah 5 dengan nombor-nombor yang lain. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.3. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad nombor I00 hingga I000 4. Kad perkataan ‘seratus’ hingga ‘seribu’ Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad soalan 2. Kotak 3. Papan tulis individu 4. Pen marker PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Angka Nombor Nombor dalam perkataan 1. Sebelum aktiviti ini dijalankan, sediakan beberapa kotak kosong dan beberapa keping kad soalan dengan jawapannya di belakang kad seperti berikut. 2. Masukkan sepuluh keping kad soalan ke dalam setiap kotak. 3. Bentukkan kumpulan (empat orang). UNIT I.3 Soalan Tulis I05 dalam perkataan Soalan Tulis sembilan ratus dua puluh dalam angka Jawapan Seratus lima Jawapan 920
  29. 29. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 5 4. Edarkan sebuah kotak, tiga keping papan tulis individu dan tiga batang pen marker kepada setiap kumpulan. 5. Minta setiap kumpulan melantik seorang murid untuk menjadi pengadil bagi kumpulan masing-masing. 6. Terangkan peraturan permainan seperti berikut:  Pengadil mengambil satu kad soalan dari kotak.  Pengadil membaca soalan kepada semua pemain dalam kumpulannya.  Setiap pemain akan menuliskan jawapan pada papan tulis masing-masing.  Pemain mempamerkan jawapan mereka kepada pengadil.  Pengadil menyemak jawapan.  Satu markah akan diberikan kepada pemain yang memberikan jawapan yang betul.  Ulangi permainan dengan kad soalan yang lain.  Permainan tamat apabila semua kad soalan telah habis diambil dari dalam kotak.  Pemain yang mengumpul jumlah markah yang tertinggi dikira pemenang.
  30. 30. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 6 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga I000. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan satu dekak- dekak kepada setiap kumpulan. 2. Tuliskan nombor pada papan tulis. Contohnya: I23 Bimbing murid mewakilkan nombor tersebut pada dekak- dekak seperti berikut: 3. Tunjukkan jadual nilai tempat seperti berikut: ribu ratus puluh sa 4. Tuliskan nombor tadi pada jadual dan kaitkan dengan dekak-dekak seperti berikut: ribu ratus puluh sa 1 2 3 5. Bimbing murid memahami konsep nilai tempat dan nilai digit seperti berikut: Nombor Nilai tempat Nilai digit I23 ratus I00 I23 puluh 20 I23 sa 3 6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan nombor-nombor lain. 7. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Dekak-dekak 2. Jadual nilai tempat 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad nombor 4. Kad nilai tempat 5. Kad nombor nilai digit UNIT I.4 ra pu sa Letakkan sebiji manik pada tiang ratus Letakkan dua biji manik pada tiang puluh Letakkan tiga biji manik pada tiang sa ra pu sa
  31. 31. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 7 8. Tuliskan suatu nombor dan gariskan digit-digit tertentu. Minta murid menulis nilai tempat dan nilai digit bagi digit bergaris. Contohnya: 50I nilai tempat: sa nilai digit: I 9. Minta murid mempamerkan jawapan mereka. 10. Ulangi langkah 8 dan 9 dengan nombor-nombor lain. 11. Edarkan Lembaran Kerja 1.4. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Digit Ribu Ratus Puluh Sa Nilai tempat Nilai digit Cerakin 1. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 2. Lekatkan suatu kad nombor pada papan tulis. Contohnya: 479. 3. Bimbing murid untuk mencerakinkan nombor itu mengikut nilai tempatnya seperti berikut: 4. Kemudian, bimbing murid untuk mencerakinkan nombor tersebut mengikut nilai digitnya seperti berikut: 5. Tuliskan suatu nombor pada papan tulis. Minta murid mencerakinkan nombor tersebut mengikut nilai tempat dan nilai digit pada papan tulis individu masing-masing. 6. Minta murid mempamerkan jawapan mereka. 7. Ulangi langkah 5 dan 6 dengan nombor-nombor lain. 479 4 ratusialah 7 puluh 9 sa Tindihkan kad nombor nilai digit pada kad nilai tempat yang berkaitan ialah 4 ratus 7 puluh 9 sa 400 70 9 479
  32. 32. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 8 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga I000: (a) membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan sampul surat yang mengandungi satu set kad nombor berturutan kepada setiap kumpulan. Contohnya: Sampul surat l – kad nombor l0l hingga l05 Sampul surat 2 – kad nombor 225 hingga 229 Sampul surat 3 – kad nombor 358 hingga 362 Sampul surat 4 – kad nombor 486 hingga 490 3. Edarkan kad tangga menaik. Minta setiap kumpulan menyusun dan membilang kad nombor mengikut tertib menaik. Contohnya: 4. Semak jawapan bersama-sama. 5. Edarkan kad tangga menurun. Minta setiap kumpulan menyusun dan membilang kad nombor mengikut tertib menurun pula. Contohnya: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Sampul surat 2. Kad nombor 3. Kad tangga menaik dan menurun Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Tin 2. Kad nombor (dilekatkan pada tin) 3. Wisel UNIT I.5 (a) I0I I02 I03 I04 I05 I05 I04 I03 I02 I01
  33. 33. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 9 6. Semak jawapan bersama-sama. 7. Minta kumpulan bertukar-tukar sampul surat dan ulangi langkah 3 hingga 6. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(a). PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Satu-satu Membilang Berpasangan Tertib menaik Tertib menurun Nombor lebih besar Nombor lebih kecil Satu-satu 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Edarkan satu set tin berlabel kepada setiap pasangan. Contohnya: Pasangan l – tin berlabel nombor 124 hingga l28 Pasangan 2 – tin berlabel nombor 371 hingga 375 Pasangan 3 – tin berlabel nombor 508 hingga 512 Pasangan 4 – tin berlabel nombor 626 hingga 630 3. Setiap pasangan diminta menyusun tin mengikut turutan menaik. Contohnya: 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 5. Kumpulan yang berjaya menyusun tin dengan paling cepat dan betul dikira pemenang. 6. Minta murid bertukar set tin masing-masing dan ulangi langkah 3 hingga 5. 7. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. Contohnya: 8. Permainan diteruskan hingga selesai. I25I24 I27I26 I28 I27I28 I25I26 I24
  34. 34. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 10 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga I000: (b) membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun. Aktiviti I 1. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik daripada satu hingga sepuluh dengan cara berikut: ‘Satu’ (sebut dengan kuat) ‘Dua’ (sebut dalam hati) ‘Tiga’ (sebut dengan kuat) (Sebutkan nombor seterusnya secara berselang-seli) 2. Minta murid membilang dua-dua secara tertib menaik daripada nombor yang lebih besar pula. Contohnya: ‘I0I’ (sebut dengan kuat) ‘I02’ (sebut dalam hati) ‘I03’ (sebut dengan kuat) (Sebutkan nombor seterusnya secara berselang-seli) 3. Terangkan bahawa cara ini boleh digunakan bagi membilang dua-dua. Aktiviti 2 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan tiga set kad nombor. Contohnya: 3. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Aturkan murid seperti lampiran ‘Susun Atur Kumpulan’. 4. Terangkan peraturan permainan:  Murid perlu meletakkan kad-kad nombor tersebut secara tertib menaik, berselang-seli dalam gelung rotan bermula daripada gelung pertama.  Dia kemudiannya melompat ke dalam gelung-gelung yang kosong tadi.  Kumpulan pertama yang menyusun nombor-nombor dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. 5. Minta kumpulan bertukar-tukar set kad nombor mereka. 6. Permainan diteruskan hingga selesai. 7. Ulangi aktiviti ini bagi tertib menurun dengan menggunakan set kad nombor yang berbeza. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(b). BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad nombor 2. Gelung rotan Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set kad nombor 2. Wisel UNIT I.5 (b) Set I – 220, 222, 224, 226, 228 Set 2 – 33I, 333, 335, 337, 339 Set 3 – 442, 444, 446, 448, 450
  35. 35. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 11 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Set nombor Menaik Menurun Berselang-seli Dua-dua 1. Bentukkan tiga kumpulan. 2. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. Contohnya: 3. Murid dikehendaki menyusun kad nombor tersebut secara tertib menaik. 4. Permainan bermula apabila wisel ditiup. 5. Kumpulan pertama yang berjaya menyusun kad nombor dengan cepat dan tepat dikira pemenang. 6. Minta kumpulan bertukar-tukar set kad nombor mereka. 7. Permainan diteruskan hingga selesai. 8. Ulangi aktiviti bagi tertib menurun dengan menggunakan set kad nombor yang berbeza. SUSUN ATUR KUMPULAN Gelung rotan Ahli kumpulan Lompatan Murid 220 222 226224 228 Kad nombor yang telah disusun Set I – III, II3, II5, II7, II9 Set 2 – 350, 352, 354, 356, 358 Set 3 – 648, 650, 652, 654, 656
  36. 36. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 12 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga I000: (c) membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun. 1. Sediakan set kad nombor dalam kiraan lima-lima. Contohnya: Set I Set 2 Set 3 Set 4 2. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 3. Edarkan gambar pokok yang ada tangga seperti berikut kepada setiap kumpulan. 4. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. 5. Aktiviti bermula apabila lagu dimainkan. 6. Secara berkumpulan murid melekatkan kad secara tertib menaik pada lima anak tangga tadi. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad nombor (kiraan lima- lima) 2. Gambar pokok dan tangga 3. CD Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Carta nombor UNIT I.5 (c) I20 I25 I30 I35 I40 I5I I56 I66I6I I7I 233 3 238 243 248 253 252 257 262 267 272
  37. 37. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 13 7. Semak jawapan bersama-sama. 8. Kumpulan pertama yang dapat menjawab dengan betul dikira pemenang. 9. Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan set kad nombor yang lain. 10. Ulangi aktiviti di atas bagi tertib menurun. 11. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(c). PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Tertib menaik Tertib menurun Lima-lima 1. Pamerkan carta nombor seperti berikut pada papan tulis. 200 20I 202 203 204 205 206 207 208 209 2I0 2II 2I2 2I3 2I4 2I5 2I6 2I7 2I8 2I9 220 22I 222 223 224 225 226 227 228 229 230 23I 232 233 234 235 236 237 238 239 240 24I 242 243 244 245 246 247 248 249 250 25I 252 253 254 255 256 257 258 259 2. Minta murid menyebut nombor-nombor di dalam carta. 3. Minta murid mewarnakan petak nombor dalam kiraan lima-lima bermula dengan nombor yang dipilih oleh guru. Contohnya: 4. Semak jawapan bersama-sama. 5. Minta murid menyebut nombor pada petak yang berwarna mengikut tertib menaik dan kemudian tertib menurun. 6. Ulangi aktiviti dengan nombor permulaan yang berbeza. 200 20I 202 203 204 205 206 207 208 209 2I0 2II 2I2 2I3 2I4 2I5 2I6 2I7 2I8 2I9 220 22I 222 223 224 225 226 227 228 229 230 23I 232 233 234 235 236 237 238 239 240 24I 242 243 244 245 246 247 248 249 250 25I 252 253 254 255 256 257 258 259
  38. 38. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 14 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga I000: (d) membilang sepuluh- sepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan empat stesen. Di setiap stesen, letakkan satu set kad nombor di dalam kotak. Contohnya: Set kad nombor Stesen I Set kad nombor Stesen 2 Set kad nombor Stesen 3 Set kad nombor Stesen 4 3. Kumpulan A bermula di stesen I, kumpulan B bermula di stesen 2 dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap kumpulan perlu menyusun kad nombor secara tertib menaik. 5. Kumpulan yang dapat menyusun kad dengan betul diberi sepuluh markah. 6. Murid perlu masukkan semula kad nombor ke dalam kotak sebelum bergerak ke stesen berikutnya. 7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun kad nombor di setiap stesen. 8. Kumpulan yang mendapat jumlah markah tertinggi dikira pemenang. 9. Ulangi langkah 3 hingga 8 bagi tertib menurun. 10. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(d). BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set kad nombor dalam lingkungan I000 (nombor yang berurutan dalam gandaan sepuluh, lima kad bagi setiap set kad nombor) 2. Kotak 3. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Gambar tangga 2. Set kad nombor 3. Wisel 200 2I0 220 230 240 550 560 570 580 590 630 640 650 660 670 820 830 840 850 860 UNIT I.5 (d)
  39. 39. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 15 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Susun Sepuluh-sepuluh Tertib menaik Tertib menurun 1. Lekatkan dua gambar tangga bersaiz besar pada papan tulis seperti berikut: 2. Sediakan beberapa set kad nombor. Contohnya: Set I Set 2 Set 3 3. Dua murid akan bersaing pada satu masa. Minta murid memilih mana-mana satu set kad tersebut. 4. Permainan bermula apabila wisel ditiup. Murid pertama yang berjaya melekatkan kad mengikut tertib menaik pada gambar tangga dengan betul dikira pemenang dan diberi ganjaran. 5. Dua murid lain mengambil giliran bermain dengan set kad yang berbeza. 6. Ulangi langkah 3 hingga 5 bagi tertib menurun. I22 I32 I42 I52 I62 305 3I5 325 335 345 659 669 679 689 699
  40. 40. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 16 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyusun nombor hingga I000: (e) membilang seratus- seratus secara tertib menaik dan tertib menurun. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Sediakan empat stesen. Di setiap stesen, letakkan satu set kad nombor di dalam kotak. Contohnya: Set kad nombor Stesen I Set kad nombor Stesen 2 Set kad nombor Stesen 3 Set kad nombor Stesen 4 3. Kumpulan A bermula di stesen I, kumpulan B bermula di stesen 2 dan seterusnya. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. Setiap kumpulan perlu menyusun kad nombor secara tertib menaik atau menurun mengikut stesen. 5. Kumpulan yang dapat menyusun kad dengan paling cepat dan tepat diberi sepuluh markah. 6. Murid perlu masukkan semula kad nombor ke dalam kotak sebelum bergerak ke stesen berikutnya. 7. Teruskan aktiviti hingga setiap kumpulan telah menyusun kad nombor di setiap stesen. Kumpulan dengan jumlah markah tertinggi dikira pemenang. 8. Edarkan Lembaran Kerja 1.5(e). BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kotak 2. Wisel 3. Set kad nombor dalam lingkungan I000 (Rujuk BBM ms. 3) 4. Kad nombor secara menaik dan menurun (Rujuk BBM ms. 4 - 7) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Set kad nombor 2. Wisel UNIT I.5 (e) I30 230 330 430 530 582 682 782 882 982 303 403 503 603 703 4I4 5I4 6I4 7I4 8I4
  41. 41. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 17 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Susun Seratus-seratus Tertib menaik Tertib menurun 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). 2. Sediakan beberapa set kad nombor dalam lingkungan I000. Contohnya: Set I Set 2 Set 3 Set 4 3. Edarkan satu set kad nombor kepada setiap kumpulan. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 5. Kumpulan yang pertama berjaya menyusun kad nombor secara tertib menaik dengan betul akan diberi lima markah, kumpulan kedua tiga markah dan kumpulan ketiga satu markah. 6. Minta kumpulan bertukar set kad nombor mereka. Aktiviti diteruskan hingga kesemua kumpulan menyusun keempat-empat set kad tersebut. 7. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang. 237 337 437 537 637 I85 285 385 485 585 509 609 709 809 909 4I6 5I6 6I6 7I6 8I6
  42. 42. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 18 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: (a) Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang. (b) Meletakkan nombor mengikut urutan pada garis nombor. Aktiviti I 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Tunjukkan dua kumpulan blok Cuisenaire dengan jumlah I25 dan I27. 3. Minta murid membilang blok tersebut. 4. Tuliskan kedua-dua jumlahnya pada papan tulis. Soal jawab: Yang mana lebih/kurang? Bagaimana kamu tahu? 5. Bimbing murid membandingkan nombor dengan membuat padanan satu-satu seperti berikut: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Blok Cuisenaire 2. Carta petak I00 3. Kotak 4. Kad nombor 5. Wisel Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kotak 2. Kad nombor 3. Gelung rotan 4. Wisel Bandingkan nilai sa. Pembilang yang tiada pasangan menunjukkan nombor itu lebih besar. Kumpulan I Kumpulan 2 Bandingkan nilai ratus. Jika sama bandingkan nilai puluh pula. Bandingkan nilai puluh. Jika sama bandingkan nilai sa pula. UNIT I.6 I25 I27
  43. 43. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 19 6. Bimbing murid untuk menyatakan bahawa: ‘I27 lebih daripada I25.’ ‘I25 kurang daripada I27.’ 7. Edarkan pembilang yang mencukupi kepada setiap pasangan. Ulangi aktiviti dengan pasangan nombor berikut: a) I54 dan I52 b) 239 dan 269 c) 46I dan 36I Aktiviti 2 1. Murid duduk secara berpasangan. 2. Masukkan kad nombor dalam lingkungan I0I hingga 200 ke dalam kotak. 3. Lekatkan carta petak I00 yang ditulis dengan nombor dari I0I hingga 200 pada papan tulis seperti berikut: I0I I02 I03 I04 I05 I06 I07 I08 I09 II0 III II2 II3 II4 II5 II6 II7 II8 II9 I20 I2I I22 I23 I24 I25 I26 I27 I28 I29 I30 I3I I32 I33 I34 I35 I36 I37 I38 I39 I40 I4I I42 I43 I44 I45 I46 I47 I48 I49 I50 I5I I52 I53 I54 I55 I56 I57 I58 I59 I60 I6I I62 I63 I64 I65 I66 I67 I68 I69 I70 I7I I72 I73 I74 I75 I76 I77 I78 I79 I80 I8I I82 I83 I84 I85 I86 I87 I88 I89 I90 I9I I92 I93 I94 I95 I96 I97 I98 I99 200 4. Minta murid memilih satu kad nombor secara rawak. 5. Minta murid membulatkan nombor masing-masing pada petak I00 tersebut. 6. Bimbing murid membanding nombor-nombor tersebut seperti berikut: Contoh I: Bandingkan II5 dan II9. Langkah I Langkah 2 Langkah 3 I I 5 I I 9
  44. 44. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 20 Langkah: 1) Bandingkan nilai tempat ratus: jika sama, beralih kepada puluh 2) Bandingkan nilai tempat puluh: jika sama, beralih kepada sa 3) Bandingkan nilat tempat sa: 9 lebih daripada 5 Maka II9 lebih daripada II5 atau II5 kurang daripada II9. Contoh 2: Bandingkan I43 dan I93. Langkah: 1) Bandingkan nilai tempat ratus: jika sama, beralih kepada puluh 2) Bandingkan nilai tempat puluh: 9 lebih daripada 4 atau 4 kurang daripada 9 Maka I93 lebih daripada I43 atau I43 kurang daripada I93. Aktiviti 3 1. Bentukkan dua kumpulan (I0 orang), A dan B. 2. Lukiskan dua garis nombor bersenggatan tanpa nombor pada papan tulis. 3. Sediakan set kad nombor dalam dua kotak seperti berikut: Set kad nombor untuk kumpulan A I08, II8, I28, I38, I48, I58, I68, I78, I88, I98 Set kad nombor untuk kumpulan B 205, 2I5, 225, 235, 245, 255, 265, 275, 285, 295 4. Aturkan murid seperti lampiran ‘Susun Atur Kumpulan’. 5. Permainan bermula apabila wisel ditiup. 6. Setiap kumpulan akan bergerak dengan pantas ke arah kotak dan memilih satu kad. 7. Selepas memilih satu kad, murid bergerak dengan pantas ke arah garis nombor. 8. Murid menyusun kad pada garis nombor mengikut urutan yang betul. I 4 3 I 9 3 c
  45. 45. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 21 9. Kumpulan yang terawal memberikan jawapan yang betul dikira pemenang. 10. Edarkan Lembaran Kerja 1.6. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Banding Susun Lebih daripada Kurang daripada Nilai tempat Nilai digit Puluh Sa Permainan ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (enam orang). 2. Aturkan gelung rotan dalam satu baris yang lurus. 3. Letakkan beberapa kotak yang berisi enam kad nombor setiap satunya di hadapan kumpulan. 4. Aturkan murid seperti lampiran ‘Susun Atur Kumpulan’. 5. Permainan bermula apabila wisel ditiup. 6. Wakil kumpulan akan mengambil mana-mana kotak dan mengedarkan kad nombor kepada ahli kumpulan. 7. Murid berbincang sebelum menyusun kad nombor tersebut. 8. Murid berlari ke arah gelung rotan dan meletakkan kad nombor di dalam gelung rotan masing-masing mengikut urutan yang betul. 9. Kumpulan yang menjawab dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. 10. Ulangi aktiviti dengan set kad yang lain.
  46. 46. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 22 SUSUN ATUR KUMPULAN (Aktiviti 3) SUSUN ATUR KUMPULAN (Aktiviti Pengukuhan) Kumpulan A Kumpulan B Garis Nombor Garis Nombor
  47. 47. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 23 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menganggarkan kuantiti objek hingga I000. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan bekas berisi 25 biji guli kepada setiap kumpulan. 2. Lekatkan garis nombor bersaiz besar bersenggatan tanpa nombor pada papan tulis. 3. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menganggar jumlah guli di dalam bekas tersebut tanpa menyentuh bekas atau membilang guli. 4. Rekodkan anggaran mereka pada papan tulis. Contohnya: Kumpulan 1  26 Kumpulan 2  22 Kumpulan 3  30 5. Tuliskan nombor-nombor tersebut pada garis nombor. Contohnya: 6. Minta murid membilang jumlah guli dalam bekas tersebut. Tuliskan nombornya pada garis nombor tadi dan bulatkannya. Contohnya: 7. Bandingkan anggaran mereka dengan jumlah sebenar bilangan guli. Soal jawab: Lihat pada nombor-nombor ini. Yang manakah paling hampir dengan 25? Yang manakah paling jauh dengan 25? Anggaran manakah yang lebih baik, 22, 26 atau 30? 8. Terangkan bahawa anggaran yang terbaik adalah anggaran yang paling hampir dengan nilai sebenar. 9. Ulangi aktiviti dengan menggunakan kuantiti yang lebih besar. 10. Edarkan Lembaran Kerja 1.7. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Garis nombor bersaiz besar bersenggatan tanpa nombor 2. Bekas 3. Guli/objek yang boleh dibilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kacang merah 2. Balang lutsinar UNIT 1.7 22 26 30 22 26 3025
  48. 48. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 24 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Anggaran Bandingkan Pertandingan Meneka Kacang Merah 1. Letakkan 255 biji kacang merah ke dalam sebuah balang lutsinar tanpa pengetahuan murid bilangannya. 2. Semua murid mengambil bahagian dan menganggar bilangan kacang merah dalam balang tersebut. 3. Bilang jumlah sebenar kacang merah dalam balang tersebut di hadapan kelas. 4. Murid yang membuat anggaran yang terbaik dikira pemenang dan diberi ganjaran.
  49. 49. UNIT I: NOMBOR BULAT HINGGA I000 25 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membundarkan sebarang nombor dalam lingkungan I000 kepada puluh yang terdekat. Aktiviti 1 1. Lukiskan rajah berikut pada papan tulis. Puncak 5 4 6 3 7 2 8 1 9 0 10 2. Berikan satu situasi seperti berikut: Bayangkan kamu mengayuh basikal menaiki bukit. Ketika mengayuh, kamu berasa penat dan berhenti mengayuh pada nombor I. Brek basikal kamu pula rosak. Soal jawab: Apa yang akan berlaku? (Terima jawapan munasabah murid) Basikal kamu pasti akan menggelongsor kembali ke nombor 0. Nombor apakah lagi yang boleh menyebabkan basikal kamu menggelongsor ke belakang? (Murid menyebut nombor 2, 3 dan 4) (Beri penekanan bahawa nombor I, 2, 3 dan 4 akan dibundarkan kepada nombor 0) Katakan kamu berjaya tiba di nombor 5, adakah basikal kamu akan menggelongsor ke hadapan atau ke belakang? (Terangkan bahawa apabila tiba di nombor 5, basikal akan lebih mudah menggelongsor ke hadapan dan tiba di nombor 10) Nombor apakah lagi yang boleh menyebabkan basikal kamu menggelongsor ke hadapan? (Murid menyebut nombor 6, 7, 8 dan 9) (Beri penekanan bahawa nombor 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibundarkan kepada nombor I0) 3. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. Tuliskan skala 0 hingga 10. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Garis nombor bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad nombor 2. Kotak UNIT 1.8
  50. 50. UNIT 1: NOMBOR BULAT HINGGA 1000 26 Soal jawab: Katakan kita tukarkan rajah ini kepada garis nombor. Puncak Ke belakang Ke hadapan 4. Terangkan bahawa nombor I, 2, 3 dan 4 akan dibundarkan kepada nombor 0. Nombor 5, 6, 7, 8 dan 9 akan dibundarkan kepada nombor I0. 5. Kaitkan garis nombor dengan cerita tadi seperti Langkah 2. 6. Ulangi aktiviti ini dengan menggunakan nombor-nombor yang lebih besar dalam lingkungan I000. 7. Edarkan Lembaran Kerja 1.8. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Bundarkan Terhampir Terdekat 1. Bentukkan dua kumpulan, A dan B (tiga orang). 2. Masukkan kad nombor seperti berikut ke dalam kotak. 3. Minta wakil kumpulan A memilih satu kad nombor. 4. Minta wakil kumpulan B membundarkan nombor tersebut kepada puluh terdekat. Satu markah diberi untuk jawapan yang betul. 5. Teruskan aktiviti ini hingga selesai. Kumpulan bertukar peranan. 6. Kumpulan yang dapat markah tertinggi dikira pemenang. 0 5 I0 206 30I 408 I03 507 204 I 2 3 764 8 9
  51. 51. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 27 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menambah hingga tiga nombor tanpa mengumpul semula yang melibatkan hingga nombor tiga digit. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan blok asas, papan tulis individu dan pen marker kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid mencari jumlah bagi 341, 126 dan 112 dengan menggunakan blok asas tersebut dalam seratus- seratus, sepuluh-sepuluh dan satu-satu seperti berikut: Soal jawab: Mulakan dengan sa. Ada berapa sa kesemuanya? Sekarang lihat pada puluh. Ada berapa puluh kesemuanya? Lihat pula pada ratus. Ada berapa ratus kesemuanya? Berapakah jumlah kesemuanya? 3. Bimbing murid menulis penambahan tersebut dalam bentuk lazim seperti berikut: 3 4 1 1 2 6 + 1 1 2 5 7 9 Atau BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Blok asas 2. Papan tulis individu 3. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad Teka Silang Nombor (Rujuk BBM ms. 8) 2. Pen marker 3. Wisel UNIT 2.I 3 4 1 + 1 2 6 4 6 7 4 6 7 + 1 1 2 5 7 9
  52. 52. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 28 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan contoh-contoh lain. Contohnya: 645 + 203 = I04 + 235 + 20 = 5I3 + I25 + 360 = 5. Edarkan Lembaran Kerja 2.I. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Nombor Tambah Jumlah Kesemuanya Kumpulan Nombor dua digit Nombor tiga digit Jadual nilai tempat Nilai tempat Nilai digit Sa Puluh Ratus Bentuk lazim Ayat matematik 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan kad Teka Silang Nombor dan pen marker kepada setiap kumpulan. 2. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 3. Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat serta mendapat jumlah jawapan betul yang paling banyak dikira pemenang.
  53. 53. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 29 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menambah dua nombor hingga nombor tiga digit dengan mengumpul semula. 1. Sediakan kad ratus, puluh dan sa dalam tiga kotak yang berasingan. 2. Lukiskan jadual nilai tempat pada papan tulis seperti berikut: 3. Tuliskan ayat matematik ‘353 + I62 = ’ pada papan tulis. 4. Minta tiga orang murid masing-masing mengambil kad ratus, puluh dan sa bagi nombor yang pertama dan lekatkan pada papan tulis. 5. Kemudian, minta tiga murid lagi, masing-masing mengambil kad ratus, puluh dan sa bagi nombor yang kedua dan lekatkan pada jadual nilai tempat tadi seperti berikut: Ratus Puluh Sa BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad ratus 2. Kad puluh 3. Kad sa Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad A dan kad B (Rujuk BBM ms. 9) UNIT 2.2 Jadual Nilai Tempat I00 p en y p en ye u Ratus Puluh Sa II0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I00 p en y p en ye u I00 p en y p en ye u I00 p en y p en ye u I II I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I0 p en y p en ye u I00 p en y p en ye u II 5400 II0 I00 p en y p en ye u 500 5I0
  54. 54. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 30 6. Bimbing murid menambah kedua-dua nombor tadi. Soal jawab: Ada berapa sa kesemuanya? Sekarang lihat pada puluh. Ada berapa puluh kesemuanya? Bolehkah kita tulis II0 pada nilai tempat puluh? Apa yang perlu kamu buat? 7. Bimbing murid mengeluarkan I00 daripada nilai tempat puluh dan dilekatkan ke nilai tempat ratus. Soal jawab: Berapa ratus yang ada sekarang? Jumlahkan: 500 + I0 + 5 = 5I5 8. Kaitkan situasi di atas dengan pengiraan dalam bentuk lazim seperti berikut: 9. Ulangi langkah 3 hingga 8 dengan memberikan contoh- contoh lain. 10. Edarkan Lembaran Kerja 2.2. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Jumlah Hasil tambah Kumpul semula Kesemuanya Sama dengan 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). 2. Edarkan kad A dan kad B kepada setiap kumpulan. 3. Minta murid menulis hasil tambah pada kad A dan menyusun abjad dari hasil tambah tersebut pada ruangan jawapan kad B. 4. Kumpulan yang paling cepat mendapat jawapan yang betul dikira pemenang. I3 5 3 + I 6 2 5 I 5
  55. 55. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 31 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menambah tiga nombor hingga nombor tiga digit dengan mengumpul semula. 1. Bentukkan kumpulan (enam orang). 2. Edarkan blok asas kepada setiap kumpulan. 3. Tulis ‘I24 + 42 + I73 = ’ ’ pada papan tulis. 4. Minta murid menggunakan blok asas untuk mewakili nilai setiap nombor tadi seperti berikut: 5. Lukiskan seperti berikut untuk menggambarkan situasi tadi pada papan tulis. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Blok asas 2. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 10 - 11) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kotak 2. Kad soalan 3. Radio/muzik UNIT 2.3 300 930
  56. 56. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 32 6. Minta murid membilang blok asas mengikut nilai tempatnya. Soal jawab: Mulakan dengan sa. Ada berapa sa kesemuanya? Sekarang lihat pada puluh. Ada berapa puluh kesemuanya? Bolehkah kita tulis 130 pada nilai tempat puluh? Apa yang perlu kamu lakukan jika jumlahnya lebih daripada seratus di nilai tempat puluh? Berapa ratus yang ada sekarang? Jumlahkan: 300 + 30 + 9 = 339 7. Tuliskan jumlahnya pada ayat matematik tadi. 8. Bimbing murid menulis penambahan tersebut dalam bentuk lazim seperti berikut: II 2 4 4 2 + I 7 3 3 3 9 Atau 9. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh- contoh lain. 10. Edarkan Lembaran Kerja 2.3. I 2 4 + 4 2 I 6 6 I I 6 6 + I 7 3 3 3 9
  57. 57. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 33 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Pembilang Nombor Tambah Jumlah Kesemuanya Kumpulan Nombor satu digit Nombor dua digit Nombor tiga digit Mengumpul semula Jadual nilai tempat Nilai tempat Nilai digit Ratus Puluh Sa Bentuk lazim 1. Adakan permainan ‘Kotak Beracun’. 2. Masukkan kad soalan ke dalam kotak. 3. Muzik dimainkan. Kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain. 4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang ‘Kotak Beracun’ tersebut akan mengambil satu kad soalan daripada dalam kotak. 5. Murid tersebut hendaklah membaca soalan dan menuliskan jawapan dalam bentuk lazim pada papan tulis. 6. Semak jawapan bersama-sama. Sekiranya jawapan tersebut salah, soalan akan dibuka kepada murid yang lain. 7. Soalan yang telah dijawab perlu dikeluarkan dari kotak tersebut. 8. Permainan diteruskan hingga selesai.
  58. 58. UNIT 2: TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 1000 34 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam situasi harian. 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap pasangan. 2. Lekatkan kad manila yang mengandungi pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Pak Ali memetik 233 biji buah betik dan 245 biji buah jambu dari dusunnya. Berapakah jumlah buah- buahan yang telah Pak Ali petik kesemuanya? 3. Minta murid menuliskan ayat matematik bagi pernyataan masalah tadi pada papan tulis masing-masing. 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh- contoh lain. 5. Edarkan sebiji dadu kepada setiap pasangan. Minta seorang murid melambung dadu sebanyak 3 kali untuk membentuk nombor 3 digit. Seorang murid lagi melambung dadu sebanyak 2 kali untuk membentuk nombor 2 digit. 6. Minta murid membina cerita daripada kedua-dua nombor tersebut dan mencari hasil tambahnya. 7. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. 8. Edarkan Lembaran Kerja 2.4. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad manila 4. Dadu Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kotak 2. Muzik 3. Kad soalan (Rujuk BBM ms. 12) PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Jumlah Ayat Matematik Nombor dua digit Nombor tiga digit Bentuk lazim Kad soalan Hasil tambah 1. Adakan permainan ’Kotak Beracun’. 2. Masukkan kad soalan ke dalam kotak. 3. Mainkan muzik dan kotak akan diedarkan daripada murid ke murid yang lain mengikut giliran. 4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang kotak tersebut akan mencabut satu kad dan menyelesaikannya. Murid tersebut boleh meneruskan permainan jika menjawab dengan betul. Sekiranya salah, murid tersebut akan disingkirkan daripada permainan. 5. Kad soalan yang telah dijawab akan dikeluarkan daripada kotak. 6. Permainan diteruskan hingga tinggal seorang murid sebagai pemenang. UNIT 2.4
  59. 59. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 35 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan papan tulis individu, pen marker dan pembilang kepada setiap kumpulan. 2. Minta murid mencari baki bagi „369 – I26‟ dengan menggunakan pembilang. Bimbing murid mengambil sebanyak 369 pembilang dalam kumpulan seratus-seratus, sepuluh-sepuluh dan satu-satu. Bimbing murid menjalankan operasi tolak seperti berikut: Langkah 1: Asingkan pembilang satu-satu iaitu enam daripada sembilan pembilang. Langkah 2: Asingkan pembilang sepuluh-sepuluh iaitu 20 daripada 60 pembilang. Langkah 3: Asingkan pembilang seratus-seratus iaitu 100 daripada 300. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Pembilang Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Garis nombor bersaiz besar 2. Petak Operasi 369 tolak 6 sama dengan 363. 363 tolak 20 sama dengan 343. 343 tolak I00 sama dengan 243. UNIT 3.I
  60. 60. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 36 3. Minta murid membilang pembilang yang tinggal. 4. Bimbing murid menolak dalam bentuk lazim seperti berikut: Soal jawab: Mulakan dengan sa. Sembilan tolak enam, berapa bakinya? Kemudian lihat pada puluh. Enam tolak dua, berapa bakinya? Akhir sekali, lihat pada ratus. Tiga tolak satu, berapa bakinya? Apa jawapannya? 5. Minta murid menulis ayat matematik pada papan tulis individu serta menyebutnya. 369 – I26 = 243 6. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh lain. 7. Edarkan Lembaran Kerja 3.1. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Tolak Asing Buang Baki Yang tinggal Cari beza Mengumpul semula Nilai tempat Nilai digit Ratus Puluh Sa Bentuk lazim Ayat matematik Garis nombor Petak operasi Aktiviti 1 1. Bimbing murid menolak dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula menggunakan garis nombor. 2. Minta murid cerakinkan nombor yang kedua mengikut nilai tempat seperti di bawah: 574 – (300 + 50 + 2 ) 3. Kemudian selesaikan soalan menggunakan garis nombor bersaiz besar seperti berikut: 574 – 352 = 369 tolak I26 sama dengan 243. Ratus Puluh Sa 3 6 9 – I 2 6 2 4 3
  61. 61. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 37 Aktiviti 2 1. Bimbing murid menolak dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula menggunakan Petak Operasi . 2) Lihat rumah puluh. 274 tolak 50 sama dengan 224. 1) Lihat rumah ratus. 574 tolak 300 sama dengan 274. 3) Lihat rumah sa. 224 tolak 2 sama dengan 222. 574 -300– 50– 2 222 224 274 574 Murid menolak dengan cara menggerakkan anak panah ke bawah. Murid menolak rumah sa, puluh dan ratus. 574 – 352 = 2 2 2 Ratus Puluh Sa 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 5 7 4 3 5 2
  62. 62. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 38 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menolak dua nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan jadual nilai tempat serta sida berwarna biru, merah dan kuning yang mencukupi kepada setiap kumpulan. 2. Lekatkan perwakilan sida pada papan tulis. 3. Terangkan perwakilan bagi sida mengikut warna iaitu:  satu sida merah mewakili 10 sida kuning  satu sida biru mewakili 10 sida merah 4. Tuliskan „462 – I34 = ‟ pada papan tulis. Kemudian, lukis jadual nilai tempat di bawah ayat matematik tersebut seperti berikut: 462 – I34 = 5. Minta murid memasukkan sida bagi mewakili „462‟ dan tuliskan operasi tolak di bawahnya pada jadual nilai tempat masing-masing seperti berikut: Ratus Puluh Sa 4 I 6 3 2 4 6. Lukiskan sida dan tulis ayat matematik yang sama pada papan tulis. Ratus Puluh Sa BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Set sida berwarna biru, merah dan kuning 2. Jadual nilai tempat (Rujuk BBM ms. 13) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker UNIT 3.2 –
  63. 63. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 39 7. Bimbing murid mencari jawapan seperti berikut: Ratus Puluh Sa 4 I 56 3 12 4 Ratus Puluh Sa 4 I 56 3 12 4 – 2) Ambil I sida merah dan masukkan ke dalam petak sa. Tinggal 5 sida merah. 3) Pangkah 6 di ruangan puluh dan tuliskan „5‟. 1) 2 tidak boleh tolak 4. Kita perlukan lebih sida kuning. – 5) Tuliskan „I‟ di hadapan 2 menjadi I2. 4) Gantikan 1 sida merah dalam rumah sa tadi dengan 10 sida kuning. Ada berapa sida kuning sekarang?
  64. 64. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 40 Ratus Puluh Sa 4 I 56 3 12 4 8 Ratus Puluh Sa 4 I 56 3 12 4 2 8 6) I2 sida kuning tolak 4 berapa bakinya? 7) Tuliskan baki sida kuning yang tinggal iaitu 8. – – 8) 5 sida merah tolak 3 berapa bakinya? 9) Tuliskan baki sida merah yang tinggal iaitu 2.
  65. 65. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 41 Ratus Puluh Sa 4 I 56 3 12 4 3 2 8 8. Ulangi langkah 4 hingga 7 dengan memberikan contoh- contoh lain. 9. Edarkan Lembaran Kerja 3.2. 10) 4 sida biru tolak I berapa bakinya? 11) Tuliskan baki sida biru yang tinggal iatu 3. –
  66. 66. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 42 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Tolak Ambil Asing Buang Keluarkan Baki Yang tinggal Cari beza Satu digit Dua digit Tiga digit Mengumpul semula Fakta asas tolak 1. Bimbing murid menolak nombor tiga digit daripada nombor I000 dengan mengumpul semula melalui kaedah penggenapan seperti berikut: 2. Tuliskan „100 - 34 = ‟ pada papan tulis. 3. Bimbing murid mencari jawapan seperti berikut: 100 99 + I − 34 − 34 66 65 + I 4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh- contoh lain seperti berikut: I00 – 28 = I000 – 657 = 500 – I27 = I00 – 47 = I000 – 546 = 500 – 354 = I0 = 9 + I I00 = 99 + I 500 = 499 + I I000 = 999 + I 1) 100 adalah 99 tambah I. 4) 65 tambah I jadi 66. 2) 99 tolak 34, berapa bakinya? Tuliskan. 3) Tambahkan semula dengan I.
  67. 67. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 43 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga nombor tiga digit, tanpa mengumpul semula. 1. Edarkan kad petak operasi kepada setiap murid. 2. Terangkan cara penggunaannya. 3. Tuliskan ayat matematik pada papan tulis. Contohnya: „978 – 232 – I25 = _____‟ 4. Bimbing murid mencari jawapan dengan menggunakan kad petak operasi. Soal jawab: Pertama, cari jawapan bagi 978 tolak 232. Mulakan dengan rumah sa (8 tolak 2). Bulatkan angka 8. Lukis 2 anak panah ke bawah. Apa nombornya? (Tuliskan 6 pada ruangan jawapan) 5. Teruskan kaedah soal jawab yang sama bagi rumah puluh dan ratus. Soal jawab: 978 tolak 232 , berapa bakinya? Sekarang tolakkan pula 125 daripada baki. Contoh langkah I: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kad petak operasi (Rujuk BBM ms. 14) Bagi aktiviti pengukuhan:- 1. Kotak 2. Kad soalan 3. Pen marker 4. Kad petak operasi (Rujuk BBM ms. 14) Ratus Puluh Sa 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 7 8 Bulatkan hasil tolak iaitu 746 dalam petak operasi seterusnya. 2 3 2 7 4 6 1 2 5 Murid menolak dengan cara menggerakkan anak panah ke bawah pada rumah sa. Seterusnya murid menolak rumah puluh dan ratus. UNIT 3.3 – –
  68. 68. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 44 6. Bimbing murid menggunakan kaedah yang sama untuk mencari jawapan seperti berikut: 7. Ulangi langkah 3 hingga 6 dengan memberikan contoh- contoh lain. 8. Bimbing murid menolak dalam bentuk lazim pula. 9. Edarkan Lembaran Kerja 3.3. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Tolak Ambil Asing Buang Baki Yang tinggal Cari beza Satu digit Dua digit Tiga digit Nilai tempat Nilai digit Ratus Puluh Sa Bentuk lazim Garis nombor Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Sediakan kotak yang mengandungi kad-kad soalan. 2. Adakan permainan „Bola Beracun‟. 3. Bentukkan 2 kumpulan, A dan B. Kumpulan A menjadi pelontar bola dan kumpulan B menjadi pemain. Pemain yang kakinya terkena balingan bola, diminta mengambil satu kad soalan dalam kotak dan tersingkir daripada permainan. 4. Permainan diteruskan hingga semua murid Kumpulan B mendapat satu kad soalan. 5. Kumpulan bertukar peranan. Permainan diteruskan hingga semua murid Kumpulan A pula mendapat satu kad soalan. 6. Soalan-soalan tadi dijawab oleh murid di dalam kelas menggunakan kad petak operasi. 7. Bincangkan jawapan bersama-sama. 8. Kumpulan dengan paling banyak jawapan betul dikira pemenang dan diberi ganjaran. Ratus Puluh Sa 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 9 8 7 6 5 4 3 2 1 6 2 I Murid menolak dengan cara menggerakkan anak panah ke bawah pada rumah sa. Seterusnya murid menolak rumah puluh dan ratus.
  69. 69. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 45 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menolak berturut-turut dua nombor daripada sebarang nombor hingga nombor tiga digit, dengan mengumpul semula. Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pen marker dan kad nilai tempat kepada setiap ahli kumpulan. 2. Imbas kembali perwakilan warna yang telah dipelajari pada pengajaran yang lepas iaitu:  Satu pembilang merah mewakili sepuluh pembilang kuning.  Satu pembilang biru mewakili sepuluh pembilang merah. 3. Tulis „673 – I27 – I8 = ‟ pada papan tulis. 4. Tulis dalam bentuk lazim seperti berikut: 5. Bimbing murid menjalankan operasi tolak seperti berikut: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pen marker 2. Kad nilai tempat (Rujuk BBM ms. 13) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Kalkulator 4. Radio 5. Kad soalan 6. Sampul surat 1) Bolehkah 3 tolak 7? UNIT 3.4 Ratus Puluh Sa 6 7 3 – I 2 7 – I 8 Ratus Puluh Sa 6 7 3 – I 2 7 – I 8
  70. 70. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 46 6. Ulangi langkah 5 dengan operasi tolak bagi nombor yang kedua: Ratus Puluh Sa 6 6 7 I 3 – I 2 7 – I 8 Ratus Puluh Sa 6 6 7 I 3 – I 2 7 – I 8 2) I pembilang merah sama dengan I0 pembilang kuning. Mengumpul semula daripada nilai tempat puluh ke sa. 3) I0 dan 3 menjadi I3. 5 64 4) I3 tolak 7 dapat 6. 5) 6 tolak 2 dapat 4. 6) 6 tolak I dapat 5. 7) Operasi seterusnya dijalankan bagi mencari jawapan akhir. Ratus Puluh Sa 6 6 7 I 3 – I 2 7 – I 8 5 2 8 5 64
  71. 71. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 47 7. Ulangi langkah 3 hingga 6 dengan memberikan contoh- contoh lain. 8. Edarkan Lembaran Kerja 3.4. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Tolak Ambil Asing Buang Baki Yang tinggal Cari beza Dua digit Tiga digit Mengumpul semula Fakta asas tolak 1. Susun I0 keping sampul surat secara rawak dalam bentuk bulatan di atas lantai. 2. Seorang murid dilantik menjadi penyemak. Beri satu kalkulator kepadanya. 3. Mainkan muzik dan murid mula berjalan mengikut arah pusingan jam mengelilingi bulatan sampul surat. 4. Apabila muzik dihentikan, murid perlu mengambil sampul surat yang berdekatan dengannya dan menjawab soalan tolak dalam sampul surat. 5. Penyemak akan menyemak jawapan dengan menggunakan kalkulator. 6. Pemain yang dapat menjawab dengan paling cepat dan tepat diberi satu markah. 7. Permainan diteruskan hingga tiga pusingan. 8. Murid yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang dan diberi ganjaran.
  72. 72. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 48 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Mengenal operasi tolak sebagai songsangan operasi tambah. 1. Bentukkan kumpulan (empat orang). Edarkan satu set „Kad Nombor Berskala‟ kepada setiap kumpulan. 2. Pilih seorang murid untuk mengambil satu kad nombor dari dalam kotak. Contohnya „700‟. Minta murid melekatkan kad nombor tersebut pada papan tulis. 3. Cantumkan dua kad lain untuk mendapatkan jumlah panjang kad yang sama panjangnya dengan „700‟. Gunakan kad „300‟ dan kad „400‟. 4. Kemudian tuliskan ayat matematik tersebut sambil menyebut “tiga ratus dan empat ratus sama dengan tujuh ratus”. 5. Tanggalkan kad „300‟ dan lekatkan kad „?‟ di tempatnya. Soal jawab: Sekarang, berapa tambah 400 sama dengan 700? Bagaimana mencari jawapannya? Bincang dengan rakan anda. 6. Bimbing murid untuk melihat perkaitan antara dua ayat matematik seperti berikut: + 400 = 700 7. Minta murid melakukan operasi seperti berikut: BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad Nombor Berskala (Rujuk BBM ms. 15) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kotak 2. Papan tulis individu 3. Pen marker 4. Kad Nombor Berskala (Rujuk BBM ms. 15) 700 1) Jumlah kedua- dua kad ialah 700. 2) Satu kad bernilai 400. 3) Apakah nilai bagi petak ini? UNIT 3.5 300 + 400 = 700 + 400 = 700 700 300 400 700 ? 400
  73. 73. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 49 8. Tanggalkan kad „400‟ pula dan gantikannya dengan kad „?‟. Lekatkan semula kad „300‟ pada tempat asalnya. Tuliskan ayat matematik seperti berikut: Soal jawab : Sekarang, berapa tambah 300 sama dengan 700? Bagaimana mencari jawapannya? Bincang dengan rakan anda. 9. Bimbing murid untuk melihat perkaitan antara dua ayat matematik berikut: 300 + = 700 10. Minta murid melakukan operasi seperti berikut: 11. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh- contoh lain seperti berikut: a) b) 12. Edarkan Lembaran Kerja 3.5. 300 + 400 = 700 700 – 400 = 300 300 + 400 = 700 700 – 300 = 400 300 + = 700 1) Jumlah kedua-dua kad ialah 700. 3) Apakah nilai bagi petak ini? 2) Satu kad bernilai 300. 600 900 200 ? 700 300 ? 300 ?
  74. 74. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 50 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Jumlah Hasil tambah Sama dengan Membilang kesemuanya Baki Tinggal berapa Ayat matematik 1. Adakan permainan „Kotak Beracun‟. 2. Masukkan Kad Nombor Berskala ke dalam kotak. 3. Lekatkan Kad Nombor Berskala „900‟ pada papan tulis. 4. Muzik dimainkan, kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain. 5. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang „Kotak Beracun‟ tersebut akan mengambil satu Kad Nombor Berskala daripada dalam kotak. Contohnya: Kad „300‟. 6. Lekatkan kad berskala ‘?’ pada papan tulis seperti berikut: 7. Semua murid diminta mencari jawapannya menggunakan operasi tolak. 8. Lekatkan kad berskala yang menunjukkan jawapannya dan semak jawapan bersama-sama menggunakan operasi tambah. 9. Permainan diteruskan hingga selesai. 900 ?300 900 600300
  75. 75. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 51 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam situasi harian. Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang yang mencukupi dan lembaran „Selesaikan Masalah Ini‟ kepada setiap kumpulan. 2. Tulis cerita atau pernyataan masalah pada papan tulis. Contohnya: Di dalam sebuah bakul ada 126 biji buah-buahan. 60 biji adalah buah manggis dan bakinya adalah buah rambutan. Berapa bijikah buah rambutan dalam bakul itu? 3. Minta murid menulis pernyataan masalah tadi di dalam petak tengah pada lembaran tersebut. 4. Bimbing murid cara menggunakan lembaran tersebut. 5. Murid boleh menggunakan pembilang untuk mencari jawapan. 6. Banding dan bincangkan dapatan murid. Aktiviti 2 1. Sediakan sampul surat yang mengandungi kad soalan dan kad jawapan secara rawak. 2. Edarkan gam, gunting dan sampul surat tersebut kepada setiap kumpulan. 3. Minta murid menyelesaikan masalah tersebut dengan menulis ayat matematik operasi tolak dan melekatkan kad jawapan yang betul pada setiap kad soalan. 4. Kumpulan pertama yang berjaya menjawab dengan cepat dan tepat dikira pemenang. 5. Edarkan Lembaran Kerja 3.6. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pembilang 2. Sampul surat 3. Gam 4. Gunting 5. Kad soalan dan kad jawapan (Rujuk BBM ms. 16 - 17) 6. Lembaran „Selesaikan Masalah Ini‟ (Rujuk BBM ms. 18) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Papan tulis individu 2. Pen marker 3. Dadu UNIT 3.6
  76. 76. UNIT 3: TOLAK DALAM LINGKUNGAN 1000 52 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Baki Lebih Kurang Tolak Tinggal Ambil Beza Selisih Buang Asing 1. Edarkan papan tulis individu, pen marker dan dadu kepada setiap kumpulan. 2. Seorang murid dari setiap kumpulan diminta membaling dadu serentak dan menulis angka yang diperolehi. Contohnya: 6, 2 dan 3. 3. Murid diminta membentuk nombor terbesar dan terkecil dari ketiga-tiga angka yang diperolehi dalam kumpulan. Contohnya: Nombor terbesar 6 3 2 Nombor terkecil 2 3 6 4. Minta murid mereka cerita atau pernyataan masalah dengan menggunakan nombor-nombor yang dibentuk tadi. Contohnya: Dalam sebuah rak ada 632 buah buku cerita. 236 buah adalah buku cerita Bahasa Melayu. Selebihnya adalah buku cerita Bahasa Inggeris. Berapakah bilangan buku cerita Bahasa Inggeris? 5. Murid diminta membentuk ayat matematik operasi tolak dan mencari jawapannya. Contohnya: 6 3 2 – 2 3 6 = 6. Banding dan bincangkan dapatan kumpulan.
  77. 77. UNIT 4: DARAB 53 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan: a) bahan konkrit b) gambar c) garis nombor 1. Letakkan empat gelung rotan di hadapan kelas. 2. Letakkan tiga biji bola ke dalam setiap gelung rotan. Soal jawab: Berapakah gelung rotan yang ada? (Murid menjawab “Empat gelung rotan”) Berapa biji bola yang ada dalam setiap gelung? (Murid menjawab “Tiga biji bola”) Adakah bilangan bola dalam setiap gelung sama banyak? (Murid menjawab “Ya, sama banyak”) Ada empat kumpulan tiga-tiga. 3. Lukiskan dan terangkan situasi tadi pada papan tulis seperti berikut: 4. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. 5. Tunjuk dan terangkan situasi tadi pada garis nombor seperti berikut: 6. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 7. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap kumpulan. 8. Alihkan kesemua objek tadi dan letakkan tiga gelung rotan dengan enam bola di dalamnya. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelung rotan 2. Bola 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Pembilang 2. Bakul 3. Wisel 1. Pen marker UNIT 4.1 Satu kumpulan tiga-tiga. Dua kumpulan tiga-tiga. Tiga kumpulan tiga-tiga. Empat kumpulan tiga-tiga.
  78. 78. UNIT 4: DARAB 54 9. Minta murid menyebut “Tiga kumpulan enam-enam“ dan melukis situasi tersebut pada papan tulis individu. 10. Minta murid melukis situasi tersebut di garis nombor pada papan tulis. 11. Ulangi langkah 8 hingga 10 dengan memberikan contoh- contoh yang lain. 12. Edarkan Lembaran Kerja 4.1 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Kumpulan Sama banyak Tiga-tiga Enam-enam Tujuh-tujuh Lapan-lapan Sembilan-sembilan Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah. 1. Bentukkan kumpulan (lima orang). 2. Aturkan kumpulan seperti „Susun Atur Kumpulan‟. 3. Murid akan berlari ke arah bakul mengikut giliran dan membentuk kumpulan pembilang mengikut arahan. Contohnya: Murid pertama, bentukkan dua kumpulan tiga-tiga. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 5. Kumpulan yang dapat membentuk kumpulan pembilang yang diarahkan dengan paling cepat dan tepat dikira pemenang. 6. Ulangi langkah 3 hingga 5 dengan pemain seterusnya. Berikan arahan seperti berikut: Murid kedua, bentukkan tujuh kumpulan enam- enam. Murid ketiga, bentukkan lima kumpulan tujuh-tujuh. Murid keempat, bentukkan empat kumpulan lapan- lapan. Murid kelima, bentukkan tiga kumpulan sembilan- sembilan. SUSUN ATUR KUMPULAN Bakul berisi pembilang
  79. 79. UNIT 4: DARAB 55 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menulis ayat matematik tambah berulang: a) tiga-tiga b) enam-enam c) tujuh-tujuh d) lapan-lapan e) sembilan-sembilan 1. Edarkan pen marker dan papan tulis individu kepada setiap murid. 2. Sediakan lima kotak yang mengandungi kad bergambar seperti berikut: 3. Minta seorang murid mengambil beberapa keping kad bergambar daripada kotak A dan melekatkannya pada papan tulis seperti berikut: 4. Kemudian bimbing murid menyebut dan menulis ayat matematik tambah berulang „3 + 3 + 3 = 9‟ di bawah kad bergambar tersebut. 5. Ulangi langkah 3 dan 4 bagi kad-kad bergambar daripada kotak seterusnya. 6. Minta murid menulis jawapan pada papan tulis masing- masing. Banding dan bincangkan dapatan murid. 7. Edarkan Lembaran Kerja 4.2. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad bergambar 2. Kotak 3. Papan tulis individu 4. Pen marker Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad bergambar 2. Kotak 3. Papan tulis individu 4. Pen marker UNIT 4.2
  80. 80. UNIT 4: DARAB 56 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Kumpulan Sama banyak Tiga-tiga Enam-enam Tujuh-tujuh Lapan-lapan Sembilan-sembilan Penambahan berulang Ayat matematik 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan papan tulis individu dan pen marker kepada setiap kumpulan. 3. Sediakan beberapa stesen yang bilangannya sama dengan bilangan kumpulan yang dibentuk. Di setiap stesen, letakkan kad bergambar. Contohnya: STESEN A STESEN B STESEN C STESEN D
  81. 81. UNIT 4: DARAB 57 STESEN E 4. Kumpulan I bermula di stesen A, kumpulan 2 bermula di stesen B dan seterusnya. 5. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 6. Di setiap stesen, minta murid menulis ayat matematik tambah berulang berdasarkan kad bergambar pada papan tulis individu. 7. Masa yang ditetapkan bagi setiap stesen ialah satu minit. Apabila wisel ditiup, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen berikutnya. 8. Banding dan bincangkan jawapan murid.
  82. 82. UNIT 4: DARAB 58 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan tiga-tiga, enam- enam, tujuh-tujuh, lapan- lapan dan sembilan- sembilan berpandukan: a) objek b) gambar c) garis nombor 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan sehelai kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan. 3. Setiap murid daripada kumpulan pertama mengeluarkan sebatang pensel warna, mengikut warna yang ditetapkan oleh guru. Contohnya pensel warna hijau. Soal jawab: Berapakah bilangan pensel warna hijau yang ada dalam kumpulan pertama? (Murid menjawab “Tiga batang”) 4. Bimbing murid dalam setiap kumpulan menulis ayat matematik darab pada kertas mahjong. I × 3 = 3 5. Ulangi langkah 3 dan 4 dengan menggunakan pensel warna yang lain bagi kumpulan lain hingga melibatkan sembilan kumpulan tiga-tiga. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pensel warna 2. Kertas mahjong 3. Pen marker 4. Kad garis nombor Bagi aktiviti pengukuhan: 2. Papan tulis individu 3. Pembilang 4. Pen marker ... UNIT 4.3 I × 3 = 3 2 × 3 = 6 3 × 3 = 9 9 × 3 = 27
  83. 83. UNIT 4: DARAB 59 6. Lekatkan kad garis nombor pada papan tulis. 7. Tunjukkan operasi darab bagi situasi tadi pada garis nombor tersebut seperti berikut hingga 9 × 3 = 27: 8. Jelaskan perkaitan antara ayat matematik tambah berulang dan ayat matematik darab. Contoh: 3 + 3 + 3 + 3 = 12 4 × 3 = 12 9. Bimbing murid menulis ayat matematik tambah berulang dan ayat matematik darab hingga 9 × 3 = 27. 10. Ulangi aktiviti di atas dengan kumpulan enam-enam, tujuh-tujuh, lapan-lapan dan sembilan-sembilan. 11. Edarkan Lembaran Kerja 4.3. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Kumpulan Sama banyak Tiga-tiga Enam-enam Tujuh-tujuh Lapan-lapan Sembilan-sembilan Penambahan berulang Ayat matematik tambah berulang Ayat matematik darab 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). Edarkan pembilang, papan tulis individu dan pen marker kepada setiap murid. 2. Minta murid membentuk ayat matematik berdasarkan arahan berikut: Bentukkan 5 kumpulan pembilang enam-enam. Tuliskan ayat matematik tambah berulang dan ayat matematik darab. Contoh: 6 + 6 + 6 + 6 + 6 = 30 5 × 6 = 30 3. Semak jawapan murid bersama-sama. 4. Ulangi aktiviti di atas dengan soalan yang berbeza. I × 3 = 3 2 × 3 = 6 3 × 3 = 9
  84. 84. UNIT 4: DARAB 60 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan. Aktiviti 1 1. Enam orang murid diminta ke hadapan kelas. 2. Minta setiap murid tersebut menunjukkan tiga jari seperti berikut: Soal jawab: Berapakah bilangan murid yang ada di hadapan kelas? (Murid menjawab “Enam” dan guru tuliskan angka „6‟ pada papan tulis) Berapakah bilangan jari yang ditunjukkan oleh setiap murid? (Murid menjawab “Tiga” dan guru tuliskan „× 3‟ selepas angka „6‟) Berapakah jumlah bilangan jari yang ditunjukkan oleh kesemua murid tersebut? (Murid mengira dan menjawab “I8”. Guru tuliskan „= I8‟ selepas „× 3‟) 3. Aktiviti yang serupa diulangi untuk tiga orang murid dengan menunjukkan enam jari setiap orang. 4. Tulis ayat matematik pada papan tulis seperti berikut: 6 × 3 = I8 3 × 6 = I8 Soal jawab: Apa yang kamu lihat pada kedua-dua ayat matematik ini? Terangkan. 5. Bimbing murid untuk melihat bahawa mereka akan mendapat jawapan yang sama walaupun kedudukan nombor yang didarabkan itu diubah. 6. Ulangi aktiviti di atas dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 7. Minta murid memberikan contoh-contoh pasangan ayat matematik darab yang sama jawapannya. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Anggota badan 2. Garis nombor bersaiz besar Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad ayat matematik darab 2. Kotak 3. Kad nombor UNIT 4.4
  85. 85. UNIT 4: DARAB 61 Aktiviti 2 1. Ulangi aktiviti yang serupa dengan menggunakan garis nombor bersaiz besar. Contohnya: Sifir tiga: Sifir enam: 2. Bimbing murid untuk melihat perkaitan antara ayat matematik tersebut dengan menggunakan garis nombor yang dipaparkan. 3. Ulangi aktiviti dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 4. Edarkan Lembaran Kerja 4.4. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Darab Kali Ganda Hasil darab Kumpulan Bilangan Sama banyak Ayat matematik Garis Nombor Aktiviti 1 1. Edarkan kad ayat matematik darab secara rawak kepada setiap murid. 2. Minta murid-murid bergerak untuk mencari pasangan ayat matematik darab yang sepadan. Contohnya: 9 × 2 = I8 2 × 6 = I2 3 × 8 = 24 4 × 6 = 246 × 2 = I2 6 × 4 = 24 6 × 3 = I88 × 3 = 242 × 9 = I83 × 4 = I2 3 × 6 = I84 × 3 = I2 6 × 3 = I8 3 × 6 = I8
  86. 86. UNIT 4: DARAB 62 3. Murid yang telah berjumpa dengan pasangannya akan melekatkan pasangan kad pada papan tulis. 4. Aktiviti diteruskan sehingga semua murid berjumpa dengan pasangannya. 5. Pasangan yang paling pantas dikira sebagai pemenang. 6. Minta murid membaca ayat matematik tersebut bersama-sama. Bincangkan hasil yang diperolehi. Aktiviti 2 1. Adakan permainan „Nombor Rahsia‟. 2. Letakkan kad nombor bagi jawapan sifir tiga, enam dan sembilan di dalam sebuah kotak. 3. Pilih satu kad nombor dari dalam kotak tersebut secara rawak. 4. Minta murid menyebutkan ayat matematik darab yang jawapannya sama dengan nombor pada kad tadi. Contohnya: Kad nombor 24 Murid I: 3 × 8 Murid 2: 8 × 3 Murid 3: 6 × 4 Murid 4: 4 × 6 5. Empat orang murid yang terpantas memberikan jawapan yang tepat diberikan ganjaran gula-gula. 6 × 2 = I2 2 × 6 = I2
  87. 87. UNIT 4: DARAB 63 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Membina sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, I00 dan I000 dengan berpandukan: a) objek konkrit b) gambar c) garis nombor Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan 2 pinggan kertas dan I4 keratan gambar guli kepada setiap kumpulan. 3. Secara berkumpulan, murid diminta menggunting dan menampal tujuh keratan gambar guli pada setiap pinggan kertas seperti berikut: 4. Kumpulkan kesemua pinggan kertas yang telah siap ditampal dengan keratan gambar guli. 5. Lekatkan pinggan kertas tadi pada papan tulis dan tuliskan ayat matematik darab yang betul. Contohnya: 6. Ulangi langkah 5 hingga „9 × 7 = 63‟. 7. Minta murid menulis ayat matematik tersebut pada papan tulis individu. 8. Minta murid membaca sifir yang telah dibina. 9. Ulangi langkah 2 hingga 8 bagi sifir tiga, enam, lapan dan sembilan. Untuk sifir 100 dan 1000 gantikan pinggan kertas dengan kad petak seratus dan kad kiub seribu. I × 7 = 7 2 × 7 = I4 BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Pinggan kertas 2. Keratan gambar guli (Rujuk BBM ms. 19) 3. Gam 4. Gunting 5. Papan tulis individu 6. Pita ukur 7. Kertas mahjong 8. Pen marker 9. Kad petak seratus 10. Kad kiub seribu (Rujuk BBM ms. 20) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad manila 2. Pen marker 3. Kad soalan dan kad jawapan „Ezicard‟ (Rujuk BBM ms. 21 - 22) UNIT 4.5 Pinggan kertas Keratan gambar guli
  88. 88. UNIT 4: DARAB 64 Aktiviti 2 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edar pita ukur, kertas mahjong dan pen marker kepada setiap kumpulan. 3. Minta murid lekatkan pita ukur di atas kertas mahjong. 4. Minta murid membilang lapan-lapan dan lukiskan anak panah (anak panah merah) seperti berikut: 5. Minta murid tulis ayat matematik darab bagi sifir 8 seperti di atas pada kertas mahjong tadi. 6. Ulangi langkah 4 dan 5 hingga „9 × 8 = 72‟. 7. Seterusnya, murid menulis sifir lapan di dalam buku latihan. 8. Ulangi aktiviti di atas bagi sifir tiga, enam, tujuh dan sembilan. 9. Edarkan Lembaran Kerja 4.5. PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Darab Sifir Hasil darab Ayat matematik Garis Nombor Sepadan Aktiviti 1 1. Bentukkan kumpulan (tiga orang). 2. Edarkan kad manila seperti berikut kepada setiap kumpulan. I × 8 = 8
  89. 89. UNIT 4: DARAB 65 3. Minta murid membina sifir I00 berpandukan petak berwarna. 4. Banding dan bincangkan hasil kerja murid. 5. Ulangi aktiviti di atas bagi sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan dan I000. Aktiviti 2 1. Bentuk kumpulan (empat orang). 2. Edarkan satu set kad soalan dan kad jawapan „Ezicard‟ kepada setiap kumpulan. 3. Kad jawapan diletakkan secara terlangkup di atas meja. 4. Kad soalan diagihkan secara sama banyak kepada setiap ahli kumpulan. 5. Seorang pemain akan mencabut satu kad jawapan dan pemain lain yang memegang kad soalan bagi jawapan tersebut akan menunjukkan kadnya. Pemain tersebut akan menerima kad jawapan tersebut dan diletakkan di atas meja. 6. Contohnya: Bagi kad jawapan ‛200‟ yang dicabut, pemain yang mempunyai kad soalan ‛2 × I00‟ akan menunjukkan kadnya. Kad jawapan ‛200‟ akan diberi kepadanya. 7. Pemain tersebut kemudiannya mencabut kad jawapan yang berikutnya. Permainan diteruskan. 8. Pemain pertama yang menghabiskan kad di tangannya dikira pemenang. I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I × I00 = I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00 I00
  90. 90. UNIT 4: DARAB 66 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, I00 dan I000. 1. Minta murid masukkan 3 biji gula-gula ke dalam setiap gelas. 2. Bimbing murid untuk melihat bahawa di dalam setiap kumpulan ada bilangan gula-gula (ahli) yang sama banyak. 3. Murid mencari jumlah gula-gula yang terdapat dalam empat biji gelas. 4. Tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis: Soal jawab: Dalam setiap kumpulan ada tiga biji gula-gula. (Tunjuk pada nombor „3‟ dalam ayat matematik dan tunjuk gula-gula dalam gelas) Berapa kumpulan tiga-tiga yang perlu ada untuk menjadi I2? (Tunjuk pada petak kosong dan nombor „I2‟ dalam ayat matematik) 5. Bimbing murid mendapatkan bilangan kumpulan. 6. Ulangi langkah 1 hingga 5 dengan contoh-contoh lain. 7. Seterusnya tuliskan ayat matematik berikut pada papan tulis: 5 × = I5 Soal jawab: Terdapat lima kumpulan bola. (Tunjuk pada nombor „5‟ dalam ayat matematik tadi. Kemudian lukiskan lima kumpulan pada papan tulis) Cikgu perlukan I5 biji bola kesemuanya. (Tunjuk pada nombor „I5‟ dalam ayat matematik tadi) BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Gelas 2. Gula-gula Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad ayat matematik 2. Garis nombor bersaiz besar 3. Wisel 4. Kad jawapan 5. Kad soalan 6. Kotak UNIT 4.6 × 3 = I2
  91. 91. UNIT 4: DARAB 67 Berapa biji bola yang perlu ada dalam setiap kumpulan untuk menjadikan jumlahnya I5? (Tunjuk pada petak kosong dalam ayat matematik tadi) 8. Bimbing murid untuk melukis bola dalam setiap kumpulan satu-persatu hingga cukup I5 pada papan tulis. 9. Bimbing murid untuk melihat bahawa terdapat tiga biji bola dalam setiap kumpulan. Maka lima kumpulan tiga- tiga, dapat I5. 10. Ulangi langkah 7 hingga 9 dengan contoh-contoh lain. 11. Edarkan Lembaran Kerja 4.6 PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Tiga-tiga Enam-enam Tujuh-tujuh Lapan-lapan Sembilan-sembilan Lompatan Garis nombor Kumpulan Ahli Sifir Aktiviti 1 1. Lekatkan garis nombor bersaiz besar pada papan tulis. 2. Tunjukkan kad ayat matematik darab yang tidak lengkap. × 3 = 2I 3. Bimbing murid menjalankan langkah-langkah berikut untuk mendapatkan bilangan kumpulan: a) Bulatkan hasil darab pada garis nombor. b) Buat lompatan tiga-tiga hingga ke nombor 2I. c) Bilang bilangan langkah (kumpulan) yang terhasil (tujuh). Maka „7 × 3 = 2I‟. 4. Ulangi aktiviti dengan contoh-contoh lain. 0 3 6 9 12 15 18 21 24 27
  92. 92. UNIT 4: DARAB 68 Aktiviti 2 1. Adakan permainan „Fikirkan Satu Nombor‟. 2. Bacakan soalan seperti berikut dan murid menjawab. Soalan: Saya fikirkan satu nombor. Lapan darab dengan nombor itu menghasilkan 24. Apakah nombor itu? Saya fikirkan satu nombor. Nombor itu darab dengan tiga sama dengan 2I. Apakah nombor itu? 3. Ulangi permainan dengan soalan-soalan lain. Aktiviti 3 1. Adakan permainan „Juara Sifir‟. 2. Bentukkan dua kumpulan A dan B. 3. Aturkan kumpulan seperti „Susun Atur Kumpulan‟. 4. Aktiviti bermula apabila wisel ditiup. 5. Murid pertama di stesen A mengambil kad soalan di dalam kotak soalan dan berlari ke arah rakannya di stesen B. 6. Rakannya di stesen B akan mencari kad jawapan di dalam kotak jawapan. 7. Setelah mendapat pasangan kad yang betul, kedua- duanya berlari ke arah stesen C dan melekatkan kad-kad itu pada ruangan yang disediakan. 8. Murid perlu ulang langkah 6 dan 7 sekiranya mendapat pasangan kad yang tidak betul. 9. Setelah selesai, mereka akan berlari semula ke stesen A dan menepuk tangan pemain yang seterusnya. 10. Permainan diteruskan hingga semua murid dalam kumpulan selesai giliran mereka. 11. Kumpulan yang paling cepat menghabiskan permainan adalah pemenang.
  93. 93. UNIT 4: DARAB 69 Susun Atur Kumpulan Kotak Kad Soalan Kotak Kad Soalan Kotak Kad Jawapan Kotak Kad Jawapan Stesen BStesen B Stesen A Stesen A Stesen C Stesen C
  94. 94. UNIT 4: DARAB 70 HASIL PEMBELAJARAN LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN Murid berupaya: Menyatakan secara spontan sifir tiga, enam, tujuh, lapan, sembilan, I00 dan I000 mengikut: a) tertib menaik Aktiviti 1 1. Bentukkan tiga kumpulan. 2. Rentangkan tali dengan sepuluh penyepit baju di dalam kelas dan labelkan seperti berikut: 3. Sediakan tiga kotak yang masing-masing mengandungi kad-kad sifir mengikut sifir tiga, enam dan sembilan. 4. Edarkan sebuah kotak kepada setiap kumpulan. 5. Permainan bermula apabila muzik dimainkan. 6. Secara berkumpulan, murid diminta menyusun kad-kad tersebut mengikut tertib menaik. 7. Seterusnya murid akan berlari ke tali yang direntangkan dan menggantungkan kad masing-masing mengikut tertib menaik. 8. Kumpulan pertama yang berjaya menggantungkan kesemua kad mengikut tertib menaik dengan betul dikira pemenang. 9. Murid diminta membacakan sifir tersebut. 10. Edarkan sekeping kad jadual sifir kepada setiap murid. BAHAN BANTU MENGAJAR Bagi sesi pengajaran & pembelajaran: 1. Kad sifir 2. Kotak 3. Tali penyidai 4. Penyepit baju 5. Kad jadual sifir (Rujuk BBM ms. 23) 6. Kubus Unifix 7. Carta jadual sifir (Rujuk BBM ms. 24) Bagi aktiviti pengukuhan: 1. Kad ayat matematik 2. Kad bergambar (Rujuk BBM ms. 25 - 26) UNIT 4.7(a) Sifir 3 Sifir 6 Sifir 9 Kotak I I × 3 = 3 9 × 3 = 27 2 × 3 = 6 ... Kotak 2 9 × 6 = 54 2 × 6 =I I × 6 = 6 ... Kotak 3 9 × 9 = 8I 2 × 9 = I8 I × 9 = 9 ...
  95. 95. UNIT 4: DARAB 71 11. Bimbing murid menulis jawapan pada jadual sifir berdasarkan kad pada tali tadi. 12. Ulangi aktiviti bagi sifir tujuh, lapan dan I00. Aktiviti 2 1. Bentukkan sembilan kumpulan. 2. Edarkan kubus Unifix mengikut bilangan yang ditentukan seperti berikut: 3. Minta murid mencantumkan tujuh biji kubus Unifix untuk membentuk satu baris. Jadi kumpulan pertama akan dapat satu baris, kumpulan dua mendapat dua baris dan seterusnya. × 3 6 9 I 2 3 4 5 6 7 8 9 Kumpulan Bilangan kubus unifix I 7 2 I4 3 2I 4 28 5 35 6 42 7 49 8 56 9 63
  96. 96. UNIT 4: DARAB 72 4. Minta seorang wakil dari setiap kumpulan untuk ke hadapan kelas dan menyusun kubus secara menegak seperti berikut: 5. Murid lain diminta menyatakan ayat matematik sifir tujuh setiap kali cantuman kubus diletakkan di hadapan kelas hingga selesai seperti di atas. 6. Edarkan carta jadual sifir tujuh kepada setiap murid untuk dilengkapkan. 7. Ulangi aktiviti di atas bagi sifir tiga, enam, lapan dan sembilan. 8. Edarkan Lembaran Kerja 4.7(a). PERBENDAHARAAN KATA AKTIVITI PENGUKUHAN Tertib menaik Nombor kecil Nombor besar Urutan Kubus Unifix Padankan Menyusun Tertib menaik Memadankan Aktiviti 1 1. Murid meletakkan tangan di atas meja dan setiap jari mewakili nombor satu hingga sepuluh seperti berikut: 2. Setiap jari di sebelah kiri jari yang dibengkokkan mewakili nilai sepuluh dan setiap jari di sebelah kanan jari yang dibengkokkan mewakili nilai satu. Satu darab tujuh sama dengan tujuh. Dua darab tujuh sama dengan empat belas. ... Sembilan darab tujuh sama dengan enam puluh tiga.
  97. 97. UNIT 4: DARAB 73 3. Bermula dari jari yang diberi nombor satu, bina sifir sembilan seperti berikut: 4. Minta murid membaca sifir tersebut bersama. 9 × 9 = 8I I × 9 = 9 2 × 9 = 18 3 × 9 = 27 4 × 9 = 36 5 × 9 = 45 6 × 9 = 54 7 × 9 = 63 8 × 9 = 72

×