Ringkasan dokumen tersebut adalah:
Rumah Seri Kenangan (RSK) merupakan institusi yang menyediakan perlindungan dan jagaan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang kurang mampu, tidak mempunyai tempat tinggal tetap, serta tidak mempunyai sanak saudara. Terdapat 10 buah RSK di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan seperti jagaan kesihatan, aktiviti rekreasi, ka
1. OTAG 2212
GERIATRIC PRACTICE SETTING
(RUMAH SERI KENANGAN)
NAMA AHLI :
1) MASDEBI SOON
2) NOR ATIKAH Y
3) ALIA SYAHIRAH HASSANOL
4) NUR HAZWANI
2.
3.
4.
5. Terdapat 10 buah Rumah Seri Kenangan di seluruh
negara, antaranya ialah seperti berikut:
• RSK Kangar, Perlis.
• RSK Taiping, Perak.
• RSK Kinta, Perak.
• RSK Seri Iskandar, Perak.
• RSK Cheras, Selangor.
• RSK Seremban, Negeri Sembilan.
• RSK Cheng, Melaka.
• RSK Johor Bahru, Johor.
• RSK Kemumin, Kelantan.
• RSK Bedong, Kedah.
6. KAEDAH KEMASUKAN
Terdapat 2 cara untuk masuk ke RSK :-
i) Sukarela :
Permohonan kemasukan akan diproses mengikut Kaedah-
Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
ii) Perintah Mahkamah :
Kemasukan adalah melalui perintah Mahkamah mengikut
peruntukan Akta Orang-Orang Papa 1977
7. Syarat Kemasukan Ke Institusi Warga Emas (Rumah
Seri Kenangan)
1. Berumur 60 tahun dan ke atas
2. Berupaya mengurus diri sendiri
3. Tidak menghidap penyakit berjangkit
4. Tidak mempunyai tempat tinggal tetap
5. Tiada pendapatan
6. Tidak mempunyai sanak saudara/waris
8. Rumah Seri Kenangan (RSK) ditubuhkan untuk
memberi jagaan dan perlindungan kepada warga
emas yang daif demi menjamin kesejahteraan dan
kualiti hidup mereka.
Perkhidmatan yang disediakan di RSK adalah:
• (i) Jagaan dan perlindungan
• (ii) Bimbingan dan kaunseling
• (iii) Aktiviti Rekreasi
• (iv) Rawatan perubatan
• (v) Terapi cara kerja
• (vi) Fisioterapi
9. Objektif Penubuhan RSK
1) Jagaan dan Perlindungan
Ianya bertujuan bagi menjamin penjagaan dan keselesaan hidup
penghuni dalam suasana aman dan tenteram. Keperluan asas yang
mencukupi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan
dengan percuma. Peraturan makan dan minum adalah berasaskan
kepada sukatan makanan yang diperakukan oleh Kementerian
Kesihatan.
2) Kaunseling dan Bimbingan
Ianya bertujuan membantu penghuni mengatasi masalah emosi dan
psikologi mereka. Kakitangan institusi seperti penguasa dan pembantu
sentiasa mengadakan sesi kaunseling secara individu dan kelompok
kepada warga tua.
10. 4) Kemudahan Beribadat
Ianya bertujuan untuk memenuhi tuntutan rohaniah dan memberi
ketenangan kepada penghuni. Penghuni digalakkan untuk
beribadat mengikut agama masing-masing dan kemudahan seperti
tempat ibadat dan guru-guru dapat memupuk kerjasama dan
persaudaraan sesama warga tua.
5) Riadah
Sukan adalah sangat penting kepada warga tua supaya mereka
sentiasa aktif dan sihat. Aktiviti ini diadakan pada masa lapang dan
sebelah petang. Riadah juga dapat memupuk kerjasama dan
persaudaraan sesama warga tua.
6) Rawatan Perubatan
Semua penghuni menerima rawatan di institusi ataupun di
hospital berdekatan berdasarkan kepada jenis penyakit dan
keperluan rawatan.
11. 7) Pemulihan CaraKerja
Usaha ini diadakan supaya dapat memupuk semangat kepada
penghuni bahawa mereka masih aktif dan produktif. Maruah dan
peribadi dapat dikekalkan. Semua penghuni digalakkan membuat
kerja-kerja harian seperti kraftangan, ternakan, barangan buluh,
rotan dan sebagainya. Penghuni juga digalakkan supaya bergerak
dan aktif agar mereka dapat menghindarkan diri daripada
kesepian dan bosan.