SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Bila kita tdur,jantung kita jln. Bila kita b'lari,jantung kita jln. Bila kita b'henti,jantung kita jln. Bila jantung
kita b'henti,kita jln.
Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang
berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang.
Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk
"jantung".

Struktur
Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang
tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan
dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.
Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan
ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara
atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru.
Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah
lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior
(superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke
ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri
pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia
mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke
ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke
seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk
mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel
kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat.
Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan
merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi
masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium
(pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam
dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan
iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan
yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding
jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan
tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada
jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari
aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari

Kitar kardiak

Pandangan anterior keratan rentas jantung. Anak panah putih menunjukkan arah darah bergerak
Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi
kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan
"diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan
kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol
kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah
dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula.
Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit
(semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri
pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.
Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam
aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.
Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi
pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua).

Aturan kitar kardiak
Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan
rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara automatik.
Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan,
kesan hormon, senaman atau berasa terancam.
Irama pengecutan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node sinoatrial,
sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan
bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila
impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan
dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu,
impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam
dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.
Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup.
Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztec yang tinggal di
Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini,
sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari
mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.

Penyakit dan rawatan
Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung
termasuk:







Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia
menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.
Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan
kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung
koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.
Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.

Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan pembedahan pintas
arteri koronari (coronary artery bypass surgery) atau ia boleh diluaskan melalui kaedah
angioplasty.
Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan
mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen. Nitroglycerin dan bahan lain yang
membekalkan nitrik oksida (NO) digunakan untuk merawat sakit jantung kerana ia menyebabkan
pengembangan arteri koronari.
Perentak jantung buatan (artificial pacemaker) diimplan ke dalam jantung pesakit yang
mengidap arrhythmia.
Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau
kegagalan jantung tahap akhir.
Lihat juga: Prosedur dan ujian diagnostik kardiologi

Penyakit jantung koronari
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan
dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas,
penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes,
hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan
adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.
Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek
pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya.
Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang
membimbangkan.

Punca penyakit
Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata
pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit
jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun
lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi,
bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan
empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi
dengan baik.
Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri.
Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga
pembuluh darah utama.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari
bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti
mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat
makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini
menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri
daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh
darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
Gejala

Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada
atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan:
a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada
b. Berat pada dada
c. Senak dada
d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku
semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh
menyumbangkan masalah ini.

Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:
1. Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
2. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami
sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini.
Sebaliknya, mereka mungkin mengalami:
a. Berpeluh-peluh
b. Rasa lemah badan
c. Sakit pada hulu hati
d. Pening kepala
e. Pengsan

Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat
serangan jantung (penginfarkan miokardium).
Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara
mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini
mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan
jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan
seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat
rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.
Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan
mesin kejutan AT.
Diagnosis
Sehubungan antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah:





Ujian ECG: ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang
mengalami angina tidak stabil
Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin
Ujian tekanan pengisar injakan
Angiogram koronari.

Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah
pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama
setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung
diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun,
prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan,
angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil.

Rawatan
Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai
pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:




Ubat-ubatan
Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung
Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan
melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.

Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada
hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang
menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan
pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan
pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubatubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi.
Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti pedih hulu hati, akibat
pembalikan asid ke saluran pemakanan, sakit pada otot-otot dada dan pneumonia. Selain itu, ia
mungkin ada kaitan dengan sakit tulang rusuk, pelbagai masalah jantung seperti radang selaput
jantung, retak bahagian dalam permukaan pembuluh besar aorta dan sebagainya. Tekanan,
penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang
mengalami sakit dada.
Bagi kita, jantung adalah organ asas. ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit atau kira-kira
empat puluh juta kali setahun. untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat
genggaman dengan tangan kita dan kemudian lepaskannya, kemudian terus buat genggaman dan
lepaskannya. Berapa minit kita dapat berbuat begitu?
Jantung kita, yang bersaiz sebesar penumbuk kita, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kita
tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti sekalipun ketika kita tidur.
Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita
berehat. Jantung kita melakukan penyelenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya.
Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan
untuk hidup terdapat dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan
daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari.
Tahukah kita berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kita
merasa penat sekiranya kita cuba mengeringkan sebuah tab mandian menggunakan sebiji cawan?
Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji
cawan? Mungkin kita tidak dapat melakukan tugas sukar ini.
bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan
akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti.
Kita, misalnya akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kita perlu berbaring atau berehat tetapi
jantung kita tidak pernah letih. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah Allah menjadikannya
sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih.

Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan
utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah
pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.
Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian
pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz ‘genggam
penumbuk’ bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan
di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan
dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung
terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri)
dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan
dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.
Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika
organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di
dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung
juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri
mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat
selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada
aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat
dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil
(kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan
denyutan jantung akan menurun.
Jantung mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat
ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri)
aorta.
Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini
dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg)
sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan
sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas
kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka
ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan
darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya
kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras.

Struktur Jantung
Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan
luarnya dan endokardium di bahagian dalam.
Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduadua ruang ini
dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua
ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara keduadua ventrikel.
Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya
dengan oksigen dari paru-paru.
Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.
Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke
seluruh bahagian tubuh.
Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada
jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.
Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada
atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula
menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan
aorta.
Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada
jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular
membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke
arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap
bikuspid pada bahagian kiri jantung.
Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap
semilunar mempunyai tiga bucu.
Secara ringkasnya;
Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung:
Selaput Jantung (Perikardium)
Meliputi jantung dan terbahagi dua;



Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan
Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput.
Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila
jantung berdenyut.

Otot Jantung (Miokardium)
Dibina daripada otot bebas; dan
Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung.
Selaput Jantung (Endokardium)
Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan
Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam
saluran darah.

Fungsi Jantung
Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh
dari hasil metabolisme (karbondioksida). Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan
mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam
paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbondioksida; jantung
kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke jaringan
di seluruh tubuh.
Pada saat berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (disebut diastol);
selanjutnya jantung berkontraksi dan memompa darah keluar dari ruang jantung disebut sistol).
Kedua atrium mengendur dan berkontraksi secara bersamaan, dan kedua ventrikel juga
mengendur dan berkontraksi secara bersamaan.
Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida dari seluruh tubuh
mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan
terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan.
Darah dari ventrikel kanan akan dipompa melalui katup pulmoner ke dalam arteri pulmonalis,
menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil (kapiler) yang
mengelilingi kantong udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbondioksida
yang selanjutnya dihembuskan.
Darah yang kaya akan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri.
Peredaran darah diantara bagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut sirkulasi
pulmoner.
Darah dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan memompa
darah yang kaya akan oksigen ini melewati katup aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar
dalam tubuh). Darah kaya oksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.
Fungsi-fungsi jantung secara amnya adalah:


Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah
dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh;



Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat
berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan



Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan
membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan
semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan
keadaan berehat.

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya
hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah
melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan
kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya
akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan
produktiviti negara.
Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh
itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang
diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi
kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan
darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada
mengubatinya.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah
yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan
badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak,
menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah
daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas.
Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan
memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas
berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari,
diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam
bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini
demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah
sudah terhantuk baru nak tengadah.
Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan
rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk
merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat
untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat
untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama
iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

PUNCA:

1: Menghisap rokok secara tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya sakit
jantung.
- Bahan-bahan kimia terutamanya nikotin dan asap rokok akan mempercepat pembekuan darah,
menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung, maka mengurangkan bekalan oksigen
kepada jantung.
- Selagi saluran-saluran darah di dalam jantung seperti arteri koronari menjadi sempit dan
tersumbat, individu akan menghidapi penyakit darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi
dan sesak bernafas - meningkatkan risiko diserang sakit jantung.
2: Cara pengambilan makanan yang tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah
ini.
- Corak pemakanan rakyat yang gemar akan makanan segera dan makanan bergoreng di
restoran-restoran dikenal pasti memudaratkan kesihatan
- Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak turut
membebankan jantung manusia serta menggugat kesihatan kita
- Bukan itu sahaja, pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan
suplemen/sampingan yang tidak betul akan menyebabkan sakit jantung.
3: Gaya hidup yang tidak sihat
- Kurang bersenam, sering terdedah kepada kehidupan yang penuh dengan tekanan, penderaan
emosi seperti sedih atau marah juga akan menjejaskan kesihatan.
- Manusia dalam era pemodenan dan globalisasi terutamanya golongan remaja sering duduk di
depan komputer beberapa jam berturut-berturut tanpa rehat - selalu mengamalkan tabiat tidur
lewat - menjejaskan fungsi organ seperti otak, hati dan jantung.
PRAKARSA:
1: Mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang
- sewajarnya menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengelakkan
karbohidrat yang halus, daging, telur dan makanan berlemak dan berminyak.
- jangan asyik makan di luar rumah
- Usus manusia lebih sesuai untuk diisi dengan serat yang berfungsi sebagai pelincir untuk
mengeluarkan bahan buangan daripada badan
2: Kerap bersenam
- senaman aerobik seperti berjalan, joging, menuggang basikal dan berenang sepatutnya
dilakukan
sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
- badan sihat otak cergas

3. Mengamalkan gaya hidup sihat
- Belajar mengendalikan tekanan dan mengawal emosi
- Menjalani pemeriksaan kesihatan badan tahunan, terutamanya golongan yang berumur 35 tahun
ke atas
Saiz jantung dewasa besar sedikit daripada genggaman tangan. Beratnya pula antara 300 gram
(gm) dan 400gm atau seberat satu tin minuman ringan.
Jantung terletak di bahagian tengah dada di antara kedua-dua paru-paru dan bukan di bahagian
kiri seperti disangka ramai. Apeks jantung yang menyentuh bahagian kiri dada membuatkan kita
merasai denyutan jantung di bahagian itu. Ini menjelaskan salah tanggapan orang ramai
mengenai kedudukan jantung.
# Jantung organ yang pertama berfungsi. Ia mula berdenyut ketika janin di dalam kandungan
berusia hanya empat minggu. Jantung terbentuk sepenuhnya apabila usia janin meningkat ke
lapan minggu dan saiz janin sepanjang 2.5 sentimeter.

# Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang
dapat dikendalikan menurut kehendak kita. Contohnya apabila mahu berjalan, kita gerakkan
kaki.
Jika mahu bercakap, kita keluarkan bunyi melalui kotak suara dan gunakan pergerakan mulut
dan lidah untuk menghasilkan bunyi tertentu. Jika kita mahu menahan nafas seketika, kita
hentikan pergerakan otot dada dan diafragma.
Ini semua tindakan dan pergerakan yang boleh dikawal. Jantung berlainan sama sekali. Ia tidak
boleh ‘menurut perintah’. Kita tidak boleh hentikan pergerakan jantung walaupun seketika
kerana ia terus berdenyut secara automatik tanpa henti hingga berakhirnya hayat seseorang itu.
# Proses pengaliran darah badan meliputi jantung yang bertindak sebagai pam dan sistem saluran
darah yang kompleks membabitkan aorta, arteri, vena dan kapilari, iaitu saluran darah halus yang
menghubungkan arteri dan vena.
Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan di kebun dan saiz kapilari pula 10
kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang
sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!
# Arteri koronari pula adalah saluran darah di permukaan jantung yang membawa oksigen dan
nutrien dari aorta ke otot jantung. Koronari berasal daripada perkataan Latin ‘korona’ dan
Yunani ‘koron’ yang bermaksud mahkota atau ‘crown’ di dalam Bahasa Inggeris.
Ini kerana arteri koronari yang mengelilingi permukaan jantung dilihat seolah-olah seperti
mahkota yang terletak di atas kepala.
Jika arteri koronari ini tersumbat secara tiba-tiba dan aliran darah tidak sampai ke otot jantung,
ini menyebabkan serangan jantung yang berpunca daripada kerosakan teruk otot jantung.
# Satu-satunya fungsi jantung ialah sebagai pam untuk menghantar darah yang kaya dengan
oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Selepas itu darah yang kurang beroksigen kembali ke
bahagian kanan jantung melalui satu litar yang kompleks sebelum disalurkan ke paru-paru untuk
diperkayakan semula dengan oksigen.
Darah ini kemudian kembali ke bahagian kiri jantung untuk dipam ke seluruh badan. Satu
pusingan peredaran darah di litar ini mengambil masa lebih kurang 23 saat. Ini bermakna darah
membuat pusingan mengelilingi litar ini sebanyak lebih kurang tiga kali dalam masa satu minit.
# Darah mengalir melalui jantung dalam satu arah saja. Proses ini boleh terjadi dengan adanya
empat injap di dalam jantung. Apabila injap terbuka, ia memberi laluan kepada darah untuk
mengalir keluar dari satu bahagian jantung ke bahagian jantung yang lain.
Apabila injap ini tertutup, ia menyekat pengaliran darah ke belakang. Mekanisme penutupan
injap ini menghasilkan bunyi degupan jantung “lub-dub” yang didengar oleh doktor ketika
menggunakan stetoskop.
Masalah boleh timbul jika injap menjadi sempit atau bocor akibat penyakit seperti demam
reumatik atau endokarditis.
# Jantung adalah organ yang sangat kuat dan bertenaga. Sebagai demonstrasi, ambil sebiji bola
tenis dan genggam sekuat mungkin. Inilah anggaran tenaga yang digunakan oleh jantung setiap
kali ia mengepam darah ke seluruh badan.
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap
kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda
lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.
Dalam tempoh satu jam, tenaga kerja yang dihasilkan oleh jantung boleh mengangkat barang
seberat hampir 1,400 kilogram setinggi 30 sentimeter. Ini seumpama berat dua kereta Perodua
Kancil. Tenaga yang dijanakan jantung sepanjang hayat seseorang pula boleh mengangkat satu
kapal perang besar keluar dari air.
Begitulah kuatnya jantung kita. Bagaimanapun, seseorang akan mengalami penyakit lemah
jantung apabila jantung gagal berfungsi secukupnya sebagai satu jentera untuk mengepam darah
ke seluruh badan. Antara sebab utama bagi kelemahan jantung adalah kerosakan teruk pada otot
akibat serangan jantung.
# Setiap kali berdenyut, jantung mengepam darah sebanyak 70 mililiter, di mana lebih kurang
lima liter darah dipam dalam tempoh satu minit. Ini bermakna untuk tempoh satu jam pula, 300
liter darah, dan di dalam satu hari lebih kurang 7,200 liter darah dipam jantung kita.
Sepanjang hayat seorang manusia, jantung mengepam lebih daripada satu milion tong darah. Ini
cukup untuk mengisi dan memenuhi kapasiti tiga kapal tangki minyak yang besar!
# Jantung tidak tahu erti penat. Jantung terus berdenyut sama ada anda bekerja atau tidur. Ketika
anda berehat, jantung tidak berehat. Ia tetap berdenyut antara 60 dan 80 kali dalam tempoh satu
minit.
Kadar ini menurun apabila usia kita meningkat. Secara purata, jantung berdenyut hampir
100,000 kali sehari, dan lebih kurang 2.5 bilion kali sepanjang hayat, tanpa rehat, walaupun
untuk seketika.
Tidak mungkin ada alat atau mesin yang diperbuat oleh manusia boleh menandingi kehebatan
jantung kita. Alangkah bertuahnya kita mempunyai ‘alat’ kurniaan Tuhan yang sungguh
menakjubkan ini.
Sekarang ambil tangan anda dan letak di tengah dada. Tanya diri sendiri, apa perlu anda lakukan
hari ini untuk memastikan jantung anda mendapat penjagaan yang terbaik.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/fakta-menarik-mengenaijantung.html#ixzz2Lo9zCVx5
Jom Kita Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat
Salam buat semua yang terjah kat blog JOMRIA. Kali ini aku nak share dengan semua artikel
mengenai Amalan Hidup Sihat yang semestinya kita perlu titik beratkan dalam hidup kita.
Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang
hayat. Pada pandangan saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup
sihat ni.
1. Menjaga Pemakanan Seharian
Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh
badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan
badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing
manis.
2. Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti
senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar
melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah
mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.

3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah
sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah
sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar.
4.Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan
ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita
boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan
baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.

5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang
boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat
menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung.
Manakala penagihan dadah
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita lakukan untuk membolehkan
kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti dipupuk oleh ibu bapa dan semua anggota
keluarga sejak anak mereka masih kecil lagi Sesungguhnya kesihatan yang baik lebih bernlai
daripada harta benda.
LANGKAH MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Pihak ibu bapa mesti memberi pendidikan dan pengajaran kepada anak-anak tentang kebaikan amalan
gaya hidup sihat. Masa yang panjang bersama dengan anak-anak menjadikan peranan ibu bapa begitu
penting. Oleh itu, ibu bapa mesti menunjukkan contoh yang baik melalui amalan pemakanan dan
melakukan aktiviti riadah dalam keluarga. Aktiviti riadah yang dilakukan dalam keluarga juga dapat
mengeratkan hubungan dan kasih sayang dalam keluarga secara tidak langsung.

Media massa mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pemikiran rakyat di negara ini.
Justeru, media massa perlulah menjalankan kempen tentang kebaikan amalan gaya hidup sihat. Stesen
televisyen pastinya merupakan medium yang paling sesuai kerana ia dapat memberi kesan kepada
penonton atau orang ramai. Gaya persembahan kempen perlu diubah untuk memaksimakan kesan dan
mengelakkan rasa jemu audiens. Media massa yang dapat membantu dalam memupuk amalan gaya
hidup sihat patut diberi ganjaran atau anugerah yang sewajarnya.

Budaya hidup dalam masyarakat juga boleh memberikan kesan kepada golongan muda. Oleh itu,
masyarakat hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda. Masyarakat yang lebih
dewasa mestilah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat dicontohi oleh golongan muda. Sikap
saling mengingati tentang amalan gaya hidup sihat patut disuburkan dalam masyarakat.
Pihak Kementerian Kesihatan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam amalan gaya hidup
sihat. Kempen-kempen kesedaran mestilah diteruskan sehingga amalan ini dapat menjadi budaya
masyarakat. Pihak kementerian juga perlu memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan menambah
peralatan yang canggih. Rakyat pula perlu diseru untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala
di hospital. Jika pihak Kementerian Kesihatan dapat bertindak secara proaktif pasti amalan gaya hidup
sihat di negara ini semakin bertambah baik.
Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting. Sumber kewangan yang sanyak
membolehkan pihak kerajaan membina tempat-tempat riadah untuk rakyat. Pihak kerajaan juga boleh
mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat dengan menaikkan cukai terhadap bahan ini. Cukai
yang tinggi ke atas minuman keras juga merupakan satu langkah yang bijak dalam memupuk amalan
gaya hidup sihat
AMALAN–AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita
mengambil makanan yang seimbang dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak
seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah
tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Seseorang ltu juga mesti minum banyak air setiap
hari. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan
penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang.
Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir
dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat
membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan di taman permainan
atau di dalam dewan. Oleh itu, seseorang mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
selama 20 minit bagi setiap sesi untuk menjadikan tubuh sihat.

Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan gaya hidup. Seseorang itu
tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan
pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya, tahap kesihatan yang baik
membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria.

Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup sihat.
Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat
atau lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Kita
boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di rumah
kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu
dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh
menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok,
mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan
seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih
berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga
dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan
rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.
KEPENTINGAN MEMILIKI KESIHATAN YANG BAIK
Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu
menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senaman bagi menyihatkan badan.
Kenapakah kesihatan amat baik bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik terdapat
pelbagai faedah yang kita akan perolehi daripadanya.

Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami
masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita
miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing
manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu
membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang.

Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu
bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti. Di negara kita banyak
kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan diri seperti menjalankan
'Kempen Gaya Hidup Sihat' supaya rakyat kekal sihat dan dapat bekerja dengan gigih. Keupayaan rakyat
bekerja dengan gigih akan dapat menjadikan negara maju dalam pelbagai aspek.

Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita
berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif
dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk
membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita ingin menjadi pemimpin
masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yang baik.

Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak
aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang
dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita
akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk
menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya.

Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja
bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan
kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat,
wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barangbarang keperluan yang lain.
AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG MANUSIA
Setiap kita hidup di dunia ini memerlukan makanan untuk terus hidup. Makanan adalah adalah amat
penting kerana keperluan asas manusia untuk hidup. Terdapat pelbagil jenis makanan yang boleh kita
makan setiap hari. Makanan dapat membekalkan tenaga dan membaiki tisu-tisu yang rosak. Namun
makanan yang kita ambil setiap hari mestilah makananan yang seimbang. Pengambilan makanan yang
seimbang amat penting untuk memastikan kesihatan dan kecergasan berkekalan sepanjang hayat.

Apakah itu makanan seimbang? Makanan seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak,
minyak, vitamin, mineral serta air minuman. Kandungan makanan seimbang ini perlu diambil dalam
kadar yang berbeza mengikut keperluan badan. Makanan yang harus dimakan sedikit sahaja ialah
makanan yang mengandungi lemak dan minyak. Pengambilan makanan jenis ini penting untuk
membekalkan tenaga agar seseorang kita cergas melakukan aktiviti. Namun begitu, pengambilan yang
berlebihan boleh menyebabkan kita diserang penyakit jantung, darah tinggi dan diabetis.

Makanan yang harus dimakan dengan kadar yang sederhana ialah makanan seperti susu, dan keju.
Begitu juga dengan ikan, ayam dan kekacang. Semua makanan yang dinyatakan amat penting untuk
tumbesaran badan kerana makanan ini banyak mengandungi protein. Makanan ini juga mengandungi
mineral yang berfungsi untuk menjaga kesihatan darah. Di samping itu, ia dapat membantu tubuh
menyerap zat makanan iain dengan berkesan.

Makanan yang harus dimakan dengan kadar yang banyak ialah makanan seperti buah¬buahan dan
sayur-sayuran. Kedua-dua makanan ini banyak mengandungi vitamin yang penting untuk kesihatan.
Contohnya, vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk penjagaan kesihatan
mata, kulit, gusi serta mengekalkan kecergasan badan.

Manakala makanan yang perlu dimakan dengan kadar yang lebih banyak ialah bijirin serta ubi-ubian.
Makanan ini banyak mengandungi karbohidrat. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada
badan kita. Tanpa tenaga seseorang akan cepat berasa letih. Namun begitu, pengambilan makanan ini
secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan penyakit lain khususnya bagi individu yang
kurang melakukan senaman dan riadah.

Makanan sahaja belum mencukupi, jika tidak diikuti dengan bahan minuman. Oleh itu, minuman
penting untuk tubuh badan. Seseorang individu digalakkan meminum air antara 8 hingga 11 gelas sehari.
Selain menghilangkan dahaga, air berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah, membuang isa toksik
daripada badan melalui perpeluhan dan perkumuhan serta membersihkan ginjal. Air diminum seelokeloknya air yang telah dimasak. Selain itu, pengambilan minuman jus buahan segar juga adalah baik
untuk kesihatan.

Amalan makanan yang seimbang perlu dijadikan budaya Pemakanan harian. Selain itu, makan haruslah
mengikut masa yang ditetapkan setiap hari. Di samping itu, kita juga mesti melakukan aktiviti senaman.
Sekiranya semua ini diamalkan pasti kesihatan dan kecergasan badan terpelihara. Harus diingat juga,
makanan ringan, minuman bergas dan makanan segera eloklah dielakan kerana makanan-makanan ini
kurang baik untuk kesihatan.

1. Guyton & Hall.2008.Buku ajar fisiologi kedokteran. Jakarta: Penerbit Buku kedokteran EGC.
2. http://www.scribd.com/
3. http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya- Hidup-Sihat
4. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat http://prauniversiti6.blogspot.com
6. http://fitmall.blogspot.com/
7. http://pmr.penerangan.gov.my/
8. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup- sihat.html
9. http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup- sihat_post14.html
10. http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan- Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html
11. http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/Peta MindaPendahuluanKepentingan 12.
http://prauniversiti6.blogspot.com
12. Open University Malaysia (2007). HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan .Meteor Doc. Sdn.
Bhd. Selangor Darul Ehsan.
13. Abd.Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum KBSM . Selangor. Percetakan
Dewan Bahasa Dan Pustaka
14. Abdul Rahman MD. Aroff, Lee Hoon,Chong. (1994) ,Pendidikan Moral. Kuala Lumpur.Longman
Malaysia Sdn. Bhd

More Related Content

What's hot

Sistem peredaran darah
Sistem peredaran darahSistem peredaran darah
Sistem peredaran darahCasini Mu'thi
 
Sistem kardiovaskuler (kharisma)
Sistem kardiovaskuler (kharisma)Sistem kardiovaskuler (kharisma)
Sistem kardiovaskuler (kharisma)stikesby kebidanan
 
Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)
Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)
Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)Rizky Prawitasari
 
Mekanisme peredaran darah
Mekanisme peredaran darahMekanisme peredaran darah
Mekanisme peredaran darahNabilla Musri
 
79968707 saluran-dan-peredaran-darah
79968707 saluran-dan-peredaran-darah79968707 saluran-dan-peredaran-darah
79968707 saluran-dan-peredaran-darahNoraini Sahirin
 
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNGPJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNGJamilah Mustakim
 
Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.
Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.
Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.Moh Ali Fauzi
 
Fisiologi sistem kardiovaskular
Fisiologi sistem kardiovaskular Fisiologi sistem kardiovaskular
Fisiologi sistem kardiovaskular nurdinz
 
Cdf5 Pengangkutan
Cdf5 PengangkutanCdf5 Pengangkutan
Cdf5 Pengangkutanmiaceh
 
3 sistem kardiovaskuler
3 sistem kardiovaskuler3 sistem kardiovaskuler
3 sistem kardiovaskulerpatrixbalik
 
mekanisme Peredaran darah melalui jantung
mekanisme Peredaran darah melalui jantungmekanisme Peredaran darah melalui jantung
mekanisme Peredaran darah melalui jantungMohd Faizal Hashim
 
PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTANPEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTANZu Dawson
 
Anatomi dan Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
Anatomi dan Fisiologi Sistem KardiovaskulerAnatomi dan Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
Anatomi dan Fisiologi Sistem KardiovaskulerYesi Tika
 
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan TubuhSistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuhpjj_kemenkes
 

What's hot (20)

Sistem kardiovaskular
Sistem kardiovaskularSistem kardiovaskular
Sistem kardiovaskular
 
Sistem peredaran darah
Sistem peredaran darahSistem peredaran darah
Sistem peredaran darah
 
Sistem kardiovaskuler (kharisma)
Sistem kardiovaskuler (kharisma)Sistem kardiovaskuler (kharisma)
Sistem kardiovaskuler (kharisma)
 
Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)
Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)
Dian aj (ba. sistem kardiovaskular)
 
Sistem peredaran darah
Sistem peredaran darahSistem peredaran darah
Sistem peredaran darah
 
Mekanisme peredaran darah
Mekanisme peredaran darahMekanisme peredaran darah
Mekanisme peredaran darah
 
79968707 saluran-dan-peredaran-darah
79968707 saluran-dan-peredaran-darah79968707 saluran-dan-peredaran-darah
79968707 saluran-dan-peredaran-darah
 
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNGPJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
 
Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.
Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.
Sistem Transportasi pada Manusia dan Hewan.
 
Fisiologi sistem kardiovaskular
Fisiologi sistem kardiovaskular Fisiologi sistem kardiovaskular
Fisiologi sistem kardiovaskular
 
Cdf5 Pengangkutan
Cdf5 PengangkutanCdf5 Pengangkutan
Cdf5 Pengangkutan
 
3 sistem kardiovaskuler
3 sistem kardiovaskuler3 sistem kardiovaskuler
3 sistem kardiovaskuler
 
mekanisme Peredaran darah melalui jantung
mekanisme Peredaran darah melalui jantungmekanisme Peredaran darah melalui jantung
mekanisme Peredaran darah melalui jantung
 
PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTANPEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
PEREDARAN DARAH DAN PENGANGKUTAN
 
Transportasi
TransportasiTransportasi
Transportasi
 
Anatomi dan Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
Anatomi dan Fisiologi Sistem KardiovaskulerAnatomi dan Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
Anatomi dan Fisiologi Sistem Kardiovaskuler
 
Fisiologi Kardiovaskular
Fisiologi KardiovaskularFisiologi Kardiovaskular
Fisiologi Kardiovaskular
 
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan TubuhSistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung
 
kardiovaskuler by anfis
kardiovaskuler by anfiskardiovaskuler by anfis
kardiovaskuler by anfis
 

Viewers also liked

Viewers also liked (8)

Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
1.2 konsep sistem peredaran darah
1.2 konsep sistem peredaran darah1.2 konsep sistem peredaran darah
1.2 konsep sistem peredaran darah
 
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihatpendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
pendidikan kesihatan-Gaya hidup sihat
 
Besta 2014 januari
Besta 2014 januariBesta 2014 januari
Besta 2014 januari
 
Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)
 
Biologi kertas 2
Biologi kertas 2Biologi kertas 2
Biologi kertas 2
 
Sistem endokrin
Sistem endokrinSistem endokrin
Sistem endokrin
 
Bab 2 Nutrisi
Bab 2 NutrisiBab 2 Nutrisi
Bab 2 Nutrisi
 

Similar to Biologi bahan (20)

Assigment buku besar
Assigment buku besarAssigment buku besar
Assigment buku besar
 
daninurriyadi
daninurriyadidaninurriyadi
daninurriyadi
 
Kardio Vaskuler
Kardio Vaskuler Kardio Vaskuler
Kardio Vaskuler
 
Jantung
JantungJantung
Jantung
 
Askep iccu mci citra
Askep iccu mci citraAskep iccu mci citra
Askep iccu mci citra
 
Sistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskulerSistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskuler
 
Sistem Cardiovaskuler_Materi Dosen IKM
Sistem Cardiovaskuler_Materi Dosen IKMSistem Cardiovaskuler_Materi Dosen IKM
Sistem Cardiovaskuler_Materi Dosen IKM
 
pertemuan-2.pptx
pertemuan-2.pptxpertemuan-2.pptx
pertemuan-2.pptx
 
Anatomi dan fisiologi sistem kardiovaskuler
Anatomi dan fisiologi sistem kardiovaskulerAnatomi dan fisiologi sistem kardiovaskuler
Anatomi dan fisiologi sistem kardiovaskuler
 
Booklet
Booklet Booklet
Booklet
 
Jantung
JantungJantung
Jantung
 
Jantung manusia
Jantung manusiaJantung manusia
Jantung manusia
 
Jantung
JantungJantung
Jantung
 
ANATOMI FISIOLOGI.pptx
ANATOMI FISIOLOGI.pptxANATOMI FISIOLOGI.pptx
ANATOMI FISIOLOGI.pptx
 
Pengenalan organ penting
Pengenalan organ pentingPengenalan organ penting
Pengenalan organ penting
 
Alat peredaran darah
Alat peredaran darahAlat peredaran darah
Alat peredaran darah
 
Makalah jantung
Makalah jantungMakalah jantung
Makalah jantung
 
Makalah jantung
Makalah jantungMakalah jantung
Makalah jantung
 
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.pptPRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
 
Anatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusiaAnatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusia
 

Recently uploaded

Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 

Biologi bahan

  • 1. Bila kita tdur,jantung kita jln. Bila kita b'lari,jantung kita jln. Bila kita b'henti,jantung kita jln. Bila jantung kita b'henti,kita jln. Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung". Struktur Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah. Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel. Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir. Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu. Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu. Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
  • 2. Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari Kitar kardiak Pandangan anterior keratan rentas jantung. Anak panah putih menunjukkan arah darah bergerak Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung. Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium. Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit. Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua). Aturan kitar kardiak
  • 3. Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam. Irama pengecutan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku. Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup. Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztec yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari. Penyakit dan rawatan Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:      Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina. Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung. Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung. Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung. Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung. Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan pembedahan pintas arteri koronari (coronary artery bypass surgery) atau ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty. Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen. Nitroglycerin dan bahan lain yang membekalkan nitrik oksida (NO) digunakan untuk merawat sakit jantung kerana ia menyebabkan pengembangan arteri koronari. Perentak jantung buatan (artificial pacemaker) diimplan ke dalam jantung pesakit yang mengidap arrhythmia.
  • 4. Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau kegagalan jantung tahap akhir. Lihat juga: Prosedur dan ujian diagnostik kardiologi Penyakit jantung koronari Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan. Punca penyakit Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik. Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama. Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
  • 5. Gejala Sakit dada atau dikenali sebagai angina pektoris. Sakit ini dialami pada bahagian tengah dada atau sebelah kiri dada. Kesakitan ini dialami dengan: a. Seolah-olah ada cengkaman yang kuat pada dada b. Berat pada dada c. Senak dada d. Sukar bernafas: sakit ini akan merebak ke leher dan bahagian lengan kiri. Ia selalu berlaku semasa aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Tekanan emosi atau sebarang aktiviti boleh menyumbangkan masalah ini. Sakit dada ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu: 1. Stabil: mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti. 2. Tidak stabil: mengalami sakit dada yang berulang-ulang dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat. Bagaimanapun, sesetengah pesakit diabetes atau warga tua tidak mengalami gejala ini. Sebaliknya, mereka mungkin mengalami: a. Berpeluh-peluh b. Rasa lemah badan c. Sakit pada hulu hati d. Pening kepala e. Pengsan Sekiranya gejala-gejala angina tidak stabil dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh mendapat serangan jantung (penginfarkan miokardium). Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi. Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.
  • 6. Diagnosis Sehubungan antara kaedah yang digunakan untuk mendiagnos penyakit jantung ialah:     Ujian ECG: ujian ini untuk mereka yang diserang sakit jantung dan sesetengah pesakit yang mengalami angina tidak stabil Ujian darah seperti enzim kardium dan troponin Ujian tekanan pengisar injakan Angiogram koronari. Tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada melalui di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan. Prosedur ini biasanya mengambil masa selama setengah jam. Pewarna akan disuntik melalui kateter ini dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat. Namun, prosedur ini mempunyai risiko tersendiri seperti alahan pada pewarna, pembedahan kecemasan, angin ahmar, serangan jantung dan denyutan jantung tidak stabil. Rawatan Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung seperti:    Ubat-ubatan Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan. Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak membabitkan pembedahan yang besar. Bagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung (stent) yang dilapisi ubatubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih tinggi. Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit lain seperti pedih hulu hati, akibat pembalikan asid ke saluran pemakanan, sakit pada otot-otot dada dan pneumonia. Selain itu, ia mungkin ada kaitan dengan sakit tulang rusuk, pelbagai masalah jantung seperti radang selaput jantung, retak bahagian dalam permukaan pembuluh besar aorta dan sebagainya. Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit dada.
  • 7. Bagi kita, jantung adalah organ asas. ia berdenyut sekitar tujuh puluh dua kali seminit atau kira-kira empat puluh juta kali setahun. untuk memahami bagaimana proses ini amat memeningkan, cuba buat genggaman dengan tangan kita dan kemudian lepaskannya, kemudian terus buat genggaman dan lepaskannya. Berapa minit kita dapat berbuat begitu? Jantung kita, yang bersaiz sebesar penumbuk kita, berterusan melakukan aktiviti ini sepanjang hidup kita tanpa merasa letih atau berhenti. Jantung kita tidak pernah berhenti sekalipun ketika kita tidur. Jika merasa gembira, jantung kita akan berdenyut lebih pantas, dan ia berdenyut perlahan ketika kita berehat. Jantung kita melakukan penyelenggaraan ini secara automatik ketika kita tidak menyedarinya. Setiap kali jantung kita berdenyut, ia mengepam darah ke seluruh badan kita. Apa yang kita perlukan untuk hidup terdapat dalam darah ini. Setiap sel kita menerima oksigen dan makanan yang diperlukan daripada darah. Jantung kita mengepam sekitar 43,000 liter darah setiap hari. Tahukah kita berapa banyak darah ini? Ia mencukupi untuk memenuhi 150 tab mandian. Tidakkah kita merasa penat sekiranya kita cuba mengeringkan sebuah tab mandian menggunakan sebiji cawan? Sekarang bayangkan bagaimana hendak mengeringkan air di dalam 150 tab mandian dengan sebiji cawan? Mungkin kita tidak dapat melakukan tugas sukar ini. bagaimanapun, jantung kita telah melakukan tugas ini dan telah melakukannya sejak kita dilahirkan dan akan terus melakukannya sehingga kita meninggal dunia. Lebih-lebih lagi, ia tidak pernah berhenti. Kita, misalnya akan berehat ketika melakukan kerja-kerja berat. Kita perlu berbaring atau berehat tetapi jantung kita tidak pernah letih. Ia kecil tetapi tugasnya amat besar. Kerana itulah Allah menjadikannya sedemikian rupa sehingga ia tidak pernah letih. Jantung merupakan pusat kepada sistem kardiovaskular. Oleh itu, jantung memainkan peranan utama dalam peredaran darah. Jantung mempunyai empat ruangan dan dianggap sebagai sebuah pam kerana ia berfungsi untuk mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh. Kedudukan jantung adalah di tengah-tengah bahagian dada di antara dua paru-paru. Bahagian pinggir bawahnya terletak di permukaan atas otot diafragma. Jantung biasanya bersaiz ‘genggam penumbuk’ bagi orang dewasa. Darah berjumlah antara tiga hingga enam liter boleh dimuatkan di dalam jantung pada satu masa. Jantung dibahagi dua oleh septum. Oleh itu, bahagian kanan dan bahagian kiri jantung tidak berhubung secara langsung. Manakala di setiap belah jantung terdapat dua ruang. Ruang sebelah atas dikenali sebagai serambi jantung (atrium kanan dan kiri) dan bertugas menerima darah. Ruang sebelah bawah pula adalah bilik jantung (ventrikel kanan dan kiri) di mana tugasnya adalah menghantar keluar darah daripada jantung.
  • 8. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ketiga bayi masih dalam peringkat fetus, iaitu ketika organ-organ lain baru mula membentuk. Ia terus-menerus berdenyut tanpa henti sejak janin di dalam kandungan ibu sehinggalah seseorang itu mati. Selama mana pun ia berdenyut, jantung juga masih mempunyai waktu rehat. Ia rehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke tubuh. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun. Jantung mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta. Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/70 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) sewaktu jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 70 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah lebih penting daripada angka atas kerana semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung untuk memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras. Struktur Jantung
  • 9. Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan keduadua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara keduadua ventrikel. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu. Secara ringkasnya; Jantung mempunyai beberapa lapisan. Lapisan-lapisan yang ada pada jantung:
  • 10. Selaput Jantung (Perikardium) Meliputi jantung dan terbahagi dua;   Pertama, lapisan berserat di bahagian luar (lapisan parietal); dan Kedua, lapisan viseral iaitu lapisan serosa yang terdiri daripada dua lapisan selaput. Selaput ini berfungsi mengeluarkan bendalir jernih yang menghalang geseran apabila jantung berdenyut. Otot Jantung (Miokardium) Dibina daripada otot bebas; dan Keadaannya tebal di bilik kiri, kurang tebal di bilik kanan dan nipis di serambi jantung. Selaput Jantung (Endokardium) Terbina daripada tisu epitelium skuamosa; dan Lapisan ini berbentuk leper dan licin kerana ia merupakan lanjutan daripada lapisan dalam saluran darah. Fungsi Jantung
  • 11. Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh tubuh dan membersihkan tubuh dari hasil metabolisme (karbondioksida). Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan memompanya ke dalam paru-paru, dimana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbondioksida; jantung kemudian mengumpulkan darah yang kaya oksigen dari paru-paru dan memompanya ke jaringan di seluruh tubuh. Pada saat berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan terisi darah (disebut diastol); selanjutnya jantung berkontraksi dan memompa darah keluar dari ruang jantung disebut sistol). Kedua atrium mengendur dan berkontraksi secara bersamaan, dan kedua ventrikel juga mengendur dan berkontraksi secara bersamaan.
  • 12. Darah yang kehabisan oksigen dan mengandung banyak karbondioksida dari seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan terisi darah, dia akan mendorong darah ke dalam ventrikel kanan. Darah dari ventrikel kanan akan dipompa melalui katup pulmoner ke dalam arteri pulmonalis, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui pembuluh yang sangat kecil (kapiler) yang mengelilingi kantong udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbondioksida yang selanjutnya dihembuskan. Darah yang kaya akan oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut sirkulasi pulmoner. Darah dalam atrium kiri akan didorong ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan memompa darah yang kaya akan oksigen ini melewati katup aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam tubuh). Darah kaya oksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru. Fungsi-fungsi jantung secara amnya adalah:  Menjana dan mengekalkan tekanan darah. Denyutan jantung akan menjana tekanan darah dan seterusnya mengalirkan darah ke seluruh tubuh;  Mengarah peredaran darah. Peredaran darah dapat dilakukan ke beberapa tempat berdasarkan ruangan di dalam jantung; dan  Membawa bekalan darah ke tisu. Kadar denyutan jantung yang berbeza akan membuatkan jumlah darah yang dialirkan berbeza. Contohnya semasa bersukan dan semasa keadaan rehat. Semasa bersukan, lebih banyak darah dialirkan berbanding dengan keadaan berehat. Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat dielakkan kerana mencegah penyakit lebih baik daripada
  • 13. mengubatinya. Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Selain itu, setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah. Secara keseluruhannya, amalan gaya hidup sihat memang perlu dijadikan budaya untuk melahirkan rakyat yang sihat. Jadi, Kementerian Kesihatan perlulah mengambil langkah yang proaktif untuk merealisasikan impian negara kita itu. Sekiranya langkah tersebut tidak diambil, sudah tentu hasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas tidak akan menjadi kenyataan. Oleh itu, hasrat untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas akan menjadi realiti jika semua pihak saling bekerjasama iaitu, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. PUNCA: 1: Menghisap rokok secara tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya sakit jantung. - Bahan-bahan kimia terutamanya nikotin dan asap rokok akan mempercepat pembekuan darah, menggalakkan pemendapan lemak pada dinding jantung, maka mengurangkan bekalan oksigen kepada jantung. - Selagi saluran-saluran darah di dalam jantung seperti arteri koronari menjadi sempit dan tersumbat, individu akan menghidapi penyakit darah tinggi yang juga dikenali sebagai hipertensi dan sesak bernafas - meningkatkan risiko diserang sakit jantung. 2: Cara pengambilan makanan yang tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah ini. - Corak pemakanan rakyat yang gemar akan makanan segera dan makanan bergoreng di restoran-restoran dikenal pasti memudaratkan kesihatan - Pengambilan lemak yang terlalu tinggi seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak turut membebankan jantung manusia serta menggugat kesihatan kita - Bukan itu sahaja, pemakanan yang berlebihan daripada keperluan dan pengambilan makanan
  • 14. suplemen/sampingan yang tidak betul akan menyebabkan sakit jantung. 3: Gaya hidup yang tidak sihat - Kurang bersenam, sering terdedah kepada kehidupan yang penuh dengan tekanan, penderaan emosi seperti sedih atau marah juga akan menjejaskan kesihatan. - Manusia dalam era pemodenan dan globalisasi terutamanya golongan remaja sering duduk di depan komputer beberapa jam berturut-berturut tanpa rehat - selalu mengamalkan tabiat tidur lewat - menjejaskan fungsi organ seperti otak, hati dan jantung. PRAKARSA: 1: Mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan seimbang - sewajarnya menambah pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengelakkan karbohidrat yang halus, daging, telur dan makanan berlemak dan berminyak. - jangan asyik makan di luar rumah - Usus manusia lebih sesuai untuk diisi dengan serat yang berfungsi sebagai pelincir untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan 2: Kerap bersenam - senaman aerobik seperti berjalan, joging, menuggang basikal dan berenang sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari dan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. - badan sihat otak cergas 3. Mengamalkan gaya hidup sihat - Belajar mengendalikan tekanan dan mengawal emosi - Menjalani pemeriksaan kesihatan badan tahunan, terutamanya golongan yang berumur 35 tahun ke atas Saiz jantung dewasa besar sedikit daripada genggaman tangan. Beratnya pula antara 300 gram (gm) dan 400gm atau seberat satu tin minuman ringan. Jantung terletak di bahagian tengah dada di antara kedua-dua paru-paru dan bukan di bahagian kiri seperti disangka ramai. Apeks jantung yang menyentuh bahagian kiri dada membuatkan kita merasai denyutan jantung di bahagian itu. Ini menjelaskan salah tanggapan orang ramai mengenai kedudukan jantung. # Jantung organ yang pertama berfungsi. Ia mula berdenyut ketika janin di dalam kandungan berusia hanya empat minggu. Jantung terbentuk sepenuhnya apabila usia janin meningkat ke lapan minggu dan saiz janin sepanjang 2.5 sentimeter. # Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang
  • 15. dapat dikendalikan menurut kehendak kita. Contohnya apabila mahu berjalan, kita gerakkan kaki. Jika mahu bercakap, kita keluarkan bunyi melalui kotak suara dan gunakan pergerakan mulut dan lidah untuk menghasilkan bunyi tertentu. Jika kita mahu menahan nafas seketika, kita hentikan pergerakan otot dada dan diafragma. Ini semua tindakan dan pergerakan yang boleh dikawal. Jantung berlainan sama sekali. Ia tidak boleh ‘menurut perintah’. Kita tidak boleh hentikan pergerakan jantung walaupun seketika kerana ia terus berdenyut secara automatik tanpa henti hingga berakhirnya hayat seseorang itu. # Proses pengaliran darah badan meliputi jantung yang bertindak sebagai pam dan sistem saluran darah yang kompleks membabitkan aorta, arteri, vena dan kapilari, iaitu saluran darah halus yang menghubungkan arteri dan vena. Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan di kebun dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali! # Arteri koronari pula adalah saluran darah di permukaan jantung yang membawa oksigen dan nutrien dari aorta ke otot jantung. Koronari berasal daripada perkataan Latin ‘korona’ dan Yunani ‘koron’ yang bermaksud mahkota atau ‘crown’ di dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana arteri koronari yang mengelilingi permukaan jantung dilihat seolah-olah seperti mahkota yang terletak di atas kepala. Jika arteri koronari ini tersumbat secara tiba-tiba dan aliran darah tidak sampai ke otot jantung, ini menyebabkan serangan jantung yang berpunca daripada kerosakan teruk otot jantung. # Satu-satunya fungsi jantung ialah sebagai pam untuk menghantar darah yang kaya dengan oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Selepas itu darah yang kurang beroksigen kembali ke bahagian kanan jantung melalui satu litar yang kompleks sebelum disalurkan ke paru-paru untuk diperkayakan semula dengan oksigen. Darah ini kemudian kembali ke bahagian kiri jantung untuk dipam ke seluruh badan. Satu pusingan peredaran darah di litar ini mengambil masa lebih kurang 23 saat. Ini bermakna darah membuat pusingan mengelilingi litar ini sebanyak lebih kurang tiga kali dalam masa satu minit. # Darah mengalir melalui jantung dalam satu arah saja. Proses ini boleh terjadi dengan adanya empat injap di dalam jantung. Apabila injap terbuka, ia memberi laluan kepada darah untuk mengalir keluar dari satu bahagian jantung ke bahagian jantung yang lain. Apabila injap ini tertutup, ia menyekat pengaliran darah ke belakang. Mekanisme penutupan injap ini menghasilkan bunyi degupan jantung “lub-dub” yang didengar oleh doktor ketika menggunakan stetoskop.
  • 16. Masalah boleh timbul jika injap menjadi sempit atau bocor akibat penyakit seperti demam reumatik atau endokarditis. # Jantung adalah organ yang sangat kuat dan bertenaga. Sebagai demonstrasi, ambil sebiji bola tenis dan genggam sekuat mungkin. Inilah anggaran tenaga yang digunakan oleh jantung setiap kali ia mengepam darah ke seluruh badan. Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut. Dalam tempoh satu jam, tenaga kerja yang dihasilkan oleh jantung boleh mengangkat barang seberat hampir 1,400 kilogram setinggi 30 sentimeter. Ini seumpama berat dua kereta Perodua Kancil. Tenaga yang dijanakan jantung sepanjang hayat seseorang pula boleh mengangkat satu kapal perang besar keluar dari air. Begitulah kuatnya jantung kita. Bagaimanapun, seseorang akan mengalami penyakit lemah jantung apabila jantung gagal berfungsi secukupnya sebagai satu jentera untuk mengepam darah ke seluruh badan. Antara sebab utama bagi kelemahan jantung adalah kerosakan teruk pada otot akibat serangan jantung. # Setiap kali berdenyut, jantung mengepam darah sebanyak 70 mililiter, di mana lebih kurang lima liter darah dipam dalam tempoh satu minit. Ini bermakna untuk tempoh satu jam pula, 300 liter darah, dan di dalam satu hari lebih kurang 7,200 liter darah dipam jantung kita. Sepanjang hayat seorang manusia, jantung mengepam lebih daripada satu milion tong darah. Ini cukup untuk mengisi dan memenuhi kapasiti tiga kapal tangki minyak yang besar! # Jantung tidak tahu erti penat. Jantung terus berdenyut sama ada anda bekerja atau tidur. Ketika anda berehat, jantung tidak berehat. Ia tetap berdenyut antara 60 dan 80 kali dalam tempoh satu minit. Kadar ini menurun apabila usia kita meningkat. Secara purata, jantung berdenyut hampir 100,000 kali sehari, dan lebih kurang 2.5 bilion kali sepanjang hayat, tanpa rehat, walaupun untuk seketika. Tidak mungkin ada alat atau mesin yang diperbuat oleh manusia boleh menandingi kehebatan jantung kita. Alangkah bertuahnya kita mempunyai ‘alat’ kurniaan Tuhan yang sungguh menakjubkan ini. Sekarang ambil tangan anda dan letak di tengah dada. Tanya diri sendiri, apa perlu anda lakukan hari ini untuk memastikan jantung anda mendapat penjagaan yang terbaik. Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/fakta-menarik-mengenaijantung.html#ixzz2Lo9zCVx5
  • 17. Jom Kita Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat Salam buat semua yang terjah kat blog JOMRIA. Kali ini aku nak share dengan semua artikel mengenai Amalan Hidup Sihat yang semestinya kita perlu titik beratkan dalam hidup kita. Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat sepanjang hayat. Pada pandangan saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang amalan gaya hidup sihat ni. 1. Menjaga Pemakanan Seharian Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung dan kencing manis. 2. Bersenam atau Beriadah Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. 3. Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. 4.Membuat Pemeriksaan Kesihatan Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun. 5. Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah
  • 18. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita lakukan untuk membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti dipupuk oleh ibu bapa dan semua anggota keluarga sejak anak mereka masih kecil lagi Sesungguhnya kesihatan yang baik lebih bernlai daripada harta benda. LANGKAH MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Pihak ibu bapa mesti memberi pendidikan dan pengajaran kepada anak-anak tentang kebaikan amalan gaya hidup sihat. Masa yang panjang bersama dengan anak-anak menjadikan peranan ibu bapa begitu penting. Oleh itu, ibu bapa mesti menunjukkan contoh yang baik melalui amalan pemakanan dan melakukan aktiviti riadah dalam keluarga. Aktiviti riadah yang dilakukan dalam keluarga juga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang dalam keluarga secara tidak langsung. Media massa mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk pemikiran rakyat di negara ini. Justeru, media massa perlulah menjalankan kempen tentang kebaikan amalan gaya hidup sihat. Stesen televisyen pastinya merupakan medium yang paling sesuai kerana ia dapat memberi kesan kepada penonton atau orang ramai. Gaya persembahan kempen perlu diubah untuk memaksimakan kesan dan mengelakkan rasa jemu audiens. Media massa yang dapat membantu dalam memupuk amalan gaya hidup sihat patut diberi ganjaran atau anugerah yang sewajarnya. Budaya hidup dalam masyarakat juga boleh memberikan kesan kepada golongan muda. Oleh itu, masyarakat hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda. Masyarakat yang lebih dewasa mestilah mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat dicontohi oleh golongan muda. Sikap saling mengingati tentang amalan gaya hidup sihat patut disuburkan dalam masyarakat. Pihak Kementerian Kesihatan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam amalan gaya hidup sihat. Kempen-kempen kesedaran mestilah diteruskan sehingga amalan ini dapat menjadi budaya masyarakat. Pihak kementerian juga perlu memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan menambah peralatan yang canggih. Rakyat pula perlu diseru untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala di hospital. Jika pihak Kementerian Kesihatan dapat bertindak secara proaktif pasti amalan gaya hidup sihat di negara ini semakin bertambah baik. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting. Sumber kewangan yang sanyak membolehkan pihak kerajaan membina tempat-tempat riadah untuk rakyat. Pihak kerajaan juga boleh mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat dengan menaikkan cukai terhadap bahan ini. Cukai
  • 19. yang tinggi ke atas minuman keras juga merupakan satu langkah yang bijak dalam memupuk amalan gaya hidup sihat AMALAN–AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Pemakanan yang seimbang merupakan kunci utama ke arah amalan gaya hidup sihat. Sewajarnya kita mengambil makanan yang seimbang dan menjadikannya budaya hidup setiap hari. Makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit bahaya seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit kencing manis. Seseorang ltu juga mesti minum banyak air setiap hari. Sesungguhnya, tubuh kita akan mendapat zat dan vitamin mencukupi serta dapat mengelakkan penyakit berbahaya jika kita mengamalkan pemakanan seimbang. Amalan gaya hidup sihat juga meliputi aktiviti senaman. Aktiviti senaman membolehkan darah mengalir dengan lancar dan jantung dapat berfungsi dengan baik. Peluh yang keluar ketika bersenam dapat membuang sisa toksik dalam badan seseorang. Aktiviti senaman boleh kita lakukan di taman permainan atau di dalam dewan. Oleh itu, seseorang mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit bagi setiap sesi untuk menjadikan tubuh sihat. Mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan amalan gaya hidup. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita mula diserang penyakit. Sesungguhnya, tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang itu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan ceria. Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal juga merupakan amalan gaya hidup sihat. Tempat tinggal kita seharusnya bersih dan terhindar daripada hidupan serangga seperti nyamuk, lalat atau lipas. Persekitaran yang bersih membolehkan kita mendapat udara yang nyaman dan bersih. Kita boleh menjaga kebersihan tempat tinggal kita dengan membuang sampah sarap yang terdapat di rumah kita ke tempat yang sesuai. Selain itu, air bertakung yang menjadi tempat nyamuk membiak juga perlu dihapuskan. Amalan menjaga kebersihan rumah patut diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Amalan gaya hidup sihat juga dapat diamalkan jika kita tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan ialah merokok, mengambil dadah dan minum arak. Di samping menjejaskan kesihatan, amalan ini juga menyebabkan seseorang membazir wang yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah. Perbuatan menagih dadah juga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga dan dijangkiti penyakit AIDS. Oleh itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen untuk menghindarkan rakyat daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesihatan.
  • 20. KEPENTINGAN MEMILIKI KESIHATAN YANG BAIK Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu menjaga pemakanan agar seimbang dan sentiasa melakukan senaman bagi menyihatkan badan. Kenapakah kesihatan amat baik bagi kita manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik terdapat pelbagai faedah yang kita akan perolehi daripadanya. Pepatah ada mengatakan bahawa 'kesihatan itu lebih baik daripada harta benda'. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan selesa. Malah kekayaan yang kita miliki juga tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Sebagai contoh, jika kita menghidap penyakit kencing manis, makanan yang sedap seperti daging dan udang tidak dapat kita makan walaupun kita mampu membelinya. Kita juga tidak dapat melancong ke luar negara walaupun kita mempunyai banyak wang. Orang yang sihat juga mempunyai badan yang lebih cergas dan bertenaga. Jika seseorang sihat itu bekerja, dia dapat melakukan kerja yang diberi dengan baik dan berkualiti. Di negara kita banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan diri seperti menjalankan 'Kempen Gaya Hidup Sihat' supaya rakyat kekal sihat dan dapat bekerja dengan gigih. Keupayaan rakyat bekerja dengan gigih akan dapat menjadikan negara maju dalam pelbagai aspek. Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Sesungguhnya, negara kita amat memerlukan rakyat yang kreatif dan inovatif untuk membolehkan negara menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi. Jika kita ingin menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya, kita juga mesti mempunyai kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik juga berperanan menjadikan seseorang itu lebih bahagia. Jlka kita sihat, banyak aktiviti yang boleh kita lakukan seperti melancong bersama keluarga. Sesungguhnya, aktiviti yang dijalankan bersama-sama keluarga dapat mewujudkan keluarga bahagia. Sebaliknya, jika kita sakit, kita akan menyusahkan ahli keluarga yang lain. Orang yang tidak sihat akan membebankan keluarga untuk menjaga dan mencari sumber kewangan bagi menampung kos rawatannya. Orang yang sihat juga dapat menyimpan wang. Orang yang sakit memerlukan wang untuk berbelanja bagi merawat penyakit yang dihidapi. Tambahan pula kos rawatan bagi penyakit yang berbahaya dan kronik amat mahal. Adakalanya rawatan penyakit tersebut hanya terdapat di luar negara. Jika kita sihat,
  • 21. wang yang kita miliki itu boleh digunakan untuk melancong, membuat kebajikan atau membeli barangbarang keperluan yang lain. AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG MANUSIA Setiap kita hidup di dunia ini memerlukan makanan untuk terus hidup. Makanan adalah adalah amat penting kerana keperluan asas manusia untuk hidup. Terdapat pelbagil jenis makanan yang boleh kita makan setiap hari. Makanan dapat membekalkan tenaga dan membaiki tisu-tisu yang rosak. Namun makanan yang kita ambil setiap hari mestilah makananan yang seimbang. Pengambilan makanan yang seimbang amat penting untuk memastikan kesihatan dan kecergasan berkekalan sepanjang hayat. Apakah itu makanan seimbang? Makanan seimbang haruslah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, minyak, vitamin, mineral serta air minuman. Kandungan makanan seimbang ini perlu diambil dalam kadar yang berbeza mengikut keperluan badan. Makanan yang harus dimakan sedikit sahaja ialah makanan yang mengandungi lemak dan minyak. Pengambilan makanan jenis ini penting untuk membekalkan tenaga agar seseorang kita cergas melakukan aktiviti. Namun begitu, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kita diserang penyakit jantung, darah tinggi dan diabetis. Makanan yang harus dimakan dengan kadar yang sederhana ialah makanan seperti susu, dan keju. Begitu juga dengan ikan, ayam dan kekacang. Semua makanan yang dinyatakan amat penting untuk tumbesaran badan kerana makanan ini banyak mengandungi protein. Makanan ini juga mengandungi mineral yang berfungsi untuk menjaga kesihatan darah. Di samping itu, ia dapat membantu tubuh menyerap zat makanan iain dengan berkesan. Makanan yang harus dimakan dengan kadar yang banyak ialah makanan seperti buah¬buahan dan sayur-sayuran. Kedua-dua makanan ini banyak mengandungi vitamin yang penting untuk kesihatan. Contohnya, vitamin C daripada buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk penjagaan kesihatan mata, kulit, gusi serta mengekalkan kecergasan badan. Manakala makanan yang perlu dimakan dengan kadar yang lebih banyak ialah bijirin serta ubi-ubian. Makanan ini banyak mengandungi karbohidrat. Karbohidrat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan kita. Tanpa tenaga seseorang akan cepat berasa letih. Namun begitu, pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan penyakit lain khususnya bagi individu yang kurang melakukan senaman dan riadah. Makanan sahaja belum mencukupi, jika tidak diikuti dengan bahan minuman. Oleh itu, minuman penting untuk tubuh badan. Seseorang individu digalakkan meminum air antara 8 hingga 11 gelas sehari.
  • 22. Selain menghilangkan dahaga, air berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah, membuang isa toksik daripada badan melalui perpeluhan dan perkumuhan serta membersihkan ginjal. Air diminum seelokeloknya air yang telah dimasak. Selain itu, pengambilan minuman jus buahan segar juga adalah baik untuk kesihatan. Amalan makanan yang seimbang perlu dijadikan budaya Pemakanan harian. Selain itu, makan haruslah mengikut masa yang ditetapkan setiap hari. Di samping itu, kita juga mesti melakukan aktiviti senaman. Sekiranya semua ini diamalkan pasti kesihatan dan kecergasan badan terpelihara. Harus diingat juga, makanan ringan, minuman bergas dan makanan segera eloklah dielakan kerana makanan-makanan ini kurang baik untuk kesihatan. 1. Guyton & Hall.2008.Buku ajar fisiologi kedokteran. Jakarta: Penerbit Buku kedokteran EGC. 2. http://www.scribd.com/ 3. http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya- Hidup-Sihat 4. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat http://prauniversiti6.blogspot.com 6. http://fitmall.blogspot.com/ 7. http://pmr.penerangan.gov.my/ 8. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup- sihat.html 9. http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup- sihat_post14.html 10. http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan- Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html 11. http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/Peta MindaPendahuluanKepentingan 12. http://prauniversiti6.blogspot.com 12. Open University Malaysia (2007). HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan .Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 13. Abd.Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum KBSM . Selangor. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka 14. Abdul Rahman MD. Aroff, Lee Hoon,Chong. (1994) ,Pendidikan Moral. Kuala Lumpur.Longman Malaysia Sdn. Bhd