SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Hai sahabat,
Jantung merupakan organ yang sangat
penting yang dimiliki oleh manusia.
Tahukah anda di mana letaknya jantung?
Berapa saiz jantung anda?
Apakah fungsi jantung?
Dan bagaimana untuk menjaga jantung?
Saiz jantung manusia lebih kurang sebesar genggaman tangan. Jantung adalah satu otot tunggal
yang terletak di dalam rongga torak, di balik tulang dada. Struktur jantung berbelok ke bawah dan
sedikit ke arah kiri.
Jantung hampir sepenuhnya diselubungi oleh paru-paru, namun tertutup oleh selaput ganda
yang bernama perikardium, yang melekat pada diafragma. Lapisan pertama melekat sangat
rapat kepada jantung, manakala lapisan luarnya lebih longgar dan berair, untuk mengelakkan
geseran antara organ dalam tubuh yang terjadi kerana kestabilan gerakan mengepam jantung.
Jantung dijaga di tempatnya oleh pembuluh-
pembuluh darah yang meliputi kawasan
jantung yang mendatar, seperti di dasar dan
di samping. Dua garis pembelah (terbentuk
daripada otot)
pada lapisan luar jantung menunjukkan di
mana dinding pemisah di antara serambi dan
bilik jantung.
Jantung kita mula berdegup pada akhir
minggu ketiga kita masih dalam peringkat
fetus lagi. Ia terus menerus berdegup tanpa
henti sehinggalah kita mati.
Apakah jantung ini tidak penat bekerja ....? ?
Pernahkah jantung ini berehat ....? ?
Jika pernah, bila .....???
Jantung juga seperti anggota badan yang lain, perlu rehat. Ia berehat pada waktu di antara dua
denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke badan.
Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun
menurun bergantung pada aktiviti seseorang.
Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun
sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak
aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan
jantung akan menurun.
Tahukah anda dari mana pula jantung mendapat tenaga untuk beroperasi?Jantung mendapat
bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya;
sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta.
Pernahkah anda memeriksa tekanan darah anda?
Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/80 mmHg, sebenarnya tekanan ini
dihasilkan oleh jantung sewaktu ia berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam
mmHg) semasa jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 80 mmHg menggambarkan
tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik).
Angka bawah adalah lebih penting daripada angka atas. Ini disebabkan semakin tinggi angka ini
semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau
beban yang harus dipikul oleh jantung kita bagi memastikan bekalan darah sampai ke seluruh
tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya
menjadi semakin keras.
Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan
luarnya dan endokardium di bahagian dalam.
Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya
dengan oksigen dari paru-paru.
Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.
Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke
seluruh bahagian tubuh.
Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada
jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.
Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada
atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang
aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.
Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada
jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar.
Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke
ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah
kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung.
Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap
semilunar mempunyai tiga bucu
Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh badan dan membersihkan badan
daripada hasil metabolisme (karbondioksida).
Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen
dari seluruh tubuh dan mengepamnya ke dalam paru-paru, di mana darah akan mengambil
oksigen dan membuang karbon dioksida. Jantung kemudian mengumpulkan darah yang
beroksigen dari paru-paru dan mengepamnya kesaluran di seluruh badan.
Ketika berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan mengisi
darah ke dalam ventrikel kanan.
Darah dari ventrikel kanan akan dipam melalui hujung pulmoner ke dalam arteri pulmonari darah
(dipanggil diastol); selanjutnya jantung mengecut dan mengepam darah keluar dari ruang jantung
disebut sistol). Kedua-dua atrium mengendur dan mengecut bersama, dan kedua-dua ventrikel
juga mengendur dan mengecut sama.
Darah yang kehabisan oksigen dan mengumpul banyak karbondioksida dari seluruh tubuh
mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan
terisi darah, ia akan menghalakan, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui saluran
yang sangat kecil (kapilari) yang mengelilingi ruang udara di paru-paru, menyerap oksigen dan
melepaskan karbon dioksida yang selanjutnya dihembuskan.
Darah yang banyak oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran
darah diantara bahagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut peredaran pulmoner.
Darah dalam atrium kiri akan dialir ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan mengepam
darah yang beroksigen ini melalui hujung aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam
tubuh). Darah beroksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru.
Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting tubuh kita. Cuba anda bayangkan apa
yang akan terjadi kepada anda jika jantung anda mengalami kerosakan. Tentunya risiko yang
amat berat terpaksa ditanggung. Maut!!!. Itulah pengakhirannya. Masalah jantung terbahagi
kepada dua iaitu penyakit jantung dan serangan jantung.
Penyakit jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak dapat melaksanakan
tugasnya dengan baik. Hal ini disebabkan otot jantung yang lemah. Ini adalah kelainan bawaan
sejak lahir. Otot jantung yang lemah membuat pesakit tidak dapat melakukan aktiviti yang
berlebihan dan jika ini berlaku ia akan menimbulkan rasa sakit di bahagian dada, dan kadangkala
boleh menyebabkan badan nampak kebiru-biruan. Pesakit lemah otot jantung ini mudah
pengsan.Pesakit jantung juga berisiko tinggi mendapat serangan jantung.
Serangan jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak berfungsi. Situasi ini
biasanya berlaku mendadak, dan sering disebut kegagalan jantung untuk berfungsi.
Penyebabnya adalah pelbagai, namun punca utama biasanya adalah disebabkan aliran darah ke
otot-otot jantung tersumbat. Ini seringkali disebut penyakit kardiovaskular.
TEMPAT-TEMPAT NGERI PADA GANGGUAN JANTUNG
Apakah yang anda tahu tentang penyakit kardiovaskular?
Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit
jantung (kardio) dan pembuluh darah (vascular). Ada tiga jenis penyakit kardiovaskular. Yakni
penyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vascular periferi.
Penyakit jantung koroner adalah penyakit pembulur darah yang membekal jantung. Implikasinya
termasuk serangan jantung, sakit dada, dan degupan jantung tidak normal
Potongan melintang
arteri normal
Pengumpulan lemak
pada dinding arteri
Koyakan pada
dinding arteri
Pembuluh tersumbat
oleh bekuan darah
Penyakit serebrovaskular juga merupakan penyakit pembuluh darah membekalkan darah ke
otak. Implikasinya meliputi stroke (kerosakan sel otak kerana kurangnya bekalan darah) dan
transient ischaemic attack (kerosakan sementara pada penglihatan, kemampuan berbicara, rasa
atau gerakan)
Penyakit vascular periferi adalah penyakit pembuluh darah yang membekalkan darah ke tangan
dan kaki yang mengakibatkan rasa sakit sekali sekala serta kebas otot ketika melakukan
senaman.
Setelah mengetahui tentang
bahaya penyakit ini, tentu anda
akan berusaha untuk mengelakkan daripadanya. Oleh itu, adalah perlu bagi kita untuk
mengetahui apakah punca penyakit kardiovaskular ini.
Serangan jantung dan stroke biasanya disebabkan oleh aterosklerosis (pengumpulan lemak)
pada dinding arteri pembuluh darah yang membekalkan jantung dan otak. Tompokan lemak ini
lama kelamaan akan membesar dan menebal sehingga mempersempitkan arteri dan
menghalang aliran darah. Akhirnya pembuluh darah akan mengeras dan bersifat kurang lentur.
Gangguan kardiovaskular yang disebabkan aterosklerosis dikaitkan dengan pengurangan aliran
darah kerana jantung dan otak tidak menerima bekalan darah yang cukup.
Penyembatan aliran darah ini boleh mengakibatkan siri kardiovaskular yang lebih serius
termasuk serangan jantung dan stroke.
Adanya sumbatan darah juga boleh
menyebabkan rangkaian di arteri terkoyak
yang kemudiannya membengkak dan boleh
menyebabkan seluruh darah sehingga
menyebabkan serangan jantung dan stroke.
Selain itu terdapat juga faktor lain yang
menyebabkan seseorang berisiko mendapat
penyakit kardiovaskular ini. Faktor risiko ini
terbahagi kepada dua kumpulan, yang boleh
kawal dan tidak dapat dikawal.
80 peratus penyakit jantung koronari dan serebrokular disebabkan oleh faktor risiko yang boleh
dikawal. Faktor risiko jantung yang boleh dikawal termasuk kadar kolesterol darah yang tinggi,
hipertensi, diabetes mellitus, obesity dan gaya hidup kurang baik. Sementara faktor risiko yang
tidak boleh dikawal termasuk usia, jantina, dan sejarah penyakit kardiovaskular dalam keluarga.
Setelah mengetahui tentang risiko penyakit jantung, apakah anda masih merasa tidak ngeri
dengan penyakit ini? Jika jawapannya "ia" maka marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk
mengelakkan penyakit ini.
Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk mencegah penyakit ini??
Apakah makanan yang perlu saya hindar??
Kita semua sudah maklum
negara kita sering terdedah
dengan pelbagai masalah
kesihatan yang kronik dan
akhirnya mengundang kepada
kematian. Ia adalah kesan
daripada amalan gaya hidup
yang tidak sihat dan
ketidakseimbangan kesihatan
rohani dan jasmani dalam
kitaran hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran
kepada orang awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita
malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai
masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan
berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang
betapa pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat?
Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang
menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah
golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini,
apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil
lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat,
tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani
hidup yang bermakna pada masa hadapan.
"Kesihatan melambangkan kekayaan"
dan "Badan sihat, otak cerdas" sering
diungkapkan oleh orang ramai. Oleh
itu, kesihatan amat penting kepada kita
dan kita wajar menjaganya dengan
sempurna. Kita sanggup melakukan
pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap
kesihatan optimum seperti mengambil
pelbagai produk kesihatan dan ubat-
ubatan. Kesihatan diri sebagai
mahkota hidup kita.
Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu,
kita mestilah menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang tidak
tanpa penyakit.
Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih
lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah
tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan
penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan
merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah
kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang
termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam
hidup.
Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan
timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, emosi, intelek dan
sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu,
penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat
meneruskan amanah dan tanggungjawab masing-masing secara harmoni. Kesihatan jasmani
boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan
aktiviti fizikal seperti senaman.
Kita juga perlu menjauhkan diri
daripada tabiat merokok yang boleh
merosakkan kesihatan. Kesihatan
jasmani yang baik juga akan memberi
kesan kepada kesihatan rohani yang
mantap. Makanan yang halal dan baik
mampu melahirkan insan yang
berkualiti dari aspek rohani dan
jasmani. Kesihatan mental yang baik
pula mempamerkan bahawa
seseorang itu mampu mengawal
tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh
mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu
menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat
mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara
kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak
mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.
Pelbagai penyakit timbul kerana
masyarakat kini kurang
mengamalkan gaya hidup sihat.
Kesuntukan masa untuk bersukan
serta amalan pemakanan yang tidak
seimbang mengundang pelbagai
penyakit. Menurut pakar kesihatan,
aktiviti riadah seperti berjogging
sebenarnya cara yang terbaik,
mudah dan murah untuk kita
mengekalkan berat badan yang
sesuai dengan umur kita, di samping
mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan
sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar
kemewahan
masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk
berehat demi menjaga kesihatan diri.
Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai tempat rekreasi yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di
tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti
berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda.
Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita
mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah
dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak
berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam
darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi.
Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan
sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita
boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga
tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra
dengan anak-anak dan
bertanyakan masalah yang
dihadapi oleh mereka.
Hubungan yang erat sesama
ahli keluarga seperti isi dengan
kuku dapat melahirkan
keluarga yang harmoni dan
mengurangkan masalah sosial
dalam kalangan remaja
Tindakan awal ialah seseorang
itu perlu mengamalkan satu
bentuk pemakanan yang
seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan
kehidupan sebenar, orang
ramai lebih suka mengambil
makanan yang bersifat mudah
seperti mengamalkan
pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari
ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai
kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai
penyakit kronik seperti sakit jantung, yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.
Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana
kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan
kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan
menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-
sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti
ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem
peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem
imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas
berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya,
semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah
tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas
datangnya daripada badan yang cergas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan
kebersihan diri pada setiap masa bagi
memastikan mereka terhindar daripada sebarang
penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat
yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup
seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan
budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih
sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih
gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat
dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus
diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai
digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti
nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka
daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah
mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan
psikologi manusia dipenuhi dengan efektif.
Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau
jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk
kehidupan yang ceria dan mengembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia
perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan
baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar
motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang
masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik
daripada mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan
kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat
muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan gaya hidup sihat
sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat
memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai
serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan
kekal sihat dan teratur.
.
Assigment buku besar

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Sistem jantung dan pembuluh darah
Sistem jantung dan pembuluh darahSistem jantung dan pembuluh darah
Sistem jantung dan pembuluh darah
 
STRUKTUR & FISIOLOGI - JANTUNG
STRUKTUR & FISIOLOGI - JANTUNGSTRUKTUR & FISIOLOGI - JANTUNG
STRUKTUR & FISIOLOGI - JANTUNG
 
Jantung
JantungJantung
Jantung
 
Kardiovaskuler 02
Kardiovaskuler 02 Kardiovaskuler 02
Kardiovaskuler 02
 
Jantung
JantungJantung
Jantung
 
Anatomy and Physiology Heart/ Anatomi Fisiologi Jantung
Anatomy and Physiology Heart/ Anatomi Fisiologi JantungAnatomy and Physiology Heart/ Anatomi Fisiologi Jantung
Anatomy and Physiology Heart/ Anatomi Fisiologi Jantung
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Anatomi dan fisiologi sistem kardiovaskuler
Anatomi dan fisiologi sistem kardiovaskulerAnatomi dan fisiologi sistem kardiovaskuler
Anatomi dan fisiologi sistem kardiovaskuler
 
daninurriyadi
daninurriyadidaninurriyadi
daninurriyadi
 
Slide jantung
Slide jantungSlide jantung
Slide jantung
 
Anatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusiaAnatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusia
 
Pbl 8 baru
Pbl 8 baruPbl 8 baru
Pbl 8 baru
 
Sistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskulerSistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskuler
 
Anatomi
AnatomiAnatomi
Anatomi
 
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan TubuhSistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
 
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNGPJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
PJM3106 : ANATOMI DAN PENGURUSAN JANTUNG
 
Sistem kardiovaskular
Sistem kardiovaskularSistem kardiovaskular
Sistem kardiovaskular
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung
 
Sistem kardiovaskuler (kharisma)
Sistem kardiovaskuler (kharisma)Sistem kardiovaskuler (kharisma)
Sistem kardiovaskuler (kharisma)
 
ANATOMI FISIOLOGI JANTUNG
ANATOMI FISIOLOGI JANTUNGANATOMI FISIOLOGI JANTUNG
ANATOMI FISIOLOGI JANTUNG
 

Similar to Assigment buku besar

Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)Gobi Krrish
 
Biologi bahan
Biologi bahanBiologi bahan
Biologi bahanArejarm
 
Jantung manusia
Jantung manusiaJantung manusia
Jantung manusianurdin dr
 
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.pptPRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.pptdayani23
 
Alat peredaran darah
Alat peredaran darahAlat peredaran darah
Alat peredaran darahNadia Tsalisa
 
CARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptx
CARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptxCARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptx
CARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptxAnggaWijaya86
 
Sistem kardiovaskuler 04
Sistem kardiovaskuler 04 Sistem kardiovaskuler 04
Sistem kardiovaskuler 04 Dedi Kun
 
Sistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskulerSistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskulerSumadin1112
 
ANATOMI JANTUNG.pptx
ANATOMI JANTUNG.pptxANATOMI JANTUNG.pptx
ANATOMI JANTUNG.pptxSeminarBimc
 
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjhaSistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjhaHudzaifah Hudzaifah
 
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjhaSistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjhaHudzaifah Hudzaifah
 
ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptx
ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptxANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptx
ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptxandrekesuma1
 

Similar to Assigment buku besar (20)

Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)Sistem Jantung (PJM3106)
Sistem Jantung (PJM3106)
 
Biologi bahan
Biologi bahanBiologi bahan
Biologi bahan
 
Jantung manusia
Jantung manusiaJantung manusia
Jantung manusia
 
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.pptPRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
PRESENTASI_PPT_Powerpoint_Jantung_cor_pp.ppt
 
Alat peredaran darah
Alat peredaran darahAlat peredaran darah
Alat peredaran darah
 
anatomi manusia
anatomi manusiaanatomi manusia
anatomi manusia
 
pertemuan-2.pptx
pertemuan-2.pptxpertemuan-2.pptx
pertemuan-2.pptx
 
Anatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusiaAnatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusia
 
CARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptx
CARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptxCARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptx
CARDIOVASCULAR & RESPIRATORY FUNCTION.pptx
 
Sistem kardiovaskuler 04
Sistem kardiovaskuler 04 Sistem kardiovaskuler 04
Sistem kardiovaskuler 04
 
Makalah jantung
Makalah jantungMakalah jantung
Makalah jantung
 
Makalah jantung
Makalah jantungMakalah jantung
Makalah jantung
 
Booklet
Booklet Booklet
Booklet
 
Makalah jantung 2
Makalah jantung 2Makalah jantung 2
Makalah jantung 2
 
Anatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusiaAnatomi jantung manusia
Anatomi jantung manusia
 
Sistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskulerSistem kardiovaskuler
Sistem kardiovaskuler
 
ANATOMI JANTUNG.pptx
ANATOMI JANTUNG.pptxANATOMI JANTUNG.pptx
ANATOMI JANTUNG.pptx
 
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjhaSistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
 
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjhaSistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
Sistem peredaran darah manusia by ippank sadjha
 
ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptx
ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptxANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptx
ANATOMI_DAN_FISIOLOGI_JANTUNG.pptx
 

More from Norazhar Mohamad

More from Norazhar Mohamad (8)

Krb3013
Krb3013Krb3013
Krb3013
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Bmk3043
Bmk3043Bmk3043
Bmk3043
 
Surat pengecualian ldp
Surat pengecualian ldpSurat pengecualian ldp
Surat pengecualian ldp
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
 
Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
 
Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
Kemahiran mendengar dan bertutur tahun 2(lampiran 1)
 
Kumpulan 5
Kumpulan 5Kumpulan 5
Kumpulan 5
 

Assigment buku besar

  • 1. Hai sahabat, Jantung merupakan organ yang sangat penting yang dimiliki oleh manusia. Tahukah anda di mana letaknya jantung? Berapa saiz jantung anda? Apakah fungsi jantung? Dan bagaimana untuk menjaga jantung? Saiz jantung manusia lebih kurang sebesar genggaman tangan. Jantung adalah satu otot tunggal yang terletak di dalam rongga torak, di balik tulang dada. Struktur jantung berbelok ke bawah dan sedikit ke arah kiri. Jantung hampir sepenuhnya diselubungi oleh paru-paru, namun tertutup oleh selaput ganda yang bernama perikardium, yang melekat pada diafragma. Lapisan pertama melekat sangat rapat kepada jantung, manakala lapisan luarnya lebih longgar dan berair, untuk mengelakkan geseran antara organ dalam tubuh yang terjadi kerana kestabilan gerakan mengepam jantung.
  • 2. Jantung dijaga di tempatnya oleh pembuluh- pembuluh darah yang meliputi kawasan jantung yang mendatar, seperti di dasar dan di samping. Dua garis pembelah (terbentuk daripada otot) pada lapisan luar jantung menunjukkan di mana dinding pemisah di antara serambi dan bilik jantung. Jantung kita mula berdegup pada akhir minggu ketiga kita masih dalam peringkat fetus lagi. Ia terus menerus berdegup tanpa henti sehinggalah kita mati. Apakah jantung ini tidak penat bekerja ....? ? Pernahkah jantung ini berehat ....? ? Jika pernah, bila .....??? Jantung juga seperti anggota badan yang lain, perlu rehat. Ia berehat pada waktu di antara dua denyutan. Ventrikel kiri mengambil 0.3 saat untuk berdenyut dan mengepam darah ke badan. Kemudian jantung rehat selama 0.5 saat. Kadar denyutan jantung boleh meningkat mahupun menurun bergantung pada aktiviti seseorang. Kadar denyutan jantung meningkat semasa seseorang melakukan aktiviti berat dan menurun sewaktu rehat atau tidur. Sewaktu seseorang itu tidur, banyak salur darah kecil (kapilari) tidak aktif. Ini bermakna jantung tidak perlu mengepam darah ke bahagian tersebut dan denyutan jantung akan menurun. Tahukah anda dari mana pula jantung mendapat tenaga untuk beroperasi?Jantung mendapat bekalan makanannya dari darah, tetapi bukan darah yang melalui empat ruangannya; sebaliknya, dari darah arteri koronari iaitu satu cabang salur darah (kanan dan kiri) aorta.
  • 3. Pernahkah anda memeriksa tekanan darah anda? Sekiranya anda mengetahui tekanan darah anda 120/80 mmHg, sebenarnya tekanan ini dihasilkan oleh jantung sewaktu ia berdenyut. Angka 120 menggambarkan tekanan (dalam mmHg) semasa jantung mengepam (tekanan sistolik), manakala 80 mmHg menggambarkan tekanan sewaktu jantung rehat (tekanan diastolik). Angka bawah adalah lebih penting daripada angka atas. Ini disebabkan semakin tinggi angka ini semakin sedikitlah waktu rehatnya. Juga semakin tinggi angka ini, semakin banyak kerja atau beban yang harus dipikul oleh jantung kita bagi memastikan bekalan darah sampai ke seluruh tubuh. Semakin tua seseorang itu, semakin tinggi tekanan darahnya kerana salur-salur darahnya menjadi semakin keras.
  • 4. Jantung terbina daripada otot jantung atau miorkardium yang diliputi epikardium di permukaan luarnya dan endokardium di bahagian dalam. Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru. Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta. Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada bahagian kiri jantung. Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonary dan aorta. Setiap injap semilunar mempunyai tiga bucu
  • 5. Fungsi utama jantung adalah menyediakan oksigen ke seluruh badan dan membersihkan badan daripada hasil metabolisme (karbondioksida). Jantung melaksanakan fungsi tersebut dengan mengumpulkan darah yang kekurangan oksigen dari seluruh tubuh dan mengepamnya ke dalam paru-paru, di mana darah akan mengambil oksigen dan membuang karbon dioksida. Jantung kemudian mengumpulkan darah yang beroksigen dari paru-paru dan mengepamnya kesaluran di seluruh badan. Ketika berdenyut, setiap ruang jantung mengendur dan mengisi darah ke dalam ventrikel kanan. Darah dari ventrikel kanan akan dipam melalui hujung pulmoner ke dalam arteri pulmonari darah (dipanggil diastol); selanjutnya jantung mengecut dan mengepam darah keluar dari ruang jantung disebut sistol). Kedua-dua atrium mengendur dan mengecut bersama, dan kedua-dua ventrikel juga mengendur dan mengecut sama. Darah yang kehabisan oksigen dan mengumpul banyak karbondioksida dari seluruh tubuh mengalir melalui 2 vena besar (vena kava) menuju ke dalam atrium kanan. Setelah atrium kanan terisi darah, ia akan menghalakan, menuju ke paru-paru. Darah akan mengalir melalui saluran yang sangat kecil (kapilari) yang mengelilingi ruang udara di paru-paru, menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida yang selanjutnya dihembuskan.
  • 6. Darah yang banyak oksigen mengalir di dalam vena pulmonalis menuju ke atrium kiri. Peredaran darah diantara bahagian kanan jantung, paru-paru dan atrium kiri disebut peredaran pulmoner. Darah dalam atrium kiri akan dialir ke dalam ventrikel kiri, yang selanjutnya akan mengepam darah yang beroksigen ini melalui hujung aorta masuk ke dalam aorta (arteri terbesar dalam tubuh). Darah beroksigen ini disediakan untuk seluruh tubuh, kecuali paru-paru. Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting tubuh kita. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada anda jika jantung anda mengalami kerosakan. Tentunya risiko yang amat berat terpaksa ditanggung. Maut!!!. Itulah pengakhirannya. Masalah jantung terbahagi kepada dua iaitu penyakit jantung dan serangan jantung. Penyakit jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Hal ini disebabkan otot jantung yang lemah. Ini adalah kelainan bawaan sejak lahir. Otot jantung yang lemah membuat pesakit tidak dapat melakukan aktiviti yang berlebihan dan jika ini berlaku ia akan menimbulkan rasa sakit di bahagian dada, dan kadangkala boleh menyebabkan badan nampak kebiru-biruan. Pesakit lemah otot jantung ini mudah pengsan.Pesakit jantung juga berisiko tinggi mendapat serangan jantung. Serangan jantung adalah satu keadaan yang menyebabkan jantung tidak berfungsi. Situasi ini biasanya berlaku mendadak, dan sering disebut kegagalan jantung untuk berfungsi. Penyebabnya adalah pelbagai, namun punca utama biasanya adalah disebabkan aliran darah ke otot-otot jantung tersumbat. Ini seringkali disebut penyakit kardiovaskular. TEMPAT-TEMPAT NGERI PADA GANGGUAN JANTUNG
  • 7. Apakah yang anda tahu tentang penyakit kardiovaskular? Penyakit kardiovaskular merupakan suatu istilah untuk gangguan yang menyebabkan penyakit jantung (kardio) dan pembuluh darah (vascular). Ada tiga jenis penyakit kardiovaskular. Yakni penyakit jantung koroner, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vascular periferi. Penyakit jantung koroner adalah penyakit pembulur darah yang membekal jantung. Implikasinya termasuk serangan jantung, sakit dada, dan degupan jantung tidak normal Potongan melintang arteri normal Pengumpulan lemak pada dinding arteri Koyakan pada dinding arteri Pembuluh tersumbat oleh bekuan darah
  • 8. Penyakit serebrovaskular juga merupakan penyakit pembuluh darah membekalkan darah ke otak. Implikasinya meliputi stroke (kerosakan sel otak kerana kurangnya bekalan darah) dan transient ischaemic attack (kerosakan sementara pada penglihatan, kemampuan berbicara, rasa atau gerakan) Penyakit vascular periferi adalah penyakit pembuluh darah yang membekalkan darah ke tangan dan kaki yang mengakibatkan rasa sakit sekali sekala serta kebas otot ketika melakukan senaman. Setelah mengetahui tentang bahaya penyakit ini, tentu anda akan berusaha untuk mengelakkan daripadanya. Oleh itu, adalah perlu bagi kita untuk mengetahui apakah punca penyakit kardiovaskular ini. Serangan jantung dan stroke biasanya disebabkan oleh aterosklerosis (pengumpulan lemak) pada dinding arteri pembuluh darah yang membekalkan jantung dan otak. Tompokan lemak ini lama kelamaan akan membesar dan menebal sehingga mempersempitkan arteri dan menghalang aliran darah. Akhirnya pembuluh darah akan mengeras dan bersifat kurang lentur. Gangguan kardiovaskular yang disebabkan aterosklerosis dikaitkan dengan pengurangan aliran darah kerana jantung dan otak tidak menerima bekalan darah yang cukup. Penyembatan aliran darah ini boleh mengakibatkan siri kardiovaskular yang lebih serius termasuk serangan jantung dan stroke.
  • 9. Adanya sumbatan darah juga boleh menyebabkan rangkaian di arteri terkoyak yang kemudiannya membengkak dan boleh menyebabkan seluruh darah sehingga menyebabkan serangan jantung dan stroke. Selain itu terdapat juga faktor lain yang menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit kardiovaskular ini. Faktor risiko ini terbahagi kepada dua kumpulan, yang boleh kawal dan tidak dapat dikawal. 80 peratus penyakit jantung koronari dan serebrokular disebabkan oleh faktor risiko yang boleh dikawal. Faktor risiko jantung yang boleh dikawal termasuk kadar kolesterol darah yang tinggi, hipertensi, diabetes mellitus, obesity dan gaya hidup kurang baik. Sementara faktor risiko yang tidak boleh dikawal termasuk usia, jantina, dan sejarah penyakit kardiovaskular dalam keluarga. Setelah mengetahui tentang risiko penyakit jantung, apakah anda masih merasa tidak ngeri dengan penyakit ini? Jika jawapannya "ia" maka marilah kita bersama-sama mencari jalan untuk mengelakkan penyakit ini. Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk mencegah penyakit ini?? Apakah makanan yang perlu saya hindar?? Kita semua sudah maklum negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.
  • 10. Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, "Tak Nak Merokok", makanan berkhasiat dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada masa hadapan. "Kesihatan melambangkan kekayaan" dan "Badan sihat, otak cerdas" sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat- ubatan. Kesihatan diri sebagai mahkota hidup kita. Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu, kita mestilah menajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang tidak tanpa penyakit. Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan
  • 11. penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya. Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing-masing secara harmoni. Kesihatan jasmani boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.
  • 12. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan
  • 13. masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.
  • 14. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai tempat rekreasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badan cergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmoni dan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja
  • 15. Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakat kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
  • 16. Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama- sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas. Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat. Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
  • 17. Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan mengembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini. Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
  • 18. Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurang menyayangi diri mereka dengan kurang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Oleh itu, sudah sampai masanya masyarakat muhasabah kembali kesilapan dan memperbetulkannya serta perlu menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semua lapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita menjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagi mengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini dan seterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengan kekal sihat dan teratur. .