Jantung

589 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
589
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
23
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jantung

  1. 1. MELABEL DAN MENGENALPASTI BAHAGIAN-BAHAGIAN JANTUNG
  2. 2. Jantung  Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum).  Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.  Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g.  Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
  3. 3.  Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri.  Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur.  Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
  4. 4.  Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru.  Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.  Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava).
  5. 5.  Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari.  Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.  Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
  6. 6.  Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh.  Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat.  Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain:  1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut  2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
  7. 7.  Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan.  Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium).  Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam).  Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung.  Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
  8. 8.  Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung.  Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta.  Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari

×