SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR
                  114 JALAN OMAR
                 81900 KOTA TINGGI
                      JOHOR




                   Nama Pengkaji


          ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN




                    Tajuk Kajian


 MENINGKAT PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB
NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN
               PENGUMPULAN SEMULA
1.0 PENGENALAN


        1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


        Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 5 Abu Daud
tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan
pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya
bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh
dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam
bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai
seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajara kurang
berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara
tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan
oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang
dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta
penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid
ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat
menguasainya.


        Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah
yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini? Apakah
tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan
contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat
diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk
kajian tindakan yang bakal saya jalankan.


        1.2 SOALAN KAJIAN


            Sejauh mana penggunaan alatan Pistol dan Tukul ini akan dapat membantu murid-murid
            tahun 5 Abu Daud ini untuk memperbaiki tahap penguasaan murid-murid ini di dalam
            operasi darab tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.


        1.3 OBJEKTIF KAJIAN


            Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
            berikut:
1.3.1    OBJEKTIF UMUM
                       Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab.


              1.3.2    OBJEKTIF KHUSUS
                       1.3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor
                              tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula.
                       1.3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik
                              dan kemahiran mendarab.
                       1.3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan
                              harmonis.


       1.4 KEPENTINGAN KAJIAN


       Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak
sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Pistol dan Tukul
supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna.
Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga
dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna .
       Adalah diharapkan penemuan awal kajian ini dapat dijadikan asas perancangan
pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan pendidikan khususnya
Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabat-pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-
sekolah. Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat
menyambung usaha ini dengan bekerjasama dengan membantu pihak Jabatan Pelajaran
Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran Matematik, terutamanya
bagi sekolah-sekolah di luar bandar yang serba kekurangan dan lemah pula dalam mata
pelajaran Matematik.
       Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan untuk
memulakan sesuatu usaha bagi memahami faktor dalaman diri pelajar seperti faktor sikap.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula
dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan menilai kurikulum Matematik yang
sedia ada.
Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat dilakukan
terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan profisiensi murid-murid dalam
mata pelajaran ini.
        Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum untuk merangka satu
sukatan pelajaran dan modul-modul pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik sifatnya
selaras dengan prinsip-prinsip psikologi pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang
positif dan meningkatkan motivasi murid dan guru terhadap pengajaran Matematik pada
masa kini.
        Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada
sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam
mata pelajaran Matematik. Hakikatnya bahawa mata pelajaran Matematik di sekolah
merupakan antara pelajaran yang kurang diminati dan menimbulkan kebosanan. Ianya
bukanlah lagi satu rahsia khususnya pelajar-pelajar di luar bandar. Tambahan pula, sekarang
Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, ini tentu membebankan lagi murid-murid. Jika
fenomena ini dibiarkan berterusan murid-murid semakin tidak bermotivasi dan akan
membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik.
        Dapatan kajian ini akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek
metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan meningkatkan
motivasi murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.


        1.5 FOKUS KAJIAN


        Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran.
Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan
profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap
sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki
dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid
hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu
khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan
kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat
sedia ada.
Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam
bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tahun 5 Abu Daud dalam
mata pelajaran Matematik.
       Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam
menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
semula kepada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi.
       Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh
murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan
yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep
ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi
topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan
sekolah.


2.0 TINJAUAN LITERATURE


       Kepentingan Matematik


       Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara usaha ke
arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam
kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam
matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan. Matematik
merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang
sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari
semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah
negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan
pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.
Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata
pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan. Namun,
matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan
membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan
fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin, 1999;
Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada cara pelajar
melihat matematik.
       Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara
langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata
pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia
berada di satu dunia yang lain.
       Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai penyelidik
masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson, dan Zanna, 1996;
Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam
pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap
matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu
seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers
of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998).
       Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid
menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin.
Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma
yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang
murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang
berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk
masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003).
       Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di
Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka
hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan
pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam
menyelesaikan masalah matematik.
Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun
tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang
menjadikan mereka demikian. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak
pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang
sangat biasa.
       Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran
Matematik ialah :

      I. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa
       yang disampaikan.
     II. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah.
    III. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan.
    IV. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan.
     V. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai
       pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

       Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Matematik

       Pelbagai perubahan yang berlaku mempengaruhi kandungan dan pedagogi dalam
pendidikan matematik di sekolah menengah. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian cara
matematik diajar di sekolah.

       Penggunaaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-konsep matematik
adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek sebenar atau objek konkrit dalam
pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid membina idea-idea yang
abstrak, mereka cipta, membina keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan memupuk
sikap bekerjasama.

       Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik
kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu
konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.
Penerapan unsur sejarah matematik perlu diberi penekanan sewajarnya dalam usaha
untuk mewujudkan murid yang menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur
sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang ahli-ahli matematik atau sejarah
ringkas tentang sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang lagi minat murid terhadap
sesuatu tajuk itu.

        Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai intrinsik
matematik seperti kejituan, keyakinan dan pemikiran bersistem perlu diterapkan sepanjang
kursus pengajian ini. Di samping itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam konteks yang
sesuai secara bersahaja tetapi terancang. Misalnya, pembelajaran secara kumpulan boleh
membantu murid menerap kemahiran sosial serta memupuk sikap kerjasama dan membina
keyakinan diri terhadap matematik.

        Dalam mata pelajaran matematik, unsur patriotisme boleh dipupuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara terancang melalui tajuk-tajuk yang diajar.
Penekanan yang dibuat adalah secara merentas kurikulum melalui pendekatan menyeluruh dan
bersepadu.

        Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk
memastikan murid menguasai apa yang telah dipelajari. Pendekatan yang dipilih perlu
mempertimbangkan perkara-perkara berikut

             • Kaedah mengajar yang menarik dan berpusatkan murid.
             • Tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid untuk memahami sesuatu
              perkara.
             • Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan.
             • Penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan
              pembelajaran.

        Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan dapat merangsang suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah.

        Dalam proses untuk membantu murid-murid ini menguasai mata pelajaran Matematik
khususnya dalam kemahiran mendarab tiga digit dua digit dengan mengumpul semula,
pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme.
Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang
menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu,
konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan
pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konstruktivisme
ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu
yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan
lepas yang diadaptasikan olehnya. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran
pembelajaran berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak
sebagai fasilitator.

        Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik, kanak-kanak biasanya akan
diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman
yang akan diguna pakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari
pada masa yang akan datang.

        Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa:
        a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.

        b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan
        dan menyelesaikan masalah.

        c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan
        peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

        d) guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
        pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.

        e) pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang
        dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh
Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak
lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan
sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu
adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut dan bukan sesuatu
maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain.
Sebaliknya,   setiap   insan   membentuk     pengetahuan    sendiri     dengan   menggunakan
pengalamannya secara terpilih.

        Pendekatan Konstrukvisme

        Antara pelopor konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966),
Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997) dan
Nik Aziz (1999), kelebihan teori konstruktivisme ialah murid-murid berpeluang membina
pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid.

        Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif
seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman
baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan dapat membina konsep
dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan
yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion. Selain itu, konsep-konsep
yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang dialaminya
dan ini dikenali sebagai penalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep
dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi, iaitu berdasarkan pengetahuan
yang ada padanya. Menurut Gagne, Yekovich dan Yekovich (1993) konsep baru juga boleh
dibina dengan menggabungkan konsep-konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini
dikenali sebagai parcing.

        Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid
digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari
dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, murid dapat meningkatkan
pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
Kajian Sharan dan Sachar (1992, disebut dalam Sushkin, 1999) membuktikan bahawa
kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah mendapat pencapaian
yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan
tradisional. Kajian Caprio (1994), Nor Aini (2002), Van Drie dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998),
dan Lieu (1997) turut membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu murid
untuk mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.
         Teori konstruktivisme menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme membantu murid
membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan
itu diaplikasikan dengan persekitaran mereka.
         Banyak jurnal telah menerbitkan intipati kajian dalam bidang konstruktivisme, antaranya ialah
Needham (1987), Caprio (1994), dan Beybee (1993). Oleh yang demikian, kajian ini memberikan
tumpuan terhadap kesan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran mata pelajaran
Matematik. Pendekatan konstrutivisme dipilih kerana terdapat persamaan antara mata pelajaran
Matematik dengan Sains, iaitu pelajar harus memahami konsep dan fakta


         Teori Konstruktivisme


         Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan
bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah
digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan
satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah,
sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah
satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat
penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada
pendekatan yang berasaskan teori kognitif.
         Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang berpusatkan
murid.
Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning)

        Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih
dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan
dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta
teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada
murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif.
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan
guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat
sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai
individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat
membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam
memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.

       Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid
menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan
keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan
murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan
mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid.

        Saya   memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan
tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang
sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari
(1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut:

  “Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity
to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship
among the ideas and fact being taught”.

       Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan
peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan
mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Konsep ini
dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas daripada
teori konstruktivisme.
Konstruktif atau konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang
untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan
kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada
pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin
terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme
merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan
membuka ruang kepada murid di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka.
Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang
kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau
pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman
orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.

3.0 KUMPULAN SASARAN


   Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud yang didapati
   mempunyai masalah mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan
   semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam
   lingkungan 11 tahun.


4.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


       4.1 TINJAUAN MASALAH
          Tinjauan    terhadap   masalah    mengenalpasti    kelemahan     mereka.    Langkah
          pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap
          mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-


              4.1.1   Pemerhatian
                      Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian
                      ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,
                      melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang
                      dibuat di dalam buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga
                      tidak dirakamkan dalam audio tape.
Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku
        secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu
        dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where,
        Why dan How.


4.1.2   Temu Bual
        Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia
        dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu
        bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak
        dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan
        secara rambang terhadap murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah
        dalam mendarab tiga digit dengan dua digit.


        Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah:
               Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik?
               Bolehkah kamu membaca sifir 12?
               Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit?
               Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar?


4.1.3   Soal Selidik
        Boring soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
        mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik
        dan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
        pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan
        maklumat yang tepat.


4.1.4   Ujian Pra
        Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid
        dalam tajuk „Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000‟. Ujian pra
        dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri
        daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan
        jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan
        kaedah “Kertas dan Pensel”. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.
Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah
             bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara
             murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka
             daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan
             bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan
             hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui.




4.2 AKTIVITI “PISTOL DAN TUKUL”


     4.2.1   Kaedah Pelaksanaan
             Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid.
             4.2.1.1 Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul
                             Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar
                             yang berlainan warna.
                             Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap
                             kertas tersebut.
                             Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua
                             helai kertas lutsinar yang berlainan warna.
                             Kemudian, ianya digunting.




                             Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan
                             lubang nombor.
Contoh :



                                                             Pistol




                                                           Hammer




               Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan
               tangga dan kotak jawapan. Buat dan guntingkan lubang di
               bahagian tengah kotak.




                                                             Tangga



                                                              Kotak
                                                             Jawapan




4.2.1.2 Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab.
               Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan
               aktiviti kedua dengan mengisi nombor dan menyelesaikan
               masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit.
                   o   Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk
                       ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid.
                       Contoh:
                                 246 x 12 = ?
                   o   Murid akan mula mengisi nombor pada pistol
                       dahulu.
o   Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan
    “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan
    mengisi nombor di dalam kotak “pistol”. Kemudian
    cari hasil darabnya.
o   Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada
    “pistol”, letakkan bentuk “tukul” pada kertas yang
    sama, dengan bertindih pada “pistol”.
o   Murid       akan   mula   mengisi       nombor   dan
    menyelesaikan jawapannya. Pada langkah ini, murid
    hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana
    barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk
    “pistol”.
o   Langkah 3 : Setelah jawapan “pistol” dan “tukul”
    dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk
    “stairs” untuk diisikan dengan jawapan yang telah
    dibuat.
o   Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan.
    Murid akan mencari hasil tambah bagi jawapan
    “pistol” dan “tukul”. Jawapan ini akan diisikan ke
    dalam kotak jawapan.
5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


     BIL                              AKTIVITI                        TARIKH
                                                                    PELAKSANAAN
      1     Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal          1 minggu
      2     Menulis proposal kajian                                   2 minggu
      3     Merancang tindakan                                        1 minggu
      4     Ujian Pra                                                   1 hari
      5     Melaksanakan tindakan                                       1 hari
      6     Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan          1 minggu
      7     Ujian Pos                                                   1 hari
      8     Refleksi kajian                                           1 minggu
      9     Menulis laporan kajian                                    2 minggu
     10     Pembentangan dapatan kajian                               1 minggu



6.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON


                                                     KUANTITI X     JUMLAH
BIL                     JENIS BAHAN                HARGA SEUNIT       KOS
 1         Kertas A4                                  2 x RM 8.90    RM 17.80
 2         4 helai kertas transparent yang            4 x RM 5.00    RM 20.00
           berlainan warna
 3         Printer Cartridge                         1 x RM 75.00    RM 75.00
 4         Fotokopi bahan dan laporan kajian                   -     RM 50.00
 5         Buku Catatan                               1 x RM 3.50    RM 3.50
           JUMLAH                                                   RM 166.30
SOALAN KAJI SELIDIK


Jantina: L/P


Bulatkan jawapan mengikut skala:
1-Amat Tidak Setuju          2-Tidak Setuju           3-Setuju   4-Amat Setuju


                                Item                                        Skala
   1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.                1    2    3   4

   2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik.              1    2    3   4

   3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah.         1    2    3   4

   4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam              1    2    3   4
       matematik, saya semakin menyukainya.

   5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi         1    2    3   4
       darab dengan betul.

   6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang          1    2    3   4
       diberikan.

   7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12.                    1    2    3   4

   8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik.          1    2    3   4

   9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam         1    2    3   4
       pendaraban.

   10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan          1    2    3   4
       tambahan soalan pendaraban.

More Related Content

What's hot

Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
Izudin Hasan
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
Atok Shila
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
Fawwaz Fathanah
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
Nur Hassan
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
Hamidah Samsiah
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Ady Osman
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 

What's hot (20)

Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Kajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematikKajian tindakan matematik
Kajian tindakan matematik
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
contoh pelan intervensi
contoh pelan intervensicontoh pelan intervensi
contoh pelan intervensi
 
NOTA PENDIDIKAN INKLUSIF
NOTA PENDIDIKAN INKLUSIFNOTA PENDIDIKAN INKLUSIF
NOTA PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
Proposal kajian tindakan bahasa malaysia
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Alat berfikir
Alat berfikirAlat berfikir
Alat berfikir
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 
Proposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian TindakanProposal Kajian Tindakan
Proposal Kajian Tindakan
 
Higher Order Thinking Skills (HOTs) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidi...
Higher Order Thinking Skills (HOTs) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidi...Higher Order Thinking Skills (HOTs) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidi...
Higher Order Thinking Skills (HOTs) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidi...
 
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
Cabaran penggunaan media elektronik sebagai alat bantu mengajar di sk ulu ger...
 
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
Contoh kajian tindakan  pendidikan islam Contoh kajian tindakan  pendidikan islam
Contoh kajian tindakan pendidikan islam
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK.pdf
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK.pdfPERKONGSIAN AMALAN TERBAIK.pdf
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK.pdf
 
Contoh rph geografi
Contoh rph geografiContoh rph geografi
Contoh rph geografi
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 

Viewers also liked

Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
Habibah Abdullah
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Suzi Suziyana
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Mohd Zaidi
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
Nur Afiqah Bt Zulkafli
 

Viewers also liked (20)

Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di MalaysiaSejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
Sejarah, struktur dan tujuan pendidikan Matematik di Malaysia
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Jurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian TindakanJurnal Kajian Tindakan
Jurnal Kajian Tindakan
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakanKertas cadangan penyelidikan tindakan
Kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Soalan KBAT dalam Penggunaan i-THINK
Soalan KBAT dalam Penggunaan i-THINKSoalan KBAT dalam Penggunaan i-THINK
Soalan KBAT dalam Penggunaan i-THINK
 
Penulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan MatematikPenulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan Matematik
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
 
Bahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digitBahagi dengan 1 digit
Bahagi dengan 1 digit
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
177957303 kajian-tindakan-bo kiya-blok-kira-saya-meningkatkan-operasi-tambah-...
 
Medication error (7)
Medication error (7)Medication error (7)
Medication error (7)
 

Similar to HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Cha Aisyah
 
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahPenerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Wirawan Sutrisno Utomo
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstual
Lukman
 
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docxLK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
TukanARYS
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
guestf6b63af
 
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Pipit Wijaya
 
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
AsriSiregar1
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
Alina Margono
 
Volume 1 nomor 3 tahun 2011
Volume 1 nomor 3 tahun 2011Volume 1 nomor 3 tahun 2011
Volume 1 nomor 3 tahun 2011
MTs MUTULINGGA
 

Similar to HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN (20)

Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Bab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulatBab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulat
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Ptk
PtkPtk
Ptk
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
Matematika sekolah dengan pbl4c
Matematika sekolah dengan pbl4cMatematika sekolah dengan pbl4c
Matematika sekolah dengan pbl4c
 
Skripsi titin
Skripsi titinSkripsi titin
Skripsi titin
 
yg baru
yg baruyg baru
yg baru
 
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatifContoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
Contoh proposal-usulan-penelitian-kuantitatif
 
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalahPenerapan pembelajaran berbasis masalah
Penerapan pembelajaran berbasis masalah
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstual
 
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docxLK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
LK 1. 2 Darius Magun Tukan, S.Pd.docx
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Karya ilmiah faltin
Karya ilmiah faltinKarya ilmiah faltin
Karya ilmiah faltin
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
 
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
 
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
2. Penerapan Strategi Pemb..pdf
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
 
Volume 1 nomor 3 tahun 2011
Volume 1 nomor 3 tahun 2011Volume 1 nomor 3 tahun 2011
Volume 1 nomor 3 tahun 2011
 
Karil Muhamad Syahril
Karil Muhamad SyahrilKaril Muhamad Syahril
Karil Muhamad Syahril
 

More from Teacher Nasrah

Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Teacher Nasrah
 
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Teacher Nasrah
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Teacher Nasrah
 

More from Teacher Nasrah (20)

Surat jemputan menerima sumbangan hari raya
Surat jemputan menerima sumbangan hari rayaSurat jemputan menerima sumbangan hari raya
Surat jemputan menerima sumbangan hari raya
 
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
Kertas kerja program kehadiran 100% 2018
 
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
 
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
 
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
 
Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015
 
Fail bppi linus
Fail bppi linusFail bppi linus
Fail bppi linus
 
Jadual waktu kelas
Jadual waktu kelasJadual waktu kelas
Jadual waktu kelas
 
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cSenarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
 
Papan hitam tag
Papan hitam tagPapan hitam tag
Papan hitam tag
 
TRAFFIC LIGHT
TRAFFIC LIGHTTRAFFIC LIGHT
TRAFFIC LIGHT
 
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
 
Plan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparPlan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tampar
 
Laporan program pbsmm
Laporan program pbsmmLaporan program pbsmm
Laporan program pbsmm
 
Cupcake birthday 2 c
Cupcake birthday 2 cCupcake birthday 2 c
Cupcake birthday 2 c
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
 
Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014
 
Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014
 

HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

  • 1. SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR 114 JALAN OMAR 81900 KOTA TINGGI JOHOR Nama Pengkaji ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN Tajuk Kajian MENINGKAT PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB NOMBOR TIGA DIGIT DENGAN DUA DIGIT YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA
  • 2. 1.0 PENGENALAN 1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sebagai seorang guru matematik, saya dapati empat orang murid daripada Tahun 5 Abu Daud tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Apabila saya bertanyakan kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham tentang apa yang dipelajari dalam bab ini. Jawapan murid yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang guru matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan pembelajara kurang berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan, secara tiadak langsung murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya. Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan. 1.2 SOALAN KAJIAN Sejauh mana penggunaan alatan Pistol dan Tukul ini akan dapat membantu murid-murid tahun 5 Abu Daud ini untuk memperbaiki tahap penguasaan murid-murid ini di dalam operasi darab tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:
  • 3. 1.3.1 OBJEKTIF UMUM Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab. 1.3.2 OBJEKTIF KHUSUS 1.3.2.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. 1.3.2.2 Menimbulkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik dan kemahiran mendarab. 1.3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan harmonis. 1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Pistol dan Tukul supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna . Adalah diharapkan penemuan awal kajian ini dapat dijadikan asas perancangan pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan pendidikan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabat-pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah- sekolah. Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat menyambung usaha ini dengan bekerjasama dengan membantu pihak Jabatan Pelajaran Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran Matematik, terutamanya bagi sekolah-sekolah di luar bandar yang serba kekurangan dan lemah pula dalam mata pelajaran Matematik. Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan untuk memulakan sesuatu usaha bagi memahami faktor dalaman diri pelajar seperti faktor sikap. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan menilai kurikulum Matematik yang sedia ada.
  • 4. Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat dilakukan terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan profisiensi murid-murid dalam mata pelajaran ini. Adalah menjadi tanggungjawab Pusat Perkembangan Kurikulum untuk merangka satu sukatan pelajaran dan modul-modul pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik sifatnya selaras dengan prinsip-prinsip psikologi pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi murid dan guru terhadap pengajaran Matematik pada masa kini. Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Hakikatnya bahawa mata pelajaran Matematik di sekolah merupakan antara pelajaran yang kurang diminati dan menimbulkan kebosanan. Ianya bukanlah lagi satu rahsia khususnya pelajar-pelajar di luar bandar. Tambahan pula, sekarang Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, ini tentu membebankan lagi murid-murid. Jika fenomena ini dibiarkan berterusan murid-murid semakin tidak bermotivasi dan akan membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik. Dapatan kajian ini akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik. 1.5 FOKUS KAJIAN Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam sesuatu pembelajaran. Howard Gardner (1983) ada mengatakan tentang ketidak serasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi pendapat saya, kaedah pengajaran guru Matematik itu boleh diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam bilik darjah. Namun, jika murid hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran amat merbahaya kepada diri seseorang murid itu khususnya dan sekolah amnya. Saya berasa amat yakin jika saya dapat membantu meningkatkan kefahaman serta minat murid terhadap pelajaran ini atau sekurang-kurangnya mengekalkan minat sedia ada.
  • 5. Selain daripada itu, guru Matematik yang mengajar kelas tersebut dapat meneruskan proses proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan di dalam bilik darjah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid Tahun 5 Abu Daud dalam mata pelajaran Matematik. Fokus kajian kes saya ini ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal dalam menyelesaikan masalah pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula kepada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Kemahiran mendarab adalah amat penting dalam Matematik. Jika ia tidak dapat dikuasai oleh murid , mereka akan menghadapi kesulitan dalam menjawab soalan pendaraban dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa akan datang. Dengan membantu murid untuk menguasai konsep ini, pelajar akan dapat menunjukkan minat yang mendalam ketika membuat latihan atau aktiviti bagi topik ini dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah. 2.0 TINJAUAN LITERATURE Kepentingan Matematik Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan. Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.
  • 6. Di Malaysia dan di seluruh dunia, matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan. Namun, matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering, sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders,1996; Lee dan Cockman, 1995) dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia berada di satu dunia yang lain. Bagi menjadikan mata pelajaran ini menarik, bermakna dan berguna, ramai penyelidik masa kini (seperti Chien Chin dan Fou Lai Lin, 2001; Seligman, Olson, dan Zanna, 1996; Taplin, 2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin. Menurut Aziz (2002), sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin. Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003). Menurut Noor Azlan (1995), dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia, kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik.
  • 7. Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa. Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran Matematik ialah : I. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan. II. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah. III. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan. IV. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan. V. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Matematik Pelbagai perubahan yang berlaku mempengaruhi kandungan dan pedagogi dalam pendidikan matematik di sekolah menengah. Perubahan ini memerlukan kepelbagaian cara matematik diajar di sekolah. Penggunaaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-konsep matematik adalah sesuatu yang amat perlu. Guru perlu menggunakan objek sebenar atau objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid membina idea-idea yang abstrak, mereka cipta, membina keyakinan diri, menggalakkan sifat berdikari dan memupuk sikap bekerjasama. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.
  • 8. Penerapan unsur sejarah matematik perlu diberi penekanan sewajarnya dalam usaha untuk mewujudkan murid yang menghargai dan menghayati keindahan matematik. Unsur sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang ahli-ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang lagi minat murid terhadap sesuatu tajuk itu. Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai intrinsik matematik seperti kejituan, keyakinan dan pemikiran bersistem perlu diterapkan sepanjang kursus pengajian ini. Di samping itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi terancang. Misalnya, pembelajaran secara kumpulan boleh membantu murid menerap kemahiran sosial serta memupuk sikap kerjasama dan membina keyakinan diri terhadap matematik. Dalam mata pelajaran matematik, unsur patriotisme boleh dipupuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara terancang melalui tajuk-tajuk yang diajar. Penekanan yang dibuat adalah secara merentas kurikulum melalui pendekatan menyeluruh dan bersepadu. Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk memastikan murid menguasai apa yang telah dipelajari. Pendekatan yang dipilih perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut • Kaedah mengajar yang menarik dan berpusatkan murid. • Tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid untuk memahami sesuatu perkara. • Penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan. • Penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan dapat merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Dalam proses untuk membantu murid-murid ini menguasai mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran mendarab tiga digit dua digit dengan mengumpul semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme.
  • 9. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konstruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang diadaptasikan olehnya. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan diguna pakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang. Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa: a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid. b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. d) guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. e) pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.
  • 10. Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Pendekatan Konstrukvisme Antara pelopor konstruktivisme ialah Piaget (1970), Brunner dan Brand (1966), Dewey (1938) dan Ausubel (1963). Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997) dan Nik Aziz (1999), kelebihan teori konstruktivisme ialah murid-murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pengalaman baru. Rumelhart dan Norman (1978) menjelaskan seseorang akan dapat membina konsep dalam struktur kognitifnya dengan menghubungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada padanya dan proses ini dikenali sebagai accretion. Selain itu, konsep-konsep yang ada pada seseorang boleh berubah selaras dengan pengalaman baru yang dialaminya dan ini dikenali sebagai penalaan atau tuning. Seseorang juga boleh membina konsep-konsep dalam struktur kognitifnya dengan menggunakan analogi, iaitu berdasarkan pengetahuan yang ada padanya. Menurut Gagne, Yekovich dan Yekovich (1993) konsep baru juga boleh dibina dengan menggabungkan konsep-konsep yang sedia ada pada seseorang dan ini dikenali sebagai parcing. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.
  • 11. Kajian Sharan dan Sachar (1992, disebut dalam Sushkin, 1999) membuktikan bahawa kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan tradisional. Kajian Caprio (1994), Nor Aini (2002), Van Drie dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998), dan Lieu (1997) turut membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu murid untuk mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan. Teori konstruktivisme menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme membantu murid membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan itu diaplikasikan dengan persekitaran mereka. Banyak jurnal telah menerbitkan intipati kajian dalam bidang konstruktivisme, antaranya ialah Needham (1987), Caprio (1994), dan Beybee (1993). Oleh yang demikian, kajian ini memberikan tumpuan terhadap kesan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran mata pelajaran Matematik. Pendekatan konstrutivisme dipilih kerana terdapat persamaan antara mata pelajaran Matematik dengan Sains, iaitu pelajar harus memahami konsep dan fakta Teori Konstruktivisme Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu. Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains. Menurut Susan (1994), konstruktivisme bukan satu konsep yang baru. Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah, sosiologi dan antropologi, psikologi dan pendidikan. Beliau menambah, teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an. Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif. Selain itu, ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid.
  • 12. Pengajaran Berpusatkan Murid (Student Centre Learning) Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid. Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak melaksanakan tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach halaman 177 menyebut: “Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught”. Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang dikupas daripada teori konstruktivisme.
  • 13. Konstruktif atau konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu. Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada murid di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. 3.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran saya terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 Abu Daud yang didapati mempunyai masalah mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Murid-murid ini adalah dari kalangan murid-murid yang sederhana dan berumur dalam lingkungan 11 tahun. 4.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 4.1 TINJAUAN MASALAH Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :- 4.1.1 Pemerhatian Saya akan menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis yang dibuat di dalam buku tulis dan juga lembaran kerja dan ujian pra. Ia juga tidak dirakamkan dalam audio tape.
  • 14. Pemerhatian ini tidak dijadualkan secara formal kerana ia berlaku secara spontan di dalam bilik darjah. Walaubagaimana pun, catatan perlu dibuat bagi menjawab pelbagai persoalan iaitu Who, What, When, Where, Why dan How. 4.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temu bual yang mana ia dilakukan secara tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan menghafal. Ianya dilakukan secara rambang terhadap murid-murid yang saya dapati mempunyai masalah dalam mendarab tiga digit dengan dua digit. Antara soalan-soalan yang akan dikemukakan ialah: Adakah kamu meminati mata pelajaran Matematik? Bolehkah kamu membaca sifir 12? Bagaimanakan kamu mendarab nombor tiga digit dengan dua digit? Adakah kamu rasa kaedah yang saya ajar ini mudah atau sukar? 4.1.3 Soal Selidik Boring soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula. Borang ini diisi oleh murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat. 4.1.4 Ujian Pra Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalam tajuk „Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000‟. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut. Ianya adalah menggunakan kaedah “Kertas dan Pensel”. Tempoh masa menjawab adalah 30 minit.
  • 15. Murid-murid ini akan dipanggil dan ditempatkan di dalam sebuah bilik darjah untuk menjalankan ujian pra ini. Jarak tempat duduk di antara murid ditetapkan iaitu dalam jarak empat kaki untuk mengelakkan mereka daripada meniru di dalam ujian tersebut. Murid-murid ini akan diingatkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk meniru kerana ia akan menyebabkan hasil dapatan daripada ujian pra ini akan diragui. 4.2 AKTIVITI “PISTOL DAN TUKUL” 4.2.1 Kaedah Pelaksanaan Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan yang melibatkan aktiviti murid. 4.2.1.1 Aktiviti 1 : Membina pistol dan tukul Setiap murid akan menggunakan empat helai kertas lutsinar yang berlainan warna. Murid perlu membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut. Murid melakar pistol dan tukul dengan menggunakan dua helai kertas lutsinar yang berlainan warna. Kemudian, ianya digunting. Guntingkan bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.
  • 16. Contoh : Pistol Hammer Dengan menggunakan kertas lutsinar yang lain, lakarkan tangga dan kotak jawapan. Buat dan guntingkan lubang di bahagian tengah kotak. Tangga Kotak Jawapan 4.2.1.2 Aktiviti 2 : Mengisi nombor dan menyelesaikan operasi darab. Setelah pistol dan tukul dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab nombor 3 digit dengan 2 digit. o Langkah 1: guru memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik untuk diselesaikan oleh murid. Contoh: 246 x 12 = ? o Murid akan mula mengisi nombor pada pistol dahulu.
  • 17. o Cara untuk mengisi nombor ialah dengan meletakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak “pistol”. Kemudian cari hasil darabnya. o Langkah 2: Setelah selesai mencari jawapan pada “pistol”, letakkan bentuk “tukul” pada kertas yang sama, dengan bertindih pada “pistol”. o Murid akan mula mengisi nombor dan menyelesaikan jawapannya. Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi dalam bentuk “pistol”. o Langkah 3 : Setelah jawapan “pistol” dan “tukul” dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk “stairs” untuk diisikan dengan jawapan yang telah dibuat. o Langkah akhir ialah menggunakan kotak jawapan. Murid akan mencari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “tukul”. Jawapan ini akan diisikan ke dalam kotak jawapan.
  • 18. 5.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu 2 Menulis proposal kajian 2 minggu 3 Merancang tindakan 1 minggu 4 Ujian Pra 1 hari 5 Melaksanakan tindakan 1 hari 6 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 minggu 7 Ujian Pos 1 hari 8 Refleksi kajian 1 minggu 9 Menulis laporan kajian 2 minggu 10 Pembentangan dapatan kajian 1 minggu 6.0 JUMLAH PERUNTUKAN YANG DIPOHON KUANTITI X JUMLAH BIL JENIS BAHAN HARGA SEUNIT KOS 1 Kertas A4 2 x RM 8.90 RM 17.80 2 4 helai kertas transparent yang 4 x RM 5.00 RM 20.00 berlainan warna 3 Printer Cartridge 1 x RM 75.00 RM 75.00 4 Fotokopi bahan dan laporan kajian - RM 50.00 5 Buku Catatan 1 x RM 3.50 RM 3.50 JUMLAH RM 166.30
  • 19. SOALAN KAJI SELIDIK Jantina: L/P Bulatkan jawapan mengikut skala: 1-Amat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Amat Setuju Item Skala 1) Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati. 1 2 3 4 2) Saya seronok belajar operasi darab dalam matematik. 1 2 3 4 3) Saya selalu membuat latihan pendaraban sendiri di rumah. 1 2 3 4 4) Semakin banyak saya mempelajari operasi darab dalam 1 2 3 4 matematik, saya semakin menyukainya. 5) Saya berasa bangga apabila dapat menjawab soalan operasi 1 2 3 4 darab dengan betul. 6) Saya akan cuba menjawab semua soalan operasi darab yang 1 2 3 4 diberikan. 7) Saya telah menghafal sifir 1 hingga sifir 12. 1 2 3 4 8) Saya suka latihan berbentuk pendaraban dalam matematik. 1 2 3 4 9) Saya akan bertanya guru apabila menghadapi masalah dalam 1 2 3 4 pendaraban. 10) Saya selalu mengisi masa lapang dengan membuat latihan 1 2 3 4 tambahan soalan pendaraban.