SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
PENTADBIRAN
HARTA PUSAKA
Diterbitkan oleh
JABATAN BANTUAN GUAMAN
1 Apakah yang dimaksudkan
dengan harta pusaka?
Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati
yang mengandungi harta alih dan harta tak
alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman
KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan,
perabot rumah, pakaian dan sebagainya
dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta
kepentingan atas tanah tersebut, rumah,
lombong, sawah, telaga dan tasik adalah
disebut sebagai harta tak alih. Penerangan
ringkas seperti dalam Lampiran "A”.
Harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang
bernilai RM 2,000,000.00 ke bawah. Harta
yang berikut adalah dianggap sebagai harta
pusaka kecil:
(a)	 tanah sahaja;
(b)	 tanah dengan rumah;
(c)	 tanah, rumah dan harta alih seperti
barang kemas, syer, caruman KWSP,
simpanan wang, kenderaan bermotor,
perabot, pakaian, dsb.; dan
(d)	 tanah dan apa-apa jumlah tuntutan
di bawah seksyen 7 dan 8 Akta Undang-
Undang Sivil 1956 [Akta 67].
Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk risalah
panduan permohonan tuntutan pembahagian
harta pusaka kecil di bawah Akta Harta
Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
2 Apakah yang dimaksudkan
dengan “harta pusaka kecil”?
Harta pusaka biasa bermaksud semua jenis
harta peninggalan si mati dengan wasiat atau
tanpa wasiat, atau sebahagiannya tanpa
wasiat seperti -
(a)	 harta alih dan harta tak alih yang bernilai
	 RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya;
(b)	 harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih
	 daripada RM 2,000,000.00; dan
(c)	 harta alih sahaja seperti wang, syer,
	 kenderaan walaupun nilai kesemuanya
	 kurang daripada RM 2,000,000.00.
Jika si mati meninggalkan harta dengan surat
wasiat terakhir yang sah yang mengandungi
cara-cara bagaimana harta pusakanya
hendaklah dibahagikan antara waris-
warisnya, harta pusaka itu dipanggil harta
pusaka berwasiat.
	
Bagi orang yang bukan beragama Islam,
wasiat itu adalah sah selama ia tidak
mengandungi syarat-syarat yang bercanggah
dengan Akta/Ordinan Wasiat dan kesahan
wasiatnya tidak dicabar oleh mana-mana
waris.
Bagi orang yang beragama Islam, si mati
hanyabolehmewasiatkantidaklebihdaripada
1/3 daripada harta pusakanya kepada pihak-
pihak lain selain waris (dengan persetujuan
atau tanpa persetujuan waris).
Orang yang meninggalkan harta tanpa wasiat
dipanggil harta pusaka tak berwasiat.
4 Apakah yang dimaksudkan
dengan harta pusaka berwasiat
dan/atau tidak berwasiat (testate
and intestate estate)?
3 Apakah yang dimaksudkan
dengan “harta pusaka biasa”?
Probet ialah tindakan untuk memperakukan
dan mengesahkan sesuatu wasiat yang
ditinggalkan oleh si mati. Tujuan probet
adalah untuk memberi pengiktirafan kepada
sesuatu wasiat yang sah di sisi undang-
undang.
Permohonan boleh dibuat oleh pihak yang
berikut:
(a)	 Waris si mati (benefisiari si mati) seperti
	 balu atau duda, anak lelaki atau anak
	 perempuan, ibu atau bapa, adik-beradik
	 dan sebagainya;
(b)	 pemiutang (creditor) seperti pemberi
	 pinjam wang, bank, koperasi, dsb.;
(c)	 pihak-pihak pembeli (purchasers) dan
	 pemegang serah hak, pemegang gadaian
	 dan pajakan yang mempunyai
	 kepentingan dalam harta peninggalan
	 si mati;
(d)	 waris-waris, pemegang amanah, Ketua
	 Pengarah Insolvensi, Amanah Raya
	 Berhad, dsb.; dan
(e)	 Pihak Berkuasa seperti Kerajaan
	 Persekutuan atau Kerajaan Negeri
	 dan Baitulmal yang mempunyai
	 kepentingan masing-masing dalam
	 harta pusaka yang berkenaan.
6 Siapakah yang boleh memohon
surat kuasa mentadbir harta
pusaka?
5 Apakah yang dimaksudkan
dengan “probet”?
Prosedur yang perlu diikuti adalah seperti
yang berikut:
Bagi harta pusaka dengan wasiat dan harta
pusaka yang ditakrifkan sebagai harta
pusaka biasa, tindakan hendaklah diambil di
Mahkamah Tinggi yang berhampiran dengan
alamat tempat tinggal si mati. Mahkamah
Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan probet.
Jika si mati tidak meninggalkan apa-apa
wasiat, permohonan untuk surat kuasa
mentadbir pusaka tanpa wasiat hendaklah
dibuat. Kedua-dua tindakan ini boleh dibuat
dengan petisyen dalam contoh borang
seperti di Lampiran “B1” dan “B2”.
Setiap petisyen untuk probet atau surat kuasa
mentadbir harta pusaka mestilah disertakan
dengan -
(a)	 bukti kematian seperti sijil kematian
	 (death certificate) atau permit
	 untuk mengebumikan mayat. Lazimnya
	 d o k u m e n - d o k u m e n s e p e r t i i n i
	 dikeluarkan oleh pihak hospital dan/
	 atau pihak polis;
(b)	 jika kematian tidak dapat dibuktikan
	 dengan cara biasa, suatu permohonan
	 untuk perintah anggapan kematian
	 (presumption of death) hendaklah dibuat
	 di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu dan
	 perintah Mahkamah Tinggi itu hendaklah
	 dikemukakan bersama-sama dengan
	 petisyen untuk probet atau surat kuasa
	 mentadbir pusaka;
7 Apakah prosedur untuk
membuat permohonan probet
dan surat kuasa mentadbir?
8 Apakah dokumen-dokumen
yang perlu dikemukakan semasa
permohonan?
(c)	 surat wasiat terakhir si mati (dalam hal
	 permohonan probet);
(d)	 suatu jadual yang mengandungi butir-
	 butir serta nilai aset dan tanggungan
	 (assets & liabilities) dan senarai waris
	 si mati;
(e)	 suatu Sijil Faraid yang diperoleh daripada
	 Mahkamah Syariah (dalam hal orang
	 Islam);
(f)	 suatu senarai waris, umur, tali
	 persaudaraan dengan si mati dan alamat
	 masing-masing bagi tujuan mendapat
	 persetujuan untuk melantik pentadbir
	 yang dicadangkan;
(g)	 surat persetujuan waris-waris dengan
pelantikan seorang waris yang
dicadangkan sebagai pentadbir pusaka
yang ditandatangani di hadapan seorang
Majistret/Pesuruhjaya Sumpah, sebelum
tarikh perbicaraan ditetapkan;
(h)	 surat penolakan waris-waris yang ingin
	 menolak hak dan bahagian masing-
	 masing kepada surat kuasa mentadbir
	 pusaka bagi harta pusaka tersebut
	 (Borang 169);
(i)	 dokumen pelantikan penjaga (guardian
ad litem) (dalam hal waris-waris di bawah
umur atau orang kurang upaya).
Dua (2) orang penjamin yang layak dan sesuai
hendaklah dikemukakan sekiranya harta melebihi
RM 50,000.00.
Geran (atau kuasa) untuk probet atau mentadbir
harta pusaka hanya boleh dikeluarkan setelah semua
maklumat yang diperlukan oleh mahkamah telah
dikemukakan oleh pempetisyen.
Jika sekiranya pempetisyen mengalami
kesulitan untuk mendapatkan penjamin-
penjamin yang layak dan sesuai, dia bolehlah
memohon kepada mahkamah untuk suatu
perintah supaya dia diberi kebenaran
dikecualikan daripada mengemukakan
penjamin-penjamin (dispensation of sureties)
atau mendapatkan khidmat penjamin
profesional seperti syarikat insurans atau
institusi bank dengan bayaran fi yang
ditetapkan oleh syarikat/institusi berkenaan
berdasarkan jumlah harta pusaka tersebut.
Surat kuasa mentadbir harta pusaka/probet
hanya boleh dikeluarkan apabila perintah
pengecualian penjamin diperoleh dan bon
pentadbiran telah ditandatangani oleh
pempetisyen.
Setelah surat kuasa mentadbir harta pusaka/
probet diperoleh oleh pempetisyen, surat
kuasa tersebut hendaklah didaftarkan di
pejabat tanah yang berkenaan, agar semua
suratan hakmilik tersebut didaftarkan atas
nama pempetisyen sebagai pentadbir si
mati berkenaan, menurut seksyen 346
Kanun Tanah Negara dan adalah menjadi
tanggungjawab pempetisyen untuk memohon
kepada mahkamah, sebaik sahaja dia
menghasilkan semua aset si mati, suatu
perintah pembahagian terhadap harta
pusaka itu kepada waris-waris menurut
faraid atau menurut terma-terma wasiat si
mati atau menurut Akta/Ordinan Wasiat.
9 Bolehkah mahkamah
mengecualikan bon penjamin?
10 Bilakah mahkamah akan
mengeluarkan surat kuasa
mentadbir berdasarkan probet?
11 Di manakah surat kuasa
mentadbir harta pusaka/probet
perlu didaftarkan?
Permohonan untuk mentadbir harta pusaka
kecil hanya dibuat di Pejabat Tanah yang
nilai jumlah harta tak alih bersama harta alih
tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh
peninggalan si mati. Permohonan ini dibuat
dengan menggunakan Borang A yang boleh
didapati di Pejabat Tanah khasnya daripada
Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
Permohonan harta pusaka kecil seperti di
Lampiran “C”.
Borang A hendaklah dikemukakan kepada
Unit Pembahagian Pusaka Kecil berserta
dengan dokumen yang berikut:
(a)	 s i j i l k e m a t i a n a t a u p e r m i t
	 pengebumian;
(b)	 sijil faraid yang dikeluarkan oleh
	 Mahkamah Syariah; dan
(c)	 salinan hakmilik keluarga dan salinan
	 d o k u m e n – d o k u m e n l a i n y a n g
	 menunjukkan pegangan harta tak alih
	 yang sah.
Apabila permohonan difailkan, unit berkenaan
akan menyediakan laporan seperti yang
berikut:
(a)	 laporan Penghulu di mukim tempat
	 pemohon itu tinggal;
12 Apakah prosedur untuk membuat
permohonan untuk mentadbir
harta pusaka kecil?
13 Apakah dokumen-dokumen yang
perlu disertakan?
14 Apabila permohonan difailkan,
apakah tindakan Unit
Pembahagian Pusaka Kecil?
(b)	 perakuan daripada Pejabat Tanah
	 tentang nilaian harta yang dinyatakan
	 dalam permohonan; dan
(c)	 pengesahan daripada Pendaftar
	 Mahkamah Tinggi sama ada permohonan
	 untuk Borang C telah dibuat atau belum
	 bagi mentadbir harta pusaka berkenaan.
(a)	 Apabila semua laporan yang disebut
	 terdahulu telah diperoleh, suatu tarikh
	 perbicaraan akan ditetapkan oleh Unit
	 Pembahagian Pusaka Kecil melalui
	 notis perbicaraan yang akan dihantar
	 kepada pemohon dan waris-waris yang
	 berkenaan.
(b)	 Semasa perbicaraan dijalankan, Pegawai
Tadbir Unit Pembahagian Pusaka
Kecil akan memeriksa keterangan
daripada pemohon dan juga waris-
waris yang berkenaan dan merekodkan
keterangan tersebut dan setelah berpuas
hati akan membenarkan permohonan
yang dipohon itu.
(c)	 Perintah pembahagian akan hanya
dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh
perbicaraan untuk membolehkan mana-
mana pihak mengemukakan rayuan,
sekiranya terdapat apa-apa yang tidak
memuaskan hati mana-mana pihak.
(d)	 Selepas tamat tempoh 14 hari dan
sekiranya tidak ada apa-apa rayuan
yang diterima, perintah pembahagian
bolehlah dikeluarkan dengan membayar
kepada Pejabat Tanah sejumlah fi yang
ditetapkan.
(e)	 Setelah perintah tersebut diperoleh,
pemohon dikehendaki menyerahkan
geran tanah untuk didaftarkan
15 Apakah yang akan berlaku
seterusnya?
pembahagian seperti yang dicatatkan
dalam perintah pembahagian dan geran
tanah berkenaan akan dikembalikan
setelah pendaftaran selesai.
Carta Aliran Proses Permohonan Untuk
Pentadbiran Dan Pembahagian Harta Pusaka
Kecil seperti di Lampiran “D”.
(a)	 Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan
m e n t a d b i r h a r t a p u s a k a y a n g
mempunyai harta alih yang tidak melebihi
RM 600,000.00 di bawah seksyen 17
Akta Perbadanan Amanah Raya
1995 (Akta 532) tanpa surat kuasa
mentadbir daripada Mahkamah Tinggi
atau Pejabat Pentadbir Tanah Daerah.
Ini dibuat sekiranya tiada apa-apa
permohonan dibuat oleh mana-mana
pihak yang lain.
(b)	 Waris-waris atau sesiapa yang
mempunyai kepentingan dalam harta
pusaka si mati yang tidak melebihi
RM 600,000.00 dalam bentuk harta
alih sahaja boleh memohon kepada
Amanah Raya Berhad untuk mentadbir
harta pusaka tersebut.
(c)	 Waris-waris hanya diperlukan mengisi
dan mengemukakan borang permohonan
ini dengan maklumat yang lengkap dan
dokumen-dokumen yang membuktikan
kematian si mati.
(d)	 Sebaik sahaja permohonan ini diterima,
A m a n a h R a y a B e r h a d a k a n
memprosesnya dengan mengeluarkan
suatu pengisytiharan bagi mentadbir
harta pusaka tersebut.
16 Apakah prosedur untuk
memohon pentadbiran terus
(summary administration) di
Amanah Raya Berhad?
(e)	 Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk
menghasilkan aset-aset yang berkenaan
bagi tujuan pembahagian.
	
(f)	 Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka
bagi kes-kes kematian (sebelum 1
November 1991 sahaja), hutang pusaka
dan menolak fi bagi Amanah Raya
Berhad, baki aset akan dibahagikan
menurut faraid (bagi orang Islam), Ordinan
Pembahagian (bagi orang bukan Islam)
atau secara persetujuan antara waris-
waris yang berkenaan.
(g)	 Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah
Raya 1995 adalah sangat berkesan bagi
kes tuntutan kemalangan maut jalan
raya di mana waris-waris si mati
bercadang untuk mengambil tindakan
di bawah seksyen 7 dan 8 Akta Undang-
Undang Sivil 1956.
Boleh, pemohon yang berkelayakan boleh
datang ke cawangan Jabatan Bantuan
Guaman yang berdekatan dengan membawa
dokumen-dokumen yang diperlukan seperti
yang dinyatakan di Lampiran “E”.
17 Bolehkah Jabatan Bantuan
Guaman memberi bantuan untuk
membuat permohonan probet
atau surat kuasa mentadbir?
LAMPIRAN “A”
Definisi Harta Pusaka Kecil:
Harta alih dan tak alih yang bernilai tidak melebihi
RM2,000,000.00 misalnya-
(1)	 tanah sahaja < RM2,000,000.00;
(2)	 tanah dan rumah < RM2,000,000.00; dan
(3)	 tanah dan rumah dengan harta alih seperti
	 motokar, wang tunai, barang kemas
	 < RM2,000,000.00.
Definisi Harta Pusaka Biasa:
(1)	 harta alih sahaja < RM600,000.00 misalnya
	 wang simpanan, saham, tunai dan barang-barang
	 kemas;
(2)	 harta tak alih misalnya tanah > RM2,000,000.00;
	 dan
(3)	 tuntutan kontingensi: Di bawah Akta Undang-
	 Undang Sivil 1956.
KECIL
TANPA WASIAT
HARTA PUSAKA
BIASA
TANPA BERWASIAT
WASIAT
PEGAWAI
TADBIR UNIT
PEMBAHAGIAN
PUSAKA KECIL
SURAT KUASA
MENTADBIR
PUSAKA
PROBET
MAHKAMAH
TINGGI
JENIS-JENIS HARTA PUSAKA
LAMPIRAN “B1”
NO. 168
PETISYEN DI BAWAH AKTA PROBET DAN
PENTADBIRAN 1959
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA/BORNEO
DI..............................
Probet..................No.………….tahun……………......
Dalam Harta Pusaka
…………….................................................…si mati
Kepada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
PETISYEN UNTUK PROBET
Petisyen………………..............................................
beralamat di..............................................................
............................................................ menunjukkan
1. ......……................................................................
yang bermastautin di………......................…………
mati pada…….….....hari bulan………..….......…..…
pukul...............pagi/petang berdomisil di...................
mempunyai, pada masa kematiannya, harta yang
berada dalam bidang kuasa Mahkamah ini.
2. Keseluruhan harta pusaka dan harta benda si
mati, boleh alih dan tak boleh alih yang berada dalam
bidang kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki
atau berhak mendapat sebagai pemegang amanah
bagi mana-mana orang atau orang-orang lain dan
tidak secara benefisial, tetapi tanpa memotong apa-
apa jua yang disebabkan oleh apa-apa hutang yang
kena dibayar atau yang terhutang olehnya, melebihi
sepuluh ribu ringgit nilainya sepanjang pengetahuan,
maklumat dan kepercayaan Pempetisyen.
3. Pempetisyen percaya tulisan atas kertas yang
bersama ini ada diekshibitkan dan salinan benar
yang diperakui yang dilampirkan bersama ini yang
bertanda “A” adalah salinan Wasiat dan Testamen
akhir (berserta Kodisil kepadanya) yang benar dan
asal bagi…………………......si mati yang tersebut.
4. Pempetisyen ialah wasi tunggal (atau salah seorang
daripada wasi-wasi) yang dinamakan dalam Wasiat
(................................ beralamat di.............................
wasi yang seorang lagi yang dinamakan dalamnya
telah mati pada ................................................
hari bulan ............................................. atau pada
hari .................................... melalui surat cara yang
ditandatangani sewajarnya telah menolak probet dan
pelaksanaan Wasiat tersebut).
Alamat untuk penyampaian bagi Pempetisyen ialah
……..........................................................................
.................................................................................
Saya,....................................…………., Pempetisyen
sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan
mengatakan bahawa isi kandungan Petisyen yang
tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan
kepercayaan saya, dalam segala segi adalah benar.
Diangkat sumpah (atau diikrarkan)
Pada.........................hari bulan................................
..........................di ....................................................
Di hadapan saya,
.....................................
Pesuruhjaya Sumpah
Pempetisyen memohon
bahawa probet bagi Wasiat
(dan Kodisil) tersebut
bagi……..............……...
y a n g t e r s e b u t b o l e h
d i b e r i k a n k e p a d a n y a
( k e b e n a r a n y a n g
d i r i z a b k a n u n t u k
............…….............……
dikehendaki datang dan
membuktikannya atau
s e b a g a i m a n a y a n g
berkenaan).
Demikianlah adanya.
...............................
Pendaftar
LAMPIRAN “B2”
NO. 168
PETISYEN DI BAWAH AKTA PROBET DAN
PENTADBIRAN 1959
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA/BORNEO DI
......................................
Kuasa Mentadbir...….......No…....…tahun………...…
Dalam Harta Pusaka
……………......................................……....... si mati
Kepada yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
PETISYEN UNTUK KUASA MENTADBIR
Petisyen…………..................…………...............
beralamat di …......……...................…………………
Menunjukkan,
1. ......................................………............................
yang bermastautin di ………..............…mati pada
………….……..........haribulan..................................
pukul..........................................................pagi/
petang berdomisil di ...............................mempunyai,
pada masa kematiannya, harta yang berada dalam
bidang kuasa Mahkamah ini.
2. Keseluruhan harta pusaka dan harta benda si mati,
bolehalihdantakbolehalih,yangberadadalambidang
kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki atau
berhak mendapat sebagai pemegang amanah bagi
mana-mana orang atau orang-orang lain dan tidak
secara benefisial, tetapi tanpa memotong apa-apa
jua yang disebabkan oleh apa-apa hutang yang kena
dibayar atau yang terhutang oleh si mati, melebihi
sepuluh ribu ringgit nilainya sepanjang pengetahuan,
maklumat dan kepercayaan Pempetisyen.
3. ................................................. si mati tersebut,
yang telah menjadi warganegara (1) ...........................
......dan seorang (2) .............................. telah mati tak
berwasiat (3) .......................... dengan meninggalkan
penakat (4)....................
4. Pempetisyen ialah (5) ............................................
5. ............................................... beralamat di .........
..................................................... dan .....................
....................................... beralamat di .….................
........................... mempunyai hak terdahulu daripada
Pempetisyensebagai(6)......................................dan
............................beralamat di .................................
..... mempunyai hak yang sama dengan Pempetisyen
selaku (6) ......................................... tetapi dia pada
................... hari bulan ....................………….. telah
menolakkan hak itu.
6. .............................................................................
terdapat kepentingan minoriti (atau seumur hidup)
dalam harta pusaka (7) ...........................................
........................yang tersebut.
7. ( P e m p e t i s y e n b e r h a s r a t b a h a w a
……………………………………………….beralamat
di (8) ………………………………………….. dilantik
menjadi pentadbir bersama dengannya akan harta
pusaka si mati yang tersebut. Persetujuan secara
bertulis daripada ....……………………………………
…………………………............ yang tersebut untuk
dilantik sedemikian ada dilampirkan bersama ini).
			
Alamat untuk penyampaian bagi Pempetisyen ialah
……………………………………....…………………
…………………………………………………………
…………………………………………………………
………………………………………………………......
	 Saya, ……...................……………, Pempetisyen
sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan
mengatakan bahawa isi kandungan Petisyen yang
tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan
kepercayaan saya, dalam segala segi adalah benar.
Di angkat sumpah (atau diikrarkan)
Pada …………… hari bulan ......................
20 ......................... di ...............................
Di hadapan saya,
......................................................
Pesuruhjaya Sumpah
Demikianlah adanya.
...............................
Pendaftar
Pempetisyen memohon
bahawa Surat Kuasa
Mentadbir bagi Harta Pusaka
dan Harta Benda kepunyaan
.............................................
yang tersebut oleh................
diberikan kepadanya sebagai
(9)........................................
Pejabat
Pembahagian
Pusaka Kecil
Pejabat Tanah
Ada
Pertikaian
Ada
Pertikaian
PerbicaraanPerbicaraan
Penyelesaian
Pembahagian
Selesai
Rayuan
Rayuan
Keputusan
Tiada
Pertikaian
Tiada
Pertikaian
Mahkamah
Tinggi
Harta Pusaka
Kecil Dan Tanpa
Wasiat
Nilai harta alih
dan tak alih
tidak melebihi
RM2,000,000.00
semuanya
Harta Pusaka
Biasa Berwasiat
Atau Tanpa Wasiat
Mengandungi Harta
alih sahaja tanpa
mengira nilai jika
harta alih dan tidak
alih melebihi
RM2,000,000.00
KEMATIAN SESEORANG
YANG MENINGGALKAN
HARTA PUSAKA
LAMPIRAN “C”
CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN
UNTUK PENTADBIRAN DAN
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
LAMPIRAN “D”
Mengumpul maklumat penting
Pemohon mengisi dan memfailkan Borang A
di Pejabat Tanah.
Permohonan diproses oleh Pejabat Tanah–
Borang B diisi dan dikirimkan kepada
Pendaftar Mahkamah Tinggi.
Penyiasatan dijalankan oleh Pegawai
Penempatan/Penghulu dsb.
Sijil Faraid diperoleh daripada Mahkamah
Syariah.
Pengesahan daripada Pendaftaran Pusat
Mahkamah Tinggi – Borang C.
Notis perbicaraan kepada waris-waris –
Borang D.
Perbicaraan oleh Pegawai Tadbir Unit
Pembahagian Pusaka Kecil.
Perintah pembahagian – Borang E, F.
Bantahan atau kaveat – Borang N.
Tempoh rayuan 14 hari dari tarikh perintah.
Rayuan ke Mahkamah Tinggi (Borang K2, K1,
K3).
		
Keputusan rayuan
Pendaftaran perintah di Pejabat Tanah.
MAKLUMAT/DOKUMEN YANG PENTING
1.	 Sijil Kematian/Pengisytiharan Mahkamah.
2.	 Senarai waris si mati – nama, no. K.P., tali
persaudaraan (menurut surat faraid bagi orang
Islam) dan alamat.
3.	 Senarai harta pusaka dan nilainya/jumlahnya –
	
•	 wang tunai, wang simpanan, saham, barang-
barang kemas;
•	 gaji, pencen, ganjaran, KWSP, insurans
nyawa;
•	 tuntutan di bawah Akta Undang-Undang Sivil
1956 (seksyen 7 dan 8); dan
•	 butir tanah & rumah, kenderaan bermotor
(No. Geran, mukim, lot, jenis rumah).
4.	 Senarai hutang si mati (yang diketahui) –
•	 Belanja urusan jenazah, keranda, bayaran
kubur, bayaran untuk membakar jenazah dll.
(disokong dengan resit).
•	 Hutang-piutang sah seperti baki pinjaman
kenderaan, sewa beli, jual beli, pinjaman,
kes sivil dsb., mana-mana pemiutang.
5.	 Surat wasiat (jika ada).
6.	 Surat faraid (bagi orang Islam sahaja)
7.	 Sijil nikah bagi duda dan balu, sijil kelahiran
bagi waris yang tidak layak memohon kad
pengenalan.
LAMPIRAN “E”
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung
dengan mana-mana cawangan Jabatan
Bantuan Guaman yang berdekatan atau Ibu
Pejabat Jabatan Bantuan Guaman di alamat
yang berikut:
IBU PEJABAT
JABATAN BANTUAN GUAMAN 			
ARAS 1, BANGUNAN HAL EHWAL
UNDANG-UNDANG
PRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN
KERAJAAN PERSEKUTUAN
62692 PUTRAJAYA
NO. TELEFON 	 : 	03-88851000
NO. FAKSIMILE	: 	03-88851829/1830/1831
LAMAN WEB 	 : 	www.jbg.gov.my
SMS 	 :	 Taip JBG MENU dan
hantar ke 15888
CATATAN:
RISALAH INI IALAH SUATU PENERANGAN
RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG
RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT
UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN
TERPERINCI.
JH303204—PNMB., K..L.

More Related Content

What's hot

LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang IslamLAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang IslamAmirulAfiq30
 
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik8arbi8
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariahFadzli Ismail
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.jimoh370
 
LAND LAW - Pajak Sewa
LAND LAW - Pajak SewaLAND LAW - Pajak Sewa
LAND LAW - Pajak SewaAmirulAfiq30
 
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di MalaysiaPemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di MalaysiaIrfan Shafie
 
Sistem litigasi dan adr satu kajian perbandingan
Sistem litigasi dan adr   satu kajian perbandinganSistem litigasi dan adr   satu kajian perbandingan
Sistem litigasi dan adr satu kajian perbandinganHafizi Myha
 
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamPelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamNUR
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihzakwan azhar
 
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam8arbi8
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyatdr2200s
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Muhammad Rezel Masah
 

What's hot (20)

LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang IslamLAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
LAND LAW - Prospek Tanah / Undang-undang Islam
 
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
1 a kump 4_bab 11_islam dan hak milik
 
Pengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta PusakaPengurusan Harta Pusaka
Pengurusan Harta Pusaka
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
 
reto sako wie
reto sako wiereto sako wie
reto sako wie
 
Prosedur perbicaraan
Prosedur perbicaraanProsedur perbicaraan
Prosedur perbicaraan
 
PERJANJIAN TANPA BALASAN
PERJANJIAN TANPA BALASANPERJANJIAN TANPA BALASAN
PERJANJIAN TANPA BALASAN
 
Asabah
AsabahAsabah
Asabah
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
LAND LAW - Pajak Sewa
LAND LAW - Pajak SewaLAND LAW - Pajak Sewa
LAND LAW - Pajak Sewa
 
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di MalaysiaPemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di Malaysia
Pemakaian Prinsip Ekuiti dalam Sistem Torrens di Malaysia
 
Sistem litigasi dan adr satu kajian perbandingan
Sistem litigasi dan adr   satu kajian perbandinganSistem litigasi dan adr   satu kajian perbandingan
Sistem litigasi dan adr satu kajian perbandingan
 
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamPelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
 
Poligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebihPoligami atau kahwin lebih
Poligami atau kahwin lebih
 
Akta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdfAkta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdf
 
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
 
Takaful
TakafulTakaful
Takaful
 
Undang-undang Tanah di Malaysia
Undang-undang Tanah di MalaysiaUndang-undang Tanah di Malaysia
Undang-undang Tanah di Malaysia
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5Nota lengkap tasawwur islam ting 5
Nota lengkap tasawwur islam ting 5
 

Similar to pentadbiran-harta-pusaka

Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaAlip Pg
 
Wasiat lompat tangan dalam sistim perdata
Wasiat lompat tangan dalam sistim perdataWasiat lompat tangan dalam sistim perdata
Wasiat lompat tangan dalam sistim perdatariridevnul
 
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah PusakaPanduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah PusakaJuahir Jaafar
 
Pengetahuan hukum bagi broker properti
Pengetahuan hukum bagi broker propertiPengetahuan hukum bagi broker properti
Pengetahuan hukum bagi broker propertiLeks&Co
 
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)surrenderyourthrone
 
Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.Ricco Survival Yubaidi
 
Jual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S Yubaidi
Jual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S YubaidiJual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S Yubaidi
Jual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S YubaidiRicco Survival Yubaidi
 
panduan-permohonan-tuntutan
 panduan-permohonan-tuntutan panduan-permohonan-tuntutan
panduan-permohonan-tuntutanZamree Zakaria
 
Pembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uu
Pembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uuPembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uu
Pembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uuindra wijaya
 
Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10
Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10
Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10Aditya Panim
 
Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.Ricco Survival Yubaidi
 
Pengurusan harta pusaka
Pengurusan harta pusakaPengurusan harta pusaka
Pengurusan harta pusakaDianfia21
 

Similar to pentadbiran-harta-pusaka (20)

Pentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusakaPentadbiran harta pusaka
Pentadbiran harta pusaka
 
Wasiat lompat tangan dalam sistim perdata
Wasiat lompat tangan dalam sistim perdataWasiat lompat tangan dalam sistim perdata
Wasiat lompat tangan dalam sistim perdata
 
Hukum Waris BW.pdf
Hukum Waris BW.pdfHukum Waris BW.pdf
Hukum Waris BW.pdf
 
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah PusakaPanduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
Panduan Mudah Pindahmilik dan Pembahagian Rumah dan Tanah Pusaka
 
Pengetahuan hukum bagi broker properti
Pengetahuan hukum bagi broker propertiPengetahuan hukum bagi broker properti
Pengetahuan hukum bagi broker properti
 
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
Produk SPI Hibah (Bank Islam Bhd)
 
Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pemecahan Bidang Tanah - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
 
bubar kahwin.pptx
bubar kahwin.pptxbubar kahwin.pptx
bubar kahwin.pptx
 
Jual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S Yubaidi
Jual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S YubaidiJual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S Yubaidi
Jual Beli Hak Atas Tanah - Ricco S Yubaidi
 
panduan-permohonan-tuntutan
 panduan-permohonan-tuntutan panduan-permohonan-tuntutan
panduan-permohonan-tuntutan
 
Pembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uu
Pembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uuPembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uu
Pembagian harta warisan berdasarkan surat wasiat dan uu
 
Hukum waris (1)
Hukum waris (1)Hukum waris (1)
Hukum waris (1)
 
Pembuktian
PembuktianPembuktian
Pembuktian
 
Pwpoint. Komplisasi.ppt
Pwpoint. Komplisasi.pptPwpoint. Komplisasi.ppt
Pwpoint. Komplisasi.ppt
 
Harta sepencarian
Harta sepencarianHarta sepencarian
Harta sepencarian
 
Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10
Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10
Aspek Hukum Bab 7, 8, 9, 10
 
Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
Pewarisan dan Surat Keterangan Waris - Ricco Survival Yubaidi, S.H., M.Kn.
 
Fiqih wakaf
Fiqih wakafFiqih wakaf
Fiqih wakaf
 
Pengurusan harta pusaka
Pengurusan harta pusakaPengurusan harta pusaka
Pengurusan harta pusaka
 
Hukum jaminan sudjito
Hukum jaminan   sudjitoHukum jaminan   sudjito
Hukum jaminan sudjito
 

More from Zamree Zakaria

Extra tips on section b2 014 english upsr paper
Extra tips on section b2 014 english upsr paperExtra tips on section b2 014 english upsr paper
Extra tips on section b2 014 english upsr paperZamree Zakaria
 
UPSR section C tip off 014 2017
UPSR section C tip off 014 2017UPSR section C tip off 014 2017
UPSR section C tip off 014 2017Zamree Zakaria
 
UPSR section B 014 tip off 2017
UPSR section B 014 tip off  2017UPSR section B 014 tip off  2017
UPSR section B 014 tip off 2017Zamree Zakaria
 
Upsr 2017 section A 014 tip off
Upsr 2017 section A 014 tip offUpsr 2017 section A 014 tip off
Upsr 2017 section A 014 tip offZamree Zakaria
 
Hak dan tanggungngan penjamin
Hak dan tanggungngan penjaminHak dan tanggungngan penjamin
Hak dan tanggungngan penjaminZamree Zakaria
 
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-rayatuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-rayaZamree Zakaria
 
Perintah nafkah orang beragama islam
Perintah nafkah orang beragama islamPerintah nafkah orang beragama islam
Perintah nafkah orang beragama islamZamree Zakaria
 
penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga
 penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga
penerangan-tentang-akta keganasan rumah tanggaZamree Zakaria
 
PERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARA
PERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARAPERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARA
PERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARAZamree Zakaria
 
Difference between see, watch and look
Difference between see, watch and lookDifference between see, watch and look
Difference between see, watch and lookZamree Zakaria
 
Oumh 2203 report writing the write up
Oumh 2203 report writing the write upOumh 2203 report writing the write up
Oumh 2203 report writing the write upZamree Zakaria
 
Tatakelakuan perkhidmatan awam
Tatakelakuan perkhidmatan awamTatakelakuan perkhidmatan awam
Tatakelakuan perkhidmatan awamZamree Zakaria
 
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan hartaPp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan hartaZamree Zakaria
 
Pp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluarga
Pp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluargaPp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluarga
Pp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluargaZamree Zakaria
 

More from Zamree Zakaria (20)

Extra tips on section b2 014 english upsr paper
Extra tips on section b2 014 english upsr paperExtra tips on section b2 014 english upsr paper
Extra tips on section b2 014 english upsr paper
 
UPSR section C tip off 014 2017
UPSR section C tip off 014 2017UPSR section C tip off 014 2017
UPSR section C tip off 014 2017
 
UPSR section B 014 tip off 2017
UPSR section B 014 tip off  2017UPSR section B 014 tip off  2017
UPSR section B 014 tip off 2017
 
Upsr 2017 section A 014 tip off
Upsr 2017 section A 014 tip offUpsr 2017 section A 014 tip off
Upsr 2017 section A 014 tip off
 
Hak dan tanggungngan penjamin
Hak dan tanggungngan penjaminHak dan tanggungngan penjamin
Hak dan tanggungngan penjamin
 
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-rayatuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
tuntutan-ganti-rugi-bagi-kes-kemalangan-jalan-raya
 
Perintah nafkah orang beragama islam
Perintah nafkah orang beragama islamPerintah nafkah orang beragama islam
Perintah nafkah orang beragama islam
 
penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga
 penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga
penerangan-tentang-akta keganasan rumah tangga
 
Wasiat & hibah
Wasiat & hibahWasiat & hibah
Wasiat & hibah
 
PERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARA
PERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARAPERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARA
PERATURAN UNTUK MERAIKAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERSARA
 
Difference between see, watch and look
Difference between see, watch and lookDifference between see, watch and look
Difference between see, watch and look
 
50 isu tatabahasa
50 isu tatabahasa 50 isu tatabahasa
50 isu tatabahasa
 
Pengurusan stor stok
Pengurusan stor stokPengurusan stor stok
Pengurusan stor stok
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Susunan gambar agong
Susunan gambar agongSusunan gambar agong
Susunan gambar agong
 
Oumh 2203 report writing the write up
Oumh 2203 report writing the write upOumh 2203 report writing the write up
Oumh 2203 report writing the write up
 
Tatakelakuan perkhidmatan awam
Tatakelakuan perkhidmatan awamTatakelakuan perkhidmatan awam
Tatakelakuan perkhidmatan awam
 
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan hartaPp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
Pp bil 3 2002 pemilikan dan pengistiharan harta
 
Pp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluarga
Pp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluargaPp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluarga
Pp bil 10 2002 cuti urusan kematian ahli keluarga
 
As when and while
As when and whileAs when and while
As when and while
 

Recently uploaded

Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptxHukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptxAudyNayaAulia
 
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)ErhaSyam
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanIqbaalKamalludin1
 
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxPENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxmuhammadarsyad77
 
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum ViktimologiSaktaPrwt
 
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANBENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANharri34
 
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaSesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaYogaJanuarR
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptAlMaliki1
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaIndra Wardhana
 
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIHAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIdillaayuna
 

Recently uploaded (10)

Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptxHukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
Hukum Adat Islam Institut Agama Islam Negeri Bone.pptx
 
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
HUKUM PERDATA di Indonesia (dasar-dasar Hukum Perdata)
 
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan PendahuluanSosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
Sosiologi Hukum : Sebuah Pengantar dan Pendahuluan
 
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptxPENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
PENANGANAN PELANGGARAN PEMILU TAHUN 2024.pptx
 
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
2. MACAM MACAM KORBAN.ppt Materi Kuliah Hukum Viktimologi
 
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHANBENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
BENTUK NEGARA ,BENTUK PEMERINTAHAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN
 
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas TerbukaSesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
Sesi 3 MKDU 4221 PAI 2020 Universitas Terbuka
 
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.pptEtika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
Etika Profesi-CYBER CRIME n CYBER LAW.ppt
 
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertamaLuqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
Luqman Keturunan Snouck Hurgronje dari istri pertama
 
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKIHAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
HAK PATEN yang merupakan salah satu bagian dari HAKI
 

pentadbiran-harta-pusaka

  • 2. 1 Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka? Harta pusaka ialah harta peninggalan si mati yang mengandungi harta alih dan harta tak alih. Harta seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans, kenderaan, perabot rumah, pakaian dan sebagainya dipanggil harta alih. Harta seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, rumah, lombong, sawah, telaga dan tasik adalah disebut sebagai harta tak alih. Penerangan ringkas seperti dalam Lampiran "A”. Harta peninggalan si mati tanpa wasiat yang bernilai RM 2,000,000.00 ke bawah. Harta yang berikut adalah dianggap sebagai harta pusaka kecil: (a) tanah sahaja; (b) tanah dengan rumah; (c) tanah, rumah dan harta alih seperti barang kemas, syer, caruman KWSP, simpanan wang, kenderaan bermotor, perabot, pakaian, dsb.; dan (d) tanah dan apa-apa jumlah tuntutan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta Undang- Undang Sivil 1956 [Akta 67]. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk risalah panduan permohonan tuntutan pembahagian harta pusaka kecil di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]. 2 Apakah yang dimaksudkan dengan “harta pusaka kecil”?
  • 3. Harta pusaka biasa bermaksud semua jenis harta peninggalan si mati dengan wasiat atau tanpa wasiat, atau sebahagiannya tanpa wasiat seperti - (a) harta alih dan harta tak alih yang bernilai RM 2,000,000.00 ke atas kesemuanya; (b) harta tak alih (tanah) yang bernilai lebih daripada RM 2,000,000.00; dan (c) harta alih sahaja seperti wang, syer, kenderaan walaupun nilai kesemuanya kurang daripada RM 2,000,000.00. Jika si mati meninggalkan harta dengan surat wasiat terakhir yang sah yang mengandungi cara-cara bagaimana harta pusakanya hendaklah dibahagikan antara waris- warisnya, harta pusaka itu dipanggil harta pusaka berwasiat. Bagi orang yang bukan beragama Islam, wasiat itu adalah sah selama ia tidak mengandungi syarat-syarat yang bercanggah dengan Akta/Ordinan Wasiat dan kesahan wasiatnya tidak dicabar oleh mana-mana waris. Bagi orang yang beragama Islam, si mati hanyabolehmewasiatkantidaklebihdaripada 1/3 daripada harta pusakanya kepada pihak- pihak lain selain waris (dengan persetujuan atau tanpa persetujuan waris). Orang yang meninggalkan harta tanpa wasiat dipanggil harta pusaka tak berwasiat. 4 Apakah yang dimaksudkan dengan harta pusaka berwasiat dan/atau tidak berwasiat (testate and intestate estate)? 3 Apakah yang dimaksudkan dengan “harta pusaka biasa”?
  • 4. Probet ialah tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang ditinggalkan oleh si mati. Tujuan probet adalah untuk memberi pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undang- undang. Permohonan boleh dibuat oleh pihak yang berikut: (a) Waris si mati (benefisiari si mati) seperti balu atau duda, anak lelaki atau anak perempuan, ibu atau bapa, adik-beradik dan sebagainya; (b) pemiutang (creditor) seperti pemberi pinjam wang, bank, koperasi, dsb.; (c) pihak-pihak pembeli (purchasers) dan pemegang serah hak, pemegang gadaian dan pajakan yang mempunyai kepentingan dalam harta peninggalan si mati; (d) waris-waris, pemegang amanah, Ketua Pengarah Insolvensi, Amanah Raya Berhad, dsb.; dan (e) Pihak Berkuasa seperti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan Baitulmal yang mempunyai kepentingan masing-masing dalam harta pusaka yang berkenaan. 6 Siapakah yang boleh memohon surat kuasa mentadbir harta pusaka? 5 Apakah yang dimaksudkan dengan “probet”?
  • 5. Prosedur yang perlu diikuti adalah seperti yang berikut: Bagi harta pusaka dengan wasiat dan harta pusaka yang ditakrifkan sebagai harta pusaka biasa, tindakan hendaklah diambil di Mahkamah Tinggi yang berhampiran dengan alamat tempat tinggal si mati. Mahkamah Tinggi berkuasa untuk mengeluarkan probet. Jika si mati tidak meninggalkan apa-apa wasiat, permohonan untuk surat kuasa mentadbir pusaka tanpa wasiat hendaklah dibuat. Kedua-dua tindakan ini boleh dibuat dengan petisyen dalam contoh borang seperti di Lampiran “B1” dan “B2”. Setiap petisyen untuk probet atau surat kuasa mentadbir harta pusaka mestilah disertakan dengan - (a) bukti kematian seperti sijil kematian (death certificate) atau permit untuk mengebumikan mayat. Lazimnya d o k u m e n - d o k u m e n s e p e r t i i n i dikeluarkan oleh pihak hospital dan/ atau pihak polis; (b) jika kematian tidak dapat dibuktikan dengan cara biasa, suatu permohonan untuk perintah anggapan kematian (presumption of death) hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi terlebih dahulu dan perintah Mahkamah Tinggi itu hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan petisyen untuk probet atau surat kuasa mentadbir pusaka; 7 Apakah prosedur untuk membuat permohonan probet dan surat kuasa mentadbir? 8 Apakah dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan semasa permohonan?
  • 6. (c) surat wasiat terakhir si mati (dalam hal permohonan probet); (d) suatu jadual yang mengandungi butir- butir serta nilai aset dan tanggungan (assets & liabilities) dan senarai waris si mati; (e) suatu Sijil Faraid yang diperoleh daripada Mahkamah Syariah (dalam hal orang Islam); (f) suatu senarai waris, umur, tali persaudaraan dengan si mati dan alamat masing-masing bagi tujuan mendapat persetujuan untuk melantik pentadbir yang dicadangkan; (g) surat persetujuan waris-waris dengan pelantikan seorang waris yang dicadangkan sebagai pentadbir pusaka yang ditandatangani di hadapan seorang Majistret/Pesuruhjaya Sumpah, sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan; (h) surat penolakan waris-waris yang ingin menolak hak dan bahagian masing- masing kepada surat kuasa mentadbir pusaka bagi harta pusaka tersebut (Borang 169); (i) dokumen pelantikan penjaga (guardian ad litem) (dalam hal waris-waris di bawah umur atau orang kurang upaya). Dua (2) orang penjamin yang layak dan sesuai hendaklah dikemukakan sekiranya harta melebihi RM 50,000.00. Geran (atau kuasa) untuk probet atau mentadbir harta pusaka hanya boleh dikeluarkan setelah semua maklumat yang diperlukan oleh mahkamah telah dikemukakan oleh pempetisyen.
  • 7. Jika sekiranya pempetisyen mengalami kesulitan untuk mendapatkan penjamin- penjamin yang layak dan sesuai, dia bolehlah memohon kepada mahkamah untuk suatu perintah supaya dia diberi kebenaran dikecualikan daripada mengemukakan penjamin-penjamin (dispensation of sureties) atau mendapatkan khidmat penjamin profesional seperti syarikat insurans atau institusi bank dengan bayaran fi yang ditetapkan oleh syarikat/institusi berkenaan berdasarkan jumlah harta pusaka tersebut. Surat kuasa mentadbir harta pusaka/probet hanya boleh dikeluarkan apabila perintah pengecualian penjamin diperoleh dan bon pentadbiran telah ditandatangani oleh pempetisyen. Setelah surat kuasa mentadbir harta pusaka/ probet diperoleh oleh pempetisyen, surat kuasa tersebut hendaklah didaftarkan di pejabat tanah yang berkenaan, agar semua suratan hakmilik tersebut didaftarkan atas nama pempetisyen sebagai pentadbir si mati berkenaan, menurut seksyen 346 Kanun Tanah Negara dan adalah menjadi tanggungjawab pempetisyen untuk memohon kepada mahkamah, sebaik sahaja dia menghasilkan semua aset si mati, suatu perintah pembahagian terhadap harta pusaka itu kepada waris-waris menurut faraid atau menurut terma-terma wasiat si mati atau menurut Akta/Ordinan Wasiat. 9 Bolehkah mahkamah mengecualikan bon penjamin? 10 Bilakah mahkamah akan mengeluarkan surat kuasa mentadbir berdasarkan probet? 11 Di manakah surat kuasa mentadbir harta pusaka/probet perlu didaftarkan?
  • 8. Permohonan untuk mentadbir harta pusaka kecil hanya dibuat di Pejabat Tanah yang nilai jumlah harta tak alih bersama harta alih tidak melebihi RM 2,000,000.00 pada tarikh peninggalan si mati. Permohonan ini dibuat dengan menggunakan Borang A yang boleh didapati di Pejabat Tanah khasnya daripada Unit Pembahagian Pusaka Kecil. Permohonan harta pusaka kecil seperti di Lampiran “C”. Borang A hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil berserta dengan dokumen yang berikut: (a) s i j i l k e m a t i a n a t a u p e r m i t pengebumian; (b) sijil faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; dan (c) salinan hakmilik keluarga dan salinan d o k u m e n – d o k u m e n l a i n y a n g menunjukkan pegangan harta tak alih yang sah. Apabila permohonan difailkan, unit berkenaan akan menyediakan laporan seperti yang berikut: (a) laporan Penghulu di mukim tempat pemohon itu tinggal; 12 Apakah prosedur untuk membuat permohonan untuk mentadbir harta pusaka kecil? 13 Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan? 14 Apabila permohonan difailkan, apakah tindakan Unit Pembahagian Pusaka Kecil?
  • 9. (b) perakuan daripada Pejabat Tanah tentang nilaian harta yang dinyatakan dalam permohonan; dan (c) pengesahan daripada Pendaftar Mahkamah Tinggi sama ada permohonan untuk Borang C telah dibuat atau belum bagi mentadbir harta pusaka berkenaan. (a) Apabila semua laporan yang disebut terdahulu telah diperoleh, suatu tarikh perbicaraan akan ditetapkan oleh Unit Pembahagian Pusaka Kecil melalui notis perbicaraan yang akan dihantar kepada pemohon dan waris-waris yang berkenaan. (b) Semasa perbicaraan dijalankan, Pegawai Tadbir Unit Pembahagian Pusaka Kecil akan memeriksa keterangan daripada pemohon dan juga waris- waris yang berkenaan dan merekodkan keterangan tersebut dan setelah berpuas hati akan membenarkan permohonan yang dipohon itu. (c) Perintah pembahagian akan hanya dikeluarkan selepas 14 hari dari tarikh perbicaraan untuk membolehkan mana- mana pihak mengemukakan rayuan, sekiranya terdapat apa-apa yang tidak memuaskan hati mana-mana pihak. (d) Selepas tamat tempoh 14 hari dan sekiranya tidak ada apa-apa rayuan yang diterima, perintah pembahagian bolehlah dikeluarkan dengan membayar kepada Pejabat Tanah sejumlah fi yang ditetapkan. (e) Setelah perintah tersebut diperoleh, pemohon dikehendaki menyerahkan geran tanah untuk didaftarkan 15 Apakah yang akan berlaku seterusnya?
  • 10. pembahagian seperti yang dicatatkan dalam perintah pembahagian dan geran tanah berkenaan akan dikembalikan setelah pendaftaran selesai. Carta Aliran Proses Permohonan Untuk Pentadbiran Dan Pembahagian Harta Pusaka Kecil seperti di Lampiran “D”. (a) Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan m e n t a d b i r h a r t a p u s a k a y a n g mempunyai harta alih yang tidak melebihi RM 600,000.00 di bawah seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akta 532) tanpa surat kuasa mentadbir daripada Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pentadbir Tanah Daerah. Ini dibuat sekiranya tiada apa-apa permohonan dibuat oleh mana-mana pihak yang lain. (b) Waris-waris atau sesiapa yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka si mati yang tidak melebihi RM 600,000.00 dalam bentuk harta alih sahaja boleh memohon kepada Amanah Raya Berhad untuk mentadbir harta pusaka tersebut. (c) Waris-waris hanya diperlukan mengisi dan mengemukakan borang permohonan ini dengan maklumat yang lengkap dan dokumen-dokumen yang membuktikan kematian si mati. (d) Sebaik sahaja permohonan ini diterima, A m a n a h R a y a B e r h a d a k a n memprosesnya dengan mengeluarkan suatu pengisytiharan bagi mentadbir harta pusaka tersebut. 16 Apakah prosedur untuk memohon pentadbiran terus (summary administration) di Amanah Raya Berhad?
  • 11. (e) Amanah Raya Berhad diberi kuasa untuk menghasilkan aset-aset yang berkenaan bagi tujuan pembahagian. (f) Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka bagi kes-kes kematian (sebelum 1 November 1991 sahaja), hutang pusaka dan menolak fi bagi Amanah Raya Berhad, baki aset akan dibahagikan menurut faraid (bagi orang Islam), Ordinan Pembahagian (bagi orang bukan Islam) atau secara persetujuan antara waris- waris yang berkenaan. (g) Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 adalah sangat berkesan bagi kes tuntutan kemalangan maut jalan raya di mana waris-waris si mati bercadang untuk mengambil tindakan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta Undang- Undang Sivil 1956. Boleh, pemohon yang berkelayakan boleh datang ke cawangan Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan di Lampiran “E”. 17 Bolehkah Jabatan Bantuan Guaman memberi bantuan untuk membuat permohonan probet atau surat kuasa mentadbir?
  • 12. LAMPIRAN “A” Definisi Harta Pusaka Kecil: Harta alih dan tak alih yang bernilai tidak melebihi RM2,000,000.00 misalnya- (1) tanah sahaja < RM2,000,000.00; (2) tanah dan rumah < RM2,000,000.00; dan (3) tanah dan rumah dengan harta alih seperti motokar, wang tunai, barang kemas < RM2,000,000.00. Definisi Harta Pusaka Biasa: (1) harta alih sahaja < RM600,000.00 misalnya wang simpanan, saham, tunai dan barang-barang kemas; (2) harta tak alih misalnya tanah > RM2,000,000.00; dan (3) tuntutan kontingensi: Di bawah Akta Undang- Undang Sivil 1956. KECIL TANPA WASIAT HARTA PUSAKA BIASA TANPA BERWASIAT WASIAT PEGAWAI TADBIR UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL SURAT KUASA MENTADBIR PUSAKA PROBET MAHKAMAH TINGGI JENIS-JENIS HARTA PUSAKA
  • 13. LAMPIRAN “B1” NO. 168 PETISYEN DI BAWAH AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA/BORNEO DI.............................. Probet..................No.………….tahun……………...... Dalam Harta Pusaka …………….................................................…si mati Kepada Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi PETISYEN UNTUK PROBET Petisyen……………….............................................. beralamat di.............................................................. ............................................................ menunjukkan 1. ......……................................................................ yang bermastautin di………......................………… mati pada…….….....hari bulan………..….......…..… pukul...............pagi/petang berdomisil di................... mempunyai, pada masa kematiannya, harta yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah ini. 2. Keseluruhan harta pusaka dan harta benda si mati, boleh alih dan tak boleh alih yang berada dalam bidang kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki atau berhak mendapat sebagai pemegang amanah bagi mana-mana orang atau orang-orang lain dan tidak secara benefisial, tetapi tanpa memotong apa- apa jua yang disebabkan oleh apa-apa hutang yang kena dibayar atau yang terhutang olehnya, melebihi sepuluh ribu ringgit nilainya sepanjang pengetahuan, maklumat dan kepercayaan Pempetisyen. 3. Pempetisyen percaya tulisan atas kertas yang bersama ini ada diekshibitkan dan salinan benar yang diperakui yang dilampirkan bersama ini yang bertanda “A” adalah salinan Wasiat dan Testamen akhir (berserta Kodisil kepadanya) yang benar dan asal bagi…………………......si mati yang tersebut.
  • 14. 4. Pempetisyen ialah wasi tunggal (atau salah seorang daripada wasi-wasi) yang dinamakan dalam Wasiat (................................ beralamat di............................. wasi yang seorang lagi yang dinamakan dalamnya telah mati pada ................................................ hari bulan ............................................. atau pada hari .................................... melalui surat cara yang ditandatangani sewajarnya telah menolak probet dan pelaksanaan Wasiat tersebut). Alamat untuk penyampaian bagi Pempetisyen ialah …….......................................................................... ................................................................................. Saya,....................................…………., Pempetisyen sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan mengatakan bahawa isi kandungan Petisyen yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya, dalam segala segi adalah benar. Diangkat sumpah (atau diikrarkan) Pada.........................hari bulan................................ ..........................di .................................................... Di hadapan saya, ..................................... Pesuruhjaya Sumpah Pempetisyen memohon bahawa probet bagi Wasiat (dan Kodisil) tersebut bagi……..............……... y a n g t e r s e b u t b o l e h d i b e r i k a n k e p a d a n y a ( k e b e n a r a n y a n g d i r i z a b k a n u n t u k ............…….............…… dikehendaki datang dan membuktikannya atau s e b a g a i m a n a y a n g berkenaan). Demikianlah adanya. ............................... Pendaftar
  • 15. LAMPIRAN “B2” NO. 168 PETISYEN DI BAWAH AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA/BORNEO DI ...................................... Kuasa Mentadbir...….......No…....…tahun………...… Dalam Harta Pusaka ……………......................................……....... si mati Kepada yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi PETISYEN UNTUK KUASA MENTADBIR Petisyen…………..................…………............... beralamat di …......……...................………………… Menunjukkan, 1. ......................................………............................ yang bermastautin di ………..............…mati pada ………….……..........haribulan.................................. pukul..........................................................pagi/ petang berdomisil di ...............................mempunyai, pada masa kematiannya, harta yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah ini. 2. Keseluruhan harta pusaka dan harta benda si mati, bolehalihdantakbolehalih,yangberadadalambidang kuasa tidak termasuk apa yang si mati memiliki atau berhak mendapat sebagai pemegang amanah bagi mana-mana orang atau orang-orang lain dan tidak secara benefisial, tetapi tanpa memotong apa-apa jua yang disebabkan oleh apa-apa hutang yang kena dibayar atau yang terhutang oleh si mati, melebihi sepuluh ribu ringgit nilainya sepanjang pengetahuan, maklumat dan kepercayaan Pempetisyen. 3. ................................................. si mati tersebut, yang telah menjadi warganegara (1) ........................... ......dan seorang (2) .............................. telah mati tak berwasiat (3) .......................... dengan meninggalkan penakat (4).................... 4. Pempetisyen ialah (5) ............................................ 5. ............................................... beralamat di ......... ..................................................... dan ..................... ....................................... beralamat di .…................. ........................... mempunyai hak terdahulu daripada Pempetisyensebagai(6)......................................dan
  • 16. ............................beralamat di ................................. ..... mempunyai hak yang sama dengan Pempetisyen selaku (6) ......................................... tetapi dia pada ................... hari bulan ....................………….. telah menolakkan hak itu. 6. ............................................................................. terdapat kepentingan minoriti (atau seumur hidup) dalam harta pusaka (7) ........................................... ........................yang tersebut. 7. ( P e m p e t i s y e n b e r h a s r a t b a h a w a ……………………………………………….beralamat di (8) ………………………………………….. dilantik menjadi pentadbir bersama dengannya akan harta pusaka si mati yang tersebut. Persetujuan secara bertulis daripada ....…………………………………… …………………………............ yang tersebut untuk dilantik sedemikian ada dilampirkan bersama ini). Alamat untuk penyampaian bagi Pempetisyen ialah ……………………………………....………………… ………………………………………………………… ………………………………………………………… ………………………………………………………...... Saya, ……...................……………, Pempetisyen sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan mengatakan bahawa isi kandungan Petisyen yang tersebut di atas adalah sepanjang pengetahuan dan kepercayaan saya, dalam segala segi adalah benar. Di angkat sumpah (atau diikrarkan) Pada …………… hari bulan ...................... 20 ......................... di ............................... Di hadapan saya, ...................................................... Pesuruhjaya Sumpah Demikianlah adanya. ............................... Pendaftar Pempetisyen memohon bahawa Surat Kuasa Mentadbir bagi Harta Pusaka dan Harta Benda kepunyaan ............................................. yang tersebut oleh................ diberikan kepadanya sebagai (9)........................................
  • 17. Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil Pejabat Tanah Ada Pertikaian Ada Pertikaian PerbicaraanPerbicaraan Penyelesaian Pembahagian Selesai Rayuan Rayuan Keputusan Tiada Pertikaian Tiada Pertikaian Mahkamah Tinggi Harta Pusaka Kecil Dan Tanpa Wasiat Nilai harta alih dan tak alih tidak melebihi RM2,000,000.00 semuanya Harta Pusaka Biasa Berwasiat Atau Tanpa Wasiat Mengandungi Harta alih sahaja tanpa mengira nilai jika harta alih dan tidak alih melebihi RM2,000,000.00 KEMATIAN SESEORANG YANG MENINGGALKAN HARTA PUSAKA LAMPIRAN “C”
  • 18. CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN UNTUK PENTADBIRAN DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL LAMPIRAN “D” Mengumpul maklumat penting Pemohon mengisi dan memfailkan Borang A di Pejabat Tanah. Permohonan diproses oleh Pejabat Tanah– Borang B diisi dan dikirimkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi. Penyiasatan dijalankan oleh Pegawai Penempatan/Penghulu dsb. Sijil Faraid diperoleh daripada Mahkamah Syariah. Pengesahan daripada Pendaftaran Pusat Mahkamah Tinggi – Borang C. Notis perbicaraan kepada waris-waris – Borang D. Perbicaraan oleh Pegawai Tadbir Unit Pembahagian Pusaka Kecil. Perintah pembahagian – Borang E, F. Bantahan atau kaveat – Borang N. Tempoh rayuan 14 hari dari tarikh perintah. Rayuan ke Mahkamah Tinggi (Borang K2, K1, K3). Keputusan rayuan Pendaftaran perintah di Pejabat Tanah.
  • 19. MAKLUMAT/DOKUMEN YANG PENTING 1. Sijil Kematian/Pengisytiharan Mahkamah. 2. Senarai waris si mati – nama, no. K.P., tali persaudaraan (menurut surat faraid bagi orang Islam) dan alamat. 3. Senarai harta pusaka dan nilainya/jumlahnya – • wang tunai, wang simpanan, saham, barang- barang kemas; • gaji, pencen, ganjaran, KWSP, insurans nyawa; • tuntutan di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956 (seksyen 7 dan 8); dan • butir tanah & rumah, kenderaan bermotor (No. Geran, mukim, lot, jenis rumah). 4. Senarai hutang si mati (yang diketahui) – • Belanja urusan jenazah, keranda, bayaran kubur, bayaran untuk membakar jenazah dll. (disokong dengan resit). • Hutang-piutang sah seperti baki pinjaman kenderaan, sewa beli, jual beli, pinjaman, kes sivil dsb., mana-mana pemiutang. 5. Surat wasiat (jika ada). 6. Surat faraid (bagi orang Islam sahaja) 7. Sijil nikah bagi duda dan balu, sijil kelahiran bagi waris yang tidak layak memohon kad pengenalan. LAMPIRAN “E”
  • 20. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan mana-mana cawangan Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan atau Ibu Pejabat Jabatan Bantuan Guaman di alamat yang berikut: IBU PEJABAT JABATAN BANTUAN GUAMAN ARAS 1, BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG PRESINT 3, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62692 PUTRAJAYA NO. TELEFON : 03-88851000 NO. FAKSIMILE : 03-88851829/1830/1831 LAMAN WEB : www.jbg.gov.my SMS : Taip JBG MENU dan hantar ke 15888 CATATAN: RISALAH INI IALAH SUATU PENERANGAN RINGKAS UNTUK PENGETAHUAN ORANG RAMAI SAHAJA. IA BUKAN NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG LENGKAP DAN TERPERINCI. JH303204—PNMB., K..L.