SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Asabah1
PENGERTIAN
Pengertian asabah dari segi bahasa datang dari perkataan asib yang bermaksud
kaum kerabat lelaki keturunan lelaki.
Dari segi syara ialah waris-waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada
harta pusaka. Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka apabila tiada
waris daripada ashab al-furud, dan kadangkala mereka menerima baki harta
selepas diberikan kepada ashab al-furud dan kadangkala mereka langsung tidak
menerima harta pusaka apabila semua harta telah diberikan kepada waris ashab
al-furud.
Hadith Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam:
“berilah kadar yang ditetapkan kepada waris yang berhak, jika berbaki maka
agihkan kepada waris lelaki yang utama”
(riwayat al-bukhairi)
BAHAGIAN
Golongan asabah terbahagi kepada dua golongan yang utama iaitu:
1. Asabah Nasabiyyah
2. Asabah Sababiyyah/Qarabah Hukmiyyah
Asabah nasabiyyah ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati.
Asabah nasabiyyah ini terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan lelaki dan
golongan perempuan.
Asabah2
Golongan lelaki Golongan perempuan
Anak lelaki Anak perempuan bersama dengan anak
lelaki
Anak lelaki kepada anak lelaki Saudara perempuan seibu sebapa
bersama dengan saudara lelaki seibu
sebapa
Bapa -
Bapa kepada bapa(nenek lelaki) -
Saudara lelaki seibu sebapa dan anak
lelakinya
-
Saudara lelaki sebapa -
Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
a. Asabah bi al-nafs
b. Asabah bi al-ghayr
c. Asabah ma’a al-ghayr
Asabah sababiyyah ialah hubungan pewarisan disebabkan memerdekakan hamba.
Tuan yang memerdekakan hambanya akan mendapat harta pusaka sekiranya
hamba tersebut tidak mempunyai waris samada waris keturunan atau
perkahwinan. Tetapi hamba tersebut tidak dapat mempusakai harta tuannya
walaupun tuannya tidak ada meninggalkan waris.
ASABAH BI AL-NAFS
Mereka yang dalam golongan ini ialah waris lelaki yang hubungannya dengan si
mati tidak diselangi dengan waris perempuan. Golongan ini akan mendapat harta
pusaka jika mereka sahaja yang disenerai dalam penerima pusaka. Tetapi, jika
Asabah3
terdapat dalam senerai penerima pusaka waris-waris dari kategori ashabul furud
maka mereka akan mendapat bahagiannya selepas diberikan kepada ashabul
furud.
Asabah bi al-ghayr terbahagi pula kepada empat kumpulan tergantung
dengan ikatan mereka dengan si mati. Empat kumpulan kecil tersebut
ialah:
1. Jihat al-bunuwwah/furu’ ialah untuk anak lelaki si mati, anak lelaki
kepada anak lelaki(cucu lelaki) dan ke bawah.
2. Jihat al-ubuwwah/usul ialah untuk bapa kepada si mati,bapa
kepada bapa (nenek lelaki) dan ke atas.
3. Jihat al-ukhuwwah/hawashi ialah saudara lelaki seibu sebapa,
saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu
sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah.
4. Jihat al-umumah ialah bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa,
bapa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki bapa saudara
sebelah bapa seibu sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa
sebapa dan ke bawah.
Pembahagian harta pusaka adalah mengikut sususan kumpulan
ataupun jihat. Hanya satu kumpulan sahaja yang menerima agihan
pusaka secara asabah dalam satu-satu masa. Jika mempunyai lebih dari
Asabah4
seorang ahli waris dalam kumpulan yang sama maka keutamaan
diberikan mengikut kedudukan yang paling hampir dengan si mati.
Waris-waris asabah bi al-nafs adalah seperi berikut:
1. Anak lelaki
2. Anak lelaki kepada ank lelaki hingga ke bawah
3. Bapa
4. Bapa kepada bapa(nenek lelaki) hingga ke atas
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa
8. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa
9. Bapa saudara(sebelah bapa) seibu sebapa
10. Bapa saudara(sebelah bapa) sebapa
11. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) seibu
sebapa
12. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) sebapa
Contohnya si mati meninggalkan waris yang terdiri daripada anak lelaki
dan cucu lelaki maka anak lelaki diberikan keutamaan daripada cucu
lelaki. Dan jikalau waris asabah terdiri daripada mereka yang termasuk
dalam kumpulan dan kedudukan yang sama, maka harta pusaka hanya
akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan hubungan
kekeluargaan. Contohnya si mati meninggalkan saudara lelaki seibu
sebapa dan saudara lelaki sebapa maka harta pusaka akan diberikan
sepenuhnya kepada saudara lelaki seibu sebapa.
Asabah5
ASABAH BI AL-GHAYR
Asabah bialghayr ialah asabah yang lain. Waris asabah ini terdiri
daripada waris ashab al furud perempuan yang telah ditetapkan
fardhunya. Mereka menerima asabah sekiranya ada waris lelaki yang
sedarjat atau setaraf dengan mereka. Waris menerima harta pusaka
sebanyak ½ apabila hanya seorang dan jikalau lebih dari seorang
menerima ⅔.
Pembahagian harta pusaka adalah mengikut nisbah bahagian lelaki
menyamai dua bahagian perempuan. Seperti dalam firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk)
anak-anakmu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian
dua orang anak perempuan”.
(surah al-nisa:11)
Waris dalam golongan ini ialah:
1. Anak perempuan (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada
bersamanya anak lelaki yang sedarjat atau setaraf dengannya.
2. Anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) ketika
mewarisi ada bersamanya anak lelaki kepada anak lelaki.
3. Saudara perempuan seibu sebapa (seorang atau lebih) ketika
mewarisi ada bersamanya saudara lelaki seibu sebapa.
4. Saudara perempuan sebapa (seorang atau lebih) ketika mewarisi
ada bersamanya saudara lelaki sebapa.
Asabah6
ASABAH MA’A AL-GHAYR
Asabah maalghayr ialah asabah bersama dengan yang lain iaitu waris
perempuan yang menerima asabah (baki) dengan sebab berkumpul
bersama-sama dengan waris perempuan yang lain.
Waris yang terlibat dalam bentuk asabah ini ialah:
1. Saudara perempuan seibu sebapa
2. Saudara perempuan sebapa
Waris ini akan akan menerima harta pusaka apabila ada bersamanya
anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada
anak lelaki (seorang atau lebih) atau bersama kedua-duanya sekali.
Golongan ini akan mendapat harta pusaka setelah harta tersebut
dibahagikan kepada ashab al-furud. Jika semua harta telah habis
diagihkan, maka mereka tidak memperolehi apa-apa bahagian
daripadanya. Manakala anak perempuan atau anak perempuan kepada
anak lelaki tetap kekal mendapat bahagian yang telah ditetapkan.
Saudara perempuan seibu sebapa
Anak perempuan (seorang) ½
Anak perempuan kepada anak
lelaki
⅙
Saudara perempuan seibu sebapa Bakinya
Asabah7
Saudara perempuan sebapa
Anak perempuan (lebih dari
seorang)
⅔
Ibu ⅙
Saudara perempuan sebapa Bakinya
PENUTUP
Asabah adalah bagian sisa setelah diambil oleh ahli waris ashab al-
furud. Sebagai penerima bahagian sisa, ahli waris asabah terkadang
menerima bagian banyak (seluruh harta warisan), terkadang menerima
sedikit, tetapi terkadang tidak menerima bagian sama sekali, kerana
habis diambil ahli waris ashab al-furud.

More Related Content

What's hot

PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAPEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAAina Zambry
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
8.1 konsep hibah(syariah) arifah
8.1 konsep hibah(syariah) arifah8.1 konsep hibah(syariah) arifah
8.1 konsep hibah(syariah) arifahshahirah44
 
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiAl urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiNorkamilah Rosely
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSShafizuddinhussin
 
Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1Kamarudin Jaafar
 
Usul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum Alayh
Usul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum AlayhUsul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum Alayh
Usul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum AlayhHasanah Abd. Khafidz
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamYu Diey
 
4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)shahirah44
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.jimoh370
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 

What's hot (20)

Hukum Faraid
Hukum FaraidHukum Faraid
Hukum Faraid
 
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKAPEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
PEMBAHAGIAAN HARTA PUSAKA
 
Penukaran wang sorf
Penukaran wang  sorfPenukaran wang  sorf
Penukaran wang sorf
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)Simpanan (Wadi'ah)
Simpanan (Wadi'ah)
 
8.1 konsep hibah(syariah) arifah
8.1 konsep hibah(syariah) arifah8.1 konsep hibah(syariah) arifah
8.1 konsep hibah(syariah) arifah
 
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan ApplikasiAl urf : Perbincangan dan Applikasi
Al urf : Perbincangan dan Applikasi
 
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSSKAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
KAEDAH PENYAMPAIAN I QRAR MENURUT EKMSS
 
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam IslamFalsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
Falsafah Konsep Teori Pemilikan dalam Islam
 
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
Kepentingan Sumber Hukum(Usul Fiqh)
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1Kaedah pengambilan hukum a1
Kaedah pengambilan hukum a1
 
Usul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum Alayh
Usul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum AlayhUsul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum Alayh
Usul Fiqh 1 Topik 5 - Al-Mahkum Alayh
 
Perdamain (sulh)
Perdamain (sulh)Perdamain (sulh)
Perdamain (sulh)
 
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islamTarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
Tarikh tasyri' nota sejarah perundangan islam
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)4.1 ar rahn (konsep 1)
4.1 ar rahn (konsep 1)
 
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 

Asabah

  • 1. Asabah1 PENGERTIAN Pengertian asabah dari segi bahasa datang dari perkataan asib yang bermaksud kaum kerabat lelaki keturunan lelaki. Dari segi syara ialah waris-waris yang tidak dinyatakan bahagian mereka daripada harta pusaka. Kadangkala mereka menerima semua harta pusaka apabila tiada waris daripada ashab al-furud, dan kadangkala mereka menerima baki harta selepas diberikan kepada ashab al-furud dan kadangkala mereka langsung tidak menerima harta pusaka apabila semua harta telah diberikan kepada waris ashab al-furud. Hadith Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam: “berilah kadar yang ditetapkan kepada waris yang berhak, jika berbaki maka agihkan kepada waris lelaki yang utama” (riwayat al-bukhairi) BAHAGIAN Golongan asabah terbahagi kepada dua golongan yang utama iaitu: 1. Asabah Nasabiyyah 2. Asabah Sababiyyah/Qarabah Hukmiyyah Asabah nasabiyyah ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati. Asabah nasabiyyah ini terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan lelaki dan golongan perempuan.
  • 2. Asabah2 Golongan lelaki Golongan perempuan Anak lelaki Anak perempuan bersama dengan anak lelaki Anak lelaki kepada anak lelaki Saudara perempuan seibu sebapa bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa Bapa - Bapa kepada bapa(nenek lelaki) - Saudara lelaki seibu sebapa dan anak lelakinya - Saudara lelaki sebapa - Ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu: a. Asabah bi al-nafs b. Asabah bi al-ghayr c. Asabah ma’a al-ghayr Asabah sababiyyah ialah hubungan pewarisan disebabkan memerdekakan hamba. Tuan yang memerdekakan hambanya akan mendapat harta pusaka sekiranya hamba tersebut tidak mempunyai waris samada waris keturunan atau perkahwinan. Tetapi hamba tersebut tidak dapat mempusakai harta tuannya walaupun tuannya tidak ada meninggalkan waris. ASABAH BI AL-NAFS Mereka yang dalam golongan ini ialah waris lelaki yang hubungannya dengan si mati tidak diselangi dengan waris perempuan. Golongan ini akan mendapat harta pusaka jika mereka sahaja yang disenerai dalam penerima pusaka. Tetapi, jika
  • 3. Asabah3 terdapat dalam senerai penerima pusaka waris-waris dari kategori ashabul furud maka mereka akan mendapat bahagiannya selepas diberikan kepada ashabul furud. Asabah bi al-ghayr terbahagi pula kepada empat kumpulan tergantung dengan ikatan mereka dengan si mati. Empat kumpulan kecil tersebut ialah: 1. Jihat al-bunuwwah/furu’ ialah untuk anak lelaki si mati, anak lelaki kepada anak lelaki(cucu lelaki) dan ke bawah. 2. Jihat al-ubuwwah/usul ialah untuk bapa kepada si mati,bapa kepada bapa (nenek lelaki) dan ke atas. 3. Jihat al-ukhuwwah/hawashi ialah saudara lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa, anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah. 4. Jihat al-umumah ialah bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, bapa saudara sebelah bapa sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa, anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa dan ke bawah. Pembahagian harta pusaka adalah mengikut sususan kumpulan ataupun jihat. Hanya satu kumpulan sahaja yang menerima agihan pusaka secara asabah dalam satu-satu masa. Jika mempunyai lebih dari
  • 4. Asabah4 seorang ahli waris dalam kumpulan yang sama maka keutamaan diberikan mengikut kedudukan yang paling hampir dengan si mati. Waris-waris asabah bi al-nafs adalah seperi berikut: 1. Anak lelaki 2. Anak lelaki kepada ank lelaki hingga ke bawah 3. Bapa 4. Bapa kepada bapa(nenek lelaki) hingga ke atas 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa 8. Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa 9. Bapa saudara(sebelah bapa) seibu sebapa 10. Bapa saudara(sebelah bapa) sebapa 11. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) seibu sebapa 12. Anak lelaki kepada bapa saudara(sebelah bapa) sebapa Contohnya si mati meninggalkan waris yang terdiri daripada anak lelaki dan cucu lelaki maka anak lelaki diberikan keutamaan daripada cucu lelaki. Dan jikalau waris asabah terdiri daripada mereka yang termasuk dalam kumpulan dan kedudukan yang sama, maka harta pusaka hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kekuatan hubungan kekeluargaan. Contohnya si mati meninggalkan saudara lelaki seibu sebapa dan saudara lelaki sebapa maka harta pusaka akan diberikan sepenuhnya kepada saudara lelaki seibu sebapa.
  • 5. Asabah5 ASABAH BI AL-GHAYR Asabah bialghayr ialah asabah yang lain. Waris asabah ini terdiri daripada waris ashab al furud perempuan yang telah ditetapkan fardhunya. Mereka menerima asabah sekiranya ada waris lelaki yang sedarjat atau setaraf dengan mereka. Waris menerima harta pusaka sebanyak ½ apabila hanya seorang dan jikalau lebih dari seorang menerima ⅔. Pembahagian harta pusaka adalah mengikut nisbah bahagian lelaki menyamai dua bahagian perempuan. Seperti dalam firman Allah SWT: Maksudnya: “Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan”. (surah al-nisa:11) Waris dalam golongan ini ialah: 1. Anak perempuan (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya anak lelaki yang sedarjat atau setaraf dengannya. 2. Anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya anak lelaki kepada anak lelaki. 3. Saudara perempuan seibu sebapa (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya saudara lelaki seibu sebapa. 4. Saudara perempuan sebapa (seorang atau lebih) ketika mewarisi ada bersamanya saudara lelaki sebapa.
  • 6. Asabah6 ASABAH MA’A AL-GHAYR Asabah maalghayr ialah asabah bersama dengan yang lain iaitu waris perempuan yang menerima asabah (baki) dengan sebab berkumpul bersama-sama dengan waris perempuan yang lain. Waris yang terlibat dalam bentuk asabah ini ialah: 1. Saudara perempuan seibu sebapa 2. Saudara perempuan sebapa Waris ini akan akan menerima harta pusaka apabila ada bersamanya anak perempuan (seorang atau lebih) atau anak perempuan kepada anak lelaki (seorang atau lebih) atau bersama kedua-duanya sekali. Golongan ini akan mendapat harta pusaka setelah harta tersebut dibahagikan kepada ashab al-furud. Jika semua harta telah habis diagihkan, maka mereka tidak memperolehi apa-apa bahagian daripadanya. Manakala anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki tetap kekal mendapat bahagian yang telah ditetapkan. Saudara perempuan seibu sebapa Anak perempuan (seorang) ½ Anak perempuan kepada anak lelaki ⅙ Saudara perempuan seibu sebapa Bakinya
  • 7. Asabah7 Saudara perempuan sebapa Anak perempuan (lebih dari seorang) ⅔ Ibu ⅙ Saudara perempuan sebapa Bakinya PENUTUP Asabah adalah bagian sisa setelah diambil oleh ahli waris ashab al- furud. Sebagai penerima bahagian sisa, ahli waris asabah terkadang menerima bagian banyak (seluruh harta warisan), terkadang menerima sedikit, tetapi terkadang tidak menerima bagian sama sekali, kerana habis diambil ahli waris ashab al-furud.