• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
22249089 Perkembangan Awal Remaja
 

22249089 Perkembangan Awal Remaja

on

  • 28,375 views

 

Statistics

Views

Total Views
28,375
Views on SlideShare
27,775
Embed Views
600

Actions

Likes
13
Downloads
1,414
Comments
10

7 Embeds 600

http://munshi-1sekolah1blog.blogspot.com 448
http://ikhwanredza.blogspot.com 121
http://www.slideshare.net 21
http://wildfire.gigya.com 6
http://khairulskbt.blogspot.com 2
http://search.mywebsearch.com 1
http://www.health.medicbd.com 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

110 of 10 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    22249089 Perkembangan Awal Remaja 22249089 Perkembangan Awal Remaja Presentation Transcript

    • Perkembangan Awal Remaja Disediakan oleh, Pn.Fairus Bt Mohd Long S.K.Kamunting,34600 Kamunting Perak.
    • Siapakah Remaja?
      • Kanak-kanak 7-11
      • Remaja 12- 18
      • Awal Dewasa 19- 24
      • Dewasa 25 keatas
      • Pertindihan
      • Peringkat remaja adalah peringkat ketidakseimbangan dan ketidakserasian fizikal. Fizikal remaja mengalami perubahan yang cukup drastik sehingga anda rasa mengalami masalah. Anda berada dalam keadaan dilema kerana anda bukan lagi kanak-kanak yang dimanjakan dan bukan pula golongan dewasa yang sudah matang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab. Di samping itu anda berada dalam keadaan ketidaktentuan berhubung masa depan fizikal anda. Adakah seseorang remaja itu menjadi seorang yang tinggi pada masa akan datang ataupun sebaliknya? Adakah dia seorang yang kurus ataupun gemuk? Ini secara tidak langsung menyebabkan krisis personaliti dalam diri seseorang remaja. Perkembangan biologi remaja dapat dibahagikan pada dua peringkat; peringkat awal remaja dan peringkat remaja. Peringkat awal remaja dikatakan dalam lingkungan 10 sehingga 18 tahun.
      • Awal Remaja Pada peringkat awal remaja, perkembangan psikomotor remaja terjadi begitu pesat seperti berlakunya perubahan daripada segi rangka tulang, struktur saiz tubuh, dinding pembuluh darah dan Bagi remaja perempuan, bentuk tubuh mengalami perubahan yang ketara iaitu saiz dan berat semakin bertambah khasnya selepas kedatangan haid yang pertama. Pada umumnya remaja perempuan menunjukkan sifat-sifat kewanitaan dan terdapat pertumbuhan sel-sel lemak terutama di bahagian punggung dan dada. Bagi remaja perempuan saiz badan yang besar menjadi masalah bagi dirinya. Kematangan seksual yang dialami oleh remaja perempuan amat mempengaruhi pemikiran ini. Anda sudah menjadi semakin matang selepas kedatangan haid dan mempunyai perasaan ke atas remaja lelaki. Oleh itu anda cukup risau apabila saiz badan terlalu gemuk kerana ini menyebabkan anda dipandang rendah oleh remaja lelaki.
      • Alam remaja peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa
      • Alam remaja jejambat antara alam kanak-kanak dam alam dewasa
      • Alam remaja tidak begitu kanak-kanak, tidak begitu dewasa dalam tindakan
      • Alam remaja alam gelora
      • Alam remaja penuh emosi yang menjadi rintangan untuk dia berkembang
    • PERUBAHAN KE ARAH KEDEWASAAN
      • Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan.
      • Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja
      • adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain
    • PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA LELAKI
      • Suara menjadi garau.
      • Misai dan janggut mula tumbuh.
      • Bahu dan dada menjadi bidang.
      • Jerawat mula tumbuh.
      • Mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani. Pengalaman inilah menunjukkan anda telah akil baligh.
      • Zakar dan buah zakar mula membesar.
    • PERUBAHAN FIZIKAL REMAJA PEREMPUAN
      • Buah dada ( payudara ) mula membesar.
      • Bulu mula tumbuh di celah ketiak dan ari-ari.
      • Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan.
      • Jerawat mula tumbuh.
      • Mula didatangi haid.
      • Suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang.
    • Tumbesaran Badan
      • Selain daripada menjadi lebih tinggi , pinggul dan paha akan menjadi besar.
      • Payudara ( Buah Dada)
      • Payudara akan semakin membesar .Jangan bimbang jika sebelah lebih besar dari yang satu lagi.Pada akhir baligh saiz kedua-duanya akan lebih kurang sama.
    • Peluh dan Bau Badan
      • Kelenjar peluh di bahagian ketiak mula berfungsi pada masa ini dan akan menyebabkan perpeluhan yang akan mendatangkan bau badan.
      • Jerawat dan Rambut Berminyak
      • Kulit dan rambut akan lebih berminyak dan perlu dibasuh dengan lebih kerap lagi.
    • Bulu Badan
      • Bulu mula tumbuh di kawasan pubik iaitu kawasan V dimana kaki anda akan bersambung dengan badan. Bulu juga akan tumbuh pada ketiak dan kaki.
      • Keputihan
      • Cecair jernih dan keputihan akan mula mengalir dari kemaluan anda.Ia akan meninggalkan sedikit kesan pada seluar dalam.
    • Menstruasi ( Haid)
      • Menstruasi adalah petanda badan anda sihat dan berfungsi dengan baik.Ia merupakan sebahagian hidup setiap wanita.
      • Perubahan utama semasa akil baligh .
      • Badan menjadi tinggi
      • Badan membesar secara melintang(terutama punggung)
      • Perkembangan pada payu dara
      • Badan berpeluh dengan lebih kerap & mungkin berbau
      • Rambut menjadi lebih berminyak
      • Kulit muka bermunya & mungkin berjerawat
      • Bulu mula tumbuh di bahagian ketiak,kaki & pubik
      • Mula mendapat keputihan
      • Mula alami menstruasi ( haid)
      • JANGAN RISAU!!!!!!!
      • Tanda awal menstruasi
      • i.kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang.
      • ii.Tidak lama selepas pertumbuhan bulu pubik.
      • iii.Selepas anda mengesan keputihan
      • iv.Sakit atau kekejangan bawah perut
      • v.Sakit pinggang
      • vi.Sakit di bahagian dalam paha
      • vii.Rasa malas dan letih
      • viii.Rasa sedih, cepat marah atau kekok.
      • xi.Payu dara terasa sakit,bengkak @ tembam.
      • x.Sakit kepala,jerawat & cirit-birit
      • Pusingan haid bermula hari pertama berlaku antara 28 hingga 35 hari.
      • Tempoh haid 3 hingga 6 hari
      • Cara Menggunakan Pad ( Tuala wanita)
      • Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad.
      • Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam – pakailah.
      • Cara Membuang Pad.
      • Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik
      • Masukkan ke dalam tong sampah.
      • Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.
    • Kebersihan Peribadi
      • Tuala wanita perlu ditukar selalu
      • Basuh kemaluan menggunakan sabun dan air
      • Mandi dan bersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari.
    • PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI
      • Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda akan mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran. Tetapi perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak menghancurkan masa depan remaja.
    • PERUBAHAN EMOSI YANG BERLAKU.
      • Perasaan ingin mencari identiti diri.
      • Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.
      • Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
    • RAKAN SEBAYA
      • Penerimaan rakan sebaya adalah penting.
      • Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya yang cuba meracuni golongan remaja.
      • Bimbingan keluarga , pelajaran dan agama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.
    • SOKONGAN SOSIAL
      • Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.
      • Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan :
      • . Ibubapa
      • . Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya
      • . Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai
    • AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
      • Tidur secukupnya
      • Menjaga Kebersihan diri
      • Pemakanan yang seimbang
      • Bersenam secara tetap
    • ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKKAN SEKIRANYA……..
      • Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
      • Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
      • Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.
      • Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda.
    • PESANAN UNTUK REMAJA
      • ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA
      • Lengkapkan diri anda untuk menjadi pelapis generasi akan datang.
      • Usia remaja penuh cabaran,
      • Setiap detik perlu keputusan,
      • Sesetengah keputusan perlu dibincang,
      • Tanpa pengawasan keputusan pincang.