SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Definisi Keluarga
Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada;
Keluarga Asas
Keluarga Luas
Keluarga Orientasi
Keluarga Prokreasi
Semua ini merupakan ciri-ciri kekeluargaan. Ciri-ciri ini amat penting demi kesejahteraan keluarga.
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga.
Peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia.
Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah.
Peranan ibu bapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited.
Persekitaran juga perlu diambil kira.
Konsep ‘Melentur buluh dari rebungnya ‘perlu diberi penekanan
Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan
kemanusiaan.
Cabaran
Suasana peringkat makro dan antarabangsa, globalisasi dan ledakan teknologi maklumat. Semua ini perlu
dilihat secara positif dan pengukuhan kawalan oleh ibu bapa.
Peringkat mikro iaitu proses urbanisasi yang pesat dan pengecilan keluarga luas serta pengaruhnya. Proses
urbanisasi perlu melibatkan kawasan Bandar, kampung dan pedalaman.
Pengaruh rakan sebaya yang pelbagaii latar belakang keluarga.
Cabaran ini harus dilihat sebagai tanggungjawab dan bukannya sebagai masalah dan perlu dilaksanakan secara
proaktif.
Kemahiran Keibubapaan
Dari segi tradisi dan warisan. Pengubahsuaian perlu dibuat melalui ilmu pengetahuan.
Ibu bapa perlu mewariskan pemikiran yang mencukupi untuk penyesuaian diri anak-anak dan perlu
dilaksanakan secara dinamik dan proaktif.
Perlu melihat dari perspektif makro atau global dan dasar-dasar kerajaan. Kerajaan perlu menjalankan ‘
Program Reaching Out’.
Tidak hanya menumpukan kepada elemen mikro seperti psikologi dan keperluan asas dan perlu mempunyai
modul yang digubal oleh kerajaan negeri dan NGO.
Tekanan kepada kualiti pengasuhan dan pendidikan di Bandar dan luar Bandar.
Jenis-jenis keibubapaan;
Keibubapaan Authoritative
Keibubapaan Permissive
Keibubapaan Authoritarian
Keibubapaan Indifferent
Hubungan guru dan ibubapa sebenarnys adalah satu usaha-sama yang menguntungkan kedua-dua
belah pihak. guru mendapat sumber dari ibubapa dan ibubapa mendapat usaha gigih guru
mendidik anak-anak mereka.
Gonder (1981) berpendapat kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan
menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk
meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah.
Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al. (1992)
iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the community and the
community needs the school".
Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) berpendapat kanak-kanak yang
mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik,
bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi.
Apakah yang boleh dilakukan untuk membawa ibubapa ke istitusi pendidikan:
Ahmad Zabidi dan Mariani Nor(2007) menyarankan pentadbir dan guru harus:
1. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalam
pendidikan anak-anak mereka.
2. Efikasi kendiri ibu bapa - mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran.
3. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa
Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa ibu bapa yang bekerja berbanding dengan ibu bapa
yang berstatus tinggi melihat guru sebagai individu yang paling sesuai untuk menangani masalah
pendidikan anak mereka (Lareau, 1989).
Pihak guru dan ibu bapa harus saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai
langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983)
Ya saya bersetuju dengan Puan Rozaini dimana perlunya hubungan baik antara
keduanya.Penglibatan dan kerjasama antara ibu bapa dan guru amat diperlukan dalam
proses pembelajaran kanak-kanak. Hubungan yang dibina bagi tujuan yang positif dapat
menjayakan satu-satu misi dam mendapat faedah yang optimum.
Firman Allah S.W.T. dalam surau Al-Ma�idah ayat 2 yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dan membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya
(bagi sesiapa yang melanggar perintah_Nya).
Tetapi ada sesetengah pihak keliru dalam kepentingan hubungan antara ibu bapa dan para
pendidik di peringkat awal pendidikan. Seperti yang dikatakan dalam tulisannya oleh Airil
(2009) tentang kekeliruan yang sering terjadi dalam pendidikan pra formal. Ada yang
berpendapat Pendidik tidak perlu hubungan baik dengan ibu bapa kerana setiap ibubapa
mempunyai objektif yang berbeza, olehitu adalah mustahil untuk menempatkan seorang
pendidik dalam setiap keluarga. Di Taska dan Tadika juga tentu para pendidik mempunyai
pendapat yang sama dan tidak mahu ibu serta bapa kerap datang hingga mengganggu
momentum pendidikan prasekolah.
Pendapat ini perlu disanggah kerana kanak-kanak ini membesar dan mempelajari apa ada
dirumah dan di prasekolah. Pendapat ini juga disokong oleh Airil (2009) �Walaupun
institusi rumah dan institusi prasekolah adalah berbeza, tetapi kedua-duanya saling
memerlukan antara satu sama lain. Guru prasekolah dan juga ibu bapa perlu sama-sama
memikirkan pelbagai cara untuk berganding bahu dan memastikan kanak-kanak menerima
kesan positif dari hubungan yang baik di antara ibu bapa serta guru prasekolah.
Rujukan: 1) Al-Quran
2) Airil Haimi Adnan Penyelidik Psikologi Perkembangan Tahun Awal Formal di UfoRia,
Unitari Penyelidik & Aplikasi Intelek, UiTm Perak. Kekeliruan Lazim Praformal. Majalah
Pa&Ma (April 2009).
Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL
Attachment : No file attach
Bagus. Satu perbincangan akademik dengan merujuk kepada sumber-sumber yang berotoriti.
Menurut Alvi (1994) Alvi melihat keluarga adalah asas kepada masyarakat, yang mana
menyumbang kepada sosioekonomi. Keluarga asas ini akan mewarisi budaya yang akan
membentuk masyarakat. Dalam erti kata lain keluarga berpendidkan, terasuh, bermotivasi dan
akan meyumbang kepada perkembangan masa depan ahlinya.
Secara ringkasnya keluarga ialah unit kecil dalam masyarakat yang boleh didefinisikan kepada
Mereka yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang dihubungkan melalui
pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat dan tinggal di bawah suatu atap dan
saling ketergantungan.
Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL
Attachment : No file attach
Didalam sesebuah masyarakat, keluarga merupakan unit asas insitusi sosial. Definisi tentang keluarga
tidak dapat dihuraikan atau ditafsirkan secara specifik. Pengalaman setiap orang didalam keluarga adalah
berbeza. Kepelbagaian pengalaman ini memberi peluang individu melihat keluarga daripada sudut peribadi
yang berbeza.
Mengikut tafsiran keluaga dalam komoniti Islam, apabila di sahkan berkahwin maka setiap anak yang
dilahirkan oleh keluarga akan dinilai sebagai bermulanya Keluarga.Namun demikian berbeza dengan
masyarakat barat,kerana mereka mempunyai budaya Percubaan Perkahwinan. keluarga yang bertambah
dari budaya ini tetap dinilai sebagai satu keluarga dari kedua-dua belah pihak.
Mengikut Olson & Defrain (1994 ) mendefinisikan keluarga sebagai seorang atau lebih daripada individu
yang komited antara satu sama lain serta berkongsi kemesraan, sumber, keputusan dan nilai.
Manakala bagi Bobolz & Sontag ( 1993) memberi maksud keluarga secara inklusif iaitu keluarga adalah
terdiri bukan sahaja orang-orang yang berkaitan dari segi pertalian darah, perkahwinan atau diangkat
tetapi juga saling memerlukan kerana mereka berkongsi matlamat, sumber dan komitet dalam jangka
masa yang lama.
Diharap Pn Sy dapat membuat perbandingan tentang pendapat Alvi.
Memandangkan topik ini pernah keluar dalam peperiksaan, jadi disini saya kemukakan beberapa faktor yang
menyebabkan berlakunya perubahan keluarga. Tetapi markah yang di peruntukkan untuk soalan ini hanyalah 4 markah.
Perubahan arus teknologi dalam kehidupan seharian kini mempengaruhi perubahan keluarga. Arus teknologi
mengakibatkan perubahan sosial. Perubahan daripada era pertanian atau konsevatif kepada era teknologi jelas
mempengaruhi. Setiap keluarga berlumba-lumba mengejar keperluan hidup tanpa memikirkan tentang kepentingan
intitusi keluarga yang hampir lumpuh.
Wanita pada era sebelum merdeka lebih tertumpu kehidupan mereka di rumah, atau dengan erti kata lain sebagai
surirumah. Tahap pendidikan yang meningkat secara tidak langsung meningkat bagi golongan wanita. Tahap pendidikan
yang meningkat dikalangan wanita menyababkan penurunan kadar kesuburan di kalangan wanita kerana golongan ini
lebih terarah untuk memilih berkerjaya dan lebih memfokuskan kepada tugas sebagai pekerja formal. Fonomena ini
menyebabkan pengecilan saiz keluarga.
Kemampuan wanita dalam pelbagai bidang seiring dengan pencapaian kaum lelaki menyebabkan wanita kurang
bergantung kepada lelaki di dalam rumahtangga. Tanggungjawap yang dipikul atau digalas oleh lelaki sudah mampu
dilakukan oleh golongan wanita. Dengan ini maka kadar Penceraian terus meningkat. Berlaku satu lagi perubahan dalam
keluarga.
Terdapat banyak lagi faktor perubahan dalam keluarga. Insyaallah saya akan berbincang dengan Pn Sy. Tq
Salam
Tanpa disedari ataupun tidak semakin hari semakin berubah institusi kekeluargaan. Saya setuju apa yang
dikemukakan oleh Pn Rozaini tentang perubahan yang berlaku masa kini.
Foktor akademik memainkan peranan yang utama dengan penglibatan kaum wanita. Semakin tinggi taraf
pendidikan seseorang wanita semakin kurang faktor keinginan untuk berkahwin. Secara tidak langsung
menyebabkan peningkatan usia. Peningkatan umur dalam perkahwinan merupakan satu faktor perubahan
dalam institusi kekeluargaan. Wanita tidak lagi memikirkan untuk berumahtangga.
Foktor ekonomi yang diusulkan oleh Pn Rozaini boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Salah satunya
mengenai tempat kerja.Rata-rata kaum ibu mempunyai pekerjaan, dengan ini secara tidak langsung
mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa. Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan penghijrahan.
Penghijrahan ini juga menyebabkan berubahnya suasana keluarga, kerana ibu bapa akan berpisah dengan
anak-anak untuk sementara waktu. Terdapat juga yang meninggalkan anak-anak di kampung demi untuk
mencari nafkah.
Apa yang nyata faktor perubahan ini mengubah arus dalam kehidupan kekeluargaan masa kini.Tq
Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL
Attachment : No file attach
Bagus, teruskan perbincangan seperti ini. Tulis rujukan daripada buku-buku akademik untuk menyokong
pendapat sendiri. Memberi pendapat tanpa sokongan bukti akademik akan menyebabkan esei kita menjadi
hambar.
Faktor keselamatan adalah paling meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan. Jika kita mengetahui
panduan/ tips untuk memilih taska/tabika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga
Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke taska/tadika yang terbaik.
Berikut disenaraikan beberapa panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat jagaan kanak-kanak
(taska/tabika) yang terbaik untuk anak anda.
1 – Mesti berdaftar
Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska
dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran
(mengikut akta 308 dan akta 550).
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan
dengannya iaitu memberi
perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa
mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang
kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi,
iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan.
2 – Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/ penyelia Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat
melihat dan menilai sendiri bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak mengenai
tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak.
Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga anda boleh menilai
sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka anak-anak kita
akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting.
Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting!
INGAT! Selain ibu bapa menjadi pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan masa
depan kanak-kanak. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh anak anda. Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekali-
sekala anda boleh bertanya tentang anak anda dan perkembangannya.
3 – Keselamatan
Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk
rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan
taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang.
4 – Kebersihan dan Penyediaan Makanan
Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/ tabika. Makanan yang disediakan mestilah yang
berkhasiat. Anda boleh minta izin melihat keadaan
kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih dan memuaskan.
5 – Bayaran Yuran
Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal.
Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil
anak.
6 – Program
Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi
sewajarnya. Anda yang membayar pusat jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak
anda.
7 – Fardu ain
Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk
bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu ain.
Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat.
8 – Kegiatan membabitkan ibu bapa
Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini?
9 – Peraturan taska/tadika/ pusat jagaan
Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya.
10 – Keceriaan
Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak.
Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh menggalakkan perkembangan minda
anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini.
10 – Bayaran balik
Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke
situ. Bolehkah anda dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam
perkara
ini.
11 – Tawakal
Setelah yakim dengan taska tersebut, senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh
diatasi.
Assalamualaikum Pn Rozaini dan En Rahim.
Industri TASKA kini tumbuh bak cendawan melata. Keperluannya amat tidak
dinafikan dalam membantu dalam perkembangan ekonomi di Negara kita. Ini kerana
menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil, terdapat lebih kurang 3.57 juta wanita di Malaysia yang keluar
bekerja, manakala 6.47 juta bagi lelaki yang bekerja. Keadaan ini menjadi faktor
berkembangnya pertumbuhan pusat-pusat jagaan.
Terdapat banyak kes yang telah dilaporkan mengenai kecuaian pihak Pengasuh atau
TASKA dalam keselamatan terhadap kanak-kanak. Antaranya kes yang menimpa
beberapa orang bayi akibat kecuaian pengasuh iaitu Hadif Haqimi yang berusia tujuh
bulan, yang mengalami keretakan tengkorak akibat terjatuh sewaktu dalam jagaan
pengasuhnya (Utusan Malaysia, 16 Februari 2006). Seorang bayi lelaki yang berusia
lima bulan meninggal dunia di Gombak kerana mengalami kecederaan yang serius di
kepala akibat terjatuh atau terhentak dengan kuat. Di tempat yang sama juga seorang
bayi lelaki berusia 9 bulan turut tercedera di kepala dan terdapat kesan lebam dan
bengkak di seluruh badannya (Utusan Malaysia, 20 Januari 2005).
Manakala, seorang bayi perempuan berusia 9 bulan meninggal dunia akibat
pendarahan di kepala, disyaki didera oleh pengasuhnya di Batu Caves. Selain itu,
terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya (Utusan Malaysia, 23 Mei
2005). Nasib malang juga menimpa seorang bayi yang berusia 3 bulan di Kuantan.
Muhammad Hakimi Zulkifli meninggal akibat tersedak susu sewaktu sedang tidur di
sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Penjara (Utusan Malaysia, 1 Januari
2006).
Terima kasih atas panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat
jagaan kanak-kanak (taska/tabika) yang terbaik yang diberi. Ibubapa mesti
bertanggungjawab atas keselamatan anak-nak mereka mahupun di rumah ataupun di
TASKA. Biarpun tidak dapat mengawal keadaan persekitaran di TASKA tetapi
bertanggungjawab memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Attachment : No file attach
Biasanya yang memulakan isu ialah Pn Rozaini. Cuba Pn Sharifah pula memulakan perbincangan, bukan
sekadar menjawab persoalan yang diberikan oleh Pn Rozaini
Berikut adalah antara tugas dan tanggungjawab seorang Penyelia TASKA ;
1. Menyimpan dan mengemaskinirekod-rekod di TASKA selain yang dikendalikan sendiri oleh Pengusaha. Ianya
merangkumi; rekod kehadiran kanak-kanak serta pengasuh, rekod pendaftaran kanak-kanak dan pengasuh,
rekod tumbesaran kanak-kanak serta akaun bulanan.
2. Beliau juga perlu merancang menu mingguan kanak-kanak serta pembelian stok makanan.
3. Merancang Jadual Aktiviti Mingguan Kanak-Kanak serta;
4. Merancang perbelanjaan
Puan Rozaini,
Terima kasih diatas maklumat yang diberi. Selain dari tanggungjawab di atas, beliau
juga bertanggungjawab menjaga hubungan baik antara ibubapa dan pihak TASKA.
Beliau adalah jurucakap atau agen penyampai maklumat kepada ibubapa supaya
tidak berlaku salah faham dan dapat memberitahu secara jelas tentang program dan
situasi di TASKA. Maklumat boleh disebarkan secara bertulis ataupun alat
pandangan seperti surat, brosur, buku panduan, berita, video tape dan lain-lain. Oleh
itu penyelia harus membuat persediaan antaranya:-
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Sentiasa mengikuti perkembangan
terkini mengenai maklumat kanak-kanak dari semasa ke semasa
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Bersedia berhadapan dengan ibubapa
yang inginkan maklumat terkini
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Menyediakan bahan-bahan yang dapat
membantu dalam penyebaran maklumat
<!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Bersikap bertanggungjawab, mesra,
sopan, tolak ansur serta bertimbang rasa dalam menjalinkan hubungan
dengan ibubapa
Oleh itu peranan penyelia di TASKA penting tidak hanya dalam menguruskan hal-
hal pentadbiran dan merancang program pembelajaran sahaja malah beliau juga
sebagai agen penyampai maklumat dan pegawai perhubungan di TASKA.
Terimakasih diatas huraian yang lebih jelas tentang peranan penyelia. Memandangkan hari ni dah tak
hujan, line pun laju. Dapatlah reply terus.harap-harap tu sampai malam nanti.Insyaallah.
Hubungan antara Ibubapa dan Sekolah
“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu
antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti ini.
Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada
sesebuah institusi pendidikan pada masa kini.
Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang Pembantu Superintenendent di Coquitlam, British Columbia:
“In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a
meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”.
Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan
dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga
telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, unggapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaaikan dan kepentingan
mengamalkan semangat bekerjasama.
Di kalangan masyarakat Melayu, unggapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan
masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula,
‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001)
bacaan lanjutan : Mohd Salleh Bin Mahat(2004), PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN-FOKUS DI SEKOLAH, Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5,
Permainan Luar Bilik Darjah
Permainan di luar darjah penting dalam pembangunan kemahiran kanak-kanak di samping membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan
kemahiran sosial dan yakin untuk berinteraksi.
Permainan luar bilik darjah juga sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak meperkembangan domain psimotornya. Pertumbuhan dan
perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan
Psikomotor memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:-
1. Penguasaan motor halus
2. Perkembangan motor kasar
3. Kesihatan
4. Kselamatan
Penguasaan motor Kasar dan motor halus ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan
aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin.
Dalam aspek kesihatan, murid dilatih untuk mengamal cara hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, menjaga kebersihan dan cara
menjauhkan diri dari penyakit.
Aspek keselamatan pula membantu murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil
untuk bertindak.
Aspek kesihatan dan keselamatan pula dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan, lakonan dan lawatan ke Pusat
Kesihataan dan tempat-tempat lain yang berkaitan.
Isu yang dimukakan adalah menarik. Cuba bincangkan juga peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa
dalam pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah. Bagaimana meningkatkan peranan ibu bapa dalam
membantu taman asuhan kanak-kanak. Jika dapat bandingkan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa di
negara maju berbanding dengan Malaysia. Bahan rujukan boleh diperolehi di dalam internet.
Terimakasih En. Rahim. Insyaallah saya akan cuba kembangkan isu ini dilain masa kerana saya perlukan
sedikit masa untuk mencari dan membaca.
MOTIVATI IBUBAPA DAN KANAK-KANAK
Ibu bapa adalah antara guru yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Dan tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah rumah mereka sendiri.
Bantu anak anda membina kemahiran, sama ada kemahiran menulis, membaca, mempelajari bahasa baru atau sekadar membiasakan diri dengan tabiat
pembelajaran baru, dengan melakukan perkara mudah berikut:
Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka
berinteraksi. Ibubapa harus memberikan galakan kepada anak-anak mereka agar perkembangan emosi positif dapat di bentuk pada peringkat yang lebih
awal lagi.
Ibubapa harus juga menjauhi perkara-perkara berikut agar pembentukan emosi positif tercapai. Antara lain adalah:
Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia
tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar
lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan
kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.
2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan.
Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian
atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.
3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau
“bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh
diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.
4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak
menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan
peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin
seharusnya adil, tegas dan mesra.
5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah
bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara
mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda
mementingkan personaliti itu sahaja.
6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin
berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya
kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan
membina personaliti yang percaya perkara karut.
7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu
akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam
jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan
munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.
8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang
aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam
masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.
9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh
saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia
melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.
10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu
mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut
mempercayai dirinya.
Satu huraian yang baik. Kalau boleh minta Pn. Sharifah memberi pendapat berkaitan dengan tajuk ini.
Seeloknya Pn. Sharifah timbulkan isu dan Pn. Rozaini menjawab.
Pn Sharifah dan Pn Rozaini, walaupun tarikh hantar OLP sudah tamat anda masih boleh menghantar OLP
sehingga 7 Disember 2009. Markah OLP mungkin berubah berdasarkan sumbangan anda. Perbincangan
hendaklah secara akademik dan berdasarkan rujukan.

More Related Content

What's hot

Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori BehaviorismeLor Lagi
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPieja Hanhae
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovNahzatul Akma
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263018665
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
Pengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonPengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonNajwa Norizam
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
persekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdfpersekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdflsyii
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 

What's hot (20)

Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Teori Behaviorisme
Teori BehaviorismeTeori Behaviorisme
Teori Behaviorisme
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
Bab 1 hubungan keluarga dan komuniti bed1263
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
Pengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonPengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori Watson
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
persekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdfpersekitaran pembelajaran.pdf
persekitaran pembelajaran.pdf
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 

Viewers also liked

Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluargaadrisya90
 
Kemoralan sosial 1.2 part 3
Kemoralan sosial 1.2 part 3Kemoralan sosial 1.2 part 3
Kemoralan sosial 1.2 part 3Rayhan Jamaludin
 
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGET
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGETKERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGET
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGETsyarul azhar
 
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan TeknologiKeruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan TeknologiAkukah Mujahid
 
5. bentuk keluarga
5. bentuk keluarga5. bentuk keluarga
5. bentuk keluargaevinurleni
 
K02 konsep pengurusan keluarga
K02 konsep pengurusan keluargaK02 konsep pengurusan keluarga
K02 konsep pengurusan keluargaedp2ca
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiadihastinee
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
Langkah langkah membentuk keluaraga bahagia
Langkah langkah membentuk keluaraga bahagiaLangkah langkah membentuk keluaraga bahagia
Langkah langkah membentuk keluaraga bahagiaAshraf Azim
 
pengurusan sumber keluarga
pengurusan sumber keluargapengurusan sumber keluarga
pengurusan sumber keluargarosMa WaEi
 
Membentuk Keluarga Bahagia Yang Sakinah , Mawadah , & Warohmah
Membentuk Keluarga Bahagia Yang  Sakinah , Mawadah , & WarohmahMembentuk Keluarga Bahagia Yang  Sakinah , Mawadah , & Warohmah
Membentuk Keluarga Bahagia Yang Sakinah , Mawadah , & WarohmahAgam Real
 
Keluarga Bahagia
Keluarga BahagiaKeluarga Bahagia
Keluarga Bahagiaiium
 
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaanadrisya90
 

Viewers also liked (20)

Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga
 
Bentuk keluarga
Bentuk keluargaBentuk keluarga
Bentuk keluarga
 
Lampiran
LampiranLampiran
Lampiran
 
Nota sivik tingkatan 1
Nota sivik tingkatan 1Nota sivik tingkatan 1
Nota sivik tingkatan 1
 
Kemoralan sosial 1.2 part 3
Kemoralan sosial 1.2 part 3Kemoralan sosial 1.2 part 3
Kemoralan sosial 1.2 part 3
 
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGET
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGETKERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGET
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN GADGET
 
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan TeknologiKeruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
Keruntuhan Institusi Rumahtangga Akibat Penyalahgunaan Teknologi
 
5. bentuk keluarga
5. bentuk keluarga5. bentuk keluarga
5. bentuk keluarga
 
K02 konsep pengurusan keluarga
K02 konsep pengurusan keluargaK02 konsep pengurusan keluarga
K02 konsep pengurusan keluarga
 
Hakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagiaHakikat keluarga bahagia
Hakikat keluarga bahagia
 
Ibu Bapa Tonggak Keluarga Bahagia
Ibu Bapa Tonggak Keluarga BahagiaIbu Bapa Tonggak Keluarga Bahagia
Ibu Bapa Tonggak Keluarga Bahagia
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
Langkah langkah membentuk keluaraga bahagia
Langkah langkah membentuk keluaraga bahagiaLangkah langkah membentuk keluaraga bahagia
Langkah langkah membentuk keluaraga bahagia
 
pengurusan sumber keluarga
pengurusan sumber keluargapengurusan sumber keluarga
pengurusan sumber keluarga
 
Membentuk Keluarga Bahagia Yang Sakinah , Mawadah , & Warohmah
Membentuk Keluarga Bahagia Yang  Sakinah , Mawadah , & WarohmahMembentuk Keluarga Bahagia Yang  Sakinah , Mawadah , & Warohmah
Membentuk Keluarga Bahagia Yang Sakinah , Mawadah , & Warohmah
 
Keluarga Bahagia
Keluarga BahagiaKeluarga Bahagia
Keluarga Bahagia
 
Keluarga
KeluargaKeluarga
Keluarga
 
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga MasakiniIsu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
 
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
 

Similar to Definisi keluarga

Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anak
Pengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anakPengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anak
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anakAde Rifai Kolot
 
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxPeran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxsrimuliana12
 
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaMakalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Lingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nya
Lingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nyaLingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nya
Lingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nyaDodyk Fallen
 
PENGASUHAN ANAK.pptx
PENGASUHAN ANAK.pptxPENGASUHAN ANAK.pptx
PENGASUHAN ANAK.pptxrayitri1
 
Pendidikan dalam lingkungan sekolah
Pendidikan dalam lingkungan sekolahPendidikan dalam lingkungan sekolah
Pendidikan dalam lingkungan sekolahIg Fandy Jayanto
 
Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22
Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22
Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22STT Lintas Budaya
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Fatin Nadzirah
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asimentYing Yin
 

Similar to Definisi keluarga (20)

Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anak
Pengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anakPengaruh   keluarga terhadap   perkembangan anak
Pengaruh keluarga terhadap perkembangan anak
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
42
4242
42
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
pendidikan
pendidikanpendidikan
pendidikan
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Bab i1
Bab i1Bab i1
Bab i1
 
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptxPeran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
Peran keluarga dan perkembangannya dalam kespro lansia.pptx
 
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaMakalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
 
Lingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nya
Lingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nyaLingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nya
Lingkungan pendidikan dan hubungan timbal balik nya
 
PENGASUHAN ANAK.pptx
PENGASUHAN ANAK.pptxPENGASUHAN ANAK.pptx
PENGASUHAN ANAK.pptx
 
Makalah pendidikan karakter
Makalah pendidikan karakterMakalah pendidikan karakter
Makalah pendidikan karakter
 
Makalah Pendidikan karakter
Makalah Pendidikan karakterMakalah Pendidikan karakter
Makalah Pendidikan karakter
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Pendidikan dalam lingkungan sekolah
Pendidikan dalam lingkungan sekolahPendidikan dalam lingkungan sekolah
Pendidikan dalam lingkungan sekolah
 
Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22
Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22
Tanggung Jawab Orang Tua dalam Mendidik Remaja Menurut Amsal 22
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 

Definisi keluarga

  • 1. Definisi Keluarga Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada; Keluarga Asas Keluarga Luas Keluarga Orientasi Keluarga Prokreasi Semua ini merupakan ciri-ciri kekeluargaan. Ciri-ciri ini amat penting demi kesejahteraan keluarga. Peranan Ibu Bapa Ibu bapa merupakan unit asas dalam keluarga. Peranannya sangat penting dalam pembentukan keluarga yang bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat penting dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Persekitaran juga perlu diambil kira. Konsep ‘Melentur buluh dari rebungnya ‘perlu diberi penekanan Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif dari aspek sains dan kemanusiaan. Cabaran Suasana peringkat makro dan antarabangsa, globalisasi dan ledakan teknologi maklumat. Semua ini perlu dilihat secara positif dan pengukuhan kawalan oleh ibu bapa. Peringkat mikro iaitu proses urbanisasi yang pesat dan pengecilan keluarga luas serta pengaruhnya. Proses urbanisasi perlu melibatkan kawasan Bandar, kampung dan pedalaman. Pengaruh rakan sebaya yang pelbagaii latar belakang keluarga. Cabaran ini harus dilihat sebagai tanggungjawab dan bukannya sebagai masalah dan perlu dilaksanakan secara proaktif. Kemahiran Keibubapaan Dari segi tradisi dan warisan. Pengubahsuaian perlu dibuat melalui ilmu pengetahuan. Ibu bapa perlu mewariskan pemikiran yang mencukupi untuk penyesuaian diri anak-anak dan perlu dilaksanakan secara dinamik dan proaktif. Perlu melihat dari perspektif makro atau global dan dasar-dasar kerajaan. Kerajaan perlu menjalankan ‘ Program Reaching Out’. Tidak hanya menumpukan kepada elemen mikro seperti psikologi dan keperluan asas dan perlu mempunyai modul yang digubal oleh kerajaan negeri dan NGO. Tekanan kepada kualiti pengasuhan dan pendidikan di Bandar dan luar Bandar. Jenis-jenis keibubapaan; Keibubapaan Authoritative Keibubapaan Permissive Keibubapaan Authoritarian Keibubapaan Indifferent
  • 2. Hubungan guru dan ibubapa sebenarnys adalah satu usaha-sama yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. guru mendapat sumber dari ibubapa dan ibubapa mendapat usaha gigih guru mendidik anak-anak mereka. Gonder (1981) berpendapat kerjasama yang lebih erat antara sekolah dan masyarakat akan menguntungkan semua pihak. Oleh itu, kebersamaan sekolah dengan komuniti penting untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran pembelajaran di sekolah. Kepentingan hubungan sekolah dan komuniti ini selaras dengan pendapat Poston et al. (1992) iaitu, "You cannot build a great school alone. The school needs the community and the community needs the school". Solomon, Battishich, Watson, Schaps, dan Lewis (2000) berpendapat kanak-kanak yang mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika dan altruistik, dan membentuk kecekapan sosial dan emosi. Apakah yang boleh dilakukan untuk membawa ibubapa ke istitusi pendidikan: Ahmad Zabidi dan Mariani Nor(2007) menyarankan pentadbir dan guru harus: 1. Pembinaan peranan ibu bapa iaitu kepercayaan tentang keperluan penglibatan dalam pendidikan anak-anak mereka. 2. Efikasi kendiri ibu bapa - mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran. 3. Sikap terbuka sekolah terhadap pihak ibu bapa Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa ibu bapa yang bekerja berbanding dengan ibu bapa yang berstatus tinggi melihat guru sebagai individu yang paling sesuai untuk menangani masalah pendidikan anak mereka (Lareau, 1989). Pihak guru dan ibu bapa harus saling memahami perasaan di antara satu sarna lain sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983) Ya saya bersetuju dengan Puan Rozaini dimana perlunya hubungan baik antara keduanya.Penglibatan dan kerjasama antara ibu bapa dan guru amat diperlukan dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Hubungan yang dibina bagi tujuan yang positif dapat menjayakan satu-satu misi dam mendapat faedah yang optimum. Firman Allah S.W.T. dalam surau Al-Ma�idah ayat 2 yang bermaksud: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan dan membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah_Nya). Tetapi ada sesetengah pihak keliru dalam kepentingan hubungan antara ibu bapa dan para pendidik di peringkat awal pendidikan. Seperti yang dikatakan dalam tulisannya oleh Airil (2009) tentang kekeliruan yang sering terjadi dalam pendidikan pra formal. Ada yang berpendapat Pendidik tidak perlu hubungan baik dengan ibu bapa kerana setiap ibubapa mempunyai objektif yang berbeza, olehitu adalah mustahil untuk menempatkan seorang
  • 3. pendidik dalam setiap keluarga. Di Taska dan Tadika juga tentu para pendidik mempunyai pendapat yang sama dan tidak mahu ibu serta bapa kerap datang hingga mengganggu momentum pendidikan prasekolah. Pendapat ini perlu disanggah kerana kanak-kanak ini membesar dan mempelajari apa ada dirumah dan di prasekolah. Pendapat ini juga disokong oleh Airil (2009) �Walaupun institusi rumah dan institusi prasekolah adalah berbeza, tetapi kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Guru prasekolah dan juga ibu bapa perlu sama-sama memikirkan pelbagai cara untuk berganding bahu dan memastikan kanak-kanak menerima kesan positif dari hubungan yang baik di antara ibu bapa serta guru prasekolah. Rujukan: 1) Al-Quran 2) Airil Haimi Adnan Penyelidik Psikologi Perkembangan Tahun Awal Formal di UfoRia, Unitari Penyelidik & Aplikasi Intelek, UiTm Perak. Kekeliruan Lazim Praformal. Majalah Pa&Ma (April 2009). Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL Attachment : No file attach Bagus. Satu perbincangan akademik dengan merujuk kepada sumber-sumber yang berotoriti. Menurut Alvi (1994) Alvi melihat keluarga adalah asas kepada masyarakat, yang mana menyumbang kepada sosioekonomi. Keluarga asas ini akan mewarisi budaya yang akan membentuk masyarakat. Dalam erti kata lain keluarga berpendidkan, terasuh, bermotivasi dan akan meyumbang kepada perkembangan masa depan ahlinya. Secara ringkasnya keluarga ialah unit kecil dalam masyarakat yang boleh didefinisikan kepada Mereka yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat dan tinggal di bawah suatu atap dan saling ketergantungan. Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL Attachment : No file attach Didalam sesebuah masyarakat, keluarga merupakan unit asas insitusi sosial. Definisi tentang keluarga tidak dapat dihuraikan atau ditafsirkan secara specifik. Pengalaman setiap orang didalam keluarga adalah berbeza. Kepelbagaian pengalaman ini memberi peluang individu melihat keluarga daripada sudut peribadi yang berbeza. Mengikut tafsiran keluaga dalam komoniti Islam, apabila di sahkan berkahwin maka setiap anak yang dilahirkan oleh keluarga akan dinilai sebagai bermulanya Keluarga.Namun demikian berbeza dengan masyarakat barat,kerana mereka mempunyai budaya Percubaan Perkahwinan. keluarga yang bertambah dari budaya ini tetap dinilai sebagai satu keluarga dari kedua-dua belah pihak. Mengikut Olson & Defrain (1994 ) mendefinisikan keluarga sebagai seorang atau lebih daripada individu yang komited antara satu sama lain serta berkongsi kemesraan, sumber, keputusan dan nilai. Manakala bagi Bobolz & Sontag ( 1993) memberi maksud keluarga secara inklusif iaitu keluarga adalah terdiri bukan sahaja orang-orang yang berkaitan dari segi pertalian darah, perkahwinan atau diangkat tetapi juga saling memerlukan kerana mereka berkongsi matlamat, sumber dan komitet dalam jangka masa yang lama. Diharap Pn Sy dapat membuat perbandingan tentang pendapat Alvi. Memandangkan topik ini pernah keluar dalam peperiksaan, jadi disini saya kemukakan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan keluarga. Tetapi markah yang di peruntukkan untuk soalan ini hanyalah 4 markah.
  • 4. Perubahan arus teknologi dalam kehidupan seharian kini mempengaruhi perubahan keluarga. Arus teknologi mengakibatkan perubahan sosial. Perubahan daripada era pertanian atau konsevatif kepada era teknologi jelas mempengaruhi. Setiap keluarga berlumba-lumba mengejar keperluan hidup tanpa memikirkan tentang kepentingan intitusi keluarga yang hampir lumpuh. Wanita pada era sebelum merdeka lebih tertumpu kehidupan mereka di rumah, atau dengan erti kata lain sebagai surirumah. Tahap pendidikan yang meningkat secara tidak langsung meningkat bagi golongan wanita. Tahap pendidikan yang meningkat dikalangan wanita menyababkan penurunan kadar kesuburan di kalangan wanita kerana golongan ini lebih terarah untuk memilih berkerjaya dan lebih memfokuskan kepada tugas sebagai pekerja formal. Fonomena ini menyebabkan pengecilan saiz keluarga. Kemampuan wanita dalam pelbagai bidang seiring dengan pencapaian kaum lelaki menyebabkan wanita kurang bergantung kepada lelaki di dalam rumahtangga. Tanggungjawap yang dipikul atau digalas oleh lelaki sudah mampu dilakukan oleh golongan wanita. Dengan ini maka kadar Penceraian terus meningkat. Berlaku satu lagi perubahan dalam keluarga. Terdapat banyak lagi faktor perubahan dalam keluarga. Insyaallah saya akan berbincang dengan Pn Sy. Tq Salam Tanpa disedari ataupun tidak semakin hari semakin berubah institusi kekeluargaan. Saya setuju apa yang dikemukakan oleh Pn Rozaini tentang perubahan yang berlaku masa kini. Foktor akademik memainkan peranan yang utama dengan penglibatan kaum wanita. Semakin tinggi taraf pendidikan seseorang wanita semakin kurang faktor keinginan untuk berkahwin. Secara tidak langsung menyebabkan peningkatan usia. Peningkatan umur dalam perkahwinan merupakan satu faktor perubahan dalam institusi kekeluargaan. Wanita tidak lagi memikirkan untuk berumahtangga. Foktor ekonomi yang diusulkan oleh Pn Rozaini boleh dilihat dari sudut yang berbeza. Salah satunya mengenai tempat kerja.Rata-rata kaum ibu mempunyai pekerjaan, dengan ini secara tidak langsung mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa. Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan penghijrahan. Penghijrahan ini juga menyebabkan berubahnya suasana keluarga, kerana ibu bapa akan berpisah dengan anak-anak untuk sementara waktu. Terdapat juga yang meninggalkan anak-anak di kampung demi untuk mencari nafkah. Apa yang nyata faktor perubahan ini mengubah arus dalam kehidupan kekeluargaan masa kini.Tq Reply To : SYARIFAH NORASHIKIN BINTI SYED ZAINAL Attachment : No file attach Bagus, teruskan perbincangan seperti ini. Tulis rujukan daripada buku-buku akademik untuk menyokong pendapat sendiri. Memberi pendapat tanpa sokongan bukti akademik akan menyebabkan esei kita menjadi hambar. Faktor keselamatan adalah paling meruncing, selain soal kaedah asuhan, penjagaan dan kebersihan. Jika kita mengetahui panduan/ tips untuk memilih taska/tabika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke taska/tadika yang terbaik. Berikut disenaraikan beberapa panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat jagaan kanak-kanak (taska/tabika) yang terbaik untuk anak anda. 1 – Mesti berdaftar Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska dan pusat jagaan mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tadika pula dengan Jabatan Pelajaran (mengikut akta 308 dan akta 550). Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya iaitu memberi
  • 5. perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taska semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. Selain itu, akta ini juga mewajibkan pendaftaran taska yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun. Apa yang penting akta ini digubal untuk memastikan hak kanak-kanak dilindungi, iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. 2 – Berjumpa, bersemuka dan berbincang dengan pengusaha/ penyelia Hasil daripada perbincangan itu, anda akan dapat melihat dan menilai sendiri bahawa pengusaha/penyelia taska/tabika itu mengetahui sedikit sebanyak mengenai tata cara, peraturan dan penjagaan anak-anak. Pastikan pengusaha/penyelia itu seorang yang mesra, peramah dan penyayang. Daripada situ juga anda boleh menilai sama ada dia mempunyai pengalaman, terlatih, minat pada tugas dan ikhlas. Jika dia suka kerja itu, maka anak-anak kita akan gembira. Keikhlasan, pengalaman dan pendedahan latihan sangat penting. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Ini amatlah penting! INGAT! Selain ibu bapa menjadi pendidik utama, pengasuh juga merupakan tangan pertama yang akan menentukan masa depan kanak-kanak. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh anak anda. Jangan lupa ambil nombor telefon dan sekali- sekala anda boleh bertanya tentang anak anda dan perkembangannya. 3 – Keselamatan Perhatikan tahap keselamatan di tempat jagaan tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tabika. Intermediate house adalah dilarang. 4 – Kebersihan dan Penyediaan Makanan Anda boleh bertanya tentang makanan yang disediakan oleh taska/ tabika. Makanan yang disediakan mestilah yang berkhasiat. Anda boleh minta izin melihat keadaan kelas dan melihat dapur. Pastikan ia dalam keadaan bersih dan memuaskan. 5 – Bayaran Yuran Anda perlu bertanya dengan sejelas-jelasnya dan kalau memungkinkan boleh tawar-menawar jika yurannya terlalu mahal. Buat perbandingan dengan pusat jagaan lain. Tanyakan juga bayaran lebih masa jika anda terlambat mengambil anak. 6 – Program Pastikan pusat jagaan mempunyai program tersusun supaya anak-anak mendapat pengisian mental, jiwa dan emosi sewajarnya. Anda yang membayar pusat jagaan, anda mempunyai hak untuk mengetahui apa yang diajarkan kepada anak anda. 7 – Fardu ain Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. Ada tadika dan pusat jagaan menawarkan pembelajaran fardu ain. Bagaimanapun, anda perlu pastikan bagaimana mereka menekankan kegiatan amali mengambil wuduk dan solat. 8 – Kegiatan membabitkan ibu bapa Adakah mereka menggalakkan kegiatan seumpama ini? 9 – Peraturan taska/tadika/ pusat jagaan Pastikan pusat jagaan mempunyai peraturan dan simpan satu salinannya. 10 – Keceriaan Pastikan suasana riang dan ceria di sekitarannya. Suasana banyak faktor penggalak pengembangan minda anak-anak. Bagi anak yang berumur empat tahun ke atas, menghantar anak ke taska boleh menggalakkan perkembangan minda anak-anak di tahap ini kerana konsep bermain sambil belajarnya yang lebih bebas dan sesuai pada tahap usia ini. 10 – Bayaran balik Anda perlu bertanya mengenai bayaran yang telah dibayar jika bertukar fikiran sebelum habis sebulan anak dihantar ke situ. Bolehkah anda dapatkan sebahagian bayaran balik daripada yuran yang dibayar? Ramai ibu bapa tertipu dalam perkara ini. 11 – Tawakal Setelah yakim dengan taska tersebut, senyum selalu, banyak berdoa dan tawakal. Insya-Allah, semua masalah boleh diatasi.
  • 6. Assalamualaikum Pn Rozaini dan En Rahim. Industri TASKA kini tumbuh bak cendawan melata. Keperluannya amat tidak dinafikan dalam membantu dalam perkembangan ekonomi di Negara kita. Ini kerana menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, terdapat lebih kurang 3.57 juta wanita di Malaysia yang keluar bekerja, manakala 6.47 juta bagi lelaki yang bekerja. Keadaan ini menjadi faktor berkembangnya pertumbuhan pusat-pusat jagaan. Terdapat banyak kes yang telah dilaporkan mengenai kecuaian pihak Pengasuh atau TASKA dalam keselamatan terhadap kanak-kanak. Antaranya kes yang menimpa beberapa orang bayi akibat kecuaian pengasuh iaitu Hadif Haqimi yang berusia tujuh bulan, yang mengalami keretakan tengkorak akibat terjatuh sewaktu dalam jagaan pengasuhnya (Utusan Malaysia, 16 Februari 2006). Seorang bayi lelaki yang berusia lima bulan meninggal dunia di Gombak kerana mengalami kecederaan yang serius di kepala akibat terjatuh atau terhentak dengan kuat. Di tempat yang sama juga seorang bayi lelaki berusia 9 bulan turut tercedera di kepala dan terdapat kesan lebam dan bengkak di seluruh badannya (Utusan Malaysia, 20 Januari 2005). Manakala, seorang bayi perempuan berusia 9 bulan meninggal dunia akibat pendarahan di kepala, disyaki didera oleh pengasuhnya di Batu Caves. Selain itu, terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badannya (Utusan Malaysia, 23 Mei 2005). Nasib malang juga menimpa seorang bayi yang berusia 3 bulan di Kuantan. Muhammad Hakimi Zulkifli meninggal akibat tersedak susu sewaktu sedang tidur di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Penjara (Utusan Malaysia, 1 Januari 2006). Terima kasih atas panduan/tips dan kriteria pemilihan bagi mengenal pasti pusat jagaan kanak-kanak (taska/tabika) yang terbaik yang diberi. Ibubapa mesti bertanggungjawab atas keselamatan anak-nak mereka mahupun di rumah ataupun di TASKA. Biarpun tidak dapat mengawal keadaan persekitaran di TASKA tetapi bertanggungjawab memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka. Attachment : No file attach Biasanya yang memulakan isu ialah Pn Rozaini. Cuba Pn Sharifah pula memulakan perbincangan, bukan sekadar menjawab persoalan yang diberikan oleh Pn Rozaini Berikut adalah antara tugas dan tanggungjawab seorang Penyelia TASKA ; 1. Menyimpan dan mengemaskinirekod-rekod di TASKA selain yang dikendalikan sendiri oleh Pengusaha. Ianya merangkumi; rekod kehadiran kanak-kanak serta pengasuh, rekod pendaftaran kanak-kanak dan pengasuh, rekod tumbesaran kanak-kanak serta akaun bulanan. 2. Beliau juga perlu merancang menu mingguan kanak-kanak serta pembelian stok makanan. 3. Merancang Jadual Aktiviti Mingguan Kanak-Kanak serta; 4. Merancang perbelanjaan Puan Rozaini, Terima kasih diatas maklumat yang diberi. Selain dari tanggungjawab di atas, beliau
  • 7. juga bertanggungjawab menjaga hubungan baik antara ibubapa dan pihak TASKA. Beliau adalah jurucakap atau agen penyampai maklumat kepada ibubapa supaya tidak berlaku salah faham dan dapat memberitahu secara jelas tentang program dan situasi di TASKA. Maklumat boleh disebarkan secara bertulis ataupun alat pandangan seperti surat, brosur, buku panduan, berita, video tape dan lain-lain. Oleh itu penyelia harus membuat persediaan antaranya:- <!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai maklumat kanak-kanak dari semasa ke semasa <!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Bersedia berhadapan dengan ibubapa yang inginkan maklumat terkini <!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu dalam penyebaran maklumat <!--[if !supportLists]-->• <!--[endif]-->Bersikap bertanggungjawab, mesra, sopan, tolak ansur serta bertimbang rasa dalam menjalinkan hubungan dengan ibubapa Oleh itu peranan penyelia di TASKA penting tidak hanya dalam menguruskan hal- hal pentadbiran dan merancang program pembelajaran sahaja malah beliau juga sebagai agen penyampai maklumat dan pegawai perhubungan di TASKA. Terimakasih diatas huraian yang lebih jelas tentang peranan penyelia. Memandangkan hari ni dah tak hujan, line pun laju. Dapatlah reply terus.harap-harap tu sampai malam nanti.Insyaallah. Hubungan antara Ibubapa dan Sekolah “Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah harus memainkan peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti ini. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan pada masa kini. Menurut Betty Boult (Donald, 1978), seorang Pembantu Superintenendent di Coquitlam, British Columbia: “In many schools, parents are welcomed as equal partnerships in their child’s education. Educators at such institutions believe that making education a meaningful experience for students requires partnerships, education is a shared trust”. Sebenarnya konsep perkongsian dalam pendidikan merupakan konsep lama yang telah diperbaharui daripada amalan-amalan yang telah biasa diamalkan dalam masyarakat kita seperti gotong-royong, kerjasama dan tolong-menolong. Malah masyarakat lain dalam dunia ini seperti Cina, Jepun dan India juga telah mengamalkan sikap bekerjasama sehingga terhimpun madah, unggapan, bidalan atau perumpamaan yang menggambarkan kebaaikan dan kepentingan mengamalkan semangat bekerjasama. Di kalangan masyarakat Melayu, unggapan yang biasa kita dengar ‘seperti aur dengan tebing’, ‘bukit sama didaki, lurah sama dituruni’. Di kalangan masyarakat Cina madah seperti ‘semua manusia adalah saudaraku, semua makhluk adalah sahabatku’. Sementara di kalangan masyarakat Jepun pula, ‘persaudaraan adalah perlindungan yang paling mahal’. (Aminah Hamim & Gunawan Mahmood, 2001) bacaan lanjutan : Mohd Salleh Bin Mahat(2004), PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN-FOKUS DI SEKOLAH, Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5,
  • 8. Permainan Luar Bilik Darjah Permainan di luar darjah penting dalam pembangunan kemahiran kanak-kanak di samping membuka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran sosial dan yakin untuk berinteraksi. Permainan luar bilik darjah juga sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak meperkembangan domain psimotornya. Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk keyakinana diri dan membentuk personaliti yang positif. Komponen Perkembangan Psikomotor memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu:- 1. Penguasaan motor halus 2. Perkembangan motor kasar 3. Kesihatan 4. Kselamatan Penguasaan motor Kasar dan motor halus ini amat penting dalam pergerakan asas untuk membolehkan murid melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh yakin. Dalam aspek kesihatan, murid dilatih untuk mengamal cara hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, menjaga kebersihan dan cara menjauhkan diri dari penyakit. Aspek keselamatan pula membantu murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak. Aspek kesihatan dan keselamatan pula dapat dicapai melalui tunjuk cara oleh pihak yang berkaitan dengan kesihatan, lakonan dan lawatan ke Pusat Kesihataan dan tempat-tempat lain yang berkaitan. Isu yang dimukakan adalah menarik. Cuba bincangkan juga peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa dalam pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah. Bagaimana meningkatkan peranan ibu bapa dalam membantu taman asuhan kanak-kanak. Jika dapat bandingkan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa di negara maju berbanding dengan Malaysia. Bahan rujukan boleh diperolehi di dalam internet. Terimakasih En. Rahim. Insyaallah saya akan cuba kembangkan isu ini dilain masa kerana saya perlukan sedikit masa untuk mencari dan membaca. MOTIVATI IBUBAPA DAN KANAK-KANAK Ibu bapa adalah antara guru yang paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Dan tempat terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah rumah mereka sendiri. Bantu anak anda membina kemahiran, sama ada kemahiran menulis, membaca, mempelajari bahasa baru atau sekadar membiasakan diri dengan tabiat pembelajaran baru, dengan melakukan perkara mudah berikut: Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka berinteraksi. Ibubapa harus memberikan galakan kepada anak-anak mereka agar perkembangan emosi positif dapat di bentuk pada peringkat yang lebih awal lagi. Ibubapa harus juga menjauhi perkara-perkara berikut agar pembentukan emosi positif tercapai. Antara lain adalah: Tiada Perbandingan Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda. 2. Ketepikan Jenaka
  • 9. Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya. 3. Jangan Memberi Gelaran Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 4. Elakkan Hukuman Automatik Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra. 5. Sentiasa Positif Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja. 6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut. 7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi. 8. Adakan Masa Bersama Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai. 9. Didik Berdikari
  • 10. Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya. 10. Tingkatkan Pujian Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya. Satu huraian yang baik. Kalau boleh minta Pn. Sharifah memberi pendapat berkaitan dengan tajuk ini. Seeloknya Pn. Sharifah timbulkan isu dan Pn. Rozaini menjawab. Pn Sharifah dan Pn Rozaini, walaupun tarikh hantar OLP sudah tamat anda masih boleh menghantar OLP sehingga 7 Disember 2009. Markah OLP mungkin berubah berdasarkan sumbangan anda. Perbincangan hendaklah secara akademik dan berdasarkan rujukan.