SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA,
PARIT RAJA, BATU PAHAT

BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
TAJUK TUGASAN

: LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(CORT 1)

NAMA PELAJAR

: KIEW PIK KING
ONG CHIN HOCK

( DB100676 )
( DB100485 )

TAN CHIOU SHING ( DB100490 )
TAN PEI GYAN

( DB100678 )

WHOO SENG HWA ( DB100482 )
NAMA PROGRAM

: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (SR) PENGKHUSUSAN

MUDA PENDIDIKAN ( SR ) DENGAN
KEPUJIAN SAINS (SEKSYEN 1)
SESI PENGAJIAN

: 2013/2014 ( SEMESTER6 )

NAMA PENSYARAH : En
TARIK H HANTAR

Ghazally Spahat

:9/11/2013

: SARJANA
Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1

ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT 1 DALAM SAINS

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW, Rasulullah pembawa rahmat ke sekelian alam.
Proses pengajaran dan pembelajaran hari ini perlu kepada pelbagai pembaharuan dari masa ke semasa. Dalam era globalisasi ini GuruGuru Sains perlu berani melakukan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan kaedah pedagogi perlu
dikuasai dan diperkembangkan bagi memenuhi tuntutan cabaran yang mendatang dalam dunia pendidikan terkini.
Lantaran itu, saya mengambil langkah ke hadapan dengan cuba mengketengahkan panduan pengajaran Sains dengan menggunakan
alat kemahiran berfikir. Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De Bono. Walaupun ilmu ini diperkembangkan oleh
orang bukan Islam, tetapi sesuatu yang baik perlu diterima dan dipraktikkan untuk kebaikan bersama.
Satu contoh panduan pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan alat kemahiran berfikir telah disediakan. Panduan ini
diharap dapat membantu guru-guru Sains mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P yang berkesan dan menarik.

PROGRAM CoRT oleh Edward de Bono
Program CoRT mengandungi enam bahagian. Tiap-tiap bahagian mengandungi sepuluh pelajaran.
CoRT 1 : Keluasan persepsi
CoRT 2 : Organisasi proses berfikir
CoRT 3 : Intraksi, argumen, pemikiran kritikal
CoRT 4 : Pemikiran kreatif
CoRT 5 : Maklumat dan perasaan
CoRT 6 : Tindakan (kerangka untuk berfikir langkah-demi langkah).
Program CoRT direkacipta untuk meliputi aspek-aspek pemikiran kreatif, konstruktif dan kritikal. Edward de Bono menyarankan
supaya CoRT 1, sentiasa diajarkan dahulu. Selepas itu bahagian-bahagian lain boleh diperkenalkan apabila dikehendaki. Program
CoRT 1 mengandungi sepuluh pelajaran. Tiap pelajaran dicetak pada lembaran berasingan.
Lembaran 1 ; PMI (Plus, Minus, Interesting):
Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan (Plus), keburukan (Minus) dan
menarik (Interesting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini ialah supaya pelajar meluaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi.
Alat ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa di mana seseorang terdorong untuk membuat reaksi
emosional pada sesuatu idea. Gunakanlah alat PMI ini sebelum kita membuat sebarang keputusan dan tindakan. Kaedah PMI
membuat kita luas pandangan. Ramai individu yang pintar-pintar, apabila mereka berfikir, mereka gunakan otak dan pengetahuan
mereka untuk mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul. Biasanya ini mereka lakukan dengan
membuktikan pandangan dan pendapat orang-orang lain yang tidak selaras dengan pendapat mereka sebagai pendapat yang salah.
Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada pelajar, guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas
supaya mereka faham. Kaedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian keatas apa-apa yang mereka lihat
mahupun dengar: itu salah, ini betul; itu halal, ini haram; itu untung, ini rugi; dan macam-macam penilaian lain. Penilaian itu mereka
buat berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu alat untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu. Pmi
memaksa kita supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. Ia menghendaki kita supaya memikirkan dahulu
situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan. PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak
kita jangan berfikir satu hala sahaja. Ia menolong kita memandang kepada banyak hala. Hasilnya persepsi kita akanmenjadi luas.
Pandangan kita juga ikut luas. Dengan demikian fikiran kita tidak sempit. PMI ini satu alat berfikir yang mudah dipakai oleh kita. Ia
sangat sesuai dengan kehidupan sehari-jari. Menurut Dr. Edward de Bono, alat ini amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah.

Lembaran 2: CAF (Consider All Factors):
CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat yang di perkenalkan oleh Dr. Edward de Bono untuk melatih kita berfikir
cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke
semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Galakkan pelajar membuat CAF
dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap
aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan
menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita
berfikir, otak kita menonong menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam konteks kehidupan
sehari-harian, semua faktor mesti kita cari sebelum membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah.
Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam
hidup sehari-hari. CAF ialah alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Oleh itu ia dapat menolong
persepsi kita jadi luas supaya pendapat dan keputusan-keputusan yang kita buat menjadi lebih baik.

Lembaran 3: Peraturan (Rules):
Latihan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat satu kerangka persoalan yang difikirkan untuk menyelesaikan
masalah atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua faktor-faktor (CAF) dan dalam mana yang baik, yang buruk dan
yang menarik (PMI). Pelajar akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-peraturan baru. PMI digunakan untuk menyorot
peraturan yang sudah sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan.

Lembaran 4: C & S (Consequence and Sequel)
Kesan dan akibat daripada kesan ini, selalu disebut „C‟ dan „S‟, digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan
dan untuk membuat penilaian. C & S boleh digunakan untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan, membantu kita melihat jauh
ke hadapan, membuat kita “panjang akal” dan ia boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV.
Latihan ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesankesan dan akibat-akibat keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka
panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat berfikir yang paling berguna. Selalunya, setelah kita habis berfikir,
kita akan membuat keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Keputusan yang kita buat hari ini akan menimbulkan kesan-kesannya
pada hari esok dan masa depan. Guru atau pendidik kemahiran berfikir ini perlu menekankan bahawa kaedah C & S merupakan satu
alat untuk melihat jauh kedepan, ke masa akan datang. Ia membantu kita untuk berfikir jauh ke depan sebelum membuat sebarang
keputusan. Jangan hanya fikir untung sekarang, fikirkan juga rugi esok atau lusa. Masa depan masih jauh. Ia serba tidak pasti. Sukar
untuk meramalkan apa yang akan terjadi. Tapi masa depan ialah suatu faktor yang mesti difikirkan juga. Ia melibatkan nasib kita. Ia
juga melibatkan nasib orang-orang lain. Ia mesti diambil kira, walaupun ia serba tidak jelas dan tidak pasti.
Kita tidak mungkin dapat meramalkan masa depan dengan tepat. Kita tidak ada maklumat sama sekali tentang masa depan. Maklumat
hanya ada apabila telah berlaku. Maka itulah sebabnya sangat penting supaya kita fikirkan masa depan bagi setiap keputusan yang kita
buat sekarang. Apabila kita sudah membuat pilihan, mari kita cuba ramalkan apa akan jadi kalau kita teruskan rancangan kita itu.
Apakah kesan-kesan utama dan kesan-kesan sampingan yang akan kita hadapi dan apa yang akan terjadi selanjutnya nanti. Pelajar
perlu di tekankan juga, sebelum kita membuat sebarang pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk mendapat pilihan yang tepat.
Begitu juga keatas semua alternatif yang ada di depan kita. Lihat alternatif mana yang paling baik dan paling selamat. Buat C & S, FIP
dan PMI bersama-sama. Alat-alat itu akan menolong pelajar membuat pilihan terbaik.

Lembaran 5: AGO (Aims, Goals, and Objectives):
Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan objektif (Objectives) atau ia dikenali sebagai AGO, ini
dapat memperluaskan sudut pandangan kita dan menolong kita membuat fokos yang betul semasa berfikir serta menolong kita
sentiasa ingat tujuan asal kita berfikir supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO menekankan pentingnya
matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspek-aspek “oleh sebab” dan “supaya” untuk menjuruskan mereka berfikir cara
memfokuskan persoalan yang hendak di selesaikan. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak
berkenaan. Kerap kali kita berfikir berputar-putar, kadang-kadang menyeleweng adakalanya fikiran kita menghadapi jalan buntu.
Dalam keadaan begitu, kita terlupa objektif asal kita mula-mula berfikir. Kita mesti ada fokus apabila berfikir. Otak kita jangan
merewang-rewang, otak kita sentiasa ingat pada objektif kita berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajarpelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangn itu. Jadikan AGO itu fokus
perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu.

Lembaran 6: Perancangan (Planning):
Latihan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih melakukan C & S, AGO, PMI dan CAF. Guru akan melihat akan
kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajar-pelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan. Pelajar akan mendapat satu kemahiran
menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka menaplikasikan ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan.

Lembaran 7: FIP (First Important Priorities):
Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang menjadi prioroti, ialah satu alat untuk
membuat fokus pada apa yang penting. Setelah pelajar-pelajar menggunakan alat-alat lain (PMI, CAF, C&S, dan AGO) barulah
mereka menggunakan FIP. Kaeedah ini juga membantu kita berfikir secara terfokus dan ia hanya mengambil kira perkara-perkara
yang penting sahaja.
FIP mengingatkan kita apa prioriti kita dan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting dan tidak patut
diutamakan. FIP ada kaitan dengan AGO kerana ia membantu kita mencapai AGO. Dalam kaedah FIP ini pelajar-pelajar perlu
dingatkan bahawa kaedah ini menentukan perkara yang paling penting untuk difikirkan. Kita selalu teringat macam-macam perkara
apabila kita sedang berfikir. Bukan semua perkara serupa pentingnya. Ada perkara yang sangat penting. Ada perkara penting dan ada
perkara yang kurang atau tidak penting langsung. Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang pada apa yang kita utamakan. Kalau
ia tidak kita utamakan, ia tidak penting. Fikirkan perkara yang lebih penting.
Kita selalu ada banyak pilihan (alternatif), oleh itu pilihan yang manakah sepatutnya kita pilih untuk menyelaraskan dengan apa yang
kita utamakan. Kalau kita tidak tahu apa yang sepatutnya diutamakan, cuba semak apa AGO kita. Apa-apa yang tidak selaras dengan
AGO, tidaklah penting, oleh itu tidak boleh diutamakan.
FIP menolong kita menjaga fokus kita berfikir. Ia menolong kita supaya tidak keliru sewaktu memikirkan barbagai fajtor yang terlibat
dalam persoalan yang kita hadapi dan sedang kita fikirkan. Setiap faktor kita perlu tentukan FIPnya. Ada faktor yang kita anggap
penting dan oleh itu perlu kita masukkan kedalam senarai prioriti kita. Kalau ada 10 faktor dan semua kita rasa prioriti belaka, kita
tidak dapat membuat pilihan. Oleh itu buatlah beberapa keputusan yang kita anggap paling penting. Kemudian pilih faktor-faktor itu
dengan membezakan dua perkara ini:
· Perkara yang kita rasa penting.
· Perkara yang sebenarnya penting.
Lembaran 8: APC (Alternatives, Possibilities and Choices):
Kaedah yang disarankan oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan kaedah alternatif
(alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices). Alat ini digunakan supaya kita dapat berfikir secara selari. Biasanya kita
berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan
pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi
emosional. APC juga gunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju
ke depan. “Nanti dulu”, Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum
otak maju kedepan. Ada banyak jenis alternatif yang boleh membantu kita membuat pilihan:
IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama, Idea-idea berbeza untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza.
Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Ada idea-idea baru untuk tujuan-tujuan baru.
PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Jam tangan ialah alat pengukur waktu. Jam tangan
adalah pengukur status pemakainya.
TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi, ada beberapa perkara yang dapat kita buat bagi menghadapinya. Ada beberapa cara kita boleh
menimbang sesekor gajah hidup.
PENYELESAIAN: Apabila berhadapan denan masalah, ada beberapa cara kita meyelesaikan masalah tersebut.
PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada beberapa cara pendekatan yang dapat kita gunakan bagi mencipta
penyelesaiannya. Dalam menangani masalah kenaikan kadar poligami, satu pendekatan ialah dengan membuat poligami lebih sukar.
PENJELASAN: Pelajar memberi penjelasan pada sesuatu persoalan. Contoh: Mengapakah sesuatu itu terjadi? Mengapakah remaja
mudah terpengaruh menggunakan dadah? Mengapa wanita lebih berleter daripada lelaki?
REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta yang dicipta, tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal reka cipta itu.
Pelajar akan merasa kesulitan dan kesukaran hendak berhent sejenak dan memikirkan alternatif-alternatif lain sedangkan alternatif
yang ada sudah cukup baik. Sewaktu membuat APC, kita mesti betul-betul jelas apa tujuan kita mencari alternatif baru. Ada kalanya
kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternatif-alternatif lain. Ada masanya memang kita tidak puas hati dengan cara-cara yang
ada sekarang. Jadi kita pun berfikir mencipta cara-cara yang lebih baik.

Lembaran 9: Keputusan (Decisions):
Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir FIP dan APC, disamping
kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Disini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik.
Lembaran 10: OPV (Other People‟s Views):
Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara ini, mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka
dan kesan atau implikasinya terhadap orang lain. Senaraikan orang-orang lain yang terlibat dalam idea kita serta fikirkan apa yang
mereka fikirkan berkenaan idea kita. OPV menolong dan membantu kita berfikir serta memahami dari sudut pandangan orang-orang
lain.
Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira pendapat dan pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam
sesuatu situasi. Alat ini menimbangi alat-alat lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi pelajar. Latihan ini memberi tekanan
pada perbezaan-perbezaan antara pandangan pelajar dengan pandangan pihak-pihak lain. Pelajar perlu sedar bahawa berfikir
dilakukan oleh manusia. Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada manusia-manusia lain. Kita berfikir dan membuat sesuatu
keputusan. Setelah berfikir, kita akan bertindak. Ada orang-orang yang akan terjejas secara langsung oleh fikiran kita. Ada pula orangorang yang akan terjejas secara tidak langsung. Patutkah mereka itu juga kita fikirkan?
Dunia ini penuh dengan manusia. Setiap manusia berfikir. Slepas habis berfikir mereka membuat keputusan. Selepas ini mereka
bertindak. Apa yang mereka buat bukan hanya menjejaskan diri mereka, tetapi diri ramai orang-orang lain. Setiap orang ada nilai-nilai
yang mereka pengang dan anuti. Kita perlu fikirkan apa orang lain sebenarnya fikir, bukan apa orang lain sepatutnya fikir berkenaan
perkara itu.
Untuk melatih pelajar membuat OPV, mula-mula buat senarai orang-orang lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara
tersebut. Selepas itu cuba bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara berkumpulan. Kalau kita terlibat
dalam konflik atau perbalahan, OPV sangat berguna. Gunakan OPV untuk memikirkan apa pendapat seteru atau penentang kita.
Dengan itu kita dapat memikirkan pendapat kedua-dua belah pihak. Apabila kita memikirkan pendapat-pendapat orang lain, kita
mestilah bersikap objektif.
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Aktiviti pengajaran-pembelajaran kemahiran berfikir sesuai dijalankan di pusat sumber sekolah. Penggunaan alatan dan bahan untuk
aktiviti terdapat di pusat sumber dan pelajar senang membuat rujukan apabila diperlukan. Diantara aktiviti yang boleh dijalankan ialah:
Membuat projek.
Membuat sesuatu projek akan melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Semasa melaksakan projek itu pelajar
dapat mempelajari kemahiran:
· menentukan projek yang hendak di lakukan.
· mencari dan memilih projek.
· menggunakan projek yang telah dilakukan.
· mencacat/merekod projek berkenaan.
· melapor dan mempersembahkan kepada guru/kumpulan.
· menilai projek berkenaan.
Penggunaan Lambaran Kerja
Pelajar haruslah belajar cara menyusun proses pemikirannya secara sistematik untuk penulisan, bertutur, membuat persembahan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Satu cara yang berkesan ialah dengan menggunakan lembaran kerja yang sesuai
yang terdiri daripada:
· Soalan-soalan yang tersusun bagi mengguna kemahiran berfikir yang tertentu.
· Langkah-langkah sebagai panduan untuk perbincangan kumpulan atau kerja individu di lembaran pengurusan lisan.
· Berbagai gambaran dengan kotak-kotak untuk jawapan sebagai panduan menghasilkan kemahiran berfikir yang tertentu mengikut
tajuk pembelajaran di lembaran pengurusan grafik.
· peta minda.
Penggunaan lembaran kerja memerlukan pelajar membuat rujukan dan mendapatkan matlamat yang tertentu. Dengan kegunaan
lembaran kerja yang sesuai pelajar akan dapat.
· Merekod maklumat dan melihat perhubungan di antara satu sama lain.
· Menyusun idea-idea untuk menulis karangan atau laporan dan membuat persembahan secara lisan.
· Memahami dan menguruskan pemikiran dan pembelajarannya.
· Mengingat maklumat dengan lebih mudah.
Pembelajaran secara kerjasama (Co-operative Learning):
Pembelajaran secara kerjasama merupakan salah satu kaedah yang sangat berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir. Dalam
kaedah ini pelajar-pelajar dalam kumpulan berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan tersebut.
Perbincangan:
Perbincangan boleh diadakan di antara guru dan pelajar atau di antara pelajar-pelajar sendiri dalam kumpulan. Perkara-perkara untuk
dibincangkan haruslah dirancangkan terlebih dahulu. Teknik ini juga berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir kerana
terdapat interaksi untuk menerang, menjelas, menilai, membuat inferens, membuat interpretasi dan membuuat kesimpulan.
Sumbangsaran/Percambahan Fikiran (Brainstorming):
Sumbangsaran adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghasilkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Untuk kaedah
ini berjaya diperlukan seorang penulis idea dan seorang pengerusi yang menggalakkan ahli-ahli kumpulan (8-10 orang) menjanakan
idea-idea tanpa dinilai atau dipertikai.ALAT CORT (Cognitve Research Trust)
Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998).
Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui
penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat
berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penyusun grafik,
soalan dan penyoalan, serta peta minda. Penggunaan alat berfikir CoRT1 dalam mata pelajaran
Sains masih belum meluas. Cadangan penggunaan alat berfikir CoRt1 dalam
pengajaran dan pembelajaran Sains boleh diaplikasikan sebagai salah alternatif untuk
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Berikut dikemukakan panduan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan alat berfikir CoRT1.
Dalam kumpulan kami, kami telah memilih dua alat berfikir, iaitu AGO, C&S dan APC daripada
CoRT1. Kami menggunakan alat berfikir AGO pada set induksi untuk menarik perhatian murid-murid. Selain itu, kami juga
menggunakan alat berfikir C & S pada langkah 1 untuk meramal kesan dan akibat bagi benda hidupsupaya memastikan murid-murid
betul memahami tujuan benda hidup memerlukan makanan, air, tempat tinggal, udara, cahaya matahari. Tambahan pula, kami
memilih APC pada langkah 3 bagi mengkategorikan benda hidup dan benda bukan hidup dalam pasangan
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran

: Sains

Kelas

:1A

Bilangan Murid

: 30 orang

Tema

: Benda-benda di sekeliling kita

Tajuk

: Benda hidup dan benda bukan hidup

Tarikh

: 9-11-2011

Masa

: 10.00-11.00 (60 minit)

Objektif

: Pada akhir pembelajaran murid dapat:-

I.

menyenaraikan benda hidup dan benda bukan hidup.

II.

mengkategorikan benda hidup dan benda bukan hidup.

III.

mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.

Hasil pembelajaran

: 1.1 Mengenalpasti benda hidup dengan benda bukan
hidup.

Aras 1
1.1.1Menyenaraikan dan mengkategorikan benda hidup dengan benda bukan hidup.
Nilai murni

: Cinta kepada binatang kesayangan
Alat berfikir

: OPV, C&S dan APC

Pengetahuan sedia ada

: Murid pernah melihat dan menghayati benda hidup dengan benda bukan hidup.

BBM

: Kad gambar, LCD, projektor, kad manila,

Aras/ Minit

Isi kandungan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

1. 1.Guru akan memaparkan gambar yang berkaitan
benda hidup dan benda bukan hidup kepada
Set induksi

Gambar

murid.

(5 minit)

2.

2.Guru akan mengemukan beberapa soalan
berdasarkan gambar tersebut.

3.

3.Guru akan memulakan pengajaran dan
pembelajaran apabila mendapat jawapan yang

1.

dikhendakinya daripada murid.
OPV :

1.Apakah anda boleh lihat dalam
gambar-gambar ini?
Ø

-burung. rumput, budak
perempuan,laut,bunga, ramarama,basikal,awan, matahari.

2.

2.Benda-benda dalam kumpulan ini

v
boleh di kategorikan sebagai apa?
Ø -Benda hidup dan benda bukan hidup
3. Guru menyoal murid, apakah
matlamat yang hendak dicapai ?
- Benda hidup dan benda bukan hidup

Ø

1.Manusia, binatang dan tumbuh-

1. 1.Guru akan memberikan penjelasan tentang
perbezaan antara benda hidup dengan benda
tumbuhan ialah benda hidup.
bukan hidup menggunakan slide show.
Ø 2. Benda hidup memerlukan
2. 2.Guru akan menjelaskan ciri-ciri benda hidup
makanan, air, tempat tinggal, udara,
dengan benda bukan hidup.
Langkah 1
cahaya matahari untuk terus hidup. 3. 3.Guru memangil murid-murid untuk
menyenaraikan benda hidup dan benda bukan
( 10 minit) Ø Contoh:
hidup yang mereka boleh lihat di persekitaran
-Benda hidup ialah guru, ikan , pokok sekolah secara spontan.
4. Guru memangil murid-murid untuk
kelapa dll.
menyatakan tujuan benda hidup memerlukan
Ø 3.Benda bukan hidup ialah benda yang
makanan, air, tempat tinggal, udara, cahaya
tidak memerlukan makanan, air,
matahari , murid-murid menjawab secara
spontan.
udara, tempat tinggal, cahaya
matahari.
Ø -Contoh benda bukan hidup ialah
pensel, kereta, rumah dll.
C&S:

LCD
Projektor
Komputer riba

Aktiviti individu
G

1.Guru meminta murid menyatakan
apakah tujuan benda hidup
memerlukan makanan, air, tempat
tinggal, udara, cahaya matahari

- - terus hidup.

-Benda hidup

jururawat
Langkah 2
(10 minit)
kucing

ikan

1. 1. Murid membahagikan murid-murid kepada 3
kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli.
2. 2.Guru mengedarkan kad manila, gam dan kadkad gambar benda hidup.
3. 3.Guru mengarahkan murid-murid supaya
mengkategorikan gambar-gambar tersebut
mengikut kumpulan masing-masing.
4. 4.Guru meminta murid supaya melabelkan
gambar-gambar tersebut.
5. 5.Guru membantu murid-murid untuk
mengkategorikan gambar-gambar tersebut.
6. 6.Wakil kumpulan akan membentangkan hasil
kumpulan masing-masing.

- Gunting
- Kad gambar-gambar
- Gam
- Kad manila

- Aktiviti kumpulan
pokok epal

-Bennda bukan hidup

sofa

beg sekolah

bas
cerek

APC :

1. 1.Murid akan duduk dengan pasangan mereka.
2. 2.Guru akan memberikan masa selama lima minit
1.Guru meminta murid-murid
Aktiviti pasangan
untuk murid-murid menyenaraikan lima benda
mengkategorikan benda hidup dan
hidup dan lima benda bukan hidup bersama
benda bukan hidup dalam pasangan.
Nilai murni:
dengan pasangan mereka.
3. 3.Guru memanggil salah seorang daripada
lai
pasangan mereka untuk membentangkan hasil
Langkah 3
Sayang kepada
mereka.
(10 minit)
-Benda hidup
binatang kesayangan
4. 4.Guru menekankan supaya murid-murid harus
sayang kepada binatang kesayangan mereka
Ø 1.Sotong
dengan memberikan makanan yang secukupnya
Ø 2.Pekebun
setiap hari.
Ø 3.Bunga ros
Ø 4.Kucing
Ø 5.Pokok ubi
B -Benda bukan hidup
Ø 1.Kerusi
Ø 2.Meja
Ø 3.Pemadam
Ø 4.Baju
Ø 5.Jam dinding

Penilaian

Le

Lembaran kerja

(10 minit)

Rumusan : manusia, tumbuh-

Penutup
(5 minit)

1. 1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
murid-murid.
2. 2.Murid-murid akan potong gambar benda hidup
dan benda bukan benda kemudian tampal pada
ruang yang disediakan.
3. 3.Murid-murid pandai akan menjawab dengan
sendiri manakala guru akan membimbing muridmurid yang lemah.

1. 1.Guru akan membuat rumusan tentang
pengajaran dan pembelajaran hari ini.
tumbuhan dan binatang ialah benda
2. 2.Secara spontan guru memanggil murid-murid
hidup.
untuk menyenaraikan benda hidup dan benda
B -Benda hidup
bukan hidup.
33
Ø 1.Kucing

Aktiviti individu

Rumusan

Aktiviti individu
Ø 2.Ayam
-Benda bukan hidup
Ø 1.Kasut
Ø 2.Payung
BIBIOGRAFI
http://www.scribd.com/doc/173729573/Edward-de-Bono-Menggunakan-Pendekatan-CORT-Thinking-Program

http://www.youtube.com/watch?v=2jtM6CdRxnM

http://www.scribd.com/doc/173725769/Kemahiran-Proses-Sains

http://www.scribd.com/doc/173727615/Scintific-Skills

http://www.slideshare.net/ghazally/21st-century-skills-24707317

http://www.teaching-algebra.com/index.php/view-4mat-for-teaching-algebra-demo

http://www.scribd.com/doc/173923266/Panduan-Penggunaan-CoRT1

http://www.scribd.com/doc/173728352/Teaching-Thinking

More Related Content

What's hot

Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahIdah Malek
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirMiss Q
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaanFarah Husna
 
pertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakap
pertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakappertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakap
pertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakapKhairul Hanan
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruShuk Ri
 
Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 20145225790
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 

What's hot (20)

Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Sukatan Kecenderungan Memusat
Sukatan Kecenderungan MemusatSukatan Kecenderungan Memusat
Sukatan Kecenderungan Memusat
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan
 
pertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakap
pertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakappertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakap
pertolongan cemas, anduh, pbsm, pengakap
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 

Viewers also liked

Cort 1 & Soalan
Cort 1 & SoalanCort 1 & Soalan
Cort 1 & SoalanNor Azlina
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalZuzan Michael Japang
 
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahRancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
Kb Alat Co R T 1
Kb Alat  Co R T 1Kb Alat  Co R T 1
Kb Alat Co R T 1nsmm
 
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarRPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarZuzan Michael Japang
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahZuzan Michael Japang
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahBadRule Izraeel
 
Teknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatifTeknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatifMazmon Mahmud
 
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...Zuzan Michael Japang
 
Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1mohd zaidi
 

Viewers also liked (10)

Cort 1 & Soalan
Cort 1 & SoalanCort 1 & Soalan
Cort 1 & Soalan
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
 
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan MasalahRancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
Rancangan Pengajaran Harian Pendekatan Pengajaran Berasaskan Masalah
 
Kb Alat Co R T 1
Kb Alat  Co R T 1Kb Alat  Co R T 1
Kb Alat Co R T 1
 
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajarRPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Gabungan Kaedah dan pelajar
 
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan MasalahHuraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
Huraian RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah
 
Sukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolahSukatan pelajaran prasekolah
Sukatan pelajaran prasekolah
 
Teknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatifTeknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatif
 
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
RPH Kepelbagaian Pelajar Model Hunter Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pelaja...
 
Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1Matematik tingkatan 1
Matematik tingkatan 1
 

Similar to Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)

Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsAng You Koon
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Rosdi Ramli
 
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisismenggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisisrobby chandra
 
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasiKb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasipjj_kemenkes
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Fara Megat
 
Kb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anakKb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anakpjj_kemenkes
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...yuyunyuslina
 
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJOMODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJODaniel Doni
 
Uas tekno retha
Uas tekno rethaUas tekno retha
Uas tekno retha030391
 
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdfPutimasuraiPutimasur
 
Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)
Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)
Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)wishnu mahendra
 
Kb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anak
Kb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anakKb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anak
Kb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anakpjj_kemenkes
 
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptbab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptPujieRetnasuminar2
 
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdfretnork
 
Kb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anak
Kb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anakKb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anak
Kb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anakpjj_kemenkes
 
Kb 2 pesiapan akan dilakukan
Kb 2 pesiapan akan dilakukanKb 2 pesiapan akan dilakukan
Kb 2 pesiapan akan dilakukanpjj_kemenkes
 

Similar to Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1) (20)

Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains
 
Bab 5.2
Bab 5.2Bab 5.2
Bab 5.2
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
 
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisismenggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
menggunakan pikiran logis, kritis, kreatif dalam analisis
 
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasiKb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
Kb 2 petunjuk bimbingan antisipasi
 
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
Faktor Utama Ketidakhadiran Kakitangan dan Strategi Kreatif untuk Mengurangka...
 
Kb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anakKb 4 bermain pada anak
Kb 4 bermain pada anak
 
Jungle paintball management training
Jungle paintball management trainingJungle paintball management training
Jungle paintball management training
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - MODUL PROJEK - KENALI DAN RAWAT TUB...
 
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJOMODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
MODUL LEARNING ORGANIZATION by DANIEL DONI SUNDJOJO
 
Uas tekno retha
Uas tekno rethaUas tekno retha
Uas tekno retha
 
Uas tekno retha
Uas tekno rethaUas tekno retha
Uas tekno retha
 
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
0308171008MODUL_4_NARASI_COACHING.pdf
 
Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)
Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)
Manajemen Diri dan Waktu (Skala Prioritas)
 
Kb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anak
Kb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anakKb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anak
Kb 3 persiapan pre dan postoperasi pada anak
 
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.pptbab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
bab_7_problem_solving_1_ppt.ppt
 
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
08. Pembelajaran Orang Dewasa.pdf
 
Kb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anak
Kb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anakKb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anak
Kb 1 konsep dasar pertumbuhan dan perkembangan anak
 
Kb 2 pesiapan akan dilakukan
Kb 2 pesiapan akan dilakukanKb 2 pesiapan akan dilakukan
Kb 2 pesiapan akan dilakukan
 
menggali-potensi-diri.ppt
menggali-potensi-diri.pptmenggali-potensi-diri.ppt
menggali-potensi-diri.ppt
 

Laporan rancangan pelajaran harian(cort 1)

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, PARIT RAJA, BATU PAHAT BBR 36903 KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
  • 2. TAJUK TUGASAN : LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(CORT 1) NAMA PELAJAR : KIEW PIK KING ONG CHIN HOCK ( DB100676 ) ( DB100485 ) TAN CHIOU SHING ( DB100490 ) TAN PEI GYAN ( DB100678 ) WHOO SENG HWA ( DB100482 ) NAMA PROGRAM : PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (SR) PENGKHUSUSAN MUDA PENDIDIKAN ( SR ) DENGAN KEPUJIAN SAINS (SEKSYEN 1) SESI PENGAJIAN : 2013/2014 ( SEMESTER6 ) NAMA PENSYARAH : En TARIK H HANTAR Ghazally Spahat :9/11/2013 : SARJANA
  • 3. Alat Kemahiran Berfikir CoRT 1 ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR CoRT 1 DALAM SAINS PENDAHULUAN Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Rasulullah pembawa rahmat ke sekelian alam. Proses pengajaran dan pembelajaran hari ini perlu kepada pelbagai pembaharuan dari masa ke semasa. Dalam era globalisasi ini GuruGuru Sains perlu berani melakukan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan kaedah pedagogi perlu dikuasai dan diperkembangkan bagi memenuhi tuntutan cabaran yang mendatang dalam dunia pendidikan terkini. Lantaran itu, saya mengambil langkah ke hadapan dengan cuba mengketengahkan panduan pengajaran Sains dengan menggunakan alat kemahiran berfikir. Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De Bono. Walaupun ilmu ini diperkembangkan oleh orang bukan Islam, tetapi sesuatu yang baik perlu diterima dan dipraktikkan untuk kebaikan bersama. Satu contoh panduan pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan alat kemahiran berfikir telah disediakan. Panduan ini diharap dapat membantu guru-guru Sains mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P yang berkesan dan menarik. PROGRAM CoRT oleh Edward de Bono Program CoRT mengandungi enam bahagian. Tiap-tiap bahagian mengandungi sepuluh pelajaran. CoRT 1 : Keluasan persepsi
  • 4. CoRT 2 : Organisasi proses berfikir CoRT 3 : Intraksi, argumen, pemikiran kritikal CoRT 4 : Pemikiran kreatif CoRT 5 : Maklumat dan perasaan CoRT 6 : Tindakan (kerangka untuk berfikir langkah-demi langkah). Program CoRT direkacipta untuk meliputi aspek-aspek pemikiran kreatif, konstruktif dan kritikal. Edward de Bono menyarankan supaya CoRT 1, sentiasa diajarkan dahulu. Selepas itu bahagian-bahagian lain boleh diperkenalkan apabila dikehendaki. Program CoRT 1 mengandungi sepuluh pelajaran. Tiap pelajaran dicetak pada lembaran berasingan. Lembaran 1 ; PMI (Plus, Minus, Interesting): Dalam pelajaran ini pelajar dikehendaki supaya memikirkan dan menyenaraikan semua kebaikan (Plus), keburukan (Minus) dan menarik (Interesting) pada sesuatu idea. Tujuan alat ini ialah supaya pelajar meluaskan pemikirannya apabila melihat sesuatu situasi. Alat ini berfungsi sebagai kaedah untuk mengelakkan kecenderungan biasa di mana seseorang terdorong untuk membuat reaksi emosional pada sesuatu idea. Gunakanlah alat PMI ini sebelum kita membuat sebarang keputusan dan tindakan. Kaedah PMI membuat kita luas pandangan. Ramai individu yang pintar-pintar, apabila mereka berfikir, mereka gunakan otak dan pengetahuan mereka untuk mempertahankan apa-apa yang mereka percaya adalah benar dan betul. Biasanya ini mereka lakukan dengan membuktikan pandangan dan pendapat orang-orang lain yang tidak selaras dengan pendapat mereka sebagai pendapat yang salah. Dalam aktiviti menajamkan kemahiran berfikir kepada pelajar, guru atau pendidik perlu menerangkan kaedah PMI ini dengan jelas supaya mereka faham. Kaedah berfikir PMI ini melihat individu-individu membuat penilaian keatas apa-apa yang mereka lihat mahupun dengar: itu salah, ini betul; itu halal, ini haram; itu untung, ini rugi; dan macam-macam penilaian lain. Penilaian itu mereka buat berdasarkan apa yang mereka tahu. PMI ialah satu alat untuk berfikir yang bertujuan memperluaskan persepsi individu. Pmi memaksa kita supaya berhenti sejenak sebelum cepat-cepat membuat penilaian. Ia menghendaki kita supaya memikirkan dahulu
  • 5. situasi yang ada di depan kita sebelum membuat sebarang pendapat atau keputusan. PMI ini adalah alat yang kita gunakan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Ia menolong kita memandang kepada banyak hala. Hasilnya persepsi kita akanmenjadi luas. Pandangan kita juga ikut luas. Dengan demikian fikiran kita tidak sempit. PMI ini satu alat berfikir yang mudah dipakai oleh kita. Ia sangat sesuai dengan kehidupan sehari-jari. Menurut Dr. Edward de Bono, alat ini amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah. Lembaran 2: CAF (Consider All Factors): CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat yang di perkenalkan oleh Dr. Edward de Bono untuk melatih kita berfikir cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting. Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea. Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita berfikir, otak kita menonong menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor mesti kita cari sebelum membuat sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah. Para pendidik atau guru perlu diingatkan bahawa CAF ini ialah alat berfikir yang mudah dipelajari, diingat dan digunakan dalam hidup sehari-hari. CAF ialah alat yang menjuruskan supaya otak kita jangan berfikir satu hala sahaja. Oleh itu ia dapat menolong persepsi kita jadi luas supaya pendapat dan keputusan-keputusan yang kita buat menjadi lebih baik. Lembaran 3: Peraturan (Rules): Latihan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat satu kerangka persoalan yang difikirkan untuk menyelesaikan masalah atau mengambil keputusan setelah mengambil kira semua faktor-faktor (CAF) dan dalam mana yang baik, yang buruk dan
  • 6. yang menarik (PMI). Pelajar akan menggunakan CAF untuk mencipta peraturan-peraturan baru. PMI digunakan untuk menyorot peraturan yang sudah sedia ada atau yang baru dicipta untuk mengambil sesuatu keputusan. Lembaran 4: C & S (Consequence and Sequel) Kesan dan akibat daripada kesan ini, selalu disebut „C‟ dan „S‟, digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dan untuk membuat penilaian. C & S boleh digunakan untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan, membantu kita melihat jauh ke hadapan, membuat kita “panjang akal” dan ia boleh digunakan bersama-sama dengan CAF dan OPV. Latihan ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesankesan dan akibat-akibat keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat berfikir yang paling berguna. Selalunya, setelah kita habis berfikir, kita akan membuat keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Keputusan yang kita buat hari ini akan menimbulkan kesan-kesannya pada hari esok dan masa depan. Guru atau pendidik kemahiran berfikir ini perlu menekankan bahawa kaedah C & S merupakan satu alat untuk melihat jauh kedepan, ke masa akan datang. Ia membantu kita untuk berfikir jauh ke depan sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan hanya fikir untung sekarang, fikirkan juga rugi esok atau lusa. Masa depan masih jauh. Ia serba tidak pasti. Sukar untuk meramalkan apa yang akan terjadi. Tapi masa depan ialah suatu faktor yang mesti difikirkan juga. Ia melibatkan nasib kita. Ia juga melibatkan nasib orang-orang lain. Ia mesti diambil kira, walaupun ia serba tidak jelas dan tidak pasti. Kita tidak mungkin dapat meramalkan masa depan dengan tepat. Kita tidak ada maklumat sama sekali tentang masa depan. Maklumat hanya ada apabila telah berlaku. Maka itulah sebabnya sangat penting supaya kita fikirkan masa depan bagi setiap keputusan yang kita buat sekarang. Apabila kita sudah membuat pilihan, mari kita cuba ramalkan apa akan jadi kalau kita teruskan rancangan kita itu. Apakah kesan-kesan utama dan kesan-kesan sampingan yang akan kita hadapi dan apa yang akan terjadi selanjutnya nanti. Pelajar perlu di tekankan juga, sebelum kita membuat sebarang pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk mendapat pilihan yang tepat.
  • 7. Begitu juga keatas semua alternatif yang ada di depan kita. Lihat alternatif mana yang paling baik dan paling selamat. Buat C & S, FIP dan PMI bersama-sama. Alat-alat itu akan menolong pelajar membuat pilihan terbaik. Lembaran 5: AGO (Aims, Goals, and Objectives): Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan objektif (Objectives) atau ia dikenali sebagai AGO, ini dapat memperluaskan sudut pandangan kita dan menolong kita membuat fokos yang betul semasa berfikir serta menolong kita sentiasa ingat tujuan asal kita berfikir supaya kita tidak lari daripada matlamat yang hendak dicapai. AGO menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspek-aspek “oleh sebab” dan “supaya” untuk menjuruskan mereka berfikir cara memfokuskan persoalan yang hendak di selesaikan. AGO mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Kerap kali kita berfikir berputar-putar, kadang-kadang menyeleweng adakalanya fikiran kita menghadapi jalan buntu. Dalam keadaan begitu, kita terlupa objektif asal kita mula-mula berfikir. Kita mesti ada fokus apabila berfikir. Otak kita jangan merewang-rewang, otak kita sentiasa ingat pada objektif kita berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajarpelajar hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangn itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk perbincangan itu. Lembaran 6: Perancangan (Planning): Latihan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berlatih melakukan C & S, AGO, PMI dan CAF. Guru akan melihat akan kemahiran-kemahiran yang ada pada pelajar-pelajar menguasai kaedah-kaedah berkenaan. Pelajar akan mendapat satu kemahiran menggunakan keempat-empat kaedah untuk mereka menaplikasikan ketika proses menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Lembaran 7: FIP (First Important Priorities):
  • 8. Pelajar-pelajar didedahkan dengan kaedah mementingkan perkara-perkara penting yang menjadi prioroti, ialah satu alat untuk membuat fokus pada apa yang penting. Setelah pelajar-pelajar menggunakan alat-alat lain (PMI, CAF, C&S, dan AGO) barulah mereka menggunakan FIP. Kaeedah ini juga membantu kita berfikir secara terfokus dan ia hanya mengambil kira perkara-perkara yang penting sahaja. FIP mengingatkan kita apa prioriti kita dan mengelakkan kita daripada memikirkan perkara-perkara yang tidak penting dan tidak patut diutamakan. FIP ada kaitan dengan AGO kerana ia membantu kita mencapai AGO. Dalam kaedah FIP ini pelajar-pelajar perlu dingatkan bahawa kaedah ini menentukan perkara yang paling penting untuk difikirkan. Kita selalu teringat macam-macam perkara apabila kita sedang berfikir. Bukan semua perkara serupa pentingnya. Ada perkara yang sangat penting. Ada perkara penting dan ada perkara yang kurang atau tidak penting langsung. Penting atau tidak sesuatu perkara itu terpulang pada apa yang kita utamakan. Kalau ia tidak kita utamakan, ia tidak penting. Fikirkan perkara yang lebih penting. Kita selalu ada banyak pilihan (alternatif), oleh itu pilihan yang manakah sepatutnya kita pilih untuk menyelaraskan dengan apa yang kita utamakan. Kalau kita tidak tahu apa yang sepatutnya diutamakan, cuba semak apa AGO kita. Apa-apa yang tidak selaras dengan AGO, tidaklah penting, oleh itu tidak boleh diutamakan. FIP menolong kita menjaga fokus kita berfikir. Ia menolong kita supaya tidak keliru sewaktu memikirkan barbagai fajtor yang terlibat dalam persoalan yang kita hadapi dan sedang kita fikirkan. Setiap faktor kita perlu tentukan FIPnya. Ada faktor yang kita anggap penting dan oleh itu perlu kita masukkan kedalam senarai prioriti kita. Kalau ada 10 faktor dan semua kita rasa prioriti belaka, kita tidak dapat membuat pilihan. Oleh itu buatlah beberapa keputusan yang kita anggap paling penting. Kemudian pilih faktor-faktor itu dengan membezakan dua perkara ini: · Perkara yang kita rasa penting. · Perkara yang sebenarnya penting.
  • 9. Lembaran 8: APC (Alternatives, Possibilities and Choices): Kaedah yang disarankan oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan kaedah alternatif (alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices). Alat ini digunakan supaya kita dapat berfikir secara selari. Biasanya kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga gunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. “Nanti dulu”, Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita berhenti seketika sebelum otak maju kedepan. Ada banyak jenis alternatif yang boleh membantu kita membuat pilihan: IDEA: Idea-idea alternatif untuk melakukan perkara yang sama, Idea-idea berbeza untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Ada idea baru untuk tujuan yang sama. Ada idea-idea baru untuk tujuan-tujuan baru. PERSEPSI: Benda atau perkara yang sama boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Jam tangan ialah alat pengukur waktu. Jam tangan adalah pengukur status pemakainya. TINDAKAN: Dalam sesuatu situasi, ada beberapa perkara yang dapat kita buat bagi menghadapinya. Ada beberapa cara kita boleh menimbang sesekor gajah hidup. PENYELESAIAN: Apabila berhadapan denan masalah, ada beberapa cara kita meyelesaikan masalah tersebut. PENDEKATAN: Apabila berhadapan dengan masalah, ada beberapa cara pendekatan yang dapat kita gunakan bagi mencipta penyelesaiannya. Dalam menangani masalah kenaikan kadar poligami, satu pendekatan ialah dengan membuat poligami lebih sukar. PENJELASAN: Pelajar memberi penjelasan pada sesuatu persoalan. Contoh: Mengapakah sesuatu itu terjadi? Mengapakah remaja mudah terpengaruh menggunakan dadah? Mengapa wanita lebih berleter daripada lelaki? REKA CIPTA: Ada pelbagai reka cipta yang dicipta, tiap-tiap satu daripada reka cipta itu tetap memenuhi tujuan asal reka cipta itu. Pelajar akan merasa kesulitan dan kesukaran hendak berhent sejenak dan memikirkan alternatif-alternatif lain sedangkan alternatif
  • 10. yang ada sudah cukup baik. Sewaktu membuat APC, kita mesti betul-betul jelas apa tujuan kita mencari alternatif baru. Ada kalanya kita dipaksa oleh keadaan untuk mencipta alternatif-alternatif lain. Ada masanya memang kita tidak puas hati dengan cara-cara yang ada sekarang. Jadi kita pun berfikir mencipta cara-cara yang lebih baik. Lembaran 9: Keputusan (Decisions): Latihan ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk melakukan kaedah kemahiran berfikir FIP dan APC, disamping kemahiran-kemahiran lain yang lebih awal. Disini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang baik. Lembaran 10: OPV (Other People‟s Views): Pelajar didedahkan dengan melihat pandangan orang lain, dengan cara ini, mereka dapat memperluaskan lagi sudut pandangan mereka dan kesan atau implikasinya terhadap orang lain. Senaraikan orang-orang lain yang terlibat dalam idea kita serta fikirkan apa yang mereka fikirkan berkenaan idea kita. OPV menolong dan membantu kita berfikir serta memahami dari sudut pandangan orang-orang lain. Latihan ini mengarahkan pemikiran pelajar supaya mengambil kira pendapat dan pandangan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam sesuatu situasi. Alat ini menimbangi alat-alat lain yang ditumpukan pada pandangan peribadi pelajar. Latihan ini memberi tekanan pada perbezaan-perbezaan antara pandangan pelajar dengan pandangan pihak-pihak lain. Pelajar perlu sedar bahawa berfikir dilakukan oleh manusia. Hasil pemikiran kita akan ada kesannya kepada manusia-manusia lain. Kita berfikir dan membuat sesuatu keputusan. Setelah berfikir, kita akan bertindak. Ada orang-orang yang akan terjejas secara langsung oleh fikiran kita. Ada pula orangorang yang akan terjejas secara tidak langsung. Patutkah mereka itu juga kita fikirkan? Dunia ini penuh dengan manusia. Setiap manusia berfikir. Slepas habis berfikir mereka membuat keputusan. Selepas ini mereka
  • 11. bertindak. Apa yang mereka buat bukan hanya menjejaskan diri mereka, tetapi diri ramai orang-orang lain. Setiap orang ada nilai-nilai yang mereka pengang dan anuti. Kita perlu fikirkan apa orang lain sebenarnya fikir, bukan apa orang lain sepatutnya fikir berkenaan perkara itu. Untuk melatih pelajar membuat OPV, mula-mula buat senarai orang-orang lain yang kena-mengena dan terlibat dalam perkara tersebut. Selepas itu cuba bayangkan apa pendapat-pendapat mereka secara individu ataupun secara berkumpulan. Kalau kita terlibat dalam konflik atau perbalahan, OPV sangat berguna. Gunakan OPV untuk memikirkan apa pendapat seteru atau penentang kita. Dengan itu kita dapat memikirkan pendapat kedua-dua belah pihak. Apabila kita memikirkan pendapat-pendapat orang lain, kita mestilah bersikap objektif. KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Aktiviti pengajaran-pembelajaran kemahiran berfikir sesuai dijalankan di pusat sumber sekolah. Penggunaan alatan dan bahan untuk aktiviti terdapat di pusat sumber dan pelajar senang membuat rujukan apabila diperlukan. Diantara aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Membuat projek. Membuat sesuatu projek akan melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir. Semasa melaksakan projek itu pelajar dapat mempelajari kemahiran: · menentukan projek yang hendak di lakukan. · mencari dan memilih projek. · menggunakan projek yang telah dilakukan. · mencacat/merekod projek berkenaan. · melapor dan mempersembahkan kepada guru/kumpulan. · menilai projek berkenaan. Penggunaan Lambaran Kerja
  • 12. Pelajar haruslah belajar cara menyusun proses pemikirannya secara sistematik untuk penulisan, bertutur, membuat persembahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Satu cara yang berkesan ialah dengan menggunakan lembaran kerja yang sesuai yang terdiri daripada: · Soalan-soalan yang tersusun bagi mengguna kemahiran berfikir yang tertentu. · Langkah-langkah sebagai panduan untuk perbincangan kumpulan atau kerja individu di lembaran pengurusan lisan. · Berbagai gambaran dengan kotak-kotak untuk jawapan sebagai panduan menghasilkan kemahiran berfikir yang tertentu mengikut tajuk pembelajaran di lembaran pengurusan grafik. · peta minda. Penggunaan lembaran kerja memerlukan pelajar membuat rujukan dan mendapatkan matlamat yang tertentu. Dengan kegunaan lembaran kerja yang sesuai pelajar akan dapat. · Merekod maklumat dan melihat perhubungan di antara satu sama lain. · Menyusun idea-idea untuk menulis karangan atau laporan dan membuat persembahan secara lisan. · Memahami dan menguruskan pemikiran dan pembelajarannya. · Mengingat maklumat dengan lebih mudah. Pembelajaran secara kerjasama (Co-operative Learning): Pembelajaran secara kerjasama merupakan salah satu kaedah yang sangat berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir. Dalam kaedah ini pelajar-pelajar dalam kumpulan berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah digunakan sebagai bahan rujukan bagi tujuan tersebut. Perbincangan: Perbincangan boleh diadakan di antara guru dan pelajar atau di antara pelajar-pelajar sendiri dalam kumpulan. Perkara-perkara untuk dibincangkan haruslah dirancangkan terlebih dahulu. Teknik ini juga berkesan dalam perkembangan kemahiran berfikir kerana
  • 13. terdapat interaksi untuk menerang, menjelas, menilai, membuat inferens, membuat interpretasi dan membuuat kesimpulan. Sumbangsaran/Percambahan Fikiran (Brainstorming): Sumbangsaran adalah satu kaedah yang sangat berkesan untuk menghasilkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Untuk kaedah ini berjaya diperlukan seorang penulis idea dan seorang pengerusi yang menggalakkan ahli-ahli kumpulan (8-10 orang) menjanakan idea-idea tanpa dinilai atau dipertikai.ALAT CORT (Cognitve Research Trust) Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998). Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda. Penggunaan alat berfikir CoRT1 dalam mata pelajaran Sains masih belum meluas. Cadangan penggunaan alat berfikir CoRt1 dalam pengajaran dan pembelajaran Sains boleh diaplikasikan sebagai salah alternatif untuk mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Berikut dikemukakan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dengan menggunakan alat berfikir CoRT1. Dalam kumpulan kami, kami telah memilih dua alat berfikir, iaitu AGO, C&S dan APC daripada CoRT1. Kami menggunakan alat berfikir AGO pada set induksi untuk menarik perhatian murid-murid. Selain itu, kami juga menggunakan alat berfikir C & S pada langkah 1 untuk meramal kesan dan akibat bagi benda hidupsupaya memastikan murid-murid betul memahami tujuan benda hidup memerlukan makanan, air, tempat tinggal, udara, cahaya matahari. Tambahan pula, kami memilih APC pada langkah 3 bagi mengkategorikan benda hidup dan benda bukan hidup dalam pasangan
  • 14. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata pelajaran : Sains Kelas :1A Bilangan Murid : 30 orang Tema : Benda-benda di sekeliling kita Tajuk : Benda hidup dan benda bukan hidup Tarikh : 9-11-2011 Masa : 10.00-11.00 (60 minit) Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:- I. menyenaraikan benda hidup dan benda bukan hidup. II. mengkategorikan benda hidup dan benda bukan hidup. III. mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. Hasil pembelajaran : 1.1 Mengenalpasti benda hidup dengan benda bukan hidup. Aras 1 1.1.1Menyenaraikan dan mengkategorikan benda hidup dengan benda bukan hidup. Nilai murni : Cinta kepada binatang kesayangan
  • 15. Alat berfikir : OPV, C&S dan APC Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat dan menghayati benda hidup dengan benda bukan hidup. BBM : Kad gambar, LCD, projektor, kad manila, Aras/ Minit Isi kandungan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan 1. 1.Guru akan memaparkan gambar yang berkaitan benda hidup dan benda bukan hidup kepada Set induksi Gambar murid. (5 minit) 2. 2.Guru akan mengemukan beberapa soalan berdasarkan gambar tersebut. 3. 3.Guru akan memulakan pengajaran dan pembelajaran apabila mendapat jawapan yang 1. dikhendakinya daripada murid. OPV : 1.Apakah anda boleh lihat dalam gambar-gambar ini? Ø -burung. rumput, budak perempuan,laut,bunga, ramarama,basikal,awan, matahari. 2. 2.Benda-benda dalam kumpulan ini v
  • 16. boleh di kategorikan sebagai apa? Ø -Benda hidup dan benda bukan hidup 3. Guru menyoal murid, apakah matlamat yang hendak dicapai ? - Benda hidup dan benda bukan hidup Ø 1.Manusia, binatang dan tumbuh- 1. 1.Guru akan memberikan penjelasan tentang perbezaan antara benda hidup dengan benda tumbuhan ialah benda hidup. bukan hidup menggunakan slide show. Ø 2. Benda hidup memerlukan 2. 2.Guru akan menjelaskan ciri-ciri benda hidup makanan, air, tempat tinggal, udara, dengan benda bukan hidup. Langkah 1 cahaya matahari untuk terus hidup. 3. 3.Guru memangil murid-murid untuk menyenaraikan benda hidup dan benda bukan ( 10 minit) Ø Contoh: hidup yang mereka boleh lihat di persekitaran -Benda hidup ialah guru, ikan , pokok sekolah secara spontan. 4. Guru memangil murid-murid untuk kelapa dll. menyatakan tujuan benda hidup memerlukan Ø 3.Benda bukan hidup ialah benda yang makanan, air, tempat tinggal, udara, cahaya tidak memerlukan makanan, air, matahari , murid-murid menjawab secara spontan. udara, tempat tinggal, cahaya matahari. Ø -Contoh benda bukan hidup ialah pensel, kereta, rumah dll. C&S: LCD Projektor Komputer riba Aktiviti individu
  • 17. G 1.Guru meminta murid menyatakan apakah tujuan benda hidup memerlukan makanan, air, tempat tinggal, udara, cahaya matahari - - terus hidup. -Benda hidup jururawat Langkah 2 (10 minit) kucing ikan 1. 1. Murid membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli. 2. 2.Guru mengedarkan kad manila, gam dan kadkad gambar benda hidup. 3. 3.Guru mengarahkan murid-murid supaya mengkategorikan gambar-gambar tersebut mengikut kumpulan masing-masing. 4. 4.Guru meminta murid supaya melabelkan gambar-gambar tersebut. 5. 5.Guru membantu murid-murid untuk mengkategorikan gambar-gambar tersebut. 6. 6.Wakil kumpulan akan membentangkan hasil kumpulan masing-masing. - Gunting - Kad gambar-gambar - Gam - Kad manila - Aktiviti kumpulan
  • 18. pokok epal -Bennda bukan hidup sofa beg sekolah bas
  • 19. cerek APC : 1. 1.Murid akan duduk dengan pasangan mereka. 2. 2.Guru akan memberikan masa selama lima minit 1.Guru meminta murid-murid Aktiviti pasangan untuk murid-murid menyenaraikan lima benda mengkategorikan benda hidup dan hidup dan lima benda bukan hidup bersama benda bukan hidup dalam pasangan. Nilai murni: dengan pasangan mereka. 3. 3.Guru memanggil salah seorang daripada lai pasangan mereka untuk membentangkan hasil Langkah 3 Sayang kepada mereka. (10 minit) -Benda hidup binatang kesayangan 4. 4.Guru menekankan supaya murid-murid harus sayang kepada binatang kesayangan mereka Ø 1.Sotong dengan memberikan makanan yang secukupnya Ø 2.Pekebun setiap hari. Ø 3.Bunga ros Ø 4.Kucing Ø 5.Pokok ubi
  • 20. B -Benda bukan hidup Ø 1.Kerusi Ø 2.Meja Ø 3.Pemadam Ø 4.Baju Ø 5.Jam dinding Penilaian Le Lembaran kerja (10 minit) Rumusan : manusia, tumbuh- Penutup (5 minit) 1. 1.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. 2. 2.Murid-murid akan potong gambar benda hidup dan benda bukan benda kemudian tampal pada ruang yang disediakan. 3. 3.Murid-murid pandai akan menjawab dengan sendiri manakala guru akan membimbing muridmurid yang lemah. 1. 1.Guru akan membuat rumusan tentang pengajaran dan pembelajaran hari ini. tumbuhan dan binatang ialah benda 2. 2.Secara spontan guru memanggil murid-murid hidup. untuk menyenaraikan benda hidup dan benda B -Benda hidup bukan hidup. 33 Ø 1.Kucing Aktiviti individu Rumusan Aktiviti individu
  • 21. Ø 2.Ayam -Benda bukan hidup Ø 1.Kasut Ø 2.Payung
  • 22.
  • 23.
  • 24.
  • 25.