SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1.0 PENGENALAN


   Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam
menghadapi persaingan abad ke 21. Namun keazaman Malaysia untuk menjadi sebuah negara
yang maju, berdaya saing dan teguh tetap kekal utuh . Misi nasional telah disediakan bagi
menggaris pendekatan yang akan dilaksanakan untuk menangani cabaran dan mencapai
matlamat negara seperti mana yang telah ditetapkan dalam wawasan 2020. Sesungguhnya
kejayaan agenda pembangunan modal insan kelas pertama amat bergantung kepada mutu sistem
pendidikan negara. Oleh itu kerajaan berhasrat untuk menggerakkan satu usaha untuk
mentransformasikan pendidikan negara pada semua peringkat dari pra sekolah hingga pengajian
tinggi. (Petikan kata-kata aluan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam buku Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara Melangkaui tahun 2020).
       Sejajar dengan hasrat kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan
Visi dan Misi yang berdaya saing di peringkat global. Visi KPT adalah untuk menjadikan
Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian tinggi Menjelang Tahun 2020 manakala Misi KPT
adalah untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke
arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak
mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa (KPT, 2007)
       Selain berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu, universiti perlu meningkatkan
peranan melahirkan modal insan berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan
semasa dan masa hadapan negara. Graduan ideal yang berbakat ini selain menguasai kemahiran
teknikal, mereka juga memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah seperti bijak berkomunikasi, mahir
dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah untuk penghasilan inovasi, berkesan dalam
cara gaya kepimpinan serta kerja berpasukan. Graduan juga bukan sahaja selesa merebut peluang
dalam pasaran pekerjaan, malah berupaya menghasilkan faedah daya saing, daya juang dan nilai
tambah industri, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.
       Tidak dapat dinafikan elemen kemahiran insaniah ini telah diterap sekian lama dalam
mata pelajaran yang ditawarkan oleh IPT. Walau bagaimanapun, cabaran kini lebih besar
kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara terancang dan dihasilkan melalui penilaian
berstruktur.
2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN KEMAHIRAN PENGURUSAN INSANIAH


       Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menjelaskan maksud berkaitan dengan
kemahiran pengurusan insaniah. Kebanyakan istilah tersebut memberi tumpuan ke atas tajuk
yang berkaitan dengan gambaran personal, sikap, tabiat, dan juga tingkahlaku; cara
berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus
organisasi. Gainer (1988) telah membuat satu ringkasan terhadap satu kumpulan kemahiran
insaniah seperti berikut: Ketrampilan individu yang meliputi (kemahiran komunikasi, kemahiran
berhubung, kemahiran komputer, dan kemahiran berbudaya), Kemahiran Kebolehpercayaan
Individu yang meliputi (pengurusan individu, beretika, dan kematangan vokasional). Kemahiran
pengubahsuaian ekonomi (Kemahiran menyelesaikan masalah, pembelajaran secara insaniah,
dan juga pembangunan kerjaya).
       Lankard (1990) pula mendefinisikan kemahiran insaniah meliputi gambaran personal,
kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. “The Conference Board of
Canada” (1996) dalam satu artikal yang bertajuk, “Yukon Work Futures: Skills for Today’s
Workplace”, telah mendefinisikan kemahiran insaniah sebagai satu istilah yang digunakan untuk
menjelaskan kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap
pekerja baru apabila mereka mula bekerja. Kemahiran-kemahiran dan juga kualiti individu yang
diperlukan ini adalah berguna kepada semua pihak, tidak kira dalam bidang usaha secara kecil-
kecilan, mahupun bidang usaha berskala besar, atau dalam kerajaan. Kemahiran insaniah adalah
kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Ia tidak
meliputi kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan yang khusus
sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya.
       Overtoom (2000) dalam satu artikal “Eric Digest” bertajuk “Employability Skills: An
Update” telah mendefinisikan kemahiran insaniah seperti berikut:
       “Employability skills are transferable core skill group that represent
       essential functional and enabling knowledge, skills, and attitudes
       required by the 21st century workplace. They are necessary for career
       success at all levels of employment and for all levels of education.”
       Di Barat, mereka telah melihat kemahiran pengurusan insaniah ini adalah merupakan
salah satu daripada aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji. Mereka
menganggap bahawa aspek kemahiran ini adalah satu aspek kompetensi pekerjaan yang harus
diketahui dan dimiliki oleh setiap pekerja untuk membolehkan mereka menjadi seorang pekerja
yang benar-benar trampil dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan yang mereka ceburi.


3.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN PENGURUSAN INSANIAH


       Kajian yang dibuat oleh Yahya (2004) telah mendapati beberapa kemahiran
“Employability” penting yang dipersetujui oleh majikan industri dan perlu diberi perhatian telah
digambarkan dalam satu model kajian. Model tersebut mengandungi tiga aspek kemahiran
pengurusan insaniah yang harus diambil perhatian semasa mengintegrasikan aspek kemahiran
tersebut di institusi latihan vokasional pertanian bagi memenuhi kehendak dan keperluan
majikan industri. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah berdasarkan kepada min keutamaan
yang dirujuk kepada kepentingan dan keperluan majikan industri terhadap elemen-elemen
kemahiran pengurusan insaniah. Pola taburan elemen kemahiran pengurusan insaniah yang dikaji
dapat dirumsukan seperti berikut:
a) Kemahiran Akademik; dimana bagi kemahiran ini elemen kemahiran pengurusan insaniah
yang harus diutamakan adalah:
* Kemahiran penyelesaian masalah
* Kemahiran berfikir secara kritikal
* Kemahiran komunikasi
* Matematik
b) Kemahiran Mengurus Diri; dimana elemen kemahiran pengurusan insaniah yang harus
diberikan perhatian adalah meliputi:
* Kemahiran bertanggungjawab
* Kemahiran bersikap positif
* Kemahiran membuat penyesuaian.
c) Kemahiran Berpasukan; di mana dalam kemahiran ini, elemen kemahiran pengurusan
insaniah meliputi:
* Kemahiran bekerja dengan orang lain
* Kemahiran melibatkan diri dalam sesuatu projek.
Kesimpulannya kesemua elemen yang dipaparkan adalah merupakan elemen kemahiran
insaniah yang amat penting dari persepsi tenaga pengajar institusi latihan vokasional pertanian
dan juga pihak majikan industri komersial pertanian. Model yang dihasilkan juga menunjukkan
terdapat persamaan dari segi elemen kemahiran insaniah dalam model kajian yang dijalankan
oleh pihak ”The Conference Board of Canada”. Ini bermakna pihak industri tidak kira apa jua
bentuk industri yang diusahakan sangat memerlukan pekerja yang berketrampilan dalam
pelbagai kemahiran. Pihak industry amat mengharapkan agar pihak pengeluar iaitu institusi
pendidikan dapat menyediakan para pekerja seperti yang mereka harapkan.
       Kini di setiap universiti, aspek kemahiran insaniah telah diberi perhatian yang sewajarnya
oleh pihak pentadbiran Universiti di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Akademik).
Beberapa langkah penting telah diambil bagi memastikan setiap tenaga pengajar di universiti
dapat memahami dan mendapat pengetahuan tentang kemahiran insaniah bagi memastikan
penerapannya dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan unit ko-kurikulum yang telah mengadakan
bengekel-bengkel khusus tentang kemahiran insaniah bagi memastikan para jurulatihnya dapat
menerapkan kemahiran tersebut dalam setiap program yang diajar.
       Terdapat tujuh atribiut kemahiran “employability” (Generik) yang diberi penekanan
kepada para graduan di university iaitu meliputi :
* Communication Skills
* Team working
* Problem Solving
* Adaptability
* Lifelong Learning
* Self-Esteem
* Ethics & Integrity


4.0 KEPENTINGAN KEPADA PARA GRADUAN


       Kemahiran pengurusan insaniah atau Kemahiran generik juga dikenali dengan “Soft
Skills.” Ia merupakan elemen kemahiran yang amat diperlukan oleh pihak majikan dan perlu
diberi penekanan terhadap penerapannya di institusi-institusi pengajian tinggi. Kajian yang
dibuat oleh Yahya (2004) mendapati antara kemahiran “employability” yang dianggap penting
oleh pihak majikan industri dan perlu diterapkan kepada
para pelajar termasuklah:
1) Kemahiran berkomunikasi
2) Kemahiran bekerja secara berkumpulan
3) Ketrampilan pelajar dari segi kepimpinan
4) Kemahiran merancang dengan baik
5) Memahami etika kerja yang sesuai
6) Berdisplin
7) Boleh mengurus diri sendiri
8) Menggunakan masa dengan bijak
9) Dapat membuat sesuatu perbezaan
10) Berfikir secara kritikal
11) Mengurus beban kerja
12) Menyelesaikan sesuatu masalah
13) Menentukan keutamaan
14) Membuat sesuatu keputusan dengan bijak
15) Membuat anggaran
16) Berdaya saing
17) Kreatif
18) Fleksibal
19) Peka terhadap isu-isu persekitaran
20) Menghormati pemikiran dan pendapat orang lain
21) Boleh bekerjasama
22) Bergaul dan berunding dengan orang lain
23) Bersikap positif terhadap sesuatu perubahan
24) Bertindak tanpa pertolongan orang lain
25) Menyesuaikan diri
26) Berdaya saing
27) Peka terhadap isu-isu persekitaran
28) Menghargai diri sendiri
29) Bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil
        Kemahiran-kemahiran tersebut penting kerana para pelajar yang berupaya memiliki
kemahirankemahiran tersebut akan dapat mempamerkan perwatakan yang penuh yakin serta
bersedia menempuh alam pekerjaan yang memerlukan para pekerja memiliki kepelbagaian
kemahiran “Soft skils” disamping kemahiran teknikal.


5.0 KAEDAH PENERAPAN


        Terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunapakai oleh pihak-pihak university
untuk menerapkan kemahiran insaniah kepada para pelajar di kolej sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Secara Langsung atau formal, kemahiran insaniah boleh diterapkan melalui
aktiviti-aktiviti seperti;
5.1 Kursus-kursus
* Kursus kepimpinan JKM
* Kemahiran generik
* Kursus motivasi
* Kemahiran kaunseling
5.2 Bengkel-bengkel
* Bengkel kerjaya
* Bengkel Akademik
5.3 Pengucapan awam
5.4 Program khidmat masyarakat
5.5 Program khidmat pendidikan
5.6 Ceramah-ceramah agama dan moral
* Taksirah
* Kuliah subuh
* Ceramah moral
5.7 Pidato
5.8 Forum
5.9 Gotong royong
5.10 Sukan dan permainan
5.11 Kempen-kempen
* Kempen anti dadah
* Kempen pencegahan kebakaran
* Kempen amalan berdisplin
* Kempen berbudi bahasa


       Dalam program-program tersebut pelajar digalakkan menyediakan kertas-kertas kerja,
membuat perancangan dan belanjawan yang kemudiaannya disemak dan diberi teguran serta
bimbingan oleh pihak pentadbiran kolej dan juga felo-felo. Ini merupakan bimbingan dan
penerapan yang dibuat secara langsung oleh pihak universiti terhadap para pelajar.
       Manakala bagi kaedah penerapan secara tidak langsung atau informal pula para pelajar
kolej digalakkan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan budaya hidup sihat yang dapat
diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturan-peraturan dan displin yang telah
ditetapkan. Disamping itu pelajar juga digalakkan berintraksi antara satu sama lain.


6.0 KAEDAH PELAKSANAAN KEMAHIRAN INSANIAH


       Kemahiran Insaniah walaupun pada dasarnya dilaksanakan untuk kepentingan masa
depan pelajar namun ianya perlu juga diterapkan kepada semua staf universiti bagi memantapkan
lagi sistem penyampaian sesebuah universiti.
a. Kemahiran Insaniah kepada pelajar.
Secara umumnya Kemahiran Insaniah di IPT boleh dilaksanakan dengan menggunakan model
mata pelajaran mandiri (stand alone subject) dan model terapan (Embedded) dalam kurikulum
akademik dan bukan akademik. Kedua-dua model diterangkan seperti berikut;
       Model Mata Pelajaran Mandiri ( Stand Alone Subject )
Mata pelajaran mandiri yang ditawarkan oleh kebanyakan IPT adalah dalam kategori mata
pelajaran teras yang mana memenuhi tujuh elemen Kemahiran Insaniah seperti kemahiran
keusahawanan, kemahiran berfikir kreatif, etika dan moral, kemahiran komunikasi dan
sebagainya lagi. Di antara mata pelajaran yang bersifat mandiri ialah mata pelajaran asas-asas
keusahawanan, kemahiran komunikasi, bahasa Inggeris, kemahiran berfikir dan sebagainya lagi.
Justeru para pelajar yang diwajibkan mengambil mata pelajaran berkenaan akan diterapkan
elemen-elemen Kemahiran Insaniah secara langsung.
       Model Terapan (Embedded)
Model Terapan menggunakan pendekatan yang menerapkan Kemahiran Insaniah secara
merentas kurikulum pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diikuti.
Model ini tidak memerlukan pelajar mengikuti mata pelajaran khusus seperti yang dinyatakan
dalam Mata Pelajaran Mandiri. Sebaliknya, pelajar dilatih untuk menguasai Kemahiran Insaniah
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran formal yang dirancang dan dilaksanakan mengikut
kaedah tertentu tanpa mengubah dan mengurangkan kandungan dan hasil pembelajaran yang
perlu dicapai (KPT, 2006). Terapan Kemahiran Insaniah boleh dilakukan menerusi lima kaedah
penyampaian iaitu, kuliah, kajian kes, viva, kerja makmal dan kerja kumpulan.


7.0 PENAKSIRAN DAN PENARAFAN KEMAHIRAN INSANIAH


       Pembangunan kemahiran insaniah adalah satu proses berterusan. Kemahiran insaniah
perlu ada pada semua mahasiswa seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT, 2006) adalah ’developmental objectives’ (Gronund, 1973) dan merupakan
kemahiran-kemahiran yang terus berkembang sepanjang hayat. Oleh itu, prosedur penaksiran
yang paling sesuai adalah berdasarkan penilaian berterusan. Penilaian berterusan mempunyai
beberapa kelebihan, iaitu:
• lebih adil kepada pelajar yang dinilai.
• menghasilkan kesan ‘washback’ yang lebih baik kerana pelajar akan sentiasa menitikberatkan
perkembangan kemahiran insaniah.
• membolehkan pihak berkenaan memantau pencapaian pelajar dan mengambil tindakan
‘remedial’ jika perlu.
       Prosedur Penaksiran
Secara keseluruhannya, penilaian boleh dilakukan di sepanjang pengajian pelajar di universiti.
Prestasi atau tahap pencapaian setiap pelajar akan dinilai pada setiap semester mulai semester
pertama. Penilaian akan dilakukan oleh:
1. Pensyarah/jurulatih/tutor yang mengajar kursus yang diikuti oleh pelajar pada semester itu.
2. Pegawai universiti yang mengendalikan aktiviti yang disertai pelajar pada semester itu.
Penilaian itu akan dibuat pada penghujung semester dan setelah semua aktiviti dijalankan
tamat. Pencapaian yang diperolehi setiap pelajar akan direkodkan secara online dan slip
keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan sesebuah universiti. Penilaian
pencapaian kemahiran insaniah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu, ‘Memuaskan’, ‘Baik’,
dan ‘Sangat Baik’ . Mata gred 1, 2 dan 3 akan diberi berdasarkan tahap pencapaian. ( Penilaian
yang diberikan ini adalah cadangan daripada penulis dan pihak universiti bebas menggunakan
kaedah penaksiran tersendiri)
       Tindakan Kuratif
Jika prestasi seseorang pelajar adalah kurang memuaskan, pelajar itu akan diwajibkan
menghadiri kursus atau bengkel mandiri yang diadakan khas oleh pihak universiti untuk
membantu pelajar mempertingkatkan tahap penguasaan kemahiran insaniah.


6.0 PENUTUP


       Kemahiran insaniah adalah merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat penting
dalam pembangunan diri dan sahsiah pelajar dan berguna untuk melahirkan insan yang
mempunyai ketrampilan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.Dalam aspek pembangunan diri
para pelajar di universiti aspek kemahiran insaniah ini harus diberi perhatian yang sewajarnya
selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan seorang insan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
       Secara umumnya, membuat penilaian terhadap perkembangan manusia bukannya mudah
kerana keistimewaan manusia ciptaan Ilahi dibandingkan dengan ciptaannya terhadap makhluk-
makhluk yang lain. Namun begitu, akal yang diberikan oleh Tuhanlah yang membantu kita
membentuk sahsiah atau keperibadian yang mulia. Walaupun demikian, manusia harus dipandu,
diberi peringatan dan bimbingan dari semasa ke semasa kerana Imam Al-Ghazali (Ulama dan
Ahli Falsafah Islam) telah menggariskan ketakwaan dan keimanan manusia umpama pasir di
pantai yang kadangkala tinggi dan banyak, kadangkala rendah dan sikit.
       Hari ini, dunia semakin rakus dengan persaingan. Hakikatnya mereka yang kuat, bijak,
cekap, rajin dan berkemahiran akan mendapat tempat dan sanjungan manakala mereka yang
lemah sebaliknya akan tercicir. Adakah ini jawapan kepada kehidupan? Justeru adalah menjadi
tanggungjawab kita semua agar dapat memberi kesamarataan dalam mengecapi kenikmatan
kehidupan kepada semua manusia.
       Hal ini bermakna, yang bisu tidak akan dibiarkan bisu, yang pekak tidak akan dibiarkan
pekak. Sekarang teknologi telah berjaya membantu mereka. Begitu juga dengan Kemahiran
Insaniah. Bagi mereka yang tidak mencapai tahap atau piawai yang dikehendaki oleh majikan,
mereka akan terus dilatih dan diuji hingga mencapai tahap yang diinginkan. Hari ini, universiti
benar-benar menjadi agen pemangkin penjanaan modal insan cemerlang. Baik pihak pengurusan,
akademik, pentadbiran, staf sokongan dan pelajar harus menghayati dan mengaplikasikan elemen
kemahiran insaniah dengan bersungguh-sungguh agar kita sentiasa boleh bersaing di peringkat
Global. Oleh itu, dengan penyatuan usaha dan tenaga daripada seluruh kakitangan akademik dan
bukan akademik diharap dapat membantu pelajar agar berkeupayaan mendepani cabaran alam
pekerjaan dan sekaligus memberikan sumbangan ke arah menjana ekonomi individu, keluarga,
masyarakat, dan seterusnya negara.

More Related Content

What's hot

strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
 strategi sdm dalam menghadapi persaingan global. strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.Immawan Awaluddin
 
DSP KHB(KT) TING.1
DSP KHB(KT) TING.1 DSP KHB(KT) TING.1
DSP KHB(KT) TING.1 Intan Isahak
 
DSP KHB(KT) TING.2
DSP KHB(KT) TING.2DSP KHB(KT) TING.2
DSP KHB(KT) TING.2Intan Isahak
 
Indonesia Quality Award Proposal
Indonesia Quality Award ProposalIndonesia Quality Award Proposal
Indonesia Quality Award Proposalvisionsaga
 
Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...
Creating Value  HUMAN CAPITAL MANAGEMENT  (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...Creating Value  HUMAN CAPITAL MANAGEMENT  (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...
Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...Kanaidi ken
 
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Ustajah ILa AzieLa
 
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2Cik Marina
 
Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...
Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...
Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...Kanaidi ken
 
Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Intan Isahak
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1CIKGU LOLITA
 
PPPM KHB PK TINGKATAN 3
PPPM KHB PK TINGKATAN 3PPPM KHB PK TINGKATAN 3
PPPM KHB PK TINGKATAN 3Fadhirul Fitri
 
Peningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor Logistik
Peningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor LogistikPeningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor Logistik
Peningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor LogistikTogar Simatupang
 

What's hot (18)

strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
 strategi sdm dalam menghadapi persaingan global. strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
strategi sdm dalam menghadapi persaingan global.
 
DSP KHB(KT) TING.1
DSP KHB(KT) TING.1 DSP KHB(KT) TING.1
DSP KHB(KT) TING.1
 
DSP KHB(KT) TING.2
DSP KHB(KT) TING.2DSP KHB(KT) TING.2
DSP KHB(KT) TING.2
 
Indonesia Quality Award Proposal
Indonesia Quality Award ProposalIndonesia Quality Award Proposal
Indonesia Quality Award Proposal
 
Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...
Creating Value  HUMAN CAPITAL MANAGEMENT  (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...Creating Value  HUMAN CAPITAL MANAGEMENT  (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...
Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT (Menghadapi Era Ekonomi Digital Dal...
 
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
Laluankerjayadalamprofesionkeguruan 110818092558-phpapp02 (1)
 
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
Huraian Sukatan Pelajaran KHB-Tingkatan 2
 
Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...
Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...
Silabus Training "Creating Value HUMAN CAPITAL MANAGEMENT" di Era Revolusi In...
 
137145376 ketika-desain-dan-manajemen-bersatu
137145376 ketika-desain-dan-manajemen-bersatu137145376 ketika-desain-dan-manajemen-bersatu
137145376 ketika-desain-dan-manajemen-bersatu
 
Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1Dsp pjk tingkatan 1
Dsp pjk tingkatan 1
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
Fungsi ptv dalam pelaksanaan
Fungsi ptv dalam pelaksanaanFungsi ptv dalam pelaksanaan
Fungsi ptv dalam pelaksanaan
 
Program Kemahiran Kejayaan
Program Kemahiran KejayaanProgram Kemahiran Kejayaan
Program Kemahiran Kejayaan
 
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
panduan Perkembangan Murid KHB Pertanian Tingkatan 1
 
Dokumen dsp
Dokumen dspDokumen dsp
Dokumen dsp
 
PPPM KHB PK TINGKATAN 3
PPPM KHB PK TINGKATAN 3PPPM KHB PK TINGKATAN 3
PPPM KHB PK TINGKATAN 3
 
Peningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor Logistik
Peningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor LogistikPeningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor Logistik
Peningkatan Kapasitas SDM Dalam Sektor Logistik
 
Hsp kh f3
Hsp kh f3Hsp kh f3
Hsp kh f3
 

Viewers also liked

60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generikmat Ki
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedRAMLAH BINTI A. RANI
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...FazHani Faz
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Alex King
 
SISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luar
SISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luarSISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luar
SISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luarFormSix Semekar
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Venessa Joseph Sagar Singh
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridMohd Fahmi Abu Bakar
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 

Viewers also liked (18)

Ghazali
GhazaliGhazali
Ghazali
 
60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik60180529 1 c-kemahiran-generik
60180529 1 c-kemahiran-generik
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
Kemahiran Insaniah Meningkatkan Kebolehpasaran Mahasiswa sebagai Persediaan M...
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
 
KEMAHIRAN INSANIAH UKM-UNPAD
KEMAHIRAN INSANIAH UKM-UNPADKEMAHIRAN INSANIAH UKM-UNPAD
KEMAHIRAN INSANIAH UKM-UNPAD
 
SISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luar
SISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luarSISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luar
SISTEM MODULAR : 942 GEOGRAFIkajian luar
 
Pelajar cemerlang
Pelajar  cemerlangPelajar  cemerlang
Pelajar cemerlang
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
4
44
4
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 

Similar to Paper smp learning

Kewirausahaan 1
Kewirausahaan 1Kewirausahaan 1
Kewirausahaan 1masdhofar
 
Tesis tentang Training Kompetensi
Tesis tentang Training KompetensiTesis tentang Training Kompetensi
Tesis tentang Training KompetensiInstansi
 
Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...
Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...
Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...Kanaidi ken
 
Materi 1 manajemen dan organisasi
Materi 1 manajemen dan organisasiMateri 1 manajemen dan organisasi
Materi 1 manajemen dan organisasiGhana Dharmawangsa
 
(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...
(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...
(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...Kanaidi ken
 
Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...
Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...
Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...Kanaidi ken
 
711023135903002 oumh1103
711023135903002 oumh1103711023135903002 oumh1103
711023135903002 oumh1103oringdebong
 
(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...
(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...
(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...Kanaidi ken
 
Kompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang Berkarakter
Kompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang BerkarakterKompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang Berkarakter
Kompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang BerkarakterTri Widodo W. UTOMO
 
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdfReview Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdfNajwaRizkaAmelia
 
Kelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdf
Kelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdfKelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdf
Kelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdfIstiqomah77844
 
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIKMANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIKbahrudin511
 
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIKMAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIKilhamfendriana
 
Manajemen Inovasi Dalam Birokrasi
Manajemen Inovasi Dalam BirokrasiManajemen Inovasi Dalam Birokrasi
Manajemen Inovasi Dalam BirokrasiTri Widodo W. UTOMO
 
Tugas UTS Enterprenership.docx
Tugas UTS  Enterprenership.docxTugas UTS  Enterprenership.docx
Tugas UTS Enterprenership.docxRanito2
 
Strategi pengelolaan produk pengetahuan
Strategi pengelolaan produk pengetahuanStrategi pengelolaan produk pengetahuan
Strategi pengelolaan produk pengetahuanSadikun Rusmana
 

Similar to Paper smp learning (20)

Kewirausahaan 1
Kewirausahaan 1Kewirausahaan 1
Kewirausahaan 1
 
Tesis tentang Training Kompetensi
Tesis tentang Training KompetensiTesis tentang Training Kompetensi
Tesis tentang Training Kompetensi
 
Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...
Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...
Silabus Training _"Change in Roles of HR MANAGEMENT and HCM Challenges"_ di E...
 
Materi 1 manajemen dan organisasi
Materi 1 manajemen dan organisasiMateri 1 manajemen dan organisasi
Materi 1 manajemen dan organisasi
 
(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...
(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...
(2022) Silabus Training "KNOWLEDGE MANAGEMENT" Guna Meningkatkan Keunggulan B...
 
Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...
Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...
Training "MANAJEMEN PERSONALIA" dalam Menghadapi Era Ekonomi Digital di Revol...
 
711023135903002 oumh1103
711023135903002 oumh1103711023135903002 oumh1103
711023135903002 oumh1103
 
(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...
(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...
(2021) Silabus Training "Creating Value HUMAN RESOURCES MANAGEMENT (HRM) for ...
 
Kompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang Berkarakter
Kompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang BerkarakterKompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang Berkarakter
Kompetensi Kepemimpinan dan Kepemimpinan yang Berkarakter
 
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdfReview Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
Review Jurnal ESDM - Yasmin.pdf
 
Kelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdf
Kelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdfKelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdf
Kelompok 1_ PENGANTAR MANAGEMENT_Hiraki Manajement.pdf
 
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIKMANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
 
Makalah uts elni
Makalah uts elniMakalah uts elni
Makalah uts elni
 
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIKMAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
MAKALAH MANAJEMEN SDM STATEGIK
 
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIKMANAJEMEN SDM STRATEGIK
MANAJEMEN SDM STRATEGIK
 
Manajemen Inovasi Dalam Birokrasi
Manajemen Inovasi Dalam BirokrasiManajemen Inovasi Dalam Birokrasi
Manajemen Inovasi Dalam Birokrasi
 
TVET
TVETTVET
TVET
 
Tugas UTS Enterprenership.docx
Tugas UTS  Enterprenership.docxTugas UTS  Enterprenership.docx
Tugas UTS Enterprenership.docx
 
Strategi pengelolaan produk pengetahuan
Strategi pengelolaan produk pengetahuanStrategi pengelolaan produk pengetahuan
Strategi pengelolaan produk pengetahuan
 
EMK
EMKEMK
EMK
 

Paper smp learning

  • 1. 1.0 PENGENALAN Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia menghadapi tekanan dan cabaran besar dalam menghadapi persaingan abad ke 21. Namun keazaman Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju, berdaya saing dan teguh tetap kekal utuh . Misi nasional telah disediakan bagi menggaris pendekatan yang akan dilaksanakan untuk menangani cabaran dan mencapai matlamat negara seperti mana yang telah ditetapkan dalam wawasan 2020. Sesungguhnya kejayaan agenda pembangunan modal insan kelas pertama amat bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Oleh itu kerajaan berhasrat untuk menggerakkan satu usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara pada semua peringkat dari pra sekolah hingga pengajian tinggi. (Petikan kata-kata aluan YAB Perdana Menteri Malaysia dalam buku Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui tahun 2020). Sejajar dengan hasrat kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan Visi dan Misi yang berdaya saing di peringkat global. Visi KPT adalah untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian tinggi Menjelang Tahun 2020 manakala Misi KPT adalah untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa (KPT, 2007) Selain berfungsi sebagai pusat kecemerlangan ilmu, universiti perlu meningkatkan peranan melahirkan modal insan berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan negara. Graduan ideal yang berbakat ini selain menguasai kemahiran teknikal, mereka juga memiliki ciri-ciri kemahiran insaniah seperti bijak berkomunikasi, mahir dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah untuk penghasilan inovasi, berkesan dalam cara gaya kepimpinan serta kerja berpasukan. Graduan juga bukan sahaja selesa merebut peluang dalam pasaran pekerjaan, malah berupaya menghasilkan faedah daya saing, daya juang dan nilai tambah industri, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan elemen kemahiran insaniah ini telah diterap sekian lama dalam mata pelajaran yang ditawarkan oleh IPT. Walau bagaimanapun, cabaran kini lebih besar kemahiran insaniah perlu dilaksanakan secara terancang dan dihasilkan melalui penilaian berstruktur.
  • 2. 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN KEMAHIRAN PENGURUSAN INSANIAH Terdapat pelbagai istilah yang digunakan untuk menjelaskan maksud berkaitan dengan kemahiran pengurusan insaniah. Kebanyakan istilah tersebut memberi tumpuan ke atas tajuk yang berkaitan dengan gambaran personal, sikap, tabiat, dan juga tingkahlaku; cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi. Gainer (1988) telah membuat satu ringkasan terhadap satu kumpulan kemahiran insaniah seperti berikut: Ketrampilan individu yang meliputi (kemahiran komunikasi, kemahiran berhubung, kemahiran komputer, dan kemahiran berbudaya), Kemahiran Kebolehpercayaan Individu yang meliputi (pengurusan individu, beretika, dan kematangan vokasional). Kemahiran pengubahsuaian ekonomi (Kemahiran menyelesaikan masalah, pembelajaran secara insaniah, dan juga pembangunan kerjaya). Lankard (1990) pula mendefinisikan kemahiran insaniah meliputi gambaran personal, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. “The Conference Board of Canada” (1996) dalam satu artikal yang bertajuk, “Yukon Work Futures: Skills for Today’s Workplace”, telah mendefinisikan kemahiran insaniah sebagai satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja. Kemahiran-kemahiran dan juga kualiti individu yang diperlukan ini adalah berguna kepada semua pihak, tidak kira dalam bidang usaha secara kecil- kecilan, mahupun bidang usaha berskala besar, atau dalam kerajaan. Kemahiran insaniah adalah kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Ia tidak meliputi kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan yang khusus sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya. Overtoom (2000) dalam satu artikal “Eric Digest” bertajuk “Employability Skills: An Update” telah mendefinisikan kemahiran insaniah seperti berikut: “Employability skills are transferable core skill group that represent essential functional and enabling knowledge, skills, and attitudes required by the 21st century workplace. They are necessary for career success at all levels of employment and for all levels of education.” Di Barat, mereka telah melihat kemahiran pengurusan insaniah ini adalah merupakan salah satu daripada aspek kemahiran yang perlu diberi perhatian dan sering dikaji. Mereka
  • 3. menganggap bahawa aspek kemahiran ini adalah satu aspek kompetensi pekerjaan yang harus diketahui dan dimiliki oleh setiap pekerja untuk membolehkan mereka menjadi seorang pekerja yang benar-benar trampil dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan yang mereka ceburi. 3.0 JENIS-JENIS KEMAHIRAN PENGURUSAN INSANIAH Kajian yang dibuat oleh Yahya (2004) telah mendapati beberapa kemahiran “Employability” penting yang dipersetujui oleh majikan industri dan perlu diberi perhatian telah digambarkan dalam satu model kajian. Model tersebut mengandungi tiga aspek kemahiran pengurusan insaniah yang harus diambil perhatian semasa mengintegrasikan aspek kemahiran tersebut di institusi latihan vokasional pertanian bagi memenuhi kehendak dan keperluan majikan industri. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah berdasarkan kepada min keutamaan yang dirujuk kepada kepentingan dan keperluan majikan industri terhadap elemen-elemen kemahiran pengurusan insaniah. Pola taburan elemen kemahiran pengurusan insaniah yang dikaji dapat dirumsukan seperti berikut: a) Kemahiran Akademik; dimana bagi kemahiran ini elemen kemahiran pengurusan insaniah yang harus diutamakan adalah: * Kemahiran penyelesaian masalah * Kemahiran berfikir secara kritikal * Kemahiran komunikasi * Matematik b) Kemahiran Mengurus Diri; dimana elemen kemahiran pengurusan insaniah yang harus diberikan perhatian adalah meliputi: * Kemahiran bertanggungjawab * Kemahiran bersikap positif * Kemahiran membuat penyesuaian. c) Kemahiran Berpasukan; di mana dalam kemahiran ini, elemen kemahiran pengurusan insaniah meliputi: * Kemahiran bekerja dengan orang lain * Kemahiran melibatkan diri dalam sesuatu projek.
  • 4. Kesimpulannya kesemua elemen yang dipaparkan adalah merupakan elemen kemahiran insaniah yang amat penting dari persepsi tenaga pengajar institusi latihan vokasional pertanian dan juga pihak majikan industri komersial pertanian. Model yang dihasilkan juga menunjukkan terdapat persamaan dari segi elemen kemahiran insaniah dalam model kajian yang dijalankan oleh pihak ”The Conference Board of Canada”. Ini bermakna pihak industri tidak kira apa jua bentuk industri yang diusahakan sangat memerlukan pekerja yang berketrampilan dalam pelbagai kemahiran. Pihak industry amat mengharapkan agar pihak pengeluar iaitu institusi pendidikan dapat menyediakan para pekerja seperti yang mereka harapkan. Kini di setiap universiti, aspek kemahiran insaniah telah diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak pentadbiran Universiti di bawah pengawasan Timbalan Naib Canselor (Akademik). Beberapa langkah penting telah diambil bagi memastikan setiap tenaga pengajar di universiti dapat memahami dan mendapat pengetahuan tentang kemahiran insaniah bagi memastikan penerapannya dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan unit ko-kurikulum yang telah mengadakan bengekel-bengkel khusus tentang kemahiran insaniah bagi memastikan para jurulatihnya dapat menerapkan kemahiran tersebut dalam setiap program yang diajar. Terdapat tujuh atribiut kemahiran “employability” (Generik) yang diberi penekanan kepada para graduan di university iaitu meliputi : * Communication Skills * Team working * Problem Solving * Adaptability * Lifelong Learning * Self-Esteem * Ethics & Integrity 4.0 KEPENTINGAN KEPADA PARA GRADUAN Kemahiran pengurusan insaniah atau Kemahiran generik juga dikenali dengan “Soft Skills.” Ia merupakan elemen kemahiran yang amat diperlukan oleh pihak majikan dan perlu diberi penekanan terhadap penerapannya di institusi-institusi pengajian tinggi. Kajian yang
  • 5. dibuat oleh Yahya (2004) mendapati antara kemahiran “employability” yang dianggap penting oleh pihak majikan industri dan perlu diterapkan kepada para pelajar termasuklah: 1) Kemahiran berkomunikasi 2) Kemahiran bekerja secara berkumpulan 3) Ketrampilan pelajar dari segi kepimpinan 4) Kemahiran merancang dengan baik 5) Memahami etika kerja yang sesuai 6) Berdisplin 7) Boleh mengurus diri sendiri 8) Menggunakan masa dengan bijak 9) Dapat membuat sesuatu perbezaan 10) Berfikir secara kritikal 11) Mengurus beban kerja 12) Menyelesaikan sesuatu masalah 13) Menentukan keutamaan 14) Membuat sesuatu keputusan dengan bijak 15) Membuat anggaran 16) Berdaya saing 17) Kreatif 18) Fleksibal 19) Peka terhadap isu-isu persekitaran 20) Menghormati pemikiran dan pendapat orang lain 21) Boleh bekerjasama 22) Bergaul dan berunding dengan orang lain 23) Bersikap positif terhadap sesuatu perubahan 24) Bertindak tanpa pertolongan orang lain 25) Menyesuaikan diri 26) Berdaya saing 27) Peka terhadap isu-isu persekitaran 28) Menghargai diri sendiri
  • 6. 29) Bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil Kemahiran-kemahiran tersebut penting kerana para pelajar yang berupaya memiliki kemahirankemahiran tersebut akan dapat mempamerkan perwatakan yang penuh yakin serta bersedia menempuh alam pekerjaan yang memerlukan para pekerja memiliki kepelbagaian kemahiran “Soft skils” disamping kemahiran teknikal. 5.0 KAEDAH PENERAPAN Terdapat beberapa cara atau kaedah yang boleh digunapakai oleh pihak-pihak university untuk menerapkan kemahiran insaniah kepada para pelajar di kolej sama ada secara langsung atau tidak langsung. Secara Langsung atau formal, kemahiran insaniah boleh diterapkan melalui aktiviti-aktiviti seperti; 5.1 Kursus-kursus * Kursus kepimpinan JKM * Kemahiran generik * Kursus motivasi * Kemahiran kaunseling 5.2 Bengkel-bengkel * Bengkel kerjaya * Bengkel Akademik 5.3 Pengucapan awam 5.4 Program khidmat masyarakat 5.5 Program khidmat pendidikan 5.6 Ceramah-ceramah agama dan moral * Taksirah * Kuliah subuh * Ceramah moral 5.7 Pidato 5.8 Forum 5.9 Gotong royong 5.10 Sukan dan permainan
  • 7. 5.11 Kempen-kempen * Kempen anti dadah * Kempen pencegahan kebakaran * Kempen amalan berdisplin * Kempen berbudi bahasa Dalam program-program tersebut pelajar digalakkan menyediakan kertas-kertas kerja, membuat perancangan dan belanjawan yang kemudiaannya disemak dan diberi teguran serta bimbingan oleh pihak pentadbiran kolej dan juga felo-felo. Ini merupakan bimbingan dan penerapan yang dibuat secara langsung oleh pihak universiti terhadap para pelajar. Manakala bagi kaedah penerapan secara tidak langsung atau informal pula para pelajar kolej digalakkan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan budaya hidup sihat yang dapat diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturan-peraturan dan displin yang telah ditetapkan. Disamping itu pelajar juga digalakkan berintraksi antara satu sama lain. 6.0 KAEDAH PELAKSANAAN KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran Insaniah walaupun pada dasarnya dilaksanakan untuk kepentingan masa depan pelajar namun ianya perlu juga diterapkan kepada semua staf universiti bagi memantapkan lagi sistem penyampaian sesebuah universiti. a. Kemahiran Insaniah kepada pelajar. Secara umumnya Kemahiran Insaniah di IPT boleh dilaksanakan dengan menggunakan model mata pelajaran mandiri (stand alone subject) dan model terapan (Embedded) dalam kurikulum akademik dan bukan akademik. Kedua-dua model diterangkan seperti berikut; Model Mata Pelajaran Mandiri ( Stand Alone Subject ) Mata pelajaran mandiri yang ditawarkan oleh kebanyakan IPT adalah dalam kategori mata pelajaran teras yang mana memenuhi tujuh elemen Kemahiran Insaniah seperti kemahiran keusahawanan, kemahiran berfikir kreatif, etika dan moral, kemahiran komunikasi dan sebagainya lagi. Di antara mata pelajaran yang bersifat mandiri ialah mata pelajaran asas-asas keusahawanan, kemahiran komunikasi, bahasa Inggeris, kemahiran berfikir dan sebagainya lagi.
  • 8. Justeru para pelajar yang diwajibkan mengambil mata pelajaran berkenaan akan diterapkan elemen-elemen Kemahiran Insaniah secara langsung. Model Terapan (Embedded) Model Terapan menggunakan pendekatan yang menerapkan Kemahiran Insaniah secara merentas kurikulum pada aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diikuti. Model ini tidak memerlukan pelajar mengikuti mata pelajaran khusus seperti yang dinyatakan dalam Mata Pelajaran Mandiri. Sebaliknya, pelajar dilatih untuk menguasai Kemahiran Insaniah melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran formal yang dirancang dan dilaksanakan mengikut kaedah tertentu tanpa mengubah dan mengurangkan kandungan dan hasil pembelajaran yang perlu dicapai (KPT, 2006). Terapan Kemahiran Insaniah boleh dilakukan menerusi lima kaedah penyampaian iaitu, kuliah, kajian kes, viva, kerja makmal dan kerja kumpulan. 7.0 PENAKSIRAN DAN PENARAFAN KEMAHIRAN INSANIAH Pembangunan kemahiran insaniah adalah satu proses berterusan. Kemahiran insaniah perlu ada pada semua mahasiswa seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2006) adalah ’developmental objectives’ (Gronund, 1973) dan merupakan kemahiran-kemahiran yang terus berkembang sepanjang hayat. Oleh itu, prosedur penaksiran yang paling sesuai adalah berdasarkan penilaian berterusan. Penilaian berterusan mempunyai beberapa kelebihan, iaitu: • lebih adil kepada pelajar yang dinilai. • menghasilkan kesan ‘washback’ yang lebih baik kerana pelajar akan sentiasa menitikberatkan perkembangan kemahiran insaniah. • membolehkan pihak berkenaan memantau pencapaian pelajar dan mengambil tindakan ‘remedial’ jika perlu. Prosedur Penaksiran Secara keseluruhannya, penilaian boleh dilakukan di sepanjang pengajian pelajar di universiti. Prestasi atau tahap pencapaian setiap pelajar akan dinilai pada setiap semester mulai semester pertama. Penilaian akan dilakukan oleh: 1. Pensyarah/jurulatih/tutor yang mengajar kursus yang diikuti oleh pelajar pada semester itu. 2. Pegawai universiti yang mengendalikan aktiviti yang disertai pelajar pada semester itu.
  • 9. Penilaian itu akan dibuat pada penghujung semester dan setelah semua aktiviti dijalankan tamat. Pencapaian yang diperolehi setiap pelajar akan direkodkan secara online dan slip keputusan akan dikeluarkan oleh Bahagian Peperiksaan sesebuah universiti. Penilaian pencapaian kemahiran insaniah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu, ‘Memuaskan’, ‘Baik’, dan ‘Sangat Baik’ . Mata gred 1, 2 dan 3 akan diberi berdasarkan tahap pencapaian. ( Penilaian yang diberikan ini adalah cadangan daripada penulis dan pihak universiti bebas menggunakan kaedah penaksiran tersendiri) Tindakan Kuratif Jika prestasi seseorang pelajar adalah kurang memuaskan, pelajar itu akan diwajibkan menghadiri kursus atau bengkel mandiri yang diadakan khas oleh pihak universiti untuk membantu pelajar mempertingkatkan tahap penguasaan kemahiran insaniah. 6.0 PENUTUP Kemahiran insaniah adalah merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat penting dalam pembangunan diri dan sahsiah pelajar dan berguna untuk melahirkan insan yang mempunyai ketrampilan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.Dalam aspek pembangunan diri para pelajar di universiti aspek kemahiran insaniah ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan seorang insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Secara umumnya, membuat penilaian terhadap perkembangan manusia bukannya mudah kerana keistimewaan manusia ciptaan Ilahi dibandingkan dengan ciptaannya terhadap makhluk- makhluk yang lain. Namun begitu, akal yang diberikan oleh Tuhanlah yang membantu kita membentuk sahsiah atau keperibadian yang mulia. Walaupun demikian, manusia harus dipandu, diberi peringatan dan bimbingan dari semasa ke semasa kerana Imam Al-Ghazali (Ulama dan Ahli Falsafah Islam) telah menggariskan ketakwaan dan keimanan manusia umpama pasir di pantai yang kadangkala tinggi dan banyak, kadangkala rendah dan sikit. Hari ini, dunia semakin rakus dengan persaingan. Hakikatnya mereka yang kuat, bijak, cekap, rajin dan berkemahiran akan mendapat tempat dan sanjungan manakala mereka yang lemah sebaliknya akan tercicir. Adakah ini jawapan kepada kehidupan? Justeru adalah menjadi
  • 10. tanggungjawab kita semua agar dapat memberi kesamarataan dalam mengecapi kenikmatan kehidupan kepada semua manusia. Hal ini bermakna, yang bisu tidak akan dibiarkan bisu, yang pekak tidak akan dibiarkan pekak. Sekarang teknologi telah berjaya membantu mereka. Begitu juga dengan Kemahiran Insaniah. Bagi mereka yang tidak mencapai tahap atau piawai yang dikehendaki oleh majikan, mereka akan terus dilatih dan diuji hingga mencapai tahap yang diinginkan. Hari ini, universiti benar-benar menjadi agen pemangkin penjanaan modal insan cemerlang. Baik pihak pengurusan, akademik, pentadbiran, staf sokongan dan pelajar harus menghayati dan mengaplikasikan elemen kemahiran insaniah dengan bersungguh-sungguh agar kita sentiasa boleh bersaing di peringkat Global. Oleh itu, dengan penyatuan usaha dan tenaga daripada seluruh kakitangan akademik dan bukan akademik diharap dapat membantu pelajar agar berkeupayaan mendepani cabaran alam pekerjaan dan sekaligus memberikan sumbangan ke arah menjana ekonomi individu, keluarga, masyarakat, dan seterusnya negara.