Your SlideShare is downloading. ×
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak  individu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Ekspresi kreativiti kanak individu

1,137

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,137
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
48
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 1 NAMA : TEY SOCK CHENG NO. KAD PENGENALAN : 810114 – 01 - 5740 TARIKH LAHIR : 14 – 01 – 1981 JANTINA : PEREMPUAN NO. TELEFON : 012 – 7502062 ALAMAT : 5, JALAN PELANDUK, TAMAN BROLEH, 83000 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. NAMA SEKOLAH : SJK (C)AI CHUN 1 BATU PAHAT, JOHOR. PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEK. REN.) DENGAN KEPUJIAN – BBR BIDANG : MATEMATIK - SEKSYEN 1 FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL NO. MATRIK : DB100562
  • 2. 2 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 2 TAJUK TUGASAN Sebagai seorang guru yang berketrampilan dan kreatif, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang drama, muzik dan pergerakan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajran dengan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam disiplin ini akan menjadikan penerimaan ilmu pengetahuan lebih dinamik dan efisyen, tidak bosan dan minat belajar murid akan dapat dipertingkatkan. Pilih sama ada dari bidang a, b atau c, tulis esei yang berkaitan dengan tersebut dengan menunjukkan ekspresi kreativiti kanak-kanak yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. a. Pengajaran Nyanyian, Muzik Kanak-kanak I. Lagu kanak-kanak II. Lagu patriotik III. Lagu nasyid IV. Lagu-lagu semasa b. Pengajaran Tarian Kanak-kanak I. Tarian tradisional II. Tarian kontemporari III. Tarian senamrobik c. Pengajaran Dramatika Kanak-kanak I. Drama, puisi, pantun, boneka, main peranan, pantomin, memos dan improvisasi. II. Treter membaca dan teater bercerita untuk kanak-kanak.
  • 3. 3 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 3 ABSTRAK Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.
  • 4. 4 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 4 Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. Justeru, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan kanak- kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni seperti nyanyian, tarian dan lakonan. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak.
  • 5. 5 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 5 M/S 1. Biodata ………………… 1 2. Tajuk Tugasan ………………… 2 3. Abstrak ………………… 3 - 4 4. Isi Kandungan ………………… 5 5. Pendahuluan ………………… 6 6. Jenis-jenis Drama …………… 7 7. Drama dalam Pendidikan …… 8 - 13 7. Penutup ………………… 14 8. Bibliografi ………………… 15 PENGAJARAN DRAMATIKA KANAK-KANAK
  • 6. 6 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 6 PENDAHULUAN Teknik pengajaran dramatika boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Terdapat beberapa jenis drama yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk kanak-kanak. Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru. Semua kanak-kanak berdrama, mereka perlu berfikir, menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan- rakan yang lain, mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
  • 7. 7 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 7 JENIS-JENIS DRAMA KANAK-KANAK Jenis-jenis drama untuk kanak-kanak merangkumi drama kreatif dan drama dalam pendidikan. Drama kreatif lebih kepada permainan manakala drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Guru boleh menggunakan drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk mendidik kanak-kanak dan seterusnyamempertingkatkan pemikiran, imaginasi dan kreativiti mereka. DRAMA DALAM PENDIDIKAN Drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Lakonan ( Main Peranan ) Lakonan atau “main peranan” merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak- kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
  • 8. 8 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 8 Tujuan teknik lakonan atau “main peranan” adalah untuk melatih kanak- kanak memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain- lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak- kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Boneka Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak- gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.
  • 9. 9 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 9 Terdapat pelbagai jenis boneka. (a) Boneka Jari Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari (b) Boneka Tangan Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas.
  • 10. 10 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 10 (c) Boneka berbatang Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain- lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel. (d) Boneka tali Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.
  • 11. 11 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 11 (e) Shadow Pupppets Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu. Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak- kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita. Improvisasi Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut atahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif kanak-kanak dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih kanak-kanak sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan.
  • 12. 12 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 12 Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan kanak-kanak agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan. Beberapa jenis aktiviti improvisasi : 1. Improvisasi berdasarkan situasi - teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, anjing, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan : Berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda? 2. Improvisasi berdasarkan objek - teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang kanak- kanak bertutur dan melakukan sesuatu. Pantomin Aktiviti pantomin memerlukan seorang atau satu kumpulan kanak-kanak membacaskrip lakonan manakala seorang stau satu kumpulan kanak-kanak lagi akan berlakon berdasarkan situasi yang dibaca. Kanak-kanak yang berlakon tidak perlu berdialog.
  • 13. 13 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 13 Memos Memos ialah lakonan bisu. Mesej lakonan disampaikan menerusi mimik muka dan pergerakan anggota badan. Memos dapat melatih kanak-kanak memahami dan menaakul pergerakan anggota badan. Teater Membaca dan Teater Bercerita Teater membaca mengabungkan teknik teater dan membaca. Aktiviti ini membantu kanak-kanak membaca cerita dengan lancar, menggunakan nada intonasi yang betul berdasarkan cerita serta gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita. Teater membaca bertujuan memupuk minat membaca dan melatih kanak-kanak menguasai kemahiran lisan dan intonasi suara dalam pembacaan. Ia juga meningkatkan daya pemikiran agar cerdas dan kreatif. Teater bercerita pula mengabungkan teknik teater dan tekbik bercerita. Kanak-kanak perlu bercerita dan seterusnya melakonkan cerita. Teater merupakan satu teknik drama yang melibatkan sekumpulan kanak- kanak. Kaedah ini memberi peluang kepada kanak-kanak bermain dalam keadaan yang kurang menggunakan peralatan prop, setting, kostum dan memori. Ia bertujuan supaya penonton mudah memahami, menghayati dan merasa seolah-olah cerita itu sedang verlaku di hadapan mereka. Di samping membina keyakinan diri, teater juga meningkatkan semangat kerjasama dan medisiplinkan pemikiran kanak-kanak. Ia boleh merangsang dan menarik minat kanak-kanak serta memotivasikan dan mewujudkan suasana kondusifdan menyeronokkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teater ini dapat mencungkil bakat dan kecerdasan berlakon yang ada pada kanak-kanak dan member peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam lakonan.
  • 14. 14 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 14 PENUTUP Kesimpulannya, pengajaran dramatika dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti drama, kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak-kanak juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Secara tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif. Di samping itu, aktiviti drama penting untuk membina kebolehan kanak- kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak selalu memikirkan perkara yang mereka tahu dan melalui aktiviti ini dapat membantu mereka sedar tentang pengetahuan mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti drama melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. Oleh itu, pengajaran dramatika kanak-kanak amat digalakkan dalam ekspresi kreativiti kanak-kanak.
  • 15. 15 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 15 BIBLIOGRAFI Cox, M. (2005). The Pictorial World Of The Child. United Kingdom: Cambridge Univercity Press. Koster, J.B. (2001), Growing Artists: Teaching Art To Young Children. 2th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Mohd.Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Loy Chee Luen, (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran, Petaling Jaya L.C.L. http://www.scribd.com/doc/87422848/11/UNIT-11-PENGAJARAN-DRAMA-KANAK- KANAK http://www.scribd.com/doc/51214623/4/TOPIK-4-PENDEKATAN-PENGAJARAN- DAN-PEMBELAJARAN-PRASEKOLAH http://www.sabah.edu.my/itma128/drama.html

×