SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
SINOPSIS
Suria seorang anak bangsawan dan mempunyai orang suruhan bernama Melur.
Walaupun mereka sebaya, tetapi sikap mereka jauh berbeza. Suria seorang yang
sombong dan degil manakala Melur pula seorang yang baik hati dan penyanyang. Pada
suatu hari, Suria dan Melur masuk ke dalam hutan untuk memetik bunga. Pelbagai
peristiwa berlaku sepanjang perjalanan mereka. Peristiwa yang dialaminya menjadikan
Suria berubah daripada seorang yang sombong kepada seorang yang baik hati.
Tema : Penyesalan
Persoalan : Keangkuhan membawa kerugian. Perbuatan baik, akan dibalas baik dan
perbuatan jahat dibalas jahat.
Plot :
1. Permulaan
-Suria dan Melur masuk ke dalaam hutan untuk memetik bunga.
2. Klimaks
-Bermimpi berjumpa dengan bunga dan pokok gergasi serta nenek tua.
3. Peleraian
-Suria menyesali perbuatannya sebelum ini. Meminta maaf dengan Melur dan
arnab. Mereka bertemu jalan keluar.
Latar :-
• Tempat :
1. Di dalam hutan
2. Di tepi sebatang sungai
• Masa :
1. Senja
• Masyarakat :
1. Flora dan fauna
2. Golongan bangsawan dan golongan bawahan
WATAK
• Suria
• Melur
• Arnab
• Pokok 1
• Pokok2
• Bunga 1
• Bunga 2
• Nenek tua
• Katak 1
• Katak 2
• Mak Cik Timah
PERWATAKAN
Suria:
1. Sombong
2. Degil
3. Angkuh
4. Bangga diri
5. Mementingkan diri
6. Berambut panjang lurus
7. Cantik
8. Kaya
9. Berkulit kuning langsat
10.Tuan kepada Melur
Melur:
1. Lemah lembut
2. Penyanyang
3. Baik hati
4. Sabar
5. Bertanggungjawab
6. Berambut panjang bertocang dua
7. Berhidung mancung
8. Selekeh
9. Miskin
10.Orang suruhan Suria.
Arnab:
1. Berbulu putih
2. Manja
3. Jinak
Pokok 1 dan Pokok 2 :
1. Besar
2. Tinggi
3. Akar yang melingkar panjang
Bunga 1 dan Bunga 2 :
1. Berwarna-warni
2. Wangi
3. Mempunyai banyak kelopak
Nenek Tua :
1. Bongkok
2. Muka berkedut
3. Rambut berwarna putih
4. Bertongkat
5. Seorang yang banyak ilmu
Katak 1 dan Katak 2
1. Riang
2. Suka bernyanyi
3. Bersifat dendam
DIALOG
Sedang Melur berkemas-kemas……
Mak Cik Timah : Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur? Kau nak ke mana tu?
Kan dah lewat petang ni.
Melur : (Terdiam seketika dan memandang Mak Cik Timah ). Errrr…..
(Teragak-agak)
Mak Cik Timah : (Berkerut kebingungan)
Suria : (Bercekak pinggang) Hei Melur, cepat cikit!! Apa yang kau
terhegeh- hegeh lagi tu? Lembap macam siput la kau ni.
Melur : (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Suria)
Melur : Ye Cik, saya datang ni.
Suria : (Mengerling ke arah Melur dan terus berjalan).
Melur dan Suria berjalan-jalan masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja.
Melur : Wah, cantiknya bunga kat sini kan Cik! (sambil tersenyum)
Suria : (Memetik sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka
Melur) Ini kau kata cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur)
Bunga ni hanya layak untuk orang macam kau je, bukan aku.
(Memijak bunga yang dilemparnya tadi). Kita ni, bagaikan langit
dengan bumi.
Suria terus memetik bunga sambil merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak
bunga-bunga yang terdapat di sepanjang jalan.
Melur : (Sambil memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga
bunga itu.
Suria : (Mendengus kasar) Diamlah kau, menyibuk je. Daripada kau bercakap,
baik kau pegang bakul tu elok-elok.
Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang
mengerang kesakitan di sebalik semak.
Melur : Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak?
Arnab : Erghh….. sakit……. Sakit…..Tolong aku.
Melur : (Mencari-cari lalu terpandang arnab dan terus menuju ke arah arnab
tersebut).
Suria : Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik bercekak pinggang).
Melur : (Memberhentikan langkah dan terus berpaling ke arah Suria). Arnab tu
sakit Cik. Marilah kita tolong dia.
Suria : (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu). Kau
nak tolong ke? Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung).
Melur : (Dengan nada sedih). Kasihan di Cik, dia pun makhluk Allah jugak
macam kita.
Suria : Kalau kau nak, kau jela yang tolong. (Mendengus kasar)
Melur :(Merawat arnab tersebut dan membawanya bersama.)
Setelah jauh berjalan…….
Suria : Eh, kita kat mana ni Melur? (dalam keadaan cemas).
Melur : Ssss…sa..ya rasa kita sudah tersesat ni.
Suria : Apa? Kita tersesat? Ni semua salah kau. Kalau kau tidak tolong arnab
bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni.
Melur : (Sambil menangis). Maafkan saya cik.
Suria : (Berjalan ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai)
Melur, aku nak tidur sebentar. Kau jangan kemana-mana.
Melur : (Memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang arnab) Baik Cik.
(meletakkan barang-barang)
Suria : (Bersandar di pokok dan terus melelapkan mata).
Melur menangis meratapi nasib sambil bernyayi dan diperhati oleh arnab.
Lagu
Tiba-tiba terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria.
Katak 1 : (Memerhati keaadan sekeliling). Wah, cantiknya tempat ini!
Katak 2 : Ye la. Jom kita pergi mandi.
(Lagu)
Lompat si katak lompat (lompat)
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
Lompat si katak lompat
Lompat tepi perigi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah gosok gigi
Yipee.....
Suria : (Terjaga dan mencari arah bunyi tersebut). Siapa yang buat bising ni?
Melur : (Terkejut dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi sekumpulan
katak yang bernyanyi riang.
Suria : (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak tersebut).
Pergi main jauh-jauh !!!
Katak 1 : Perempuan jahat!!!
Katak2 : Kau akan terima balasannya. (Sambil berlalu pergi).
Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula masih leka bermain-
main dengan arnab.
Melur: (Mengusap-usap badan arnab sambil mengeluh). Apalah nasib aku. Dah la
selalu kena marah, sekarang sesat pula. Malangnya…nasibku ini.
Arnab : jangan bersedih Melur yang baik hati. Orang yang baik pasti ditolong Allah.
Akibat keletihan Suria telah bermimpi.
Suria : (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan).
Kat mana aku ni? (Kebingungan).
(Suria mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-tumbuhan
yang terdapat di sekelilingnya. Tiba-tiba……….).
Lampu digelapkan dan diterangkan perlahan-lahan.
Suria: Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada sesuatu yang merentap kakinya)
Bunga 1: Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu?
Suria : (Matanya terbeliak dan kehairanan melihat persekitarannya lebih besar
berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana Melur?
Bunga 2: Kau lupa ke? Aku yang kau rentap dan dibuang sesuka hati kau.
Arnab: Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk dan buruk.
Bunga 1: Aku yang kau pijak-pijak.
Mereka mengutuk Suria beramai-ramai sambil mengeruminya.
Engkau yang sombong,
Engkau yang bongkak, (Ulang 2x)
Engkau pemarah
Suria : (Menggigil ketakutan lalu pensan)
Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan
yang mengerumi Suria berlalu pergi.
Nenek tua: (Semakin menghampiri Suria). Inilah balasan di atas perbuatan jahat kau
Suria.
Nenek tua: Sikap kau yang sombong dan tidak berperikemanusiaan. Kau seorang yang
mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan perasaan orang lain
terutamanya perasaan Melur yang selalu menjaga kau.
Nenek tua: Tak mungkin kau akan berubah. Hati kau keras seperti batu. Tak mungkin,
tak mungkin. (Menggelengkan kepala).
Nenek tua: (Berlalu pergi dengan perlahan-lahan meninggalkan Suria)
Suria terjaga
Suria : (Mencari-cari nenek). Nenek…nenek…nenek…..
Lampu diterangkan.
Melur : (Sedang asyik memetik bunga dan tiba-tiba.....)
Cik suria!!! (Terkejut dan terus meluru ke arah Suria)
Suria : (Terjaga daripada tidur)
Maafkan aku Melur ….maafkan aku arnab. (sambil memeluk kedua-
duanya).
Melur : (Kebingungan dan akhirnya tersenyum sambil membalas pelukan Suria).
Lampu digelapkan dan tirai ditutup.

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 

What's hot (20)

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Faktor Kritikal Kejayaan Pendidikan Inklusif)
 
Tindakan susulan
Tindakan susulanTindakan susulan
Tindakan susulan
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 

Dialog teater kanak kanak

  • 1. SINOPSIS Suria seorang anak bangsawan dan mempunyai orang suruhan bernama Melur. Walaupun mereka sebaya, tetapi sikap mereka jauh berbeza. Suria seorang yang sombong dan degil manakala Melur pula seorang yang baik hati dan penyanyang. Pada suatu hari, Suria dan Melur masuk ke dalam hutan untuk memetik bunga. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang perjalanan mereka. Peristiwa yang dialaminya menjadikan Suria berubah daripada seorang yang sombong kepada seorang yang baik hati.
  • 2. Tema : Penyesalan Persoalan : Keangkuhan membawa kerugian. Perbuatan baik, akan dibalas baik dan perbuatan jahat dibalas jahat. Plot : 1. Permulaan -Suria dan Melur masuk ke dalaam hutan untuk memetik bunga. 2. Klimaks -Bermimpi berjumpa dengan bunga dan pokok gergasi serta nenek tua. 3. Peleraian -Suria menyesali perbuatannya sebelum ini. Meminta maaf dengan Melur dan arnab. Mereka bertemu jalan keluar. Latar :- • Tempat : 1. Di dalam hutan 2. Di tepi sebatang sungai • Masa : 1. Senja • Masyarakat :
  • 3. 1. Flora dan fauna 2. Golongan bangsawan dan golongan bawahan WATAK • Suria • Melur • Arnab • Pokok 1 • Pokok2 • Bunga 1 • Bunga 2 • Nenek tua • Katak 1 • Katak 2 • Mak Cik Timah
  • 4. PERWATAKAN Suria: 1. Sombong 2. Degil 3. Angkuh 4. Bangga diri 5. Mementingkan diri 6. Berambut panjang lurus 7. Cantik 8. Kaya 9. Berkulit kuning langsat 10.Tuan kepada Melur Melur: 1. Lemah lembut 2. Penyanyang 3. Baik hati 4. Sabar 5. Bertanggungjawab
  • 5. 6. Berambut panjang bertocang dua 7. Berhidung mancung 8. Selekeh 9. Miskin 10.Orang suruhan Suria. Arnab: 1. Berbulu putih 2. Manja 3. Jinak Pokok 1 dan Pokok 2 : 1. Besar 2. Tinggi 3. Akar yang melingkar panjang Bunga 1 dan Bunga 2 : 1. Berwarna-warni 2. Wangi 3. Mempunyai banyak kelopak
  • 6. Nenek Tua : 1. Bongkok 2. Muka berkedut 3. Rambut berwarna putih 4. Bertongkat 5. Seorang yang banyak ilmu Katak 1 dan Katak 2 1. Riang 2. Suka bernyanyi 3. Bersifat dendam
  • 7. DIALOG Sedang Melur berkemas-kemas…… Mak Cik Timah : Apa yang kau nak buat dengan bakul tu melur? Kau nak ke mana tu? Kan dah lewat petang ni. Melur : (Terdiam seketika dan memandang Mak Cik Timah ). Errrr….. (Teragak-agak) Mak Cik Timah : (Berkerut kebingungan) Suria : (Bercekak pinggang) Hei Melur, cepat cikit!! Apa yang kau terhegeh- hegeh lagi tu? Lembap macam siput la kau ni. Melur : (Sambil memegang bakul dan berlari ke arah Suria) Melur : Ye Cik, saya datang ni. Suria : (Mengerling ke arah Melur dan terus berjalan). Melur dan Suria berjalan-jalan masuk ke dalam hutan. Hari beransur senja. Melur : Wah, cantiknya bunga kat sini kan Cik! (sambil tersenyum) Suria : (Memetik sekuntum bunga lalu menghalakannya ke arah muka
  • 8. Melur) Ini kau kata cantik? (Melemparkan bunga itu ke arah Melur) Bunga ni hanya layak untuk orang macam kau je, bukan aku. (Memijak bunga yang dilemparnya tadi). Kita ni, bagaikan langit dengan bumi. Suria terus memetik bunga sambil merungut hal tadi. Sambil berjalan, Suria memijak bunga-bunga yang terdapat di sepanjang jalan. Melur : (Sambil memerhati Suria) Cik, janganlah buat macam tu. Kasihan bunga bunga itu. Suria : (Mendengus kasar) Diamlah kau, menyibuk je. Daripada kau bercakap, baik kau pegang bakul tu elok-elok. Semasa mereka meneruskan perjalanan, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang mengerang kesakitan di sebalik semak. Melur : Cik, cik ada terdengar bunyi suara tak? Arnab : Erghh….. sakit……. Sakit…..Tolong aku. Melur : (Mencari-cari lalu terpandang arnab dan terus menuju ke arah arnab tersebut). Suria : Hei, kau nak ke mana tu? (Sambik bercekak pinggang). Melur : (Memberhentikan langkah dan terus berpaling ke arah Suria). Arnab tu sakit Cik. Marilah kita tolong dia. Suria : (Dengan pandangan sinis, sambil mengerling ke arah arnab itu). Kau nak tolong ke? Dah la kotor, busuk pula tu. (Sambil menutup hidung). Melur : (Dengan nada sedih). Kasihan di Cik, dia pun makhluk Allah jugak
  • 9. macam kita. Suria : Kalau kau nak, kau jela yang tolong. (Mendengus kasar) Melur :(Merawat arnab tersebut dan membawanya bersama.) Setelah jauh berjalan……. Suria : Eh, kita kat mana ni Melur? (dalam keadaan cemas). Melur : Ssss…sa..ya rasa kita sudah tersesat ni. Suria : Apa? Kita tersesat? Ni semua salah kau. Kalau kau tidak tolong arnab bodoh tu tadi, tentu tak jadi macam ni. Melur : (Sambil menangis). Maafkan saya cik. Suria : (Berjalan ke arah pokok yang terdapat di pinggir sebatang sungai) Melur, aku nak tidur sebentar. Kau jangan kemana-mana. Melur : (Memerhatikan keadaan sekeliling sambil memegang arnab) Baik Cik. (meletakkan barang-barang) Suria : (Bersandar di pokok dan terus melelapkan mata). Melur menangis meratapi nasib sambil bernyayi dan diperhati oleh arnab. Lagu Tiba-tiba terdengar keriuhan sekumpulan katak yang sedang bersuka ria. Katak 1 : (Memerhati keaadan sekeliling). Wah, cantiknya tempat ini! Katak 2 : Ye la. Jom kita pergi mandi.
  • 10. (Lagu) Lompat si katak lompat (lompat) Lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi-pagi Lompat si katak lompat Lompat tepi perigi Cepatlah adik cepat Cepatlah gosok gigi Yipee..... Suria : (Terjaga dan mencari arah bunyi tersebut). Siapa yang buat bising ni? Melur : (Terkejut dan menuju ke arah Suria). Saya rasa itu bunyi sekumpulan katak yang bernyanyi riang. Suria : (Mencari-cari batu lalu melempar ke arah sekumpulan katak tersebut). Pergi main jauh-jauh !!! Katak 1 : Perempuan jahat!!! Katak2 : Kau akan terima balasannya. (Sambil berlalu pergi). Suria kembali menyambung tidurnya, manakala Melur pula masih leka bermain- main dengan arnab. Melur: (Mengusap-usap badan arnab sambil mengeluh). Apalah nasib aku. Dah la selalu kena marah, sekarang sesat pula. Malangnya…nasibku ini.
  • 11. Arnab : jangan bersedih Melur yang baik hati. Orang yang baik pasti ditolong Allah. Akibat keletihan Suria telah bermimpi. Suria : (Berjalan-jalan seorang diri di dalam hutan). Kat mana aku ni? (Kebingungan). (Suria mencari-cari jalan keluar sambil merentap bunga dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekelilingnya. Tiba-tiba……….). Lampu digelapkan dan diterangkan perlahan-lahan. Suria: Aduh, sakitnya kaki aku! (Suria merasakan ada sesuatu yang merentap kakinya) Bunga 1: Hei, budak sombong. Kau nak ke mana tu? Suria : (Matanya terbeliak dan kehairanan melihat persekitarannya lebih besar berbanding dengan dirinya). Kau ni siapa? Mana Melur? Bunga 2: Kau lupa ke? Aku yang kau rentap dan dibuang sesuka hati kau. Arnab: Aku yang kau hina, aku yang kau ejek, busuk dan buruk. Bunga 1: Aku yang kau pijak-pijak. Mereka mengutuk Suria beramai-ramai sambil mengeruminya. Engkau yang sombong, Engkau yang bongkak, (Ulang 2x)
  • 12. Engkau pemarah Suria : (Menggigil ketakutan lalu pensan) Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang bertongkat. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mengerumi Suria berlalu pergi. Nenek tua: (Semakin menghampiri Suria). Inilah balasan di atas perbuatan jahat kau Suria. Nenek tua: Sikap kau yang sombong dan tidak berperikemanusiaan. Kau seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya perasaan Melur yang selalu menjaga kau. Nenek tua: Tak mungkin kau akan berubah. Hati kau keras seperti batu. Tak mungkin, tak mungkin. (Menggelengkan kepala). Nenek tua: (Berlalu pergi dengan perlahan-lahan meninggalkan Suria) Suria terjaga Suria : (Mencari-cari nenek). Nenek…nenek…nenek….. Lampu diterangkan.
  • 13. Melur : (Sedang asyik memetik bunga dan tiba-tiba.....) Cik suria!!! (Terkejut dan terus meluru ke arah Suria) Suria : (Terjaga daripada tidur) Maafkan aku Melur ….maafkan aku arnab. (sambil memeluk kedua- duanya). Melur : (Kebingungan dan akhirnya tersenyum sambil membalas pelukan Suria). Lampu digelapkan dan tirai ditutup.