SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER:
MEI 2012
KOD KURSUS :
HBAE 1203
TAJUK KURSUS:
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
NAMA : MOHD REZMAN BIN SIDI HAMAT
NO MATRIKULAS : 790616035703001
NO .KAD PENGENALAN : 790616035703
NO. TELEFON : 0199563312
E-MEL : mr_rezman@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN .........................................................................................................................2
PENDAHULUAN...........................................................................................................................3
DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH.......4
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER...................................................................6
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER...................................................................6
PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN........................................................7
CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR..........................11
IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI
SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI.................................................................................................13
PENUTUP......................................................................................................................................14
2
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
PENDAHULUAN
Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga
Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif
bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan aspirasi
pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan
fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hosffa
(1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan yang
terbaik
Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid.
Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan
kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang
baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini
menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya
terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang
dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan
kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat
luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat
unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif mereka. Karya
seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.
Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan
dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di dalm diri kanak-kanak
adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan
yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Berdasarkan faktor inilah maka sangat
3
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak
sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti.
DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT
TOKOH-TOKOH
Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Lowenfeld (1975)
percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif . Pernyataan ini disokong dengan sifat
semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti
berasal daripada perkataan Latin iaiti”creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala
daripada perkataan Greek pula perkataan “creare”bermaksud “memenuhi”.
Pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti antaranya ialah Ellis Paul Torrance atau
lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor
dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah
Berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa
Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di
University of Minnesta hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, pada tahun 1966.
Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau Berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam
mengukur tahap kreativiti seseorangg individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian
IQ(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang
melalui instrument ciptaannya ‘Torrence Test Of Creative Thinking’.
Carl Rogers di lahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak
keempat daripada enam adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala
ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of
Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama.
Sepanjang hidupnyaCarl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka
dan pengasas kepada Client-centered Theraphy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali
lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doctor falsafah.Carl
Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat,yang dapat
berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada
4
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
pengalaman,cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan
kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beluai percaya bahawa individu yang bebas
dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain
dipersekitarannya.
Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini
disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan
perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah
memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim& Hassan,
2003).Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau pun
sains,Victor Lowenfeld-menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui
empat komponen utama iaitu kelancaran ,(secara spontan serta pantas),fleksibel,(mampu
menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli
kepekaan). (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,mendengar,menghidu,dan
sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.)
Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang menghasilkan sesuatu
yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Kepentingan kreativiti pada kanak-kanak
Kreativiti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan
mereka tahu potensi kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri
mereka.Antara kepentingan kreativiti pada kanak-kanak ialah:
- Menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru.
- Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional.
- Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan ataupun karya bagi menyelesaikan
Tugasan dengan lebih lancar.
- Meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan.
5
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER(1943)
Peringkat Rangsangan
Peringkat Penerokaan
Peringkat Perancangan
Peringkat Aktiviti
Peringkat Kajian Semula
TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER
Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Mengikut pendapat Fisher (1943)
menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:
a)Peringkat Rangsangan
Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan
seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk
berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru
perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
b)Peringkat Penerokaan
Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang
6
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk latihan dan pendedahan seperti
eksprementasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat
ini,kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian
melalui pelbagai cara,gaya dan teknik.
c)Peringkat Perancangan
Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui
tiga cara iaitu perancangan secara verbal melalui perbincangan,pemerhatian,interaksi dan
sebagainya, perancangan secara visual dilakukan secara visual,graf,imeg lukisan dan sebagainya.
d)Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melaui
persoalan-persoalan seperti “Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan
tersebut?”
e)Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan
selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan
cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid
digesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu
bentuk refleksi diri.
PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH
PENYOALAN.
Perkembangan kreativiti berkembang mengikut tahap-tahap tertentu bergantung kepada
pengetahuan asas dan pengalaman kanak-kanak. Walau bagaimanapun perkembangan kreativiti
kanak-kanak boleh dirangsang melalui lima peringkat iaitu rangsangan,penerokaan,
perancangan, aktiviti dan kajian semula. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan sebagai
strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan lima tahap kreativiti kanak-kanak.
7
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
Antara strategi yang dicadangkan disini ialah strategi penyoalan mengikut aras soalan
Taksonomi Bloom.
Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalm semua kaedah
pengajaran. Kemahiran dalam penyoalan sangat penting. Menyoal merupakan cara yang paling
berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran. Ada pelbagai jenis soalan akan
memberikan respons yang berbeza. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap
berdasarkan teori Taksonomi Bloom, dan soalan pada setiap tahap memerlukan murid menjawab
dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Soalan yang dibina perlu berupaya
menggalakkan murid terlibat dalam proses kognitif. Sebelum membina soalan pada setiap tahap,
terdapat enam kategori yang perlu difahami terlebih dahulu.
1. Pengetahuan
Pengetahuan memerlukan murid mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Murid tidak
dikehendaki mamanipulasikan maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untuk menjawab
soalan ini, murid mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisikan apa yang telah
dipelajari.
2. Pemahaman
Peringkat pemahaman memerlukan murid menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai
pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Murid perlu memilih
fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman,murid perlu pergi lebih jauh
daripada hanya setakat mengingat kembali. Murid perlu menunjukkan mereka lebih memahami
apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya denga perkataan sendiri atau membuat
perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan murid menterjermah atau mentafsir
bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual, dan kartun. Murid harus
ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman.
3. Aplikasi
Soalan tahap ini mengkehendaki murid mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari. Soalan
aplikasi memerlukan murid menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah.
Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki.
4. Analisis
Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan murid memikirkan dengan
kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, murid perlu mengenal pasti sebab
8
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan, inferens
dan generelisasi berdasarkan maklumat resebut. Selain itu, murid menganalisis kesimpulan,
inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menyagkal hipotesis.
5. Sintesis
Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Murid dikehendaki menghasilkan pemikiran
kreatif dan asli. Murid perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau menghasilkan
satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan satu jawapan betul.
Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis
memerlukan pemahaman yang terperinci tentang sesuatu subjek. Murid tidak boleh hanya
meneka untuk menjawab soalan sintesis.
6. Penilaian
Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahp yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalan sintesis
dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaian tidak mempunyai satu
jawapan betul. Ia memerlukan murid membuat penghakiman sesuatu idea, penyelesaian kepada
sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Ianya juga memerlukan murid
memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Untuk melakukannya,
murid perlu mempunyai kriteria.
Soalan Mengikut Lima Tahap Perkembangan Kreativiti
Tahap/Aras
Soalan
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
Rangsangan Apakah
kenderaan
yang pernah
kamu naiki?
Terangkan
bahagian-
bahagian
yang terdapat
pada sebuah
kereta.
- - - -
Penerokaan
- -
Dengan
menggunakan
pensel cuba
lukis kereta
masa
- -
9
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
hadapan.
Perancangan
- - -
Apakah ciri-
ciri rekaan
kamu?
- -
Aktiviti
- - -
Apakah yang
kamu jangka
jika rekaan
kamu
berjaya?
-
Kajian Semula
- - - - -
Bagaimana
pandangan kamu
tentang ciri-ciri
keselamatan
kereta ciptaan
kamu?
Fisher berpendapat tahap perkembangan aktiviti dapat dilaksanakan berdasarkan lima
tahap. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengembangkan
setiap tahap-tahap tersebut. Salah satu kaedah yang dicadangkan disini ialah kaedah penyoalan
mengikut Taksonomi Bloom. Kaedah ini merupakan penyoalan mengikut aras yang telah
ditetapkan berpandukan aras-aras soalan mengikut tahap.
Pada tahap pertama Fisher telah menyatakan bahawa murid perlu dirangsang terlebih
dahulu dengan soalan-soalan apa,mengapa,siapa,bagaimana dan sebagainya. Berdasarkan kepada
jadual di atas guru telah mengemukakan soalan apakah. Soalan ini adalah untuk membantu
murid berinteraksi dengan guru dan rakan –rakan dengan menyatakan jenis kenderaan yang
pernah mereka naiki. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid membantu mereka untuk
bercerita dengan jelas dan yakin.
Pada peringkat kedua, murid mula meneroka berdasarkan bahan yang telah dirangsang.
Murid mula berimaginasi untuk mencipta sesuatu ciptaan yang baru. guru boleh meminta murid
10
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
melakar kereta ciptaan mereka. Murid mungkin akan menggabungkan pengalaman-pengalaman
mereka dengan keinginan mereka untuk mendapatkan hasil yang baru.
Pada peringkat ketiga murid mula merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan
segala kemungkinan. Guru boleh membantu murid dengan mengemukakan soalan seperti
‘apakah ciri-ciri idaman yang ada pada rekaan kamu’. Murid akan membentangkan cirri-ciri
yang akan diaplikasikan pada rekaan mereka.
Pada peringkat keempat murid akan mula mereka cipta rekaan mereka. Di sini murid- murid
akan merasai keseronokan dan kebebasan untuk mencipta. Pemikitan mereka akan lebih terbuka
dan dapat menjangkakan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku.
Peringkat yang kelima adalah peringkat untuk menilai keberkesanan tindakan atau hasil
yang telah mereka lakukan. Berdasaekan contoh soalan di dalam jadual diatas,murid dapat
membuat penilaian yang tepat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada rekaan mereka.
Mereka dapat meyakinkan dengan hujah-hujah bahawa rekaan mereka adalah benar-benar
selamat untuk digunakan.
Kesimpulannya, aras –aras soalan sangat membantu tahap perkembangan kreativiti
kanak-kanak kerana mereka dapat dirangsang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.
CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR
• 1- 4 Tahun
• Contengan tidak terkawal oleh Mohd Shazlee Amir (20 bulan)
• 4 – 7 tahun
11
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
• 7 -9 tahun
• 12-14 tahun
12
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
IMPLIKASI
KREATIVITI
DAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL, FIZIKAL
DAN EMOSI.
Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan
pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat
dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara
ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak
dapat dilihat dari aspek social, fizikal dan emosi.
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek
kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses,
berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya
pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan
seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai
pengalaman luas dalam bidang hasil karya.
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak
membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pacaindera dan deria. Pendidikan seni visual juga menambahkan pengetahuan mengenai konsep
pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,produk dan
objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan
keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual
memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan
13
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat
meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Kanak-kanak terlalu unik sehingga
melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa
menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan
terus digilap sehingga berjaya.
PENUTUP
Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk
meluah kan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan
meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap
melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika
guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran
menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu
mengajar , murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang
hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini.
Sebagai contoh,guru boleh menggunakan ICT,carta atau contoh model murid-murid yang
terdahulu.
Merujuk kepada kajian pakar-pakar pendidikan maklumat yang diperolehi melalui deria
penglihatan ialah 75%, deria pendengaran 13%, deria sentuhan 4% dan deria bau 4%. Oleh
sebab itu perlu melibatkan kesemua deria murid dalam proses pembelajaran melalui alat
bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid serta objektif yang diingini.
Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil
dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka sendiri.
Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Ia sedikit sebanyak dapat
membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Guru perlu memberi kebebasan kepada
pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsure tersebut ke
dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh yang demikian, amatlah penting guru
14
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajarannya bagi memperkembangkan
kreativiti pelajarnya.
15
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
RUJUKAN
Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan
Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik).
Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.
Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak
Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan
Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong
Malim.
Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York :
McGraw Hill.
Krieger, et. al. (2003). Children art. Munich
Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi
Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14,
39-44.
Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011).
HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd.
16
PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703
17

More Related Content

Similar to 790616035703 136130 final

170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzullinurul ain
 
Waj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pgWaj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pgAzizan Amanda
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Hem Emmiey
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
Perkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanPerkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanShaznie Hasran
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK Rean Leh
 
1 pengenalan psikometrik
1 pengenalan psikometrik1 pengenalan psikometrik
1 pengenalan psikometrikSabariahYusop
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...veera vasu
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniMazli Jaafar
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifNormala Mehat
 

Similar to 790616035703 136130 final (20)

170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli
 
Waj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pgWaj 3107 tugasan 5 pg
Waj 3107 tugasan 5 pg
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Perkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanPerkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasan
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LUKISAN KANAK-KANAK
 
1 pengenalan psikometrik
1 pengenalan psikometrik1 pengenalan psikometrik
1 pengenalan psikometrik
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Presentation en zul
Presentation en zulPresentation en zul
Presentation en zul
 
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seni
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan Kognitif
 
Kae 2
Kae 2Kae 2
Kae 2
 

790616035703 136130 final

  • 1. PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: MEI 2012 KOD KURSUS : HBAE 1203 TAJUK KURSUS: PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK NAMA : MOHD REZMAN BIN SIDI HAMAT NO MATRIKULAS : 790616035703001 NO .KAD PENGENALAN : 790616035703 NO. TELEFON : 0199563312 E-MEL : mr_rezman@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN
  • 2. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN .........................................................................................................................2 PENDAHULUAN...........................................................................................................................3 DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH.......4 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER...................................................................6 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER...................................................................6 PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN........................................................7 CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR..........................11 IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI.................................................................................................13 PENUTUP......................................................................................................................................14 2
  • 3. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 PENDAHULUAN Pendidikan menjelang wawasan 2020 menekankan kepentingan melahirkan warga Malaysia yang kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hosffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan yang terbaik Bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti murid-murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan,namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld,1975). Hasil seni kanak-kanak adalah satu kaedah yang sangat unik untuk menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Kanak-kanak dan kreativiti memang tidak dapat dipisahkan. Kanak- kanak dilahirkan dengan kebolehandan keupayaan yang berbeza.kreativiti yang terdapat di dalm diri kanak-kanak adalah bersifat semulajadi. Tetapi bakat dan kreativiti yang tidak diberi galakan dan bimbingan yang sewajarnya dapat dilupuskan dengan begitu sahaja. Berdasarkan faktor inilah maka sangat 3
  • 4. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 penting penerapan pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. DEFINISI KREATIVITI KANAK-KANAK MENGIKUT PENDAPAT TOKOH-TOKOH Pengertian kreativiti mengikut Kamus Dewan,(2002) ialah satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreativiti,kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif . Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaiti”creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula perkataan “creare”bermaksud “memenuhi”. Pandangan tokoh-tokoh seni visual mengenai kreativiti antaranya ialah Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah Berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesta hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau Berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorangg individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ(intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrument ciptaannya ‘Torrence Test Of Creative Thinking’. Carl Rogers di lahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Sepanjang hidupnyaCarl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Theraphy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doctor falsafah.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat,yang dapat berfungsi sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada 4
  • 5. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 pengalaman,cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beluai percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim& Hassan, 2003).Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni atau pun sains,Victor Lowenfeld-menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran ,(secara spontan serta pantas),fleksibel,(mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan). (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa,mendengar,menghidu,dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.) Kesimpulannya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan sesorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kepentingan kreativiti pada kanak-kanak Kreativiti perlu dibangunkan pada peringkat awal persekolahan lagi untuk membolehkan mereka tahu potensi kecenderungan diri serta mencetuskan potensi yang tersembunyi dalam diri mereka.Antara kepentingan kreativiti pada kanak-kanak ialah: - Menggalakkan kanak-kanak meneroka bidang dan teknologi baru. - Membiasakan minda mencari jawapan yang bilazim dan tidak konvensional. - Mencerna idea untuk menghasilkan penulisan ataupun karya bagi menyelesaikan Tugasan dengan lebih lancar. - Meneliti kualiti hasil kerja yang dihasilkan dan membuat penambahbaikan. 5
  • 6. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER PERINGKAT KREATIVITI OLEH FISHER(1943) Peringkat Rangsangan Peringkat Penerokaan Peringkat Perancangan Peringkat Aktiviti Peringkat Kajian Semula TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI FISHER Kreativiti dipercayai mempunyai tahap-tahap tertentu. Mengikut pendapat Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu: a)Peringkat Rangsangan Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. b)Peringkat Penerokaan Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang 6
  • 7. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. Untuk latihan dan pendedahan seperti eksprementasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini,kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara,gaya dan teknik. c)Peringkat Perancangan Pada peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui tiga cara iaitu perancangan secara verbal melalui perbincangan,pemerhatian,interaksi dan sebagainya, perancangan secara visual dilakukan secara visual,graf,imeg lukisan dan sebagainya. d)Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melaui persoalan-persoalan seperti “Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?” e)Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dank omen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. PERLAKSANAAN 5 TAHAP KREATIVITI DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KAEDAH PENYOALAN. Perkembangan kreativiti berkembang mengikut tahap-tahap tertentu bergantung kepada pengetahuan asas dan pengalaman kanak-kanak. Walau bagaimanapun perkembangan kreativiti kanak-kanak boleh dirangsang melalui lima peringkat iaitu rangsangan,penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melaksanakan lima tahap kreativiti kanak-kanak. 7
  • 8. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 Antara strategi yang dicadangkan disini ialah strategi penyoalan mengikut aras soalan Taksonomi Bloom. Penyoalan adalah satu aspek penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalm semua kaedah pengajaran. Kemahiran dalam penyoalan sangat penting. Menyoal merupakan cara yang paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran dan pembelajaran. Ada pelbagai jenis soalan akan memberikan respons yang berbeza. Soalan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan teori Taksonomi Bloom, dan soalan pada setiap tahap memerlukan murid menjawab dengan menggunakan tahap proses pemikiran yang berlainan. Soalan yang dibina perlu berupaya menggalakkan murid terlibat dalam proses kognitif. Sebelum membina soalan pada setiap tahap, terdapat enam kategori yang perlu difahami terlebih dahulu. 1. Pengetahuan Pengetahuan memerlukan murid mengenal pasti atau mengingat kembali maklumat. Murid tidak dikehendaki mamanipulasikan maklumat, tetapi hanya mengingatinya sahaja. Untuk menjawab soalan ini, murid mesti mengingat kembali fakta, memerhati dan mendefinisikan apa yang telah dipelajari. 2. Pemahaman Peringkat pemahaman memerlukan murid menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyusun maklumat secara mental. Murid perlu memilih fakta yang penting untuk menjawab soalan. Bagi pemahaman,murid perlu pergi lebih jauh daripada hanya setakat mengingat kembali. Murid perlu menunjukkan mereka lebih memahami apa yang telah dipelajari dan boleh menyatakannya denga perkataan sendiri atau membuat perbandingan. Selalunya, soalan pemahaman memerlukan murid menterjermah atau mentafsir bahan pembelajaran yang ditunjukkan dalam bentuk carta, graf, jadual, dan kartun. Murid harus ada maklumat yang berkaitan sebelum mereka boleh menjawab soalan peringkat pemahaman. 3. Aplikasi Soalan tahap ini mengkehendaki murid mengaplikasikan maklumat yang telah dipelajari. Soalan aplikasi memerlukan murid menggunakan peraturan atau proses untuk menyelesaikan masalah. Selalunya hanya satu jawapan yang betul dikehendaki. 4. Analisis Soalan peringkat ini adalah soalan peringkat tinggi dan memerlukan murid memikirkan dengan kritikal dan mendalam. Untuk menjawab soalan peringkat ini, murid perlu mengenal pasti sebab 8
  • 9. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 sesuatu perkara itu berlaku, menganalisis maklumat untuk membuat sesuatu kesimpulan, inferens dan generelisasi berdasarkan maklumat resebut. Selain itu, murid menganalisis kesimpulan, inferens atau generalisasi untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menyagkal hipotesis. 5. Sintesis Sintesis juga merupakan soalan peringkat tinggi. Murid dikehendaki menghasilkan pemikiran kreatif dan asli. Murid perlu membuat jangkaan atau menyelesaikan masalah atau menghasilkan satu komunikasi yang asli. Soalan sintesis tidak semestinya memberikan satu jawapan betul. Jawapannya boleh terdiri daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Soalan sintesis memerlukan pemahaman yang terperinci tentang sesuatu subjek. Murid tidak boleh hanya meneka untuk menjawab soalan sintesis. 6. Penilaian Soalan peringkat penilaian ialah soalan tahp yang paling tinggi. Ianya juga seperti soalan sintesis dan analisis yang merupakan soalan peringkat tinggi. Soalan penilaian tidak mempunyai satu jawapan betul. Ia memerlukan murid membuat penghakiman sesuatu idea, penyelesaian kepada sesuatu masalah atau penilaian kepada sesuatu kerja estetik. Ianya juga memerlukan murid memberikan pendapat tentang sesuatu isu dan membuat penghakiman. Untuk melakukannya, murid perlu mempunyai kriteria. Soalan Mengikut Lima Tahap Perkembangan Kreativiti Tahap/Aras Soalan Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Rangsangan Apakah kenderaan yang pernah kamu naiki? Terangkan bahagian- bahagian yang terdapat pada sebuah kereta. - - - - Penerokaan - - Dengan menggunakan pensel cuba lukis kereta masa - - 9
  • 10. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 hadapan. Perancangan - - - Apakah ciri- ciri rekaan kamu? - - Aktiviti - - - Apakah yang kamu jangka jika rekaan kamu berjaya? - Kajian Semula - - - - - Bagaimana pandangan kamu tentang ciri-ciri keselamatan kereta ciptaan kamu? Fisher berpendapat tahap perkembangan aktiviti dapat dilaksanakan berdasarkan lima tahap. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang dapat dilaksanakan untuk mengembangkan setiap tahap-tahap tersebut. Salah satu kaedah yang dicadangkan disini ialah kaedah penyoalan mengikut Taksonomi Bloom. Kaedah ini merupakan penyoalan mengikut aras yang telah ditetapkan berpandukan aras-aras soalan mengikut tahap. Pada tahap pertama Fisher telah menyatakan bahawa murid perlu dirangsang terlebih dahulu dengan soalan-soalan apa,mengapa,siapa,bagaimana dan sebagainya. Berdasarkan kepada jadual di atas guru telah mengemukakan soalan apakah. Soalan ini adalah untuk membantu murid berinteraksi dengan guru dan rakan –rakan dengan menyatakan jenis kenderaan yang pernah mereka naiki. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid membantu mereka untuk bercerita dengan jelas dan yakin. Pada peringkat kedua, murid mula meneroka berdasarkan bahan yang telah dirangsang. Murid mula berimaginasi untuk mencipta sesuatu ciptaan yang baru. guru boleh meminta murid 10
  • 11. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 melakar kereta ciptaan mereka. Murid mungkin akan menggabungkan pengalaman-pengalaman mereka dengan keinginan mereka untuk mendapatkan hasil yang baru. Pada peringkat ketiga murid mula merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Guru boleh membantu murid dengan mengemukakan soalan seperti ‘apakah ciri-ciri idaman yang ada pada rekaan kamu’. Murid akan membentangkan cirri-ciri yang akan diaplikasikan pada rekaan mereka. Pada peringkat keempat murid akan mula mereka cipta rekaan mereka. Di sini murid- murid akan merasai keseronokan dan kebebasan untuk mencipta. Pemikitan mereka akan lebih terbuka dan dapat menjangkakan sesuatu kemungkinan yang akan berlaku. Peringkat yang kelima adalah peringkat untuk menilai keberkesanan tindakan atau hasil yang telah mereka lakukan. Berdasaekan contoh soalan di dalam jadual diatas,murid dapat membuat penilaian yang tepat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada rekaan mereka. Mereka dapat meyakinkan dengan hujah-hujah bahawa rekaan mereka adalah benar-benar selamat untuk digunakan. Kesimpulannya, aras –aras soalan sangat membantu tahap perkembangan kreativiti kanak-kanak kerana mereka dapat dirangsang dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. CONTOH LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT UMUR • 1- 4 Tahun • Contengan tidak terkawal oleh Mohd Shazlee Amir (20 bulan) • 4 – 7 tahun 11
  • 12. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 • 7 -9 tahun • 12-14 tahun 12
  • 13. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 IMPLIKASI KREATIVITI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI SEGI SOSIAL, FIZIKAL DAN EMOSI. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya kepentingan pengajaran mata pelajaran pendidikan seni visual kepada kanak-kanak dapat dilihat dari aspek social, fizikal dan emosi. Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil karya. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pacaindera dan deria. Pendidikan seni visual juga menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilan seni,produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan 13
  • 14. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran seni juga menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Pendidikan seni visual dapat memenuhi keinginan dan fitrah kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka melalui lukisan. Kanak-kanak terlalu unik sehingga melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap sehingga berjaya. PENUTUP Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluah kan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam kelas.Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa penggunaan alat bantu mengajar , murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan ICT,carta atau contoh model murid-murid yang terdahulu. Merujuk kepada kajian pakar-pakar pendidikan maklumat yang diperolehi melalui deria penglihatan ialah 75%, deria pendengaran 13%, deria sentuhan 4% dan deria bau 4%. Oleh sebab itu perlu melibatkan kesemua deria murid dalam proses pembelajaran melalui alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid serta objektif yang diingini. Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap, pelajar dapat melihat sebuah hasil dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea mereka sendiri. Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya mengaplikasikan unsure tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh yang demikian, amatlah penting guru 14
  • 15. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajarannya bagi memperkembangkan kreativiti pelajarnya. 15
  • 16. PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK(HBAE1203) 790616035703 RUJUKAN Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York : McGraw Hill. Krieger, et. al. (2003). Children art. Munich Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44. Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria (2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti Sdn. Bhd. 16