Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak
        (Child Creativity Expression)


Tajuk : Tokoh Kreativiti dan Pemikiran Kreatif

            (Laura H. Chapman)
Pengenalan

Setiap kanak – kanak menjalani proses pembesaran harus melepasi beberapa aras. Setiap aras ini

kanak-kanak akan mampu mempelajari sesuatu secara tidak formal sebelum alam persekolahan

dan secara formal semasa alam persekolahan kreativiti mempunyai pelbagai maksud dan definisi.

Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai kemampuan      atau kebolehan mencipta (Kamus Dewan,

2005). Kreativiti adalah ,menggunakan imaginasi untuk mencapai ke satu penyelesaian masalah,

cabaran, soalan atau tugasan yang asli. Terdapat juga tokoh kreativiti berpendapat bahawa

kreativiti ialah


“Satu penghasilan karya atau produk atau ciptaan yang asli dan sesuai. Asli merujuk kepada

yang original , karya atau produk       atau ciptaan yang tdak dijangkakan. Sesuai merujuk

kegunaan karya atau produk atau cipataan terhadap sesuatu keperluan “ (Sternberg, 1996)


        Kreativiti seseorang individu itu merupakan satu proses kebolehan untuk mencerna dan

menghasilakan idea baru dan asli . Idea tersebut dihasilkan melalui ilham atau gabngan idea yang

ada. Kreativiti boleh terhasil sama ada semasa penghasilan produk secara individu mahupun

secara berkumpulan. Ianya mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dalam

menghasilkan sesuatu yang asli dan bekualiti.


        Terdapat beberapa aspek yang perlu ada semasa menjanakan kreativiti iaitu kelancaran

(fluency), keluwesan (flexibility), kejelasan (elaboration) dan keaslian (originality) (Torrance,

1979). Seharusnya aspek-aspek ini diteliti dan diaplikasikan        semasa proses menjanakan

kreativiti seseorang individu. Kreatitivi bukan sahaja memberi kebaikan kepada seseorang

individu ataupun syarikat sahaja malahan ia memberi impak yang amat besar dalam sesuatu

masyarakat. Masyarakat Negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakatboleh mencedok dan mengubahsuai sahaja,

tetapi mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui (Mahathir, 1991).


Kreativiti visual


Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dengan konsep kreativiti dan pemikiran kreatif

dalam seni visual. Salah seorang daripadanya ialah Laura H.Chapman. Beliau mempunyai

reputasi yang amat membanggakan dalam bidang seni visual. Malahan beliau amat dikagumi dan

mendapat pengiktirafan sebagai seorang pelukis dan artis elektronik. Laura merupakan seorang

pakar dalam bidang pendidikan seni visual terutama untuk golongan kanak-kanak. Beliau juga

mempunyai pengalaman yang mengajar dari peringkat individu dari awal umur prasekolah

sehinggalah peringkat dewasa. Ianya melibatkan pelajar dari luar bandar dan pelajar dari pinggir

bandar. Beliau mempunyai semngat untuk mengajar dan berkonsi ilmu kretiviti seni visual beliau

tanpa mengira kaum mahupun taraf masyarakat tersebut. Laura H.Chapman juga turut terlibat

dengan hasil kerja bersama dengan pihak muzium . Selain itu Laura juga pernah terlibat selama

15 tahun sebagai jurulatih bagi pelajar-pelajar peringkat Sarjana Muda dan pelajar peringkat

Sarjan di Indiana University, University of Illinois dan University of Cincinnati.


Laura H. Chapman merupakan seorang pemulis yang telah menghasilkan 32 buah buku dan

beberapa artikel.beliau bukan sahaja terkenal dikalangan masyarakat tempatan malahan di

peringkat antarabangsa. Beliau seringkali terlibat dengan kerja-kerja mengenai dasar asas,

meraka dan menyelaras kurikulum, pembangunan sosial dan juga penilaian dalam seni visual. Di

antara penerbitan beliau yang dihasilkan ialah Adventures of Art yang mengandungi artikel-

artikel beserta dengan bantuan bergambarajah serta sumber pengajaran di sekolah. Pada tahun
1999 di satu majlis Textbook Excellent Award dan telah diterjemahkan kepada bahasa Belanda

dan Cina untuk peringkat pendidikan sekolah rendah.


Manakala teks beliau yang digunakan di peringkat pendidikan tinggi university iaitu Approaches

to Art in Education telah diterjemah kan kepada bahasa Greek dan beberapa bahagian kepada

Bahasa Arab. Polisi pembelajaran beliau iaitu Instant Art Instant Culture: The Unspoken Policy

for American Schools telah dipilih menerima anugerah Book of the Century in Education oleh

pihak panel kebangsaan yang diadakan di Museum of Education (Loftus, 2003). Laura

H.Chapman mula bergiat aktif dalam bidang seni visual kreatif ini semenjak dari awal

persekolahan beliau, seterusnya menjadi pelukis dan menyertai pelbagai pameran dan

pertunjukan secara solo di dalam negara. Beliau juga merupakan ikon kreativiti seni visual.

Beliau berpendapat bahawa seni itu penting dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga telah

dianugerahkan sebgai Distinguished Fellow of the National Art Education dan sekali lagi dalam

tahun 1997 beliau telah diisyitiharkan sebagai National Art Educator of the Year.


Tahap perkembangan Kreativiti


Laura H.Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan. Oleh itu

guru yang terlibat dengan seni visual perlu mengaplikasikan pelbagai cara dalam menghasilkan

karya. Guru seharusnya bersedia dan mampu meguasai bidangnya.


Laura mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni yang kreatif iaitu, kaedah penjanaan

idea (inception of idea) , pengolahan dan pemurnin ( elaboration and refinement) dan kemahiran

menggunakan bahan ( execution in a medium) (Maswan, 2010). Beliau juga ada menyatakan

dalam bukunya Approaches to Art in Education bahawa telah membuat satu analisistentang
teori-teori peringkat penghasilan kerja tahap kreativiti. Beliau menjelaskan bahawa proses

artistic adalah merupakan fas-fasa yang tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens

(H.Chapman, 1978)


Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

Penjanaan sesuatu idea memerlukan pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan

penghasilan karya. Guru mestilah membimbing pelajar dalam memantapkan hala tuju

penghasilan karya. Guru juga hendaklah menerangkan kepada setiap pelajarnya tentang kaedah

menjana idea.


Pengolahan dan Pemurniaan (Eleboration and Refinement)

Proses pengolahan dan pemurniaan setiap idea hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kajian

visual yang lebih sistematik dan tersusun. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendak

dihasilkan atau dipilih oleh pengkarya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

Pelajar akan mengolah dan memurnikan hasil karya mereka sehingga memperolehi hasil yang

terbaik.


Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Bimbingan dari guru diperlukan untuk membimbing pelajar tentang penggunaan bahan dan

teknik penggunaan serta penghasilan. Guru menjelaskan dengan mengadakan demonstrasi dan

tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.


Pendidikan seni visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan domain kognitif, afektif dan

psikomotor. Ia memberi sumbangan untuk membantu proses perkembangan dan pertumbuhan

seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat
mengembangkan bakat serta potensi diri individu dalam diri setiap pelajar dalam menjadi

anggota masyarakat yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.


Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah dictator akan menghalang

perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang mengamalkan kaedah

yang lebih demokratik yang berpusatkan kepada pelajar seperti kaedah orientasi murid

berdasarkan tajuk, berorientasikan media dan kaedah panduan fasilitator. Ini jelas menunjukkan

keupayaan dan kesediaan setiap pelajar dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza

antara satu sama lain berdasarkan perkembangan mereka dari segi usia, kebolehan fizikal, emosi

dan kebolehan inteleknya.


Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah

mereka melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakan

peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah dari

masa ke semasa.


“Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar

dengan cara mereka belajar.”
Bibliography

H.Chapman, L. (1978). Approaches to Art Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Loftus, S. (2003). Art Educator Chapman and Artist Paschke to Address Fall Conference.
Wisconsin, United State of America: Wisconsin Art Education Association Newsletter.

Mahathir, T. (1991, Februari 28). Wawasan 2020 : Malaysia Melangkah ke Hadapan
(terjemahan).

Maswan, D. S. (2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open University
Malaysia . Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia: Open University Malaysia.

Razali, R. J. (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Sternberg, R. W. (1996). How to Develop Student Creativity.

Laura chapman

  • 1.
    Ekspresi Kreativiti Kanak-kanak (Child Creativity Expression) Tajuk : Tokoh Kreativiti dan Pemikiran Kreatif (Laura H. Chapman)
  • 2.
    Pengenalan Setiap kanak –kanak menjalani proses pembesaran harus melepasi beberapa aras. Setiap aras ini kanak-kanak akan mampu mempelajari sesuatu secara tidak formal sebelum alam persekolahan dan secara formal semasa alam persekolahan kreativiti mempunyai pelbagai maksud dan definisi. Kreativiti boleh ditafsirkan sebagai kemampuan atau kebolehan mencipta (Kamus Dewan, 2005). Kreativiti adalah ,menggunakan imaginasi untuk mencapai ke satu penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau tugasan yang asli. Terdapat juga tokoh kreativiti berpendapat bahawa kreativiti ialah “Satu penghasilan karya atau produk atau ciptaan yang asli dan sesuai. Asli merujuk kepada yang original , karya atau produk atau ciptaan yang tdak dijangkakan. Sesuai merujuk kegunaan karya atau produk atau cipataan terhadap sesuatu keperluan “ (Sternberg, 1996) Kreativiti seseorang individu itu merupakan satu proses kebolehan untuk mencerna dan menghasilakan idea baru dan asli . Idea tersebut dihasilkan melalui ilham atau gabngan idea yang ada. Kreativiti boleh terhasil sama ada semasa penghasilan produk secara individu mahupun secara berkumpulan. Ianya mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dalam menghasilkan sesuatu yang asli dan bekualiti. Terdapat beberapa aspek yang perlu ada semasa menjanakan kreativiti iaitu kelancaran (fluency), keluwesan (flexibility), kejelasan (elaboration) dan keaslian (originality) (Torrance, 1979). Seharusnya aspek-aspek ini diteliti dan diaplikasikan semasa proses menjanakan kreativiti seseorang individu. Kreatitivi bukan sahaja memberi kebaikan kepada seseorang individu ataupun syarikat sahaja malahan ia memberi impak yang amat besar dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat Negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh kemahiran dan
  • 3.
    kepakaran sains danteknologi yang bukan setakatboleh mencedok dan mengubahsuai sahaja, tetapi mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui (Mahathir, 1991). Kreativiti visual Terdapat beberapa orang tokoh yang terlibat dengan konsep kreativiti dan pemikiran kreatif dalam seni visual. Salah seorang daripadanya ialah Laura H.Chapman. Beliau mempunyai reputasi yang amat membanggakan dalam bidang seni visual. Malahan beliau amat dikagumi dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang pelukis dan artis elektronik. Laura merupakan seorang pakar dalam bidang pendidikan seni visual terutama untuk golongan kanak-kanak. Beliau juga mempunyai pengalaman yang mengajar dari peringkat individu dari awal umur prasekolah sehinggalah peringkat dewasa. Ianya melibatkan pelajar dari luar bandar dan pelajar dari pinggir bandar. Beliau mempunyai semngat untuk mengajar dan berkonsi ilmu kretiviti seni visual beliau tanpa mengira kaum mahupun taraf masyarakat tersebut. Laura H.Chapman juga turut terlibat dengan hasil kerja bersama dengan pihak muzium . Selain itu Laura juga pernah terlibat selama 15 tahun sebagai jurulatih bagi pelajar-pelajar peringkat Sarjana Muda dan pelajar peringkat Sarjan di Indiana University, University of Illinois dan University of Cincinnati. Laura H. Chapman merupakan seorang pemulis yang telah menghasilkan 32 buah buku dan beberapa artikel.beliau bukan sahaja terkenal dikalangan masyarakat tempatan malahan di peringkat antarabangsa. Beliau seringkali terlibat dengan kerja-kerja mengenai dasar asas, meraka dan menyelaras kurikulum, pembangunan sosial dan juga penilaian dalam seni visual. Di antara penerbitan beliau yang dihasilkan ialah Adventures of Art yang mengandungi artikel- artikel beserta dengan bantuan bergambarajah serta sumber pengajaran di sekolah. Pada tahun
  • 4.
    1999 di satumajlis Textbook Excellent Award dan telah diterjemahkan kepada bahasa Belanda dan Cina untuk peringkat pendidikan sekolah rendah. Manakala teks beliau yang digunakan di peringkat pendidikan tinggi university iaitu Approaches to Art in Education telah diterjemah kan kepada bahasa Greek dan beberapa bahagian kepada Bahasa Arab. Polisi pembelajaran beliau iaitu Instant Art Instant Culture: The Unspoken Policy for American Schools telah dipilih menerima anugerah Book of the Century in Education oleh pihak panel kebangsaan yang diadakan di Museum of Education (Loftus, 2003). Laura H.Chapman mula bergiat aktif dalam bidang seni visual kreatif ini semenjak dari awal persekolahan beliau, seterusnya menjadi pelukis dan menyertai pelbagai pameran dan pertunjukan secara solo di dalam negara. Beliau juga merupakan ikon kreativiti seni visual. Beliau berpendapat bahawa seni itu penting dalam kehidupan seharian kita. Beliau juga telah dianugerahkan sebgai Distinguished Fellow of the National Art Education dan sekali lagi dalam tahun 1997 beliau telah diisyitiharkan sebagai National Art Educator of the Year. Tahap perkembangan Kreativiti Laura H.Chapman menyatakan bahawa proses kreativiti merupakan proses penghasilan. Oleh itu guru yang terlibat dengan seni visual perlu mengaplikasikan pelbagai cara dalam menghasilkan karya. Guru seharusnya bersedia dan mampu meguasai bidangnya. Laura mencadangkan 3 kaedah menghasilkan karya seni yang kreatif iaitu, kaedah penjanaan idea (inception of idea) , pengolahan dan pemurnin ( elaboration and refinement) dan kemahiran menggunakan bahan ( execution in a medium) (Maswan, 2010). Beliau juga ada menyatakan dalam bukunya Approaches to Art in Education bahawa telah membuat satu analisistentang
  • 5.
    teori-teori peringkat penghasilankerja tahap kreativiti. Beliau menjelaskan bahawa proses artistic adalah merupakan fas-fasa yang tidak semestinya sentiasa bersifat tekal dan sekuens (H.Chapman, 1978) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Penjanaan sesuatu idea memerlukan pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Guru mestilah membimbing pelajar dalam memantapkan hala tuju penghasilan karya. Guru juga hendaklah menerangkan kepada setiap pelajarnya tentang kaedah menjana idea. Pengolahan dan Pemurniaan (Eleboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurniaan setiap idea hendaklah dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Ia demi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih oleh pengkarya bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Pelajar akan mengolah dan memurnikan hasil karya mereka sehingga memperolehi hasil yang terbaik. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) Bimbingan dari guru diperlukan untuk membimbing pelajar tentang penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru menjelaskan dengan mengadakan demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Pendidikan seni visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ia memberi sumbangan untuk membantu proses perkembangan dan pertumbuhan seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat
  • 6.
    mengembangkan bakat sertapotensi diri individu dalam diri setiap pelajar dalam menjadi anggota masyarakat yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman. Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah dictator akan menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang berpusatkan kepada pelajar seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, berorientasikan media dan kaedah panduan fasilitator. Ini jelas menunjukkan keupayaan dan kesediaan setiap pelajar dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan perkembangan mereka dari segi usia, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan bukan mengarah mereka melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya. Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya pengalaman mereka bertambah dari masa ke semasa. “Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar.”
  • 7.
    Bibliography H.Chapman, L. (1978).Approaches to Art Education. New York: Harcourt Brace Jovanovich. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Loftus, S. (2003). Art Educator Chapman and Artist Paschke to Address Fall Conference. Wisconsin, United State of America: Wisconsin Art Education Association Newsletter. Mahathir, T. (1991, Februari 28). Wawasan 2020 : Malaysia Melangkah ke Hadapan (terjemahan). Maswan, D. S. (2010). HBAE 1203 Perkembangan Seni dan Kanak-kanak. Open University Malaysia . Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia: Open University Malaysia. Razali, R. J. (2002). Psikologi Pendidikan Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sternberg, R. W. (1996). How to Develop Student Creativity.