Your SlideShare is downloading. ×
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)

5,903
views

Published on


0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,903
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENDAHULUANPeranan yang dimainkan oleh kanak-kanak amat penting dalam perkembangan danpembangunan seseorang kanak-kanak.Di Malaysia terdapat pelbagai kaedah yangdijalankan bagi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna tidakkira di bandar ataupun di luar bandar. Disamping itu juga, kurikulum pendidikan awalkanak-kanak digubal bagi memastikan pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsurkebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang muriddengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Transformasi kurikulum dan perubahan dalam sistem juga dilakukan mengikutperingkat yang telah disusun oleh pihak kerajaan bagi memastikan kejayaan dalamsistem pendidikan awal kanak-kanak. Di Malaysia terdapat empat agensi utama yangmenjalankan pendidikan prasekolah iaitu Kementerian Pelajaran sendiri, pihak KEMASdi bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan PerpaduanNegara dan Integrasi Nasional di bawah Jabatan Perdana Menteri, serta pihak swastabertujuan memastikan kanak-kanak yang ada di negara ini memperolehi pendidikanyang secukupnya selaras dengan perkembangan minda dan usia mereka. Kepentingan dalam bidang perkembangan kanak – kanak mula muncul padaawal abad ke-20 tetapi cenderung untuk memberi tumpuan kepada tingkah laku tidaknormal. Namun demikian, sejak kebelakangan ini, terdapat penyelidikan terhadapperkembangan kognitif, emosi, moral serta fizikal kanak – kanak yang membawakepada pembangunan pendidikan awal kanak – kanak. 1
  • 2. 2.0 TEORI – TEORI2.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean PiagetJean Piaget (1896 – 1980) merupakan ahli psikologi Switzerland yang telahmengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui beberapa peringkatperkembangan, (Ramlah dan Mahani, 2002).Menurut Piaget, proses pemikiran kitaberubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehinggalah kita mencapaikematangan. Setiap perubahan yang berlaku akan mendorong kepada individu untukmenyesuaikan dirinya. Beliau juga berpendapat bahawa perkembangan kognitif ituadalah secara berperingkat dan baginya, peringkat yang paling awal adalah pentingkerana menjadi tunjang kepada perkembangan seterusnya.Piaget telah mengenal pastiempat faktor yang mampu mempengaruhi proses pemikiran individu, iaitu skema,penyerapan, pengubahsuaian dan juga keseimbangan. Skema merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individumengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah prosesmencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus.Asimilasi atau penyerapan pula merupakan proses kognitif di mana seseorangmenyatukan maklumatbaru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yangsedia ada, Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagaimaklumat dan pengalaman. Proses pengubahsuaian pula berlaku secara berterusan sehingga seseorang itumencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentusehingga berlakunya keseimbangan. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanakmenerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya.Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secaraberterusan bermula dari bayi hingga dewasa. 2
  • 3. Berdasarkan kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangankognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikutperubahan umur mereka.Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkatsensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Peringkat sensorimotor (0-2 tahun) merupakan peringkat permulaan dalamperkembangan kognitif.Pada peringkat ini, berlakunya penggunaan deria danpergerakan fizikal.Contohnya, kanak – kanak menggunakan mulut untuk merasa objek,menghisap ibu jari dan mencapai objek yang berbunyi. Malah, kanak – kanak juga mulamenunjukkan pemikiran logik seperti mereka mampu mengeluarkan barang daripadasebuah bekas tertutup. Seterusnya, peringkat pra operasi (2-7 tahun), kanak – kanak pada peringkatinisudah mampu menggambarkan dan merancang aktiviti melalui proses pengulanganke bentuk asal. Secara ringkasnya, mereka sudah mula menggunakan minda untukmembentuk skema.Mereka juga sudah dapat mewakili sesuatu dengan simbolmentalseperti bahasa, isyarat dan gambar. Kebolehan ini akan member kesan yang baikdalam perkembangan bahasa. Contohnya, kanak – kanak pada peringkat umur inimampu menceritakan pengalaman mereka dengan ayat – ayat mudah. Seterusnya ialah peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun).Pada peringkat umurini, kanak – kanak mempunyai pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasikonkrit. Mereka berkebolehan dalam menguasai tiga prinsip asas seperti prinsip identiti,prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan.Prinsip identiti merupakan satu konsep dimana kanak – kanak ini tahu kuantiti objek yang telah ditambahkan ataupundikurangkan walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula membawa konsepkepada perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang 3
  • 4. lain. Penguasaan prinsip keterbalikan pula, pelajar mampu mengulang proses yangberlaku secara mental kepada keadaan yang asal. Akhir sekali, peringkat operasi formal (11 tahun ke atas), kanak – kanak bolehmelakukan proses mental ke atas idea – idea mereka.Pemikiran mereka tidak lagiterikat kepada bahan – bahan konkrit dan tidak lagi memerlukan contoh yangkonkrit.Contohnya, kanak – kanak pada peringkatmampu memberi idea tentang isu –isu semasa kerana mereka boleh mengkaji masalah abstrak secara sistematik dan jugaboleh membuat hipotesis abgi menyelesaikan suatu masalah. 4
  • 5. 2.2 Teori Perkembangan Moral Lawrence KohbergLawrence Kohlberg (1927 – 1987) adalah dianggap sebagai pelopor utama dalam teoriperkembangan moral.Beliau membuat kajian yang merangkumi pendidikan moral danperkembangan individu.Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Kanak – kanak juga akanmempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspekmoral yang lain, walaupun mereka tidak mengetahui maksud moral yang sebenar. Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utamaperkembangan moral.Tiap – tiap tahap tersebut boleh dibahagikan kepada duaperingkat.Pada tahap 1, iaitu pra-konvensional,merupakantahap yang paling bawahdalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran danhukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat duaperingkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasijangkaan individu. Peringkat 1 bagi Tahap 1, iaitu orientasi kepatuhan dan hukuman, jangkaanindividu boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian olehkanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka.Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan.Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebihtertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yangbetul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Seterusnya, peringkat kedua, iaitu orientasi ganjaran peribadi pula menumpukankepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahatadalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang 5
  • 6. dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dansebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden ituberlaku kepada kedua-dua belah pihak.Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadiuntuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Pada peringkat pertama bagi tahap konvensional, iaitu peringkat orientasiperlakuan baik, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong ataulebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalamkesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap inimenolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik.Gelaran budak baikini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya. Peringkat 4 pula ialah akur kepada sistem social dan etika peraturan.Padaperingkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepadaundang-undang sedia ada.Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang diatas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pulamemperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat inimenilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orangdewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini. Seterusnya, tahap yang ketiga, iaitu pos – konvensional.Tahap penaakulanmoral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individurnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral,Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yangterdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsipsejagat. 6
  • 7. Peringkat 5, iaitu etika kontrak sosial dan hak individu menimbulkan persoalan sepertihak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isuyang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosialdan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat.Individu pada peringkat inimenghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suaiuntuk kesejahteraan umat atau manusia. Pada peringkat 6, etika prinsip sejagat merupakan peringkat yang tertinggi dalamperkembangan moral kerana ia melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang.Pada peringkat ini, individu telah mempunyai kod – kod moral dan etika yang tersendiri.Mereka mementingkan kesamaan hak kepada semua individu dan menghormatimaruah dan prinsip individu lain. 7
  • 8. 3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN3.1Program KSSRKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusunsemula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkandengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasaserta menghadapi cabaran abad ke-21.KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiridaripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satutahap persekolahan. Setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran yang pelbagai.Tahappembelajaran ini merujuk kepada pencapaian murid itu dalam pelbagai aspekpembelajaran misalnya, kemahiran melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan,berfikir secara logik, mengingat dan menggambarkan.Seorang murid yang mampumenguasai konsep dan mengaplikasinya dalam kehidupan (Hargreaves, 1996)merupakan seorang pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi. Kini, KSSR menekankan kemahiran berinteraksi sebagai media pengantaraantara guru dan murid di sekolah.Sehubungan dengan teori Piaget yang telahmengenalpasti bahawa pengalaman sosial mampu mempengaruhi proses pemikiranindividu selari dengan aspek yang ditekan dalam program KSSR ini. Kemahirankomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Rahman, 1997).Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata,kemahiran berkomunikasi masih belum menonjol walaupun matlamat ini ditekankandalam KBSR dan juga KSSR. Menurut beliau, 95% proses pengajaran danpembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5% membabitkaninteraksi pelajar. 8
  • 9. Justeru itu, kepentingan komunikasi dalam bilik darjah mampu memberi impak yangbesar terhadap seseorang murid, iaitu meningkatkan tahap pembelajarannya. Guruyang pandai berkomunikasi secara tidak lansung akan menarik minat pelajar untukmenumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Ekspresi pertama pelajar dalam prosespembelajaran adalah lebih berkesan berbanding dengan belajar sendiri melalui teknikmembaca, menghafal dan mengingat. Aktiviti yang kreativif dan inovatif sepertimengadakan aktiviti secara berkumpulan mampu meningkatkan kemahiranberkomunikasi dan tahap pembelajaran dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan.(“Classroom Life: Some Dimensions of Parallel Universes”, 1994).Komunikasi yangberkesan juga akan dapat mengubah cara berfikir individu sekaligus memberikan impakpositif dan menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan dinamik. 9
  • 10. 3.2 Program PERMATAIdea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATAdilaksanakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah, apabila kadar jenayah dan masalahsosial adalah semakin ketara di Negara ini.Pada pandangan bekas pelajar jurusansosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usiakanak-kanak.Oleh itu, bagi membasmi jenayah dalam kalangan kanak-kanak,iamemerlukan satu pendekatan bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibubapa, masyarakat setempat, pihak berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) diberi tanggungjawab untukmenyediakan modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaankanak-kanak kepada pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.Asas yangkukuh untuk kanak – kanak belajar dan membina kemampuan untuk meneruskanpembelajaran patut diwujudkan kerana kanak – kanak ini merupakan aset negara padamasa hadapan. Menurut teori perkembangan kognitif Piaget, terdapat empat faktor yang salingberkait yang mampu mempengaruhi proses pemikiran individu. Antaranya ialahkematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial danjuga keseimbangan.Menurut Piaget lagi, individu cenderung untuk memahamipersekitaran mereka.Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi danmenyelesaikan sesuatu kekusutan sehingga individu itu mampu mencari keseimbangandalam hidupnya. Oleh yang demikian, program Permata ini sememangnya selaridengan teori perkembangan kognitif Piaget dan sekaligus memberi pendekatan yangterbaik dalam pendidikan. 10
  • 11. Dapatan ke atas kajian penyelidikan yang dijalankan oleh NCDRC, UPSI adalah, 84%kanak – kanak PERMATA mencapai perkembangan emosi yang baik berbandingdengan kanak – kanak bukan PERMATA. Program ini didapati berjaya membentukpersonaliti kanak – kanak yang tenang, terkawal, mesra dan yakin.Seterusnya pula,perkembangan bahasa dan emosi juga lebih berkembang dalam kalangan kanak –kanak PERRMATA. Pendekatan yang dilakukan dalam program ini mampu membentukindividu yang serba boleh kerana Piaget mengatakan bahawa proses mengorganisasi,mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untukmencapai keseimbangan. Langkah – langkah yang digunakan dalam programPERMATA ini akan menjadi pendorong kepada kanak – kanak ini untuk mencarikeseimbangan masing – masing. Seterusnya, teori perkembangan moral Lawrence Kohlberg ada menjelaskanbahawa, terdapat dua institusi utama yang memainkan peranan yang penting dalamperkembangan moral kanak – kanak iaitu institusi kekeluargaan dan sekolah.Haruslahdiingatkan bahawa, perkembangan moral merupakan asas terpenting dalam melahirkanseorang insan yang berjaya di mata dunia.Pada peringkat permulaan perkembangan,cubaan kanak – kanak untuk memahami konsep moral perlu dibantu dengan tunjukajardaripada orang dewasa, terutamanya ibu bapa supaya kanak – kanak dapatmenunjukkan perlakuan moral yang seimbang. Oleh itu, cara ibu bapa mendisiplinkanmampu memberikan kesan yang mendalam dalam diri anak – anak. Pada peringkat ini, kanak-kanak berada dalam kategori tahap 1, iaitu pra-konvensional, tahap yang paling bawah dalam penaakulan moral.Kanak – kanak padatahap ini mematuhi arahan kerana takut dengan hukuman yang bakal diterimasekiranya melakukan kesalahan.Oleh itu, program PERMATA sememangnya memberisuatu kesan baik yang berpanjangan kerana kanak – kanak pada tahap ini lebih mudahdibentuk akhlaknya. 11
  • 12. 3.3 Program LinusAkronim kepada perkataan LINUS adalah LI(Literasi), NU(Numerasi) dan S(Screening –Saringan).Jadi, definisinya ialah Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini dirancangdan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), bagi memastikansemua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengirapada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. Menurut Teori Piaget, golongan kanak – kanak Tahun 1 hingga Tahun 3 beradadalam golongan Peringkat Operasi Konkrit. Kanak – kanak dalam peringkat iniberkebolehan berfikir secara logik walaupun mereka masih terikat dengan situasikonkrit. Pendekatan pendidikan yang dilakukan melalui program Linus kemungkinanmempunyai beberapa halangan bagi para pengajar.Oleh itu, guru – guru patut terusmenggunakan bahan yang konkrit dan mampu menarik perhatian kanak-kanak.Contohmodel – model 3D seperti haiwan dan tumbuhan bagi mewakili objek yang barudipelajari. Seterusnya, kanak- kanak juga patut diberi peluang untuk memanipulasikan danmenguji objek yang baru dipelajari bagi membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis.Selain itu, pastikan pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun keranaberdasarkan perkembangan kognitif Piaget, kanak – kanak dalam peringkat inimenggunakan proses menyusun secara bersiri dengan susunan menaik dan menurun. 12
  • 13. 3.4 Program Pemulihan 3M (PROTIM) Bahasa MelayuPROTIM Bahasa Melayu sebenarnya dikhususkan kepada murid yang mengalamikesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di sampingmengira, tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam KBSR.Pengajaran pemulihanadalah untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.Seterusnya, mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah lakuyang menjejaskan pembelajaran.Selain itu juga, untuk memupuk sertamengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Program Pemulihan pula dilaksanakan setelah murid dicalonkan, melalui ujiansaringan dan diagnostik. Biasanya murid yang terlibat adalah tahun 2 dan 3.Namundemikian, untuk murid tahun 4 dan 5, bergantung kepada budi bicara guru Pemulihandan rundingan dengan semua pihak dalam organisasi.PROTIM pula adalah sebahagiandaripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dantujuan yang sama dengan PEMULIHAN. PROTIM dilaksanakan di sekolah bagi murid yang juga menghadapimasalah 2M dalam kategori aras rendah. Sasaran program PROTIM ini adalah untukmurid tahun 4, 5 dan 6 pada mulanya. Di bawah modul yang sama, murid dikehendakimenjalani satu ujian „tapisan‟. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR. Sebelum adanya tindakan untuk menyelesaikan masalah kanak – kanak ini, kitamembantu pelajar menilai permasalahan yang mereka sedang dan akan hadapi. Kanak– kanak yang berada dalam kategori aras rendah ini selalunya mempunyai masalahdalam moralnya, iaitu pekembangan sosio emosinya dan masalah kurang yakin dalamdiri mereka. Berdasarkan teori Kolberg, guru patut membantu pelajar menilai 13
  • 14. berdasarkan perspektif orang lain. Contohnya, meminta murid terangkan perasaanorang lain terhadap sesuatu isu. Berdasarkan teori Piaget pula, kanak – kanak pada peringkat ini memahamipersepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Merekaboleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan semasa bermain atau membuataktiviti bersama.Malangnya, pelajar pada peringkat ini masih tidak dapat membuathipotesis dan menyelesaiakn soalan – soalan abstrak.Program pemulihan merupakanpendekatan yang terbaik bagi pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran.Program ini mampu member mereka keyakinan dan meningkatkan keupayaan merekastanding dengan kebolehan pelajar – pelajar yang lain. 14
  • 15. 4.0 PenutupUsaha memajukan kanak-kanak di peringkat awal merupakan asas pembentukanmodal insan yang berkualiti yang memberi pulangan tertinggi dalam kemajuan ekonomikerana ia merupakan cara berkesan untuk mengurangkan kemiskinan danmenggalakkan pertumbuhan ekonomi. Kanak-kanak yang dipelihara dan dididik hari ini perlu dilengkapkan bukansahaja bagi menghadapi cabaran yang biasa masa kini tetapi juga kerumitan yangmungkin dihadapi masa akan datang. Oleh itu, mendidik anak-anak kita dengan betuladalah sesuatu yang perlu kita lakukan, bukan sahaja untuk faedah mereka tetapi jugabagi masa depan negara. Kualiti modal insan negara merupakan elemen penting bagimencapai aspirasi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Pembangunanmodal insan perlu holistik, yang merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dankemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan selain menyemaisikap progresif, positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumurhidup. Proses menyemai nilai-nilai yang baik dan kemahiran yang sesuai bagipembentukan menyeluruh sebagai individu perlu bermula sejak kanak-kanak itu masihbayi. Kita tidak patut membiarkan aspek pembangunan kanak-kanak itu apabilamengetahui bahawa kualiti jagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bolehmenghasilkan kesan positif jangka panjang. 15