2. Pengenalan
Dalam proses komunikasi terdapat elemen-eleman
yang saling bergantungan antara satu
sama lain bg memastikan komunikasi dapat
berjalan dengan lancar dan efektif.
Elemen-elemen komunikasi:
Pengirim
Saluran
Mesej
Gangguan
Konteks
4. Proses Komunikasi dalam Model
Shannon
Sumber
maklumat
Mesej Isyarat Isyarat Terima Mesej
Transmitter Penerima Destinasi
Sumber
gangguan
5. Sumber
Juga dikenali sebagai pengirim
Boleh terdiri daripada orang perseorangan,
kumpulan dan juga sesebuah organisasi.
Fungsi sumber adalah untuk menghasilkan
utusan
Mesej terhasil daripada perasaan yg hendak
diluahkan, pendapat atau idea-idea yg hndak
disampaikan kpd pihak lain.
Mesej dihasilkan ada pelbagai tujuan samada
utk perbincangan, kefahaman, memberikan
maklumat dan arahan.
6. Sumber
Ciri-ciri sumber
Kemahiran komunikasi
Pengetahuan
Sikap
Status
Penerima
Saluran
Mesej
7. Penerima
Sumber – mengenkod
Penerima – mendekod
Sumber dan penerima perlu membentuk
persefahaman
8. Saluran
Alat atau perantara yang berkemampuan
menyalurkan mesej daripada sumber kepada
penerima.
Pemilihan saluran dalam komunikasi
memainkan peranan penting kerana ia
menyumbang kepada kejelasan dan ketepatan
maklumat komunikasi.
Saluran terbahagi kepada beberapa bentuk:
i. Saluran bersemuka – interpersonal
ii. Saluran perantara – televisyen atau radio
iii. Saluran melalui mesej tanpa lisan – bahasa
isyarat
9. Mesej
Mesej terdiri daripada simbol-simbol bukan
lisan atau perkataan lisan yg digunakan untuk
menyampaikan sesuatu makna.
Apa sahaja yg boleh membawa makna
semasa berkomunikasi adalah mesej.
10. Maklum balas
Merujuk kepada reaksi penerima apabila
menerima sesuatu mesej daripada sumber.
Maklum balas boleh dalam bentuk lisan atau
simbol bukan lisan.
Berdiam diri juga adalah satu bentuk maklum
balas.
Maklum balas penting dalam menentukan
keberkesanan mesej dan kelansungan proses
komunikasi.
11. Gangguan
Gangguan yg boleh menyebabkan penerima tidak
dapat menerima mesej dengan jelas sepertimana
yang hendak disampaikan oleh sumber.
Gangguan terdiri daripada:
i. Gangguan mental
Berpunca dari dalam diri sendiri
ii. Gangguan fizikal
Persekitaran (keadaan lalu lintas, bilik yg panas dsbnya)
iii. Gangguan fisio-psikologi
Menekankan kpd keupayaan diri dan tanggapan
terhadap org lain.
12. Konteks
Merujuk kepada di mana situasi dan proses
komunikasi itu berlaku
Menurut DeVito (2002), konteks tertentu boleh
mempengaruhi bentuk dan kandungan mesej.
13. Latihan
Apakah pendapat anda tentang bidang
komunikasi?
Apakah fungsi komunikasi selain daripada
yang dinyatakan sebelum ini?
Apakah yang dimaksudkan dengan “jurang
komunikasi”?