Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Soalan 4 refleksi
1. REFLEKSI
Akhirnya saya telah berjaya menyiapkan dan menghasilkan Kerja Kursus bagi
subjek BMM 3109 Morfologi Bahasa Melayu. Walaupun pada mulanya saya memang
tidak berapa tahu bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini, berkat adanya
bimbingan daripada pensyarah saya, Puan Zainab Hashim dan juga rakan-rakan saya
yang lain, akhirnya dapatlah menghabiskan dan menyempurnakan tugasan ini pada
masa hantar yang telah ditetapkan.
Sebenarnya melalui pelaksanaan tugasa ini, saya telah mendapatkan banyak
manfaat. Tajuk tugasan ini telah menyebabkan saya mencari pelbagai maklumat
mengenai morfologi dalam bahasa Melayu. Sebelum itu saya memang mempunyai
banyak persoalan. Apakah pula morfologi? Apa itu pembentukan kata dan gologngan
kata? Kesemua persoalan ini dapatlah saya faham selepas melaksanakan tugasan ini.
Pendek kata, kerja kursus ini banyak mendedahkan kepada diri saya dengan pelbagai
maklumat dan informasi secara lanjutnya mengenai morfologi dalam bahasa Melayu.
Tugasan ini turut dapat membantu saya sebagai seorang guru. Melalui tugasan
ini, saya telah memahami sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang guru supaya boleh
menjadi seorang guru yang berjaya mendidik anak-anak Malaysia yang cerdik pandai
pada masa kini dan akan datang. Hal ini demikian kerana untuk menyempurnakan
tugasan ini memerlukan nilai tanggungjawab dan rajin untuk menyiapkan kerja.
Sebagai contohnya, kita haruslah mempunyai sifat bertanggungjawab supaya kerja-kerja
yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, dan juga mendidik
murid-murid dengan baik tanpa berat sebelah. Tugasan seperti ini amat berguna
kepada saya sebagai seorang guru agar mampu memperbaiki diri saya dari semasa ke
semasa dan seterusnya tabah menghadapi masalah pada masa akan datang.
2. Melalui tugasan ini, saya lebih memahami bidang morfologi ini dengan baik.
Saya dapat membezakan pembentukan kata dan penggolongan dalam bidang ilmu ini.
Jenis-jenis dan proses pembentukan kata juga dapat saya memahami dan
menguasainya dengan baik. Semua ini adalah tatabahasa dalam bahasa Melayu yang
perlu diguasai dengan baik oleh setiap orang guru bahasa Melayu. Saya berharap ilmu
ini dapat diingati dengan baik dan kukuh supaya dapat mendidikan anak-anak tentang
tatabahasa yang betul.
Tuntasnya, tugasan ini memang memberikan banyak faedah kepada saya,
tidak kiralah dapat membantu saya menyelesaikan masalah harian saya, boleh juga
membantu supaya menjadi seorang guru yang baik. Dengan ini, saya ingin berterima
kasih kepada pensyarah saya, Puan Zainab Hashim yang memang banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sekelas saya. Tanpanya, saya
berkemungkinan besar tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
ditetapkan. Saya juga bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan
ini sebelum masa yang ditetapkan. Akhir sekali juga tidak lupa untuk berterima kasih
dan bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekelas saya yang banyak memberikan
bantuan kepada saya apabila saya mempunyai sebarang masalah.