SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
PKB 3104


KAEDAH PENGAJARAN KHAS
    BAHASA MELAYU

               Oleh :

       CIK SITI FATIMAH SALLEH
       Jabatan Pendidikan Khas
PKB 3104 : KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU



Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu


1. Teori : Bahasa dan Komunikasi

2. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

3. Kemahiran Lisan

4. Kemahiran Membaca

5. Kemahiran Menulis

 .
6 Kajian Sukatan dalam Huraian Sukatan Pelajaran

7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1 : Teori:Bahasa & Komunikasi


Pengenalan Kepada Bahasa

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam
konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia
dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu
sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara
formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik
membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan
lagi.

Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang
diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa.
Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan
juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu
memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori:Bahasa & Komunikasi



Definisi dan Konsep Bahasa

Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa
akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa
yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti
berikut:

”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk
mewakili sesuatu.” (Reed, C.A., 1994)

 ”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara
sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.”
(Simanjuntak, 1978)

”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui
dan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom, 1988)

Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang
pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964),
arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which is
symbolized…”
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU


Komponen Bahasa

Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan.
Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen
kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam
komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa
interaksi.

1.2.1 Bentuk bahasa

Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan
kombinasi bunyi.

Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).

Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan
perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU



Komponen Bahasa

1.2.2 Kandungan Bahasa

Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan
pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.

1.2.3 Fungsi Bahasa

Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa
dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU




Penguasaan Tatabahasa

Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan
„grammar‟. Perkataan „grammar‟ ini sebenarnya berasal daripada
perkataan Greek yang memberi gambaran makna “suatu seni bacaan dan
penulisan”. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum
untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa.

Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun
secara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai
satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara
saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses
pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat
(Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU



Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah
pembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangat
rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasa
dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi
ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan
memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta
melahirkan bahasa ekspresif.

Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang
bermasalah pembelajaran termasuklah ;
i. Mengingat kembali perkataan
ii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)
v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan
     pendengar yang berbeza
vii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
viii.Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU



Jenis Bahasa
Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa
penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasa
seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaan
kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakan
suatu masalah yang amat merumitkan.


1. Penerimaan / Reseptif


Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan „Bahasa Penerimaan‟
(Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai „Reseptive Aphasia‟. Gangguan
ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukar
mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah
pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini.


Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan,
bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep,
memahami jenaka atau „gestures‟ dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU



2. Penglahiran / Ekspresif


Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan „Bahasa
Penglahiran‟ (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai
„Expressive Aphasia‟. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah „Dysnomia‟ atau „Anomia‟ iaitu
kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan „Apraxia‟
iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk
motor alat artikulasi.


Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan
kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari
perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan
menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan
penulisan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU




Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-
murid Bermasalah Pembelajaran

Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid
bermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk mereka
dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat.
Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek
berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada
pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus
dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa
agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan
bermasyarakat.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU




1. Masalah Bahasa dan Linguistik

Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak
bermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran
dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkan
kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah
dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan,
ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau
komponen berikut;

i.    Fonologi

     Kanak-kanak    dengan      masalah      fonologi   berkemungkinan
     menghadapi masalah    dalam     bahasa      lisan. Mereka   kerap
     membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti
     “nama” untuk “mama”, “blink” untuk ”drink”.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi




ii. Morfologi

  Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan
  imbuhan yang luar biasa,     struktur ayat yang salah, dan
  penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).

iii. Sintaksis

  Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan
  kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan     dalam
  menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi




iv. Semantik

  Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan
  perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna
  perkataan yang tidak sesuai, dan tida berupaya memahami
  makna perkataan.

v. Pragmatik

 Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan
 kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam
  konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi




2. Masalah Artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran
bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan
percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau
percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada
perkara-perkara berikut:

i.     penggantian
ii.    pengguguran
iii.   pengubahan, dan
iv.    penambahan

Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu
perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan”
untuk “makan”, dan ” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering
berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU.Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi




Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau
menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh
berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya
“idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.

Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga
boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam
penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut
“shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut
dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh
mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”

Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam
perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal”
disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk1 :Teori : Bahasa & Komunikasi




3. Masalah Kefasihan dan Rentak

Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan
aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan
pertuturan seseorang.       Gagap adalah bentuk gangguan
kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan
gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,
tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini
terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap
berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan
gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa




                                   BAHASA




                                                 Jenis-jenis         Prinsip-prinsip
    Tahap
                        Teori-Teori              Pendekatan            Intervensi
Perkembangan
                    Pemerolehan Bahasa                                  Bahasa
Bahasa jenijenis
  pendekatan




                                            - Induktif            - Sedikit kepada banyak
   Fonologi          Teori Kognitif
                                            - Deduktif            - Mudah kepada sukar
   Morfologi         Teori Behavioris
                                            - Cerakinan           - Konkrit kepada abstrak
   Sintaksis         Teori Mentalis
                                            - Eklektik /          - Pelbagai situasi
   Semantik          Teori Interaksionis
                                              Gabungan            - Pelbagai media
   Pragmatik
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa




 Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
 Rajah 1. Tahap Perkembangan/Penguasaan Bahasa Kanak-
 kanak Normal
Umur                    Ciri-ciri Penguasaan Bahasa

3 bulan                 Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan
                        penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam
                        persekitarannya.


12 bulan ( 1 tahun )    Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini
                        melambangkan keseluruhan
                        ayat yang hendak dikatakan.


18 bulan                Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-
( 11/2 tahun )          kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa
                        kata yang kuasai lebih kurang 300 patah
                        perkataan.


24 bulan - 36 bulan     Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-
( 2 tahun - 3 tahun )   kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula
                        memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa




36 bulan - 48 bulan       Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula
( 3 tahun - 4 tahun )     digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan
                          tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks
                          dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata
                          kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran
                          penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.

48 bulan - 60 bulan       Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai
( 4 tahun - 5 tahun )     peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak
                          menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur
                          tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500
                          perkataan.

5 tahun - 6 tahun         Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat
                          kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan
                          struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah
                          6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000
                          perkataan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa




6 tahun – 7 Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks
tahun       dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin
            simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta
            memahami konsep masa dan musim. Purata panjang
            ayat ialah 7.5 perkataan.

8 tahun – 10 Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada
tahun        idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung
             seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata
             perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.

10 tahun – 12 Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam
tahun         kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti
              semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat
              ialah 9.5 perkataan.

   ( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa

Teori-teori Pemerolehan Bahasa

1. Teori Behavioris

Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang
berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut
Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang
lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap
kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang
diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya
dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”,
senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak
bercakap.

B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia
yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris
iaitu;

        Rangsangan     ---------------   tindak balas

Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap
kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa
akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan
yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


2. Teori Mentalis

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa
berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang
bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari
bahasa apa sahaja

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness
Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)
untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali
sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah
     juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,
Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

i.   wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri
     daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan
     sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa
     keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


3. Teori Kognitif

Teori Kognitif berlandaskan      pandangan Piaget seorang ahli psikologi
berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait
rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa
bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan
mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak
perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.

Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-
kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang
aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk
simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap
pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-
kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak
sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami
percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun)
iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan,
konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun
dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


Jenis-jenis Pendekatan

Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi
melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa,
pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah       yang berkaitan dengan pendekatan itu
bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah
dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).

Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat
jenis pendekatgan iaitu:

i.     pendekatan induktif
ii.    pendekatan deduktif
iii.   pendekatan eklektik, dan
iv.    pendekatan komunikatif

Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang
sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik
pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah
dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan
muridnya.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa



1.Pendekatan Induktif

Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan
secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar.
Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu
pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek
bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui
soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-
contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang
kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan
pemahamannya.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


2.Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif,
iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi
kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan
kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa



 Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa
 segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:


    Aspek                   Pendekatan Deduktif                      Pendekatan Induktif

1. Andaian        Satu    penyusunan     awal    (advanced Pelajar memperolehi manfaat           jika
                  organiser) amat berguna kepada pelajar   menemui jawapan sendiri


2. Cara           Generalisasi       Contoh                 Contoh         Generalisasi


3. Peranan Guru   Sebagai   pembentang    dan     penghurai Sebagai pendorong dan          pengarah
                  jawapan                                   dalam pencarian jawapan

4. Peranan                                                  Sebagai pencari jawapan yang aktif
   pelajar        Sebagai penerima jawapan yang agak
                  pasif
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


3. Pendekatan Cerakinan

Pendekatan ini berdasarkan prinsip ‟analisis; yang mendahulukan unsur-unsur
besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil.
Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin
dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu
kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu
dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :

Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ‟Ali ada baju baru‟

Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada
                                       baju baru
Langkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]

Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]

Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


4. Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model
pendekatan eklektik  bergantung kepada pendekatan mana yang diberi
penekanan .   Model-model di bawah akan membantu anda memahami
penggunaan pendekatan eklektik.

a) Penekanan kepada pendekatan induktif:

    Contoh/fakta             Kesimpulan                Contoh

a) Penekanan kepada pendekatan deduktif:

    Kesimpulan               Contoh                Generalisasi
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa




Intervensi Pengajaran Bahasa

Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah
diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk
membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-
kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik
pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak
tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-
kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

i.   Ajar bahasa di dalam situasi

     Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-
     kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran
     bahasa yang diajar.

     Contoh: membantu ayah di kebun.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

   Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-
   kanak mengikut peringkat umur mereka.

iii. Guna strategi pengajaran            yang      khusus      dan     berkesan    ketika
     memperkenalkan konsep baru

   Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar
   kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT,
   kaedah fonik dan sebagainya.

iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

   Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran
   mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan
   meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau
   perkara yang mereka sedang lakukan.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa


v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

   Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan
   perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih
   mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang
    khusus

   Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat
   meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh
   dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan
   rakaman pembaca berita TV membaca berita.

vii. Gunakan aktiviti harian dalam    menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa
     dalam lingkungan konteksnya

   Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan
   untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.
   Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema
   pengajaran bahasa.

Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak
masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan

• Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur,
ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga
melibatkan kemahiran mendengar.
• Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting
iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan
baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.
• Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran
akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah
pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat
bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


Definisi dan konsep lisan

• Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai
lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan.    Manusia
mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum
mencipta simbol-simbol tulisan.

• Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula
daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru
atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap.
Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak
sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.

• Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai
kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini
dengan baik terlebih dahulu.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


Jenis kemahiran lisan

Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawa
kemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi
   ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi
   pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,
   mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi
    iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-
    petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
     pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh
     makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
     sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
     menghargai apa yang didengar.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


Penilaian Bahasa Lisan

• Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas
bahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaran
bahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya guru
dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan
adalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-
ujian bahasa yang lain.

• Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di
dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah,
penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspek
kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakala
pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau
bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.

• Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua
bentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis
ketidakupayaan murid khas itu sendiri.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


• Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau
terapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan
ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini boleh
terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.

• Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-
murid bermasalah pembelajaran ialah seperti:
    a. mendengar dan mengecam bunyi
    b. mendengar untuk mendiskriminasi butiran
    c. mendengar dan memadan
    d. melaksanakan arahan
    e. mendengar untuk mendapatkan maklumat
    f. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
    g. memaham maksud ayat
    h. mendengar dan menulis, dan sebagainya.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


• Dalam  proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar
boleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar
bagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenal
pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.

• Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).

Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
Isi       : Nama benda-benda dalam kelas
Bahan     : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelas
Prosedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar
               benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris,
               bakul sampah, dan sebagainya)
            2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk
               atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan


• Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu
guru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya.
Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran
bertutur pelajarnya adalah seperti berikut:

         a.    bertutur berdasarkan gambar
         b.    bercerita berdasarkan gambar bersiri
         c.    mendengar dan bercakap
         d.    melaporkan peristiwa yang dialami
         e.    menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

Pengenalan Kepada Membaca

Selain berkomunikasi secara lisan manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Oleh itu,
kemahiran membaca penting bagi membolehkan seseorang memahami mesej yang
hendak disampaikan kepadanya melalui hasil penulisan orang lain.

Definisi bacaan

“Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bercorak
kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.(Charles Frie 1963)

“Membaca adalah satu psikolinguistik. Ia merupakan satu langkah lanjutan dalam
perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang
diterima. (Frank Smith 1971)

“Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis ................. mentafsirkan
kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan
pengalaman yang sedia ada.” (Prof. Atan Long 1976)

Daripada definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa membaca merupakan
beberapa proses yang kompleks iaitu gabungan beberapa proses seperti proses sensori,
proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca

More Related Content

What's hot

Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)
Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)
Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)
Momoe Meiji
 
12 Bahasa Dan Membaca
12 Bahasa Dan Membaca12 Bahasa Dan Membaca
12 Bahasa Dan Membaca
ismanu roziqi
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Sugeng Riadi
 

What's hot (18)

Faktor yang mempengaruhi belajar
Faktor yang mempengaruhi belajarFaktor yang mempengaruhi belajar
Faktor yang mempengaruhi belajar
 
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanPermasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
 
Pemerolehan bahasa anak
Pemerolehan bahasa anakPemerolehan bahasa anak
Pemerolehan bahasa anak
 
Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)
Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)
Komunikasi augmentatif dan alternatif (aac)
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
12 Bahasa Dan Membaca
12 Bahasa Dan Membaca12 Bahasa Dan Membaca
12 Bahasa Dan Membaca
 
Hakikat belajar bahasa
Hakikat belajar bahasaHakikat belajar bahasa
Hakikat belajar bahasa
 
Modul 6 pilihan kata (diksi) (1)
Modul 6  pilihan kata (diksi) (1)Modul 6  pilihan kata (diksi) (1)
Modul 6 pilihan kata (diksi) (1)
 
Ppt tugas bahasa indonesia
Ppt tugas bahasa indonesiaPpt tugas bahasa indonesia
Ppt tugas bahasa indonesia
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
Bagian ii-e-peendekatan-komunikatif
Bagian ii-e-peendekatan-komunikatifBagian ii-e-peendekatan-komunikatif
Bagian ii-e-peendekatan-komunikatif
 
Ppt b.ind kel 1
Ppt b.ind kel 1Ppt b.ind kel 1
Ppt b.ind kel 1
 
Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia di Kelas Rendah
Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia di Kelas RendahPendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia di Kelas Rendah
Pendidikan Bahasa Dan Sastra Indonesia di Kelas Rendah
 
Pengajaran bahasa melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua
Pengajaran bahasa melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa keduaPengajaran bahasa melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua
Pengajaran bahasa melayu sebagai bahasa pertama dan bahasa kedua
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Makalah b.indo
Makalah b.indoMakalah b.indo
Makalah b.indo
 
Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1Pembelajaran bahasa asing1
Pembelajaran bahasa asing1
 
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugrohoPresentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
Presentasi kognisi bahasa (sugeng riadi) tugas pak dr sunyoto eko nugroho
 

Viewers also liked

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
Adilah Said
 
Powerpoint bahan intervensi add maths
Powerpoint bahan intervensi add maths Powerpoint bahan intervensi add maths
Powerpoint bahan intervensi add maths
zabidah awang
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
Atiqah Latiff
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Wan Izimasha
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
pikaosman
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
Ieta Sa'ad
 
Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)
Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)
Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)
hairina wasliah
 

Viewers also liked (11)

Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Powerpoint bahan intervensi add maths
Powerpoint bahan intervensi add maths Powerpoint bahan intervensi add maths
Powerpoint bahan intervensi add maths
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasaKumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
Kumpulan 3 teori pemerolehan bahasa
 
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembanganPeringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
Peringkat peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)
Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)
Ppt perkembangan bahasa (perkembangan peserta didik)
 

Similar to Power point pkb 3104 ppg

Perkembangan bahasa ...
Perkembangan bahasa                                                          ...Perkembangan bahasa                                                          ...
Perkembangan bahasa ...
Dedi Yulianto
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
uniku
 
Perkembangan bahasa peserta didik
Perkembangan bahasa peserta didikPerkembangan bahasa peserta didik
Perkembangan bahasa peserta didik
Poetra Chebhungsu
 
Karakteristik Mata Pelajaran Bahasa Inggris
Karakteristik Mata Pelajaran Bahasa InggrisKarakteristik Mata Pelajaran Bahasa Inggris
Karakteristik Mata Pelajaran Bahasa Inggris
Krisna Indah Puspitasari
 
pptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptx
pptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptxpptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptx
pptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptx
RioSeptora2
 
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Abdullah Dedi Maulana
 

Similar to Power point pkb 3104 ppg (20)

Masalah bahasa
Masalah bahasaMasalah bahasa
Masalah bahasa
 
Teaching Listening.pptx
 Teaching Listening.pptx Teaching Listening.pptx
Teaching Listening.pptx
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Perkembangan bahasa ...
Perkembangan bahasa                                                          ...Perkembangan bahasa                                                          ...
Perkembangan bahasa ...
 
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahanPermasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
Permasalahan padanan kata dan beberapa pendekatan penerjemahan
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Ppd kel. 8
Ppd kel. 8Ppd kel. 8
Ppd kel. 8
 
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
Sri Lestari "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Sekolah Menengah Pertama Negeri ...
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
 
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
5. relevansi teori-psikologi-dari-piaget
 
Perkembangan bahasa peserta didik
Perkembangan bahasa peserta didikPerkembangan bahasa peserta didik
Perkembangan bahasa peserta didik
 
Bahasa & memebaca
Bahasa & memebacaBahasa & memebaca
Bahasa & memebaca
 
LINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptx
LINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptxLINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptx
LINGKUNGAN BAHASA DALAM PEMBELAJARAN BIPA-1.pptx
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
Karakteristik Mata Pelajaran Bahasa Inggris
Karakteristik Mata Pelajaran Bahasa InggrisKarakteristik Mata Pelajaran Bahasa Inggris
Karakteristik Mata Pelajaran Bahasa Inggris
 
pptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptx
pptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptxpptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptx
pptperkembanganbahasa-141209200540-conversion-gate01 (1).pptx
 
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa ArabLinguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
Linguistik terapan dan Pendidikan Bahasa Arab
 
Gejala Bahasa Indonesia
Gejala Bahasa IndonesiaGejala Bahasa Indonesia
Gejala Bahasa Indonesia
 
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
Unit 1 prinsip_dasar_pembljrn_final_10_okt_2011
 

Power point pkb 3104 ppg

  • 1. PKB 3104 KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Oleh : CIK SITI FATIMAH SALLEH Jabatan Pendidikan Khas
  • 2. PKB 3104 : KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu 1. Teori : Bahasa dan Komunikasi 2. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa 3. Kemahiran Lisan 4. Kemahiran Membaca 5. Kemahiran Menulis . 6 Kajian Sukatan dalam Huraian Sukatan Pelajaran 7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
  • 3. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1 : Teori:Bahasa & Komunikasi Pengenalan Kepada Bahasa Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • 4. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori:Bahasa & Komunikasi Definisi dan Konsep Bahasa Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti berikut: ”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu.” (Reed, C.A., 1994) ”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.” (Simanjuntak, 1978) ”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom, 1988) Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which is symbolized…”
  • 5. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Komponen Bahasa Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan. Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa interaksi. 1.2.1 Bentuk bahasa Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.
  • 6. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Komponen Bahasa 1.2.2 Kandungan Bahasa Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat. 1.2.3 Fungsi Bahasa Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan.
  • 7. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Penguasaan Tatabahasa Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan „grammar‟. Perkataan „grammar‟ ini sebenarnya berasal daripada perkataan Greek yang memberi gambaran makna “suatu seni bacaan dan penulisan”. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa. Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun secara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat (Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).
  • 8. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah pembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangat rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasa dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa ekspresif. Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran termasuklah ; i. Mengingat kembali perkataan ii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna iii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak iv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa) v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami vi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza vii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis viii.Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.
  • 9. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Jenis Bahasa Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasa seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaan kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakan suatu masalah yang amat merumitkan. 1. Penerimaan / Reseptif Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan „Bahasa Penerimaan‟ (Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai „Reseptive Aphasia‟. Gangguan ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukar mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini. Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan, bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep, memahami jenaka atau „gestures‟ dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.
  • 10. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU 2. Penglahiran / Ekspresif Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan „Bahasa Penglahiran‟ (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai „Expressive Aphasia‟. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah „Dysnomia‟ atau „Anomia‟ iaitu kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan „Apraxia‟ iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk motor alat artikulasi. Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan penulisan.
  • 11. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid- murid Bermasalah Pembelajaran Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk mereka dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat. Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan bermasyarakat.
  • 12. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU 1. Masalah Bahasa dan Linguistik Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak bermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkan kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan, ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau komponen berikut; i. Fonologi Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk ”drink”.
  • 13. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi ii. Morfologi Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris). iii. Sintaksis Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
  • 14. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi iv. Semantik Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tida berupaya memahami makna perkataan. v. Pragmatik Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
  • 15. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi 2. Masalah Artikulasi Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: i. penggantian ii. pengguguran iii. pengubahan, dan iv. penambahan Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan” untuk “makan”, dan ” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
  • 16. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU.Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya “idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain. Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut “shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah” Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal” disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.
  • 17. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk1 :Teori : Bahasa & Komunikasi 3. Masalah Kefasihan dan Rentak Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
  • 18. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa BAHASA Jenis-jenis Prinsip-prinsip Tahap Teori-Teori Pendekatan Intervensi Perkembangan Pemerolehan Bahasa Bahasa Bahasa jenijenis pendekatan - Induktif - Sedikit kepada banyak Fonologi Teori Kognitif - Deduktif - Mudah kepada sukar Morfologi Teori Behavioris - Cerakinan - Konkrit kepada abstrak Sintaksis Teori Mentalis - Eklektik / - Pelbagai situasi Semantik Teori Interaksionis Gabungan - Pelbagai media Pragmatik
  • 19. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur Rajah 1. Tahap Perkembangan/Penguasaan Bahasa Kanak- kanak Normal Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa 3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya. 12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan. 18 bulan Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak- ( 11/2 tahun ) kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang kuasai lebih kurang 300 patah perkataan. 24 bulan - 36 bulan Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak- ( 2 tahun - 3 tahun ) kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.
  • 20. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 36 bulan - 48 bulan Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula ( 3 tahun - 4 tahun ) digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan. 48 bulan - 60 bulan Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai ( 4 tahun - 5 tahun ) peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan. 5 tahun - 6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.
  • 21. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 6 tahun – 7 Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks tahun dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan. 8 tahun – 10 Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada tahun idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan. 10 tahun – 12 Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam tahun kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan. ( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )
  • 22. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Teori-teori Pemerolehan Bahasa 1. Teori Behavioris Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan --------------- tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.
  • 23. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 2. Teori Mentalis Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
  • 24. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 3. Teori Kognitif Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak- kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak- kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
  • 25. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Jenis-jenis Pendekatan Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000). Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat jenis pendekatgan iaitu: i. pendekatan induktif ii. pendekatan deduktif iii. pendekatan eklektik, dan iv. pendekatan komunikatif Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya.
  • 26. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 1.Pendekatan Induktif Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar. Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh- contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan pemahamannya.
  • 27. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 2.Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif, iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.
  • 28. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut: Aspek Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif 1. Andaian Satu penyusunan awal (advanced Pelajar memperolehi manfaat jika organiser) amat berguna kepada pelajar menemui jawapan sendiri 2. Cara Generalisasi Contoh Contoh Generalisasi 3. Peranan Guru Sebagai pembentang dan penghurai Sebagai pendorong dan pengarah jawapan dalam pencarian jawapan 4. Peranan Sebagai pencari jawapan yang aktif pelajar Sebagai penerima jawapan yang agak pasif
  • 29. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 3. Pendekatan Cerakinan Pendekatan ini berdasarkan prinsip ‟analisis; yang mendahulukan unsur-unsur besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil. Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya : Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ‟Ali ada baju baru‟ Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada baju baru Langkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru] Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru] Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]
  • 30. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa 4. Pendekatan Eklektik Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami penggunaan pendekatan eklektik. a) Penekanan kepada pendekatan induktif: Contoh/fakta Kesimpulan Contoh a) Penekanan kepada pendekatan deduktif: Kesimpulan Contoh Generalisasi
  • 31. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa Intervensi Pengajaran Bahasa Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak- kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak- kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak- kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut: i. Ajar bahasa di dalam situasi Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak- kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.
  • 32. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak- kanak mengikut peringkat umur mereka. iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya. iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.
  • 33. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa v. Terangkan apa yang orang lain lakukan Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita. vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa. Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.
  • 34. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan • Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. • Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. • Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
  • 35. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan Definisi dan konsep lisan • Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan. • Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik. • Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu.
  • 36. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan Jenis kemahiran lisan Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu; i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan, ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk- petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran, iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
  • 37. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan Penilaian Bahasa Lisan • Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas bahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaran bahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya guru dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan adalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian- ujian bahasa yang lain. • Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah, penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspek kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakala pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal. • Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua bentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis ketidakupayaan murid khas itu sendiri.
  • 38. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan • Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau terapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini boleh terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan. • Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid- murid bermasalah pembelajaran ialah seperti: a. mendengar dan mengecam bunyi b. mendengar untuk mendiskriminasi butiran c. mendengar dan memadan d. melaksanakan arahan e. mendengar untuk mendapatkan maklumat f. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan g. memaham maksud ayat h. mendengar dan menulis, dan sebagainya.
  • 39. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar boleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar bagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya. • Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990). Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan Isi : Nama benda-benda dalam kelas Bahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelas Prosedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris, bakul sampah, dan sebagainya) 2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.
  • 40. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan • Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu guru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya. Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran bertutur pelajarnya adalah seperti berikut: a. bertutur berdasarkan gambar b. bercerita berdasarkan gambar bersiri c. mendengar dan bercakap d. melaporkan peristiwa yang dialami e. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.
  • 41. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca Pengenalan Kepada Membaca Selain berkomunikasi secara lisan manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Oleh itu, kemahiran membaca penting bagi membolehkan seseorang memahami mesej yang hendak disampaikan kepadanya melalui hasil penulisan orang lain. Definisi bacaan “Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bercorak kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.(Charles Frie 1963) “Membaca adalah satu psikolinguistik. Ia merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. (Frank Smith 1971) “Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis ................. mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan pengalaman yang sedia ada.” (Prof. Atan Long 1976) Daripada definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa membaca merupakan beberapa proses yang kompleks iaitu gabungan beberapa proses seperti proses sensori, proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.
  • 42. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
  • 43. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
  • 44. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca