• Save
Bab10 pusat sumber
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bab10 pusat sumber

on

  • 2,376 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,376
Views on SlideShare
2,376
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bab10 pusat sumber Bab10 pusat sumber Document Transcript

  • Bab 10 P us a t S um be r PendidikanHASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Menerangkan peranan pusat sumber sekolah2. Mencadangkan aktiviti penambahbaikan penggunaan pusat sumber sekolah3. Menyenaraikan fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri4. Membincangkan keberkesanan pusat kegiatan guru untuk memperingkatkan pengetahuan dan kompetensi aplikasi ICT dalam bilik darjah.10.1 PENGENALANMenurut Jamaih & Yusuf Khan (1995)Pusat Sumber adalah sebuah tempatyang menyediakan kemudahan satu koleksi bahan pengajaran dan pembelajaranyang diurus secara sistematik. Ia menyediakan maklumat , perkhidmatan dan
  • 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran serta kemahiran pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan pembelajaran sepanjang hayat. Mat Jizat (1995) merumuskan, pusat sumber adalah pusat untuk membina dan mengorganisasikan koleksi ilmu berbentuk cetak dan elektronik dengan sistematik, membuat kerja penerbitan dan memberi khidmat nasihat yang bernilai dan berfaedah pada masyarakat sekolah dan persekitaran. Pusat Sumber berbeza dengan Perpustakaan. Perpustakaan ialah suatu tempat yang spesifik untuk pentadbiran peminjaman dan pemulangan bahan-bahan ilmiah seperti buku, majalah dan bahan audio visual. Akan tetapi dirasai perlu memperluaskan peranan dan skop berkenaan dengan pengendalian dan pencarian maklumat. Kemudahan internet, perkembangan teknologi serta corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar, maka, peranan perpustakaan telah diperluaskan dengan kemasukkan beberapa komponen yang memupuk teknologi pengajaran seperti bilik penerbitan bahan, bilik pencarian maklumat elektronik, bilik tayangan. Skop dan sumber maklumat telah pun diperluaskan. Konsep pusat sumber menekankan bahawa maklumat pendidikan tidak seharusnya terkongkong kepada perpustakaan sahaja. Ianya boleh diperluaskan kepada semua sudut yang sesuai mulai pintu masuk sekolah.. Oleh sebab itu, Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah tempat untuk mengumpul, memproses, menyusun membina, dan mengedarkan bahan media pendidikan. Sisem pentadbiran yang bersistematik dan mesra pengguna perlu disediakan untuk menggalakkan kunjungan dan mengujudkan budaya ilmiah yang positif. PSS merupakan suatu tempat pertemuan staf akademik dengan pakar teknologi pengajaran di mana ahli jawatankuasa penyelaras PSS ini akan berperanan sebagai unit sokongan yang penting untuk jaPSS. Pertemuan pihak- pihak ini adalah untuk membincang masalah serta penyelesaian pengajaran dan
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3pembelajaran, menerbit bahan-bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yanglebih sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. PSS merupakan juga tempatyang menyediakan kemudahan fizikal dan perisian untuk menerokai maklumatmelalui intenet dan mendorong usaha untuk persediaan, perancangan sertapelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif daninteraktif.Untuk menyokong perlaksanaan PSS dan pembentukan masyarakat pendidikanyang berasaskan teknologi serta merancang dan menggunakan bahaninstruktional yang bersesuaian denganobjektif pembelajaran, gaya pembelajarandan persekitaran pengajaran danpembelajaran yang kompleks, BahagianTeknologi Pendidikan telah berusahauntuk menubuhkan Bahagian TeknologiPendidikan Negeri dan Pusat KegiatanGuru di seluruh negara. Jaringansokongan seperti ini perlu diguna untukmemastikan PSS dapat berfungsi denganefisen dan efektif.
  • 4 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 10.2 MATLAMAT PSS MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Menggadakan kemudahan dan perkhidmatanyang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu sama lain. 2. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelaajaran. 3. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan serta menggunakan peralatan. 10.3 DASAR PENUBUHAN PSS DASAR PENUBUHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru dala hal pengurusan pusat sumber sekolah 2. Penyediaan “blue print” pusat sumber sekolah yang teliti dan lengkap untuk satu jangka masa yang panjang mengenai penglibatan semua guru matapelajaran dalam meningkatkan penggunaan sumber pendidikan sekolah 3. Mewujudkan satu iklim atau suasana sekolah yang baik di mana penggunaan sumber-sumber pendidikan menjadi satu amalan biasa di kalangan guru 4. Menambahkan bahan cetak dan bukan cetak dari sekolah dengan cara membina, membeli atau meninjau.
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 510.4 FUNGSI PENUBUHAN PSSFUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Mendapatkan bahanyang pelbagai yang sesuai untuk membantu pembelajaran. 2. Menyediakan bahan pembelajaran sendiri 3. Mengorganisasi bahan-bahan secara sistematik 4. Mempromosikan bahan dan perkhidmatan PSS 5. Menjadi Pakar rujuk dan perunding cara kepada guru dan pelajar sekolah berkenaan pengajaran dan pembelajaran.10.5 PENTADBIRAN PSS PENTADBIRAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. Penyimpanan, Pemprosesan, Penyebaran Makluamt. Kalau dahulu, kualiti sesuatu perpustakaan tergantung kepada berapa banyak bahan bacaan dalam bentuk buku, majalah dan risalah yang dapat disediakan. Tetapi dengan adanya kemudahan dan kecanggihan internet, pencarian maklumat tidak lagi ada sekatan fizikal. Apa yang diperlukan ialah kemudahan dan sistem disediakan untuk pencarian dan perolehan maklumat. Sistem katalog bahan bacaan masih diperlukan, tetapi, bentuk elektronik seperti OPAC lebih berkesan dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Proses pengendaian peminjaman dan pemulangan bahan
  • 6 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN perlu juga dinaik taraf dengan bantuan teknologi. 2. Persekitaran pembelajaran. Pusat sumber sekolah perlu disediakan kemudahan pembelajaran kendiri. Pembelajaran sekaran lebih kepada berpusatkan pelajar dan pembelajaran kendiri. Setiap seoran pelajar perlu disediakan kemudahan untuk ianya mendapat maklumat dan belajar mengikut keupayaan dirinya. Kemudahan untuk membantu pelajar belajar perlu disediakan proses yang mudah dan efisen. 3. Tiada suatu bahan yang bersesuaian untuk semua jenis gaya pembelajaran. Oleh sebab itu PSS perlu menyediakan kepakaran dan kemudahan untuk menyedia atau menyelaraskan bahan bantuan mengajar atau belajar, supaya pencapaian hasil pembelajaran akan lebih terjamin dan kos dan masa akan lebih berjimat. 4. Perkhidmatan PSS. Pentadbiran PSS perlu lebih agreasif and kreatif. Oleh sebah, satu daripada tujuan PSS ditubuhkan ialah untuk menggalakkan dan mengdorong budaya membaca dan budaya berilmiah diantara guru dan pelajar. Maka, jawatan kuasa pengurusan PSS perlu juga pro-aktif untuk mempromosikan dan memperlbagaikan aktiviti PSS supaya guru dan pelajar tertarik untuk mengunjungi dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PSS. 10.6 PUSAT SUMBER ELEKTRONIK (PSE) 10.6.1 DEFINISI Pusat Sumber Eletktronik ialah satu tempat/pusat media yang menyediakan kemudahan capaian terus seperti CD-ROM dan internet untuk mencari dan memperolehi sumber maklumat melalui WWW atau bahan elektronik seperti e-book.
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 710.6.2 CIRI-CIRI PUSAT SUMBER ELEKTRONIK a) Maklumat secara talian terus dan boleh dicapai bila-bila masa tanpa sempadan b) Sumber maklumat yang sentiasa terkini dan mudah untuk dikemaskini c) Mempunyai unsur-unsur interaktif & tidak statik d) Mempunyai elemen multimedia bagi menarik minat pelajar e) Elemen pencarian bagi mudah pencarian f) Mesra pengguna g) Mempunyai kawalan yang tinggi ke atas capaian kandungan, paparan &kandungan h) Maklumat yang tiada sempadan10.7 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN1.71 PENGENALAN Bahagian Teknologi Pendidikan ditubuhkan dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, sebagai suatu unit yang memperkasakan perkembangan teknologi pendidikan di dalam sistem pendidikan. Carta berikut menunjukkan organisasi dan skop tugas
  • 8 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 15 BTPN Rujukan: Carta Organisasi Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM (BTP2007)
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 910.8 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI (BTPN)10.8.1 PENGENALANBTPN ditubuhkan selepas kertas Projek MAL/76/018/01/13 yang melaporkankeberkesanan penubuhan sedemikian di luar negara. Bahagian TeknologiPendidikan Negeri ditubuhkan dengan berlandaskan beberapa konsep terasyang menjadi panduannya.Konsep Teras Pertama: Sebagai pusat aktiviti guru.BTPN diharapkan dapat berfungsi sebagai tempat memberi khidmat nasihat,rujukan, sokongan pengetahuan dan teknikal. BTPN diharap mengamalkanpendekatan menarik (pull factor) daripada pendekatan menolak(push factor)untuk menggalakkan para pendidik memaximakan kunjungan dan penggunaanperkhidmatannya.Konsep Teras Kedua: Sebagai pusat sumber untuk profesionalisme guru.BTPN berfungsi sebagai lokasi yang menyimpan dan menyebarkan maklumatdan bahan. BTPN perlu dilengkapi dengan kakitangan yang pakar dalam bidangteknologi pendidikan dan boleh memberi nasihat, bantuan dan sokongan kepadaguru-guru yang memerlukan perkhidmatan kepakaran untuk perancangan,penyediaan, penggunaan, pengurusan serta penilaian bahan instruktional.10.8.2 OBJEKTIF BTPN 1) memperbaiki mutu pendidikan khasnya di sekolah luar Bandar dengan kegiatan yang berpusatkan kepada proes pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
  • 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2) Menyebarkan maklumat dan pengetahuan terkini serta inovasi teknologi pendidikan berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran. 3) Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan bahan sumber dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran 4) Menjalankan penyelidikan tentang pembangunan bahan sumber dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran 5) Membantu guru berikhtiar dan berusaha mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran seharian dengan memberikan perkhidmatan sokongan dan kepakaran yang relevan. 6) Merapatkan jurang perbezaan keperluan pendidikan antara sekolah, di mana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan memberikan perkhidmatan dan bantuan sumber pendidikan 7) Memupuk minat di kalangan guru kea rah mempertingkatkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 10.8.3 MATLAMAT DAN WAWASAN 1. Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan professional. 2. Menghasilkan pelbagai bahan/alatan mengajar untuk digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. 3. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru dalam mengingkatkan profesionalisme guru. (i) Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran. (ii) Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti alam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden (iii) Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 110.8.4 FUNGSI BTPN 1. Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah 2. Menyediakan dan menerbitkan bahan pelbagai media 3. Mempromosi dan penyiarkan bahan pelbagai media yang diteritkan 4. Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah. 5. Mengurus pelaksanaan program gerakan tabiat membaca di peringkat negeri 6. Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah 7. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar. 8. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah.10.9 PUSAT KEGIATAN GURUPusat Kegiatan Guru bemula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubahnama kepada Pusat Media Daerah (PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman
  • 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen). Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah Daerah, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut . Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai. Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050 / 126 / 1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/95, mulai 1.1.1996, PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. 10.9.1 ORGANISASI Pusat Kegiatan Guru diketuai oleh seorang pegawai DGA32 yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29. Hal pentadbiran pusat dikendalikan oleh seorang Pembantu Tabit N17
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 .10.9.2 JAWATAN KUASA PENGURUSAN PUSAT KEGIATAN GURUSementara dari segi pengurusan PKG, terpulang kepada zon yang diletakkannyapejabat. Ahli Jawatan Kuasa akan dilantik dari Guru Besar, Guru-guru danPegawai PKG di zon tersebut. Carta berikut mengambarkan jawatan yangujudkan untuk mengetuai pengurusan sesebuah PKG. Bertanggungjawabmerancang aktiviti bagi mempertingkatkan proses Pengajaran dan Pembelajaranberasaskan Teknologi Pendidikan dan membantu mengembangkan PusatSumber Sekolah.
  • 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN JAWATAN KUASA KERJA BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA Latihan dan Penghasilan 1. Merancang dan melaksana program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah kelompok dan pembangunan sumber PKG 2. Mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihan dan penghasilan
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 3. Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulanPembangunan Pusat Sumber Sekolah 1. Bekerjasama meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah kelompok 2. Merancang dan melaksana program dan aktiviti PSS 3. Memupuk budaya membaca 4. Mewujudkan pakatan strategic dengan pelbagai agensi yang relevan 5. Memupuk semangat bantu-membantu dan perkongsian sumberTeknologi Maklumat 1. Mewujudkan kesedaran kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran 2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi maklumat 3. Mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penggunaan pusat sumber sekolahSosial dan Kebajikan
  • 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1. Memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti secara formal dan informal untuk berbincang 2. Mengguna kemudahan rekreasi dan bergotong royong 3. Mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan social untuk kecemerlangan pendidikan setempat 4. Menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG 10.9.3 MISI PUSAT KEGIATAN GURU PKG dan rangkaian untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mengembangkan potensi warga pendidikan kepada pengetahuan teknologi maklumat serta berusaha memartabatkan penggunaan teknologi untuk pendidikan Bestari selaras dengan matlamat negara menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia 10.9.4 VISI PUSAT KEGIATAN GURU Pusat Kegiatan Guru akan menjadi pemangkin kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan sumber dan teknologi pendidikan. 10.9.5 OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN GURU
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1 1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen. 2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat profesional pendidikan, khususnya dalam teknopen ke sekolah-sekolah. 3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS). 4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran untuk sekolah-sekolah. 5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti profesional pendidikan untuk guru-guru dan masyarakat setempat.10.9.6 MATLAMAT PUSAT KEGIATAN GURU PKG adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknopen dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan Pusat Sumber Sekolah selaras dengan matlamat Pendidikan Bestari dan Falsafah Pendidikan Negara.10.9.7 PIAGAM PELANGGAN Bertekad untuk memberi perkhidmatan yang sempurna, masakini, cekap dan teliti, dalam melaksanakan segala program serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui kerjasama, kesungguhan usaha, peka dan responsif terhadap keperluan-keperluan pelanggan.10.9.8 FUNGSI PUSAT KEGIATAN GURU
  • 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1. Memantau dan Memantapkan Pelaksanaan Pembestarian Sekolah - Pusat Sumber Sekolah - Aktiviti Pembestarian Sekolah - Pengunaan Teknologi Pendidikan dan media di sekolah - memberi khidmat bantu dan nasihat PSS - khidmat bantu dan nasihat penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah - member khidmat bantu dan nasihat pembestarian sekolah 2. Menghasilkan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan, Latihan Pelbagai Media. - membantu menghasilkan bahan sumber pelbagai media 3. Menyebarkan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan, Latihan pelbagai Media. - membuat rakamsalin dan menyebarkan bahan-bahan terbitan BTP/TPN/PKG. - menyebarkan bahan-bahan daripada BTP/BTPN - menyebarkan bahan-bahan promosi dari BTP/PTB/PKG dalam pelbagai bentuk. 4. Mengurus Program Peningkatan Profesionalisma BerkaitaN Pembestarian Sekolah 10.9.9 PERANAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1. Melaksanakan tugas berdasarkan sasaran kerja tahunan (SKT) dan kerja utama PKG 2. Mengurus aktiviti dan pentadbiran harian PKG 3. Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 14. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan dalam pengurusan dan penggunaan PSS5. Menyediakan laporan tahunan program dan aktiviti PKG
  • 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 10.10 TUGASAN Membentuk budaya penggunaan PSS memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang strategic. Carta di bawah merupakan proses 8Ps untuk pemasaran yang dicadangkan oleh pakar hospitality dalam mempromosikan barang dan perkhidamtan hospitality. Anda diminta menggunakan mengadaptasi carta berikut untuk merancang aktiviti promosi bertujuan memperluaskan kesedaran dan penggunaan pusat sumber sekolah anda. Anda boleh memilih satu komponen, atau gabungan beberapa komponen untuk merancang aktiviti promosi itu (contoh, People: bermaksud anda merancang untuk memfokuskan promosi tersebut secara spesifiknya kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.) Anda perlu menjelaskan justifikasi pemilihan dan langkah- langkah pelaksanaan.
  • BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2