SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
1.0 Pengenalan 2 – 3
2.0 Apa Itu Pendidikan Jasmani? 3 – 4
3.0 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 4
4.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 5
5.0 Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
Bahasa Melayu Dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
5 – 6
6.0 Perbandingan Secara Kritis Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) Dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
6 – 15
7.0 Konsep Dan Definisi Pentaksiran 15 – 16
8.0 Jenis-Jenis Pentaksiran 16
9.0 Perlaksanaan Pentaksiran 16 – 18
10.0 Rancangan Pelajaran Harian 19 – 21
11.0 Uji Minda 22
12.0 Kesimpulan 23 – 24
13.0 Rujukan 25
1.0 PENGENALAN
Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia masih lagi
tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengiktirafan yang telah dibuat di Negara-negara
1
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
barat dan Negara-negara Asia lain. Di Amerika, badan-badan professional seperti Akademi
Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika, Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan
Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan, Pendidikan Jasmani,
Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1987)
yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-agensi pendidikan
tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua
kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara seperti ini berlaku di Negara Malaysia yang kita
cintai ini?.
Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya memberi penekanan kepada
pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir
dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman dan
pembangunannya serta pengekalan pelazim senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan
pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks “ Pengalaman
Pendidikan Keseluruhan ” (the total education experience) yang menegaskan bahawa
pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan
berkaitan dengan hal dalam keseluruhan kehidupan seseorang.
Malah ia juga merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-
kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan
keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti
fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal
termasuk perkembangan mental dan sosial.
Untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara dalam menghadapi cabaran dalam
abad ke-21 ini, maka pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu berfokus kepada
perkembangan pelajar yang menyeluruh iaitu meliputi aspek-aspek perkembangan pemikiran
yang menggarapkan penguasaan ilmu, kecekapan bahasa dan amalan nilai murni secara
2
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
bersepadu. Salah satu kemahiran yang menjayakan falsafah Pendidikan Negara adalah
“Kemahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif ”.
2.0 APA ITU PENDIDIKAN JASMANI?
Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak
untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran
yang rapid dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat
meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan
berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti
fizikal. Dalam perkataan lain, pendidikan jasmani membekalkan ruang untuk membentuk
kanak-kanak yang mantap secara keseluruhannya yang mengambil kita aspek-aspek afektif,
kognitif dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapat Dauer
(1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan
pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman pergerakan.
Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel
(200) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan
kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun fokus tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan
pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang
dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang
persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan
kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan
Jasmani iaitu:
“ Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi
cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)
3
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang
digariskan seperti berikut (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah Pendidikan Jasmani, 1999):
• Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai
• kegiatan fizikal
• Membentuk sahsiah dan disiplin diri.
• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
3.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR)
KBSR atau Kurikulum Baru Sekolah rendah telah diperkenalkan susulan daripada
perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar
Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa
Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak
merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Oleh yang
demikian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun
1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Nama sahaja yang berubah tetapi kandungan kurikulum itu masih lagi sama
seperti sebelumnya. KBSR disemak semula pada tahun 2003. Penyemakan ini kerana dasar
Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan
dilaksanakan KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
4.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan
dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan
4
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum,
Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap
dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana
ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-
guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
5.0 PERBEZAAN ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH
(KBSR) BAHASA MELAYU DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR) BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan seiring
dengan zaman globalisasi pada masa kini di mana pendidikan menjadi wadah yang terpenting
untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan. Keputusan yang
dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menggubal satu standard kurikulum yang dilihat
lebih relevan untuk sistem pendidikan masa kini merupakan satu keputusan yang bijak. Kali
terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu
semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak
1993.Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu
transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) sebenarnya tidak menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang sedia ada, tetapi kurikulum ini digubal untuk
penambahbaikan dan selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut
modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang maju dan canggih kini. Selaras
5
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan
penambahbaikan dalam penggubalan nya hingga terhasilnya Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia. Perubahan yang dilaksanakan sememangnya telah mewujudkan perbezaan di antara
kurikulum lama dengan kurikulum baharu. Perbezaan umum di antara kurikulum KBSR dan
kurikulum KSSR adalah seperti di jadual bawah:
6.0 PERBANDINGAN SECARA KRITIS ANTARA KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH (KBSR) DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR).
ASPEK KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAHRENDAH (KBSR)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR)
Bentuk Reka bentuk kurikulum
berasaskan tiga bidang:
• Komunikasi
− Bahasa Melayu
− Bahasa Inggeris
− Bahasa Cina
− Bahasa Tamil
− Matematik
• Manusia dan alam sekeliling
− Pendidikan Islam
− Pendidikan Moral
− Kajian Tempatan
− Sains
• Perkembang diri Individu
− Kemahiran Hidup
− Pendidikan Seni
Reka bentuk kurikulum berasaskan enam
tunjang:
• Komunikasi
− Tunjang Komunikasi memberi
penekanan kepada proses
menggabung jalin kemahiran
berbahasa dalam bentuk lisan dan
bukan lisan semasa berinteraksi
dengan pelajar.
− Fokus kepada kemahiran bahasa
seperti mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis, serta nilai
tambah menaakul.
− Murid perlu menguasai kemahiran ini
bagi membantu mereka dalam proses
pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-
6
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
− Pendidikan Muzik
− Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan
tunjang yang lain.
− Penguasaan kemahiran berbahasa
menyediakan murid untuk membuat
pemilihan bahasa yang bertepatan dan
sistematik dalam interaksi sosial.
− Disiplin ilmu dalam Tunjang
Komunikasi ialah Bahasa Malaysia,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa
Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina
Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil
Sekolah Kebangsaan,
• Kerohanian, Sikap Dan Nilai
− Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang berfokus kepada
penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai.
• Kemanusiaan
− Tunjang Kemanusiaan memberi
penekanan kepada penguasaan ilmu
dan amalan tentang kemasyarakatan
dan alam sekitar, negara dan global,
serta penghayatan untuk semangat
patriotisme dan perpaduan.
7
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
• Perkembangan Fizikal Dan Estetika
− Tunjang Perkembangan Fizikal dan
Estetika memberi penekanan kepada
perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri dan
pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi.
− Disiplin ilmu yang membangunkan
aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. .
• Sains Dan Teknologi
− Tunjang Sains dan Teknologi
memberi penekanan kepada
penguasaan:
o pengetahuan sains, kemahiran dan
sikap saintifik
o pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam matematik
o pengetahuan dan kemahiran
berasaskan teknologi
− Disiplin ilmu yang terdapat dalam
Tunjang Literasi Sains dan Teknologi
ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK).
8
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
• Ketrampilan Diri
− Tunjang Keterampilan diri memberi
penekanan kepada pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
− Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan
kokurikulum.
− Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan
beruniform dan sukan memberi
peluang kepada murid meningkatkan
potensi diri sebagai pemimpin kepada
diri, rakan sebaya, keluarga dan
masyarakat.
Organisasi Bahan kurikulum
• Berasaskan mata pelajaran
dalam Sukatan pelajaran
Bahan Kurikulum
• Dokumen Standard Kurikulum
1. Tahap I
− Modul Teras Asas
− Modul Teras Tema
− Modul Elektif
2. Tahap II
9
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
− Modul Komunikasi
− Modul Komunikasi Elektif
− Modul Kerohanian, Sikap dan nilai
− Modul Fizikal dan Estetika
− Modul Sains dan Teknologi
− Modul Kemanusiaan
Pedagogi Reka Bentuk Kurikulum
− Kemahiran Berfikir dalam
P&P
− Aplikasi Kecerdasan Pelbagai
Dalam P&P
− Penggunaan TMK
− Pengajaran Berasaskan Kajian
Masa Depan
− Pembelajaran Secara
Konstruktivisme
− Pembelajaran Secara
Kontekstual
− Pembelajaran Akses Kendiri
− Pembelajaran Masteri
− Belajar Cara Belajar
Reka Bentuk Kurikulum
• Penegasan dan penekanan kepada
pendekatan berikut:
− Kemahiran Berfikir dalam P&P
− Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam
P&P
− Penggunaan TMK
− Pengajaran Berasaskan Kajian Masa
Depan
− Pembelajaran Secara Konstruktivisme
− Pembelajaran Secara Kontekstual
− Pembelajaran Akses Kendiri
− Pembelajaran Masteri
− Belajar Cara Belajar
Peruntukan
Masa
• Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
10
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Organisasi kurikulum:
• Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Mata pelajaran Teras, Wajib
dan Tambahan
Mata pelajaran teras
− Bahasa Melayu, English
Language, Bahasa Cina
(SJKC), Bahasa Tamil
(SJKT), Mathematics,
Science, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral
Mata Pelajaran Wajib
− Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan,
Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan
− Bahasa Cina Komunikasi,
Bahasa Tamil Komunikasi,
Bahasa Arab Komunikasi,
Bahasa Iban (bermula
tahun 3)
• Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaran Teras, Wajib
dan Tambahan
Mata Pelajaran Teras
Organisasi kurikulum:
• Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
Modul Teras Asas, Modul Teras tema
dan modul Elektif.
Modul Teras Asas
• Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Matematik, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan
Islam / Pendidikan Moral
Modul. Teras Tema
• Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual,
Dunia Muzik) Dunia Sains dan
Teknologi
Modul Elektif
• Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil
Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa
Iban, Bahasa Kadazandusun
• Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
Mata pelajaraan Teras dan Elektif
Mata Pelajaran Teras Modul
Komunikasi
11
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
− Bahasa Melayu, English
Language, Bahasa Cina
(SJKC), Bahasa Tamil
(SJKT), Mathematics,
Science, Kajian Tempatan,
Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral,
Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
Mata Pelajaran Wajib
− Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan,
Kemahiran Hidup,
Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik
Mata Pelajaran Tambahan
− Bahasa Cina Komunikasi,
Bahasa Tamil Komunikasi,
Bahasa Arab Komunikasi,
Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun, Bahasa
Semai
− Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Modul
Sains dan Teknologi, Matematik,
Sains, Reka Bentuk dan Teknologi /
ICT
Modul Fizikal dan Estetika -
Pendidikan Jasmani
− Pendidikan Kesihatan, Pendidikan
Muzik - Pendidikan Seni Visual
Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai
− Pendidikan Islam / Pendidikan
Moral
Elemen
− Memahiran berfikir Secara
Kritis dan Kreatif
Elemen
− Elemen Kreativiti dan Inovasi,
Keusahawanan serta Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT)
12
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
secara explicit.
Bahan Fokus:
• 3M (Membaca, menulis dan
mengira)
Kemahiran Membaca
− Kebolehan membaca
kanak-kanak wujud
sekiranya kanak-kanak itu
memahami dan bertindak
secara bersesuaian apabila
melihat perkataan-
perkataan yang ditulis.
Maksudnya kanak-kanak
mesti berkeupayaan
memahami konsep iaitu;
o semua “benda”
mempunyai nama,
o nama benda boleh ditulis
dalam perkataan,
o kedua-duanya saling
bertukar,
o simbol-simbol perkataan
boleh dibaca (Mechado,
1985).
− Kanak-kanak boleh cepat
membaca sekiranya
mereka hidup dalam
persekitaran yang
Fokus:
• 4M (Membaca, menulis dan
menaakul)
− KSSR memastikan selepas enam (6)
tahun persekolahan murid mencapai
standard pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang ditetapkan bagi setiap
tahap. KSSR memberi penekanan
kepada 4M iaitu kemahiran membaca,
menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul adalah
keupayaan membuat pertimbangan
dan penilaian dengan menggunakan
akal atau logik.
− Pada Tahap I, pengajaran dan
pembelajaran menekankan
penguasaan asas 4M. Penekanan
diberikan untuk literasi dan numerasi
bagi membolehkan murid menguasai
kemahiran tersebut. Penekanan juga
diberikan kepada kemahiran nilai
tambah iaitu kreativiti dan inovasi,
keusahawanan dan TMK.
− Pada Tahap II, penekanan diberikan
kepada pengukuhan dan aplikasi
13
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
intelektual yang sentiasa
berfaedah dengan tulisan
seperti buku, surat khabar,
dan sebagainya, kanak-
kanak yang kaya dengan
pengalaman persekitaran
seperti ke pasar raya, ke
pameran atau ke pusat-
pusat peranginan, dan juga
kanak-kanak mempunyai
banyak peluang untuk
berinteraksi dengan orang
lain.
Kemahiran Menulis
− Kemahiran menulis
merujuk kepada
keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang
dilalui. Penekanan dalam
kemahiran menulis ialah
terhadap penggunaan ayat
yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul
kemahiran 4M di samping menguasai
kemahiran TMK, penguasaan
kemahiran yang lebih kompleks,
pemerolehan pengetahuan, dan
perkembangan sahsiah.
14
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah
Pentaksiran
• Penekanan yang ketara
kepada pentaksiran sumatif
• Dijalankan secara berterusan untuk
mengesan perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran
• Menggunakan kaedah pentaksiran
pelbagai
• Bersifat autentik dan holistik
Pengurusan
Kurikulum
• Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan
kepada
pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat
7.0 KONSEP DAN DEFINISI PENTAKSIRAN
Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama”
dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Dari segi
definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan
menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan
David Lines, 2000).
Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan
secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan
apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Selain itu, berdasarkan
pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan
sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk membuat keputusan.
Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap
penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kesimpulannya, pentaksiran boleh
diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod
15
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan
tertentu.
8.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan kepada:
• Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas
• Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku
• Pentaksiran Kemahiran Lisan
• Pentaksiran Kemahiran Bacaan
• Pentaksiran Kemahiran Menulis
• Pentaksiran Kemahiran Matematik
9.0 PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN
Bagi melaksanakan pentaksiran yang baik perancangan perlu ada dari awal lagi. Oleh itu perkara
yang perlu diambil kira adalah dengan menentukan tujuan pentaksiran sama ada formatif atau
sumatif, menilai kemahiran teknikal atau kemahiran generik, menguji kefahaman atau menguji
aplikasi konsep. Perkara kedua adalah dengan memikirkan apa yang hendak dinilai seterusnya
diikuti dengan kaedah penaksiran apa yang digunakan. Setelah menetapkan kaedah pentaksiran,
syarat-syarat lain untuk lulus juga perlu dinyatakan. Perkara yang seterusnya adalah dengan
menyatakan tarikh-tarikh penting pentaksiran akan dijalankan dalam perancangan pengajaran
dan akhir sekali menyatakan hukuman bagi tugasan yang lewat dihantar.
Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan sebelum ini, dalam melaksanakan sesuatu
pentaksiran, seseorang itu perlu merancang pentaksirannya dengan sempurna. Guru yang ingin
16
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
melakukan pentaksiran itu perlu mengetahui sebelum, semasa dan selepas pentaksiran itu
dijalankan. Pelan tindakan pentaksiran seperti rajah di bawah kebiasaanya disarankan kepada
guru-guru atau mana-mana individu yang ingin melaksanakan pentaksiran.
Bagi petak yang pertama iaitu merancang pentaksiran, tindakan-tindakan yang diambil amatlah
penting dengan mengkaji sukatan pelajaran terlebih dahulu. Tindakan ini penting bagi
mendapatkan maklumat yang tepat tentang kandungan kurikulum yang akan diuji terutama sekali
dalam aspek kandungan sesuatu topik, kompleksiti topik dan masa pengajaran topik berkenaan.
Selain itu, guru juga perlu menentukan Hasil Pembelajaran bagi topik yang dipilih dengan
merujuk kepada taksonomi objektif pembelajaran berkenaan. Seterusnya berdasarkan objektif
tersebut, guru perlu pula menetapkan jenis soalan ujian yang sesuai bagi tahap pencapaian murid
dan menetapkan sekali bilangan soalan ujian yang perlu mencakupi skop kandungan setiap topik.
Dalam langkah yang kedua, pelbagai bentuk instrumen pentaksiran boleh dibuat. Kebiasaannya,
ujian objektif, ujian subjektif dan ujian amali menjadi bentuk instrumen pentaksiran yang kerap
digunakan oleh guru. Namun prinsip utama pembinaan item ujian perlu menjadi panduan dalam
proses ini. Arahan mestilah ringkas dan mudah difahami serta menggunakan bahasa yang tepat.
Item ujian mestilah menguji secara spesifik kandungan topik yang diuji dan memerlukan
respons dalam pengiraan selain daripada perlu menyatakan unit dan ketepatan ukuran yang di
kendaki.
Perlaksanaan pentaksiran melibatkan penggunaan pelbagai kaedah dan instrumen untuk
mendapatkan maklumat bagi menentukan tahap pencapaian murid. Kebiasaannya, pentaksiran
dilaksanakan dalam tiga bentuk iaitu pemerhatian, pentaksiran lisan dan pentaksiran penulisan.
Pentaksiran secara pemerhatian sesuai digunakan semasa menaksir aspek-aspek yang sukar
dikesan secara lisan atau pun penulisan. Misalnya seperti kemahiran literasi komputer,
kemahiran kinestetik dan kemahiran manipulatif. Manakala pentaksiran secara lisan
diaplikasikan bagi menaksir kebolehan pelajar mengingat dan memahami konsep, kemahiran
mendengar, dan kemahiran lisan bahasa. Dan pentaksiran secara penulisan pula dijalan secara
meluas untuk menguji penguasaan kemahiran bahasa, dan kemahiran intelek pelajar.
17
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Langkah yang keempat pula adalah merekod. Seperti mana yang telah diterangkan dalam
bahagian pengenalan, merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara bersistem
berkaitan dengan kebolehan, perkembangan atau kemajuan dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran. Langkah ini penting dalam menentukan langkah-langkah yang seterusnya iaitu
menganalisis maklumat.
Bagi menentukan tahap pencapaian seseorang murid, analisis maklumat amat penting, prosedur
analisis maklumat pentaksiran untuk tujuan formatif adalah berbeza dengan pentaksiran untuk
tujuan sumatif. Pentaksiran tujuan formatif merumuskan skor item ujian murid menjadi skor
kriteria. Skor kriteria ini didapati dengan membuat perbandingan skor ujian pelajar dengan
“cut-off”. Perbandingan ini penting dalam mengetahui sama ada murid tersebut sudah atau belum
menguasai topik berkenaan. Pentaksiran tujuan sumatif pula merangkumi penggunaan statistik
asas seperti ukuran minimum. Perkara ini boleh menentukan kedudukan pencapaian murid
berkenaan secara perbandingan dengan murid yang lain.
Langkah yang terakhir adalah dengan mengambil tindakan susulan. Tindakan ini melibatkan
aktiviti pemulihan, pengayaan, dan pengukuhan. Selain itu, tindakan ini haruslah diberi secara
serta merta sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, disarankan bahawa guru
merancang dengan berstruktur dan sistematik bagi mengaplikasikan tindakan ini. Maka, bagi
memperjelaskan penerangan di atas, penaksiran kemahiran menulis telah dipilih bagi tujuan
berikut. Namun, sebelum mengetahui contoh pentaksiran tersebut, penerangan tentang
kemahiran yang terlibat bagi kemahiran menulis dan kemahiran yang lain akan dijelaskan
dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
10.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tarikh 2 / 5 / 2012
18
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Tema Kecergasan Masa 8.10pg - 9.10 pg
Tajuk Saya Boleh Lentur Kelas 2 USM
Bil. Murid 32 orang
Standard Kandungan
Berkebolehan melakukan regangan dinamik
Standard Pembelajaran
3.3.1 Melakukan senaman regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan lakuan
yang betul
4.3.1 Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang semasa melakukan
senaman kelenturan
5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok
Hasil Pembelajaran
− Melakukan senaman regangan secara dinamik dan statik
pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul
− Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan
yang meregang semasa melakukan senaman kelenturan
− Melakukan aktiviti secara berpasangan dan
berkumpulan dengan seronok
Pengalaman Sedia Ada Murid boleh melentur badan
Peralatan Pundi kacang, palang, CD KSSR Dunia Muzik Tahun 2 BPK
Trek 18 “ Mari Menari ”
Elemen Merentas Kurikulum Matematik: Pengiraan markah di dalam sukan iaitu
mencampur, menolak, membahagi dan
mendarab bagi mendapatkan sesuatu keputusan
Muzik : Penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk
pergerakan manusia
Fasa / Masa Aktiviti / Strategi
Fokus
Pembelajaran
Organisasi
Pengenalan Memanaskan badan
1. Melepaskan pundi kacang
ke belakang.
Murid bersedia dari
segi fizikal untuk
19
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
2. Membongkok dan
mengambil pundi kacang
melalui dua belah kaki.
3. Ulang aktiviti dalam posisi
duduk dengan mengambil
pundi kacang di sisi kiri dan
kanan
memulakan aktiviti
dan pastikan lutut
difleksi semasa
mengambil pundi
kacang
Perkembangan Mengilas
1. Berdiri membelakang kawan
pada jarak yang sesuai
2. Hanya satu pundi kacang
sahaja digunakan
3. Murid A akan menghantar
pundi kacang kepada murid
B secara mengilas
4. Murid B juga akan mengilas
badan semasa menerima
pundi kacang
5. Lakukan beberapa kali dan
tukar arah
Murid mendengar,
memahami dan
mengikut arahan
guru. Pastikan
tapak kaki tidak
bergerak semasa
aktiviti mengilas
Fasa / Masa Aktiviti / Strategi
Fokus
Pembelajaran
Organisasi
20
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Perkembangan Kembar Siam
1. Murid berpasangan dan
duduk membelakangkan
rakan
2. Berlunjur dengan lutut
difleksi
3. Memegang tangan rakan di
atas kepala.
4. Fleksikan pinggul secara
bergilir-gilir.
Murid dinasihatkan
agar tidak bergurau
semasa aktiviti
dijalankan.
Kemuncak
(Penilaian)
Permainan Kecil :
“ Limbo Rock ”
1. Murid dalam kumpulan
kecil.
2. Apabila muzik dimainkan,
murid bergerak melepasi
bawah palang kayu dengan
cara meleding.
3. Ketinggian kayu semakin
direndahkan sehingga
beberapa orang murid
sahaja yang boleh melalui
di bawah palang kayu tadi.
4. Pemenang adalah murid
yang dapat melepasi palang
kayu yang paling rendah.
5. Palang boleh digantikan
dengan rantaian gelang
getah.
Murid melakukan
kemahiran
melentur badan
dengan cara yang
betul diiringi
dengan muzik
berirama.
Penutup Menyejukkan badan
- Senaman regangan dan
kelenturan
Murid memulihkan
ketegangan fizikal
melalui senaman
regangan
11.0
21
UJI MINDA
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Nama : ................................................................................. Tarikh : ......................................
Kelas : ...............................................................................
KELENTURAN
Bulatkan bahagian badan yang direngang semasa melakukan aktiviti di bawah:
12.0 KESIMPULAN
22
A.
B.
C. D.
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi
berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak
termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan.
Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak
tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak
kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.
Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KRRS ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang
dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dan digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru memainkan
peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru menjadikan
kurikulum 12 sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
mengikut mata pelajaran yang diajar.
Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun
aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Perubahan kurikulum
berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang
dilakukan bergantung pada perubahan dan kepentingan semasa. Di samping itu faktor
persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang semakin mencabar dan kompleks, memainkan
peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya
kurikulum itu sendiri sentiasa relevan dengan keperluan. Walau bagaimana pun, terdapat
beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik
dan metamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah berdasarkan kepada falsafah
pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et
23
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
al. 1999). Berteraskan FPK, konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada
perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketerampilan.
Kurikulum yang terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemen-elemen baru serta
memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya aktiviti P&P
di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan
menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat ICT. Perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai di samping menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bersepadu dan bertema. Kurikulum sekolah adalah bidang yang
sentiasa berkembang, sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Keseluruhannya bagi
memastikan para pelajar disekolah dapat diberikan pengalaman yang sewajarnya bagi keperluan
dimasa hadapan yang semakin mencabar.
(4,216 patah perkataan)
13.0 RUJUKAN
24
HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
1. Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011. Diperoleh pada
Februari 3, 2011 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39-
frontpage/127-info-sekolah
2. Pengenalan Pendidikan Jasmani HBPE1103 / Penulis : Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan
Che Lan, Hasnul Faizal Hushin Amri, Dr. Sanmuga Nathan a/l K.Jeganathan, Norkhalid
Salimin, Yusop Ahmad / Penerbit : OUM
3. Kementerian Pendidikan Malaysia . Sukatan Pelajaran KSSR Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
4. Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran KBSR. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum
5. http://www.scribd.com/doc/78424699/Banding-Beza-Kbsr-Kssr-Assignment
6. http://snfr-siti-edu.blogspot.com/2010/07/pku-3106-jenis-jenis-pentaksiran_12.html
7.http://www.scribd.com/doc/105056843/Assignment-PKU-3106-Pentaksiran-Dalam-
Pendidikan-Khas
8. http://www.scribd.com/doc/68627983/Persamaan-Dan-Perbezaan-Antara-KBSR-Dan-KSSR
25

More Related Content

What's hot

50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysiaAkashah Meera Hussain
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasSyafiqah Mohamed Noor
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosstonNajiha Bakar
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...Nurfaten Ismail
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)Karen Kayny
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdf
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdfPERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdf
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdfPDPPPSV1022Nurkhairu
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissanceSathis Menagah
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
RPH anatomy & physiology
RPH anatomy & physiologyRPH anatomy & physiology
RPH anatomy & physiologyAiman Abdullah
 
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 Teori konflik dalam sosiologi pendidikan Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik dalam sosiologi pendidikanSUAPNAH MUNIADY
 

What's hot (20)

50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
Teori Kematangan
Teori KematanganTeori Kematangan
Teori Kematangan
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
64507213 spektrum-gaya-pengajaran-mosston
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
 
1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdf
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdfPERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdf
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH.pdf
 
Pendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissancePendidikan jasmani zaman renaissance
Pendidikan jasmani zaman renaissance
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
RPH anatomy & physiology
RPH anatomy & physiologyRPH anatomy & physiology
RPH anatomy & physiology
 
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 Teori konflik dalam sosiologi pendidikan Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
Teori konflik dalam sosiologi pendidikan
 

Viewers also liked

Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan KesihatanDefinisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatanguest1772d1
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasanCid Hamdan
 
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniKavitha Moorthi
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktcolleges
 
Pendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniPendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniramli ahmad
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI Rafiza Diy
 
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan TubuhSistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuhpjj_kemenkes
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohanishimahelmi
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahAirun Pureluv
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 

Viewers also liked (11)

Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan KesihatanDefinisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Definisi Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
 
Rangka tugasan
Rangka tugasanRangka tugasan
Rangka tugasan
 
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
 
Minggu 4 02 okt
Minggu 4 02 oktMinggu 4 02 okt
Minggu 4 02 okt
 
Pendidikan jasmani
Pendidikan jasmaniPendidikan jasmani
Pendidikan jasmani
 
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
ASAS SAINS DALAM PENDIDIKAN JASMANI
 
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan TubuhSistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
Sistem Kardiovaskuler dan Peredaran darah, Sistem Limfatik dan Pertahanan Tubuh
 
Unsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohaniUnsur jasmani n rohani
Unsur jasmani n rohani
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similar to Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigment

EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Pembentukan kssr
Pembentukan kssrPembentukan kssr
Pembentukan kssrAswa Nina
 
Landasan Pendi Tugas Kelomp
Landasan Pendi Tugas KelompLandasan Pendi Tugas Kelomp
Landasan Pendi Tugas Kelompherdisaksul
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Pelaksanaan KBK
Pelaksanaan KBKPelaksanaan KBK
Pelaksanaan KBKAnan Nur
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 
Hakekat kurikulum ok.pdf
Hakekat kurikulum ok.pdfHakekat kurikulum ok.pdf
Hakekat kurikulum ok.pdfZainuddin981464
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
Sejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdeka
Sejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdekaSejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdeka
Sejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdekaKurosaki_akira
 
Mengenal KM- Tatap Muka 1.pptx
Mengenal KM- Tatap Muka 1.pptxMengenal KM- Tatap Muka 1.pptx
Mengenal KM- Tatap Muka 1.pptxremmiputra52
 
Paradigma guru pai pada sekolah
Paradigma guru pai pada sekolahParadigma guru pai pada sekolah
Paradigma guru pai pada sekolahManaf Abdul
 
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Syaidah Ahnur
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Norazeah Yusof
 

Similar to Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigment (20)

EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Sekripsi
SekripsiSekripsi
Sekripsi
 
Pembentukan kssr
Pembentukan kssrPembentukan kssr
Pembentukan kssr
 
Landasan Pendi Tugas Kelomp
Landasan Pendi Tugas KelompLandasan Pendi Tugas Kelomp
Landasan Pendi Tugas Kelomp
 
Bmm3101 zam sem3
Bmm3101 zam sem3Bmm3101 zam sem3
Bmm3101 zam sem3
 
Tugas makalah-inovasi
Tugas makalah-inovasiTugas makalah-inovasi
Tugas makalah-inovasi
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Pelaksanaan KBK
Pelaksanaan KBKPelaksanaan KBK
Pelaksanaan KBK
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Hakekat kurikulum ok.pdf
Hakekat kurikulum ok.pdfHakekat kurikulum ok.pdf
Hakekat kurikulum ok.pdf
 
Minggu 6
Minggu 6Minggu 6
Minggu 6
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
Sejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdeka
Sejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdekaSejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdeka
Sejarah perkembangan kurikulum sejak indonesia merdeka
 
Potret penjasorkes di sekolah dasar
Potret penjasorkes di sekolah dasarPotret penjasorkes di sekolah dasar
Potret penjasorkes di sekolah dasar
 
Mengenal KM- Tatap Muka 1.pptx
Mengenal KM- Tatap Muka 1.pptxMengenal KM- Tatap Muka 1.pptx
Mengenal KM- Tatap Muka 1.pptx
 
Paradigma guru pai pada sekolah
Paradigma guru pai pada sekolahParadigma guru pai pada sekolah
Paradigma guru pai pada sekolah
 
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
 

Recently uploaded

Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 

Hbpe1103 pengenalan pendidikan jasmani assigment

  • 1. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURAT 1.0 Pengenalan 2 – 3 2.0 Apa Itu Pendidikan Jasmani? 3 – 4 3.0 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 4 4.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 5 5.0 Perbezaan Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu Dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 5 – 6 6.0 Perbandingan Secara Kritis Antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 6 – 15 7.0 Konsep Dan Definisi Pentaksiran 15 – 16 8.0 Jenis-Jenis Pentaksiran 16 9.0 Perlaksanaan Pentaksiran 16 – 18 10.0 Rancangan Pelajaran Harian 19 – 21 11.0 Uji Minda 22 12.0 Kesimpulan 23 – 24 13.0 Rujukan 25 1.0 PENGENALAN Di alaf baru ini, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di Malaysia masih lagi tidak diberi status yang sewajarnya seperti pengiktirafan yang telah dibuat di Negara-negara 1
  • 2. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI barat dan Negara-negara Asia lain. Di Amerika, badan-badan professional seperti Akademi Pediatriks, Persatuan Perubatan Amerika, Persatuan Pendidikan Nasional, Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Sekolah Rendah dan Badan Bersekutu Untuk Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Rekreasi dan Tarian (AAHPERD) telah mengesahkan Resolusi 97 Kongres Amerika (1987) yang menggalakkan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta agensi-agensi pendidikan tempatan untuk mengadakan program Pendidikan Jasmani harian yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di sekolah rendah. Adakah perkara seperti ini berlaku di Negara Malaysia yang kita cintai ini?. Justeru kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah seharusnya memberi penekanan kepada pembangunan golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan kanak-kanak yang kurang mahir dalam aktiviti sukan. Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak tentang senaman dan pembangunannya serta pengekalan pelazim senaman seumur hidup. Ini diselaraskan dengan pendapat Barrow (1971) yang meletak Pendidikan Jasmani dalam konteks “ Pengalaman Pendidikan Keseluruhan ” (the total education experience) yang menegaskan bahawa pengalaman pendidikan jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan hal dalam keseluruhan kehidupan seseorang. Malah ia juga merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran- kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara dalam menghadapi cabaran dalam abad ke-21 ini, maka pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu berfokus kepada perkembangan pelajar yang menyeluruh iaitu meliputi aspek-aspek perkembangan pemikiran yang menggarapkan penguasaan ilmu, kecekapan bahasa dan amalan nilai murni secara 2
  • 3. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI bersepadu. Salah satu kemahiran yang menjayakan falsafah Pendidikan Negara adalah “Kemahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif ”. 2.0 APA ITU PENDIDIKAN JASMANI? Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapid dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam perkataan lain, pendidikan jasmani membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhannya yang mengambil kita aspek-aspek afektif, kognitif dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini adalah selari dengan pendapat Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman pergerakan. Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel (200) bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta untuk menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun fokus tersebut adalah ke atas kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu: “ Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999) 3
  • 4. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah Pendidikan Jasmani, 1999): • Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. • Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri. • Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. • Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai • kegiatan fizikal • Membentuk sahsiah dan disiplin diri. • Membuat keputusan bijak dalam kehidupan. 3.0 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) KBSR atau Kurikulum Baru Sekolah rendah telah diperkenalkan susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Oleh yang demikian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, KBSR ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Nama sahaja yang berubah tetapi kandungan kurikulum itu masih lagi sama seperti sebelumnya. KBSR disemak semula pada tahun 2003. Penyemakan ini kerana dasar Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan dilaksanakan KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 4.0 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan 4
  • 5. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru- guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. 5.0 PERBEZAAN ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) BAHASA MELAYU DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan seiring dengan zaman globalisasi pada masa kini di mana pendidikan menjadi wadah yang terpenting untuk melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan. Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menggubal satu standard kurikulum yang dilihat lebih relevan untuk sistem pendidikan masa kini merupakan satu keputusan yang bijak. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993.Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) sebenarnya tidak menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang sedia ada, tetapi kurikulum ini digubal untuk penambahbaikan dan selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang maju dan canggih kini. Selaras 5
  • 6. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalam penggubalan nya hingga terhasilnya Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Perubahan yang dilaksanakan sememangnya telah mewujudkan perbezaan di antara kurikulum lama dengan kurikulum baharu. Perbezaan umum di antara kurikulum KBSR dan kurikulum KSSR adalah seperti di jadual bawah: 6.0 PERBANDINGAN SECARA KRITIS ANTARA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DENGAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR). ASPEK KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAHRENDAH (KBSR) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Bentuk Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: • Komunikasi − Bahasa Melayu − Bahasa Inggeris − Bahasa Cina − Bahasa Tamil − Matematik • Manusia dan alam sekeliling − Pendidikan Islam − Pendidikan Moral − Kajian Tempatan − Sains • Perkembang diri Individu − Kemahiran Hidup − Pendidikan Seni Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: • Komunikasi − Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi dengan pelajar. − Fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. − Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang- 6
  • 7. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI − Pendidikan Muzik − Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tunjang yang lain. − Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. − Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, • Kerohanian, Sikap Dan Nilai − Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. • Kemanusiaan − Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar, negara dan global, serta penghayatan untuk semangat patriotisme dan perpaduan. 7
  • 8. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI • Perkembangan Fizikal Dan Estetika − Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. − Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. . • Sains Dan Teknologi − Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: o pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik o pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik o pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi − Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). 8
  • 9. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI • Ketrampilan Diri − Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. − Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. − Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat. Organisasi Bahan kurikulum • Berasaskan mata pelajaran dalam Sukatan pelajaran Bahan Kurikulum • Dokumen Standard Kurikulum 1. Tahap I − Modul Teras Asas − Modul Teras Tema − Modul Elektif 2. Tahap II 9
  • 10. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI − Modul Komunikasi − Modul Komunikasi Elektif − Modul Kerohanian, Sikap dan nilai − Modul Fizikal dan Estetika − Modul Sains dan Teknologi − Modul Kemanusiaan Pedagogi Reka Bentuk Kurikulum − Kemahiran Berfikir dalam P&P − Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P − Penggunaan TMK − Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan − Pembelajaran Secara Konstruktivisme − Pembelajaran Secara Kontekstual − Pembelajaran Akses Kendiri − Pembelajaran Masteri − Belajar Cara Belajar Reka Bentuk Kurikulum • Penegasan dan penekanan kepada pendekatan berikut: − Kemahiran Berfikir dalam P&P − Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P − Penggunaan TMK − Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan − Pembelajaran Secara Konstruktivisme − Pembelajaran Secara Kontekstual − Pembelajaran Akses Kendiri − Pembelajaran Masteri − Belajar Cara Belajar Peruntukan Masa • Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 10
  • 11. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Organisasi kurikulum: • Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Mata pelajaran teras − Bahasa Melayu, English Language, Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT), Mathematics, Science, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral Mata Pelajaran Wajib − Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik Mata Pelajaran Tambahan − Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban (bermula tahun 3) • Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Mata Pelajaran Teras Organisasi kurikulum: • Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif. Modul Teras Asas • Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Modul. Teras Tema • Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi Modul Elektif • Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK), Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK), Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun • Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elektif Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi 11
  • 12. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI − Bahasa Melayu, English Language, Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT), Mathematics, Science, Kajian Tempatan, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Mata Pelajaran Wajib − Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik Mata Pelajaran Tambahan − Bahasa Cina Komunikasi, Bahasa Tamil Komunikasi, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai − Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Modul Sains dan Teknologi, Matematik, Sains, Reka Bentuk dan Teknologi / ICT Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani − Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai − Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Elemen − Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Elemen − Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 12
  • 13. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI secara explicit. Bahan Fokus: • 3M (Membaca, menulis dan mengira) Kemahiran Membaca − Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan- perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu; o semua “benda” mempunyai nama, o nama benda boleh ditulis dalam perkataan, o kedua-duanya saling bertukar, o simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985). − Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam persekitaran yang Fokus: • 4M (Membaca, menulis dan menaakul) − KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. − Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK. − Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi 13
  • 14. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak- kanak yang kaya dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau ke pusat- pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan orang lain. Kemahiran Menulis − Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah. 14
  • 15. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Kaedah Pentaksiran • Penekanan yang ketara kepada pentaksiran sumatif • Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran • Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai • Bersifat autentik dan holistik Pengurusan Kurikulum • Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat 7.0 KONSEP DAN DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran atau penaksiran adalah perkataan Latin yang membawa maksud “duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Dari segi definisinya pula, pentaksiran merupakan proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan (David Lambert dan David Lines, 2000). Manakala menurut Gearheart (1990), pentaksiran adalah proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. Selain itu, berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Salvia dan Yseldyke (1978), penaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Seterusnya, Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula telah memberikan maksud terhadap penaksiran dalam pendidikan iaitu suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kesimpulannya, pentaksiran boleh diertikan sebagai proses pengumpulan maklumat yang melibatkan aktiviti menterjemah, merekod 15
  • 16. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI serta menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bag tujuan tertentu. 8.0 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis-jenis pentaksiran dalam pendidikan khas boleh dikategorikan kepada: • Pentaksiran Kemahiran Pembelajaran Asas • Pentaksiran Sosial dan Tingkah Laku • Pentaksiran Kemahiran Lisan • Pentaksiran Kemahiran Bacaan • Pentaksiran Kemahiran Menulis • Pentaksiran Kemahiran Matematik 9.0 PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN Bagi melaksanakan pentaksiran yang baik perancangan perlu ada dari awal lagi. Oleh itu perkara yang perlu diambil kira adalah dengan menentukan tujuan pentaksiran sama ada formatif atau sumatif, menilai kemahiran teknikal atau kemahiran generik, menguji kefahaman atau menguji aplikasi konsep. Perkara kedua adalah dengan memikirkan apa yang hendak dinilai seterusnya diikuti dengan kaedah penaksiran apa yang digunakan. Setelah menetapkan kaedah pentaksiran, syarat-syarat lain untuk lulus juga perlu dinyatakan. Perkara yang seterusnya adalah dengan menyatakan tarikh-tarikh penting pentaksiran akan dijalankan dalam perancangan pengajaran dan akhir sekali menyatakan hukuman bagi tugasan yang lewat dihantar. Berdasarkan pernyataan yang telah dinyatakan sebelum ini, dalam melaksanakan sesuatu pentaksiran, seseorang itu perlu merancang pentaksirannya dengan sempurna. Guru yang ingin 16
  • 17. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI melakukan pentaksiran itu perlu mengetahui sebelum, semasa dan selepas pentaksiran itu dijalankan. Pelan tindakan pentaksiran seperti rajah di bawah kebiasaanya disarankan kepada guru-guru atau mana-mana individu yang ingin melaksanakan pentaksiran. Bagi petak yang pertama iaitu merancang pentaksiran, tindakan-tindakan yang diambil amatlah penting dengan mengkaji sukatan pelajaran terlebih dahulu. Tindakan ini penting bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang kandungan kurikulum yang akan diuji terutama sekali dalam aspek kandungan sesuatu topik, kompleksiti topik dan masa pengajaran topik berkenaan. Selain itu, guru juga perlu menentukan Hasil Pembelajaran bagi topik yang dipilih dengan merujuk kepada taksonomi objektif pembelajaran berkenaan. Seterusnya berdasarkan objektif tersebut, guru perlu pula menetapkan jenis soalan ujian yang sesuai bagi tahap pencapaian murid dan menetapkan sekali bilangan soalan ujian yang perlu mencakupi skop kandungan setiap topik. Dalam langkah yang kedua, pelbagai bentuk instrumen pentaksiran boleh dibuat. Kebiasaannya, ujian objektif, ujian subjektif dan ujian amali menjadi bentuk instrumen pentaksiran yang kerap digunakan oleh guru. Namun prinsip utama pembinaan item ujian perlu menjadi panduan dalam proses ini. Arahan mestilah ringkas dan mudah difahami serta menggunakan bahasa yang tepat. Item ujian mestilah menguji secara spesifik kandungan topik yang diuji dan memerlukan respons dalam pengiraan selain daripada perlu menyatakan unit dan ketepatan ukuran yang di kendaki. Perlaksanaan pentaksiran melibatkan penggunaan pelbagai kaedah dan instrumen untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan tahap pencapaian murid. Kebiasaannya, pentaksiran dilaksanakan dalam tiga bentuk iaitu pemerhatian, pentaksiran lisan dan pentaksiran penulisan. Pentaksiran secara pemerhatian sesuai digunakan semasa menaksir aspek-aspek yang sukar dikesan secara lisan atau pun penulisan. Misalnya seperti kemahiran literasi komputer, kemahiran kinestetik dan kemahiran manipulatif. Manakala pentaksiran secara lisan diaplikasikan bagi menaksir kebolehan pelajar mengingat dan memahami konsep, kemahiran mendengar, dan kemahiran lisan bahasa. Dan pentaksiran secara penulisan pula dijalan secara meluas untuk menguji penguasaan kemahiran bahasa, dan kemahiran intelek pelajar. 17
  • 18. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Langkah yang keempat pula adalah merekod. Seperti mana yang telah diterangkan dalam bahagian pengenalan, merekod merupakan aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan kebolehan, perkembangan atau kemajuan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Langkah ini penting dalam menentukan langkah-langkah yang seterusnya iaitu menganalisis maklumat. Bagi menentukan tahap pencapaian seseorang murid, analisis maklumat amat penting, prosedur analisis maklumat pentaksiran untuk tujuan formatif adalah berbeza dengan pentaksiran untuk tujuan sumatif. Pentaksiran tujuan formatif merumuskan skor item ujian murid menjadi skor kriteria. Skor kriteria ini didapati dengan membuat perbandingan skor ujian pelajar dengan “cut-off”. Perbandingan ini penting dalam mengetahui sama ada murid tersebut sudah atau belum menguasai topik berkenaan. Pentaksiran tujuan sumatif pula merangkumi penggunaan statistik asas seperti ukuran minimum. Perkara ini boleh menentukan kedudukan pencapaian murid berkenaan secara perbandingan dengan murid yang lain. Langkah yang terakhir adalah dengan mengambil tindakan susulan. Tindakan ini melibatkan aktiviti pemulihan, pengayaan, dan pengukuhan. Selain itu, tindakan ini haruslah diberi secara serta merta sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, disarankan bahawa guru merancang dengan berstruktur dan sistematik bagi mengaplikasikan tindakan ini. Maka, bagi memperjelaskan penerangan di atas, penaksiran kemahiran menulis telah dipilih bagi tujuan berikut. Namun, sebelum mengetahui contoh pentaksiran tersebut, penerangan tentang kemahiran yang terlibat bagi kemahiran menulis dan kemahiran yang lain akan dijelaskan dengan lebih mendalam terlebih dahulu. 10.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tarikh 2 / 5 / 2012 18
  • 19. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Tema Kecergasan Masa 8.10pg - 9.10 pg Tajuk Saya Boleh Lentur Kelas 2 USM Bil. Murid 32 orang Standard Kandungan Berkebolehan melakukan regangan dinamik Standard Pembelajaran 3.3.1 Melakukan senaman regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul 4.3.1 Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang semasa melakukan senaman kelenturan 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok Hasil Pembelajaran − Melakukan senaman regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul − Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang semasa melakukan senaman kelenturan − Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok Pengalaman Sedia Ada Murid boleh melentur badan Peralatan Pundi kacang, palang, CD KSSR Dunia Muzik Tahun 2 BPK Trek 18 “ Mari Menari ” Elemen Merentas Kurikulum Matematik: Pengiraan markah di dalam sukan iaitu mencampur, menolak, membahagi dan mendarab bagi mendapatkan sesuatu keputusan Muzik : Penghasilan bunyi yang bersesuaian untuk pergerakan manusia Fasa / Masa Aktiviti / Strategi Fokus Pembelajaran Organisasi Pengenalan Memanaskan badan 1. Melepaskan pundi kacang ke belakang. Murid bersedia dari segi fizikal untuk 19
  • 20. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 2. Membongkok dan mengambil pundi kacang melalui dua belah kaki. 3. Ulang aktiviti dalam posisi duduk dengan mengambil pundi kacang di sisi kiri dan kanan memulakan aktiviti dan pastikan lutut difleksi semasa mengambil pundi kacang Perkembangan Mengilas 1. Berdiri membelakang kawan pada jarak yang sesuai 2. Hanya satu pundi kacang sahaja digunakan 3. Murid A akan menghantar pundi kacang kepada murid B secara mengilas 4. Murid B juga akan mengilas badan semasa menerima pundi kacang 5. Lakukan beberapa kali dan tukar arah Murid mendengar, memahami dan mengikut arahan guru. Pastikan tapak kaki tidak bergerak semasa aktiviti mengilas Fasa / Masa Aktiviti / Strategi Fokus Pembelajaran Organisasi 20
  • 21. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Perkembangan Kembar Siam 1. Murid berpasangan dan duduk membelakangkan rakan 2. Berlunjur dengan lutut difleksi 3. Memegang tangan rakan di atas kepala. 4. Fleksikan pinggul secara bergilir-gilir. Murid dinasihatkan agar tidak bergurau semasa aktiviti dijalankan. Kemuncak (Penilaian) Permainan Kecil : “ Limbo Rock ” 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Apabila muzik dimainkan, murid bergerak melepasi bawah palang kayu dengan cara meleding. 3. Ketinggian kayu semakin direndahkan sehingga beberapa orang murid sahaja yang boleh melalui di bawah palang kayu tadi. 4. Pemenang adalah murid yang dapat melepasi palang kayu yang paling rendah. 5. Palang boleh digantikan dengan rantaian gelang getah. Murid melakukan kemahiran melentur badan dengan cara yang betul diiringi dengan muzik berirama. Penutup Menyejukkan badan - Senaman regangan dan kelenturan Murid memulihkan ketegangan fizikal melalui senaman regangan 11.0 21 UJI MINDA
  • 22. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Nama : ................................................................................. Tarikh : ...................................... Kelas : ............................................................................... KELENTURAN Bulatkan bahagian badan yang direngang semasa melakukan aktiviti di bawah: 12.0 KESIMPULAN 22 A. B. C. D.
  • 23. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Kesimpulannya, kurikulum KBSR dan KRRS ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Asasnya, kurikulum KBSR dan KSSR dibina dan digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah dan sebagai pembimbing, guru menjadikan kurikulum 12 sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung pada perubahan dan kepentingan semasa. Di samping itu faktor persekitaran sosial, ekonomi dan politik yang semakin mencabar dan kompleks, memainkan peranan penting yang mendorong kepada perubahan terhadap orientasi sesuatu kurikulum supaya kurikulum itu sendiri sentiasa relevan dengan keperluan. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak hemeostatik, perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Segala perubahan kurikulum adalah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et 23
  • 24. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI al. 1999). Berteraskan FPK, konsep kurikulum yang dibina tidak hanya menfokus kepada perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketerampilan. Kurikulum yang terbaru digubal dengan penambahbaikan dan elemen-elemen baru serta memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran supaya aktiviti P&P di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat ICT. Perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai di samping menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu dan bertema. Kurikulum sekolah adalah bidang yang sentiasa berkembang, sesuai dengan keperluan dan tuntutan semasa. Keseluruhannya bagi memastikan para pelajar disekolah dapat diberikan pengalaman yang sewajarnya bagi keperluan dimasa hadapan yang semakin mencabar. (4,216 patah perkataan) 13.0 RUJUKAN 24
  • 25. HBPE 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI 1. Mohd. Fadzly Mohd. Izab (May 25, 2010). Kurikulum baru sekolah rendah dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011. Diperoleh pada Februari 3, 2011 daripada http://www.stsaraswathy.net/index.php/blog-layout/39- frontpage/127-info-sekolah 2. Pengenalan Pendidikan Jasmani HBPE1103 / Penulis : Shaifol Bahary Sulaiman, Norazhan Che Lan, Hasnul Faizal Hushin Amri, Dr. Sanmuga Nathan a/l K.Jeganathan, Norkhalid Salimin, Yusop Ahmad / Penerbit : OUM 3. Kementerian Pendidikan Malaysia . Sukatan Pelajaran KSSR Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 4. Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran KBSR. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum 5. http://www.scribd.com/doc/78424699/Banding-Beza-Kbsr-Kssr-Assignment 6. http://snfr-siti-edu.blogspot.com/2010/07/pku-3106-jenis-jenis-pentaksiran_12.html 7.http://www.scribd.com/doc/105056843/Assignment-PKU-3106-Pentaksiran-Dalam- Pendidikan-Khas 8. http://www.scribd.com/doc/68627983/Persamaan-Dan-Perbezaan-Antara-KBSR-Dan-KSSR 25