7 asas makroekonomi dan penentuan pendapatan negara
1. BAB 7
ASAS
MAKROEKONOMI
DAN PENENTUAN
PENDAPATAN
NEGARA
2. KANDUNGAN BAB
7.1 MIKROEKONOMI DAN MAKROEKONOMI
7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI
7.3 KONSEP-KONSEP ASAS MAKROEKONOMI
7.3.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
7.3.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN
AGREGAT
3. 7.1 MAKROEKONOMI DAN MIKROEKONOMI
• Mikroekonomi menumpukan unit-unit kecil daripada
keseluruhan kegiatan ekonomi, seperti gelagat pengguna
dan pengeluar secara individu yang masing-masing ingin
mencapai kepuasan dan keuntungan maksimum.
• Analisa dalam mikroekonomi diasaskan bahawa faktor-
faktor pengeluaran yang dimiliki masyarakat adalah
terbatas.
• Makroekonomi bersifat menyeluruh, mengkaji ekonomi
secara aggregat seperti pendapatan dan perbelanjaan
negara, pelaburan, guna tenaga dan sebagainya.
• Selain itu, faktor globalisasi yang melibatkan interaksi
dengan negara-negara lain seperti hubungan dagangan,
pertukaran asing turut dibincangkan dalam ekonomi makro.
4. 7.2 MATLAMAT MAKROEKONOMI
• Pengkajian mengenai makroekonomi adalah
penting bagi membantu pihak kerajaan atau
pembuat dasar mencapai matlamat ekonomi yang
berikut:
(i) Guna tenaga penuh
(ii) Kestabilan tingkat harga umum (inflasi rendah)
(iii) Pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang
pesat
(iv) Pertumbuhan ekonomi yang dinamik
5. (i) Guna tenaga penuh:
– Tingkat guna tenaga penuh tercapai apabila kadar
pengangguran kurang daripada 4%, iaitu hanya
berlaku pengangguran geseran sahaja dalam
ekonomi.
– Dalam keadaan ini, kegiatan ekonomi akan
meningkat kerana faktor pengeluaran digunakan
sepenuhnya.
– Keluaran negara meningkat seterusnya berlaku
peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi.
– Antara dasar yang dijalankan kerajaan untuk
meningkatkan peluang pekerjaan seterusnya
mencapai guna tenaga penuh dan mengurangkan
kemiskinan ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Malaysia.
6. (ii) Kestabilan tingkat harga umum:
– Matlamat mencapai kestabilan tingkat harga umum
adalah usaha untuk memastikan kadar inflasi di
peringkat yang rendah dan terkawal.
– Kestabilan tingkat harga umum bermakna ekonomi
tidak menghadapi kejatuhan atau kenaikan harga
melebihi 4% - kuasa beli pengguna menjadi lebih
stabil – meningkatkan taraf hidup rakyat dan
kebajikan masyarakat – kegiatan ekonomi
berkembang dan berlaku kestabilan kadar bunga di
pasaran.
– Jika berlaku peningkatan tingkat harga secara
berterusan – kos hidup akan meningkat –
menyulitkan kehidupan terutama rakyat yang
berpendapatan rendah dan sederhana.
7. (iii) Perdagangan antarabangsa (PAB):
– PAB adalah satu cara membolehkan setiap
negara di dunia menikmati faedah perdagangan
melalui pertukaran barangan dengan negara
yang lain – ekonomi terbuka.
– Penglibatan dalam PAB membantu sesebuah
negara mencapai tingkat pengeluaran yang tinggi
disamping peningkatan kebajikan ekonomi yang
lebih baik.
– Faedah PAB terbahagi tiga; faedah kepada
pengguna, pengeluar dan negara.
8. (iv) Pertumbuhan ekonomi:
– Pertumbuhan ekonomi bermakna kegiatan ekonomi
semakin meningkat.
– Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan dan
mengurangkan pengangguran.
– Seterusnya, taraf hidup dan kebajikan masyarakat
turut meningkat
– Pertumbuhan ekonomi boleh diukur berasaskan nilai
KDNK.
– Pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2010 = 7.2%, dan
pada tahun 2011, pertumbuhan KDNK dianggarkan
antara 5 – 6%.
10. 7.4 KONSEP-KONSEP ASAS
MAKROEKONOMI
7.4.1 ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
• Aliran pusingan pendapatan (2 sektor)
menunjukkan aktiviti ekonomi yang
melibatkan sektor isi rumah dan firma dalam
pasaran buruh, barangan dan pasaran
kewangan.
• Andaian: Tiada campur tangan sektor kerajaan
dan sektor negara asing.
11. • Pasaran Buruh:
– Isi rumah (penjual) menjual faktor pengeluaran kepada
firma.
– Firma (pembeli) membayar gaji, upah, sewa dan untung
• Pasaran Barangan:
– Firma (penjual) menggunakan faktor pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan dan terima
untung dari penjualan barang dan perkhidmatan.
– Isi rumah (pembeli) membeli barang dan perkhidmatan
dari firma dan selebihnya sebagai tabungan dan simpanan.
• Pasaran Kewangan:
– Institusi kewangan wujud bagi menguruskan simpanan dari
isi rumah dan firma serta melaburkan wang tersebut bagi
membolehkan aktiviti ekonomi berjalan baik.
12. ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN DAN EKONOMI
Pasaran
Buruh Pembayaran
Penerimaan
gaji,upah,sewa gaji,upah,sewa
dan untung dan untung
Sektor Isi Sektor
Pasaran
Rumah Firma
Membeli
Barangan Bayaran
barang dan terhadap
Tabungan/ perkhidmatan barang dan
Pelaburan
simpanan perkhidmatan
Pasaran
Kewangan
13. 7.4.2 PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT:
• Permintaan agregat ialah permintaan barangan
dan perkhidmatan secara keseluruhan yang
dilakukan oleh semua unit dalam sesebuah
ekonomi.
• Ia menerangkan hubungan (negatif) antara
kuantiti agregat barangan dan perkhidmatan yang
dibeli pada harga tertentu yang ditetapkan.
• Penawaran agregat ialah jumlah keluaran yang
dihasilkan oleh semua unit dalam sesebuah
ekonomi .
• Ia menerangkan hubungan (positif) antara
penawaran barangan dan perkhidmatan yang
dikeluarkan pada suatu tingkat harga tertentu.
14. KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT
• Keseimbangan wujud apabila keluk AD bersilang
Tingkat Harga
dengan keluk AS
Lebihan AS • Tingkat harga P0 dan tingkat keluaran agregat Y0
AS0 merupakan titik keseimbangan.
P1 • Pada P1, tingkat harga lebih tinggi dari tingkat
harga keseimbangan, menyebabkan berlaku
P0 lebihan penawaran.
• Interaksi pasaran akan menyebabkan P1 jatuh
sehingga mencapai keseimbangan pada P0.
• Pada P2, tingkat harga lebih rendah dari tingkat
P2
harga keseimbangan, menyebabkan berlaku
Lebihan AD lebihan permintaan.
AD0
•Interaksi pasaran akan menyebabkan P2
Y0 Y (Keluaran Aggregat) meningkat sehingga mencapai keseimbangan
pada P0.