Bab 7

11,455 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
7 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,455
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
252
Actions
Shares
0
Downloads
177
Comments
0
Likes
7
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 7

  1. 1. BAB 7 PERANAN KERAJAAN DALAM PASARANUNIT EKONOMI AE015 1
  2. 2. BAB 7 PERANAN KERAJAAN DALAM PASARAN 7.1 Kegagalan Pasaran 7.2 Dasar Kawalan Harga 7.3 Cukai Dan SubsidiUNIT EKONOMI AE015 2
  3. 3. 0bjektif PengajaranObjektif tajuk ini adalah bagi membolehkan pelajar:• Menerangkan faktor kegagalan pasaran.• Menjelaskan kesan dasar harga maksimum dan dasar harga minimum terhadap pasaran dengan bantuan rajah.• Menjelaskan kesan cukai dan subsidi terhadap keseimbangan pasaran dengan menggunakan rajah.UNIT EKONOMI AE015 3
  4. 4. 7.1.1 Faktor-faktor kegagalan pasarandari segi:A) Ketakcekapan peruntukan sumber i) barang awam ii) kesan eksternaliti iii) kewujudan monopoli iv) maklumat tak sempurnaB) Ketakstabilan ekonomi i) inflasi ii) pengangguran iii) imbangan pembayaranC) Ketakadilan agihan pendapatanUNIT EKONOMI AE015 4
  5. 5. A) Ketakcekapan peruntukan sumber:• i) Barang awam-- Barang awam tidak mendatangkan keuntungan yang banyak kepada pengeluar.-- Justeru, dalam sistem pasaran bebas yang sentiasa bermotifkan keuntungan persendirian, barang awam kurang dikeluarkan.-- Hanya golongan berpendapatan tinggi yang diberi perhatian kerana lebih banyak barang mewah dikeluarkan.-- Oleh itu, golongan miskin akan tertindas kerana mereka terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.UNIT EKONOMI AE015 5
  6. 6. • ii) Kesan Eksternaliti-- Eksternaliti negatif ialah kesan sampingan negatif yang dialami masyarakat akibat aktiviti pengeluaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan.-- Contoh: Pencemaran alam sekitar Kesesakan lalulintas-- Oleh sebab matlamat individu adalah memaksimumkan kepuasan dan matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata maka kebajikan masyarakat akan terabai .UNIT EKONOMI AE015 6
  7. 7. • iii) Kewujudan monopoli -- Dalam pasaran monopoli, biasanya barang akan dijual pada harga yang lebih tinggi, manakala kuantiti barang yang dijual adalah terhad. -- Harga barang yang tinggi menyebabkan pengguna ditindas dan kepuasan maksimum tidak dapat dicapai disebabkan pilihan pengguna terhadUNIT EKONOMI AE015 7
  8. 8. iv) Maklumat Tidak Sempurna • Penjual dan pembeli tidak mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang keadaan di pasaran • Pengetahuan yang tidak sempurna dikalangan pengguna menyebabkan penjual berupaya memanipulasi pasaranUNIT EKONOMI AE015 8
  9. 9. B) Ketakstabilan Ekonomi • i) Inflasi • Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan dan penawaran yang sentiasa turun naik. • Oleh itu keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan wujud kenaikkan tingkat harga secara umum. • Ekonomi mengalami masalah inflasi ii) Pengangguran  Mekanisma pasaran bergantung pada interaksi permintaan dan penawaran yang sentiasa turun naik  Oleh itu keadaan ekonomi adalah tidak stabil dan wujud kejatuhan dalam tingkat harga, output dan permintaan.  Ekonomi akan mengalami masalah deflasi dan berlaku pengangguran. UNIT EKONOMI AE015 9
  10. 10. iii) imbangan pembayaran • Imbangan pembayaran akan mengalami defisit apabila permintaan terhadap barang import melebihi daripada jumlah barang yang di eksport. • Defisit dalam imbangan pembayaran yang berterusan akan menyebabkan ketakstabilan ekonomi. UNIT EKONOMI AE015 10
  11. 11. c. Ketidakadilan agihan pendapatan• Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan jurang pendapatan yang ketara antara golongan kaya dan berpendapatan rendah.• Golongan yang kaya semakin kaya kerana memiliki sumber yang lebih banyak dan mempunyai kuasa beli yang tinggi.• Golongan berpendapatan rendah memiliki sumber yang terhad dan mempunyai kuasa beli yang rendah.UNIT EKONOMI AE015 11
  12. 12. 7.2 Dasar Kawalan Harga7.2.1 (a) Dasar Harga Maksimum• Dasar harga maksimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.• Merupakan tindakan kerajaan menetapkan had maksimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang bagi tujuan menjaga kebajikan pengguna.UNIT EKONOMI AE015 12
  13. 13. Rajah 7.2.1 (a) Harga Maksimum P D S E Pe Harga Pc maksimum S D 0 Q1 Qe Q2 QUNIT EKONOMI AE015 13
  14. 14. Kesan dasar harga maksimum • Permintaan melebihi penawaran: -- Lebihan permintaan yang berlaku di pasaran akan menggalakkan berlakunya pasaran gelap. -- Untuk mengelakkan daripada berlakunya pasaran gelap, kerajaan boleh mengadakan dasar pencatuan. -- Kerajaan boleh menguatkuasakan undang- undang seperti mengenakan denda dan hukuman berat ke atas pihak-pihak yang terlibat dengan pasaran gelap. -- Selain itu, bagi mengatasi masalah lebihan permintaan, kerajaan akan mengimport.UNIT EKONOMI AE015 14
  15. 15. 7.2.1 (b) Dasar Harga Minimum • Dasar harga minimum ialah dasar penetapan tingkat harga pasaran yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran. • Tindakan kerajaan menetapkan had minimum yang boleh dikenakan ke atas harga barang bertujuan menjaga kebajikan pengeluar. UNIT EKONOMI AE015 15
  16. 16. Rajah 7.2.1 (b) Harga Minimum P D S Harga Pf minimum E Pe D S 0 Q1 Qe Q2 QUNIT EKONOMI AE015 16
  17. 17. Kesan dasar harga minimum• Penawaran melebihi permintaan-- Bagi mengatasi masalah lebihan penawaran, kerajaan akan membeli lebihan penawaran tersebut dan disimpan dalam stok penimbal.-- Sekiranya ada permintaan untuk barang tersebut dengan harga yang berpatutan, kerajaan akan menjual @ mengeksport lebihan tersebut.-- Dasar harga minimum telah berjaya meninggikan harga dan meningkatkan pendapatan pengeluar.UNIT EKONOMI AE015 17
  18. 18. 7.3 Cukai Dan Subsidi7.3.1 (a) Cukai Jualan-- Cukai jualan ialah cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan ke atas sesuatu barang dan ia hanya dibayar pada masa jual beli barang tersebut berlaku.-- Cukai jualan yang dikenakan akan menyebabkan kos pengeluaran pengeluar meningkat. Kesannya pengeluar akan memindahkan sebahagian beban cukai tersebut kepada pengguna.-- kenaikkan kos pengeluaran akan menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran .-- Keluk penawaran akan akan beralih ke kiri menyebabkan harga pasaran akan meningkat.UNIT EKONOMI AE015 18
  19. 19. Rajah 7.3.1 (a) Cukai D S1 S0 P t E1 P1 PENGGUNA A P0 E0 PENGELUAR P B 0 Q0 Q Q1 UNIT EKONOMI AE015 19
  20. 20. • Berdasarkan rajah: - Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk penawaranS0S0 bersilang dengan keluk permintaan D0D0 dimana tingkat harga keseimbangan Po dan kuantiti keseimbangan Q0. - Setelah cukai dikenakan, keluk penawaran akan beralih ke kiri iaitu dari S0S0 ke S1S1. - Titik keseimbangan berubah dari EO ke EI, tingkat harga naik daripada P0 ke P1 manakala kuantiti keseimbangan merosot daripada QO ke Q1. - Jumlah beban cukai pengguna ialah POP1E1A,manakala beban cukai pengeluar ialah PPOAB.UNIT EKONOMI AE015 20
  21. 21. 1) -- Fungsi penawaran sebelum cukai ialah QS1 = a + bP -- Setelah cukai per unit dikenakan, fungsi penawaran berubah menjadi QS2 = a + b (P – cukai per unit) ATAU 2) -- Jika fungsi penawaran sebelum cukai PI = a + dQ -- Setelah cukai per unit dikenakan, fungsi penawaran berubah menjadi P2 = a + dQ + cukai per unitUNIT EKONOMI AE015 21
  22. 22. 7.3.1 (b) Subsidi • Subsidi ialah pemberian kerajaan kepada pengeluar bagi mengurangkan kos pengeluaran dan harga. • Kesannya kos pengeluaran akan berkurangan menyebabkan pengeluar akan menambahkan keluaran • Keluk penawaran akan beralih ke kanan. UNIT EKONOMI AE015 22
  23. 23. Rajah 7.3.1 (a) Subsidi P S0 D S1 B P2 PENGELUAR E0 P0 A PENGGUNA P1 E1 D 0 Q0 Q1 Q UNIT EKONOMI AE015 23
  24. 24. • Berdasarkan rajah: -- Keseimbangan asal tercapai pada titik EO apabila keluk penawaran SOSO bersilang dengan keluk permintaan D0D0 dimana tingkat harga keseimbangan PO dan kuantiti keseimbangan Q O. -- Setelah subsidi dikenakan, keluk penawaran akan beralih ke kanan dari SOSO ke S1S1. -- Titik keseimbangan berubah dari EO ke EI, tingkat harga jatuh dari PO ke PI manakala kuantiti keseimbangan meningkat dari Q0 ke QI. -- Jumlah subsidi yang diperolehi oleh pengguna ialah PIPOAEI, manakala jumlah subsidi yang diperolehi oleh pengeluar ialah POP2BA.UNIT EKONOMI AE015 24
  25. 25. 1) -- Fungsi penawaran sebelum subsidi QS1 = a + bP -- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran berubah menjadi QS2 = a + b (P + Subsidi) ATAU 2) -- Jika fungsi penawaran sebelum subsidi PI = c + dQ -- Setelah subsidi dikenakan, fungsi penawaran berubah menjadi P2 = c + dQ + subsidiUNIT EKONOMI AE015 25

×