keanjalan permintaan dan penawaran

41,276 views

Published on

Published in: Business, Technology
9 Comments
26 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
41,276
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
31
Actions
Shares
0
Downloads
1,275
Comments
9
Likes
26
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

keanjalan permintaan dan penawaran

1. 1. BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN & PENAWARAN KULIAH AE015 MIKROEKONOMI SEMESTER I
2. 2. Keanjalan Permintaan 3.1.1. Keanjalan permintaan harga. 3.1.2. Keanjalan permintaan silang. 3.1.3. Keanjalan permintaan pendapatan. Keanjalan Penawaran
3. 3. Pengenalan

Keanjalan merupakan suatu konsep yang mengukur darjah tindakbalas dalam kuantiti permintaan dan penawaran kesan daripada perubahan sesuatu pembolehubah tertentu.

Dalam konteks keanjalan permintaan, pembolehubah-pembolehubah tersebut terdiri daripada harga barang itu sendiri, harga barang lain dan pendapatan pengguna.

Manakala bagi keanjalan penawaran, pembolehubahnya ialah harga barang itu sendiri sahaja.

4. 4. Keanjalan permintaan harga

Keanjalan permintaan harga (Ed) didefinisikan sebagai ukuran kadar atau darjah gerak balas perubahan kuantiti permintaan sesuatu barang kesan daripada perubahan tingkat harga barang tersebut.

Rumusnya ialah nisbah di antara peratus perubahan kuantiti diminta sesuatu barang dengan peratus perubahan tingkat harga barang tersebut.

5. 5. Keanjalan permintaan harga dapat dikira dengan menggunakan rumus berikut: Ed = %  Qd / %  P Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0 Qd0 P0   Ed =  Qd /Qd0 ÷  P /P0
6. 6. Pengiraan keanjalan permintaan harga

Terdapat dua cara bagi mengira keanjalan permintaan harga iaitu keanjalan lengkuk dan keanjalan purata.

Keanjalan purata digunakan kerana terdapat nilai keanjalan yang berbeza walaupun ianya mengukur perubahan harga di antara dua titik.

7. 7. Keanjalan lengkuk

Keanjalan lengkuk digunakan bagi mengukur kadar perubahan yang berlaku ke atas permintaan satu barang apabila berlaku perubahan harga di mana keadaan tersebut membolehkan kita melihat kewujudan dua titik di atas satu keluk permintaan yang sama.

8. 8. Berikut adalah contoh pengiraan keanjalan permintaan harga.

Apabila harga petrol naik daripada RM1.38 ke RM1.49 seliter, maka kuantiti yang diminta turun daripada 5000 liter ke 4500 liter sehari (pergerakan dari titik B ke A dari rajah sebelah). Berapakah nilai keanjalan permintaan harga petrol?

Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0 Ed =     Qd0 P0       Ed = 4500 - 5000 ÷ 1.49 - 1.38     5000 1.38       Ed = - 500 ÷ 0.11     5000 1.38       Ed = - 5 x 1.38     50 0.11       Ed =  1.25
9. 9. Keanjalan permintaan harga 0 D P 4500 5000 liter A B 1.49 1.38
10. 10. Apabila harga petrol turun daripada RM1.49 ke RM1.38 seliter, maka kuantiti yang diminta naik daripada 4500 ke 5000 liter sehari (dari rajah pergerakan dari titik A ke B). Berapakah keanjalan permintaan harga? Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0     Qd0 P0         = 5000 - 4500 ÷ 1.38 - 1.49     4500 1.49         = 500 ÷ - 0.11     4500 1.49           - 5 x 1.49     45 -0.11         =  1.51
11. 11. Nilai keanjalan permintaan harga yang diperoleh daripada dua contoh pengiraan di atas adalah berbeza walaupun perubahan harga yang berlaku di atas dua titik yang terletak pada satu keluk permintaan yang sama. Kelemahan ini dapat diatasi dengan mengambil kira harga purata dan kuantiti purata barang tersebut sebagaimana yang dinyatakan menerusi rumus berikut yang lebih dikenali sebagai keanjalan permintaan harga purata. Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0     ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)
12. 12. Contoh (a) : Harga naik daripada RM1.38 ke RM1.49 Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0     ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)       Ed = 4500 - 5000 ÷ 1.49 - 1.38     ½( 5000 + 4500) ½( 1.38 + 1.49)       Ed = - 500 ÷ 0.11     4750 1.435       Ed = - 50 x 1.435     475 0.11       Ed =  1.37
13. 13. Contoh (b) : Harga turun daripada RM1.49 ke RM1.38 Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0     ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)       Ed = 5000 - 4500 ÷ 1.38 - 1.49     ½( 4500 + 5000) ½( 1.49 + 1.38)       Ed = 500 ÷ - 0.11     4750 1.435       Ed = 50 x 1.435     475 - 0.11       Ed =  1.37
14. 14. Keanjalan titik

Keanjalan titik merupakan keanjalan pada satu titik di atas satu keluk permintaan.

Keanjalan titik mengukur perubahan harga yang sangat kecil dan perubahan yang sangat kecil ini dipandang sebagai satu titik di atas keluk permintaan.

15. 15. Keanjalan titik 0 qo B Q C P A Ed=  Po Ed=1 Ed=o Ed > 1 Ed < 1
16. 16. Dari rajah keluk AB ialah keluk permintaan. Keanjalan titik C boleh diukur berdasarkan rumus asas keanjalan iaitu: Ed=CB/CA   Ed =  Q/Q =  Q x P =  Q x P  P/P Q  P  P Q Berdasarkan rajah,  Q = qoB dan  P = Cqo. Jadi,  Q/  P = qoB/Cqo sedangkan P = Cqo Q = 0qo Maka, P/Q = Cqo/0qo Edt =  Q/  P x P/Q Edt = qoB/Cqo x Cqo/0qo Edt = qoB/0qo
17. 17. pulannya ada tiga cara untuk mengukur keanjalan pada titik C iaitu:

a. Edt=CB/CA

b. Edt=qoB/0qo

c. Edt=0Po/PoA

Oleh kerana rajah segitiga ApoC dan CqoB merupakan rajah yang sama bentuk, jadi,

QoB/0qo = CB/CA

Maka CB/CA = 1

Nilai keanjalan bagi titik – titik di sepanjang keluk permintaan AB adalah berbeza-beza.

Pada titik A, nilai keanjalan titik adalah infiniti.

Pada titik C, nilai keanjalan ialah sama dengan 1.

Pada titik B, nilai keanjalan ialah sama dengan 0.

Antara titik A dan C, nilai keanjalan titik adalah lebih besar dari satu.

Antara titik C dan B, nilai keanjalan titik adalah kurang dari satu.

18. 18. Kira keanjalan pada titik V, W, X, Y dan Z 0 25 50 75 100 Q X P V W Y Z 2 4 6 8
19. 19. Kesimpulan

Dapatlah dirumuskan bahawa semakin tinggi tingkat harga, semakin tinggi nilai keanjalan titik dan sebaliknya.

Nilai keanjalan permintaan bagi setiap titik juga akan berbeza-beza pada satu tingkat harga tertentu jika titik–titik tersebut berada pada keluk permintaan yang berlainan tetapi bersifat linear dan mempunyai kecerunan yang sama.

20. 20. Nilai keanjalan titik akan menjadi semakin kecil ( tidak anjal ) apabila kedudukan keluk permintaan terletak semakin jauh dari titik origin (asalan). Kirakan keanjalan permintaan pada titik A dan B Apa kesimpulannya? A B P Q 0 P0 8 16 24
21. 21.

Nilai keanjalan titik-titik A dan B pada harga

P di atas keluk permintaan masing-masing ialah:

16 – 8 8 8 – 0 8 = Ed (A) = = 1 24 – 16 8 16 – 0 16 = Ed (B) = = 0.5
22. 22. Terdapat lima darjah keanjalan permintaan harga yang berlainan Darjah–darjah keanjalan permintaan harga
23. 23. 1. Anjal Nilai keanjalan : 1 < Ed <  Sifatnya: Peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut. P Q D
24. 24. 2. Tak Anjal Nilai keanjalan : 0  Ed  1 Sifatnya: Peratusan perubahan kuantiti diminta adalah kurang daripada peratus perubahan harga barang tersebut. P Q D
25. 25. 3. Anjal Satu Nilai keanjalan : Ed = 1 Sifatnya: Peratus perubahan kuantiti diminta adalah sama dengan peratus perubahan harga barang tersebut. P Q D
26. 26. 4. Anjal Sempurna Nilai keanjalan : Ed =  Sifatnya: Pada harga yang tetap pengguna akan membeli barang yang ada dalam pasaran tetapi tiada kuantiti diminta apabila harga lebih tinggi dari harga tetap tersebut. P Q D
27. 27. 5. Tak Anjal sempurna Nilai keanjalan : Ed = 0 Sifatnya: Sebarang perubahan dalam harga tidak akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam kuantiti diminta. P Q D
28. 28. Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan
29. 29. Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan

Jumlah hasil (TR) ialah hasil yang diperoleh oleh pengeluar apabila barangannya dibeli oleh pngguna.

Jumlah perbelanjaan (TE) pula ialah perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna apabila membayar barangan yang dibeli dari pengeluar.

Jumlah hasil/perbelanjaan diperoleh dengan mendarabkan harga barang tersebut dengan kuantitinya .

Hasil Total = Harga x Kuantiti

TR = P x Q

30. 30. 1. Anjal Nilai keanjalan : 1 < Ed <  Harga TR/TE Rumusan Harga meningkat dari P0 ke P1 OP1AQ1 TR/TE berkurangan sebab OP1AQ1  OP0BQ0 Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0 TR/TE meningkat sebab OP0BQ0  OP1AQ1 P Q D A B P 1 P 0 Q 1 Q 0 0
31. 31. 2. Tak anjal Nilai keanjalan : 0  Ed  1 Harga TR/TE Rumusan Harga meningkat dari P0 ke P1 OP1AQ1 TR/TE meningkat sebab OP1AQ1  O0PQ0 Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0 TR/TE berkurangan sebab OP0BQ0  OP1AQ1 D D 0 Q1 Q0 Q P1 P0 P A B
32. 32. 3. Anjal satu (unitari) Nilai keanjalan : Ed = 1 Harga TR/TE Rumusan Harga meningkat dari P0 ke P1 OP1AQ1 Tiada perubahan TR/TE sebab OP1AQ1 = OP0BQ0 Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0 Tiada perubahan TR/TE sebab OP0BQ0 = OP1AQ1 P D 0 Q1 Q0 Q P 1 P 0 A B
33. 33. 4. Anjal sempurna Nilai keanjalan : Ed =  Harga TR/TE Rumusan Harga meningkat melebihi P0 0 TR/TE = 0 sebab kuantiti permintaan jatuh sehingga tidak terhingga Harga jatuh kurang daripada P0  TR/TE =  sebab kuantiti permintaan meningkat dengan banyaknya sehingga tidak terhingga P 0  D Q P 0
34. 34. 5. Tak anjal sempurna Nilai keanjalan : Ed = 0 Harga TR/TE Rumusan Harga meningkat dari P0 ke P1 OP1AQ1 TR/TE meningkat sebab OP1AQ0  OP0BQ0 Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0 TR/TE berkurangan sebab OP0BQ0  OP1AQ0 P Q Q 0 D A B P 1 P 0
35. 35. Ringkasan hubungan keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan KEANJALAN DAN TR/TE PERUBAHAN HARGA TR/TE Berkurangan TR/TE Meningkat TR/TE Meningkat TR/TE Berkurangan Tiada Perubahan Tiada Perubahan 0  TR/TE Meningkat TR/TE Berkurangan Anjal Tak Anjal Anjal Satu Anjal Sempurna Tak Anjal Sempurna Harga naik Harga turun
36. 36. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEANJALAN PERMINTAAN
37. 37. 1. Bilangan barang pengganti

Jika sesuatu barang mempunyai banyak penggantinya, permintaan barang tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga.

Ini menunjukkan jika harga sesuatu barang meningkat sedikit, kuantiti yang diminta akan berkurangan dengan banyak kerana barang itu boleh digantikan dengan barang lain yang secara relatifnya lebih murah.

Sebaliknya sekiranya sesuatu barang tiada pengganti yang hampir maka permintaan barang tersebut dikatakan tidak anjal terhadap perubahan harga.

Ini bermakna jika harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti diminta tidak akan berkurangan kerana ianya tidak mempunyai pengganti yang hampir.

38. 38. 2. Bilangan kegunaan sesuatu barang

Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, permintaan barang tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga.

Contohnya, komputer mempunyai banyak kegunaan seperti menaip, menyelesaikan banyak kerja-kerja pejabat, persembahan multimedia, alat untuk pembelajaran, permainan dan penggunaan internet.

Kegunaan yang banyak ini menyebabkan ia digunakan oleh ramai golongan.

Jika harganya jatuh, permintaannya akan meningkat dengan banyak kerana pengguna akan membelinya dalam kuantiti yang lebih banyak kerana semakin banyak kegunaannya.

Tetapi jika harga meningkat, permintaannya akan berkurangan dengan banyak.

Ini bermakna bagi barang yang mempunyai banyak kegunaannya, permintaannya adalah anjal.

39. 39. 3. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan

Besarnya bahagian dari pendapatan yang dibelanjakan untuk membeli sesuatu barang akan mempengaruhi keanjalan permintaan ke atas barang tersebut.

Kaji sikap pengguna yang membeli barang-barang yang harganya murah dan memerlukan bahagian pendapatan yang kecil sahaja.

Contohnya garam, yang memerlukan bahagian pendapatan yang kecil sahaja untuk dibelanjakan bagi membeli barang ini.

Apabila harga garam meningkat, permintaannya tidak berubah kerana bahagian daripada pendapatan yang dibelanjakan untuk membeli garam amat kecil.

Ini menunjukkan jika pembelian sesuatu barang itu memerlukan bahagian daripada pendapatan amat kecil, permintaannya tidak anjal.

Sementara itu pembelian sesuatu barang yang memerlukan bahagian pendapatan yang besar seperti pembelian kereta, permintaannya adalah anjal.

40. 40. 4. Tahap kepentingan sesuatu barang

Jika barang tersebut merupakan barang mesti kepada pengguna contohnya makanan asas seperti nasi dan roti serta pakaian, permintaan barang tersebut tidak anjal terhadap perubahan harga.

Ini kerana jika harganya meningkat, pengguna tidak akan mengurangkan kuantiti diminta dalam jumlah yang besar disebabkan kepentingan barang tersebut kepada pengguna.

Sebaliknya, jika harganya jatuh, permintaan juga tidak akan bertambah dalam jumlah yang banyak.

Tetapi bagi barang yang kurang kepentingannya kepada pengguna contohnya barang biasa, permintaannya adalah anjal.

Jika harganya jatuh, pengguna akan memintanya dengan banyak dan sebaliknya.

41. 41. 5. Ketahanan sesuatu barang

Semua barang pengguna boleh dibahagikan kepada dua iaitu barang tahan lama dan barang tidak tahan lama.

Bagi barang tahan lama, contohnya pakaian permintaannya adalah anjal.

Apabila harganya jatuh, permintaannya akan meningkat dalam jumlah yang banyak kerana ianya boleh disimpan lama.

Tetapi bagi barang yang tidak tahan lama, contohnya sayur-sayuran permintaannya adalah tidak anjal.

Apabila harganya jatuh, kuantiti permintaannya tidak bertambah dengan banyak kerana ia tidak tahan lama.

42. 42. 6. Barang yang boleh ditangguh

Bagi barang yang boleh ditangguhnya penggunaannya, permintaannya adalah anjal.

Contohnya harga telah meningkat sekarang, jadi permintaannya akan berkurangan dengan banyak kerana pengguna akan menangguhkan penggunaannya pada masa hadapan apabila harganya telah jatuh.

Bagi barang yang tidak boleh ditangguh penggunaannya, jika harga meningkat pengguna terpaksa membeli juga.

Jadi permintaannya kurang anjal.

43. 43. 7. Tabiat pengguna

Meskipun sesuatu barang itu bukan merupakan barang keperluan atau barang mesti, akan tetapi disebabkan oleh tabiat pengguna yang tidak boleh untuk tidak menggunakan barang tersebut, maka permintaan ke atas barang tersebut akan menjadi tidak anjal terhadap perubahan harga dan sebaliknya.

Contohnya rokok, setiap tahun kerajaan akan menaikkan cukai jualannya menyebabkan pengeluar menaikkan harganya untuk memindahkan beban kenaikan cukai tersebut kepada pengguna.

Tetapi permintaannya tidak berkurangan.

44. 44. Keanjalan permintaan silang (Exy) Keanjalan permintaan silang ditakrifkan sebagai satu konsep keanjalan permintaan yang mengukur darjah tindakbalas perubahan permintaan sesuatu barang (barang X) kesan daripada perubahan harga barang lain ( barang Y).
45. 45. Rumus keanjalan permintaan silang (Exy) Edxy = %  Qdx / %  Py = Qd1x – Qd0x P1y - P0y Qd0x  Edxy P0y   Qd1x – Qd0x Qd0x Edxy = P1y – P0y P0y X 100 X 100
46. 46. Hubungan barang X dan barang Y Negatif ( - ) Penggenap Positif ( + ) Pengganti Sifar ( 0 ) Tiada hubungan

Perhubungan antara dua atau lebih jenis sesuatu barangan dapat diketahui sekiranya nilai keanjalan permintaan silang diperolehi dengan menggunakan rumus keanjalan silang.

Nilai Keanjalan Silang (Exy) Hubungan
47. 47. Contoh pengiraan: Kuantiti diminta 10 2 20 20 20 5 10 20

Berdasarkan jadual di atas, cari nilai keanjalan permintaan silang bagi barang P, Q dan R apabila harga barang Z mengalami kenaikan dari RM10 kepada RM20. Tentukan perhubungan antarabarang Z dengan barang P, Q dan R.

Harga Barang Z Barang P Barang Q Barang R
48. 48.

Penyelesaian : Barang P

Oleh itu barang Z dan barang P adalah pengganti antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya adalah positif = 5 – 2 20 - 10 2  Edpz 10 = 3 10 2 X Edpz 10 = 30 20 Edpz = 1.5 Edpz = Qp1 – Qp0 ZP1 - ZP0 Qp0  Edpz ZP0
49. 49.

Penyelesaian : Barang Q

Oleh itu barang Z dan barang Q adalah penggenap antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya adalah negatif = 10 – 20 20 - 10 20  Edqz 10 = - 10 10 20 X Edqz 10 = - 100 200 Edqz = - 0.5 Edqz = Qq1 – Qq0 ZP1 - ZP0 Qq0  Edqz ZP0
50. 50.

Penyelesaian : Barang R

Oleh itu barang Z dan barang R tidak mempunyai apa-apa perkaitan antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya kosong (sifar) = 20 – 20 20 - 10 20  Edrz 10 = 0 10 20 X Edrz 10 = 0 200 Edrz = 0 Edrz = Qr1 – Qr0 ZP1 - ZP0 Qr0  Edrz ZP0
51. 51. Contoh pengiraan: 2

Andaikan keanjalan silang permintaan bagi kereta berbanding perubahan harga minyak petrol ialah – 0.5. Sekiranya pada harga kereta RM35,000 sebuah, bilangan kereta yang dijual dalam seminggu adalah sebanyak 12,000 buah. Jika harga kereta tidak berubah, tetapi harga minyak petrol naik dari RM1.05 kepada RM1.20 seliter, kirakan bilangan kereta yang akan dijual.

52. 52.

Penyelesaian :

- 900 = 1.05X – 12,600 1.05X = 12,600 – 900 1.05X = 11,700 X = 11,143 unit = Q1x – Q0x P0y Q0x P1y - P0y X Edxy = X – 12,000 1.05 12,000 20 - 1.05 X - 0.5 = 1.05X – 12,600 1,800 - 0.5
53. 53. Keanjalan permintaan pendapatan (Edy)

Keanjalan permintaan pendapatan ditakrifkan sebagai satu konsep keanjalan permintaan yang mengukur darjah tindakbalas terhadap perubahan permintaan sesuatu barang kesan daripada perubahan tingkat pendapatan pengguna.

54. 54. Rumus keanjalan permintaan pendapatan (EdY) EdY = %  Qdx / %  Y = Qd1x – Qd0x Y1 - Y0 Qd0x  EdY Y0   Qd1x – Qd0x Qd0x EdY = Y1 – Y0 Y0 X 100 X 100
55. 55. Keanjalan pendapatan dan jenis barang

Keanjalan permintaan pendapatan akan membantu sesebuah ekonomi mengenalpasti jenis-jenis barang yang wujud dalam ekonomi tersebut.

Nilai Keanjalan Pendapatan (EdY) Jenis Barang Positif kurang dari 1 Keperluan Positif lebih dari 1 Mewah Negatif Bawahan Sifar Mesti
56. 56. Contoh pengiraan: Kuantiti diminta 7,500 2 20 4 12,500 5 10 5

Berdasarkan jadual di atas, kirakan nilai keanjalan pendapatan bagi barang P, Q dan R apabila tingkat pendapatan meningkat dari RM7,500 ke RM12,500. Tentukan apakah jenis barang-barang tersebut.

Pendapatan (RM) Barang P Barang Q Barang R
57. 57.

Penyelesaian : Barang P

Barang P adalah barang mewah kerana nilai keanjalan pendapatannya adalah positif dan besar dari satu = 5 – 2 12500 - 7500 2  EdY 7500 = 3 7500 2 X EdY 5000 = 22500 10000 EdY = 2.25 EdY = Qp1 – Qp0 Y1 - Y0 Qp0  EdY Y0
58. 58.

Penyelesaian : Barang Q

Barang Q adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan pendapatannya negatif = 10 – 20 12500 - 7500 20  EdY 7500 = - 10 7500 20 X EdY 5000 = - 75 100 EdY = - 0.75 EdY = Qq1 – Qq0 Y1 - Y0 Qq0  EdY Y0
59. 59.

Penyelesaian : Barang R

Barang R adalah barang keperluan sebab nilai keanjalan pendapatannya positif (0 < EY < 1) dan kurang daripada 1 iaitu tidak anjal pendapatan = 5 – 4 12500 - 7500 4  EdY 7500 = 1 7500 4 X EdY 5000 = 75 200 EdY = 0.375 EdY = Qr1 – Qr0 Y1 - Y0 Qr0  EdY Y0
60. 60. Diberi fungsi permintaan untuk barang X ialah Qx = 500 – 3Px + 2PY – 0.2Y Jika pada mulanya Px = RM20 dan Y = RM1000, tentukan nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang X sekiranya pendapatan pengguna naik kepada RM1500. di mana :   Qx = kuantiti permintaan barang X Px = harga barang X PY = harga barangY Y = tingkat pendapatan
61. 61. Penyelesaian : Pada Y = RM1000 Qx = 500 – 3Px + 2PY– 0.2Y = 500 – 3 (10) + 2 (20) – 0.2 (1000) = 500 – 30 + 40 – 200 = 310
62. 62. Penyelesaian : Pada Y = RM1500 Qx = 500 – 3Px + 2PY – 0.2Y = 500 – 3 (10) + 2 (20) – 0.2 (1500) = 500 – 30 + 40 – 300 = 210
63. 63.

Penyelesaian :

Barang X adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan pendapatannya adalah negatif = 210 – 310 1500 - 1000 310  EdY 1000 = - 100 1000 310 X EdY 500 = - 100 155 EdY = - 0.65 EdY = Qx1 – Qx0 Y1 - Y0 Qx0  EdY Y0
64. 64. Bab 3: Keanjalan Penawaran 3.2.1. Definisi keanjalan penawaran. 3.2.2. Pengiraan nilai keanjalan penawaran. 3.2.3. Penentu keanjalan penawaran.
65. 65. Definisi keanjalan penawaran

Keanjalan penawaran boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran darjah tindakbalas kuantiti ditawar bagi sesuatu barangan terhadap sesuatu perubahan pada harganya.

Secara matematik, keanjalan penawaran harga boleh dinyatakan sebagai peratusan (nisbah) perubahan kuantiti ditawar dibahagikan dengan peratus perubahan pada harga, di mana Es mewakili keanjalan penawaran harga.

66. 66. Keanjalan penawaran dapat dikira dengan menggunakan rumus berikut: Es = %  Qs/%  P Es = Qs1 - Qs0 ÷ P1 - P0 Qs0 P0   Es =  Qs /Qs0 ÷  P /P0
67. 67. Penghitungan nilai keanjalan penawaran Contoh 1: Apabila harga barang X meningkat sebanyak 35 peratus, kuantiti ditawar terhadap barang tersebut turut meningkat sebanyak 70 peratus. Hitungkan keanjalan penawaran harga terhadap barang X.
68. 68.

Jawapan:

= 2 = %  Qs %  P Es = 70 35 Es
69. 69. Penghitungan nilai keanjalan penawaran Contoh 2: Apabila harga barang Y jatuh daripada RM12 ke RM8 seunit, kuantiti ditawar bagi barang tersebut berkurangan daripada 35 unit kepada 28 unit. Hitung nilai keanjalan penawaran bagi barang Y.
70. 70.

Penyelesaian :

= 28 – 35 8 - 12 28  Es 12 = - 7 12 28 X Es - 4 = 21 28 Es = 0.75 Es = Qs1 – Qs0 P1 - P0 Qs0  Es P0
71. 71. Terdapat lima darjah keanjalan penawaran harga yang berlainan Darjah–darjah keanjalan penawaran harga
72. 72. 1. Anjal Nilai keanjalan : 1 < Es <  Sifatnya: Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut. P Q S
73. 73. 2. Tak Anjal Nilai keanjalan : 0 < Es < 1 Sifatnya: Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut. P Q S
74. 74. 3. Anjal Satu Nilai keanjalan : Es = 1 Sifatnya: Peratus perubahan kuantiti ditawar sama dengan peratus perubahan harga barang tersebut. Mana-mana keluk penawaran yang bermula dari titik asalan, keanjalan penawarannya ada satu. P Q S0 S1 S2
75. 75. 4. Anjal Sempurna Nilai keanjalan : Es =  Sifatnya: Pada satu tingkat harga yang tetap, firma akan menawarkan barang di pasaran tetapi apabila harga kurang daripada harga tetap, kuantiti barang yang ditawarkan oleh firma ialah sifar. P Q S
76. 76. 5. Tak Anjal Sempurna Nilai keanjalan : Es = 0 Sifatnya: Perubahan harga sesuatu barang tidak akan mengubah kuantiti barang yang ditawarkan. P Q S
77. 77. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEANJALAN PENAWARAN
78. 78. 1. Tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang

Masa adalah merupakan faktor utama dalam menentukan keanjalan penawaran.

Biasanya semakin lama jangka masa, penawaran sesuatu barang akan lebih anjal berbanding dengan masa singkat.

Jangka masa pengeluaran dan hubungannya dengan keanjalan penawaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

79. 79. a. Jangka masa singkat

Dalam jangka masa singkat, penawaran adalah tidak anjal sempurna.

Sebarang perubahan harga tidak memberi kesan terhadap perubahan penawaran.

Ini kerana kenaikan harga dalam jangka masa singkat, pengeluar tidak sempat menambahkan pengeluaran .

q0 P Q S P0 P1
80. 80. b. Jangka masa pendek

Dalam jangka masa pendek, penawaran adalah tidak anjal.

Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti penawaran.

Ini kerana kenaikan harga dalam jangka masa pendek, pengeluar hanya dapat menambahkan pengeluaran dengan menambahkan kuantiti input berubah dan bukannya input tetap.

P Q S P0 q0 P1 q1
81. 81. c. Jangka masa panjang

Dalam jangka masa panjang, penawaran adalah anjal.

Ini kerana pengeluar mempunyai cukup masa untuk melakukan penyesuaian dalam pengeluaran apabila berlaku perubahan dalam harga.

P Q S P0 q0 q1 P1
82. 82. 2. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran

Sekiranya faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu keluaran mudah dipindahkan dari satu firma ke firma yang lain, dari satu lokasi ke lokasi yang lain atau dari satu keluaran ke keluaran yang lain, penawaran sesuatu barang akan menjadi lebih anjal.

Sebagai contoh, faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan keluaran elektronik mudah diperoleh sedangkan untuk menghasilkan minyak petrol, sumber minyak hanya wujud di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan sumber minyak ini tidak mempunyai sifat mobiliti.

Oleh yang demikian penawaran untuk keluaran elektronik akan cenderung untuk menjadi lebih anjal manakala penawaran untuk minyak petrol cenderung untuk menjadi kurang anjal.

83. 83. 3. Tambahan kos pengeluaran

Sekiranya tambahan penawaran sesuatu barang hanya memerlukan tambahan kos pengeluaran yang kecil, penawaran barang tersebut akan bersifat anjal.

Tetapi apabila penambahan penawaran sesuatu barang memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar, maka penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

Biasanya tambahan kos pengeluaran bergantung kepada keupayaan pengeluaran sesebuah firma.

Jika terdapat masih banyak faktor pengeluaran yang belum digunakan, tambahan keluaran akan melibatkan tambahan kos yang kecil sahaja.

Jika firma sudahpun mencapai keupayaan maksimumnya iaitu semua faktor pengeluaran habis digunakan, tambahan keluaran akan melibatkan tambahan kos pengeluaran yang besar dan ini menyebabkan penawaran barang firma tersebut menjadi tidak anjal

84. 84. SEKIAN, TERIMA KASIH