Makroekonomi Topik 13

13,817 views

Published on

Published in: Education, Technology, Business
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
13,817
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
28
Actions
Shares
0
Downloads
494
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Makroekonomi Topik 13

1. 1. BAB 14: PERMINTAAN AGREGAT (AD) DAN PENAWARAN AGREGAT (AS)
2. 2. Permintaan Agregat (AD)

AD merujuk kepada kuantiti barang dan perkhidmatan yang diminta, atau kuantiti KDNK benar yang diminta, pada pelbagai tingkat harga, ceteris paribus .

3. 3. Keluk AD

Keluk menunjukkan hubungan negatif/songsang antara tingkat P dan Q diminta bagi KDNK benar.

Tingkat P meningkat, Q diminta bagi KDNK benar akan jatuh, dan sebaliknya.

4. 4. Mengapa Keluk AD Bercerun Negatif?

Kesan Baki Benar (Real Balance effect)

menyatakan hubungan songsang antara tingkat P dan Q berlaku melalui perubahan dalam nilai kekayaan wang yang secara langsung akan mengubah tingkat kuasa beli pengguna.

P jatuh - nilai kekayaan wang tinggi – kuasa beli meningkat. Semakin tinggi kekayaan wang seseorang, semakin banyak kuantiti KDNK diminta – AD meningkat.

P meningkat - nilai kekayaan wang yang rendah – kuasa beli rendah. Semakin rendah kekayaan wang seseorang, semakin sedikit kuantiti KDNK diminta – AD berkurang.

5. 5. Sambungan

Kesan Kadar Bunga (Interest Rate Effect)

menyatakan hubungan songsang antara tingkat P dan Q diminta berlaku melalui perubahan dalam perbelanjaan isirumah dan perbelanjaan firma yang sensitif terhadap perubahan kadar bunga .

P jatuh – kekayaan wang meningkat – pengguna akan membelanjakan sebahagian daripada kekayaan wang mereka – selebihnya disimpan – penciptaan kredit meningkat – duit banyak di pasaran – penawaran wang meningkat – kadar bunga rendah – peningkatan pinjaman oleh isirumah & firma untuk tujuan C dan I – AD meningkat.

6. 6. Sambungan

P meningkat – kekayaan wang jatuh – pengguna tidak cukup duit untuk berbelanja – terpaksa menampung daripada tabungan – keluarkan simpanan – penciptaan kredit berkurang – duit sedikit di pasaran – penawaran wang rendah – kadar bunga tinggi – pengurangan pinjaman oleh isirumah & firma untuk tujuan C dan I – AD berkurang.

7. 7. Sambungan

Kesan Dagangan Antarabangsa (International Trade Effect )

menyatakan hubungan songsang antara tingkat harga dan kuantiti diminta berlaku melalui perbelanjaan sektor antarabangsa, iaitu eksport dan import.

P barang/perkhidmatan Malaysia rendah berbanding harga barang negara-negara lain – kuantiti barang Malaysia diminta meningkat – AD meningkat.

P barang/perkhidmatan Malaysia tinggi berbanding harga barang negara-negara lain – kuantiti barang Malaysia diminta jatuh/berkurangan – AD berkurang.

8. 8. Perubahan Kuantiti Permintaan Agregat & Perubahan Permintaan Agregat

Perubahan dalam kuantiti permintaan bagi KDNK benar disebabkan oleh perubahan dalam tingkat harga - tidak melibatkan peralihan keluk, tetapi hanya melibatkan perubahan titik di sepanjang keluk AD. Di sini diandaikan faktor selain harga adalah tetap.

Perubahan dalam permintaan agregat ialah peralihan dalam keluk AD sama ada ke kanan (peningkatan) atau ke kiri (kejatuhan) daripada keluk AD yang asal. Ia berlaku disebabkan oleh faktor selain harga dan faktor harga diandaikan tetap.

9. 9. Perubahan Dalam Kuantiti Permintaan Agregat & Perubahan Permintaan Agregat
10. 10. Perubahan Permintaan Agregat

Jika pada tingkat harga tertentu, tingkat perbelanjaan isirumah (C), pelaburan (I), Perbelanjaan kerajaan (G) dan/atau eksport bersih (X-M) meningkat, maka AD akan meningkat.

Jika pada tingkat harga tertentu, tingkat perbelanjaan (C), pelaburan (I), Perbelanjaan kerajaan (G) dan/atau eksport bersih (X-M) berkurang, maka AD akan berkurang.

11. 11. Perubahan Dalam Perbelanjaan Isirumah (C)

Disebabkan oleh:

Kekayaan

Jangkaan tentang harga dan pendapatan di masa hadapan

Kadar faedah

Cukai pendapatan

12. 12. Perubahan Dalam Pelaburan (I)

Disebabkan oleh :

Kadar faedah

Jangkaan jualan pada masa hadapan

Cukai perniagaan

13. 13. Perubahan Dalam Eksport Bersih (X-M)

Disebabkan oleh:

Pendapatan negara benar bagi sektor luar negara - eksport negara lebih tinggi daripada import, eksport bersih akan meningkat, maka KDNK benar akan meningkat – AD meningkat.

Kadar Pertukaran – sejauh mana perbezaan dalam unit kewangan mempengaruhi eksport dan import.

14. 14. Penawaran Agregat Jangka Pendek (AS)

Kuantiti barang dan perkhidmatan (KDNK benar) yang ditawarkan pada pelbagai tingkat harga, ceteris paribus.

Keluk penawaran agregat jangka pendek berhubungan positif antara P dan KDNK benar (Q).

15. 15. Keluk Penawaran Agregat (AS) Jangka Pendek
16. 16. Mengapa Keluk AS Jangka Pendek bercerun Positif?

Upah “tegar”

Sesetengah ahli ekonomi percaya bahawa upah adalah tegar atau tidak fleksibel disebabkan oleh keadaan tertentu seperti kontrak antara majikan dan pekerja.

Firma akan bayar pekerja upah nominal, tetapi mereka mengupah pekerja berdasarkan upah benar (upah benar = upah nominal/harga).

Buruh sanggup menawarkan perkhidmatan sekiranya kadar upah benar lebih tinggi.

17. 17. Sambungan

Firma pula meminta buruh bergantung kepada kadar upah benar (hubungan songsang).

Sekiranya tingkat harga jatuh – kadar upah benar meningkat – disebabkan kontrak antara majikan dan pekerja, kadar upah tidak boleh diubah – firma akan kurangkan output dengan mengurangkan buruh – AS berkurang.

18. 18. Sambungan

Harga “tegar”

Kadangkala harga juga sukar untuk diubah dalam ekonomi disebabkan oleh adanya kos yang terlibat dalam mengubah harga, iaitu kos menu.

Jika harga tegar untuk berubah, kejatuhan dalam tingkat harga dikaitkan dengan kejatuhan dalam tingkat output.

19. 19. Sambungan

Salah tanggapan Pengeluar

Pengeluar akan meningkatkan output sekiranya harga barangan meningkat, dan sebaliknya.

Jika pengeluar tersalah membuat anggapan tentang perubahan harga, maka tingkat harga yang tinggi akan membawa kepada peningkatan output

20. 20. Sambungan

Salah tanggapan Pekerja

jika pekerja tersalah membuat tanggapan tentang upah benar, maka kejatuhan dalam tingkat harga akan membawa kejatuhan dalam tingkat output

21. 21. Peralihan Keluk AS

Disebabkan oleh:

Kadar upah

Harga bagi unit bukan buruh/input

Produktiviti

Kejutan penawaran

22. 22. Keseimbangan Ekonomi Jangka Pendek

Berlaku apabila AD dan AS jangka pendek bersilang.

Keseimbangan ekonomi jangka pendek menentukan tingkat P, KDNK benar dan kadar pengangguran.

Ketidakseimbangan yang berlaku (lebihan atau kurangan) akhirnya akan membawa kepada keseimbangan semula disebabkan oleh kuasa ekonomi.

Sebarang perubahan dalam AD atau AS akan mempengaruhi perubahan dalam keseimbangan KDNK benar dan P

23. 23. Kadar Pengangguran Jangka Pendek

Sekiranya faktor lain diandaikan tetap, ahli ekonomi menjangkakan lebih tinggi tingkat KDNK benar, lebih rendah kadar pengangguran dan sebaliknya.

Ini kerana lebih ramai pekerja diperlukan untuk menghasilkan output (KDNK benar), kadar pengangguran akan berurangan dan sebaliknya.