Your SlideShare is downloading. ×
Gaya hidup sihat
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Gaya hidup sihat

21,735
views

Published on

Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat

Karangan Amalan Gaya Hidup Sihat


1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
21,735
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
436
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagaimasalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundangkepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gayahidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatanrohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian.Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempenkesihatan untuk memberi kesedaran kepada awam tentangpenjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budayahidup kita malah perlu disemai sejak awallagi agar kita tidak tergolong dalamkalangan yang mempunyai masalahkesihatan. Namun, adakah kempen gayahidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makananberkhasiat dan kempen kecerdasan mampumengubah pandangan masyarakat kitatentang peri pentingnya menjaga kesihatansekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkinada sesetengah golongan menyedari akan hakikat ini danada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan hanyaperlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengahgolongan merasakan usia muda menjadi tiket untuk merekaterus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminanmereka? Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkanyang masih kecil lagipun sudah mengidap pelbagaipenyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat,tetapi usia boleh dijadikan satu pemangkin untuk kitamenjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yangbermakna pada masa hadapan. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 2. “Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat,otak cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Olehitu, kesihatan amat penting kepada kita dan kita wajarmenjaganya dengan sempurna. Kita sanggup melakukanpelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambil pelbagai produk kesihatan dan ubat-ubatan. Kesihatan diri sebagai mahkota hidup kita.Sekiranya kita sakit,semestinya kita tidak bermaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Oleh itu,kita mestilahmenajaga kesihatan diri kita supaya kita dapat hidup dalamkeadaan yang bebas tanpa penyakit.Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebatmanapun seseorang individu, sihat masih lagi menjadiagenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya,umur 40 tahun adalah tempoh yang paling ketara pelbagaipenyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akankepentingan penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi,pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan merupakansatu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya.Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negarakita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat danseimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalammenjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup.Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkantekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagaipenyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 3. akli, dan sosial perludirangkumkan agar ia dapatditerjemahkan sebagai gaya hidupyang sihat. Oleh itu, penjagaankesihatan secara menyeluruh perludilaksanakan bagi setiap individuagar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawabmasing- masing secara harmoni. Kesihatan jasmani bolehdikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat danseimbang serta melakukan aktiviti fizikal seperti senaman.Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokokyang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yangbaik juga akan memberi kesan kepada kesihatan rohaniyang mantap. Makanan yang halal dan baik mampumelahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani danjasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkanbahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidupyang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripadagangguan mental yang boleh mengubah keupayaanseseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah,individu mampu menambah atau mengekalkan jaringanhubungan antara masyarakat yang akhirnya dapatmengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakatumumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 4. Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kinikurang mengamalkan gaya hidup sihat. Kesuntukan masauntuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidakseimbang mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakarkesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging sebenarnyacara yang terbaik, mudah dan murah untuk kitamengekalkan berat badan yang sesuai dengan umur kita, disamping mengelakkan diri daripada terkena penyakit seriusseperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantungdan juga angin ahmar. Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan kebendaan. Mereka tiadamasa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri.Menyedari hakikat ini, kerajaan telah membina danmembuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yangdilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarikhati pengunjung-pengunjung. Di tempat-tempat rekreasi inipengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadahseperti berjogging, berkhemah, memancing, danmenunggang kuda. Kepenatan dan beban di tempat kerjaakan menimbulkan pelbagai masalah sampingan. Kitamungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya.Apabila kita melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna danoptimum, serta mengurangkan tekanan mental yang kitahadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata Badancergas otak sihat. Aktiviti ini lebih menyeronokan http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 5. sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkanhubungan silatulrahim. Mungkin selama ini ibu bapa sibukbekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibubapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesradengan anak-anak dan bertanyakan masalah yang dihadapioleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluargaseperti isi dengan kuku dapat melahirkan keluarga yangharmonis dan mengurangkan masalah sosial dalam kalanganremaja. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 6. http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 7. . Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkansatu bentuk pemakanan yang seimbang dalamkehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orangramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudahseperti mengamalkan pengambilan makanan ringanataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakankita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok ataumeminum arak kerana kesannya amat membahayakan.Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semuamencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yangdiperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yangseimbang............Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampumenjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itulebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankanaktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikansistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemarbersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan mindayang cerdas berbanding dengan orang yang jarang http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 8. bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukanmaka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itukerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yangcergas............Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihandiri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindardaripada sebarang penyakit. Keperluan asas sepertimenggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur danrehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidupseharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman ataupenyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budayamendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspekberkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentukgaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat............Pada masa yang sama selain mengutamakankesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjagakebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersihperlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindardaripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 9. digalakkan mengadakan gotong-royong untukmembersihkan kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen- agen pembawapenyakit seperti nyamuk, lipas,lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk didalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bungaataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkanataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akandapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakitserta membentuk kehidupan yang sihat............Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspekpsikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebihterbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah denganorang lain didapati lebih bermakna kehidupannyaberbanding dengan individu yang suka bersendirian ataumenyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 10. yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspekpsikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagimemperoleh gaya hidup yang sihat ini............Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positifpenting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menanganitekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yangpositif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikanpelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baiktanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuhcabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satupersepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepadamereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkinboleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasiataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlukerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorangpada perlakuan negatif sepertimendera, menagih dadah ataumelakukan sesuatu perkara di luarjangkaan. Jadi, semakin positifminda seseorang itu maka semakintinggilah gaya hidup sihat yangmampu dicapainya kelak. . ..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 11. boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semuaaspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat.Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendahkepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkanpelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semuaperlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripadamengubatinya. Nyata hari ini, masyarakat kurangmenyayangi diri mereka dengan tidak mengamalkanpemakanan halal dan sihat, gaya hidup yang tidak sihat,terdedah kepada tekanan yang juga menjadi akar umbikepada masalah kesihatan dan juga tidak menitikberatkansoal kesihatan rohani.. Oleh itu, sudah sampai masanyamasyarakat muhasabah kembali kesilapan danmemperbetulkannya serta perlu menjadikan kesihatansebagai satu amalan penting dalam hidup tidak kira semualapisan umur. Gaya hidup yang sihat memerlukan kitamenjaga keseimbangan antara rohani dan jasmani bagimengelakkan pelbagai serangan penyakit moden kini danseterusnya kita boleh meneruskan kehidupan ini dengankekal sihat dan teratur. 1. http://www.scribd.com/ 2. http://www.docstoc.com/docs/9154817/Gaya- Hidup-Sihat 3. http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 12. 4. http://fitmall.blogspot.com/ 5. http://pmr.penerangan.gov.my/ 6. http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup- sihat.html 7. http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup- sihat_post14.html 8. http://www.kck.usm.my/index.php/Laporan- Aktiviti-HUSM/kempen-gaya-hidup-sihat.html 9. http://pendita.com/2008/gaya-hidup-sihat/Peta MindaPendahuluanKepentingan http://prauniversiti6.blogspot.com
  • 13. Langkah – LangkahRujukan http://prauniversiti6.blogspot.com