Perayaan deepavali
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Perayaan deepavali

on

  • 4,304 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,304
Views on SlideShare
4,304
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
51
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Perayaan deepavali Document Transcript

  • 1. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan1ISI KANDUNGANTAJUK MUKA SURAT1.0 Pendahuluan 32.0 Sejarah Deepavali 4-53.0 Tujuan perayaan Deepavali disambut 64.0 Persiapan sambutan Deepavali4.1 Sebelum Deepavali7-205.0 Pakaian tradisonal 21-306.0 Kuih muih dan juadah utama/khas 31 - 357.0 Amalan-amalan yang dilakukan 36 - 218.0 Pantang larang 42 - 439.0 Penutup 4410.0 Jurnal reflektif 45 - 4711.0 Rujukan 48
  • 2. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan21.0 PENDAHULUANNegara Malaysia amat terkenal dengan masyarakat berbilang kaum yang hidup aman danharmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India initelah lama terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Di Malaysia, pelbagaiperayaan disambut dalam setahun. Antara perayaan utamanya ialah perayaan Hari Raya AidilFitri dan Aidil Adha, Hari Raya Cina, Deepavali dan sebagainya. Kepelbagaian perayaan iniadalah disebabkan oleh kepelbagaian budaya, adat dan agama yang dianuti oleh seluruh rakyat diMalaysia. Kepelbagaian itulah yang menjadikan negara Malaysia istimewa di mata dunia.Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat India di Malaysia ialah perayaanDeepavali atau dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali,Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad. Perayaan Deepavali merupakan sebuahperayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh masyakat India yang beragama Hindu di seluruhpelusuk dunia. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya. Perayaan ini biasanyadisambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November. Menurut kepercayaanpenganut Hindu, perayaan ini dirayakan pada bulan gelap yang dinamakan sebagai „aippasi‟.Salah satu amalan penting yang perlu dilakukan oleh masyarakat Hindu ketika perayaanDeepavali adalah menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali. Amalan ini adalah untukmenyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang membawakan kegembiraan, pengetahuan,keamanan, dan kemewahan kepada penganut agama ini.Masyarakat Hindu berpendapat juga bahawa Deepavali merupakan satu perayaan pentingyang perlu mereka sambut dalam setiap tahun. Perayaan Deepavali menandakan permulaan bagitahun baru dalam kalendar Lunar. Perayaan Deepavali diharap dapat memberi sinar keceriaandan kebahagiaan kepada seluruh pengganut agama Hindu di seluruh dunia.
  • 3. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan32.0 SEJARAH DEEPAVALISetiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana mempunyai pelbagaiadat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah antara sebuah perayaanyang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Mengikutkepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum tersebut ataskematian seorang raja yang disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatumasa dahulu.Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya danperkataan "Gavali" yang bererti barisan. Deepavali bermaksud „sebarisan pelita‟. Denganmemasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasikejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.Hari Deepavalimerupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh duniadan merupakan hari cuti di Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai „pesta cahaya‟disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara ini.Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil(antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama tigahari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaanDeepavali disambut sehari sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk mengadakan rumahterbuka sebanyak mana hari yang mereka mahukan. Namun begitu, masyarakat India yang
  • 4. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan4tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan Deepavali ini lebih lama dalamsuasana kampung.Terdapat dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Hari Deepavali iaitu:a)Kembalinya Dewa Rama ke AyodhyaSesetengah orang Hindu percaya bahawa perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama, iaituRaja Ayodhya pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke Ayodhyadengan isterinya, Sita dan adindanya, Lakshamana selepas membunuh raja syaitan Ravana iaitu seorangyang jahat. Sepanjang perjalanan Dewa Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, penduduk yangtinggal di situ menyalakan pelita minyak sapi bagi menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatanberikutan kematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Dewa Ramakembali ke tanah jajahannya.b)Pembunuhan NarakasuraMenurut lagenda terdahulu, perayaan Deepavali disambut pada hari di mana salahseorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishna telah berjaya membunuh seekor syaitan durjana yangtelah mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja Narakasura. Sebelumkematian Raja Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua orangpatut menyambut kematiannya dengan cahaya berwarna-warni. Raja Narakasura meminta semuamanusia merayakan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentanggodaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhidaripada membuat kejahatan sesama manusia. Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan,kebaikan perlu mengatasi kuasa kejahatan.
  • 5. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan53.0 TUJUAN PERAYAAN DEEPAVALI DISAMBUTHari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan kemenangan pihak yang baik, jujur danbenar dalam mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan berperangai buruk. Dengan kata lain,perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai-nilai kebaikan yang mengatasi nilai-nilaikejahatan. Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep kepercayaan agama dan „HukumKarma‟ yang telah menetapkan bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan mendapat ganjaran yangbaik. Sebaliknya, kejahatan pula akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal. Perayaan inimenandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalankegelapan rohani.Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaansetelah lama menyepi seperti yang diceritakan dalam Ramayana.Deepavali juga disambut denganrasa penuh kesyukuran. Pesta yang penuh warna-warni itu bagaikan memberi cahayakegembiraan yang mampu menghilangkan tekanan fikiran buat seketika.Agama Hindu mempunyai kepercayaan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda.Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi. Perayaan Deepavali adalahsambutan untuk menyambut kelahiran „cahaya dalaman‟ yang memupuk kesedaran dari dalam.Segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran bahawa tuhan sebenarnya berada dimana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.Dengan realisasi Atman, maka datanglah belas kasihan, kasih sayang sejagat dan kesedaranseseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda(Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).Lampu pula menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindarkan manusiadaripada berbuat jahat.
  • 6. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan64.0 PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI4.1 SEBELUM PERAYAAN DEEPAVALISebelum perayaan Deepavali, masyarakat Hindu biasanya akan menghias rumah mereka,menyediakan manisan, menyalakan lampu untuk menerangi rumah, membeli pakaian dan jugaperhiasan baru. Walaubagaimanapun, bagi sesetengah masyarakat di kawasan lain di India, ritualDeepavali bermula dua hari sebelum „Dhanteras‟ iaitu sehari sebelum perayaan Deepavali.Perayaan-perayaan yang disambut ialah „agyaras‟ di mana masyarakat keturunan Patel danVaishnavs memulakan sambutan Diwali sebelum „Dhanteras‟ iaitu pada hari ke-11 „Ashwin‟ dan„wagh baras‟ yang menandakan hari kepentingan wanita dalam masyarakat. Wanita-wanita akandipuja dan dibelikan perhiasan serta pakaian yang baru.Seperti kemeriahan perayaan lain, penganut agama Hindu juga membuat persiapan awal.Biasanya, persiapan dimulakan sebulan sebelum perayaan Deepavali disambut. Ini bagimenjadikan sambutan Deepavali mereka lebih bermakna tahun demi tahun. Pengganut agamaHindu ini akan membersihkan rumah dan juga membuat kuih-muih tradisional seperti muruku,neiurundai, atherasam, omapodi, halwa, laddu, palkova, bundhi, achi muruku dan chippi. Tetapipada masa kini, biskut dan kek juga merupakan juadah hari Deepavali selain daripada kuih-muihtradisional masyarakat India. Ini berlaku seiring dengan kemajuan yang dikecapi pada hariini.Walau bagaimanapun, bagi golongan wanita yang bekerja, mereka boleh membeli pelbagaijenis kuih tradisional, kek dan biskut yang dijual kedai-kedai sempena sambutan perayaan HariDeepavali.
  • 7. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan7Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membeli pakaian baru seperti sari dan sutpunjabi untuk perempuan dan kurta untuk lelaki. Mereka jiga turut membeli pelbagai jenisaksesori seperti gelang tangan dan kaki serta peralatan hiasan rumah untuk menyambut hariDeepavali.Bagi sesetengah penganut agama Hindu, mereka akan membersihkan diri dan jiwamereka dengan mengamalkan puasa iaitu hanya makan sayuran dan bermeditasi pada hari-haritertentu sebelum perayaan Deepavali disambut.Kad ucapan juga biasanya dihantar sebagai satu cara mengucapkan selamat HariDeepavali kepada orang tersayang, ibu bapa, kenalan dan sanak saudara. Apa yang menariknya,kad ucapan ini turut dihantar oleh rakan taulan pelbagai kaum di negara ini dengan semangatmuhibah. Pada masa sekarang, kad ucapan dihantar dalam bentuk e-mel, sistem pesanan ringkasdan sistem pesanan bergambar. Walau apa jua kaedah yang digunakan, ia tetap mempunyai nilaipositif iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita.Seperti sambutan perayaan yang lain, pengganut agama Hindu juga turut melakukan rutinyang sama. Sehari sebelum perayaan Deepavali, rumah akan dihiasi dengan langsir baru, kaducapan, pelita atau lampu dan kolam yang dihiasi indah di hadapan pintu masuk rumah. Bagipenganut agama Hindu, sambutan Deepavali kurang serinya jika kediaman tidak dihiasi dengankolam. Biarpun saiznya kecil namun tetapi mesti ada. Kolam adalah lukisan bermotifkan bunga-bungaan di atas lantai rumah yang diperbuat daripada beras berwarna-warni. Selainmencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untukmemberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak langsungmenambah pahala si tuan rumah yang membuat kolam tersebut.
  • 8. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan8Pengganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam atau rangoli iaitu hiasanlantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolamini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumahmendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turun-temurun.Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik danmenarik dan kebanyakan kolam ini bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yangamat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluklain di dunia Hiasan kolam juga merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, dewikekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasankolam di pintu masuk rumah mereka.Kemeriahan perayaan Hari Deepavali juga lebih menyerlah jika barisan pelita yangdiperbuat daripada tanah liat disusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah. Perbuatanmenyusun pelita amat penting kerana ia secara langsung menterjemahkan maksud kegelapanhidup yang dilalui selama ini akan diterangi oleh cahaya yang membawa kebahagiaan dan jugakesejahteraan. Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yangdisertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku”adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Upacara ini sebenarnyabersangkut-paut dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalambahasa Tamil.Semasa upacara ini, penganut Hindu akan menyediakan barangan sembahyang yangpaling asas seperti kemenyan, bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan. Merekaakan menjemput sekumpulan orang yang terdiri dari beberapa orang dewasa, kanak-kanak dan
  • 9. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan9remaja yang berusia di antara empat hingga tujuh belas tahun datang ke rumah mereka. UpacaraJyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30 malam di mana pelita-pelita kecil dibawa olehkanak-kanak ke rumah mereka yang menjemput kumpulan itu yang kemudiannya disusun dihadapan tempat sembahyang. Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas lantaisebelum melengkapkan tiga pusingan persiapan menyanyikan lagu keagamaan. Pertama,Mounam (bertafakur) disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila dengan tangan di atas paha)dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan Aum sebanyak tiga kali).Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enam buah lagu selama 30minit. Sambil memanjatkan kepujian dan kesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawadipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak yang cukup. Sebelum berangkat pulang,semua orang yang terlibat akan disajikan dengan hidangan tradisional seperti vadai dan minumanjus. Upacara ini dapat membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu supaya sentiasa taatkepada Tuhan dan mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga.Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden.Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi akandatang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang pelita ini dilakukan untukmenyambut kedatangan Dewi Laksmi.
  • 10. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan10Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, pengganut Hindu akan melakukan upacarasembahyang untuk memanjangkan doa buat insan yang telah pergi buat selama-lamanya. Dalamupacara ini juga, telah disediakan pelbagai barangan untuk dipersembahkan kepada roh-rohtersebut. Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju yang cantik atau pakaiansanak saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan baik.Makanan kegemaran individu yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapanmereka. Makanan tersebut akan dibiarkan seketika di hadapan gambar si mati dan kemudiannyaakan dimakan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan. Tidak ketinggalan juga upacarayang dinamakan Rangoli iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakandengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga akan mengenakan inai pada jari tangan dankaki mereka untuk tujuan menghias diri pada malam Deepavali.
  • 11. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan11KOLAM DENGAN PELBAGAI HIASANRangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini
  • 12. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan12
  • 13. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan13UPACARA MEMASANG PELITA (VILAKKU)
  • 14. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan14
  • 15. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan15KAD UCAPAN DEEPAVALI
  • 16. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan16KEMERIAHAN PERSEDIAAN MENYAMBUT DEEPAVALI
  • 17. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan17
  • 18. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan18Pelbagai jenis perhiasan untuk wanita yang dijual bagi menyambut Deepavali.
  • 19. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan19MANDI MINYAK BIJAN
  • 20. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan20UPACARA SEMBAHYANG DI KUIL
  • 21. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan215.0 PAKAIAN TRADISIONALSeni berpakaian dan perhiasan tradisional merupakan sebahagian daripada budaya kita.Dalam masyarakat tradisional, pakaian tradisional digunakan dalam kehidupans e h a r i a n d a n w a k t u k e r a m a i a n . B u d a y a i n i w u j u d s e h i n g g ak e h a r i i n i . W a l a u bagaimanapun, terdapat pakaian dan perhiasan tradisionalyang diubahsuai mengikut perkembangan semasa tanpa mengenepikan nilai sentimentalnya.Adab berpakaian yang kita amalkan bertujuan mengekalkan budaya masyarakat yang berbilangbangsa. Pakaian dan perhiasan tradisional adalah merupakan warisan kebanggaan rakyatMalaysia di mata duniaKehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian daribenua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan Punjabi-Singhs.Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dansulaman benang emas, perak, labuci juga batu-batu permataSeperti kaum lain di Malaysia, kaum India turut mempunyai pakaian tradisonal yangmenjadi kebanggaan mereka.Pakaian ini akan dipakai setiap kali tibanya perayaan sepertiDeepavali dan menjadi lambang budaya bagi mereka. Dengan memakai pakaian dan perhiasanbaru, seseorang itu umpama telah memulakan kehidupan yang baru.Pakaian yang seringdikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan
  • 22. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan22“Dhoti” untuk kaum lelaki. Selain itu, “Kurta” dan Salwar Kameez juga turut dipakai padasambutan Deepavali.a) SariSari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Subbenua India ialah salah satu tempat diIndia.Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meterpada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Lazimnya sari dipakai olehorang dewasa manakala bagi kanak-kanak dan remaja, mereka lebih senang menggayakan sutpunjabi ataupun gaun tanpa lengan beserta seluar.Sari merupakan pakaian untuk kaumperempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kebanyakankain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak bajuyang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri.Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah,biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk dipakai pada musim perayaan.Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakaikelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang
  • 23. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan23berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Walau apapun, pemilihan warnasari biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.Di kalangan kaum India, seorang gadis mula-mula memakai atau lebih tepat lagi,dipakaikan sari apabila dia meninggalkan alam kanak-kanak dan memasuki alam remaja padausia sekitar 12 tahun. Pemakaian sari pada kali pertama ini melambangkan pengiktirafanmasyarakat terhadap gadis berkenaan sebagai sudah “dewasa”. Pakaian tradisional ini dapatdibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu kain sari itu sendiri yang panjangnya sekitar enammeter, dan blaus pendek. Tidak kurang penting juga adalah barang perhiasan diri seperti rantai,gelang tangan, gelang kaki dan sebagainya. Wanita India memakai perhiasan diri pada setiapanggota badan yang terdedah pada pandangan umum.Sama ada disedari atau tidak, sari berfungsi sebagai media komunikasi tanpa lisan. Mesejtertentu berupaya disampaikan oleh pemakai sari berdasarkan warna dan corak kain, carapemakaian, jenis kain dan tempat sari dipakai. Secara konvensionalnya, sari putihmelambangkan pemakainya adalah seorang balu. Si pemakainya secara automatik dianggapsebagai golongan yang sudah merasai segala nikmat serta derita hidup, dan kini menunggu masauntuk kembali menemui Tuhan. Biasanya si pemakai sari putih diberi tempat khas dalammasyarakat, dihormati dan dikasihani. Sari putih yang dijaga dengan baik juga menyerlahkanperibadi si pemakai sebegai seorang yang kemas dan sentiasa menjaga kebersihan. Malah, itulahjuga makna simbolik yang disampaikan oleh balu bersari putih iaitu dia suci dan bersih daripadasegala noda dan kekotoran sejak kematian suaminya.Sari berwarna kuning pula sering dipakai apabila seseorang membawa kavadi ataumembayar nazar di kuil. Maka, si pemakainya tidak mengira usia sentiasa dihormati oleh semuaorang. Mereka dihormati kerana mereka mempunyai tujuan khas datang ke kuil iaitu untukmenyempurnakan upacara suci. Sari warna lain, sama ada satu warna atau gabungan pelbagaiwarna, biasanya menggambarkan peribadi pemakainya. Warna yang terang menggambarkanperibadi ceria si pemakai. Malah ada pula golongan yang suka memakai sari yang warnanyamenyilau mata. Si pemakai mungkin bersifat berani dan mahu orang ramai, terutama pemuda,memandang mereka. Sari berwarna pudar pula mencerminkan sikap si pemakai yang pemalu,tidak suka bergaul dan kurang bersosial. Mereka bagai tidak mahu menarik perhatian orang
  • 24. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan24ramai. Mungkin juga mereka memiliki sikap merendah diri serta menganggap diri merekakurang menarik.b)DhotiDi dalam tradisi kaum India, Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian inidiperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hariperkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut kemudian dililit dibahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu. Kemudiankain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yangberwarna kuning pudar atau kuning susu.
  • 25. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan25c)Salwar Kameez atau Baju PunjabiPakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakanpakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blauspanjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuaiwarnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwarkameez.d)KurtaKurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi.Ia merupakan kemejapanjang hingga ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau line. Masyarakat Indialazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang.
  • 26. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan26PAKAIAN TRADISONAL HARI DEEPAVALISARIKaedah memakai sari
  • 27. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan27
  • 28. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan28DHOTI
  • 29. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan29SALWAR KAMEEZ ATAU BAJU PUNJABI
  • 30. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan30KURTA
  • 31. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan316.0 KUIH MUIH DAN JUADAH UTAMA/KHASManisan merupakan identiti penting bagi masyarakat India. Manisan bukan sahajadiminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini. Dalam masyarakat India,manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hariperayaan. Mereka percaya bahawa manisan mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilaipositif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Oleh itu,manisan yang lebih manis dan sedapdianggap lebih baik dan dialu-alukan dalam masyarakat India. Manisan wajib disediakan semasaperayaan hari Deepavali memandangkan ia identiti masakan bagi kaum India. Pada perayaanDeepavali, kita akan dapat melihat di setiap rumah masyarakat Hindu akan disediakan denganpelbagai juadah manisan. Manisan-manisan yang terkenal semasa musim perayaan Deepavaliseperti adalah halwa, burfi iaitu yang diperbuat daripada susu dan laddu yang diperbuat daripadatepung, sirap dan juga gula.Selain dari manisan, terdapat beberapa juadah tradisional istimewa yang dipersembahkanketika perayaan Deepavali. Juadah yang disediakan ketika sambutan Deepavali juga amatmenarik dan menyelerakan. Masyarakat Hindu juga sukakan makanan yang pedas dan bagimereka yang tidak memakan sayur-sayuran, mereka akan memakan makanan seperti ayamtandoori, sambal udang dan kari kepala ikan. Bagi pengganut agama Hindu yang mengamalkanpemakanan sayur-sayuran atau vegetarian, masakan terkenal seperti thosai, idlis dan roti naanakan disediakan untuk para tetamuSembilan jenis hidangan sayur-sayuran juga turut disediakan pada pagi Deepavali.Antara hidangan sayuran tersebut ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga,“paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan juga beberapa kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam. Meruku, neiurundai danatherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India. Meruku tersebut boleh dibuatdalam pelbagai bentuk sama ada bulat panjang atau bintang panjang. Sungguhpun begitu carapembuatannya adalah sama. Ramuannya yang terdiri daripada pelbagai jenis rempahmenambahkan lagi aroma dan kelazatan meruku tersebut. Dengan campuran pelbagai rempah
  • 32. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan32ratus, maka tidak hairanlah jika meruku menjadi makanan kegemaran bagi kaum India dankaum-kaum yang lain di Malaysia.
  • 33. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan33KUIH MUIH DAN JUADAH PADA HARI DEEPAVALIMerukuKuih - muih
  • 34. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan34Laddu antara manisan wajib dihidangkan pada sambutan Hari Deepavali.Pelbagai jenis kuih muih dan merukuPaneer
  • 35. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan35AtherasamPayasam
  • 36. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan367.0 AMALAN-AMALAN YANG DILAKUKANPersiapan Di Pagi Hari DeepavaliPada pagi perayaan Hari Deepavali, seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitusebelum matahari terbit.Seawal pukul 3 pagi, penganut agama Hindu akan memasang pelitaatau lampu di sekitar kawasan rumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara pemujaandiletakkan di atas daun pisang bersama-sama dengan pakaian baru dengan dikelilingi pelitayang sedang menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik.Seluruh keluarga juga akanmandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapadan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awalpagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu menjalankan upacara mandi minyak bijanbertujuan untuk menyucikan badan dan semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai penyuciandiri. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikanmandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diridaripada segala kejahatan dan sifat dengki.Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagiDeepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diriseseorang. Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kain berukuran 5 hingga 6ela panjang yang dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atasbahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga sesetengah kaum wanita memakai salwarkameez atau dikenali sebagai baju punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan dengan seluarpanjang yang longgar. Kanak-kanak perempuan juga ada yang memakai pavadai thavani iaitu
  • 37. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan37berupa skirt panjang yang dililit dengan separuh daripada kain sari. Bagi kaum lelaki pula,mereka memakai kurta iaitu sejenis pakaian berupa kemeja panjang yang sampai ke lutut danlazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.Kemudian, mereka sekeluarga akan bersembahyang di rumah mereka. Anak-anak mudadigalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.Pada hari ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.Ini diikuti dengan kunjungan ke kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengankalungan bunga.Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia, masyarakat Indiatidak akan menjamah sebarang makanan sebelum mereka habis menghadiri upacara sembahyangdi kuil. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuanuntuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.Mengikut ajaran agama Hindu juga, padapagi Hari Deepavali, masakan yang dimasak hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran.Daging tidak digalakkan untuk dimasak.Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makanmereka pada hari yang bermakna ini.Upacara SembahyangPenganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankanupacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalunganbunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yangtelah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisanyang dinamakan “Prasad” .Selepas bersembahyang, mereka akan berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya,surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabilaberkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, „rangoli‟ iaitu lukisan yang
  • 38. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan38dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah Merekajuga turut dihidangkan dengan juadah tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa danladdu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuranmasala bersama yourgart dan kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan sepertimaruku, adivasam, payasam dan sebagainya.
  • 39. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan39SELEPAS PERAYAANAmalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih lagi diteruskan selamabeberapa hari selepas Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalanganmereka.Sesetengah penganut agama Hindu akan mengadakan sambutan perayaan secara besar-besaran dengan menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak-saudara dan rakan-rakanmereka yang bukan beragama Hindu. Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan pelbagaimakanan tradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai,muruku, achi muruku, omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk paratetamu yang hadir yang hadir.Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satu atau dua hari dan dapatmengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanak-kanak juga semakin popular padaHari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampulduit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan HariDeepavali.Sesetengah daripada mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Dikalangan penganut agama Hindu, perayaan Deepavali yang muncul setahun sekali sememangnyaditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk mereka merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahlikeluarga, sanak saudara dan teman-teman.Selain itu makanan, kuih tradisional dan manisan jugadihantar kepada jiran-jiran terdekat tidak kira bangsa dan agama supaya Deepavali yangdisambut menjadi lebih meriah.
  • 40. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan40RUMAH TERBUKA DEEPAVALI
  • 41. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan41
  • 42. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan428.0 PANTANG LARANGPantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu keranaada keburukan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakatMelayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurunPantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakatkhususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang bolehdiamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsipdalam kehidupan hari ini.Pengganut agama Hindu juga tidak terkecuali dari pantang larang yang diamalkan semasamenyambut Deepavali.Salah satu pantang larang yang masih diamalkan sehingga hari ini ialahamalan berkabung yang dilakukan bagi menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia.Semua ahli keluarga terdekat bagi individu yang telah meninggal dunia dilarang menyambutperayaan Deepavali selama setahun. Namun begitu mereka masih dibenarkan untuk melawat kerumah rakan-rakan seagama. Selain memberi penghormatan kepada ahli keluarga yang telahtiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan bagi diri dan keluarga.Selain itu, manisan juga mempunyai pantang larang tertentu.Manisan sangat berkait rapatdengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan seperti palkova, halwa, laddu dan atherasamdianggap sebagai juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalamkehidupan setiap penganutnya. Kehadiran manisan bukan sahaja dijadikan penyeri di atas meja,malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaan Deepavali. Manisan merupakan acarapembuka bagi perayaan hari Deepavali kerana ia dikatakan membawa kepada kegembiraan,keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan dalam diri seseorang. Mengikutkepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu tidak boleh dimakan selagimanisan itu belum mendapat restu daripada Tuhan. Pada pagi sambutan Deepavali, masakan danbeberapa jenis manisan dipersembahkan semasa bersembahyang di rumah dengan tujuan untukmendapat restu daripada Tuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan manisan dan jugamakanan istimewa lain yang disediakan boleh dinikmati.
  • 43. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan43Pengganut agama Hindu juga perlu memasak sekurang-kurangnya satu jenis kuihtradisional seperti muruku, omapodi atau achi muruku di rumah mereka. Ini disebabkankepercayaan penganut agama Hindu bahawa jika periuk tidak berisi minyak, bermakna akan adakematian di rumah tersebut.Pantang larang yang seterusnya adalah berkaitan dengan warna pakaian yang dipakaisemasa menyambut Deepavali. Pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah,biru dan oren. Mereka dilarang memakai pakaian yang berwarna hitam atau putih kerana iabermaksud kesedihan.
  • 44. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan449.0 PENUTUPSecara kesimpulannya, perayaan Deepavali dikatan sebagai cahaya yang menerangikegelapan. Deepavali juga dianggap sebagai simbol kemenangan kuasa baik melawan kuasajahat.Namun begitu, apa pun tujuan sesuatu perayaan itu disambut, ia tetap mempunyai nilai-nilai baik yang diterapkan di dalam diri setiap pengganutnya.Maksud perayaan ini bukan hanyasekadar cahaya kegembiraan malah kehadiran perayaan ini juga membuka ruang kepada sanak-saudara merapatkan hubungan. Malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain jugasangat dialu-alukan. Pengganut agama Hindu ini percaya ia mampu membawa kegembiraan,keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan di antara pelbagai kaum.Oleh itu,perayaan Deepavalimemang mampu meningkatkan interaksi kaum seterusnya memupuksemangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini.Sambutan Deepavali juga memberi peluang dan pendedahan kepada golongan mudauntuk mengetahui dan mengamalkan pantang larang serta amalan yang dilakukan oleh golongantua.Adalah amat penting amalan ini diteruskan agar ia tidak lapuk ditelan dek zaman. Ini keranagolongan muda merupakan pewaris yang sangat berharga dan penyambung amalan sesuatukaum.Kesimpulannya, sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh masyarakat di negara ini.Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yangdinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutansebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujud menerusi perayaansebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh danmengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  • 45. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan4510.0 JURNAL REFLEKTIFSecara peribadinya saya merasakan tugasan yang dibarikan pada kali ini amat menarik.Inikerana saya berpeluang untuk mengetahui banyak perkara tentang perayaan Deepavali yangselama ini tidak pernah saya ketahui.Pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjangpenyelidikan ini menjadikan saya lebih memahami perayaan dan aktiviti keagamaan kaum lain.Sebelum ini saya memang tidak mengetahui mengenai maksud perayaan Deepavaliapatah lagi tujuan ia disambut.Malah tidak mustahil jika saya jiga kurang arif tentang sambutanperayaan agama sendiri memandangkan kemajuan pada hari ini telah membuatkan kita lupatentang amalan dan juga pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang kita.Tidak hairanlahjika sambutan sesuatu perayaan pada hari ini telah hilang serinya dan telah mengalami banyakkemodenan sama ada dari segi pakaian, makanan dan sebagainya.Di samping mencari maklumat mengenai perayaan Deepavali, saya juga turutberkesempatan melayari banyak maklumat mengenai pelbagai sambutan perayaan di Malaysia.Sambutan ini tidak terhad kepada perayaan sendiri malah saya juga turut terdorong untukmengetahui maklumat perayaan kaum yang lain. Adalah amat merugikan jika maklumat yangmenarik ini diabaikan begitu sahaja.Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga danbersyukur kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang turutsama memeriahkan setiap perayaan yang disambut. Ini membuktikan bahawa masyarakat kitaberhati dan berjiwa Malaysia walaupun berbeza kaum, bangsa dan agama.Tugasan mengenai perayaan ini juga telah menyedarkan saya bahawa kita sepatutnyabekerjasama untuk mengekalkan pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh masyarakatdi Malaysia dengan mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan supayaperpaduan kaum dapat dipupuk. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akanmeningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebeginimenjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalamsesuatu perkara dan yang jelas, kita sudah pastinya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sikapbertoleransi dan faham-memahami antara semua kaum ini sudah pasti tidak akan menimbulkan
  • 46. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan46sebarang salah faham antara mereka. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentangbudaya kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Malah, imejnegara juga akan turut menjadi lebih baik di mata masyarakat dunia.Bukan mudah untukmemiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum, berbeza agama dan budayajika tidak ada persefahaman yang kukuh. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyakbergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuhkegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negaradengan begitu mudah seterusnya mengukuhkan semangat setia negaraTugasan dan kajian ini juga menjadikan saya seorang insan yang bersyukur dan menghargaiperayaan yang disambut oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Ini menandakan bahawa tidakterdapat jurang yang besar semasa sesuatu perayaan ini disambut dalam negara Malaysia yangberbilang kaum ini.Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang latarbelakang perayaan yang ada di Malaysia.Perayaan utama atau terbesar di negara ini akandisambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini sama ada kaum Melayu, Cina atauIndia.Perayaan ini melahirkan perpaduan, hormat-menghormati antara kaum dan mengeratkanhubungan silaturahim sesama insan.Sebagai rakyat Malysia, saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapatpelbagai kaum dan perayaan tradisi.Ia menjadikan Malaysia menjadi aman dan harmonisepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilahwujudnya ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini.NegaraMalaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yangpada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik darisegi agama , budaya , bahasa dan kepercayaan.Kita juga haruslah bertimbang rasa supaya tiada kaum di Malaysia yang akan tersisih tetapisebaliknya merasa kegembiraan berada di bumi negara ini. Negara Malaysia merupakan sebuahnegara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat menyayangi danmenyanjungi negara Malaysia.Dalam kepelbagaian masyarakat negara ini, ia mencerminkan satujiwa bangsa yang bersatu di bawah satu bendera bernama Malaysia. Semoga negara Malaysiasentiasa aman dan makmur bersama perpaduan masyarakatnya yang unik.
  • 47. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan47Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sambutan hari perayaan perlu diamalkan olehmasyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaankebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaatdaripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni, berusaha dan produktif akan wujudmenerusi perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapatmemperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  • 48. HBEF2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan4811.0 RUJUKANhttp://bmk12010.blogspot.com/http://c24perayaanmalaysia.blogspot.com/2010/08/sejarah-perayaan- deepavali.htmlhttp://farhanaupsi.blogspot.com/2011/11/pakaian-tradisional-masyarakat-india.htmlhttp://juniornsenior.blogspot.com/2010/09/pemakaian-kaum-india.htmlhttp://pemakaianbm.blogspot.com/2010/08/pakaian-kaum-india.htmlhttp://plkang.blogspot.com/p/adab-berhari-raya-pelbagai-kaum-di.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/186-pakaian-kebangsaan/1407-pakaian-kebangsaan.htmlhttp://teveswary.tripod.com/pakaian.htmlhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htmhttp://www.scribd.com/doc/50368949/Folio-Sejarah-Tingkatan-2