1. SME 3023:
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL
SCIENCES
INDIVIDUAL ASSIGNMENT:
The W H Phenomenal of Mathematics Anxiety
NAME & MATRIC NO:
ERDA SAZWANI NADIA BT SUHAMI
D20081032236
DATE OF SUBMISSION:
17.11. 2011
LECTURER’S NAME:
PROF DR MARZITA PUTEH
2. MATHEMATICS ANXIETY
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Mathematic Anxiety’ iaitu kerisauan
Matematik ?
Kerisauan Matematik ialah perasaan tertekan dan risau dengan perkara yang melibatkan
nombor dan penyelesaian Matematik di dalam kehidupan seharian. Seseorang yang
mempunyai masalah ini akan menjauhkan diri atau mengelak untuk melakukan aktiviti-
aktiviti atau menghindari kelas yang melibatkan Matematik atau penomboran walaupun
melibatkan pengiraan yang sangat mudah. Selain itu, seseorang yang mempunyai
masalah ini juga akan cepat berpeluh, kelam-kabut dan gelisah ketika diberi tugasan
Matematik atau berhadapan dengan situasi yang melibatkan penomboran.
2. Mengapakah perkara ini berlaku?
Perkara ini terjadi kerana Matematik selalunya dianggap susah dan kurang
menyenangkan atau menyeronokkan bagi kebanyakkan pelajar sejak di bangku sekolah
rendah lagi. Selain itu, menyelesaikan masalah Matematik dianggap mustahil dan suatu
tugasan yang menakutkan kepada kebanyakkan pelajar. Tambahan lagi, terdapat pelajar
yang tidak dapat memahami konsep yang mudah di dalam Matematik. Justeru itu, pelajar
ini akan merasa kurang keyakinan diri untuk menjawab soalan yang berkaitan Matematik.
Di samping itu, apabila pelajar kerap mendapat keputusan yang rendah di dalam subjek
Matematik, tahap kerisauan mereka akan meningkat. Jadi, mereka akan menyalahkan diri
sendiri di atas kelemahan mereka di dalam subjek Matematik dan seterusnya akan hilang
minat terhadap Matematik.
3. Siapakah yang mempunyai masalah ini?
Golongan yang selalunya mempunyai masalah ini adalah pelajar, tidak kiralah pelajar
sekolah, matrikulasi ataupun universiti dan guru Matematik. Guru Matematik juga
kadang kala mempunyai masalah ini ketika berada di dalam kelas terutamanya apabila
para pelajar bertanyakan soalan.
3. 4. Bilakah masalah ini berlaku?
Masalah ini berlaku apabila pelajar diberi tugasan Matematik yang susah dan perlu
dijawab dalam masa yang singkat serta akan dinilai pencapaian mereka dari segi tugasan
ini. Tambahan lagi, masalah ini juga akan berlaku apabila pelajar perlu mengambil kertas
peperiksaan Matematik di dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan-peperiksaan besar
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah ( PMR ),
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Selain itu,
masalah ini juga berlaku apabila pelajar di panggil ke hadapan untuk menjawab soalan.
Sebagai contohnya, guru memanggil pelajar ke hadapan untuk menjawab soalan, Namun
jawapan yang diberikan adalah salah. Jadi, pelajar ini akan merasa malu kepada rakan-
rakannya. Oleh hal yang demikian, selepas daripada peristiwa itu, pelajar ini akan kurang
keyakinan diri dan sentiasa berwaspada untuk menjawab soalan yang melibatkan
penomboran atau erti kata lain menjawab soalan Matematik.
5. Siapakah yang mewujudkan masalah ini?
Golongan yang mewujudkan masalah ini ialah ibubapa, guru dan rakan sebaya.
Sesetengah ibubapa terlalu menaruh harapan yang tinggi kepada anak mereka untuk
berjaya atau mendapat keputusan yang baik di dalam subjek Matematik kerana bagi
mereka, mendapat keputusan yang baik di dalam Matematik adalah kunci kepada pelajar
untuk diterima masuk ke institusi-institusi yang menawarkan bidang-bidang professional
seperti pensyarah, doktor, juruterbang dan jurutera. Oleh sebab itu, para pelajar ini akan
merasa tertekan dalam usaha untuk mendapatkan keputusan yang baik bagi memenuhi
harapan ibubapa dan untuk tidak mengecewakan mereka. Tambahan lagi, sesetengah
ibubapa juga selalu membandingkan tahap pencapaian akademik di antara anak-anak
mereka terutamanya dalam subjek Matematik.
Selain itu, guru juga turut menyumbang kepada wujudkan masalah ini kerana
sesetengah guru memberikan persepsi yang negatif terhadap Matematik secara sedar
ataupun tidak. Sebagai contohnya, guru mengatakan kepada pelajar bahawa tajuk Bulatan
susah. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung pelajar ini akan menyimpan di
dalam minda mereka bahawa tajuk Bulatan itu susah. Jadi, mereka akan berasa tertekan
4. setiap kali menjawab soalan bulatan atau mempelajari tajuk Bulatan. Di samping itu,
sesetengah guru Matematik mengajar terlalu cepat. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar akan
ketinggalan di dalam pengajaran ataupun sesetengah konsep di dalam tajuk tersebut. Jadi,
apabila diberi soalan, mereka akan merasa susah untuk menjawab soalan tersebut kerana
tidak faham konsep dan seterusnya ini akan menyumbang kepada sifat malas untuk
menyelesaikan soalan tersebut serta hilang minat terhadap Matematik. Guru juga tidak
boleh cepat marah sekiranya terdapat pelajar yang lambat untuk menerima pengajaran
yang diajar. Setiap pelajar mempunyai tahap kepandaian yang berbeza. Oleh itu, apabila
pelajar ini sering dimarahi kerana tidak dapat menjawab soalan Matematik, perasaan
benci kepada guru akan muncul di dalam diri mereka. Jadi, apabila mereka benci kepada
guru tersebut, mereka juga akan turut benci kepada subjek yang diajar oleh guru itu.
Selain itu, sesetengah pelajar senang terpengaruh dengan rakan sebaya. Bagi
mereka, kenapa perlu belajar Matematik sedangkan rakan-rakan mereka juga malas untuk
belajar dan lemah dalam Matematik. Tambahan lagi, kurang galakan daripada rakan turut
menyumbang kepada masalah ini. Contohnya, sekiranya pelajar diminta untuk
melakukan perbincangan kumpulan, namun tiada seorang pun ahli kumpulan yang minat
di dalam Matematik, jadi perbincangan tersebut tidak akan berhasil dan tidak memberi
faedah terhadap mereka kerana tiada galakan yang diterima atau diberikan sesama ahli
kumpulan.
6. Bagaimanakah cara untuk mengurangkan masalah ini?
Cara untuk mengurangkan masalah ini ialah sebagai guru, kita perlu memahami setiap
jiwa dan sikap para pelajar kita. Setiap pelajar mempunyai masalah dan perilaku yang
berbeza. Jadi, proses pengajaran kita perlulah dapat diterima oleh setiap pelajar yang
mempunyai berlainan tahap kefahaman. Selain itu, pengajaran kita juga haruslah menarik
agar dapat menarik minat para pelajar untuk mempelajari Matematik dengan lebih
seronok. Tambahan lagi, ketika guru meminta pelajar untuk membentuk kumpulan, guru
perlu mengenalpasti setiap kumpulan yang dibentuk perlulah mempunyai ahli yang
mempunyai potensi yang baik dalam subjek Matematik agar dapat memberi galakan
kepada rakan-rakan yang lain dalam kumpulan tersebut. Personaliti guru juga turut
memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Jika guru mempunyai personaliti yang
5. menarik, ini sedikit sebanyak dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek
berkenaan.
Tambahan lagi, sebagai ibubapa kita seharusnya memahami perasaan anak-anak
dan sentiasa membimbing dan memberi sokongan kepada mereka dalam apa jua yang
mereka lakukan samada dalam pencapaian akademik mahupun dalam hidup. Ibubapa
tidak seharusnya memaksa anak-anak untuk belajar tetapi sebaliknya perlulah memberi
dorongan dan menyokong dalam setiap apa yang mereka lakukan terutamanya dalam
meningkatkan keyakinan mereka di dalam Matematik. Tambahan lagi, ibubapa juga tidak
seharusnya meletakkan tekanan kepada anak-anak semata-mata untuk memenuhi
kehendak dan harapan ibubapa itu sendiri. Selain itu, ibubapa juga tidak seharusnya
membandingkan tahap pencapaian anak-anak kerana ini akan membuatkan mereka
merasa rendah diri dan akan menimbulkan perasaan kurang selesa di dalam diri mereka.
Di samping itu, sebagai pelajar kita seharusnya bijak memilih rakan. Rakan yang baik
akan sentiasa memberi semangat dan dorongan ke arah kebaikan.
7. Bagaimana untuk menghapuskan masalah ini?
Guru memainkan peranan yang penting untuk menghapuskan masalah ini. Guru perlu
meggunakan strategi dan teknik yang berkesan dan konstuktif di dalam pengajaran
Matematik. Antaranya, guru perlulah sentiasa mewujudkan interaksi dua hala antara guru
dan pelajar. Ini adalah untuk membuka minda pelajar agar sentiasa berfikir secara kreatif
dan kritis serta membolehkan pembelajaran Matematik ini sangat menarik dan
menyeronokkan. Selain itu, guru perlu merancang pengajaran dengan teliti contohnya
menggunakan konsep peta minda untuk mengajar pelajar mengenai konsep-konsep
Matematik di dalam sesuatu tajuk. Menurut kajian Buzen, pengajaran menggunakan
konsep peta minda amat berkesan kepada pelajar untuk memahami dan mengingati isi
pengajaran.
Selain itu, guru juga perlu mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Tambahan
lagi, guru perlu mewujudkan pengalaman pengajaran Matematik yang positif. Sebagai
contohnya, guru perlu memastikan setiap konsep difahami oleh semua pelajar sebelum
meneruskan kepada konsep yang lain. Daripada pengalaman saya semasa berpraktikal,
penggunaan benda maujud seperti dadu dan duit syiling sanagt membantu di dalam
6. pengajaran. Di samping itu, guru perlu menghapuskan tahap tekanan terhadap pengajaran
Matematik di dalam kelas dengan sentiasa memberi tindak balas yang baik terhadap para
pelajar. Guru tidak seharusnya menyalahkan pelajar jika mereka tidak memahami sesuatu
konsep dengan baik, sebaliknya guru perlu memberi bimbingan dan dorongan kepada
pelajar tersebut. Guru juga perlulah menunjukkan minat untuk mengajar Matematik
kerana jika tidak para pelajar akan berasa kecewa serta tidak bersemangat untuk belajar.
Guru yang sangat mengambil berat, membimbing, menunjukkan kesabaran dan
mendengar masalah pelajar akan dapat memenangi perhatian pelajar untuk lebih
bersemangat belajar di dalam kelas. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan bahawa
cara pengajaran guru sanagt membantu bagi menghapuskan masalah terhadap kerisauan
Matematik ini.