NAMA: SITI SYATINI SYARBAININO. MATRIK: D200910347871. Apakah yang dimaksudkan Mathematics Anxiety?Mathematics anxiety ata...
dan menjauhi matematik sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Seseorang yang mempunyaikebimbangan yang tinggi dalam matematik ...
Kebimbangan matematik ini berpunca daripada penguasaan matematik yang lemahdan dari itu maka lahirlah satu sikap takut, te...
anak-anak perempuan dipandang rendah dan tidak digalakkan untuk mempelajari matematikberbanding daripada anak-anak lelaki....
terhadap matematik akan menyebabkan anak-anak mencontohi sikap tersebut. Hal ini keranakanak-kanak menyangkakan bahawa tid...
dapat dikuasai oleh pelajar menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikanaktiviti berkaitan matematik. Jika mas...
dalam matematik. Guru perlu mengurangkan tahap kebimbangan pelajar terhadap matematikdengan memberi motivasi yang positif ...
kali berhadapan dengan matematik, sampai bila-bila pun fenomena ini tidak akan hilangdalam diri. Seseorang itu perlu berha...
Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang, matematik menjadituntutan dalam kebanyakan bidang pekerjaan dan ind...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI

626 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
626
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
23
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Math anxiety-SITI SYATINI SYARBAINI

  1. 1. NAMA: SITI SYATINI SYARBAININO. MATRIK: D200910347871. Apakah yang dimaksudkan Mathematics Anxiety?Mathematics anxiety atau kebimbangan matematik merupakan suatu masalah bagikebanyakan individu. Mathematics anxiety ini didefinasikan sebagai satu perasaanketidaktentuan, tertekan dan bimbang kerana tidak dapat menjawab soalan matematik.Ketidakselesaan yang mungkin dialami oleh seseorang apabila diminta melakukan sesuatuaktiviti yang berkaitan dengan matematik juga merupakan mathematics anxiety.Kebimbangan matematik ini dilihat lebih kepada aspek emosi berbanding dengan masalahkognitif atau intelektual seseorang individu. Walau bagaimanapun, kebimbangan matematikmengganggu keupayaan seseorang untuk belajar matematik dan menyebabkan berlakunyamasalah intelektual. Selain itu, kebimbangan matematik juga merujuk kepada seseorang yang merasa takut,hilang keyakinan dan bersikap negatif terhadap pembelajaran matematik yang dipelajari.Tahap keyakinan seseorang mempengaruhi tahap kebimbangan yang terdapat dalam dirimereka. Seseorang yang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi akan dapat mengawal tahapkebimbangan mereka dan jika seseorang mempunyai tahap keyakinan yang rendah, makamereka akan mengalami tahap kebimbangan yang melampau dan secara tidak langsungmewujudkan kebimbangan matematik sekiranya seseorang itu tidak yakin dapatmenyelesaikan soalan atau aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Di samping itu, kebimbangan matematik ini merupakan satu fenomena yang melibatkansatu perasaan kurang upaya dan minda yang tidak terancang dalam memanipulasikan nombordan soalan-soalan matematik dalam kehidupan seharian atau dalam bidang akademik.Seseorang yang menderita fenomena kebimbangan matematik yang melampau akanmerasakan bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan dalam melakukan aktiviti danpembelajaran yang berkaitan dengan mata pelajaran matematik. Mereka lebih rela memilihbidang pekerjaan atau kursus yang mempunyai kaitan yang paling minima dalam penggunaanpengetahuan matematik. Kebimbangan matematik juga dikenali sebagai suatu keadaan kurang kemampuan atauupaya apabila berhadapan dengan matematik. Keadaan ini adalah spesifik dan merupakanketakutan sebenar matematik yang menyebabkan pelajar menjadi terlampau ingin mengelak
  2. 2. dan menjauhi matematik sepenuhnya dalam kehidupan mereka. Seseorang yang mempunyaikebimbangan yang tinggi dalam matematik mempunyai motivasi yang rendah dan sebaliknyaseseorang yang mempunyai kebimbangan matematik yang rendah mempunyai motivasi yangtinggi. Hal ini dapat dirumuskan bahawa kebimbangan matematik berkait rapat dengan tahapmotivasi seseorang individu.2. Kenapakah fenomena ini berlaku?Fenomena mathematics anxiety ini berlaku disebabkan pelbagai punca atau faktor. Antarafaktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi adalah personaliti guru dan kaedah pengajaranyang digunakan oleh guru, peperiksaan awam dan kesannya, domain afektif iaitu faktor diriseperti personaliti dan persepsi terhadap matematik, perasaan, kebimbangan dan kesulitan darisegi memori dan ketidakupayaan semula jadi, jangkaan dan harapan ibu bapa (aspirasi danpiawaian mereka), pengaruh rakan sebaya dan penggunaan matematik itu sendiri dalamkehidupan seharian. Personaliti dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar mempengaruhipembelajaran pelajar dalam mata pelajaran matematik. Guru merupakan faktor yang palingbanyak mempengaruhi tahap kebimbangan matematik seseorang pelajar. Kecenderunganseseorang guru yang hanya memberi penekanan kepada satu kaedah penyelesaian masalahmatematik merupakan satu punca yang mungkin menyebabkan kebimbangan dalammatematik. Pengajaran guru yang lemah menyebabkan pelajar tidak dapat memahamipengajaran matematik yang diajar oleh guru. Keadaan yang berterusan ini menyebabkanpelajar gagal dalam mata pelajaran matematik seterusnya akan mencetuskan kebimbanganmatematik dalam diri pelajar setiap kali mempelajari matematik. Tambahan pula, guru perlu menghabiskan silibus pelajaran dalam masa yangditetapkan. Hal ini membuatkan guru mengajar matematik dengan kadar yang cepatmenyebabkan pelajar tidak memahami sepenuhnya satu-satu unit pelajaran yang diajar olehguru. Pelajar tidak mempunyai asas yang kukuh dalam sesuatu kemahiran matematik yangdiajar kerana guru telah berpindah ke unit yang lain untuk mengejar silibus pelajaran bagimenghadapi peperiksaan. Hal ini menyukarkan pelajar kerana setiap kemahiran yang diajaradalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam matematik. Keadaan ini akanmenimbulkan perasaan tertekan kepada pelajar untuk menguasai matematik dan mewujudkanfenomena mathematics anxiety ini.
  3. 3. Kebimbangan matematik ini berpunca daripada penguasaan matematik yang lemahdan dari itu maka lahirlah satu sikap takut, tertekan, bimbang dan tidak berminat terhadapmata pelajaran matematik. Asas penguasaan matematik adalah bermula daripada perkara-perkara asas yang diajar di tahap sekolah rendah seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.Perkara yang sering menjadi masalah kepada para pelajar adalah apabila berdepan denganmasalah mendarab dan mereka akan menjadi lebih bimbang apabila berdepan dengan nomboratau angka yang besar. Selain itu, kebimbangan matematik ini berlaku disebabkan pelajar merasakanmempelajari matematik adalah satu pengalaman yang tidak menyeronokkan walaupunmempelajari konsep yang mudah dalam matematik. Mereka merasa sukar dalammenyelesaikan soalan-soalan yang mudah dan seterusnya melenyapkan minat terhadapmatematik dan mereka melabelkan matematik adalah satu subjek yang sukar danmembosankan. Sikap ibu bapa yang negatif terhadap matematik menyebabkan anak-anak merasakanmatematik itu sesuatu yang sukar dan menyumbang kepada mathematics anxiety. Pengaruhibu bapa atau penjaga kepada anak-anak mereka sangat penting kerana ibu bapa menjadimodel kepada anak-anak. Anak-anak melakukan sesuatu perkara berdasarkan pandangan dantafsiran mereka melalui tingkah laku yang dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa. Sebagaicontohnya, anak-anak mungkin melihat matematik sebagai tidak penting sekiranya ibu bapamereka melihat matematik sebagai sia-sia ataupun tidak dapat digunakan dalam kehidupanseharian. Seringkali kita mendengar sesetengah ibu bapa menyatakan bahawa mereka tidakpandai matematik atau menyatakan matematik adalah sukar dan menyangkakan anak merekajuga tidak mampu untuk menguasai matematik seperti mereka. Oleh itu, tanggapan seperti ituturut memberi kesan kepada anak-anak dan mereka juga akan berpendapat seperti ibu bapamereka dan seterusnya menyebabkan berlakunya kebimbangan apabila setiap kali berdepandengan matematik terutamanya ketika berada di dalam kelas. Ada sesetengah mitos mengatakan bahawa lelaki lebih mahir dalam menguasaikemahiran matematik berbanding perempuan. Hal ini turut menyumbang berlakunyakebimbangan matematik ini. Sikap ibu bapa dan guru yang cenderung kepada jantina iniboleh mempengaruhi tahap pencapaian pelajar dalam matematik. Mitos mengatakan bahawa
  4. 4. anak-anak perempuan dipandang rendah dan tidak digalakkan untuk mempelajari matematikberbanding daripada anak-anak lelaki. Hal ini mungkin menjadi penghalang kepada anak-anak perempuan untuk mengembangkan potensi matematik mereka.3. Siapa ada fenomena ini?Mathematics anxiety boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina sama ada lelakiatau perempuan dan umur sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Seseorang individuyang mempunyai simptom-simptom fizikal seperti perut mual, tangan dan kaki kejang,denyutan jantung meningkat dan tidak teratur, rasa ingin pitam, sesak nafas, sakit kepala danberpeluh secara berlebihan sama ada di tangan atau kaki merupakan individu yangmempunyai fenomena kebimbangan matematik. Individu yang mempunyai simptom-simptom psikologi seperti berfikiran negatifterhadap diri sendiri, panik dan takut, merasa bimbang dan gelisah, keinginan untukmelarikan diri daripada sesuatu situasi matematik, mental yang tidak teratur, mempunyaipemikiran yang tidak keruan, mempunyai perasaan kegagalan atau merasa diri tidak berguna,perasaan yang tegang dan cemas yang melampau dan mempunyai ketidakupayaan dalammengingat semula kemahiran matematik yang telah dipelajari juga merupakan individu yangterlibat dalam kebimbangan matematik ini. Guru juga merupakan salah satu individu yang mempunyai kebimbangan matematik.Pelajar sering mendapat fenomena kebimbangan matematik ini di sekolah disebabkan olehhasil pembelajaran daripada guru-guru yang mempunyai kebimbangan mengenai kebolehandan kemahiran matematik mereka dalam bidang-bidang tertentu. Seseorang guru yang takut,tertekan atau kurang pemahaman ketika mengajar matematik menyebabkan secara tidaklangsung, perasaan tersebut turut terdedah kepada pelajar-pelajar mereka.4. Bilakah perkara ini bermula dan berlaku?Perkara ini bermula apabila mereka berasa tidak selesa dalam mempelajari sesuatu aktivitiyang berkaitan dengan matematik itu sendiri. Sesetengah individu mengatakan bahawafenomena kebimbangan matematik ini bermula daripada rumah iaitu bermula daripada ibubapa itu sendiri. Ibu bapa didapati mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhitahap kebimbangan anak-anak dalam matematik. Ibu bapa yang mempunyai sikap negatif
  5. 5. terhadap matematik akan menyebabkan anak-anak mencontohi sikap tersebut. Hal ini keranakanak-kanak menyangkakan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya mereka tidak suka ataucemerlang dalam bidang matematik. Selain itu, kebimbangan matematik ini juga turut berpunca daripada pendedahan awalpembelajaran matematik di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah. Sesetengah kajianmenunjukkan hanya segelintir pelajar sahaja yang mempunyai pengalaman yang positif dalampembelajaran matematik sepanjang tempoh persekolahan yang mereka lalui. Kebanyakandaripada mereka pula mengalami pengalaman yang menimbulkan kebimbangan merekadalam matematik semasa di pra sekolah sehinggalah di institusi pengajian tinggi. Pengajaran matematik yang lemah, harapan yang tidak realistik, persekitaran di dalambilik darjah yang tidak kondusif, mempunyai pengalaman dimalukan di depan rakan-rakanmereka ketika menjawab soalan matematik dan sikap guru yang tidak prihatin kepada pelajardaripada peringkat awal persekolahan menyebabkan fenomena ini berlaku. Fenomena inibermula apabila seseorang pelajar tidak dapat menguasai kemahiran asas dalam matematikpada peringkat awal. Hal ini kerana apabila pelajar melangkah ke unit seterusnya, pelajartidak dapat memahami konsep dan kemahiran matematik yang lain disebabkan kemahiran-kemahiran tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Mereka akan menggunakankemahiran yang dipelajari sebelumnya apabila berpindah ke unit seterusnya.5. Apakah yang mencipta fenomena ini?Fenomena ini mungkin berlaku disebabkan oleh sifat matematik (The Nature of Mathematics)itu sendiri. Pelajar perlu mengkaji jenis dan hubungan soalan matematik yang ingin dijawabterlebih dahulu. Hal ini akan membantu pelajar mengembangkan konsep dan membuatgeneralisasi seterusnya dapat menyelesaikan soalan matematik yang ditanya. Namun begitu,disebabkan pelajar tidak dapat membuat hubungkait antara konsep dan generalisasi tersebut,membuatkan mereka tidak memahami bentuk soalan yang diberikan. Hal ini jika berterusanakan mewujudkan fenomena kebimbangan matematik ini. Selain itu, pelajar perlu mengembangkan dan menggunakan strategi untukmengorganisasi, menganalisis dan mensintesiskan data. Proses-proses seperti meneroka,memanipulasi, mengkategori, mengira, membilang dan meramal perlu ada pada seseorangpelajar untuk menguasai matematik dengan baik. Namun begitu, kemahiran tersebut tidak
  6. 6. dapat dikuasai oleh pelajar menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikanaktiviti berkaitan matematik. Jika masalah ini berlarutan akan menyebabkan fenomenakebimbangan matematik tersebut berlaku. Di samping itu, pelajar perlu mengetahui istilah-istilah dan simbol yang digunakandalam matematik dengan baik agar tidak tersalah dalam membina ayat matematik yang betul.Hal ini perlu diambil berat kerana masih ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalanmatematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah berayat. Tambahan pula sesetengahtopik yang terdapat dalam matematik melibatkan nombor dan huruf di mana pelajar tidakdapat memahami mengapa topik tersebut diajar seperti topik penfaktoran. Sebagai contoh,guru tidak menjelaskan dengan terperinci mengenai gabungan nombor dan huruf dalam soalanpenfaktoran dan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami dan tertanya-tanya mengenaiperkara tersebut. Hal ini akan mencipta fenomena mathematics anxiety dalam diri pelajartersebut jika dibiarkan berlarutan.6. Bagaimanakah untuk mengurangkan fenomena ini?Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap perasaan, sikap dan persediaan peperiksaan merekasendiri. Cara yang paling efektif yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengurangkanfenomena kebimbangan matematik ini adalah dengan membuat persediaan. Guru tidak hanyabertanggungjawab terhadap pengajaran konsep matematik sahaja tetapi bertanggungjawabmembantu pelajar dalam mempelajari cara-cara belajar matematik dengan betul. Guru perlumengambil kira gaya pembelajaran setiap pelajar, meningkatkan keyakinan pelajar bahawamereka mempunyai kebolehan matematik dan sentiasa bergerak dan menghampiri pelajar didalam kelas untuk memastikan semua pelajar dapat memahami matematik yang diajar. Guru boleh memberitahu pelajar bahawa mereka tidak keseorangan kerana ramai yangmempunyai perasaan kebimbangan matematik. Guru matematik mestilah peka danmengambil serius terhadap kebolehan afektif pelajar sebelum meneruskan pengajaranmatematik untuk mengurangkan kebimbangan mereka dalam mata pelajaran tersebut. Sikap,kebimbangan dan tabiat yang bertindak sebagai kebolehan afektif adalah penting dalampembelajaran matematik. Kebolehan afektif seseorang pelajar bertindak sebagai pencetus ingatan yang secaralangsung mempengaruhi kebolehan kognitif, seterusnya dapat mengurangkan kebimbangan
  7. 7. dalam matematik. Guru perlu mengurangkan tahap kebimbangan pelajar terhadap matematikdengan memberi motivasi yang positif terhadap pelajar. Selain itu, guru perlu merancangstrategi pengajaran dan pembelajaran berkesan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaranbagi membantu pelajar dalam membina konsep dan menguasai kemahiran yang terdapatdalam matematik seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Bagi mengurangkan kebimbangan, guru perlu mewujudkan persekitaran yang manapelajar berada dalam keadaan selesa dan tidak merasa terancam. Selain itu, guru juga bolehmembantu mengurangkan kebimbangan matematik pelajar dengan menggunakan kaedahpembelajaran kooperatif. Dengan menggunakan strategi pembelajaran ini dapat membantupelajar memahami sebarang permasalahan dan menyelesaikan soalan matematik secarabekerjasama bersama rakan-rakan dengan dibantu oleh guru. Di samping itu, guru perlu mengajar matematik secara langkah demi langkah kerana halini dapat membantu pelajar memahami topik yang diajar dengan baik seterusnya dapatmengurangkan kebimbangan pelajar dalam matematik. Guru boleh mengadakan sesi kelastambahan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam matematik dan dapat mengurangkantahap kebimbangan matematik seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan pencapaianpelajar. Penglibatan dan peranan ibu bapa penting dalam menukar sikap anak-anak terhadapmatematik. Ibu bapa perlu mengambil peranan proaktif dalam pendidikan anak-anak mereka.Sokongan ibu bapa menyumbang kepada kejayaan anak-anak mereka dan ibu bapa yang tidakmempedulikan anak-anak akan menyebabkan masalah akademik lebih-lebih lagi terhadapmata pelajaran matematik. Ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak untuk mengetahuimengenai kebimbangan yang dihadapi oleh mereka, mereka perlu berbincang mengenaiperasaan yang berkaitan dengan matematik dan cuba mencari punca bila anak-anak merekamula merasai perasaan bimbang terhadap matematik dan mencari jalan penyelesaiannya.Semua pihak berperanan untuk membantu pelajar dalam mengurangi kebimbangan matematikini.7. Bagaimanakah untuk menghapuskan fenomena ini?Untuk menghapuskan fenomena kebimbangan matematik ini adalah bergantung kepada diriseseorang individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu merasakan takut dan bimbang setiap
  8. 8. kali berhadapan dengan matematik, sampai bila-bila pun fenomena ini tidak akan hilangdalam diri. Seseorang itu perlu berhadapan dengan ketakutan itu sendiri. Seseorang yangmempunyai mathematics anxiety ini perlu mengkaji diri sendiri dari mana perasaan takut iniberakar umbi dan memastikan sama ada ketakutan dan kebimbangan tersebut sememangnyawujud atau sekadar imiginasi semata-mata. Selain itu, individu tersebut perlu menyingkirkan pemikiran negatif yang terdapat dalamdiri kerana pemikiran yang negatif akan membuatkan seseorang itu tidak berkeyakinandengan diri sendiri. Jika kita menyatakan bahawa kita tidak pandai dalam matematik makakita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kita perlumenukarkan pemikiran yang negatif kepada pemikiran yang positif. Kita mestilah sentiasaberfikir bahawa matematik bukanlah satu kemahiran semula jadi setiap insan sejak lahir tetapikemahiran matematik boleh dipupuk, dibina dan dikembangkan dalam setiap diri. Semuaorang mempunyai potensi untuk mahir dalam matematik dan tidak terkecuali diri kita sendiri. Di samping itu, guru perlu memainkan peranan dan mengambil berat mengenai emosipelajar dan persekitaran bilik darjah. Sikap guru terhadap pelajar amat penting dalammenghapuskan kebimbangan matematik ini. Guru perlu bersikap positif, menggalakkanpelajar bertanya soalan dan sentiasa sensitif tentang perubahan pelajar ketika berada di dalamkelas. Guru-guru perlu meletakkan diri dalam keadaan pelajar-pelajar mereka, mengakuikebimbangan mereka dan mempunyai penerimaan keseluruhan semua pelajar. Guru tidakboleh memilih kasih antara pelajar-pelajar mereka. Para guru perlu melayan dan memberiperhatian sama adil sama ada pelajar pandai atau lemah. Hal ini untuk mengelakkanberlakunya kebimbangan matematik bagi pelajar yang lemah seterusnya dapat mewujudkanpersaingan yang sihat antara pelajar dalam mempelajari matematik. Guru juga perlu menfokuskan kepada pengajaran matematik untuk menghapuskanfenomena ini. Guru harus menggunakan manipulatif seboleh mungkin untuk mengukuhkankonsep dan minda pelajar mereka. Guru perlu menerangkan kepada pelajar mengenaikepentingan mempelajari matematik dengan kehidupan seharian. Sesetengah pelajar tidakmengetahui mengapa sesetengah topik dalam matematik perlu dipelajari dan menyebabkanmereka tidak mempunyai minat dan merasa bosan untuk mempelajari matematik. Oleh itu,dalam usaha memperlihatkan matematik sebagai satu pengetahuan yang boleh diaplikasikandalam kehidupan seharian, guru perlu sentiasa mengkaji bahan yang lalu, memberi contoh-contoh, aktiviti yang bermakna dan mengaitkan matematik dengan dunia sebenar.
  9. 9. Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang, matematik menjadituntutan dalam kebanyakan bidang pekerjaan dan industri. Permintaan dalam bidangmatematik ini menyebabkan tahap kebimbangan matematik semakin tinggi. Justeru itu,kebimbangan matematik ini boleh dikurangkan dan dihapuskan jika ibu bapa dan guru-gurubekerjasama untuk memahami faktor dan punca kebimbangan matematik ini berlaku danseterusnya mencari penyelesaiannya dengan melaksanakan strategi-strategi yang tertentuuntuk menghapuskan kesannya. Guru dan ibu bapa mestilah menunjukkan sikap menerima,ikhlas dan positif dalam membina keyakinan pelajar-pelajar mereka supaya mempelajarimatematik dan tidak menganggap matematik sebagai musuh dan sebagainya.

×