SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
1.0   APAKAH         YANG       DIMAKSUDKAN           DENGAN         KEBIMBANGAN
      MATEMATIK

Kebimbangan Matematik boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan ketegangan atau
kebimbangan oleh campur tangan memanipulasi nombor dalam pelbagai kehidupan biasa.
Kebimbangan Matematik ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan kehilangan
keyakinan diri terhadap subjek Matematik. Selain itu, kebimbangan Matematik juga boleh
dikatakan sebagai perasaan emosi yang wujud dan kurang penekanan dari segi masalah
intelektual. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa takut dan tidak dapat melakukan dengan
baik dalam menyelesaikan Matematik.

      Mereka yang tiada keyakinan terhadap subjek Matematik dan sering beranggapan akan
gagal dalam Matematik. Perasaan kebimbangan Matematik sentiasa ada selagi mereka
beranggapan yang subjek Matematik susah dan lemah dalam menguasainya. Selain itu,
kebimbangan Matematik boleh juga dikatakan suatu keadaan yang melumpuhkan,
menyebabkan ketakutan, kemarahan, penghinaan dan panik. Kebimbangan matematik ini ada
pada setiap manusia normal tetapi kebimbangan yang melampau boleh menyebabkan tekanan
di mana seseorang tidak mampu berfikir secara baik dan boleh mencetuskan masalah emosi
yang membawa kepada masalah intelektual.

      Pendek kata, kebimbangan Matematik adalah perasaan kecewa yang hebat dan tidak
berkeupayaan untuk menguasai Matematik. Kebimbangan Matematik ini boleh memberi
kesan yang negatif dan menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu Matematik. Masalah
seperti ini adalah amat serius jika dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk
mengatasinya.




                                           1
2.0    KENAPA MASALAH KEBIMBANGAN MATEMATIK INI BERLAKU?

       Kebimbangan Matematik ini sebenarnya melalui beberapa peringkat di mana ia
bermula dari kita sendiri bagaimana penerimaan kita terhadap subjek Matematik. Menurut
Dreger dan Aiken menyiasat tentang sindrom tindak balas emosi terhadap Matematik.
Terdapat beberapa tahap kebimbangan Matematik. Antaranya ialah mathophobia, suatu tahap
kritikal Matematik yang tidak rasional. Sebenarnya tahap Mathophobia ini boleh menjadi
lebih teruk sehingga dapat menjejaskan prestasi Matematik pelajar melalui beberapa kitaran
yang semakin teruk dan semakin sukar untuk menghadapinya.

       Anggapan mereka terhadap Matematik turut terjejas. Bagi mereka, Matematik adalah
subjek yang sukar untuk menguasai dan terlalu kompleks untuk menyelesaikannya.
Matematik memerlukan beberapa formula yang komplek untuk menyelesaikannya.
Disebabkan formula yang kompleks, pelajar gagal dalam menyelesaikan saolan Matematik.
Secara tidak langsung, minat mereka terhadap subjek Matematik semakin kurang dan lemah.

       Ada yang salah konsep dan mempercayai mitos tentang matematik seperti orang yang
pandai matematik memang dilahirkan semulajadi atau mempunyai genetik di mana
keluarganya pandai matematik, untuk bagus dalam matematik perlu pandai dalam pengiraan,
matematik memerlukan logik dan bukan kreativiti, perkara penting dalam matematik adalah
mendapat jawapan dan lelaki adalah lebih baik dalam pengiraan berbanding perempuan.

       Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi kebimbangan matematik di mana guru
tidak menggunakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
selain itu sistem peperiksaan yang membebankan, anggapan pelajar itu sendiri, sikap dan
perasaan mereka dalam menerima matematik, persepsi ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya.




                                            2
3.0    SIAPA YANG ADA FENOMENA INI

      Sebenarnya, sikap seseorang itu sendiri yang mempengaruhi pandangan kita terhadap
subjek Matematik. Oleh yang demikian, wujudnya kebimbangan Matematik. Melalui sikap,
timbullah pengalaman sama ada baik atau buruk yang boleh diubah suai mengikut situasi.
Orang yang mempunyai sikap kebimbangan terhadap matematik ialah mereka yang tidak suka
mencabar keupayaan diri, kebolehan mental dan fikiran menyebabkan kesan negatif di mana
mereka berasa takut dan berdebar-debar apabila disuruh melakukan kerja melibatkan
matematik. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan berasa lemah untuk
menyelesaikan masalah matematik. Perasaan bimbang ini akan menyebabkan mereka tidak
suka mencuba kerana takut melakukan kesalahan dan kesilapan yang berulang lagi.

      Bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti pelajar lembam, mereka
sukar memahami sesuatu konsep dan sering keliru kaedah yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah dan mengambil masa yang lama untuk berfikir. Mereka biasanya
menyalahkan diri mereka sendiri kerana prestasi matematik mereka kurang memuaskan.
Disamping sikap mereka yang malas, tidak minat, lambat faham dan kurang latihan dan
kurang usaha.

      Personaliti dan sikap seorang guru juga turut mempengaruhi kebimbangan matematik.
Sikap guru semasa mengajar amat dititikberatkan. Hal ini kerana, minat seseorang pelajar
untuk mempelajari sesuatu subjek bergantung kepada corak penyampaian guru tersebut sama
ada corak penyampaian dapat diterima oleh guru atau tidak. Jika penyampaian guru dapat
diterima oleh pelajar, itu bermaksud guru itu berjaya menarik minat pelajar untuk
mempelajarinya. Corak pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah difahami, ringkas dan
padat. Tambahan pula guru yang bersikap penyabar dalam mendidik pelajar yang sukar
memahami dalam sesuatu tajuk.




                                            3
4.0    BILA FENOMENA INI BERMULA DAN BERLAKU?

       Sebenarnya, kebimbangan Matematik boleh juga berpunca daripada latar belakang
seseorang, taraf kehidupan, status keluarga dan sebagainya. Pendek kata, ia bermula dari
rumah itu sendiri. Ibu bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya dapat melahirkan
kejayaan anak-anak mereka dan mendapat pendidikan yang bagus. Tetapi malangnya, jika ibu
bapa tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka sendiri menyebabkan anak-anak juga
tidak mengambil berat dan hilang semangat untuk mencapai kejayaan mereka.

       Ada juga pendapat mengatakan ianya terjadi pada peralihan daripada sekolah
menengah rendah kepada sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4. Hal ini disebabkan corak
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbeza di mana
peringkat PMR pengiraan dan konsepnya agak senang jika dibandingkan dengan SPM yang
memerlukan langkah pengiraan yang agak panjang, logik dan sebagainya. Jadi pelajar
memerlukan masa untuk mengadaptasi perkara baru dalam berfikir mengenai matematik.
Menjadi lumrah, semakin meningkat gred, pengajaran akan menjadi lebih mencabar mengikut
tahap keseseuaian dan kematangan pelajar. Jadi, ada sesetengah pelajar yang tidak dapat
mengikuti pelajaran dengan baik apabila pembelajaran menjadi semakin sukar.

       Jika pelajar gagal dalam ujian Matematik sama ada ujian bulanan atau ujian akhir
tahun, secara tidak langsung perasaan mereka terhadap Matematik menjadi lemah dan tidak
berminat untuk mempelajari subjek Matematik. Selain itu juga, membuat mereka berasa
tersisih daripada rakan-rakan yang lain dan masa depan mereka turut terjejas. Perasaan
kebimbangan Matematik jelas digambarkan apabila seseorang itu menghadapi sesuatu ujian
Matematik. Mereka berasa sangat tertekan dan takut walaupun mereka belum menjawab
soalan lagi. Perasaan seperti ini muncul tanpa disedari dan tidak dapat dikawal. Hal ini akan
menyebabkan mereka tiada semangat dan keyakinan dalam menjawab peperiksaan.

       Pada awalnya, konsep Matematik dapat difahami oleh pelajar dan dapat dikuasai
Tetapi apabila pelajar beralih ke sekolah menengah, mereka didedahkan konsep Matematik
yang lebih meluas dan mencabar. Daripada pembelajaran yang senang ke susah. Hal ini
menyebabkan sesetengah pelajar tidak dapat mengikuti dan memahami konsep Matematik.
Dan inilah yang menyebabkan mereka tidak berminat dengan subjek Matematik yang
memeningkan kepala mereka dan tertekan dalam subjek ini.




                                             4
Kemahiran Matematik mereka diuji apabila mereka menjalani ujian Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Melalui peperiksaan PMR, mereka diberi pilihan untuk menjawab
dalam bentuk objektif bagi kertas iaitu 1, A, B, C, D dan kertas 2 dalam bentuk struktur.
Walaubagaimana pun, format ini berbeza apabila pelajar beralih ke tingkatan 4 dan 5. Soalan
Matematik lebih berfokus kepada pemikiran dan        mengaplikasikan semua konsep yang
dipelajari dan menyelesaikan semua soalan yang diberi dalam cara yang betul. Hal ini
menyebabkan mereka terkejut dengan perubahan teknik dan beberapa kaedah yang baru dan
lebih komplek untuk menyelesaikan soalan Matematik.

       Secara tidak langsung, anggapan pelajar terhadap Matematik mula berubah dari
pembelajaran senang ke pembelajaran susah. Setiap kali mereka cuba menyelesaikan masalah,
mereka selalu gagal mencari jawapan yang betul. Sebab itu lah, mereka berasa bosan dan
minat mereka terhadap Matematik mula lemah.




                                            5
5.0    APAKAH YANG MENWUJUDKAN FENOMENA INI?

       Kebimbangan mereka terhadap Matematik juga berpunca daripada rakan-rakan
mereka sendiri. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dan minat terhadap subjek
Matematik, mereka tiada masalah dalam menyelesaikan sesuatu soalan dan dapat memahami
konsep Matematik. Hal ini disebabkan, mereka amat minat dengan Matematik dan cuba
sedaya upaya dalam memahami sesuatu konsep. Apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan
yang mempunyai minat yang sama dan suka akan Matematik, mereka dapat memberi
pendapat atau idea masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi. Secara
tidak langsung, mereka cuba berdaya saing antara satu sama lain untuk mendapatkan jawapan
yang betul.

       Apabila seorang pelajar yang pandai dalam Matematik bergaul dengan sekumpulan
pelajar yang lemah dalam Matematik, secara tidak langsung, pelajar yang pandai ini tidak
mempunyai daya saingan yang tinggi dan tidak berasa tercabar dalam kumpulan mereka. Dan
akhirnya, mereka tidak menunjuk minat dalam subjek Matematik.

       Pengalaman dalam kelas yang kurang kondusif di mana murid takut, malu dan tidak
tahu cara hendak bertanya menyebabkan kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar.
Ada sesetengah guru memarahi pelajar yang bertanya soalan kerana dianggap tidak
menumpukan perhatian, bodoh dan malas. Jadi pelajar mengambil inisiatif berdiam diri ketika
diajar dan pura-pura memahami sesuatu topik agar tidak dimarahi guru. Guru yang terlalu
garang dan tegas menimbulkan keresahan kepada pelajar. Jadi perkaitan ini jelas
menunjukkan kaitan antara perasaan pelajar terhadap guru mempengaruhi perasaan pelajar
terhadap subjek yang diajar oleh guru tersebut.




                                              6
6.0    BAGAIMANA ANDA MENGURANGKAN FENOMENA INI
       (SEBAGAI GURU)

       Untuk mengurangkan kebimbangan dan berasa tertekan dengan pembelajaran
Matematik, guru perlu mengubah cara dan teknik mengajar yang menarik dan kreatif. Guru
perlu memainkan peranan dalam membantu pelajar untuk meringankan kebimbangan
Matematik mereka melalui kaedah yang berbeza dan untuk membantu mereka membina tahap
keyakinan mereka apabila bekerja dengan Matematik dan bagaimana kebimbangan
Matematik boleh menjejaskan pembelajaran mereka.

       Guru perlu mencari kekuatan pelajar dan membina kemahiran mereka supaya mereka
dapat menguasai sesuatu topik dalam Matematik. Contohnya, jika pelajar dapat menguasai
sesuatu topik dalam Matematik seperti tajuk persamaan serentak, jadi guru perlu mengekalkan
kemahiran mereka dan tingkatkan lagi kemahiran mereka dalam menguasai tajuk ini. Guru
tidak boleh membiarkan mereka mengabaikan kemahiran ini apabila mereka beralih ke tajuk
baru. Apabila beralih ke tajuk baru, terdapat beberapa kaedah yang lain dan baru yang perlu
digunakan untuk menyelesaikan masalah. Jadi setiap topik dalam Matematik, terdapat banyak
kaedah yang boleh digunakan dan saling berkait antara satu sama lain.

       Menggunakan kaedah atau teknik konstruktif dan strategi untuk kegunaan guru dalam
membantu menggelakkan kebimbangan Matematik dalam kalangan murid-murid. Teknik
yang dicadangkan untuk digunakan ialah mencipta sesuatu yang positif, sokongan bilik
darjah, memahami proses stress, hapuskan mitos Matematik yang tidak betul, membekalkan
pengalaman Matematik yang positif, menggunakan bahan konkrit untuk mengajar kontek,
memastikan setiap konsep mudah difahami belum bermula. Kurangkan ketegangan dan
tekanan dalam kelas Matematik, memberi tindak balas yang positif.

       Hubungan guru dengan murid-murid perlu mempunyai satu komunikasi yang berkesan
antara satu sama lain. Apabila interaksi antara guru dengan murid-murid berlaku, secara tidak
langsung Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat berlaku seperti yang dirancang. Selain
itu, dapat membantu murid-murid bertanya hal-hal mengenai subjek Matematik yang mereka
susah memahami. Secara tidak langsung, mereka dapat menggurangkan kebimbangan
Matematik atau tanggapan yang negatif terhadap Matematik.




                                             7
7.0    BAGAIMANA ANDA MENGHAPUSKAN FENOMENAN INI?
       (SEBAGAI GURU)

       Untuk menghapuskan fenomena kebimbangan Matematik ini, peranan guru amat
penting dalam mengatasinya. Hal ini kerana, pengajaran dan pembelajaran guru amat penting
dalam mencapai objektif pelajarannya. Untuk mengubah anggapan pelajar terhadap
Matematik ini, guru perlu mencari alternatif dan kaedah yang bagus dan menarik perhatian
pelajar untuk mempelajari dan menimbulkan minat terhadap subjek Matematik.

       Pengajaran yang ingin disampaikan oleh pelajar perlulah mudah difahami dan senang
bagi mereka untuk menguasai pembelajaran mereka. Pemahaman yang baik dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan dapat berjalan lancar. Untuk
pengajaran Matematik, guru perlu mencipta satu konsep yang mencabar minda mereka dan
menarik minat mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Secara tidak langsung, minda
mereka dapat bergerak ke arah yang lebih afektif dan mewujudkan perasaan ingin tahu untuk
menyelesaikan masalah Matematik.

       Penerimaan Matematik dalam hidup keluarga perlu dan bersikap terbuka. Walaupun
ibu bapa tidak mendapat pendidikan sempurna, tapi itu tidak menghalang anak-anaknya
dalam mendapatkan pendidikan dan minat mereka dalam pelajaran. Sikap positif ibu bapa
dalam pelajaran akan menghasilkan impak yang besar dalam kehidupan anak-anak mereka.
Sekaligus, kebimbangan mereka terhadap Matematik dapat diatasi dengan sokongan ibu bapa
dan minat pelajar itu sendiri.

       Sebagai guru, tidak wajar menyalahkan murid sahaja jika mereka tidak dapat
memahami topik-topik Matematik dengan baik. Sememangnya tanggungjawab guru dalam
mendidik dan mengajar murid-murid dalam memahami sesuatu topik tidak semestinya topik
Matematik sahaja, malah subjek lain seperti bahasa melayu, sejarah, sains dan sebagainya.




                                             8

More Related Content

What's hot

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaAdilah Yahaya
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Haieri
HaieriHaieri
Haierihaieri
 
Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207Fifi Zulkifli
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifahmoshi89
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematikaimasniranuryani
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikaStrategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikawww.didiarsandi.com
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 

What's hot (16)

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -Erda
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Haieri
HaieriHaieri
Haieri
 
Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207Maths anxiety  ahmad sahir-d20081032207
Maths anxiety ahmad sahir-d20081032207
 
Mathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part MusyrifahMathematics anxiety-part Musyrifah
Mathematics anxiety-part Musyrifah
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematikaStrategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
Strategi pemecahan masalah problem solving dalam pembelajaran matematika
 
Nota newman
Nota newmanNota newman
Nota newman
 
Onday
OndayOnday
Onday
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 

Viewers also liked

Photo/Storyboard
Photo/StoryboardPhoto/Storyboard
Photo/Storyboardharps123
 
Epaggelmatikhproetoimasiakaientajhamea
EpaggelmatikhproetoimasiakaientajhameaEpaggelmatikhproetoimasiakaientajhamea
EpaggelmatikhproetoimasiakaientajhameaKonstantinos Kotsidis
 
つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -
つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -
つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -Takao Oyobe
 
Nightmare before christmas
Nightmare before christmasNightmare before christmas
Nightmare before christmasHoney131999
 
Rio+20 module, part 2 11.30.11 don
Rio+20 module, part 2 11.30.11 donRio+20 module, part 2 11.30.11 don
Rio+20 module, part 2 11.30.11 donANPED1
 
Art and Action for Flow Towards Results
Art and Action for Flow Towards ResultsArt and Action for Flow Towards Results
Art and Action for Flow Towards ResultsErik Schön
 
Spring framework & inversion of control
Spring framework & inversion of controlSpring framework & inversion of control
Spring framework & inversion of controlNazim Sitmanbetov
 
оценивание
оцениваниеоценивание
оцениваниеDemanessa
 
SMEs LOCAL DEVELOPMENT IN A GLOBALIZED WORLD
SMEs LOCAL DEVELOPMENT  IN A GLOBALIZED WORLDSMEs LOCAL DEVELOPMENT  IN A GLOBALIZED WORLD
SMEs LOCAL DEVELOPMENT IN A GLOBALIZED WORLDwusme
 
Enterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIron
Enterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIronEnterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIron
Enterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIronQuinton Wall
 
Nam saigon riverside kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcm
Nam saigon riverside   kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcmNam saigon riverside   kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcm
Nam saigon riverside kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcmDuyệt Đoàn
 
Teaching Holy Land - Website TEACHERS
Teaching Holy Land - Website TEACHERSTeaching Holy Land - Website TEACHERS
Teaching Holy Land - Website TEACHERSDaniel Gold
 
Web Archiving Whitepaper
Web Archiving WhitepaperWeb Archiving Whitepaper
Web Archiving Whitepapergforcejc
 

Viewers also liked (20)

Photo/Storyboard
Photo/StoryboardPhoto/Storyboard
Photo/Storyboard
 
Chap001
Chap001Chap001
Chap001
 
Epaggelmatikhproetoimasiakaientajhamea
EpaggelmatikhproetoimasiakaientajhameaEpaggelmatikhproetoimasiakaientajhamea
Epaggelmatikhproetoimasiakaientajhamea
 
Plaza District Parking Blueprint
Plaza District Parking BlueprintPlaza District Parking Blueprint
Plaza District Parking Blueprint
 
Dad retirement slideshow
Dad retirement slideshowDad retirement slideshow
Dad retirement slideshow
 
つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -
つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -
つくる現場 - 変化を支える3つの現場アーキテクト -
 
Nightmare before christmas
Nightmare before christmasNightmare before christmas
Nightmare before christmas
 
Prueba
PruebaPrueba
Prueba
 
Cultural Studies
Cultural StudiesCultural Studies
Cultural Studies
 
Rio+20 module, part 2 11.30.11 don
Rio+20 module, part 2 11.30.11 donRio+20 module, part 2 11.30.11 don
Rio+20 module, part 2 11.30.11 don
 
Art and Action for Flow Towards Results
Art and Action for Flow Towards ResultsArt and Action for Flow Towards Results
Art and Action for Flow Towards Results
 
Spring framework & inversion of control
Spring framework & inversion of controlSpring framework & inversion of control
Spring framework & inversion of control
 
оценивание
оцениваниеоценивание
оценивание
 
SMEs LOCAL DEVELOPMENT IN A GLOBALIZED WORLD
SMEs LOCAL DEVELOPMENT  IN A GLOBALIZED WORLDSMEs LOCAL DEVELOPMENT  IN A GLOBALIZED WORLD
SMEs LOCAL DEVELOPMENT IN A GLOBALIZED WORLD
 
Enterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIron
Enterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIronEnterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIron
Enterprise Mobile Methodology with Salesforce + MobileIron
 
Nam saigon riverside kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcm
Nam saigon riverside   kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcmNam saigon riverside   kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcm
Nam saigon riverside kdc ven sông - mua bán nhà đất giá rẻ tphcm
 
Presentation on Peter Drucker
Presentation on Peter Drucker Presentation on Peter Drucker
Presentation on Peter Drucker
 
POLI Conference
POLI ConferencePOLI Conference
POLI Conference
 
Teaching Holy Land - Website TEACHERS
Teaching Holy Land - Website TEACHERSTeaching Holy Land - Website TEACHERS
Teaching Holy Land - Website TEACHERS
 
Web Archiving Whitepaper
Web Archiving WhitepaperWeb Archiving Whitepaper
Web Archiving Whitepaper
 

Similar to Math Anxiety-Part Hayati

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)Novriheriyani
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math AnxietyHasnidi Fara
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...Alorka 114114
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajaOlivia Tifani
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMela Azizah
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanPuput Putri
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatifAlina Margono
 

Similar to Math Anxiety-Part Hayati (16)

Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
 
Mathofobia
MathofobiaMathofobia
Mathofobia
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math Anxiety
 
mathematics anxiety
mathematics anxietymathematics anxiety
mathematics anxiety
 
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
PROPOSAL_PENGARUH PENDEKATAN CONTEXTUAL TEACHING AND LEARNING (CTL) TERHADAP ...
 
Esei gc
Esei gcEsei gc
Esei gc
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Matematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkanMatematika itu mudah dan menyenangkan
Matematika itu mudah dan menyenangkan
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Proposal kuantitatif
Proposal kuantitatifProposal kuantitatif
Proposal kuantitatif
 

Math Anxiety-Part Hayati

  • 1. 1.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEBIMBANGAN MATEMATIK Kebimbangan Matematik boleh didefinisikan sebagai suatu perasaan ketegangan atau kebimbangan oleh campur tangan memanipulasi nombor dalam pelbagai kehidupan biasa. Kebimbangan Matematik ini juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan kehilangan keyakinan diri terhadap subjek Matematik. Selain itu, kebimbangan Matematik juga boleh dikatakan sebagai perasaan emosi yang wujud dan kurang penekanan dari segi masalah intelektual. Hal ini menyebabkan mereka sentiasa takut dan tidak dapat melakukan dengan baik dalam menyelesaikan Matematik. Mereka yang tiada keyakinan terhadap subjek Matematik dan sering beranggapan akan gagal dalam Matematik. Perasaan kebimbangan Matematik sentiasa ada selagi mereka beranggapan yang subjek Matematik susah dan lemah dalam menguasainya. Selain itu, kebimbangan Matematik boleh juga dikatakan suatu keadaan yang melumpuhkan, menyebabkan ketakutan, kemarahan, penghinaan dan panik. Kebimbangan matematik ini ada pada setiap manusia normal tetapi kebimbangan yang melampau boleh menyebabkan tekanan di mana seseorang tidak mampu berfikir secara baik dan boleh mencetuskan masalah emosi yang membawa kepada masalah intelektual. Pendek kata, kebimbangan Matematik adalah perasaan kecewa yang hebat dan tidak berkeupayaan untuk menguasai Matematik. Kebimbangan Matematik ini boleh memberi kesan yang negatif dan menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu Matematik. Masalah seperti ini adalah amat serius jika dibiarkan begitu sahaja tanpa ada usaha untuk mengatasinya. 1
  • 2. 2.0 KENAPA MASALAH KEBIMBANGAN MATEMATIK INI BERLAKU? Kebimbangan Matematik ini sebenarnya melalui beberapa peringkat di mana ia bermula dari kita sendiri bagaimana penerimaan kita terhadap subjek Matematik. Menurut Dreger dan Aiken menyiasat tentang sindrom tindak balas emosi terhadap Matematik. Terdapat beberapa tahap kebimbangan Matematik. Antaranya ialah mathophobia, suatu tahap kritikal Matematik yang tidak rasional. Sebenarnya tahap Mathophobia ini boleh menjadi lebih teruk sehingga dapat menjejaskan prestasi Matematik pelajar melalui beberapa kitaran yang semakin teruk dan semakin sukar untuk menghadapinya. Anggapan mereka terhadap Matematik turut terjejas. Bagi mereka, Matematik adalah subjek yang sukar untuk menguasai dan terlalu kompleks untuk menyelesaikannya. Matematik memerlukan beberapa formula yang komplek untuk menyelesaikannya. Disebabkan formula yang kompleks, pelajar gagal dalam menyelesaikan saolan Matematik. Secara tidak langsung, minat mereka terhadap subjek Matematik semakin kurang dan lemah. Ada yang salah konsep dan mempercayai mitos tentang matematik seperti orang yang pandai matematik memang dilahirkan semulajadi atau mempunyai genetik di mana keluarganya pandai matematik, untuk bagus dalam matematik perlu pandai dalam pengiraan, matematik memerlukan logik dan bukan kreativiti, perkara penting dalam matematik adalah mendapat jawapan dan lelaki adalah lebih baik dalam pengiraan berbanding perempuan. Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi kebimbangan matematik di mana guru tidak menggunakan kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). selain itu sistem peperiksaan yang membebankan, anggapan pelajar itu sendiri, sikap dan perasaan mereka dalam menerima matematik, persepsi ibu bapa dan pengaruh rakan sebaya. 2
  • 3. 3.0 SIAPA YANG ADA FENOMENA INI Sebenarnya, sikap seseorang itu sendiri yang mempengaruhi pandangan kita terhadap subjek Matematik. Oleh yang demikian, wujudnya kebimbangan Matematik. Melalui sikap, timbullah pengalaman sama ada baik atau buruk yang boleh diubah suai mengikut situasi. Orang yang mempunyai sikap kebimbangan terhadap matematik ialah mereka yang tidak suka mencabar keupayaan diri, kebolehan mental dan fikiran menyebabkan kesan negatif di mana mereka berasa takut dan berdebar-debar apabila disuruh melakukan kerja melibatkan matematik. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah dan berasa lemah untuk menyelesaikan masalah matematik. Perasaan bimbang ini akan menyebabkan mereka tidak suka mencuba kerana takut melakukan kesalahan dan kesilapan yang berulang lagi. Bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti pelajar lembam, mereka sukar memahami sesuatu konsep dan sering keliru kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan mengambil masa yang lama untuk berfikir. Mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri kerana prestasi matematik mereka kurang memuaskan. Disamping sikap mereka yang malas, tidak minat, lambat faham dan kurang latihan dan kurang usaha. Personaliti dan sikap seorang guru juga turut mempengaruhi kebimbangan matematik. Sikap guru semasa mengajar amat dititikberatkan. Hal ini kerana, minat seseorang pelajar untuk mempelajari sesuatu subjek bergantung kepada corak penyampaian guru tersebut sama ada corak penyampaian dapat diterima oleh guru atau tidak. Jika penyampaian guru dapat diterima oleh pelajar, itu bermaksud guru itu berjaya menarik minat pelajar untuk mempelajarinya. Corak pengajaran yang disampaikan oleh guru mudah difahami, ringkas dan padat. Tambahan pula guru yang bersikap penyabar dalam mendidik pelajar yang sukar memahami dalam sesuatu tajuk. 3
  • 4. 4.0 BILA FENOMENA INI BERMULA DAN BERLAKU? Sebenarnya, kebimbangan Matematik boleh juga berpunca daripada latar belakang seseorang, taraf kehidupan, status keluarga dan sebagainya. Pendek kata, ia bermula dari rumah itu sendiri. Ibu bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya dapat melahirkan kejayaan anak-anak mereka dan mendapat pendidikan yang bagus. Tetapi malangnya, jika ibu bapa tidak mempedulikan pendidikan anak-anak mereka sendiri menyebabkan anak-anak juga tidak mengambil berat dan hilang semangat untuk mencapai kejayaan mereka. Ada juga pendapat mengatakan ianya terjadi pada peralihan daripada sekolah menengah rendah kepada sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4. Hal ini disebabkan corak Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbeza di mana peringkat PMR pengiraan dan konsepnya agak senang jika dibandingkan dengan SPM yang memerlukan langkah pengiraan yang agak panjang, logik dan sebagainya. Jadi pelajar memerlukan masa untuk mengadaptasi perkara baru dalam berfikir mengenai matematik. Menjadi lumrah, semakin meningkat gred, pengajaran akan menjadi lebih mencabar mengikut tahap keseseuaian dan kematangan pelajar. Jadi, ada sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik apabila pembelajaran menjadi semakin sukar. Jika pelajar gagal dalam ujian Matematik sama ada ujian bulanan atau ujian akhir tahun, secara tidak langsung perasaan mereka terhadap Matematik menjadi lemah dan tidak berminat untuk mempelajari subjek Matematik. Selain itu juga, membuat mereka berasa tersisih daripada rakan-rakan yang lain dan masa depan mereka turut terjejas. Perasaan kebimbangan Matematik jelas digambarkan apabila seseorang itu menghadapi sesuatu ujian Matematik. Mereka berasa sangat tertekan dan takut walaupun mereka belum menjawab soalan lagi. Perasaan seperti ini muncul tanpa disedari dan tidak dapat dikawal. Hal ini akan menyebabkan mereka tiada semangat dan keyakinan dalam menjawab peperiksaan. Pada awalnya, konsep Matematik dapat difahami oleh pelajar dan dapat dikuasai Tetapi apabila pelajar beralih ke sekolah menengah, mereka didedahkan konsep Matematik yang lebih meluas dan mencabar. Daripada pembelajaran yang senang ke susah. Hal ini menyebabkan sesetengah pelajar tidak dapat mengikuti dan memahami konsep Matematik. Dan inilah yang menyebabkan mereka tidak berminat dengan subjek Matematik yang memeningkan kepala mereka dan tertekan dalam subjek ini. 4
  • 5. Kemahiran Matematik mereka diuji apabila mereka menjalani ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR). Melalui peperiksaan PMR, mereka diberi pilihan untuk menjawab dalam bentuk objektif bagi kertas iaitu 1, A, B, C, D dan kertas 2 dalam bentuk struktur. Walaubagaimana pun, format ini berbeza apabila pelajar beralih ke tingkatan 4 dan 5. Soalan Matematik lebih berfokus kepada pemikiran dan mengaplikasikan semua konsep yang dipelajari dan menyelesaikan semua soalan yang diberi dalam cara yang betul. Hal ini menyebabkan mereka terkejut dengan perubahan teknik dan beberapa kaedah yang baru dan lebih komplek untuk menyelesaikan soalan Matematik. Secara tidak langsung, anggapan pelajar terhadap Matematik mula berubah dari pembelajaran senang ke pembelajaran susah. Setiap kali mereka cuba menyelesaikan masalah, mereka selalu gagal mencari jawapan yang betul. Sebab itu lah, mereka berasa bosan dan minat mereka terhadap Matematik mula lemah. 5
  • 6. 5.0 APAKAH YANG MENWUJUDKAN FENOMENA INI? Kebimbangan mereka terhadap Matematik juga berpunca daripada rakan-rakan mereka sendiri. Bagi mereka yang mempunyai kelebihan dan minat terhadap subjek Matematik, mereka tiada masalah dalam menyelesaikan sesuatu soalan dan dapat memahami konsep Matematik. Hal ini disebabkan, mereka amat minat dengan Matematik dan cuba sedaya upaya dalam memahami sesuatu konsep. Apabila mereka bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dan suka akan Matematik, mereka dapat memberi pendapat atau idea masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi. Secara tidak langsung, mereka cuba berdaya saing antara satu sama lain untuk mendapatkan jawapan yang betul. Apabila seorang pelajar yang pandai dalam Matematik bergaul dengan sekumpulan pelajar yang lemah dalam Matematik, secara tidak langsung, pelajar yang pandai ini tidak mempunyai daya saingan yang tinggi dan tidak berasa tercabar dalam kumpulan mereka. Dan akhirnya, mereka tidak menunjuk minat dalam subjek Matematik. Pengalaman dalam kelas yang kurang kondusif di mana murid takut, malu dan tidak tahu cara hendak bertanya menyebabkan kebimbangan matematik dalam kalangan pelajar. Ada sesetengah guru memarahi pelajar yang bertanya soalan kerana dianggap tidak menumpukan perhatian, bodoh dan malas. Jadi pelajar mengambil inisiatif berdiam diri ketika diajar dan pura-pura memahami sesuatu topik agar tidak dimarahi guru. Guru yang terlalu garang dan tegas menimbulkan keresahan kepada pelajar. Jadi perkaitan ini jelas menunjukkan kaitan antara perasaan pelajar terhadap guru mempengaruhi perasaan pelajar terhadap subjek yang diajar oleh guru tersebut. 6
  • 7. 6.0 BAGAIMANA ANDA MENGURANGKAN FENOMENA INI (SEBAGAI GURU) Untuk mengurangkan kebimbangan dan berasa tertekan dengan pembelajaran Matematik, guru perlu mengubah cara dan teknik mengajar yang menarik dan kreatif. Guru perlu memainkan peranan dalam membantu pelajar untuk meringankan kebimbangan Matematik mereka melalui kaedah yang berbeza dan untuk membantu mereka membina tahap keyakinan mereka apabila bekerja dengan Matematik dan bagaimana kebimbangan Matematik boleh menjejaskan pembelajaran mereka. Guru perlu mencari kekuatan pelajar dan membina kemahiran mereka supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik dalam Matematik. Contohnya, jika pelajar dapat menguasai sesuatu topik dalam Matematik seperti tajuk persamaan serentak, jadi guru perlu mengekalkan kemahiran mereka dan tingkatkan lagi kemahiran mereka dalam menguasai tajuk ini. Guru tidak boleh membiarkan mereka mengabaikan kemahiran ini apabila mereka beralih ke tajuk baru. Apabila beralih ke tajuk baru, terdapat beberapa kaedah yang lain dan baru yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah. Jadi setiap topik dalam Matematik, terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dan saling berkait antara satu sama lain. Menggunakan kaedah atau teknik konstruktif dan strategi untuk kegunaan guru dalam membantu menggelakkan kebimbangan Matematik dalam kalangan murid-murid. Teknik yang dicadangkan untuk digunakan ialah mencipta sesuatu yang positif, sokongan bilik darjah, memahami proses stress, hapuskan mitos Matematik yang tidak betul, membekalkan pengalaman Matematik yang positif, menggunakan bahan konkrit untuk mengajar kontek, memastikan setiap konsep mudah difahami belum bermula. Kurangkan ketegangan dan tekanan dalam kelas Matematik, memberi tindak balas yang positif. Hubungan guru dengan murid-murid perlu mempunyai satu komunikasi yang berkesan antara satu sama lain. Apabila interaksi antara guru dengan murid-murid berlaku, secara tidak langsung Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dapat berlaku seperti yang dirancang. Selain itu, dapat membantu murid-murid bertanya hal-hal mengenai subjek Matematik yang mereka susah memahami. Secara tidak langsung, mereka dapat menggurangkan kebimbangan Matematik atau tanggapan yang negatif terhadap Matematik. 7
  • 8. 7.0 BAGAIMANA ANDA MENGHAPUSKAN FENOMENAN INI? (SEBAGAI GURU) Untuk menghapuskan fenomena kebimbangan Matematik ini, peranan guru amat penting dalam mengatasinya. Hal ini kerana, pengajaran dan pembelajaran guru amat penting dalam mencapai objektif pelajarannya. Untuk mengubah anggapan pelajar terhadap Matematik ini, guru perlu mencari alternatif dan kaedah yang bagus dan menarik perhatian pelajar untuk mempelajari dan menimbulkan minat terhadap subjek Matematik. Pengajaran yang ingin disampaikan oleh pelajar perlulah mudah difahami dan senang bagi mereka untuk menguasai pembelajaran mereka. Pemahaman yang baik dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang baik dan dapat berjalan lancar. Untuk pengajaran Matematik, guru perlu mencipta satu konsep yang mencabar minda mereka dan menarik minat mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Secara tidak langsung, minda mereka dapat bergerak ke arah yang lebih afektif dan mewujudkan perasaan ingin tahu untuk menyelesaikan masalah Matematik. Penerimaan Matematik dalam hidup keluarga perlu dan bersikap terbuka. Walaupun ibu bapa tidak mendapat pendidikan sempurna, tapi itu tidak menghalang anak-anaknya dalam mendapatkan pendidikan dan minat mereka dalam pelajaran. Sikap positif ibu bapa dalam pelajaran akan menghasilkan impak yang besar dalam kehidupan anak-anak mereka. Sekaligus, kebimbangan mereka terhadap Matematik dapat diatasi dengan sokongan ibu bapa dan minat pelajar itu sendiri. Sebagai guru, tidak wajar menyalahkan murid sahaja jika mereka tidak dapat memahami topik-topik Matematik dengan baik. Sememangnya tanggungjawab guru dalam mendidik dan mengajar murid-murid dalam memahami sesuatu topik tidak semestinya topik Matematik sahaja, malah subjek lain seperti bahasa melayu, sejarah, sains dan sebagainya. 8