SlideShare a Scribd company logo
1 of 72
Nor Amira binti Mohd Noor D20121057988
Liyana Shazwani binti Rosdi D20121057991
Nusratina binti Zulkifeli D20121058000
Nor Zulaikha binti Abu Bakar D20121058001
Siti Hawa binti Harun D20121058022
Nur Hiedayah binti Zulkipli D20121058024
Novel Sakura Mengorak Kelopak mengisahkan
tentang kehidupan golongan wanita Jepun yang
sangat dikenali dengan perwatakan lembut dan
bersopan santun.
Mereka juga begitu sinonim dengan kesetiaan
dan kepatuhan mereka kepada golongan lelaki.
Namun begitu, rasa kesetiaan tidak lagi
dianggap satu penghormatan oleh wanita
Jepun yang kini didedahkan dengan cara hidup
moden yang dipengaruhi oleh Barat.
Mereka telah bangkit untuk merobohkan
egoisme lelaki Jepun.
Dalam Sakura Mengorak Kelopak diceritakan
tentang rasa kesetiaan yang telah lama wujud di
dalam diri wanita Dai Nihon semenjak berabad-
abad lamanya sehingga menjadi kontroversi dan
mereka mula bangkit menentang.
Watak Michiko berani menolak mayat suami yang
mati yang melakukan harakiri (membunuh diri
dengan menikam atau memburaikan perutnya
apabila mendapat malu atau dihukum mati)
bersama-sama dengan teman wanitanya yang
mengandung.
Pada masa itu juga, Tokyo dan Kyoto mengalami
satu siri letupan dan kebakaran yang hampir
memusnahkan bandar-bandar.
PENGARANG
Novel Sakura Mengorak Kelopak telah dihasilkan pada
tahun 1987 oleh Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, Andi
Mohalan Andi Beang atau lebih dikenali sebagai Arena
Wati
Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang
Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia dan meninggal
dunia pada 25 Januari 2009.
Beliau merupakan Sasterawan Negara Malaysia pada
tahun 1988. Nama pena lain beliau ialah Duta Muda dan
Patria.
Dalam novel ini, Arena Wati menyingkap beberapa aspek
sistem nilai masyarakat Jepun. Turut dinaratifkannya ialah
perubahan yang berlaku dalam sistem nilai masyarakat
tersebut yang membawa kepada terjadinya emansipasi
wanita Jepun.
Arena Wati berwacana mengenai beberapa aspek
pemikiran dan nilai masyarakat Jepun sambil meletakkannya
ke dalam fiksyen seperti feminisme.
PEMIKIRAN DAN
IDEALISME
-S.Othman Kelantan (1997) turut menjelaskan bahawa
pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang
muncul dan wujud dari golongan bijak pandai.
-Golongan ini menggunakan akalnya dalam memikirkan
konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam
lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh
golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya.
-Pemikiran pengarang juga merupakan penampilan
makna dalaman dalam sesuatu karya klasik juga dapat
dilihat daripada sikap pengarang yang menampilkan
pengembaraan watak yang baik dan mengandungi
unsur-unsur pengajaran yang tinggi dalam sesebuah
karya klasik.
Definisi pemikiran dan
idealisme
Ritual Kematian Menurut
Buddha
Masyarakat Jepun mempercayai mengamalkan ritual
kematian menurut Buddha seperti kehidupan selepas mati
dan kehadiran anasir-anasir jahat yang menganggu
kesejahteraan,ant aranya kepercayaan terhadap
kehadiran roh jahat. Contohnya :
Tanpa kata Sageike meninggalkan rumah, lengkap
baju hujan, topi dan payung dan segera menyelesaikan
rawatannya, lalu berkejar ke rumah Muragaki Harumi. Di
sana Nagai Sageike dapati mayat sahabatnya sudah
dikerumuni anak- cucu, keluarga, jiran-jiran dan sahabat
handai. Menantu dari putera sulung Harumi telah
melengkapi keperluan ; pisau untuk menghalau roh jahat,
kapas, pakaian mayat, hidangan nasi dan lauk dan sake
atas dulang kayu, berbagai alat upacara kematian menurut
Buddha campuran Shinto sudah lengkap semuanya.
(Sakura Mengorak Kelopak, halaman: 41)
Kepentingan Pendidikan
Dalam
Meneruskan Kehidupan
Michiko mengetahui betapa pentingnya pendidikan bagi dia untuk
meneruskan kehidupan dan supaya berjaya mendapatkan pekerjaan
yang baik. Hal ini kerana saingan untuk mendapatkan pekerjaan yang
baik contohnya seperti jawatan White collar sangat terhad dan
memberi saingan yang tinggi kepada pemohon. Contohnya:
Dari sekolah rendah Michiko membuktikan bahawa dia
lebih pintar dari abang-abangnya sehingga masing-masing
lulus dari High School di Aomori. Abang-abang Michiko
hanya mencapai sekadar lulus, dan akhirnya kembali
dalam masyarakat sebagai nelayan dan petani moden,
sebab saingan untuk jawatan white collar sangat
terbatas di utara; tidak mudah tembus dengan hanya
bersenjatakan High School yang tidak cemerlang.
Michiko mengatasi semua itu, lalu diterima masuk ke
Universiti Tokyo.
Sakura Mengorak Kelopak, halaman:64
Pengaruh Islam Dalam
Kehidupan
Michiko sudah mula untuk mendalami ajaran islam dalam
kehidupan. Meskipun agak sukar pada permulaannya, namun dia
bertekad untuk mempelajari secara perlahan-lahan sambil dibantu
oleh suaminya. Suami Michiko iaitu Atan yang banyak mendorong
dan membantu Michiko dalam mempelajari tuntutan dalam agama
islam. Contohnya:
Atan memandikan Michiko, menjirusnya dengan sekujur
tubuh, tujuh kali dan berkata “Kau sudah tahu ambik wuduk.
Buatlah sekarang, dan kerana saya dan kau dalam mazhad
Syafie, kita tidak boleh bersentuhan buat sementara hingga
selesai saya buat solat sunat.” Atan jadi iman, dan Michiko jadi
makmun dalam solat syukur, dan setelah Atan
menyelesaikan doa, dia berpaling kepada isterinya, menjabat
tangan Michiko.
Sakura Mengorak Kelopak, halaman:173
Penggunaan Nama Keluarga
Dalam
Masyarakat Jepun
Masyarakat jepun amat mementingkan penggunaan nama
keluarga dalam kalangan mereka. Hal ini boleh dilihat apabila
setiap orang akan disebut dan ditulis nama keluarga dahulu
berbanding namanya sendiri. Seseorang akan dianggap kurang
sopan sekiranya nama dirinya mendahului nama keluarganya.
Tambo dan salasilah keluarga ini menjadi satu simpanan yang
dianggap sakti, dijaga dan dipelihara. Contohnya:
Nama-nama keluarga itu kekal pada diri setiap orang,
kerana setiap orang disebut dan ditulis nama keluarga
dulu baru disebut nama diri. Dan umumnya dalam
etika hubungan, dalam perbualan atau pertemuan,
nama diri jarang disebut tetapi diutamakan nama
keluarga. Adalah dianggap kurang sopan bagi
seseorang yang belum akrab apalagi orang yang
dianggap lebih tua atau tinggi darjatnya kalu disebut
nama dirinya mendahului nama keluarganya.
Sakura Mengorak Kelopak, halaman:411
Mempelajari Budaya
Asing
Atan merupakan individu yang dilahirkan di Malaysia dan berasal dari
sebuah kampung. Cara hidup dan budaya yang dipelajari adalah
berkitan dengan budaya masyarakat Melayu. Namun Atan cuba untuk
membiasakan diri dan mempelajari nilai dan budaya masyarakat Jepun
setelah berkawan dengan sahabatnya yang tinggal di Jepun dan
mempunyai ikatan perkahwinan dengan seorang gadis Jepun iaitu
Michiko. Atan telah mempelajari cara memegang mangkuk sup dengan
betul dengan bantuan sahabatnya Jirosaki Taeko. Atan juga
menerapkan budaya menghormati tuan rumah apabila berkunjung ke
rumah sahabatnya. Contohnya:
Atan melihat Nobutake menghabiskan dua mangkuk nasi. Dan untuk
menghormati tuan rumahnya, dia membiarkan mangkuknya diisi oleh
Nobutake. Lalu meminum habis supnya. “Saya lihat cara Atan –san
memegang mangkuk sup sudah lancar, kena betul. Michiko ajar
begitu?” “Di Kyoto, Sasaki-san. Lama sebelum berjumpa dengan
Michiko. Jirosaki Taeko banyak mengajar saya tentang cara hidup di
negeri ini. Tapi maafkan saya Sasaki-san. Saya masih bebal. Belum
sanggup hadir dalam majlis minum teh.”
Sakura Mengorak Kelopak, halaman:446
NILAI BUDAYA DAN
PANDANGAN HIDUP DALAM
SAKURA MENGORAK
KELOPAK
Nilai Budaya
Pandangan
Hidup
Adat
Perkahwinan
Adat
Membongkok
Adat
Memakai
Pedang
Kesetiaan Isteri
kepada Suami
Pegangan Etika
Moral
Adat Perkahwinan
…Hanaoka termenung panjang menyusuri tatacara risiskan dan peminangan dalam
perkahwinan orang Jepun. Orang tengah akan meminta Orang tengah akan
meminta gambar dari pihak lelaki untuk dibawa kepada pihak perempuan setelah
pasti bahawa gadis yang dimaksud belum terikat risiskan lain. Dan sebaliknya,
gambar gadis tersebut juga diberikan kepada pihak lelaki. Setelah masing-masing
berkenan, barulah memasuki fasa yang rumit iaitu menyiasat keluarga kedua belah
pihak. Bagi pihak perempuan, mereka akan melantik beberapa orang untuk
mengumpulkan keterangan atas diri lelaki, ibu bapa, saudara baik dari segi adat,
amanah, perangai dan segala jenis penyakit, sudah cukup dijadikan alasan untuk
memberhentikan risikan. Bagi pihak lelaki, mereka lebih berhati-hati dengan erti
lagi. Peribadi gadis dan sejarah hidupnya akan dikaji, cacat-cela saudara maranya,
ibu bapanya. Dan didapati sedikit kecacatan di kalangan mereka, risikan akan
diberhentikan dengan memulangkan cincin ikatan risikan melalui orang tengah.
(Sakura Mengorak Kelopak: 77)
Adat Membongkok
 bertujuan untuk menunjukkan tanda hormat dan tanda
meminta maaf Hanaoka kepada Nobutake kerana
menyebabkan Nobutake menunggu lama. Hal ini dapat
dilihat seperti contoh di bawah:
…setelah saling membongkok sebanyak tiga kali sebagai kelaziman
adat, Hanaoka berkata halus sekali, “Maafkan kerana barangkali
menunggu lama. Tapi saya sudah berusaha tepat pada waktunya.
(Sakura Mengorak Kelopak: 21)
Adat Memakai Pedang
Nobutake tidak pernah curiga atas keselamatan dirinya,
terutama dalam kawasan Sasaki Kyori sendiri. Tapi sebagai
keturunan dari darah samurai asal Hikone yang jadi
kebanggaan Tokugawa, kelaziman memakai pedang dalam
kawasan sendiri menjadi teradat terutama bagi anak lelaki
tertua, sebagai pemegang waris. Pedang pendek itu hanya
sebagai simbol, yang bukan saja harus dipakai, tetapi juga
mesti dihayati dengan tanggapan erti dan semangat jiwa
pedang.
(Sakura Mengorak Kelopak: 14)
Kesetiaan Isteri Kepada Suami
…si isteri mesti setia kepada suaminya, menyediakan
tempat tidurnya sendiri, untuk diberikan kepada
perempuan yang dibawa suaminya masuk ke dalam
rumah. Dan isteri yang sah itu mesti setia menunggu
di luar pintu, duduk atau berdiri diam-diam, untuk
segera melakukan kerja yang diarahkan oleh suaminya
bagi kesenangannya dengan perempuan yang
dibawanya tidur itu.”
(Sakura Mengorak Kelopak: 118)
Etika Moral
 Kaum wanita memegang etika moral ini dengan dua tujuan iaitu
tujuan pertama adalah bagi menjaga air muka roh nenek moyang
mereka.
 Kedua adalah bagi menjaga maruah atau air muka orang yang hidup
iaitu merangkumi lingkungan keluarga, lingkungan jiran atau
Tonarigumi, linkungan masyarakat, dan sebagainya.
“Ini salah satu daripada kriteria etika moral dalam konsep malu itu,”
kata Michiko. “Telanjang dalam tempat tertutup atau dalam rumah di
tengah-tengah keluarga sendiri, tidak melanggar etika moral.”
(Sakura Mengorak Kelopak: 114)
NILAI ILMU
DALAM
SAKURA MENGORAK
KELOPAK
KONSEP NILAI ILMU
• Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081) perkataan nilai
merujuk sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Nilai
membolehkan manusia membezakan antara perkara yang baik
dengan perkara yang buruk, yang betul dengan yang salah.
• Mohd Rashid Md. Idris et. al (2014) menyatakan bahawa nilai
dan etika masyarakat berkait rapat dengan perkara yang
mempunyai nilai yang tinggi dari aspek kebenaran, kebaikan,
dan keindahan yang sangat sinonim dengan agama Islam.
• Manakala ilmu pula bermaksud pengetahuan
mengenai perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan
sebagainya.
Oleh itu, ilmu dikatakan sebagai hal-hal yang
berkaitan dengan usaha menyebarkannya dalam
bentuk maklumat kepada orang lain. Maklumat
yang disebarkan itu mengandungi pelbagai fungsi
seperti untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan
merungkaikan segala kemusykilan.
 Arena Wati telah menggambarkan ilmu
perniagaan dalam novel Sakura Mengorak
Kelopak dengan menceritakan bahawa Sasaki
Nabutake seorang yang bekerja keras dalam
mengumpul harta di mana beliau telah
memulihkan perusahaan Sasaki sebagai
jurubina dan kontraktor dan sekaligus
memasuki bidang hartanah.
ILMU PERNIAGAAN
“Di sinilah Nabutake mulai bekerja keras, menggunakan
bekas tentera yang masih hidup
dan pernah dipimpinnya. Dia memulihkan perusahaan
Sasaki sebagai jurubina,
kontraktor dan sekaligus memasuki bidang hartanah.
Dasar MacArthur membangun
kembali Jepun dengan mengenakan cukai pembangunan
yang terlalu tinggi
menyebabkan ramai pemilik hartanah di Jepun,
terutama di Tokyo tidak mampu
membayar cukai lalu menjual tanah mereka.”
(Sakura Mengorak Kelopak : 18)
Sektor pertanian sememangnya merupakan salah satu sektor
yang terpenting bagi setiap negara. Malah ia merupakan
antara ciri terpenting yang membezakan status antara
negara-negara membangun dan negara-negara maju.
ILMU PERTANIAN
Berdasarkan novel yang dikaji, Arena Wati turut
menyelitkan ilmu pertanian dalam kalangan masyarakat
Jepun. Walaubagaimanapun, sektor pertanian merupakan
sektor yang kurang diceburi dalam masyarakat Jepun
terutamanya golongan suri rumah.
“Dalam masyarakat Jepun yang dianggap pada
dasarnya masih banyak bergantungan pada
pertanian dengan menggunakan tanah lima
setengah juta hectare, hanya 13% rumah
tangga Jepun yang terlibat dalam sektor
pertanian.”
(Sakura Mengorak Kelopak : 25)
Pendidikan merupakan hal yang terpenting dalam kehidupan
seseorang. Melalui pendidikan, seseorang akan dipandang
tinggi dan dapat memiliki kerjaya
ILMU PENDIDIKAN
Dalam novel tersebut, Arena Wati menceritakan Nabutake
pada zaman remajanya merupakan seorang pelajar yang
berkelulusan dari High School di Tokyo, namun
pencapaianya tidak cukup untuk beliau menyambung
pembelajarannya ke Tokyo Imperial University.
Oleh kerana Nobutake merupakan seorang anak dari hartawan,
Nobutake telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Waseda
sehingga beliau lulus dalam kelulusan Kejuruteraan Awam.
Contoh:
Pada zaman remajanya, Nonutake lulus dari High School Di
Tokyo, tetapi pencapaiannya tidak cukup untuk masuk ke
Tokyo Imperial Uiversity. Bukan salahnya semata-mata. Ini
tergantung pada sikap ayahnyasendiri yang terlalu banyak
mengambil masa Nobutake untuk melibatkannya dalam urusan
perniagaan. Tetapi, sebagai anak orang kaya, Nobutake mudah
masuk ke Universiti Waseda, dan di sana dia lulus
Kejuruteraan Awam pada tahun 1936.
(Sakura Mengorak Kelopak : 17-18)
Menurut Kamus Dewan (2010), firasat bermaksud
pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan, dan
lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang.
Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara contoh ilmu
firasat.
ILMU FIRASAT
Contoh ilmu firasat dalam novel Sakura Mengorak Langkah
ialah:
Berdasarkan petikan di atas, dapat dibuktikan bahawa
Nobutake berpendapat atau berfirasat bahawa Michiko telah
menyamakan tugasnya di fakulti dengan kehadiran dirinya ke
Sasaki Kyori.
“ “Ya, sekali lagi maafkan saya yang tua renta ini, Michiko-san,
sebab saya rasa beg fakultimu telah bercerita banyak kepada
saya sekarang, bahawa kau datang ke Sasaki Kyori sebagai
suatu tugas yang kau samakan dengan kerjamu di fakulti.”
(Sakura Mengorak Kelopak : 31)
Bagi masyarakat Jepun yang menganut agama Buddha,
mereka percaya bahawa mantera yang akan dibacakan
terhadap orang yang telah meninggal dunia dapat menghalau
roh-roh jahat.
ILMU MANTERA
Mantera tersebut dibaca sebelum mayat tersebut
dikebumikan. Ilmu mantera yang cuba digambarkan dalam
novel Sakura Mengorak Kelopak dapat dibuktikan seperti
rangkap tersebut :
“Di sana Ngai Saageiki dapati mayat sahabatnya sudah
dikeruuni anak-cucu, keluarga, jiran-jiran dan sahabat handai.
Menantu dari putera sulungHarumi telah melengkapi keperluan
seperti pisau untuk menghalau roh jahat, kapas, pakaian mayat,
hidangan nasi dan lauk dan sake atas dulang kayu, dan berbagai
alat upacara kematian menurut Buddha campuran Shinto,
sudanh lengkap semuanya. Setelah membacabeberapa bait
mantera dari sutra Buddha, Sageike meninggalkan mayat
sahabatnyadan berlalu kelujar ke halaman..”
(Sakura Mengorak Kelopak : 41)
Ilmu keagamaan juga cuba digambarkan oleh Arena
Wati dalam novel Sakura Mengorak Kelopak. Ilmu
keagamaan yang cuba ditonjolkan ialah ilmu keislaman.
ILMU KEAGAMAAN
Bagaimana seorang lelaki muslim iaitu Atan
menerangkan adat perkahwinan mengikut cara islam
kepada seorang wanita Jepun yang beragama Buddha
iaitu Michiki.
“Kaum wanita kami lebih beruntung, dibandingkan wanita
Nihon. Dalam hal ini, norma kami terbahagi dua. Pertama,
isteri yang kematian suami. Kedua, isteri yang bercerai dengan
suami.”
“Bagaimana itu? Yang pertama dulu.”
“Isteri yang kematian suami, boleh kahwin dengan lelaki lain,
kalau dia mahu, dengan syarat kena melalui tempoh selama
setahun. Tujuan tempoh setahun tersebut ialah untuk
memastikan bahawa tidak ada lagi kandungan dalam rahimnya
hasil dari percampuran dengan suaminya sebelum suami itu
meninggal dunia.
(Sakura Mengorak Kelopak : 112)
TEKNIK
KEPENGARANGAN
Teknik Penceritaan
Teknik penceritaan merupakan salah satu cara atau kaedah
seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya mereka.
i. Teknik pemerian
Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling
banyak digunakan oleh penulis dalam karya-karya mereka.
Melalui teknik ini, penulis telah bercerita secara langsung
tentang apa sahaja sama ada peristiwa atau keadaan, watak
dan perwatakan atau latar cerita dalam karya tersebut.
Contoh ayat 2 :
Sikapnya terbuka, peramah tapi hormat kepada orang, dan dengan
kegemarannya sendiri, Ariyoshi sanggup membuang masa sehari
penuh, kalau ada pelanggannya dari Indonesia atau Malaysia, dan
dilayannya berbual dengan bahasa Melayu yang lancar.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 101 )
Bagi contoh ayat di atas, penulis telah membuat pemerian
tentang perwatakan bagi watak Osaragi Ariyoshi yang merupakan
seorang yang bersikap terbuka, hormat-menghormati dan seorang
yang melayan pelanggannya dengan baik.
ii. Teknik dialog
Dialog pula merupakan percakapan watak dengan watak dalam
cerita yang melibatkan dua watak atau lebih yang akan berbalas
kata. Melalui teknik ini, penulis menyampaikan cerita secara
tidak langsung . Contohnya :
“ Tentu papa marah pada perempuan itu?”
“ Mama juga marah.”
“ Nah, kalau papa marah, dan mama juga marah kepada
perempuan itu, kenapa mereka bertengkar tentang perempuan
itu?”
“Papa berkeras , mahu perempuan itu dibunuh.”
( Sakura Mengorak Kelopak,halaman : 153 )
Berdasarkan dialog di atas, ia merupakan dialog antara Kenji
dengan isterinya yang berbual tentang ibu bapanya yang
bertengkar disebabkan oleh peristiwa Michiko yang bertindak
tidak menerima mayat suaminya.
iii. Monolog dalaman
Monolog dalaman merupakan percakapan di dalam minda atau
fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan
suara. Monolog dalaman yang terdapat dalam novel ini ialah:
‘Kenapa suamiku berubah?’ dia bertanya dalam hati, dan mencari
liku-liku persoalan itu. ‘ kenapa dia tidak berterus terang?’
( Sakura Mengorak kelopak, halaman : 46 )
Dalam ayat ini, Michiko bertanya dalam hatinya tentang sikap
suaminya yang telah berubah. Dia tertanya-tanya sebab
berlakunya sedemikian. Dia juga tertanya tentang sebab suaminya
yang tidak berterus terang itu.
iv. Teknik Imbas Muka
Imbas muka merupakan bayangan peristiwa yang akan
berlaku . Biasanya ia wujud dalam fikiran atau minda watak
dalam cerita sama ada dalam bentuk angan-angan atau
jangkaan watak itu. Contoh:
“Barangkali saya dituduh perempuan tidak berguna,tidak
dapat anak. Barangkali mereka tuduh saya tidak boleh
beranak, lalu suami saya mengambil perempuan lain.”
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 57 )
Ayat di atas menunjukkan bahawa penulis telah menggunakan
teknik imbas muka yang digunakan dalam watak Michiko.
Dalam hal ini, Michiko telah membayangkan sesuatu yang
terjadi pada masa akan datang yang dia sendiri bimbang
sekiranya masyarakat menuduhnya sebagai seorang perempuan
yang tidak berguna akibat tiada anak.
v. Teknik Imbas Kembali
Menurut Rahman Shaari ( 2002 ) imbas kembali merujuk
kepada bahagian cerita yang mengisi kejadian atau kejadian-
kejadian pada masa silam. Teknik ini merupakan teknik
penceritaan semula sesuatu peristiwa yang pernah berlaku
pada masa lepas. Ia diimbas secara langsung melalui
pemerian penulis atau secara tidak langsung melalui
pemikiran atau dialog watak. Contohnya :
“Saya tahu, papa,” suaranya lebih tegas, dan sungguh-sungguh
mahu meyakinkan ayahnya. Tapi Michiko tidak mahu berterus-
terang, bahawa empat bulan pertama dari perkahwinannya, dia
sudah buang kandungan dua bulan dari dalam rahimnya, sebab
dia belum bersedia menjadi ibu, dalam keadaan hidupnya seperti
itu. Dia bekerja di Tokyo, sibuk dalam kampus dan kegiatan
kemasyarakatan, dan suami jauh nun di Utara, di Aomori.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 58 )
Imbas kembali ini berlaku penulis ingin menceritakan
semula tentang peristiwa yang telah terjadi pada watak
Michiko yang dahulunya Michiko telah hamil tetapi
digugurkannya disebabkan oleh dia sendiri tidak bersedia
menjadi seorang ibu dan keadaan hidupnya yang berasingan
dengan suaminya. Bagi Michiko, mendapat anak di Tokyo
begitu rumit, dia sanggup membiayainya tetapi tidak mudah
untuk menjaganya.
Teknik Saspen
Teknik suspen merupakan keadaan tegang atau
cemas dalam sesuatu peristiwa. Ia dapat
dirasakan oleh pembaca atau watak dalam cerita
yang mengalami peristiwa berkenaan. Keadaan
cemas itu telah mewujudkan pelbagai andaian.
Contohnya :
“ Dalam pakaian begini, Michiko-san?”
“Kenapa?” Michiko hairan. “ Saya selalu dalam yukuta kalau
pulang ke Aomori. Kecuali dalam musim dingin!”
“Tapi ini terlalu, Michiko-san!”
“Apa maksudmu?”
“Kenapa tidak pakaian berkabung?”
(Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 47 )
Dialog di atas merupakan dialog antara Michiko dengan
pemandu teksi. Di sini telah wujudnya unsur saspen di
mana Michiko sendiri berasa hairan terhadap apa yang
diperkatakan oleh pemandu teksi tersebut. Apatah lagi
apabila pemandu teksi tersebut menyatakan pakaian yang
dipakai oleh Michiko itu keterlaluan dan bertanya kepada
Michiko sebab tidak memakai pakaian untuk berkabung.
Teknik Penerangan
Teknik penerangan yang digunakan oleh pengarang adalah
untuk menerangkan kepada sesuatu perkara yang merujuk
kepada sesuatu perkara.. Penerangan ini diguanakan bagi
memudahkan pembaca mudah memahami dan mengetahui akan
sesuatu perkara. Contohnya,
Tempat ini dapat nama julukan semenjak tahun lima puluhan
dengan nama Sasaki Kyori ( Kyoori), yang dapat diertikan
dalam tiga makna, iaitu kampong kediaman Sasaki, hati nurani
Sasaki dan ajaran hidup Sasaki.
( Sakura Mengorak kelopak, halaman : 11 )
Penulis ingin menerangkan tentang nama tempat Sasaki Kyori
yang diertikan dalam tiga makna, iaitu kampung kediaman
Sasaki, hati nurani Sasaki dan ajaran hidup Sasaki.
Menggarap Corak Penulisan dengan
Menggunakan Pelbagai Pengaruh Bahasa.
i. Pengaruh Bahasa Jepun
Bahasa Jepun telah digunakan pada permulaan bab
dalam penceritaan . Bahasa Jepun juga digunakan di
dalam novel ini sebagai sesuatu yang menunjukkan
identiti orang Jepun itu sendiri. Dalam hal ini, terdapat
beberapa contoh yang menunjukkan penggunaan bahasa
Jepun iaitu:
Begitu sederhana, memasuki sabishisa setelah Nobutake-san
melampaui suatu peringkat waboku, dan di sini Nobutake –san
tiba kepada ruang yang tidak mudah dicapai oleh kebanyakan
orang, nikat dalam kesepian dan kita damai dengan diri kita
sendiri.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 21 )
Penggunaan perkataan Subishisa dan Waboku merupakan
perkataan yang berasal daripada bahasa Jepun. Perkataan-
perkataan ini mempunyai maksud yang tertentu. Dalam hal
ini, Subishisa membawa maksud tenang dalam kesepian
menyendiri, bening atau sunyi manakala waboku bermaksud
kesimpulan yang tenteram, kepastian fikiran untuk
bertindak secara mutlak.
ii. Pengaruh Bahasa Arab
Selain itu, bahasa Arab juga terdapat di dalam novel ini.
Bahasa Arab ini digunakan setelah Michiko memasuki
agama Islam. Contohnya :
Atan mengangguk dan berkata, “Cuba ulang ucapan
pendek dalam sujud itu, Chiko Chan”
“ Subhana Rabbil A’ala wa Bihamdih.” Michiko mengulang
tiga kali.
( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 167 )
SENI
BAHASA
Retorik merupakan seni penulisan atau
pengucapan yang berkesan iaitu, seni
yang memberikan tumpuan kepada gaya,
strategi, bahan dan khalayak.
Menyentuh juga hal yang berkaitan dengan cara
menyampaikan pendapat, idea dan saranan atau cara
menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk
mempersembahkan pemikirannya, tanggapan atau
perasaan dengan jelas dengan menggunakan gaya yang
berkesan.
RETORIK
RETORIK
PEMERIAN
Penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau
huraian mengenai sesuatu idea. Dalam penulisan jenis
ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan
sesuatu.
Misalnya penulis ingin memberikan gambaran kepada
pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian,
benda atau seseorang watak.
Badannya kian bulat dan mukanya sudah menjadi
empat segi, kepala sudah botak licin dan kakinya
pengkar sudah tidak kuat berjalan jauh, matanya
sudah menggunakan cermin tebal. (halaman 17)
RETORIK
PENCERITAAN
Satu bentuk penyampai melalui cerita, sama ada dalam
penulisan mahupun lisan. Ia juga menghubungkan
beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot
yang logik.
Sasaki Nobutake mengarahkan disediakan minuman
dan makanan ringan di Pavilion Tasik untuk enam
orang dan memberikannya sendiri lima nama tamu
yang akan masuk menemuinya. Nobutake juga
meminta disediakan makanan siang untuk enam
orang di Pavilion Taman, bersama sake hangat dalam
guci untuk menemani hidangan Jepun, dan wain
dari anggur Jepun sendiri untuk menemani makanan
Barat. (halaman 14)
RETORIK
PENDEDAHAN
Tujuan retorik ini adalah untuk memberi pemahaman
kepada khalayak. Sehubungan dengan itu, sesuatu
topik itu perlu dihurai,disingkap dan ditunjukkan
dengan jelas serta terperinci supaya khalayak
memahami topik yang diperkatakan.
Kebiasaannya idea yang menggunakan retorik ini
berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta,
falsafah dan sebagainya.
Dalam masyarakat Jepun yang dianggap pada
dasarnya masih banyak bergantung pada
pertanian dengan menggunakan tanah lima
setengah juta hektar, hanya tiga belas per sen
rumah tangga Jepun yang terlibat dalam
pertanian. Tidak sampai setengah per sen
yang terlibat dalam perhutanan dan tidak
sampai setengah juga yang bergantung hidup
di laut sebagai nelayan. Selebihnya buruh
dalam pemerintah dan dalam swasta, dan
saudagar kecil dan besar. (halaman 25)
CONTOH
GAYA BAHASA
SKEMA PERULANGAN
1. POLISINDETON
Polisindeton merupakan penggunaan kata hubung yang
melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut
rumus tatabahasa. Ia juga digunakan bagi menunjukkan
penekanan terhadap sesuatu maksud.
Perkahwinan Jahid dan Mariana akan berlangsung
hujung bulan Julai, dan Pamela bersama emaknya dan
Jane dengan emaknya akan kembali ke Kedah pada awal
minggu keempat bersama Mariana. (halaman 1)
2. ANAFORA
Bermaksud sejenis gaya bahasa pengulangan,
iaitu pengulangan perkataan pertama pada
setiap baris atau pada setiap ayat yang
biasanya secara berturutan supaya
memperoleh kesan tertentu.
Generasi baru Barat sudah hilang haluan.
Generasi baru Asia belum menemukan titik
tolak untuk menentukan haluan masa
depannya. (halaman 16)
3. PARALELISME
Sebagai kesamaan struktur atau pasangan atau
siri kata-kata,frasa-frasa atau klausa-klausa yang
berhubungan. Gaya ini mensejajarkan beberapa
ayat yang berpola sama.
Buah kaki (persimmom) atau pisang kaki, buah
nashi (pear) dan buah samak, sedang membesarkan
putik masing-masing, dengan makanan dari akar
dan zat matahari dari daun, untuk matang dan
dipetik bulan September. (halaman 39)
4. EPISTROP
Bermaksud sejenis perulangan kata-kata yang
sama atau kumpulan yang sama pada akhir
klausa yang berturutan. Pengulangan ini
memberikan rima pada ayat dan memberikan
penekanan khusus pada elemen yang diulang.
“Kau tidak perlu malu. Keluarga kita tidak
malu. Mereka yang malu” (halaman 56)
SKEMA PENGGUGURAN
Tujuan penggunaan skema ini untuk memberi kesan
keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa.
ASINDETON
Merujuk kepada pengguguran kata hubung antara
siri-siri klausa yang berhubungan.
Perempuan itu mengandung, lalu pergi ke laut,
berdua bunuh diri. (halaman 44)
MAJAZ PERTAUTAN
Memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki
dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan
petunjuk.
DESFEMISME
Merujuk kepada kata-kata kasar untuk tujuan tertentu
“Kau orang tidak tahu adat!” Dan suara kasar itu
memeranjatkan yang lain. “kau orang tahu, hanya
Harumi-san yang mengerti apa itu perang. Sekarang dia
sudah mati. “Saya tahu kau orang semua menghina aku,
sebab menantuku hidup dengan perempuan lain, dan
bunuh diri di laut! Tapi salah keluargakukah itu? Salah
anak perempuankukah itu. Semua biadap!” (halaman 42)
MAJAZ PERBANDINGAN
1. SIMILE
bermaksud mengungkapkan sesuatu perbandingan
atau persamaan dengan menggunakan kata seperti,
ibarat, laksana, bagai, umpama, bak, dan sebagainya
Pengakuan ayahnya seperti pohon besar tempat
bernaung dari panas terik matahari, tenang dan teduh.
(halaman 56)
2. PERSONAFIKASI
merupakan sejenis gaya perbandingan iaitu
penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi
atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda,
binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan,
peristiwa, objek atau idea.
Tokyo bukan sahaja melahirkan manusia, tapi
juga telah mencipta watak yang menyimpang
dari Jepun.(halaman 28)
MAJAZ PERTENTANGAN
Bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang
bertentangan dengan makna sebenarnya.
HIPERBOLA
Perbandingan yang melampau.
Rasa simpati itu menebuk benteng hati Michiko, dan
dari lubang itu mengalir dan membuak keluar rasa sedih
dan marah yang terbendung, menjadi tangis yang
mencurah terus-menerus hingga kering empangannya
dalam kolam sukma. (halaman 56-57)
KESIMPULAN
 Arena Wati ialah seorang sasterawan yang berjiwa
besar dan seorang intelektual. Naratifnya sentiasa
diilhami oleh mata hati serta kalbunya yang luhur dan
jujur.
 Tenaga kepengarangan dan kreatifnya begitu perkasa
dalam membisikkan pemikiran inteleknya menerusi
pelbagai genre sastera.
 Menerusi novel Sakura Mengorak Kelopak ini, Arena
wati dengan jayanya mendedahkan stratifikasi
masyarakat serta budaya orang-orang Jepun.
 Penulis amat bijak mengambil latar belakang bangsa
Jepun untuk menceritakan perjuangan sesuatu
bangsa, yang sudah tentu amat relevan dengan bangsa
Melayu yang masih tenggelam punca, mencari arah
tuju dan mencari jati diri.

More Related Content

What's hot

Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Arz-zam Nawawi
 
Filologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam SejarahFilologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam SejarahAlif Akram
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasawanbaizura88
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitifong kai hung
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Rafiza Diy
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturaisyasensei
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptxprinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptxNURULIZZAHBINTIAZMIM
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuAhmad NazRi
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptxMahmudKhusairiAbdull
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 

What's hot (20)

Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
Pengurusan pembelajaran (KPS3014)
 
Filologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam SejarahFilologi Dalam Sejarah
Filologi Dalam Sejarah
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personaliti
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptxprinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
 
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayuTugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
Tugasan bmm 3104 pengajaran kemahiran bahasa melayu
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
4 .1.1. CABARAN PERTAHANAN NEGARA.pptx
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 

Similar to Sakura

Similar to Sakura (15)

鼻 - Hana Akutagawa Ryounosuke
鼻 - Hana Akutagawa Ryounosuke鼻 - Hana Akutagawa Ryounosuke
鼻 - Hana Akutagawa Ryounosuke
 
Jepankk
JepankkJepankk
Jepankk
 
Jepankk
JepankkJepankk
Jepankk
 
Jepankk
JepankkJepankk
Jepankk
 
10 anggota akatsuki ppt ihsan
10 anggota akatsuki ppt ihsan10 anggota akatsuki ppt ihsan
10 anggota akatsuki ppt ihsan
 
Adat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS SejarahAdat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS Sejarah
 
Struktur dalam kebudayaan akar dari realitas kelompok 2
Struktur dalam kebudayaan akar dari realitas kelompok 2Struktur dalam kebudayaan akar dari realitas kelompok 2
Struktur dalam kebudayaan akar dari realitas kelompok 2
 
Suku dayak benuaq
Suku dayak benuaqSuku dayak benuaq
Suku dayak benuaq
 
karya sastra minangkabau
karya sastra minangkabaukarya sastra minangkabau
karya sastra minangkabau
 
Kebudayaan jepang
Kebudayaan jepangKebudayaan jepang
Kebudayaan jepang
 
Shinto & bahai
Shinto & bahaiShinto & bahai
Shinto & bahai
 
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikalBuku gratis   pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
Buku gratis pesugihan (buku kecil) - muhammad abduh tuasikal
 
Celine and the gang
Celine and the gangCeline and the gang
Celine and the gang
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
Kebudayaan harakiri
Kebudayaan harakiriKebudayaan harakiri
Kebudayaan harakiri
 

Recently uploaded

polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 

Sakura

  • 1. Nor Amira binti Mohd Noor D20121057988 Liyana Shazwani binti Rosdi D20121057991 Nusratina binti Zulkifeli D20121058000 Nor Zulaikha binti Abu Bakar D20121058001 Siti Hawa binti Harun D20121058022 Nur Hiedayah binti Zulkipli D20121058024
  • 2.
  • 3. Novel Sakura Mengorak Kelopak mengisahkan tentang kehidupan golongan wanita Jepun yang sangat dikenali dengan perwatakan lembut dan bersopan santun. Mereka juga begitu sinonim dengan kesetiaan dan kepatuhan mereka kepada golongan lelaki. Namun begitu, rasa kesetiaan tidak lagi dianggap satu penghormatan oleh wanita Jepun yang kini didedahkan dengan cara hidup moden yang dipengaruhi oleh Barat. Mereka telah bangkit untuk merobohkan egoisme lelaki Jepun.
  • 4. Dalam Sakura Mengorak Kelopak diceritakan tentang rasa kesetiaan yang telah lama wujud di dalam diri wanita Dai Nihon semenjak berabad- abad lamanya sehingga menjadi kontroversi dan mereka mula bangkit menentang. Watak Michiko berani menolak mayat suami yang mati yang melakukan harakiri (membunuh diri dengan menikam atau memburaikan perutnya apabila mendapat malu atau dihukum mati) bersama-sama dengan teman wanitanya yang mengandung. Pada masa itu juga, Tokyo dan Kyoto mengalami satu siri letupan dan kebakaran yang hampir memusnahkan bandar-bandar.
  • 6. Novel Sakura Mengorak Kelopak telah dihasilkan pada tahun 1987 oleh Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, Andi Mohalan Andi Beang atau lebih dikenali sebagai Arena Wati Beliau dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia dan meninggal dunia pada 25 Januari 2009. Beliau merupakan Sasterawan Negara Malaysia pada tahun 1988. Nama pena lain beliau ialah Duta Muda dan Patria. Dalam novel ini, Arena Wati menyingkap beberapa aspek sistem nilai masyarakat Jepun. Turut dinaratifkannya ialah perubahan yang berlaku dalam sistem nilai masyarakat tersebut yang membawa kepada terjadinya emansipasi wanita Jepun. Arena Wati berwacana mengenai beberapa aspek pemikiran dan nilai masyarakat Jepun sambil meletakkannya ke dalam fiksyen seperti feminisme.
  • 8. -S.Othman Kelantan (1997) turut menjelaskan bahawa pemikiran merupakan satu fikiran atau idea yang muncul dan wujud dari golongan bijak pandai. -Golongan ini menggunakan akalnya dalam memikirkan konflik yang dihadapi oleh masyarakat dalam lingkungannya, dan pemikiran tersebut dilebarkan oleh golongan cerdik pandai ke luar lingkungannya. -Pemikiran pengarang juga merupakan penampilan makna dalaman dalam sesuatu karya klasik juga dapat dilihat daripada sikap pengarang yang menampilkan pengembaraan watak yang baik dan mengandungi unsur-unsur pengajaran yang tinggi dalam sesebuah karya klasik. Definisi pemikiran dan idealisme
  • 9. Ritual Kematian Menurut Buddha Masyarakat Jepun mempercayai mengamalkan ritual kematian menurut Buddha seperti kehidupan selepas mati dan kehadiran anasir-anasir jahat yang menganggu kesejahteraan,ant aranya kepercayaan terhadap kehadiran roh jahat. Contohnya : Tanpa kata Sageike meninggalkan rumah, lengkap baju hujan, topi dan payung dan segera menyelesaikan rawatannya, lalu berkejar ke rumah Muragaki Harumi. Di sana Nagai Sageike dapati mayat sahabatnya sudah dikerumuni anak- cucu, keluarga, jiran-jiran dan sahabat handai. Menantu dari putera sulung Harumi telah melengkapi keperluan ; pisau untuk menghalau roh jahat, kapas, pakaian mayat, hidangan nasi dan lauk dan sake atas dulang kayu, berbagai alat upacara kematian menurut Buddha campuran Shinto sudah lengkap semuanya. (Sakura Mengorak Kelopak, halaman: 41)
  • 10. Kepentingan Pendidikan Dalam Meneruskan Kehidupan Michiko mengetahui betapa pentingnya pendidikan bagi dia untuk meneruskan kehidupan dan supaya berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik. Hal ini kerana saingan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik contohnya seperti jawatan White collar sangat terhad dan memberi saingan yang tinggi kepada pemohon. Contohnya: Dari sekolah rendah Michiko membuktikan bahawa dia lebih pintar dari abang-abangnya sehingga masing-masing lulus dari High School di Aomori. Abang-abang Michiko hanya mencapai sekadar lulus, dan akhirnya kembali dalam masyarakat sebagai nelayan dan petani moden, sebab saingan untuk jawatan white collar sangat terbatas di utara; tidak mudah tembus dengan hanya bersenjatakan High School yang tidak cemerlang. Michiko mengatasi semua itu, lalu diterima masuk ke Universiti Tokyo. Sakura Mengorak Kelopak, halaman:64
  • 11. Pengaruh Islam Dalam Kehidupan Michiko sudah mula untuk mendalami ajaran islam dalam kehidupan. Meskipun agak sukar pada permulaannya, namun dia bertekad untuk mempelajari secara perlahan-lahan sambil dibantu oleh suaminya. Suami Michiko iaitu Atan yang banyak mendorong dan membantu Michiko dalam mempelajari tuntutan dalam agama islam. Contohnya: Atan memandikan Michiko, menjirusnya dengan sekujur tubuh, tujuh kali dan berkata “Kau sudah tahu ambik wuduk. Buatlah sekarang, dan kerana saya dan kau dalam mazhad Syafie, kita tidak boleh bersentuhan buat sementara hingga selesai saya buat solat sunat.” Atan jadi iman, dan Michiko jadi makmun dalam solat syukur, dan setelah Atan menyelesaikan doa, dia berpaling kepada isterinya, menjabat tangan Michiko. Sakura Mengorak Kelopak, halaman:173
  • 12. Penggunaan Nama Keluarga Dalam Masyarakat Jepun Masyarakat jepun amat mementingkan penggunaan nama keluarga dalam kalangan mereka. Hal ini boleh dilihat apabila setiap orang akan disebut dan ditulis nama keluarga dahulu berbanding namanya sendiri. Seseorang akan dianggap kurang sopan sekiranya nama dirinya mendahului nama keluarganya. Tambo dan salasilah keluarga ini menjadi satu simpanan yang dianggap sakti, dijaga dan dipelihara. Contohnya: Nama-nama keluarga itu kekal pada diri setiap orang, kerana setiap orang disebut dan ditulis nama keluarga dulu baru disebut nama diri. Dan umumnya dalam etika hubungan, dalam perbualan atau pertemuan, nama diri jarang disebut tetapi diutamakan nama keluarga. Adalah dianggap kurang sopan bagi seseorang yang belum akrab apalagi orang yang dianggap lebih tua atau tinggi darjatnya kalu disebut nama dirinya mendahului nama keluarganya. Sakura Mengorak Kelopak, halaman:411
  • 13. Mempelajari Budaya Asing Atan merupakan individu yang dilahirkan di Malaysia dan berasal dari sebuah kampung. Cara hidup dan budaya yang dipelajari adalah berkitan dengan budaya masyarakat Melayu. Namun Atan cuba untuk membiasakan diri dan mempelajari nilai dan budaya masyarakat Jepun setelah berkawan dengan sahabatnya yang tinggal di Jepun dan mempunyai ikatan perkahwinan dengan seorang gadis Jepun iaitu Michiko. Atan telah mempelajari cara memegang mangkuk sup dengan betul dengan bantuan sahabatnya Jirosaki Taeko. Atan juga menerapkan budaya menghormati tuan rumah apabila berkunjung ke rumah sahabatnya. Contohnya: Atan melihat Nobutake menghabiskan dua mangkuk nasi. Dan untuk menghormati tuan rumahnya, dia membiarkan mangkuknya diisi oleh Nobutake. Lalu meminum habis supnya. “Saya lihat cara Atan –san memegang mangkuk sup sudah lancar, kena betul. Michiko ajar begitu?” “Di Kyoto, Sasaki-san. Lama sebelum berjumpa dengan Michiko. Jirosaki Taeko banyak mengajar saya tentang cara hidup di negeri ini. Tapi maafkan saya Sasaki-san. Saya masih bebal. Belum sanggup hadir dalam majlis minum teh.” Sakura Mengorak Kelopak, halaman:446
  • 14. NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP DALAM SAKURA MENGORAK KELOPAK
  • 16. Adat Perkahwinan …Hanaoka termenung panjang menyusuri tatacara risiskan dan peminangan dalam perkahwinan orang Jepun. Orang tengah akan meminta Orang tengah akan meminta gambar dari pihak lelaki untuk dibawa kepada pihak perempuan setelah pasti bahawa gadis yang dimaksud belum terikat risiskan lain. Dan sebaliknya, gambar gadis tersebut juga diberikan kepada pihak lelaki. Setelah masing-masing berkenan, barulah memasuki fasa yang rumit iaitu menyiasat keluarga kedua belah pihak. Bagi pihak perempuan, mereka akan melantik beberapa orang untuk mengumpulkan keterangan atas diri lelaki, ibu bapa, saudara baik dari segi adat, amanah, perangai dan segala jenis penyakit, sudah cukup dijadikan alasan untuk memberhentikan risikan. Bagi pihak lelaki, mereka lebih berhati-hati dengan erti lagi. Peribadi gadis dan sejarah hidupnya akan dikaji, cacat-cela saudara maranya, ibu bapanya. Dan didapati sedikit kecacatan di kalangan mereka, risikan akan diberhentikan dengan memulangkan cincin ikatan risikan melalui orang tengah. (Sakura Mengorak Kelopak: 77)
  • 17. Adat Membongkok  bertujuan untuk menunjukkan tanda hormat dan tanda meminta maaf Hanaoka kepada Nobutake kerana menyebabkan Nobutake menunggu lama. Hal ini dapat dilihat seperti contoh di bawah: …setelah saling membongkok sebanyak tiga kali sebagai kelaziman adat, Hanaoka berkata halus sekali, “Maafkan kerana barangkali menunggu lama. Tapi saya sudah berusaha tepat pada waktunya. (Sakura Mengorak Kelopak: 21)
  • 18. Adat Memakai Pedang Nobutake tidak pernah curiga atas keselamatan dirinya, terutama dalam kawasan Sasaki Kyori sendiri. Tapi sebagai keturunan dari darah samurai asal Hikone yang jadi kebanggaan Tokugawa, kelaziman memakai pedang dalam kawasan sendiri menjadi teradat terutama bagi anak lelaki tertua, sebagai pemegang waris. Pedang pendek itu hanya sebagai simbol, yang bukan saja harus dipakai, tetapi juga mesti dihayati dengan tanggapan erti dan semangat jiwa pedang. (Sakura Mengorak Kelopak: 14)
  • 19. Kesetiaan Isteri Kepada Suami …si isteri mesti setia kepada suaminya, menyediakan tempat tidurnya sendiri, untuk diberikan kepada perempuan yang dibawa suaminya masuk ke dalam rumah. Dan isteri yang sah itu mesti setia menunggu di luar pintu, duduk atau berdiri diam-diam, untuk segera melakukan kerja yang diarahkan oleh suaminya bagi kesenangannya dengan perempuan yang dibawanya tidur itu.” (Sakura Mengorak Kelopak: 118)
  • 20. Etika Moral  Kaum wanita memegang etika moral ini dengan dua tujuan iaitu tujuan pertama adalah bagi menjaga air muka roh nenek moyang mereka.  Kedua adalah bagi menjaga maruah atau air muka orang yang hidup iaitu merangkumi lingkungan keluarga, lingkungan jiran atau Tonarigumi, linkungan masyarakat, dan sebagainya. “Ini salah satu daripada kriteria etika moral dalam konsep malu itu,” kata Michiko. “Telanjang dalam tempat tertutup atau dalam rumah di tengah-tengah keluarga sendiri, tidak melanggar etika moral.” (Sakura Mengorak Kelopak: 114)
  • 22. KONSEP NILAI ILMU • Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081) perkataan nilai merujuk sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Nilai membolehkan manusia membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk, yang betul dengan yang salah. • Mohd Rashid Md. Idris et. al (2014) menyatakan bahawa nilai dan etika masyarakat berkait rapat dengan perkara yang mempunyai nilai yang tinggi dari aspek kebenaran, kebaikan, dan keindahan yang sangat sinonim dengan agama Islam.
  • 23. • Manakala ilmu pula bermaksud pengetahuan mengenai perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya. Oleh itu, ilmu dikatakan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan usaha menyebarkannya dalam bentuk maklumat kepada orang lain. Maklumat yang disebarkan itu mengandungi pelbagai fungsi seperti untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan merungkaikan segala kemusykilan.
  • 24.  Arena Wati telah menggambarkan ilmu perniagaan dalam novel Sakura Mengorak Kelopak dengan menceritakan bahawa Sasaki Nabutake seorang yang bekerja keras dalam mengumpul harta di mana beliau telah memulihkan perusahaan Sasaki sebagai jurubina dan kontraktor dan sekaligus memasuki bidang hartanah. ILMU PERNIAGAAN
  • 25. “Di sinilah Nabutake mulai bekerja keras, menggunakan bekas tentera yang masih hidup dan pernah dipimpinnya. Dia memulihkan perusahaan Sasaki sebagai jurubina, kontraktor dan sekaligus memasuki bidang hartanah. Dasar MacArthur membangun kembali Jepun dengan mengenakan cukai pembangunan yang terlalu tinggi menyebabkan ramai pemilik hartanah di Jepun, terutama di Tokyo tidak mampu membayar cukai lalu menjual tanah mereka.” (Sakura Mengorak Kelopak : 18)
  • 26. Sektor pertanian sememangnya merupakan salah satu sektor yang terpenting bagi setiap negara. Malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status antara negara-negara membangun dan negara-negara maju. ILMU PERTANIAN Berdasarkan novel yang dikaji, Arena Wati turut menyelitkan ilmu pertanian dalam kalangan masyarakat Jepun. Walaubagaimanapun, sektor pertanian merupakan sektor yang kurang diceburi dalam masyarakat Jepun terutamanya golongan suri rumah.
  • 27. “Dalam masyarakat Jepun yang dianggap pada dasarnya masih banyak bergantungan pada pertanian dengan menggunakan tanah lima setengah juta hectare, hanya 13% rumah tangga Jepun yang terlibat dalam sektor pertanian.” (Sakura Mengorak Kelopak : 25)
  • 28. Pendidikan merupakan hal yang terpenting dalam kehidupan seseorang. Melalui pendidikan, seseorang akan dipandang tinggi dan dapat memiliki kerjaya ILMU PENDIDIKAN Dalam novel tersebut, Arena Wati menceritakan Nabutake pada zaman remajanya merupakan seorang pelajar yang berkelulusan dari High School di Tokyo, namun pencapaianya tidak cukup untuk beliau menyambung pembelajarannya ke Tokyo Imperial University.
  • 29. Oleh kerana Nobutake merupakan seorang anak dari hartawan, Nobutake telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Waseda sehingga beliau lulus dalam kelulusan Kejuruteraan Awam. Contoh: Pada zaman remajanya, Nonutake lulus dari High School Di Tokyo, tetapi pencapaiannya tidak cukup untuk masuk ke Tokyo Imperial Uiversity. Bukan salahnya semata-mata. Ini tergantung pada sikap ayahnyasendiri yang terlalu banyak mengambil masa Nobutake untuk melibatkannya dalam urusan perniagaan. Tetapi, sebagai anak orang kaya, Nobutake mudah masuk ke Universiti Waseda, dan di sana dia lulus Kejuruteraan Awam pada tahun 1936. (Sakura Mengorak Kelopak : 17-18)
  • 30. Menurut Kamus Dewan (2010), firasat bermaksud pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan, dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang. Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara contoh ilmu firasat. ILMU FIRASAT Contoh ilmu firasat dalam novel Sakura Mengorak Langkah ialah:
  • 31. Berdasarkan petikan di atas, dapat dibuktikan bahawa Nobutake berpendapat atau berfirasat bahawa Michiko telah menyamakan tugasnya di fakulti dengan kehadiran dirinya ke Sasaki Kyori. “ “Ya, sekali lagi maafkan saya yang tua renta ini, Michiko-san, sebab saya rasa beg fakultimu telah bercerita banyak kepada saya sekarang, bahawa kau datang ke Sasaki Kyori sebagai suatu tugas yang kau samakan dengan kerjamu di fakulti.” (Sakura Mengorak Kelopak : 31)
  • 32. Bagi masyarakat Jepun yang menganut agama Buddha, mereka percaya bahawa mantera yang akan dibacakan terhadap orang yang telah meninggal dunia dapat menghalau roh-roh jahat. ILMU MANTERA Mantera tersebut dibaca sebelum mayat tersebut dikebumikan. Ilmu mantera yang cuba digambarkan dalam novel Sakura Mengorak Kelopak dapat dibuktikan seperti rangkap tersebut :
  • 33. “Di sana Ngai Saageiki dapati mayat sahabatnya sudah dikeruuni anak-cucu, keluarga, jiran-jiran dan sahabat handai. Menantu dari putera sulungHarumi telah melengkapi keperluan seperti pisau untuk menghalau roh jahat, kapas, pakaian mayat, hidangan nasi dan lauk dan sake atas dulang kayu, dan berbagai alat upacara kematian menurut Buddha campuran Shinto, sudanh lengkap semuanya. Setelah membacabeberapa bait mantera dari sutra Buddha, Sageike meninggalkan mayat sahabatnyadan berlalu kelujar ke halaman..” (Sakura Mengorak Kelopak : 41)
  • 34. Ilmu keagamaan juga cuba digambarkan oleh Arena Wati dalam novel Sakura Mengorak Kelopak. Ilmu keagamaan yang cuba ditonjolkan ialah ilmu keislaman. ILMU KEAGAMAAN Bagaimana seorang lelaki muslim iaitu Atan menerangkan adat perkahwinan mengikut cara islam kepada seorang wanita Jepun yang beragama Buddha iaitu Michiki.
  • 35. “Kaum wanita kami lebih beruntung, dibandingkan wanita Nihon. Dalam hal ini, norma kami terbahagi dua. Pertama, isteri yang kematian suami. Kedua, isteri yang bercerai dengan suami.” “Bagaimana itu? Yang pertama dulu.” “Isteri yang kematian suami, boleh kahwin dengan lelaki lain, kalau dia mahu, dengan syarat kena melalui tempoh selama setahun. Tujuan tempoh setahun tersebut ialah untuk memastikan bahawa tidak ada lagi kandungan dalam rahimnya hasil dari percampuran dengan suaminya sebelum suami itu meninggal dunia. (Sakura Mengorak Kelopak : 112)
  • 37. Teknik Penceritaan Teknik penceritaan merupakan salah satu cara atau kaedah seseorang penulis menyampaikan cerita dalam karya mereka. i. Teknik pemerian Pemerian merupakan teknik yang paling tua dan paling banyak digunakan oleh penulis dalam karya-karya mereka. Melalui teknik ini, penulis telah bercerita secara langsung tentang apa sahaja sama ada peristiwa atau keadaan, watak dan perwatakan atau latar cerita dalam karya tersebut.
  • 38. Contoh ayat 2 : Sikapnya terbuka, peramah tapi hormat kepada orang, dan dengan kegemarannya sendiri, Ariyoshi sanggup membuang masa sehari penuh, kalau ada pelanggannya dari Indonesia atau Malaysia, dan dilayannya berbual dengan bahasa Melayu yang lancar. ( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 101 )
  • 39. Bagi contoh ayat di atas, penulis telah membuat pemerian tentang perwatakan bagi watak Osaragi Ariyoshi yang merupakan seorang yang bersikap terbuka, hormat-menghormati dan seorang yang melayan pelanggannya dengan baik. ii. Teknik dialog Dialog pula merupakan percakapan watak dengan watak dalam cerita yang melibatkan dua watak atau lebih yang akan berbalas kata. Melalui teknik ini, penulis menyampaikan cerita secara tidak langsung . Contohnya :
  • 40. “ Tentu papa marah pada perempuan itu?” “ Mama juga marah.” “ Nah, kalau papa marah, dan mama juga marah kepada perempuan itu, kenapa mereka bertengkar tentang perempuan itu?” “Papa berkeras , mahu perempuan itu dibunuh.” ( Sakura Mengorak Kelopak,halaman : 153 )
  • 41. Berdasarkan dialog di atas, ia merupakan dialog antara Kenji dengan isterinya yang berbual tentang ibu bapanya yang bertengkar disebabkan oleh peristiwa Michiko yang bertindak tidak menerima mayat suaminya. iii. Monolog dalaman Monolog dalaman merupakan percakapan di dalam minda atau fikiran watak dengan dirinya sendiri. Ia tidak mengeluarkan suara. Monolog dalaman yang terdapat dalam novel ini ialah:
  • 42. ‘Kenapa suamiku berubah?’ dia bertanya dalam hati, dan mencari liku-liku persoalan itu. ‘ kenapa dia tidak berterus terang?’ ( Sakura Mengorak kelopak, halaman : 46 ) Dalam ayat ini, Michiko bertanya dalam hatinya tentang sikap suaminya yang telah berubah. Dia tertanya-tanya sebab berlakunya sedemikian. Dia juga tertanya tentang sebab suaminya yang tidak berterus terang itu.
  • 43. iv. Teknik Imbas Muka Imbas muka merupakan bayangan peristiwa yang akan berlaku . Biasanya ia wujud dalam fikiran atau minda watak dalam cerita sama ada dalam bentuk angan-angan atau jangkaan watak itu. Contoh: “Barangkali saya dituduh perempuan tidak berguna,tidak dapat anak. Barangkali mereka tuduh saya tidak boleh beranak, lalu suami saya mengambil perempuan lain.” ( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 57 )
  • 44. Ayat di atas menunjukkan bahawa penulis telah menggunakan teknik imbas muka yang digunakan dalam watak Michiko. Dalam hal ini, Michiko telah membayangkan sesuatu yang terjadi pada masa akan datang yang dia sendiri bimbang sekiranya masyarakat menuduhnya sebagai seorang perempuan yang tidak berguna akibat tiada anak.
  • 45. v. Teknik Imbas Kembali Menurut Rahman Shaari ( 2002 ) imbas kembali merujuk kepada bahagian cerita yang mengisi kejadian atau kejadian- kejadian pada masa silam. Teknik ini merupakan teknik penceritaan semula sesuatu peristiwa yang pernah berlaku pada masa lepas. Ia diimbas secara langsung melalui pemerian penulis atau secara tidak langsung melalui pemikiran atau dialog watak. Contohnya :
  • 46. “Saya tahu, papa,” suaranya lebih tegas, dan sungguh-sungguh mahu meyakinkan ayahnya. Tapi Michiko tidak mahu berterus- terang, bahawa empat bulan pertama dari perkahwinannya, dia sudah buang kandungan dua bulan dari dalam rahimnya, sebab dia belum bersedia menjadi ibu, dalam keadaan hidupnya seperti itu. Dia bekerja di Tokyo, sibuk dalam kampus dan kegiatan kemasyarakatan, dan suami jauh nun di Utara, di Aomori. ( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 58 )
  • 47. Imbas kembali ini berlaku penulis ingin menceritakan semula tentang peristiwa yang telah terjadi pada watak Michiko yang dahulunya Michiko telah hamil tetapi digugurkannya disebabkan oleh dia sendiri tidak bersedia menjadi seorang ibu dan keadaan hidupnya yang berasingan dengan suaminya. Bagi Michiko, mendapat anak di Tokyo begitu rumit, dia sanggup membiayainya tetapi tidak mudah untuk menjaganya.
  • 48. Teknik Saspen Teknik suspen merupakan keadaan tegang atau cemas dalam sesuatu peristiwa. Ia dapat dirasakan oleh pembaca atau watak dalam cerita yang mengalami peristiwa berkenaan. Keadaan cemas itu telah mewujudkan pelbagai andaian. Contohnya :
  • 49. “ Dalam pakaian begini, Michiko-san?” “Kenapa?” Michiko hairan. “ Saya selalu dalam yukuta kalau pulang ke Aomori. Kecuali dalam musim dingin!” “Tapi ini terlalu, Michiko-san!” “Apa maksudmu?” “Kenapa tidak pakaian berkabung?” (Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 47 )
  • 50. Dialog di atas merupakan dialog antara Michiko dengan pemandu teksi. Di sini telah wujudnya unsur saspen di mana Michiko sendiri berasa hairan terhadap apa yang diperkatakan oleh pemandu teksi tersebut. Apatah lagi apabila pemandu teksi tersebut menyatakan pakaian yang dipakai oleh Michiko itu keterlaluan dan bertanya kepada Michiko sebab tidak memakai pakaian untuk berkabung.
  • 51. Teknik Penerangan Teknik penerangan yang digunakan oleh pengarang adalah untuk menerangkan kepada sesuatu perkara yang merujuk kepada sesuatu perkara.. Penerangan ini diguanakan bagi memudahkan pembaca mudah memahami dan mengetahui akan sesuatu perkara. Contohnya,
  • 52. Tempat ini dapat nama julukan semenjak tahun lima puluhan dengan nama Sasaki Kyori ( Kyoori), yang dapat diertikan dalam tiga makna, iaitu kampong kediaman Sasaki, hati nurani Sasaki dan ajaran hidup Sasaki. ( Sakura Mengorak kelopak, halaman : 11 ) Penulis ingin menerangkan tentang nama tempat Sasaki Kyori yang diertikan dalam tiga makna, iaitu kampung kediaman Sasaki, hati nurani Sasaki dan ajaran hidup Sasaki.
  • 53. Menggarap Corak Penulisan dengan Menggunakan Pelbagai Pengaruh Bahasa. i. Pengaruh Bahasa Jepun Bahasa Jepun telah digunakan pada permulaan bab dalam penceritaan . Bahasa Jepun juga digunakan di dalam novel ini sebagai sesuatu yang menunjukkan identiti orang Jepun itu sendiri. Dalam hal ini, terdapat beberapa contoh yang menunjukkan penggunaan bahasa Jepun iaitu:
  • 54. Begitu sederhana, memasuki sabishisa setelah Nobutake-san melampaui suatu peringkat waboku, dan di sini Nobutake –san tiba kepada ruang yang tidak mudah dicapai oleh kebanyakan orang, nikat dalam kesepian dan kita damai dengan diri kita sendiri. ( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 21 )
  • 55. Penggunaan perkataan Subishisa dan Waboku merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Jepun. Perkataan- perkataan ini mempunyai maksud yang tertentu. Dalam hal ini, Subishisa membawa maksud tenang dalam kesepian menyendiri, bening atau sunyi manakala waboku bermaksud kesimpulan yang tenteram, kepastian fikiran untuk bertindak secara mutlak.
  • 56. ii. Pengaruh Bahasa Arab Selain itu, bahasa Arab juga terdapat di dalam novel ini. Bahasa Arab ini digunakan setelah Michiko memasuki agama Islam. Contohnya : Atan mengangguk dan berkata, “Cuba ulang ucapan pendek dalam sujud itu, Chiko Chan” “ Subhana Rabbil A’ala wa Bihamdih.” Michiko mengulang tiga kali. ( Sakura Mengorak Kelopak, halaman : 167 )
  • 58. Retorik merupakan seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu, seni yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan dan khalayak. Menyentuh juga hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea dan saranan atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapan atau perasaan dengan jelas dengan menggunakan gaya yang berkesan. RETORIK
  • 59. RETORIK PEMERIAN Penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian mengenai sesuatu idea. Dalam penulisan jenis ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu. Misalnya penulis ingin memberikan gambaran kepada pembaca tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda atau seseorang watak. Badannya kian bulat dan mukanya sudah menjadi empat segi, kepala sudah botak licin dan kakinya pengkar sudah tidak kuat berjalan jauh, matanya sudah menggunakan cermin tebal. (halaman 17)
  • 60. RETORIK PENCERITAAN Satu bentuk penyampai melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. Ia juga menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Sasaki Nobutake mengarahkan disediakan minuman dan makanan ringan di Pavilion Tasik untuk enam orang dan memberikannya sendiri lima nama tamu yang akan masuk menemuinya. Nobutake juga meminta disediakan makanan siang untuk enam orang di Pavilion Taman, bersama sake hangat dalam guci untuk menemani hidangan Jepun, dan wain dari anggur Jepun sendiri untuk menemani makanan Barat. (halaman 14)
  • 61. RETORIK PENDEDAHAN Tujuan retorik ini adalah untuk memberi pemahaman kepada khalayak. Sehubungan dengan itu, sesuatu topik itu perlu dihurai,disingkap dan ditunjukkan dengan jelas serta terperinci supaya khalayak memahami topik yang diperkatakan. Kebiasaannya idea yang menggunakan retorik ini berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah dan sebagainya.
  • 62. Dalam masyarakat Jepun yang dianggap pada dasarnya masih banyak bergantung pada pertanian dengan menggunakan tanah lima setengah juta hektar, hanya tiga belas per sen rumah tangga Jepun yang terlibat dalam pertanian. Tidak sampai setengah per sen yang terlibat dalam perhutanan dan tidak sampai setengah juga yang bergantung hidup di laut sebagai nelayan. Selebihnya buruh dalam pemerintah dan dalam swasta, dan saudagar kecil dan besar. (halaman 25) CONTOH
  • 63. GAYA BAHASA SKEMA PERULANGAN 1. POLISINDETON Polisindeton merupakan penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Ia juga digunakan bagi menunjukkan penekanan terhadap sesuatu maksud. Perkahwinan Jahid dan Mariana akan berlangsung hujung bulan Julai, dan Pamela bersama emaknya dan Jane dengan emaknya akan kembali ke Kedah pada awal minggu keempat bersama Mariana. (halaman 1)
  • 64. 2. ANAFORA Bermaksud sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu. Generasi baru Barat sudah hilang haluan. Generasi baru Asia belum menemukan titik tolak untuk menentukan haluan masa depannya. (halaman 16)
  • 65. 3. PARALELISME Sebagai kesamaan struktur atau pasangan atau siri kata-kata,frasa-frasa atau klausa-klausa yang berhubungan. Gaya ini mensejajarkan beberapa ayat yang berpola sama. Buah kaki (persimmom) atau pisang kaki, buah nashi (pear) dan buah samak, sedang membesarkan putik masing-masing, dengan makanan dari akar dan zat matahari dari daun, untuk matang dan dipetik bulan September. (halaman 39)
  • 66. 4. EPISTROP Bermaksud sejenis perulangan kata-kata yang sama atau kumpulan yang sama pada akhir klausa yang berturutan. Pengulangan ini memberikan rima pada ayat dan memberikan penekanan khusus pada elemen yang diulang. “Kau tidak perlu malu. Keluarga kita tidak malu. Mereka yang malu” (halaman 56)
  • 67. SKEMA PENGGUGURAN Tujuan penggunaan skema ini untuk memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa. ASINDETON Merujuk kepada pengguguran kata hubung antara siri-siri klausa yang berhubungan. Perempuan itu mengandung, lalu pergi ke laut, berdua bunuh diri. (halaman 44)
  • 68. MAJAZ PERTAUTAN Memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk. DESFEMISME Merujuk kepada kata-kata kasar untuk tujuan tertentu “Kau orang tidak tahu adat!” Dan suara kasar itu memeranjatkan yang lain. “kau orang tahu, hanya Harumi-san yang mengerti apa itu perang. Sekarang dia sudah mati. “Saya tahu kau orang semua menghina aku, sebab menantuku hidup dengan perempuan lain, dan bunuh diri di laut! Tapi salah keluargakukah itu? Salah anak perempuankukah itu. Semua biadap!” (halaman 42)
  • 69. MAJAZ PERBANDINGAN 1. SIMILE bermaksud mengungkapkan sesuatu perbandingan atau persamaan dengan menggunakan kata seperti, ibarat, laksana, bagai, umpama, bak, dan sebagainya Pengakuan ayahnya seperti pohon besar tempat bernaung dari panas terik matahari, tenang dan teduh. (halaman 56)
  • 70. 2. PERSONAFIKASI merupakan sejenis gaya perbandingan iaitu penginsanan atau pemberian ciri-ciri peribadi atau sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, objek atau idea. Tokyo bukan sahaja melahirkan manusia, tapi juga telah mencipta watak yang menyimpang dari Jepun.(halaman 28)
  • 71. MAJAZ PERTENTANGAN Bentuk bahasa yang mengemukakan makna yang bertentangan dengan makna sebenarnya. HIPERBOLA Perbandingan yang melampau. Rasa simpati itu menebuk benteng hati Michiko, dan dari lubang itu mengalir dan membuak keluar rasa sedih dan marah yang terbendung, menjadi tangis yang mencurah terus-menerus hingga kering empangannya dalam kolam sukma. (halaman 56-57)
  • 72. KESIMPULAN  Arena Wati ialah seorang sasterawan yang berjiwa besar dan seorang intelektual. Naratifnya sentiasa diilhami oleh mata hati serta kalbunya yang luhur dan jujur.  Tenaga kepengarangan dan kreatifnya begitu perkasa dalam membisikkan pemikiran inteleknya menerusi pelbagai genre sastera.  Menerusi novel Sakura Mengorak Kelopak ini, Arena wati dengan jayanya mendedahkan stratifikasi masyarakat serta budaya orang-orang Jepun.  Penulis amat bijak mengambil latar belakang bangsa Jepun untuk menceritakan perjuangan sesuatu bangsa, yang sudah tentu amat relevan dengan bangsa Melayu yang masih tenggelam punca, mencari arah tuju dan mencari jati diri.