SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
113
KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN
Oleh
Cathy John
ABSTRAK
Kajian ini saya jalankan setelah mendapati Mark, seorang murid
Tahun 3 masih belum dapat menguasai kemahiran membaca
khususnya suku kata KVKV. Setelah menjalani praktikum selama
tiga bulan di Sekolah Kebangsaan BK, maka timbul keinginan dan
minat saya untuk mengkaji masalah ini. Mark boleh mengecam dan
menyebut apakah gambar yang ditunjukkan tetapi tidak dapat
mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis jawapan yang
tepat. Sebaliknya, beliau hanya menjawab jawapan tepat pada
suku kata awalan atau akhiran. Kajian ini bertujuan untuk
membantu Mark mengatasi masalah dalam kemahiran membaca.
Saya mengambil tindakan seperti memberi bimbingan secara
individu dan secara berkumpulan kepada Mark di dalam kelas.
Setelah menjalankan bimbingan selama dua bulan, usaha saya
menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kini, Mark boleh
mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV
dengan tepat.
1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan BK merupakan sebuah sekolah yang terletak di
tengah-tengah kawasan Taman BK. Ia terletak tiga kilometer dari bandaraya
Kuching. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai 12
buah kelas sekolah rendah dan dua buah kelas prasekolah. Pada tahun ini,
bilangan murid adalah seramai 533 orang dengan 30 orang guru dan tiga
orang kakitangan sokongan. Majoriti murid-murid yang berada di sekolah ini
terdiri daripada kaum Melayu dan Iban.
Secara umumnya, sekolah ini juga menghadapi masalah murid-murid
Tahap Satu yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran
asas ini dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas kerana gagal melepasi
ujian pelepasan KIA 2M atau dicalonkan oleh guru kelas dan guru besar
ekoran daripada pencapaian yang kurang baik di dalam kelas. Keadaan
yang amat membimbangkan saya ialah terdapat murid Tahun 3 yang masih
belum menguasai kemahiran asas membaca.
Setelah tiga bulan saya menjalani praktikum di sekolah ini, maka timbul
keinginan dan minat saya untuk membuat penyelidikan tentang masalah
bacaan kerana saya menganggap ia sebagai satu tanggungjawab saya.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
114
Saya juga prihatin terhadap murid-murid Tahap 1 secara umumnya dan
murid-murid Tahun 3 secara khususnya yang masih lemah dalam
menguasai kemahiran asas membaca. Ini mungkin boleh menyebabkan
mereka ketinggalan dalam pembelajaran mereka berbanding dengan rakan-
rakan yang lain apabila berada di Tahap 2 kerana kemahiran asas suku
kata tidak akan diajar seperti mana mereka diajar semasa di Tahap 1.
1.2 Keprihatinan Saya
Kajian saya bermula apabila saya menjalani praktikum di Sekolah
Kebangsaan BK, Kuching di mana saya mengajar kelas pemulihan Bahasa
Melayu untuk murid-murid Tahun 3. Mark (nama samaran) merupakan
murid Tahun 3 yang tidak memberi sebarang masalah kepada saya dari
segi tingkah laku mahupun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(p&p) dilaksanakan. Mark dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberi
dengan baik dan mendengar arahan yang diberikan. Dari segi kehadiran,
Mark jarang ponteng sekolah kecuali bila beliau sakit. Justeru, Mark boleh
dikategorikan sebagai seorang murid yang baik, berminat untuk belajar dan
berkawan tetapi Mark memerlukan sedikit bimbingan dan arahan agar dapat
mengurangkan tingkah laku suka mengganggu rakan-rakannya semasa
belajar.
Pada 2 Julai 2009, Mark menduduki ujian lisan untuk Bahasa Melayu
Pemulihan. Ujian tersebut menunjukkan terdapat kelemahan-kelemahan
yang dihadapi dalam menguasai kemahiran asas mengeja, membunyikan
dan menyebut suku kata seperti berikut.
 Kemahiran KV : ma. ta, ka, ca, bu, ja, sa,
 Kemahiran KVKV : buta, ratu, cuci, cuti, dadu, dahi, feri, gari, hari, jeti,
tiga, naga, biru
Pada 17 Julai 2009, ujian bertulis ditadbir untuk melihat aspek kelemahan
Mark dan murid-murid Tahun 3 yang lain dalam Bahasa Melayu Pemulihan
Bertulis. Dalam ujian ini, kemahiran yang diuji adalah kemahiran 1 hingga
kemahiran 5. Markah lulus untuk ujian ini adalah 42 dan keputusan ujian
tersebut yang diperoleh Mark ialah 59 / 84.
Mark yang berusia 9 tahun didapati menghadapi masalah dalam menguasai
kemahiran membaca suku kata mudah khususnya suku kata KVKV. Apabila
saya menjalankan ujian untuk mengenal pasti kelemahan Mark, saya
mendapati beliau boleh mengecam dan menyebut gambar objek atau benda
yang ditunjukkan tetapi masih belum dapat mengeja, membunyikan,
menyebut, menulis dan membaca suku kata KVKV gambar objek atau
benda tersebut dengan betul dan tepat. Sebaliknya, Mark hanya dapat
menjawab tepat sama ada suku kata awalan atau suku kata akhiran. Jadual
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
115
1 menunjukkan kesilapan Mark semasa mengeja dan menulis bila
ditunjukkan gambar objek atau benda berkaitan manakala Rajah 1
menunjukkan hasil kerja Mark sebelum tindakan diambil.
Jadual 1: Kesilapan Mark semasa mengeja dan menulis
Gambar diberikan Murid-murid mengeja dan menulis
Baju baja
Tali Lili
Guli Juli
Dadu DaDu, badu
Dagu Bugu
Kuda Duda
Rajah 1: Hasil kerja Mark sebelum tindakan
Pada awalnya, saya berpendapat Mark tidak dapat melihat dengan jelas
gambar atau memahami arahan tetapi apabila saya menggunakan bahan
bantu mengajar seperti LCD, saya mendapati Mark belum dapat menguasai
kemahiran suku kata KVKV dengan baik.
1.3 Fokus Kajian
Dalam kajian ini, saya merangka dan merancang tindakan untuk mengatasi
kelemahan membaca Mark melalui latih tubi bacaan menggunakan kad
suku kata dan gambar. Pengunaan kad suku kata dan gambar dalam
bentuk maujud ini kemudian dihasilkan dalam bentuk TMK untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p) agar menjadi
lebih menarik dan menyeronokkan. Namun begitu, dalam merancang suatu
program atau rancangan pengajaran, saya perlu merenung kembali
pendekatan-pendekatan dalam amalan p&p agar tidak tersasar daripada
yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini dapat
membantu saya membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan yang
ada agar dapat memantapkan strategi p&p saya kelak.
Malah dalam merangka suatu program atau rancangan pengajaran, saya
banyak merujuk kepada teori pembentukan konsep yang telah
diperkenalkan oleh seorang Jerome Bruner. Mengikut Bruner (dalam Dita
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
116
Arini S. Nim, 2008), pembelajaran dihuraikan sebagai perubahan dalam
pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Bruner menjelaskan
pembelajaran merangkumi pengalaman optimal dan penstrukturan optimal.
Secara ringkasnya, murid perlu dibimbing dalam memahami sesuatu
bermula daripada yang khusus kepada yang kompleks dengan memberi
kesempatan kepada murid untuk menemui sesuatu melalui contoh-contoh
yang digambarkan. Melalui teori pembentukan konsep ini, saya cuba
mengaplikasikannya kepada Mark untuk melihat perkembangan dan
mengenal pasti kelemahan beliau. Ini membolehkan saya merancang
rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan kebolehan Mark.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu Mark mengeja,
membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV di samping
menambah baik amalan kendiri dalam sesi p&p murid pemulihan melalui
latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Pendekatan
yang diguna adalah berasaskan aktiviti bimbingan individu.
2.0 Perancangan Tindakan
Bagi mencapai objektif kajian saya, saya telah merancang satu aktiviti
bimbingan individu yang intensif yang melibatkan jangka masa selama dua
bulan iaitu daripada 17 Julai 2009 hingga 17 September 2009. Dalam aktiviti
ini yang dilaksanakan pada waktu Bahasa Melayu Pemuihan, saya
memperuntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk Mark mengeja,
membunyikan dan menyebut suku kata KVKV berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.
Seterusnya, saya memperuntukkan sesi satu jam bagi aktiviti berkumpulan
dengan memberikan latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan
gambar. Kaedah latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar
yang dihasilkan dalam bentuk TMK dilaksanakan untuk mempelbagaikan
dan meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid dalam bentuk visual
yang lebih jelas selaras dengan teori pembentukan konsep. Murid-murid
dibimbing dalam memahami sesuatu bermula daripada yang khusus kepada
yang kompleks. Program ini diadakan di dalam bilik darjah dan bilik
tayangan yang lebih luas serta mempunyai LCD dan skrin yang lebih besar.
3.0 Kaedah dalam mengumpul data
Bagi mengumpul data kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah
berikut.
 Kaedah pemerhatian dan penilaian: dilaksanakan sepanjang sesi p&p
yang dilakukan di dalam kelas.
 Kaedah latih tubi: dilaksanakan semasa atau di akhir sesi p&p dalam
bentuk kuiz, latih tubi, kertas kerja dan ujian.
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
117
4.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Dapatan Kajian
Perancangan tindakan bermula dengan menunjukkan keputusan dan hasil
kerja Mark dalam ujian yang telah dijalankan pada 17 Julai 2009 di mana
saya telah menunjukkan semula gambar dan meminta Mark mengeja,
membunyikan dan menyebut suku kata yang telah ditulis olehnya. Mark
dapat mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata yang ditulisnya
tetapi dia tidak tahu bahawa jawapan yang dieja olehnya adalah salah. Oleh
itu, saya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan olehnya adalah
salah dan saya memberikan cop ‘muram’ yang bermaksud kurang tepat
kepada Mark. Saya telah menulis jawapan yang betul dan meminta Mark
mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV yang telah
diberikan.
.
Kemudian saya meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut kad
suku kata KV bermula dari ba, be, bi, bo, bu hingga za, ze, zi, zo, zu secara
individu di dalam kelas sebelum sesi p&p bermula. Saya juga menyediakan
kad suku kata yang merangkumi keseluruhan suku kata dari suku kata asas
A,E,I,O,U hingga konsonan untuk dibaca secara latih tubi oleh individu
seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Aktiviti ini dilakukan secara
berulang-ulang dalam agar murid-murid dapat menghafal dan mengingati
suku kata yang telah dipelajari.
A e i o u
ba be bi bo bu
ca ce ci co cu
da de di do du
fa fe fi fo fu
ga ge gi go gu
Rajah 2: Kad suku kata asas dan konsonan
Selepas itu, saya meminta Mark melihat gambar yang ditunjukkan dan
menyebut apakah gambar yang dilihatnya. Melalui sebutan yang diberikan,
saya memintanya mengulangi sebanyak tiga kali dan mendengar
sebutannya sendiri sebelum mengeja dan membunyikan suku kata.
Tindakan mengeja dan membunyikan terlebih dahulu akan menyebabkan
Mark memberikan suku kata yang salah
Proses ini berjalan dalam minggu pertama iaitu hari Khamis dan Jumaat.
Pada minggu berikutnya, saya telah mengambil masa selama 30 minit untuk
menguji Mark dengan menunjukkan kad suku kata terlebih dahulu dan
meminta Mark memberikan jawapan. Saya mendapati Mark dapat
menjawab setiap suku kata KV yang ditunjukkan dengan cepat dan tepat.
Selepas itu, saya memberikan sekeping kertas putih dan sebatang pensel
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
118
dan meminta Mark menuliskan suku kata berdasarkan 10 kad gambar yang
ditunjukkan kepadanya. Saya mendapati Mark memberikan 8 jawapan yang
betul dan 2 jawapan yang salah. Oleh itu, pada sesi p&p seterusnya, saya
mengadakan kuiz dan aktiviti berbentuk pertandingan untuk Mark dan
empat rakan-rakannya yang mempunyai kelas pada hari Khamis dan
Juma’at.
Saya kerap membimbing Mark secara individu di dalam kelas pada minggu
seterusnya yang mana saya cuba memperkembangkan penguasaan dan
pengetahuannya dengan memberikan latihan-latihan berbentuk kemahiran
KVKV seperti memadankan kad-kad suku kata berdasarkan gambar atau
tanpa gambar. Tujuannya adalah membolehkan Mark belajar dan
mengingati suku kata yang diberikan. Kaedah ini dijalankan secara
berulang-ulang. Hasilnya, saya mendapati terdapat perubahan yang positif
dalam perkembangan penguasaan dan pengetahuan Mark dalam
kemahiran membaca.
Oleh yang demikian, saya meningkatkan tahap pembelajaran Mark kepada
satu tahap yang lebih sukar untuk meningkatkan penguasaan dan
pengetahuannya pada minggu berikutnya. Aktiviti yang saya lakukan
kepada Mark adalah memberikan latih tubi bacaan menggunakan kad suku
kata tanpa gambar. Aktiviti ini dilakukan dengan memberikan beberapa kad
suku kata dan dilekatkan pada papan putih. Saya kemudiannya meminta
Mark dan rakan-rakan sekelasnya memadankan dua kad suku kata menjadi
satu perkataan yang bermakna. Hasilnya, Mark dapat memadankan 10
suku kata menggunakan kaedah yang telah diajar kepadanya iaitu
menyebut terlebih dahulu secara berulang-ulang sebelum mengeja dan
membunyikan suku kata.
Pada minggu seterusnya, saya meningkatkan penguasaan dan
pengetahuan Mark dengan menggunakan kad suku kata dan gambar dalam
bentuk maujud (TMK) yang mana saya menggunakan pendekatan yang
sama tetapi penggunaan bahan bantu mengajar yang berbeza. Hasilnya
adalah seperti rajah 3 berikut.
Rajah 3: Hasil kerja Mark selepas tindakan
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
119
Secara keseluruhannya, didapati Mark berjaya menguasai kemahiran
mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV dengan baik. Hasil
kerja terkini Mark boleh dilihat berdasarkan Rajah 4.
Rajah 4 Hasil terkini Mark
5.0 Refleksi
Setelah dua bulan menjalankan penyelidikan dan program tindakan ke atas
Mark, saya mendapati pendekatan bimbingan secara individu, diikuti secara
kumpulan berkesan terhadap masalah yang dihadapi Mark. Malahan Mark
didapati dapat mempraktikkan kaedah sebut dahulu dan eja dan bunyikan
kemudian semasa membaca suku kata KVKV. Hasil kerja yang diberikan
menunjukkan Mark sudah boleh menguasai kemahiran KVKV dengan baik.
Tindakan memberi bimbingan khusus kepada murid-murid yang lemah
seperti Mark memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi.
Sehubungan itu, saya amat bersyukur apabila mendapat peluang ini untuk
menimba pengalaman dan pengetahuan serta dapat mengaplikasikannya di
dalam situasi yang sebenar. Malah saya sedar bahawa tugas sebagai
seorang guru pemulihan khas bukan hanya mengajar tetapi ia juga
merupakan satu tanggungjawab sosial yang memerlukan saya membimbing
dan memberikan perhatian kepada murid-murid yang lambat agar mereka
dapat membaca dan tidak dilabelkan dengan sesuatu yang negatif.
Di samping itu juga, saya banyak belajar untuk memperbaiki kelemahan diri
dari segi komunikasi dan penerapan nilai di dalam bilik darjah. Saya
menyedari bahawa kedua-dua elemen ini penting dalam sesi p&p dalam
bilik darjah.
Harapan saya ialah saya akan dapat memantapkan dan menambah baik
amalan kendiri serta terus menggunakan kaedah cepat membaca saya ini
dalam kalangan murid-murid pemulihan khas yang lain dalam sesi p&p.
Malah keprihatinan dan penerapan nilai-nilai murni semasa sesi p&p akan
saya cuba pertingkatkan agar objektif pengisian kandungan pelajaran yang
ingin disampaikan tercapai sekaligus dapat membantu murid-murid
mengatasi masalah mereka. Jika diberi peluang, saya akan meneruskan
kajian saya terhadap masalah-masalah murid seperti mana yang dilakukan
Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113-
120.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL
120
saya kepada Mark tetapi pada tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran
KVKV yang melibatkan kemahiran membaca petikan.
Bibliografi
Dita Arini S. Nim. (2008). Pembelajaran menurut aliran kognitif. Dimuat
turun daripada http://teoripembelajaran.blogspot.com/2008/04/pembela-
jaran-menurut- aliran-kognitif-ja.html pada 24 Oktober 2009.
Roziah Binti Abdul Halim. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca
murid-murid tahun satu dengan latih tubi menggunakan suku kata dan
gambar. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Di muat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article
32.pdf pada 19 September 2009.
Zainora Binti Mohd Man. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid
tahun 5 melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan
gambar. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.
Dimuat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/
article51.pdf pada 19 September 2009.

More Related Content

What's hot

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Noormazrita Azam
 
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membacaInstrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Wan Nur Aziemah Izyan
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
一世 一生
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Junaidah Jusoh
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kpr5063
 
Refleksi mikropengajaran
Refleksi mikropengajaranRefleksi mikropengajaran
Refleksi mikropengajaran
Koh Ing
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Norashikin Ihsan
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
Janet Jouti
 

What's hot (20)

Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
Meningkatkan penggunaan huruf besar pada huruf pertama di awal ayat dan huruf...
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membacaInstrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
Instrumen penilaian bahasa kemahiran membaca
 
Modul bm novel
Modul bm novelModul bm novel
Modul bm novel
 
Rpp Bahasa Inggris ida
Rpp Bahasa Inggris idaRpp Bahasa Inggris ida
Rpp Bahasa Inggris ida
 
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
Tugasan Bahasa Arab HBAL1103
 
proposal
proposalproposal
proposal
 
Kajian 2 ok
Kajian 2 okKajian 2 ok
Kajian 2 ok
 
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2Unit 6  Modul 1  Kemahiran  Mikropengajaran 2
Unit 6 Modul 1 Kemahiran Mikropengajaran 2
 
Bmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 mayBmm3133 p tindakan 1 may
Bmm3133 p tindakan 1 may
 
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakanTugasan 1:Ulasan kajian tindakan
Tugasan 1:Ulasan kajian tindakan
 
Kgbk
KgbkKgbk
Kgbk
 
Bab iv
Bab ivBab iv
Bab iv
 
kajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisankajian tidakan - kekemasan tulisan
kajian tidakan - kekemasan tulisan
 
Refleksi mikropengajaran
Refleksi mikropengajaranRefleksi mikropengajaran
Refleksi mikropengajaran
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa MalaysiaKertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
Kertas Kajian Tindakan Khas Bahasa Malaysia
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
proposal pemulihan khas
proposal pemulihan khasproposal pemulihan khas
proposal pemulihan khas
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 

Viewers also liked

Scheldecharter_Charte_Escaut_Brochure
Scheldecharter_Charte_Escaut_BrochureScheldecharter_Charte_Escaut_Brochure
Scheldecharter_Charte_Escaut_Brochure
Piet Quataert
 
Одеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 року
Одеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 рокуОдеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 року
Одеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 року
Rostyslav LUKACH
 
EFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABA
EFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABAEFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABA
EFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABA
Deborah Merritt
 
Payroll Tax Rebate Manual
Payroll Tax Rebate ManualPayroll Tax Rebate Manual
Payroll Tax Rebate Manual
Jay S. Lee
 
Final Exam Essay
Final Exam EssayFinal Exam Essay
Final Exam Essay
Bolt Zhang
 

Viewers also liked (19)

Research data-audit-trail
Research data-audit-trailResearch data-audit-trail
Research data-audit-trail
 
Scheldecharter_Charte_Escaut_Brochure
Scheldecharter_Charte_Escaut_BrochureScheldecharter_Charte_Escaut_Brochure
Scheldecharter_Charte_Escaut_Brochure
 
Yanela física
Yanela físicaYanela física
Yanela física
 
Curso Microprocessadores 1979 - Francisco Petruccelli
Curso Microprocessadores 1979 - Francisco PetruccelliCurso Microprocessadores 1979 - Francisco Petruccelli
Curso Microprocessadores 1979 - Francisco Petruccelli
 
Charles denisar unit 9_final assinmnet
Charles denisar unit 9_final assinmnetCharles denisar unit 9_final assinmnet
Charles denisar unit 9_final assinmnet
 
150918 corporate presentation
150918 corporate presentation150918 corporate presentation
150918 corporate presentation
 
Chennai trail marathon 2015
Chennai trail marathon 2015Chennai trail marathon 2015
Chennai trail marathon 2015
 
中文萬歲
中文萬歲中文萬歲
中文萬歲
 
MedicalResearch.com News and Interviews September 20 2015
MedicalResearch.com News and Interviews September 20 2015MedicalResearch.com News and Interviews September 20 2015
MedicalResearch.com News and Interviews September 20 2015
 
Одеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 року
Одеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 рокуОдеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 року
Одеський Пакет Реформ_Київ, 17 вересня 2015 року
 
EFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABA
EFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABAEFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABA
EFFECTIVE THERAPEUTIC ENHANCEMENTS TO ABA
 
Swa 2015 final
Swa 2015 finalSwa 2015 final
Swa 2015 final
 
мое портфолио 2015г.
мое портфолио 2015г.мое портфолио 2015г.
мое портфолио 2015г.
 
Payroll Tax Rebate Manual
Payroll Tax Rebate ManualPayroll Tax Rebate Manual
Payroll Tax Rebate Manual
 
Social Media
Social MediaSocial Media
Social Media
 
Bidayatul muwahhidin
Bidayatul muwahhidinBidayatul muwahhidin
Bidayatul muwahhidin
 
Adana
AdanaAdana
Adana
 
Nfl classificação
Nfl classificaçãoNfl classificação
Nfl classificação
 
Final Exam Essay
Final Exam EssayFinal Exam Essay
Final Exam Essay
 

Similar to 12 cathy john

Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
fardzli71
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
Chitra Devaki
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Koh Ing
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
sitihalwani
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
Ansar Azman
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
dharmaharun
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
dharmaharun
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
joe zulkefli
 

Similar to 12 cathy john (20)

Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
 
286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid286956751 masalah-penulisan-murid
286956751 masalah-penulisan-murid
 
11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)
 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI S...
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
 
MODUL 6.docx
MODUL 6.docxMODUL 6.docx
MODUL 6.docx
 
Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4Jurnal best minggu ke4
Jurnal best minggu ke4
 
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
Jurnalminggu4 120129004101-phpapp01
 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua hala
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
17. haliza osman
17. haliza osman17. haliza osman
17. haliza osman
 
Ptk bahasa inggris
Ptk bahasa inggrisPtk bahasa inggris
Ptk bahasa inggris
 
RPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian TindakanRPH dan Kajian Tindakan
RPH dan Kajian Tindakan
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayuLaporan kajian tindakan bahasa melayu
Laporan kajian tindakan bahasa melayu
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
 
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamidKajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
 
Presentasi kelompok 2 kelas 4_b
Presentasi  kelompok 2  kelas 4_bPresentasi  kelompok 2  kelas 4_b
Presentasi kelompok 2 kelas 4_b
 
Presentasi kelompok 2 kelas 4_b tik dan multimedia
Presentasi  kelompok 2  kelas 4_b  tik dan multimediaPresentasi  kelompok 2  kelas 4_b  tik dan multimedia
Presentasi kelompok 2 kelas 4_b tik dan multimedia
 
23 noraini (1)
23 noraini (1)23 noraini (1)
23 noraini (1)
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMMPenyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
Penyebaran Pemahaman Merdeka Belajar Aksi Nyata PMM
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

12 cathy john

  • 1. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 113 KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN Oleh Cathy John ABSTRAK Kajian ini saya jalankan setelah mendapati Mark, seorang murid Tahun 3 masih belum dapat menguasai kemahiran membaca khususnya suku kata KVKV. Setelah menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan BK, maka timbul keinginan dan minat saya untuk mengkaji masalah ini. Mark boleh mengecam dan menyebut apakah gambar yang ditunjukkan tetapi tidak dapat mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis jawapan yang tepat. Sebaliknya, beliau hanya menjawab jawapan tepat pada suku kata awalan atau akhiran. Kajian ini bertujuan untuk membantu Mark mengatasi masalah dalam kemahiran membaca. Saya mengambil tindakan seperti memberi bimbingan secara individu dan secara berkumpulan kepada Mark di dalam kelas. Setelah menjalankan bimbingan selama dua bulan, usaha saya menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Kini, Mark boleh mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV dengan tepat. 1.0 Pengenalan Sekolah Kebangsaan BK merupakan sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah kawasan Taman BK. Ia terletak tiga kilometer dari bandaraya Kuching. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai 12 buah kelas sekolah rendah dan dua buah kelas prasekolah. Pada tahun ini, bilangan murid adalah seramai 533 orang dengan 30 orang guru dan tiga orang kakitangan sokongan. Majoriti murid-murid yang berada di sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu dan Iban. Secara umumnya, sekolah ini juga menghadapi masalah murid-murid Tahap Satu yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran asas ini dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas kerana gagal melepasi ujian pelepasan KIA 2M atau dicalonkan oleh guru kelas dan guru besar ekoran daripada pencapaian yang kurang baik di dalam kelas. Keadaan yang amat membimbangkan saya ialah terdapat murid Tahun 3 yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca. Setelah tiga bulan saya menjalani praktikum di sekolah ini, maka timbul keinginan dan minat saya untuk membuat penyelidikan tentang masalah bacaan kerana saya menganggap ia sebagai satu tanggungjawab saya.
  • 2. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 114 Saya juga prihatin terhadap murid-murid Tahap 1 secara umumnya dan murid-murid Tahun 3 secara khususnya yang masih lemah dalam menguasai kemahiran asas membaca. Ini mungkin boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran mereka berbanding dengan rakan- rakan yang lain apabila berada di Tahap 2 kerana kemahiran asas suku kata tidak akan diajar seperti mana mereka diajar semasa di Tahap 1. 1.2 Keprihatinan Saya Kajian saya bermula apabila saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan BK, Kuching di mana saya mengajar kelas pemulihan Bahasa Melayu untuk murid-murid Tahun 3. Mark (nama samaran) merupakan murid Tahun 3 yang tidak memberi sebarang masalah kepada saya dari segi tingkah laku mahupun semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Mark dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberi dengan baik dan mendengar arahan yang diberikan. Dari segi kehadiran, Mark jarang ponteng sekolah kecuali bila beliau sakit. Justeru, Mark boleh dikategorikan sebagai seorang murid yang baik, berminat untuk belajar dan berkawan tetapi Mark memerlukan sedikit bimbingan dan arahan agar dapat mengurangkan tingkah laku suka mengganggu rakan-rakannya semasa belajar. Pada 2 Julai 2009, Mark menduduki ujian lisan untuk Bahasa Melayu Pemulihan. Ujian tersebut menunjukkan terdapat kelemahan-kelemahan yang dihadapi dalam menguasai kemahiran asas mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata seperti berikut.  Kemahiran KV : ma. ta, ka, ca, bu, ja, sa,  Kemahiran KVKV : buta, ratu, cuci, cuti, dadu, dahi, feri, gari, hari, jeti, tiga, naga, biru Pada 17 Julai 2009, ujian bertulis ditadbir untuk melihat aspek kelemahan Mark dan murid-murid Tahun 3 yang lain dalam Bahasa Melayu Pemulihan Bertulis. Dalam ujian ini, kemahiran yang diuji adalah kemahiran 1 hingga kemahiran 5. Markah lulus untuk ujian ini adalah 42 dan keputusan ujian tersebut yang diperoleh Mark ialah 59 / 84. Mark yang berusia 9 tahun didapati menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membaca suku kata mudah khususnya suku kata KVKV. Apabila saya menjalankan ujian untuk mengenal pasti kelemahan Mark, saya mendapati beliau boleh mengecam dan menyebut gambar objek atau benda yang ditunjukkan tetapi masih belum dapat mengeja, membunyikan, menyebut, menulis dan membaca suku kata KVKV gambar objek atau benda tersebut dengan betul dan tepat. Sebaliknya, Mark hanya dapat menjawab tepat sama ada suku kata awalan atau suku kata akhiran. Jadual
  • 3. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 115 1 menunjukkan kesilapan Mark semasa mengeja dan menulis bila ditunjukkan gambar objek atau benda berkaitan manakala Rajah 1 menunjukkan hasil kerja Mark sebelum tindakan diambil. Jadual 1: Kesilapan Mark semasa mengeja dan menulis Gambar diberikan Murid-murid mengeja dan menulis Baju baja Tali Lili Guli Juli Dadu DaDu, badu Dagu Bugu Kuda Duda Rajah 1: Hasil kerja Mark sebelum tindakan Pada awalnya, saya berpendapat Mark tidak dapat melihat dengan jelas gambar atau memahami arahan tetapi apabila saya menggunakan bahan bantu mengajar seperti LCD, saya mendapati Mark belum dapat menguasai kemahiran suku kata KVKV dengan baik. 1.3 Fokus Kajian Dalam kajian ini, saya merangka dan merancang tindakan untuk mengatasi kelemahan membaca Mark melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Pengunaan kad suku kata dan gambar dalam bentuk maujud ini kemudian dihasilkan dalam bentuk TMK untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran (p&p) agar menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Namun begitu, dalam merancang suatu program atau rancangan pengajaran, saya perlu merenung kembali pendekatan-pendekatan dalam amalan p&p agar tidak tersasar daripada yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini dapat membantu saya membuat refleksi kendiri dan memperbaiki kelemahan yang ada agar dapat memantapkan strategi p&p saya kelak. Malah dalam merangka suatu program atau rancangan pengajaran, saya banyak merujuk kepada teori pembentukan konsep yang telah diperkenalkan oleh seorang Jerome Bruner. Mengikut Bruner (dalam Dita
  • 4. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 116 Arini S. Nim, 2008), pembelajaran dihuraikan sebagai perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Bruner menjelaskan pembelajaran merangkumi pengalaman optimal dan penstrukturan optimal. Secara ringkasnya, murid perlu dibimbing dalam memahami sesuatu bermula daripada yang khusus kepada yang kompleks dengan memberi kesempatan kepada murid untuk menemui sesuatu melalui contoh-contoh yang digambarkan. Melalui teori pembentukan konsep ini, saya cuba mengaplikasikannya kepada Mark untuk melihat perkembangan dan mengenal pasti kelemahan beliau. Ini membolehkan saya merancang rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan kebolehan Mark. 1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu Mark mengeja, membunyikan, menyebut dan menulis suku kata KVKV di samping menambah baik amalan kendiri dalam sesi p&p murid pemulihan melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Pendekatan yang diguna adalah berasaskan aktiviti bimbingan individu. 2.0 Perancangan Tindakan Bagi mencapai objektif kajian saya, saya telah merancang satu aktiviti bimbingan individu yang intensif yang melibatkan jangka masa selama dua bulan iaitu daripada 17 Julai 2009 hingga 17 September 2009. Dalam aktiviti ini yang dilaksanakan pada waktu Bahasa Melayu Pemuihan, saya memperuntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk Mark mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Seterusnya, saya memperuntukkan sesi satu jam bagi aktiviti berkumpulan dengan memberikan latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Kaedah latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar yang dihasilkan dalam bentuk TMK dilaksanakan untuk mempelbagaikan dan meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid dalam bentuk visual yang lebih jelas selaras dengan teori pembentukan konsep. Murid-murid dibimbing dalam memahami sesuatu bermula daripada yang khusus kepada yang kompleks. Program ini diadakan di dalam bilik darjah dan bilik tayangan yang lebih luas serta mempunyai LCD dan skrin yang lebih besar. 3.0 Kaedah dalam mengumpul data Bagi mengumpul data kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah berikut.  Kaedah pemerhatian dan penilaian: dilaksanakan sepanjang sesi p&p yang dilakukan di dalam kelas.  Kaedah latih tubi: dilaksanakan semasa atau di akhir sesi p&p dalam bentuk kuiz, latih tubi, kertas kerja dan ujian.
  • 5. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 117 4.0 Pelaksanaan Tindakan Dan Dapatan Kajian Perancangan tindakan bermula dengan menunjukkan keputusan dan hasil kerja Mark dalam ujian yang telah dijalankan pada 17 Julai 2009 di mana saya telah menunjukkan semula gambar dan meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata yang telah ditulis olehnya. Mark dapat mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata yang ditulisnya tetapi dia tidak tahu bahawa jawapan yang dieja olehnya adalah salah. Oleh itu, saya menjelaskan bahawa jawapan yang diberikan olehnya adalah salah dan saya memberikan cop ‘muram’ yang bermaksud kurang tepat kepada Mark. Saya telah menulis jawapan yang betul dan meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV yang telah diberikan. . Kemudian saya meminta Mark mengeja, membunyikan dan menyebut kad suku kata KV bermula dari ba, be, bi, bo, bu hingga za, ze, zi, zo, zu secara individu di dalam kelas sebelum sesi p&p bermula. Saya juga menyediakan kad suku kata yang merangkumi keseluruhan suku kata dari suku kata asas A,E,I,O,U hingga konsonan untuk dibaca secara latih tubi oleh individu seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2. Aktiviti ini dilakukan secara berulang-ulang dalam agar murid-murid dapat menghafal dan mengingati suku kata yang telah dipelajari. A e i o u ba be bi bo bu ca ce ci co cu da de di do du fa fe fi fo fu ga ge gi go gu Rajah 2: Kad suku kata asas dan konsonan Selepas itu, saya meminta Mark melihat gambar yang ditunjukkan dan menyebut apakah gambar yang dilihatnya. Melalui sebutan yang diberikan, saya memintanya mengulangi sebanyak tiga kali dan mendengar sebutannya sendiri sebelum mengeja dan membunyikan suku kata. Tindakan mengeja dan membunyikan terlebih dahulu akan menyebabkan Mark memberikan suku kata yang salah Proses ini berjalan dalam minggu pertama iaitu hari Khamis dan Jumaat. Pada minggu berikutnya, saya telah mengambil masa selama 30 minit untuk menguji Mark dengan menunjukkan kad suku kata terlebih dahulu dan meminta Mark memberikan jawapan. Saya mendapati Mark dapat menjawab setiap suku kata KV yang ditunjukkan dengan cepat dan tepat. Selepas itu, saya memberikan sekeping kertas putih dan sebatang pensel
  • 6. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 118 dan meminta Mark menuliskan suku kata berdasarkan 10 kad gambar yang ditunjukkan kepadanya. Saya mendapati Mark memberikan 8 jawapan yang betul dan 2 jawapan yang salah. Oleh itu, pada sesi p&p seterusnya, saya mengadakan kuiz dan aktiviti berbentuk pertandingan untuk Mark dan empat rakan-rakannya yang mempunyai kelas pada hari Khamis dan Juma’at. Saya kerap membimbing Mark secara individu di dalam kelas pada minggu seterusnya yang mana saya cuba memperkembangkan penguasaan dan pengetahuannya dengan memberikan latihan-latihan berbentuk kemahiran KVKV seperti memadankan kad-kad suku kata berdasarkan gambar atau tanpa gambar. Tujuannya adalah membolehkan Mark belajar dan mengingati suku kata yang diberikan. Kaedah ini dijalankan secara berulang-ulang. Hasilnya, saya mendapati terdapat perubahan yang positif dalam perkembangan penguasaan dan pengetahuan Mark dalam kemahiran membaca. Oleh yang demikian, saya meningkatkan tahap pembelajaran Mark kepada satu tahap yang lebih sukar untuk meningkatkan penguasaan dan pengetahuannya pada minggu berikutnya. Aktiviti yang saya lakukan kepada Mark adalah memberikan latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata tanpa gambar. Aktiviti ini dilakukan dengan memberikan beberapa kad suku kata dan dilekatkan pada papan putih. Saya kemudiannya meminta Mark dan rakan-rakan sekelasnya memadankan dua kad suku kata menjadi satu perkataan yang bermakna. Hasilnya, Mark dapat memadankan 10 suku kata menggunakan kaedah yang telah diajar kepadanya iaitu menyebut terlebih dahulu secara berulang-ulang sebelum mengeja dan membunyikan suku kata. Pada minggu seterusnya, saya meningkatkan penguasaan dan pengetahuan Mark dengan menggunakan kad suku kata dan gambar dalam bentuk maujud (TMK) yang mana saya menggunakan pendekatan yang sama tetapi penggunaan bahan bantu mengajar yang berbeza. Hasilnya adalah seperti rajah 3 berikut. Rajah 3: Hasil kerja Mark selepas tindakan
  • 7. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 119 Secara keseluruhannya, didapati Mark berjaya menguasai kemahiran mengeja, membunyikan dan menyebut suku kata KVKV dengan baik. Hasil kerja terkini Mark boleh dilihat berdasarkan Rajah 4. Rajah 4 Hasil terkini Mark 5.0 Refleksi Setelah dua bulan menjalankan penyelidikan dan program tindakan ke atas Mark, saya mendapati pendekatan bimbingan secara individu, diikuti secara kumpulan berkesan terhadap masalah yang dihadapi Mark. Malahan Mark didapati dapat mempraktikkan kaedah sebut dahulu dan eja dan bunyikan kemudian semasa membaca suku kata KVKV. Hasil kerja yang diberikan menunjukkan Mark sudah boleh menguasai kemahiran KVKV dengan baik. Tindakan memberi bimbingan khusus kepada murid-murid yang lemah seperti Mark memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Sehubungan itu, saya amat bersyukur apabila mendapat peluang ini untuk menimba pengalaman dan pengetahuan serta dapat mengaplikasikannya di dalam situasi yang sebenar. Malah saya sedar bahawa tugas sebagai seorang guru pemulihan khas bukan hanya mengajar tetapi ia juga merupakan satu tanggungjawab sosial yang memerlukan saya membimbing dan memberikan perhatian kepada murid-murid yang lambat agar mereka dapat membaca dan tidak dilabelkan dengan sesuatu yang negatif. Di samping itu juga, saya banyak belajar untuk memperbaiki kelemahan diri dari segi komunikasi dan penerapan nilai di dalam bilik darjah. Saya menyedari bahawa kedua-dua elemen ini penting dalam sesi p&p dalam bilik darjah. Harapan saya ialah saya akan dapat memantapkan dan menambah baik amalan kendiri serta terus menggunakan kaedah cepat membaca saya ini dalam kalangan murid-murid pemulihan khas yang lain dalam sesi p&p. Malah keprihatinan dan penerapan nilai-nilai murni semasa sesi p&p akan saya cuba pertingkatkan agar objektif pengisian kandungan pelajaran yang ingin disampaikan tercapai sekaligus dapat membantu murid-murid mengatasi masalah mereka. Jika diberi peluang, saya akan meneruskan kajian saya terhadap masalah-masalah murid seperti mana yang dilakukan
  • 8. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.113- 120. Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL 120 saya kepada Mark tetapi pada tahap yang lebih tinggi seperti kemahiran KVKV yang melibatkan kemahiran membaca petikan. Bibliografi Dita Arini S. Nim. (2008). Pembelajaran menurut aliran kognitif. Dimuat turun daripada http://teoripembelajaran.blogspot.com/2008/04/pembela- jaran-menurut- aliran-kognitif-ja.html pada 24 Oktober 2009. Roziah Binti Abdul Halim. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid-murid tahun satu dengan latih tubi menggunakan suku kata dan gambar. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Di muat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article 32.pdf pada 19 September 2009. Zainora Binti Mohd Man. (2005). Meningkatkan kemahiran membaca murid tahun 5 melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata dan gambar. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Dimuat turun daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/ article51.pdf pada 19 September 2009.