Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
        DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI SJK(C) ST. JOSEPH.

                  ...
kepada rakan-rakan guru Melayu yang mengajar di SJK(C) yang lain, mereka juga
mengalami masalah yang sama dengan saya.

  ...
paling asas iaitu aspek lisan. Oleh itu, saya memilih satu tajuk yang berfokus kepada
kemahiran berkomunikasi.

3.0      O...
5.2.1    Analisa Ujian Pra
                           Ujian Pra dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran
       ...
Jadual 3 menunjukkan peratusan berkaitan tingkah laku murid terhadap
                 pengajaran guru. Berdasarkan temu bu...
ii.      Bahan-bahan yang digunakan :-
                  a. Aktiviti 1 : Carta.
                  b. Aktiviti 2 : Kad gamb...
5.4.2    Aktiviti 2 (Sang Kura-kura Berlumba Dengan Arnab)

                           1. Guru bercerita secara perlahan-l...
5.5      Refleksi Keseluruhan Kajian

                  5.5.1    Penilaian dan refleksi berdasarkan maklum balas daripada ...
Membetulkan kesalahan komunikasi secara
                                                                            25%   ...
Nik Safiah Karim, et.al, (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Rosmah Talib, (1...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ST. JOSEPH

28,559 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) ST. JOSEPH

  1. 1. MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2K DI SJK(C) ST. JOSEPH. Oleh Mohd. Nizam Mohamed Yunos Norhayati Eng Abdullah SJK(C) St. Joseph Johor Bahru ABSTRAK Komunikasi di dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komunikasi amat penting memandangkan perhubungan di dalam dan di luar bilik darjah adalah dengan medium berbahasa. Oleh itu, semua murid perlulah menguasai kemahiran berkomunikasi dan mempraktikkannya. Di SJK(C), Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar kedua. Berbeza dengan pembelajaran bahasa pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui pembelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal, memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi satu tabiat. Masalah timbul apabila sebahagian besar murid lebih cenderung berbahasa ibunda mereka. Keadaan ini mempengaruhi penguasaan mereka terhadap kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Satu kajian tindakan dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah komunikasi yang timbul antara guru Melayu dengan murid-muridnya di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini dijalankan ke atas 37 orang murid Tahun 2K. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui perbualan, pengucapan bertatasusila, pemerhatian dan ujian lisan. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mahir atau tidak boleh berinteraksi dengan gurunya dalam Bahasa Melayu. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut di atas. Beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran telah dirancang dalam tempoh lapan minggu bagi guru melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti bersoal jawab, membaca mekanis serta melakonkan watak yang boleh menggalakkan komunikasi dalam bilik darjah. Aktiviti tersebut dilaksanakan secara kaedah kelas, kaedah berpasangan dan kaedah secara berkumpulan. Melalui ujian pos, peratus murid yang mendapat gred A, B dan C telah meningkat daripada 48.6% sebelumnya kepada 70.9%. Ini menunjukkan peningkatan mutu komunikasi murid. Murid lebih berkeyakinan untuk bercakap dan berinteraksi dalam Bahasa Melayu. Aktiviti komunikasi yang dirancang guru membantu murid untuk mengatasi masalah mereka. Hasil daripada semua cadangan ini terdapat peningkatan dan pencapaian murid dalam kemahiran berkomunikasi dengan guru Bahasa Melayu. 1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Bagi guru-guru Melayu, mengajar bahasa Melayu di SJK (C) bukanlah semudah yang disangkakan. Sebelum mengajar di sekolah ini, saya tidak mempunyai pengalaman bertugas atau menjalani praktikum di SJK(C). Saya anggap semua murid boleh berbahasa Melayu dengan fasih. Rupa-rupanya “indah khabar dari rupa”. Rata-rata murid di dalam kelas yang saya ajar tidak memahami dan tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Ini terbukti apabila saya bertanya, kebanyakan murid tidak memberi respon untuk menjawab soalan saya. Saya mula rasa tertekan dengan keadaan ini. Saya bertanya Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 1 Sekolah Rendah
  2. 2. kepada rakan-rakan guru Melayu yang mengajar di SJK(C) yang lain, mereka juga mengalami masalah yang sama dengan saya. Semasa mengajar di dalam kelas, tidak terlintas dalam hati saya bahawa masalah berkomunikasi akan menjadi masalah yang besar. Namun, sebaliknya yang berlaku. Kesannya menjadikan saya panik kerana proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku satu hala sahaja. Masalah memahami percakapan dan berkomunikasi ini mula timbul semasa sesi suaikenal lagi. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi dalam kawalan saya. Segala arahan tidak dapat dilaksanakan dengan tepat dan lancar. Sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif kerana tidak wujud interaksi dua hala. Masalah pengajaran dan pembelajaran begini bukan dihadapi oleh saya sahaja tetapi guru Melayu yang lain juga mengalami masalah yang sama. Hasil pemerhatian awal saya memberikan gambaran bahawa murid mengalami masalah untuk berinteraksi dengan guru. Ini ditambah lagi dengan hasil ujian lisan menunjukkan hampir 50% murid tidak boleh bersoal jawab walaupun dengan ayat tanya yang mudah. Masalah sikap murid dalam kelas juga telah dikenalpasti. Mereka diam dan tiada respon apabila disoal. Ada antara mereka ingin mencuba untuk menjawab atau berkomunikasi dengan saya tetapi salah dari segi struktur ayatnya. Satu lagi petanda tidak wujud komunikasi ialah kelas menjadi bising waktu guru mengajar. Murid bertanya sesama mereka kerana tidak faham apa yang guru katakan. Saya mula rasa kecewa apabila aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran menjadi bosan apabila aktiviti yang sama diulang. Aktiviti terhad kepada membaca, menerangkan dan menjawab soalan sahaja. Ada kalanya guru perlu memberikan jawapan kepada murid secara langsung. Secara umumnya, murid-murid saya mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Mereka tidak dapat berkomunikasi. Lantaran itu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar. Contohnya cerita “Anjing Dengan Bayang-bayang” dan cerita “Kura-kura Dengan Arnab”. Mereka boleh ceritakan cerita tersebut dalam bahasa ibunda tetapi tidak mampu bercerita semula dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya perlu merancang beberapa sesi pembelajaran yang menekankan aktiviti berkomunikasi. 2.0 Fokus Kajian Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, seseorang murid itu perlu menguasai 3 kemahiran asas iaitu kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Kajian ini berfokuskan kepada cara-cara membaiki komunikasi antara guru dengan murid. Asas berkomunikasi dalam Bahasa Melayu melalui aktiviti lisan. Masalah berkomunikasi dalam Bahasa Melayu murid Tahun 2K ini perlu diselesaikan segera hingga ke akar umbi. Sekiranya masalah asas ini tidak selesai, sudah pasti saya akan menghadapi masalah yang lebih besar untuk mengajar kemahiran- kemahiran yang lain. Walau bagaimanapun, saya perlu bersikap positif dalam menghadapi masalah ini. Saya menjadikan kelemahan murid-murid saya sebagai satu cabaran untuk saya berusaha lebih keras ke arah penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Namun begitu, saya menfokuskan kajian saya terhadap perkara yang Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 2 Sekolah Rendah
  3. 3. paling asas iaitu aspek lisan. Oleh itu, saya memilih satu tajuk yang berfokus kepada kemahiran berkomunikasi. 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am : Meningkatkan kemahiran berkomunikasi murid-murid Tahun 2K di SJK(C) St. Joseph. 3.2 Objektif Khusus Kajian ini bertujuan untuk : 3.2.1 Membantu murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi. 3.2.2 Membina keyakinan dan kebolehan berkomunikasi murid-murid Tahun 2K. 3.2.3 Membantu meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu di sekolah ini. 3.2.4 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru. 4.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini dijalankan oleh seorang guru Melayu yang mengajar Bahasa Melayu Tahun 2K di SJK(C) St. Joseph. Kumpulan sasaran terdiri daripada 37 orang murid bukan Melayu. Mereka datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Kebolehan mereka juga berbeza antara satu sama lain dan tergolong dalam kelas yang sederhana pencapaiannya dari segi akademik. 5.0 Pelaksanaan Tindakan 5.1 Tinjauan Masalah Dalam melaksanakan kajian ini, beberapa kaedah digunakan untuk pengumpulan maklumat dan data, iaitu :- 5.1.1 Ujian Lisan Dan Bacaan Dalam Ujian Pra, murid-murid diberi ujian lisan dua kali seminggu. Berikut ialah soalan-soalan yang diajukan kepada semua murid bagi memperolehi data awal kajian tindakan ini. a. Siapakah nama kamu ? b. Berapakah umur kamu ? c. Di manakah awak tinggal ? 5.1.2 Temu bual Temu bual dengan murid dijalankan untuk mendapat maklum balas tentang latar belakang diri dan keluarga mereka. 5.1.3 Pemerhatian Semasa pengajaran berlangsung, rakan pengkaji membantu memerhati tingkah laku pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Pemerhatian juga dibuat terhadap pengajaran guru. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah Proses mengutip data awal telah saya jalankan untuk mendapat maklumat yang diperlukan bagi membuat analisa. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 3 Sekolah Rendah
  4. 4. 5.2.1 Analisa Ujian Pra Ujian Pra dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran pencapaian murid dalam aspek berkomunikasi. Jadual 1 : Jadual menunjukkan Item-item yang digunakan semasa ujian pra Markah Sebutan/ Kefasihan Tatabahasa pengucapan Kuasai pola ayat, Cemerlang Jelas dan tepat Lancar dan struktur ayat dan A petah morfologi dengan baik. Penguasaan pola Baik Masih jelas dan Masih lancar ayat struktur ayat dan B tepat dan petah morfologi masih baik. Masih jelas Dapat menguasai Sederhana tetapi ada Sekali-sekala pola ayat, morfologi C kalanya berbunyi tergagap- tetapi membuat pelat gagap beberapa kesalahan Penguasaan Lemah Kurang jelas dan Selalu diam tatabahasa sangat D tepat. Lazimnya terhad, tidak dapat tidak difahami. berbual langsung. Sangat Tidak difahami Tidak bercakap Lemah Lemah langsung E Jadual 2 : Jadual menunjukkan hasil ujian lisan dalam bentuk peratusan dan bilangan GRED BILANGAN PERATUS (%) A 4 10.8 B 9 24.3 C 5 13.5 D 12 32.4 E 7 13.5 Jadual 2 menunjukkan murid-murid sangat lemah dalam berkomunikasi. Terdapat 32.4% yang memperolehi gred D dan 13.5% pula mendapat gred E. Murid seramai 19 orang atau 45.9% tidak dapat menjawab soalan lisan dengan betul seperti yang dikehendaki. 5.2.2 Analisa Dapatan Temu bual Dengan Murid. Jadual 3 : Jadual Analisa Dapatan Temubual dalam Bilangan dan Peratusan Masalah murid Bil. Murid Peratus Tidak faham arahan dan soalan 15 47 % Jawapan tiada kaitan soalan 11 34 % Tidak dapat menjawab langsung 6 19 % Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 4 Sekolah Rendah
  5. 5. Jadual 3 menunjukkan peratusan berkaitan tingkah laku murid terhadap pengajaran guru. Berdasarkan temu bual tersebut, kami dapati 47% tidak faham arahan, soalan dan pengajaran guru. 34% memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan. Sebanyak 19% tidak dapat menjawab langsung. 5.2.3 Analisa Pemerhatian Jadual 4 : Analisa Perlakuan Guru dalam Peratus Perlakuan Guru Peratusan Mengulang kembali arahan, bacaan dan ayat 13% Menekankan fungsi komunikasi dalam pengajaran 18% Menyebut perkataan dengan perlahan mengikut suku 14% kata Membetulkan kesalahan komunikasi secara bertulis 25% Memberikan respon mengenai aspek komunikasi 30% apabila timbul keperluan Jadual 4 menunjukkan pemerhatian yang dijalankan dalam kajian ini untuk mendapat maklumat tentang perlakuan pengajaran guru oleh dua orang pemerhati (rakan guru yang juga terlibat dalam kajian). Data-data yang diperolehi menunjukkan guru lebih kepada membetulkan kesalahan secara bertulis sebanyak 25% dan hanya menekankan fungsi komunikasi dalam pengajaran sebanyak 18% sahaja. Di sini dapat dilihat guru hanya memberi respon apabila timbul masalah sahaja. Selain itu, guru lebih cenderung membetulkan kesalahan secara bertulis. 5.3 Tindakan Yang Dijalankan Berdasarkan ujian pra yang diberikan kepada murid, didapati murid memang lemah dalam aspek yang dikaji, manakala hasil dapatan temu bual dengan murid menunjukkan terdapat kelemahan dalam amalan pengajaran guru. Begitu juga hasil pemerhatian awal dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa guru perlu mengubah dan mempelbagaikan aktiviti lisan bagi menarik minat murid. Antara amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang ketara ialah guru sepatutnya menggunakan suara yang jelas dengan sebutan yang perlahan. Selain itu, arahan guru perlulah diulang beberapa kali supaya mudah difahami murid. Bertitik tolak daripada dapatan awal di atas, saya telah menjalankan beberapa aktiviti lisan, menyediakan bahan bantu mengajar dan melaksanakan langkah-langkah pemerhatian untuk mengenal pasti aktiviti atau tindakan yang dijalankan itu berkesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid Tahun 2K. i. Sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang bagi menangani masalah murid, iaitu :- a. Aktiviti suai kenal secara berpasangan atau berkumpulan. b. Aktiviti bercerita dengan menggunakan ayat sendiri berdasarkan kad gambar yang dipaparkan. d. Aktiviti bercerita sambil melakonkan dialog yang didengar daripada radio kaset. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 5 Sekolah Rendah
  6. 6. ii. Bahan-bahan yang digunakan :- a. Aktiviti 1 : Carta. b. Aktiviti 2 : Kad gambar, kad perkataan dan kad ayat. c. Aktiviti 3 : Kaset, carta. iii. Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian :- a. Penyeliaan pertama oleh rakan guru b. Penyeliaan kedua oleh rakan guru c. Penyeliaan ketiga oleh rakan guru 5.4 Pelaksanaan Tindakan Dalam pelaksanaan tindakan, saya telah menjalankan satu sesi pengajaran berdasarkan rancangan mengajar yang telah kami rancang. Semasa sesi pengajaran, saya menumpukan kepada pengajaran bercerita berpandukan gambar bersiri. 5.4.1 Aktiviti 1 (Suai Kenal Rakan Sekelas) 1. Guru memberi contoh aktiviti. Murid menyoal mengenai butiran peribadi. Guru menjawabnya. Kemudian, murid-murid menjawab soalan secara bergilir-gilir. Misalnya : Siapakah nama kamu ? Di manakah kamu tinggal ? 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka bersoal jawab bersama pasangan masing-masing. - Murid A soal, murid B jawab dan sebaliknya - Murid C soal, murid D jawab dan sebaliknya 3. Latihan tambahan. - Murid berkomunikasi dengan 3 orang rakan dalam kelas lain. - Murid-murid mencatat butir peribadi mereka. i Pemerhatian Selama pemerhatian saya, murid-murid mula menunjukkan respon yang positif. Mereka juga dapat menjawab soalan tentang diri mereka dengan baik. Mereka sudah berani menjawab dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, suasana kelas agak riuh kerana murid menawarkan diri untuk bertanya soalan. ii Refleksi Sebelum sesi pengajaran, saya kurang yakin murid boleh menguasai kemahiran. Namun, respon yang diberi amat menggalakkan dan berlaku perubahan yang positif. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 6 Sekolah Rendah
  7. 7. 5.4.2 Aktiviti 2 (Sang Kura-kura Berlumba Dengan Arnab) 1. Guru bercerita secara perlahan-lahan. 2. Murid menyebut rangkai kata dan perkataan berulang kali berdasarkan kad yang ditunjukkan. 3. Guru bercerita semula. 4. Murid menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan berulang kali. 5. Murid-murid disuruh bercerita secara ayat demi ayat mengikut perkembangan jalan cerita dalam gambar bersiri. 6. Murid yang mampu diberi peluang untuk bercerita sendiri manakala murid yang lemah akan dibantu oleh guru sama ada dalam pembentukan ayat atau menyambung cerita. i Pemerhatian : Pada peringkat ini, murid-murid telah menunjukkan minat. Mereka mendengar dengan penuh perhatian semasa guru bercerita. Setelah murid-murid membaca kad perkataan dan kad-kad ayat, saya yakin mereka semua boleh mengikuti jalan cerita dengan baik. Mereka tidak lagi teragak-agak untuk mencuba apabila disuruh menyambung cerita. Mereka membina ayat dengan lebih cepat dan mudah. ii Refleksi : Saya dapat mengajar dengan lebih selesa kerana saya sudah nampak perubahan pada murid-murid saya. Mereka bertambah yakin dan mula berminat untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. Saya rasa saya perlu menambahkan kosa kata mereka yang masih terhad. Saya akan mengambil pendekatan mengajar membaca sebelum lisan. Murid-murid akan disuruh membaca perkataan baru dan memahami maknanya sekali. 5.4.3 Aktiviti 3 (Sang Kura-kura Berlumba Dengan Arnab) 1. Gambar bersiri dipamerkan dan guru mengulang kembali cerita untuk menyegarkan semula ingatan murid-murid. 2. Memperdengarkan cerita secara dialog melalui rakaman tersebut. 3. Murid-murid disuruh melakonkan watak cerita mengikut rakaman tersebut. 4. Murid-murid disuruh berlakon tanpa bantuan rakaman dialog. i Pemerhatian : Menurut rakan pemerhati, murid amat teruja untuk mengetahui apakah yang akan diajar oleh guru. Murid agak malu untuk berlakon tetapi setelah dibimbing mereka mahu mencuba. Ada peningkatan yang ketara. Ii Refleksi : Saya berpuas hati dengan percubaan murid-murid kali ini. Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberi dorongan untuk mereka belajar cara-cara mengeluarkan kata-kata atau pendapat. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 7 Sekolah Rendah
  8. 8. 5.5 Refleksi Keseluruhan Kajian 5.5.1 Penilaian dan refleksi berdasarkan maklum balas daripada ujian pra dan pos. Jadual 4: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus Ujian Pra Ujian Pos Gred Bil. murid Peratus Bil. Murid Peratus A 4 10.8% 7 19.6% B 9 24.3% 14 37.8% C 5 13.5% 5 13.5% D 12 32.4% 7 19.0% E 7 13.5% 4 10.8% Jadual 4 menunjukkan murid yang mendapat gred A telah meningkat dari 10.8% ke 19.6%. Bagi murid yang mendapat gred E pula menurun dari 13.5% ke 10.8%. Ujian pos telah dijalankan untuk tujuan penilaian dan refleksi. Bentuk soalan, bilangan soalan dan kemahiran yang diuji dalam ujian pos sama dengan ujian pra. Daripada Jadual 4, jelas terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian pos. 5.5.2 Penilaian dan refleksi berdasarkan temubual. Jadual 5 : Analisa Temu bual sebelum tindakan dan selepas tindakan berdasarkan bilangan dan peratus Sebelum Selepas Masalah murid tindakan tindakan Bil. Bil. Peratus Peratus murid Murid Tidak faham arahan dan soalan 15 46.86 % 5 15.63% Jawapan tiada kaitan soalan 11 34.38 % 3 9.38% Tidak dapat menjawab 6 18.75 % 0 0% langsung Jadual 5 menunjukkan 15.63% murid tidak faham arahan dan soalan berbanding 46.86% sebelum tindakan. 9.38% jawapan tiada kaitan dengan soalan berbanding 34.38% sebelum tindakan. Tiada murid yang tidak dapat menjawab langsung. Hasil temu bual ini memberi rangsangan kepada pengkaji kerana sudah menampakkan kejayaan yang nyata. Jadual 6 : Analisa Perlakuan Guru berdasarkan Peratus Sebelum Selepas Perlakuan Guru Aktiviti Aktiviti Peratus Peratus Mengulang kembali arahan, bacaan dan ayat 13% 15% Menekankan fungsi komunikasi dalam 18% 20% pengajaran Menyebut perkataan dengan perlahan 14% 18% mengikut suku kata Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 8 Sekolah Rendah
  9. 9. Membetulkan kesalahan komunikasi secara 25% 20% Bertulis Memberikan respon mengenai aspek 30% 27% komunikasi apabila timbul keperluan Jadual 6 menunjukkan peningkatan perubahan perlakuan guru. Selepas menjalankan aktiviti, 15% guru mengulang kembali arahan, bacaan dan ayat berbanding 13% sebelum aktiviti. Semua menunjukkan peningkatan perubahan perlakuan guru kecuali dalam membetulkan kesalahan komunikasi secara bertulis dan memberikan respon mengenai aspek komunikasi apabila timbul keperluan. Guru telah memberikan penekanan yang berbeza mengikut keperluan. 5.53 Refleksi Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Selepas menjalankan aktiviti bagi ketiga-tiga sesi pengajaran dan pembelajaran, saya berasa puas hati dengan perkembangan dan penguasaan yang murid-murid tunjukkan. Saya sedar bahawa kelemahan murid dalam bidang lisan (berkomunikasi) bukanlah mudah untuk diatasi, apatah lagi hanya melalui beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun perubahan sikap yang positif dan minat yang ditunjukkan merupakan petanda baik bahawa penguasaan lisan mereka memang boleh dipertingkatkan jika usaha diteruskan. Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” Kejayaan awal ini akan membuka jalan kepada guru-guru Melayu sekolah ini untuk melaksanakan teknik dan kaedah yang kreatif dan memberangsangkan murid-murid agar dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dan seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berjaya. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik perhatian murid sudah pastinya meningkatkan motivasi murid-murid untuk mempelajari dan mendekati Bahasa Melayu. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Setelah mendapat kejayaan dalam kajian ini, saya lebih yakin bahawa murid- murid bukan Melayu juga berupaya menguasai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu jika kaedah yang sesuai digunakan. Saya akan meneruskan penyelidikan yang selanjutnya untuk meningkatkan kemahiran murid-murid bukan Melayu dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Kajian ini akan menekankan pembinaan ayat tunggal dan majmuk dalam karangan yang berbentuk binaan peta minda. Bibliografi Kementerian Pendidikan Malaysia, (1983). Buku Panduan Khas Bahasa Melayu Untuk SJK (C) dan (T). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, (1989). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Untuk SJK (C) dan (T). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Majid Konting, (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 9 Sekolah Rendah
  10. 10. Nik Safiah Karim, et.al, (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rosmah Talib, (1998). SMART Bahasa Melayu, Sasbadi Sdn. Bhd. Syed Aradi India, (1993). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------- 10 Sekolah Rendah

×