1. Refleksi
KOH HUEI ING ( D20102044804) ( J-11 )
Refleksi Mikroteaching :
Pengajaran mikro ini, saya telah memilik subjek Mathematic Tahun 2. Saya menjalankan
langkah pengajaran yang selama 10 minit pada 3 Nov 2011. Di bawah adalah kekuatan,
kelemahan dan langkah mengatasi saya dalam pengajaran ini.
Kekuatan
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan mikroteaching
saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang lantang, murid dapat mendengar apa yang
disampaikan oleh saya dengan jelas dan seterusnya membantu pemahaman murid dalam
pembelajaran. Kelantangan suara saya dapat menarik tumpuan murid supaya fokus kepada isi
pelajaran saya. Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta
menjawab dengan betul menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian saya dalam isi
pelajaran tercapai.
Kelebihan seterusnya adalah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran
Mathematic saya adalah ringkas tanpa perkataan yang susah. Ia dapat difahami oleh murid-
murid saya. Murid-murid saya dapat memberi respon kepada soalan saya dengan betul
menandakan mereka faham. Penggunaan bahasa Inggeris yang ringkas dan mudah difahami
amat penting dalam pengajaran. Jika saya menggunakan perkataan Inggeris yang panjang
lebar dan susah, murid-murid tidak faham dan seterusnya akan hilang minat dalam pengajaran
saya pada hari itu. Murid-murid juga dapat mendapat pendedahan dalam bahasa Inggeris
bukan hanya di kelas Inggeris sahaja tetapi juga dalam kelas Matematik. Dengan ini, tahap
penguasaan bahasa Inggeris mereka juga akan turut meningkat.
Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan
mikroteaching saya ialah kekurangan penglibatan murid dalam proses p&p. Semasa saya
memperkenalkan modal 3-D, saya hanya tunjukkan bentuknya dan murid hanya perhatikan.
Interaksi murid-murid dengan bahan pengajaran tidak diaplikasikan dalam pengajaran. hanya
2. duduk dan perhatikan bentuknya tanpa bersentuhan dengan modal itu. Dengan ini, murid akan
cepat lupa bentuknya dan tidak dapat memadankan bentuk dengan namanya dengan betul. Ini
juga bermakna bahawa objektif pengajaran saya tidak dicapai.
Langkah Mengatasi Masalah
Berdasarkan kelemahan yang pertama, saya harus memberi peluang kepada murid-
murid untuk berinteraksi dengan modal 3-D seperti bersentuh-sentuh dengan modal itu untuk
mengenali perbezaan antara bentuk-bentuk itu sambil menghafal nama bentuk tersebut. Murid-
murid amat lemah dalam membayangkan gambar, bentuk yang abstrak dalam fikiran mereka
terutama anak murid kita yang masih kecil seperti Tahun 1, 2 dan 3. Jika pengajaran kita adalah
berkaitan dengan dengan topik yang abstrak, guru hendaklah menyediakan ABM seperti
menunjukkan gambar atau objek untuk mereka bersentuh, melihat , merasa, menghidu dan
mendengar. Melalui pendedahan deria-deria mereka dengan bahan pengajaran akan dapat
mendalamkan pengenalian mereka dengan bahan pengajaran dan mereka juga akan mudah
ingat topik pengajaran ini. Dengan itu, setiap kali murid-murid menyebut nama modal 3-D,
mereka akan terbayang identitinya dalam minda dengan cepat dan seterusnya boleh
menjalankan perbandingannya serta mencari cara penyelesaian kepada soalan yang berkaitan.