2. Hadis riwayat Abu Hurairah radliyallaahu
‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:
3. Mafhum hadis:
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah
pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya[Q1]. (1)
Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya
dengan ibadah kepada Allah (3) Seorang yang hatinya selalu terikat
pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Alla ,
berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di
ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil
berkata ‘Aku takut kepada Allah’, (6) Seseorang yang bersedekah
dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang
berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya[Q2]
basah kerana menangis.” (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
4. 1. Pemimpin Yang Adil
Pemimpin di sini termasuk Raja, Perdana Menteri, Gabenor, Pegawai
Daerah, Pengarah, CEO, Keua Bahagian, Penghulu, Ketua Pelajar,
Mandor, Ketua Kampung, Pengerusi Masjid, Suami dll.
Kerana setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah kelak. U
ntuk itu, seorang pemimpin perlu bertindak adil sehingga semua orang
yang dipimpinnya boleh merasakan perkhidmatan yang maksimum dan
menegakkan peruntukan undang-undang yang sebenar.
5. 2. Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan
(Ibadah)
Masa muda adalah masa di mana syahwat sedang memuncak sehingga
tidak kurang ramai pemuda yang terjerumus dalam kemaksiatan. Hanya
pemuda yang mampu mengisi hari-harinya dengan ibadah sahajalah
yang terselamat di hari kiamat. Sebagaimana kisah ‘Ashabul Kahfi’ (Para
pemuda Kahfi) yang mengelakkan kezaliman penguasa untuk
menyelamatkan aqidah mereka.
6. 3. Seorang Yang Hatinya Terikat Dengan Masjid
Orang yang tidak akan terlepas setiap peluang untuk memakmurkan
masjid dengan ibadah dan amal-amal soleh secara istiqamah, terutama
solat fardhu berjemaah. Hatinya selalu ‘risau dan resah’ apabila jauh
dari masjid, dan berasa sedih bila tak boleh mendatanginya di waktu-
waktu solat berjemaah dan ketika majlis ilmu diadakan.
7. 4. Dua Orang Yang Saling Mencintai Kerana
Alla , Berkumpul Dan Berpisah Kerana Allah
Tingkatan hubungan keimanan tertinggi adalah cinta kerana Allah dan
benci kerana Allah. Bila dua orang saling mencintai kerana masing-
masing selalu menjaga kecintaannya pada Allah, bertemu untuk
mengingati Allah dan berpisah dengan tetap dalam zikir pada Allah
maka keduanya akan selamat di hari kiamat.
8. 5. Seorang Lelaki Yang Diajak Berzina Oleh Seorang
Perempuan Kaya Dan Cantik Tetapi Ia Menolak Dan
Berkata, “Aku Takut Pada Allah”
Sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. yang digoda oleh Zulaikha, keduanya
saling cenderung sehingga jika bukan kerana petanda dari Allah, maka
keduanya akan melakukan maksiat sehingga Yusuf a.s. berkata, “Ya
Allah! Lebih baik hamba dipenjara daripada melakukan maksiat
kepadamu.” Suatu peristiwa yang mungkin pada masa ini sangat jarang
berlaku dan sukar ditemui.
9. 6. Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sembunyi-
Sembunyi Sehingga Tangan Kiri Tidak Tahu Apa Yang
Diberikan Oleh Tangan Kanan
Amal yang disertai dengan sepenuh keikhlasan adalah salah satu syarat
diterimanya amal kebajikan oleh Allah. Keikhlasan adalah perkara yang
sukar dan oleh kerana itulah hanya orang-orang yang ikhlas sahaja yang
tidak akan dipesongkan dan disesatkan oleh syaitan laknatullah.
10. 7. Seseorang Yang Berzikir Kepada Allah Dalam
Kesunyian Sehingga Menitiskan Air Mata
Zikir bagi orang beriman ibarat nafas bagi setiap makhluk yang hidup.
Ketika seseorang tidak leka dan terlepas daripada zikir sama ada di
waktu siang mahupun di malam hari, maka ia seolah-olah makhluk
hidup yang sentiasa boleh bernafas bebas. Mengingati Allah sehingga
menitiskan air mata adalah sesuatu yang amat sukar, kecuali bagi insan-
insan yang hatinya telah lembut oleh hidayah Allah. Sebagaimana ciri
orang beriman, ketika mendengar kalimat Allah, maka bergetarlah
hatinya dan ketika mendengar Al-Quran dan maka bertambah teballah
keimanan mereka.
11. Surah al-Anfal:2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)
ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan
mereka jualah mereka berserah.