2. RIYA DAN UJUB FAKTOR UTAMA PEROSAK IBADAH
Menjaga dari perosak amal dengan:
1.melakukan amal dengan ikhlas.
2.mengingati kurniaan Allah.
Untuk menghindarkan mudharat iaitu tertolak amal ibadah.
Pengertian riya’
•bahasa adalah :Riya’ ﺍﻟﺮﻳﺎﺀ)) berasal dari kata ﺍﻟﺮﺅﻳﺔ/ ru’yah, yang bererti menampakkan atau
memperlihatkan suatu amal kebaikan kepada sesama manusia.
•Istilah adalah : Melakukan ibadah dengan niat supaya ingin dipuji manusia, dan tidak berniat
beribadah kepada Allah SWT.
•Hafidz Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Kitab-Nya Fathul Baari Berkata :”Riya’ ialah menampakkan
ibadah dengan maksud dan tujuan dilihat manusia. Lalu mereka memuji pelaku amalan itu”.
•Imam Al-Ghazali, Riya’ ialah : Mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan
kepada mereka hal-hal kebaikan.
•Imam Habib Abdullah Haddad berpendapat bahwa Riya’ ialah : Menuntut kedudukan atau
meminta dihormati dari pada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk dirinya.
Riya’ Dan ’ujub Perosak ibadat
3. KESAN RIYA‘ (2 ke‘aiban dan 2 bencana)
Dua ke‘aiban riya‘:
Terbongkarnya ke‘aiban rahasia iaitu celaan dihadapan malaikat (tidak ikhlas)
Terbongkarnya ke‘aiban terang-terangan di hari kiamat dihadapan orang ramai.
Dua balak bencana:
Terluput syurga
Masuk neraka.
DUA JENIS RIYA’
Riya’ semata-mata (Riya’ kholish): melakukan ibadah menghendak manfaat
dunia sahaja seperti pujian dari manusia.
Riya’ yang bercampur (Riya syirik): menghendaki manfaat dunia dan akhirat
seperti melakukan solat dengan niat untuk menjalankan perintah Allah, dan juga
kerana untuk mendapatkan pujian dari manusia, dan keduanya bercampur.
Riya’ Dan ’ujub Kesan dan Jenis
4. Riya’ Dan ’ujub Perosak ibadat
KASAD DAPAT PAHALA ATAU DOSA?
Ibadat seseorang dapat pahala atau dosa bergantung kepada kasadnya:
1.Semata-mata riak = membatalkan pahala ibadat
2.Kasad lebih kepada riak daripada kepada ibadat = membatalkan pahala ibadat
3.Bersamaan kasad ibadat dengan kasad riak = tiada diberi pahala tetapi dapat dosa dan
seksa
4.Kasad lebih kepada ibadat daripada riak = tiada hilang pahala menurut kadar segala
ibadatnya dan sah ibadatnya itu dan diberi pahala tetapi diseksa menurut kadar kasad
riaknya itu atau dikurangkan pahala ibadatnya sekadar riaknya
PERBINCANGAN TENTANG RIYA’
1.Adakah riya’ semata-mata boleh berlaku kepada orang arif? (m/s 244)
2.Bagaimanakah pendapat paling kukuh?
3.Adakah orang yang beramal menghendaki manfaat dunia dari Allah termasuk riya’? (m/s
249)
4.Adakah seseorang yang membaca surah al-waqi’ah supaya Allah meluaskan rezekinya
termasuk riya’ (252)
5. KEWAJIPAN IKHLAS DAN MENGINGATI KURNIAAN ALLAH DALAM AMAL
PENGERTIAN IKHLAS
Bahasa: Ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih dari kotoran.
Istilah: Ikhlas bererti niat dengan mengharap redha Allah sahaja dalam beramal tanpa
menyekutukan-Nya dengan yang lain.
PENGERTIAN IKHLAS MENGIKUT ULAMA
ØAl-Junaid:Ikhlas ialah membersihkan kerja-kerja amal dari perkara-perkara yang mengeruhkannya.
ØAl-Fudhail: ikhlas itu ialah berkekalan muraqabah kepada Allah Taala dan melupakan semua
habuan-habuan ganjaran.
TIGA BAHAGIAN AMAL
Amal yang berlaku serentak dua ikhlas (ikhlas beramal dan ikhlas menuntut pahala) iaitu amal
berkaitan dengan ibadah zahir yang asal seperti solat, puasa dan seumpamanya.
Amal yang tidak berlaku dua ikhlas iaitu ibadah batin yang asal seperti iman, tawakkal dan
penyerahan diri kepada Allah kerana hal ini merupakan perkara dalaman yang Allah sahaja yang
mengetahui (tidak riya’)
Amal yang berlaku ikhlas menuntut ganjaran pahala, bukan ikhlas beramal, iaitu semua amal yang
harus yang diambil untuk persediaan beribadah seperti makan, minum dan tidur
6. KEWAJIPAN IKHLAS DAN MENGINGATI KURNIAAN ALLAH DALAM AMAL
PERBEZAAN ANTARA IKHLAS BERAMAL DAN IKHLAS MENUNTUT PAHALA
• Ikhlas Beramal ialah amal yang dilakukan seseorang dengan niat untuk mendekatkan diri kepada
Allah (Qurbah ilallah)
• Ikhlas Menuntut Pahala ialah amal yang dilakukan seseorang dengan niat supaya diterima,
mendapat pahala dan mendapat kemulyaan dari Allah.
PERBINCANGAN TENTANG IKHLAS
• Apakah ia tempat ikhlas? dan pada taat manakah ia berlaku dan menjadi wajib? (m/s 245)
• Bilakah masa (waktu) ikhlas? (m/s 247)
• Adakah tiap-tiap amal (masing-masing berhajat kepada ikhlas yang berasingan (khusus
untuknya)? (m/s 249)